The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU LOG DIGITAL BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by YASMIN SYUHADA BINTI MHD RASID IPG-Pelajar, 2024-04-14 09:00:05

BUKU LOG DIGITAL BSMM

BUKU LOG DIGITAL BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)

NAMA : YASMIN SYUHADA BINTI MHD RASID ANGKA GILIRAN : 2021122340328 KUMPULAN/ UNIT : 5 PISMP MATEMATIK 1 AMBILAN : JUN 2021/ 2026 KOD/ NAMA KURSUS : MPU3451a/ UNIT BERUNIFOM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA I NAMA PENSYARAH : EN. MOHTAR BIN YACOB TARIKH HANTAR : 16 APRIL 2024 BULAN SABIT MERAH MALAYSIA MALAYSIA RED CRESCENT BUKU LOG UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


BIODATA DIRI


NAMA: YASMIN SYUHADA BINTI MHD RASID UNIT : 5 PISMP MATEMATIK 1 AMBILAN JUN 2021/ 2026 ANGKA GILIRAN: 2021122340328 TAHUN/ SEMESTER: TAHUN 2/ SEMESTER 2 NO. TELEFON: 019-6522763 E-MEL: [email protected] BIODATA


MAKLUMAT AHLI


MAKLUMAT AHLI


CARTA ORGANISASI


Guru Penasihat EN. MOHTAR BIN YACOB CARTA ORGANISASI BSMM IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM 2024 Pengerusi WONG KE WEI Naib Pengerusi NUHA BINTI SHAMSOL BAHARI Setiausaha SHARIFAH NUR FATHIHAH BINTI SYED SYAHRIL IZWAN Bendahari LOO SHU TING Ketua Patrol/ Biro 1.YEOH PEI SAN SITI MARYAM BINTI ZAKARIA 2. 3.LIM XIAO YAN NOOR ADDINIE BINTI MOHD SOBRI 4. 5.YEO INN HUI NIK MUHAMMAD ASKOF BIN NIK ANAS 6. Penolong Bendahari MUHAMMAD NABIL AISAR BIN MOHD NAPIS Komander WAN MUHAMMAD SYADI BIN WAN AB RAHIM Ketua Master MUHAMMAD HAZIQ BIN IBRAHIM@ AZIZI


PENGENALAN


pengenalan bulan sabit merah malaysia (bsmm) Penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) berorientasikan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan ahli tentang cara untuk menjadi seorang ahli sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin. Melalui penglibatan dalam Bulan Sabit Merah Malaysia, seseorang ahli akan didedahkan tentang cara-cara menjalankan rawatan ke atas seseorang mangsa sama ada semasa tentang atau ketika cemas. Bulan Sabit Merah Malaysia berhasrat untuk melatih para ahli supaya memahami prinsip-prinsip pertolongan cemas dan bantuan bencana alam pada peringkat asas dan lanjutan.


Mengekalkan dan meneruskan usaha untuk mengurangkan penderitaan dan penyakit. Mempromosikan pembentukan cawangan dan cabang serta latihan dan mempunyai kawalan umum ke atasnya; Mempromosikan serta mengekalkan minat masyarakat. Bekerjasama dengan persatuan sukarela yang lain serta agensi kerajaan. Mengekalkan kawalan pentadbiran sendiri. Menjalankan aktiviti secara sukarela. Menjalankan tugas menjajar dengan prinsip. Mencegah penyalahgunaan simbol dan lambang. Mempertimbangkan dan bersetuju dengan kes yang sesuai yang diadakan oleh masyarakat. objektif bulan sabit merah malaysia (bsmm)


LOGO RASMI DAN LAMBANG


lambang LOGO RASMI BSMM LAMBANG BULAN SABIT MERAH LAMBANG PALANG MERAH


lambang LAMBANG BULAN SABIT MERAH Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepada Switzerland (Palang Merah yang berlatarkan warna putih seperti mana warna bendera Kebangsaan Swiss yang diterbalikkan). Ia wujud untuk menentukan perlindungan bagi mereka yang tercerdera di masa perang dan anggota yang menjaga dan merawat mereka. Pada November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Russia mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen Geneva bahawa lambang Palang Merah menghina kepercayan agama anggota tenteranya dan mereka menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk perkhidmatan ambulans mereka. Langkah tersebut diikuti oleh banyak negara Arab dan negara yang banyak penduduk muslim.


Sebanyak 29 buah negara sekarang menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk menandakan orang dan barang yang dilindungi oleh Konvensyen Geneva. Negara yang menandatangani Konvensyen Geneva mestilah mengawal penggunaan lambang tersebut. Ia hanya boleh dipamerkan di atas kenderaan, kapal terbang, kapal laut, bangunan, pembinaan dan juga orang yang ditugaskan untuk menjaga dan mengangkut mereka yang tercerdera akibat perang. Dilarang menggunakan lambang bagi tujuan peperangan, perniagan dan publisiti.


Persatuan kebangsaan di Malaysia menggunakan Lambang Bulan Sabit Merah sebagai mengikut ACT #162, Malaysia Red Cross Society (change of name) ACT 1975. Kegunaaan Lambang: Kegunaan lambang yang asal adalah untuk perlindungan, yang lebih terpakai semasa peperangan. Kegunaan yang lebih baru ialah semasa aman adalah untuk pengenalan, iaitu sesiapa yang memakai lambang tersebut dikenali mempunyai pertalian dengan Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah. LAMBANG BULAN SABIT MERAH


BENDERA DAN COGAN KATA


bendera BENDERA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) UKURAN PIAWAI BENDERA


CERGAS PADA MASA AMAN DAN PERANG cogan kata


LAFAZ PERSETIAAN DAN LAGU UNIT


BAHAWA KAMI AHLI PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA, BERIKRAR, AKAN TAAT SETIA KEPADA, DULI YANG MAHA MULIA, SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG, SERTA PEMERINTAH-PEMERINTAH DI NEGERI KAMI, BERDASARKAN PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA. BAHAWA KAMI BERIKRAR, AKAN SENTIASA PATUH KEPADA PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG, PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DAN UNDANGUNDANG YANG LAIN, DAN ARAHAN WALAUPUN DI MANA JUA KAMI BERADA. BAHAWA KAMI BERIKRAR, AKAN SENTIASA MEMBERIKAN KHIDMAT SUKARELA KAMI, KEPADA MEREKA YANG SAKIT DAN MENDERITA DI WAKTU AMAN DAN BENCANA, BERDASARKAN KEPADA PRINSIP BULAN SABIT MERAH MALAYSIA SEPERTI KEMANUSIAAN KESAKSAMAAN BERKECUALI KEBEBASAN KHIDMAT SUKARELA KETUNGGALAN KESEJAGATAN lafaz persetiaan


LAGU unit BULAN SABIT MERAH DI MALAYSIA GIAT BERJASA UNTUK NEGARA TIDAK KIRA KAUM DAN AGAMA WAKTU AMAN ATAU BAHAYA DI MANA JUA ADANYA SENGSARA DI SANA ADA KITA DI DARAT DAN LAUT KITA BERSEDIA WALAUPUN DIANCAM BAHAYA BULAN SABIT MERAH GERAKAN SEDUNIA MEMBANTU SEMUA YANG MENDERITA BADAN SUKARELA BERKHIDMAT DENGAN TABAH DAN BERSEMANGAT


PERLEMBAGAAN DAN UNDANGUNDANG


Prinsipprinsip asas perlembagaan / undang-undang Kemanusiaan Kesaksamaan Keberkecualian Kebebasan Ketunggalan Khidmat sukarela Kesejagatan


perlembagaan / undang-undang Kemanusiaan Kesaksamaan Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua ianya wujud. Tujuan adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat-menghormati sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia. Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asalnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang serius.


perlembagaan / undang-undang Keberkecualian Kebebasan Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya. Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi. Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negara, pergerakan tetap menjaga kebebasan dalam segala kegiatan supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan. Khidmat sukarela Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung.


perlembagaan / undang-undang Ketunggalan Kesejagatan Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara. Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah meliputi seluruh dunia. Semua mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama untuk saling bantumembantu di antara satu sama lain.


perlembagaan / undang-undang Akta 4- Akta Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) Akta ini dikemuka pada tahun 1961 di Parlimen dan diluluskan di Dewan Negara pada Mei 1961; Akta ini dikuatkuasakan pada 16 April 1962 Akta 1965 (Akta No. 47 tahun 1965) [ACT47/65] Akta ini telah menggabungkan Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu, Cawangan-cawangan Persatuan Palang Merah British di Sabah, Sarawakdan Singapura; Nama baru pergerakan ini di bawah akta berkenaan ialah Persatuan Palang Merah Malaysia; Akta ini dikenali sebagai AKTA PERSATUAN PALANG MERAH MALAYSIA (PERBADANAN). Akta 1962 Akta Persatuan Palang Merah (pertukaran nama dan lambang persatuan) telah diluluskan oleh parlimen Malaysia dan diwartakan pada 04 September 1975; Nama pergerakan ditukarkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) dan lambang Bulan Sabit Merah menjadi hak milik persatuan ini.


Akta 162, 1975- Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta Persatuan Palang Merah Malaysia berkuatkuasa pada 1 Julai 1965. Tujuan persatuan ialah: Bantuan dalam menjaga kesihatan, mencegah penyakit dan mengurangkan penderitaan sama ada dalam masa aman atau perang; 1. Mewujudkan bantuan sukarela kepada yang sakit dan cedera; 2. 3.Menjalankan tanggungjawab dalam negara. Semua urusan persatuan perlu ditadbir oleh Majlis. Semua ahli Majlis yang pertama adalah daripada Persekutuan Persatuan Palang Merah Malaya. (Akta 4, 1962) Peraturan akan diwujudkan dari semasa ke semasa oleh Majlis. Pendapatan dan harta benda tidak boleh dijadikan bonus, dividen atau yang mendatangkan faedah bagi ahli persatuan. Kalau disabit kesalahan dalam penyalahgunaan lambang akan didenda sebanyak RM300.00 perlembagaan / undang-undang


perlembagaan / undang-undang Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai perlembagaan atau undang-undang. Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar intitusi pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan parti politik dan persatuan belia. Hanya beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah akta parlimen seperti Persatuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans. Antara fungsi perlembagaan atau undang-undang ialah sebagai panduan menggerakkan persatuan, melicinkan perjalanan persatuan kerana ia menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa dan ahli serta menjadi rujukan apabila timbul sebarang masalah dalam menjalankan aktiviti persatuan. Pasukan beruniform telah mempunyai peraturan atau undangundang tersendiri yang ditetapkan oleh badan induk. OBJEKTIF PERLEMBAGAAN


perlembagaan / undang-undang KANDUNGAN PERLEMBAGAAN Perlembagaan PBSM Persatuan Bulan Sabit Merah Malysia adalah sesebuah badan korporat yang ditubuhkan di bawah Seksyen 3 dalam Akta (Guest, t.t.). Berikut merupakan peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia:


PENGASAS


pengasas Pengasas kepada Pergerakan Palang Merah ialah seorang ahli perniagaan yang bernama Jean Henry Dunant (1828-1910). Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland. Beliau telah menubuhkan Pergerakan Palang Merah pada 24 Jun 1859. kerana beliau terkesan melihat mangsa-mangsa yang terdirinya daripada tentera dan orang awal telah tercedera dan terkorban ketika tercetusnya peperangan antara Perancis dan Itali dengan tentera Austria di Solferino, Itali Utara. Oleh hal yang demikian, dalam perjalanan Henry Dunant ke Algeria, Afrika, beliau telah membantu mangsa-mangsa yang merintih kesakitan dan nyawanyawa ikan ke sebuah gereja yang berdekatan. Henry Dunant juga telah mencatatkan semua kenangan serta peristiwa peperangan yang berlaku dan menerbitkan sebuah buku yang bertajuk “Kenangan di Solferino ” atau juga dikenali sebagai “A Memory of Solferino ”. Buku yang telah siap dicetak telah dihadiahkan kepada setiap ketua negara di Eropah dan telah menyedarkan mereka mengenai kepentingan sebuah organisasi untuk membantu orang lain. Di dalam buku tersebut, beliau telah mencadangkan beberapa perkara dan hasilnya Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) telah dibentuk pada tahun 1864 tanpa kehadiran Henry Dunant.


pengasas Perkara-perkara tersebut adalah: Pertama: Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang telah cedera dan menderita semasa peperangan. Kedua: Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana pasukan hendaklah dibantu.


SEJARAH PENUBUHAN


Nama sebenar Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) yang digunakan pada masa kini pada awalnya dikenali sebagai lambang Palang Merah. Nama lambang Palang Merah ini telah digunakan sejak berdekad yang lalu setelah dicadangkan semasa Persidangan Geneva Antarabangsa 1863 yang diadakan oleh Jawatankuasa Berlima. Lambang Palang Merah yang berlatarkan kepada warna putih telah dipilih sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada Switzerland kerana mempunyai persamaan dengan bendera negara tersebut serta lambang tersebut sinonim dengan kerjakerja bantuan kemanusiaan sejarah penubuhan bsmm LAMBANG PALANG MERAH


sejarah penubuhan bsmm Selain itu, lambang Palang Merah ini juga telah diiktiraf oleh negara-negara yang hadir dalam Persidangan Diplomatik yang membentuk Konvensyen Geneva Pertama 1864. Oleh hal yang demikian, lambang ini telah diguna pakai pada bendera di hospital, ambulans, pasukan penyelamat serta perkhidmatan perubatan ketika dalam peperangan. Dengan adanya lambang ini, ia menandakan bahawa individu yang memakainya berada di pihak yang neutral. Pada November 1876, Turki telah mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss untuk menggunakan lambang Bulan Sabit untuk menggantikan Palang Merah kerana isu penghinaan agama Islam. Sejak dari itu, negara Islam telah menggunakan lambang Bulan Sabit sebagai pengganti. Walau bagaimanapun, kedua-dua lambang ini dilindungi oleh Konvensyen Geneva sejak tahun 1929 dan boleh digunakan dengan dua tujuan iaitu sebagai perlindungan dan sebagai pengenalan Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah.


sejarah penubuhan bsmm BSMM DI MALAYSIA Di Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) telah ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cabang Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Kemudian, pada tahun 1950, semakin banyak cawangan persatuan telah ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang dan kemudiaannya di negerinegeri yang lain. Setelah Malaysia merdeka pada tahun 1957, Persatuan Bulan Sabit Merah ini telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Persatuan Palang Merah Antarabangsa juga telah mengiktiraf persatuan ini pada 4 Julai 1963 dan persatuan ini juga telah menjadi ahli badan antarabangsa pada 24 Ogos 1963.


sejarah penubuhan bsmm Berikutan penggabungan antara Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, penggubalan akta baharu iaitu Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah mengambil langkah untuk menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dengan cawangan Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak di bawah satu nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Kemudian, perkara ini telah digazetkan pada 1 Julai 1965. Seterusnya, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukarkan nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) sejajar dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia pada 5 Julai 1975.


1948 Persatuan Palang Merah ditubuhkan di Tanah Melayu sebagai satu cawangan Palang Merah British. sejarah penubuhan bsmm RINGKASAN PENUBUHAN 1950 Cawangan persatuan ditubuhkan di Pulau Pinang. 1951 Cawangan persatuan ditubuhkan di Perak, Terengganu dan Selangor. 1952 Cawangan persatuan ditubuhkan diMelaka, Johor dan Pahang. 1961 Pada 1 Mei 1961, Rang Undang-Undang Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (perbadanan) telah dibaca di parlimen.


1962 Akta Persatuan Palang Merah Malaysia Persekutuan Tanah Melayu (perbadanan) AKTA 1961 (No.4 tahun 1962) telah berkuatkuasa pada 16 April 1962. sejarah penubuhan bsmm 1963 Pada 4 Julai 1963, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) telah menerima pengiktirafan secara rasmi sebagai satu Persekutuan Palang Merah. Pada 24 Ogos 1963, diterima dengan rasmi oleh liga Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. 1975 Pada 21 Ogos 1975, dengan persetujuan Di Raja, nama Palang Merah telah ditukarkan kepada Bulan Sabit Merah dan diwartakan pada 4 September 1975 (Akta 162 - Membenarkan pertukaran nama dan lambang). 1965 Apabila Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1965, parlimen juga telah meluluskan Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Akta No. 47 tahun 1965).


TUJUAN PENUBUHAN DAN ISTIADAT RASMI


Pertubuhan terbuka tanpa membezakan agama, bangsa atau politik kepada semua orang untuk melakukan segala hal yang ditakrifkan oleh pertubuhan atau majlisnya berfaedah untuk mencapai tujuan tersebut. Menjalankan usaha memperbaiki taraf kesihatan, mencegah penyakit dan meringankan penderitaan penderitaan di seluruh dunia dalam masa aman atau perang. Memberikan bantuan sukarela kepada orang cedera sama ada daripada angkatan tentera atau pihak yang menderita akibat peperangan. tujuan penubuhan bsmm


tujuan penubuhan bsmm Menjalankan segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu persatuan kebangsaan oleh tiap-tiap negara yang telah satu pihak kepada konvensyen tersebut. Mengesan perkembangan dan penguasaan ahliahli secara menyeluruh dalam aspek-aspek pengetahuan intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak dan sosial selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara


istiadat rasmi 1.Istiadat Perhimpunan Ketua pasukan melaporkan keahlian kepada komander. a. Bacaan doa oleh ahli bertugas. b. Nyanyian tiga buah lagu. Lagu sekolah Lagu negeri Negaraku c. Laporan dari komander kepada guru penasihat. d. Arahan komander supaya membuka barisan. e. Pemeriksaan barisan oleh guru diiringi oleh guru penasihat dan komander. f. Guru penasihat menjemput guru besar memberikan ucapan. g. Arahan komander supaya menutup barisan. Keluar baris.


istiadat rasmi 2. Istiadat Meningkat Naik Ketua pasukan dan ketua kumpulan berdiri dalam bentuk bulatan. Guru penasihat memberi arahan dan menerangkan dengan ringkas tujuan istiadat ini diadakan. Ahli BSMM yang akan meningkat naik dipanggil ke hadapan guru penasihat yang akan mengucapkan terima kasih semasa berada di dalam keahlian. Berjabat tangan dengan kawan-kawan. Ahli lain memberi satu sorakan. Guru penasihat memberi arahan menutup bulatan dan bersurai.


istiadat rasmi 3. Istiadat Melantik Apabila seorang pelajar telah bersedia menjadi ahli BSMM, dia patut disahkan menjadi seorang ahli melalui satu istiadat. Istiadat itu amat bermakna kepada ahli baru yang akan menjadi kenangan seumur hidup mereka dan kepada semua ahli kumpulan yang akan mendapat seorang ahli baru. Istiadat diadakan secara: 1.Perkataan dan upacara ringkas dan mudah 2.Dengan ikhlas 3.Dengan khusyuk dan syahdu Prosedur 1.Diadakan di tempat lapang 2.Diadakan di peringkat awal tahun Semua ahli yang terlibat harus dalam peranan masing-masing 3. Guru penasihat dan ketua pasukan hendaklah menghebahkan istiadat ini pada perhimpunan sebelumnya 4. 5.Semua keperluan disediakan


istiadat rasmi 3. Istiadat Melantik Upacara perlantikan ahli baru BSMM Ahli yang mengambil bahagian perlu membuat satu bulatan besar 1. 2.Ketua pasukan berada dalam bulatan 3.Guru penasihat berdiri di tengah bulatan 4.Ketua pasukan dalam keadaan sedia Ahli baru yang berada di luar bulatan di panggil masuk ke dalam bulatan 5. Wakil ahli membawa ahli baru berdiri di depan guru penasihat 6. 7.Selepas itu, wakil ahli balik ke tempatnya Penolong guru penasihat masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah guru penasihat dengan membawa lencana, tanda negeri dan lambang di lengan 8. Guru penasihat melafazkan ikrar diikut oleh ahli baru 9. Guru penasihat menyematkan lencana keahlian, tanda negeri dan lambang di lengan ahli baru 10. Ahli baru memberi hormat kepada guru penasihat dan berpusing 11. Wakil ahli memperkenalkan kepada ahli-ahli yang lain 12.


STRUKTUR ORGANISASI PELBAGAI PERINGKAT


Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada tiga badan berasingan iaitu : Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah - The International Committee of the Red Cross (ICRC) Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah - International Federation of Red Cross and Red Crescent Socities (IFRC) Persatuan-persatuan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah Kebangsaan struktur organisasi PERINGKAT ANTARABANGSA


struktur organisasi PERINGKAT ANTARABANGSA Ditubuhkan pada tahun 1863, Institusi berkecuali yang dianggotai oleh rakyat Switzerland dan telah diberi status pemerhati oleh Perhimpunan Agong BangsaBangsa Bersatu pada 16 Oktober 1990. Peranan: Penjaga Prinsip-Prinsip Asas Palang Merah 1. Pembangunan Konvensyen Kemanusiaan Antarabangsa 2. Mengiktiraf Penubuhan Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah 3. Menghantar bekalan bantuan bencana 4. 5.Agensi Pengesahan Pusat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC)


Click to View FlipBook Version