PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK DATO’ NANING Ke Pulau Pinang Lawatan Penandaarasan dan Kembara Ilmu 05 - 07 Disember 2023
PENGENALAN Lawatan Penanda Arasan dan Kembara Ilmu Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman’ , maka Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Dato’ Naning telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar istimewa. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat pelajar. RASIONAL Selaras dengan hasrat Negara untuk memasyarakatkan golongan berkeperluan khas di negara ini, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik. Program lawatan juga merupakan salah satu tajuk ebei di dalam PAPR murid pendidikan khas.
OBJEKTIF Lawatan Penanda Arasan dan Kembara Ilmu a. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada murid pendidikan khas membina keyakinan diri melalui aktivti sosial yang bersesuaian. b. Dapat membuka minda murid pendidikan khas dengan suasana dan pengalaman yang baru. c. Dapat memberi keyakinan kepada murid untuk berhadapan dan berkolaborasi dengan masyarakat luar. d. Memberikan inspirasi kepada murid dan guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran untuk pendidikan khas .
JAWATANKUASA INDUK Lawatan Penanda Arasan dan Kembara Ilmu PENASIHAT En Mohd Isa bin Barum Guru Besar SK Dato’ Naning PENGERUSI En Mohd Amin bin Awaludin GPK Pendidikan Khas NAIB PENGERUSI I En Hatta bin Mahma GPK Pentadbiran SK Dato’ Naning NAIB PENGERUSI II En Ahmad Nizam bin Mohamed GPK HEM SK Dato’ Naning NAIB PENGERUSI III En Abdul Hailir bin Mat GPK Kokurikulum SK Dato’ Naning SETIAUSAHA Siti Anawiyah binti Haris BENDAHARI Fatimah binti Mahmud
JAWATANKUASA KERJA Lawatan Penanda Arasan dan Kembara Ilmu PENDAFTARAN : Fatimah binti Mahmud MAKAN DAN MINUMAN : Mazidah binti Zainol Noor Hayati binti Suboh Siti Anawiyah binti Haris PENGINAPAN : Siti Anawiyah binti Haris Siti Sarah binti Ibrahim Khayaruddin bin Khalil PENGANGKUTAN : Siti Anawiyah binti Haris KESELAMATAN & : Khayaruddin bin Khalil KEBAJIKAN Mohd Faiz bin Jamal Nurfarsha Dalia Jerim Abdullah KEROHANIAN : Mazidah binti Zainol Mohd Amin bin Awaluddin BUKU PROGRAM : Siti Sarah binti Ibrahim CENDERAHATI / HADIAH : Fatimah binti Mahmud JURUGAMBAR : Siti Sarah binti Ibrahim Nur Farsha Dalia LAPORAN : Mazidah binti Zainol BANNER : Fatimah binti Mahmud SIJIL : Siti Sarah binti Ibrahim
TENTATIF PROGRAM Lawatan Penanda Arasan dan Kembara Ilmu 10.00 malam - Berkumpul di sekolah 10.30 malam - Bertolak ke Pulau Pinang ISNIN ( 04 DISEMBER 2023) SELASA ( 05 DISEMBER 2023) 6.00 pagi - Solat Subuh Pengurusan Diri 7.00 pagi - Sarapan 10.00 pagi - Lawatan Penanda Arasan ke SK Pokok Sena, Pulau Pinang 1.00 petang - Makan tengahari 2.40 petang - Lawatan ke Kg Agong 2.45 petang - Lawatan ke Jeruk Pak Ali 3.00 petang - Check-in hotel dan berehat 5.30 petang - Batu Feringghi Masjid Terapung - Solat Asar 8.45 malam - Aktiviti Bebas Minum malam 10.35 malam - Bergerak pulang ke hotel
TENTATIF PROGRAM Lawatan Penanda Arasan dan Kembara Ilmu 6.00 pagi - Solat Subuh 7.00 pagi - Sarapan 10.00 pagi - Lawatan ke Bukit Bendera Makan tengahari Solat Zohor 4.00 petang - Penang Street Art Pasar Chow Rasta Rumah P.Ramlee 8.00 malam - Makan Malam di Padang Kota 10.30 malam - Pulang ke hotel 6.00 pagi - Pengurusan diri 8.30 pagi - Daftar Keluar Hotel & Sarapan pagi 9.30 pagi - Lawatan ke Enthopia 11.00 pagi - Lawatan ke Bengkel Up Cycle 3.00 petang - Bergerak Pulang ke Melaka 11.00 malam - Dijangka tiba di sekolah RABU ( 06 DISEMBER 2023) KHAMIS ( 07 DISEMBER 2023)
PENUTUP Lawatan Penanda Arasan dan Kembara Ilmu Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada murid pendidikan khas SK Dato’ Naning. Melalui program ini juga pelajar diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manafaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini. PENGHARGAAN Seluruh Jawatankuasa dan Warga Kerja Lawatan Penanda Arasan dan Kembara Ilmu, Program Pendidikan Khas Integrasi, Sekolah Kebangsaan Dato’ Naning dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam menjayakan aktiviti ini.