Sesi 2023/2024
ISI KANDUNGAN 1) Profil Sekolah 2) Profil Program Pendidikan Khas Integrasi SK Durian Tawar 3) Visi dan Misi 4) Carta Organisasi 5) Profil Guru dan Pembantu Pengurusan Murid 6) Agihan Tugas Sesi 2023/2024 7) Senarai Nama Murid & Tahun Pembelajaran 8) Takwim & Anggaran Belanjawan Sesi 2023/2024
MAKLUMAT SEKOLAH GRED SEKOLAH : A ALAMAT SEKOLAH : 28200, BANDAR BERA, PAHANG KOD SEKOLAH : CBAA 036 NO. TELEFON : 09 – 2446067 NO. FAX : LOKASI SEKOLAH : LUAR BANDAR NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN TAWAR LATAR BELAKANG SEKOLAH Sekolah Kebangsan Durian Tawar terletak di kawasan luar bandar kira-kira 26 km dari Bandar Temerloh dan 10 km dari Bandar Bera. Penduduk disini rata-ratanya adalah bekerja sendiri iaitu menoreh getah dan berkebun. JENIS SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Durian Tawar merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang mendapat bantuan penuh daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. DEMOGRAFI PENDUDUK * Jadual populasi menunjukan majoriti penduduk Kg Jelam/ Durian Tawar ialah melayu dan segelintir kecilnya ialah cina diikuti dengan bangsa orang asli. Sumber : Laman Web Pusat Komuniti Internet Kg. Durian tawar
SEJARAH PENUBUHAN Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1928 oleh seorang Penghulu, iaitu Hj. Long bin Sulaiman. Pada mulanya sekolah ini dibina di atas sebidang tanah seluas hampir satu ekar sahaja iaitu dimana terletaknya Balai Polis Kg. Durian Tawar sekarang ini. Ketika itu hanya terdapat sebuah bangunan panjang yang dibuat hasil titik peluh orang kampung. Bangunan sekolah asal ini pada ketika itu beratapkan atap daun, bertiangkan kayu bulat, berlantaikan tanah dan dindingnya bahagian bawah kulit kayu, manakala bahagian atasnya pula diselang-selangkan dengan kayu mengkirai. Tenaga pengajar ketika itu seramai 8 orang termasuk Guru Besar. Guru Besar pertama ialah En. Wahid bin Minal yang berasal dari Negeri Sembilan. Pelajar-pelajarnya pula tidak lebih daripada 20 orang yang mana bertukar masuk dari SK. Guai. Aliran yang ada cuma lima sahaja iaitu darjah 1 hingga darjah 5. Pelajaran yang diajar pula ialah Bahasa Melayu, Ilmu Hisab, Ilmu Alam, Taraweh, Nahu, Rumi, dan Jawi. Masa belajar pula dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari. Bagi meneruskan agenda ketika itu kerajaan telah memberikan bantuan percuma ‘Papan Batu’ dan ‘Kalam Batu’ kepada setiap murid. Walaubagaimanapun murid-murid cuma berkaki ayam sahaja ke sekolah. Lebih kurang 3 tahun di tapak yang sempit dan bersebelahan jalanraya berselekoh tajam, pelajar pun meningkat sehingga 50 orang. Guru Besar ketika ini ialah En. Idris bin Yusoff seorang anak watan Temerloh. Pada tahun 1933 SK. Durian Tawar berpindah di tapak baru dengan wajah baru, iaitu di tapak sekarang ini. Bangunan baru yang agak modan telah dilengkapkan dengan bekalan elektrik dan air paip. Mulai saat itu sekolah ini semakin dikenali oleh penduduk sekitar. Ramai pelajar dari kampung berdekatan seperti Kg. Lebak, Kg. Tok Langit dan Mengkarak bersekolah di sini sehingga pelajarnya telah meningkat kepada 200 orang . Selepas beberapa tahun kemudian En. Idris bin Yusoff telah ditukarkan ke SK. Belengu. Guru Besar seterusnya ialah En. Sulaiman bin Satin, En. Yaakob bin Midun, En. Abdul Aziz, En. Manap bin Sutan Makad, En. Ramli Ismail, En. Manap bin Muhammad, Hj. Jaafar bin Isa, En. Hamiyuddin bin Taib, Pn. Che Fatimah bin Ismail, En. Aminuddin bin Hj. Abdul Hamid dan En. Sidek bin Ahmad. Pada tahun 2002 hingga 10 Februari 2007 En. Aminuddin bin Hj. Abdul Hamid diberi kepercayaan sekali lagi sebagai guru besar sehingga sekarang diterajui oleh Pn. Hjh Hayati binti Husin.
Pada tahun 2002 sekolah ini sekali lagi bertukar wajah dengan mendapat dua blok bangunan tiga tingkat hasil dari Rancangan Malaysia ke 8. Tahun 2002 sesungguhnya amat bertuah kepada sekolah ini apabila mencipta sejarahnya tersendiri dan dinobatkan sebagai sekolah terbaik UPSR di Daerah Bera dengan keputusan 94% lulus dan 5 orang pelajar cemerlang 5A. Manakala pada tahun 2005 sekolah ini telah mencapai 100% UPSR. Pada tahun 2008 keputusan UPSR mencapai 80.56% di mana telah mencatatkan satu lagi sejarah apabila seramai 6 orang memperolehi keputusan 5A, pada tahun 2009 hanya 75% dan seramai empat orang memperolehi 5A. Pada tahun 2010 66.7% dan 2 orang 5A. Sekolah ini telah banyak melahirkan murid-murid yang tersohor seperti Dr. Rosnah bt. Samsudin, Dr. Roslan bin Baki, Dr. Rosilah bt. Abdul Rahman, bekas Ahli Parlimen Temerloh Dato’ Hj. Mohd Sarit bin Yusof dan ADUN Guai sekarang iaitu Yang Berhormat En. Norol Azali bin Sulaiman. Sesungguhnya SK. Durian Tawar telah mengalami perubahan besar sejak dari penubuhannya sehingga ke hari ini, seterusnya dijangkakan sekolah ini akan lebih berjaya dan cemerlang suatu hari nanti.
PETA KEDUDUKAN SEKOLAH SMK MENGKARAK STESEN PETRONAS DURIAN TAWAR SK DURIAN TAWAR KE TEMERLOH KE MENGKARAK STESEN MASJID BERA
LATAR BELAKANG PPKI Program Pendidikan Khas Integrasi SK Durian Tawar diwujudkan secara rasminya pada Januari 2009. Di awal penubuhannya, seramai 3 orang guru telah ditempatkan iaitu Pn. Hayati binti Ismail (Penyelaras), En. Syahidan bin Desa dan En.Suhaimi bin Mohamad manakala kelas bermula dengan 2 kelas dengan muridnya seramai 7 orang. Kelas yang digunakan pula ialah dengan menggunakan bilik Muzik yang terdapat di bangunan blok A dan kelas Tahun 1 yang lama. Seiring dengan kesedaran orang ramai terutama penduduk sekitar mengenai wujudnya program ini di Sk Durian Tawar, jumlah murid PPKI bertambah dari tahun ke tahun. Namun begitu, seiring juga dengan kepesatan penubuhan PPKI di sekolahsekolah lain di sekitar Bera, telah menyebabkan murid berkurangan sehingga kini. Pengurangan amat ketara pada tahun 2011 dan 2012 apabila PPKI diwujudkan di sebuah sekolah berhampiran dengan SK Durian Tawar iaitu SK Kerayong Jaya yang mana sebilangan besar murid tinggal di Taman Kerayong Makmur yang terletak bersebelahan dengan SK Kerayong Jaya. Bilangan guru turut berubah dari tahun ke tahun yang mana PPKI SK Durian Tawar pernah mencatatkan bilangan guru paling tinggi iaitu seramai 7 orang dan sehingga kini awal 2019 hanya 2 orang guru, seorang PPM dan kelas sebanyak 1 sahaja. Pengurangan demi pengurangan berlaku di PPKI SK Durian Tawar yang menyaksikan pada akhir 2018, hanya seramai 6 orang murid berada di sini dan turut menyaksikan pengurangan guru berlaku. PPKI SK Durian Tawar turut telah mencatatkan prestasi cemerlang dalam beberapa aktiviti yang dilaksanakan mengikut perancangan JPN Pahang. Antaranya ialah :- i) 2 orang murid telah melayakkan diri ke Olahraga PPKI Peringkat Negeri pada tahun 2010.
ii) Seorang murid telah melayakkan diri ke Olahraga PPKI Peringkat Kebangsaan pada 2010. iii) 2 orang murid melibatkan diri dalam Agoonoree Pahang Kali ke-3. iv) 4 orang murid melibatkan diri dalam Agoonoree Daerah Bera Kali ke-3. v) Seorang murid telah melayakkan diri ke Olahraga PPKI Peringkat Kebangsaan pada 2017. vi) Seorang murid berjaya ke Olahraga PPKI Peringkat Negeri pada 2018. vii) Seorang murid melibatkan diri dalam Agoonoree Pahang Kali ke-4 (2018). PERUBAHAN GURU DAN MURID MENGIKUT TAHUN TAHUN BIL. GURU BIL. PPM BIL. MURID BIL. KELAS 2009 3 0 7 2 2010 3 1 14 3 2011 3 2 ( GURU SANDARAN) 2 26 3 2012 4 2 ( GURU SANDARAN) 2 18 4 2013 5 1 ( GURU J-QAF PPKI) 2 19 4 2014 6 1 ( GURU J-QAF PPKI) 2 19 4 2015 5 2 13 3 2016 6 2 11 2 2017 3 2 (GURU PEND.ISLAM) 2 9 2 2018 3 2 (GURU PEND.ISLAM) 1 7 2 2019 2 1 (GURU PEND.ISLAM) 1 7 1 2020 2 1 (GURU PEND.ISLAM) 1 8 1 2021 2 1 (GURU PEND.ISLAM) 1 4 1 2022 2 1 (GURU PEND.ISLAM) 1 5 1 2023 2 1 (GURU PEND.ISLAM) 1 14 2
GURU-GURU PPKI SK DURIAN TAWAR BIL NAMA GURU GAMBAR TAHUN BERKHIDMAT 1 Pn. Hayati binti Ismail 2009 – 2016 (Penyelaras 2009 – 2011) 2 En. Syahidan bin Desa 2009 - 2013 3 En. Suhaimi bin Mohamad 2009 – sekarang (Penyelaras 2011 – 2012) (Penyelaras 2014 – sekarang) 4 Pn. Rohaila binti Osman (GSTT) 2011 – 2012 5 Pn. Siti Sarah binti Salleh (GSTT) 2011 – 2012
6 Pn. Harliyana binti Abdul Halim 2012 – 2014 7 En. Saiful Azhar bin Mohamad 2013 – 2014 (Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas) 8 Pn. Siti Nurliyana binti Zulkifli 2013 – 2015 (Praktikal J-Qaf PPKI) 9 En. Adnan bin Seman 2013 – 2015 (GPKI) 10 En. Mohamad Naim bin Mohamad Zul 2014 – 2018
11 Pn. Sharifah Fakhira bt Syed Mahbar 2014 – Sekarang 12 Pn. Nurul Nadzirah binti Abdul Malek 2015 (Januari – Mei) 13 Cik Ainul Yasmeen binti Baharom (Guru Ganti) Julai – September 2023 SEJARAH PEMBANTU PENGURUSAN MURID PPKI SK DURIAN TAWAR BIL NAMA GURU GAMBAR TAHUN BERKHIDMAT 1 Pn. Hasniza binti Abu Hanifah 2010 – 2017 2 Pn. Dahliah binti Abdul Latif 2011 – Sekarang
SEJARAH GURU PENDIDIKAN ISLAM YANG PERNAH DAN SEDANG MENGAJAR DI PPKI SK DURIAN TAWAR BIL NAMA GURU GAMBAR 1 Pn. Fauziah binti Ismail 2 En. Muslimin bin Mohamed Yusof 3 Pn. Rohaya binti Kadir 4 Pn. Zuhaileen binti Othman 5 Pn. Rosmawati binti Ab.Rahman
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. “Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas kearah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan” “Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbang bakti kepada masyarakat dan negara”
“ Program Pendidikan Khas Integrasi SK Durian Tawar Aktif dan Berdisiplin ” Kami Berusaha : Mewujudkan pengurusan program yang berkesan. Membina persekitaran dan prasarana kondusif. Mendisiplin dan memotivasi murid ke arah sahsiah yang cemerlang. Menjalin hubungan baik dengan warga sekolah dan komuniti setempat. Mendidik murid menjadi insan yang seimbang. “ Sekolah Penyayang Pendidikan Khas Gemilang ” Adalah menjadi tanggungjawab setiap warga PPKI SK Durian Tawar untuk : Bekerjasama dan menjalin hubungan baik dan mesra dengan para pentadbir sekolah, guru-guru, ibu bapa, masyarakat setempat dan agensi luar demi kecemerlangan program. Sentiasa berusaha menangani isu dan masalah semasa secepat mungkin ke arah menyediakan perkhidmatan yang cekap dan efisien. Bersedia menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan program.
JAWATANKUASA PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH (JPKS) 2023/2024 PENGERUSI GURU BESAR PN. HJH HAYATI BINTI HUSIN SETIAUSAHA JPPKS EN. SUHAIMI BIN MOHAMAD NAIB PENGERUSI III PEN. KANAN KOKURIKULUM PN. KHAIRUS BINTI SAHAK NAIB PENGERUSI II PEN. KANAN HAL EHWAL MURID PN.NORZAIMAH BINTI MD MUSTAFA NAIB PENGERUSI I PEN. KANAN PENTADBIRAN EN. NORAZMI BIN SHAMSUDIN GURU KELAS PPKI PN.SH FAKHIRA BT SY. MAHBAR PPM PN. DAHLIAH BT.ABD LATIF GURU PENDIDIKAN ISLAM PN.ROSMAWATI BINTI AB RAHMAN GURU PEMULIHAN PN.NOORSALAWATI BINTI SAAD GURU BIMBINGAN & KAUNSELING PN.ROSMAWATI BINTI AB RAHMAN GURU DISIPLIN EN. RAJENDRAN KUMAR A/L E RAVI GURU KELAS PN. YUSNITA BINTI ISMAIL (T1) PN. ROHAYA BINTI KADIR (T2) EN. ARKASHAH BIN AHAMAD (T3) GURU PSS PN.SITI AISAH BINTI JAMIL WAKIL PENJAGA PN. ROSHANIZA BINTI ABDUL RASAK YDP PIBG EN. AMRAN BIN SILONG
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SESI 2023/2024 PENYELARAS EN. SUHAIMI BIN MOHAMAD PENASIHAT GURU BESAR PN. HJH HAYATI BINTI HUSIN SETIAUSAHA PN.SH FAKHIRA BT SY. MAHBAR BENDAHARI PN. DAHLIAH BT.ABD LATIF GURU PENDIDIKAN ISLAM PN.ROSMAWATI BINTI AB RAHMAN
Nama Suhaimi bin Mohamad Umur 38 Tahun Asal Terengganu Alamat No.31 Jalan Jati 6, Taman Jati,28200 Bandar Bera Status Berkahwin Gred DG 44 Nama IPG / IPT 1) Universiti Tun Abdul Razak (2000 – 2005) 2) Institut Perguruan Temenggung Ibrahim (2008) Sejarah Sekolah SK Durian Tawar ( 2009 – Sekarang) Nama Sh. Fakhira binti Syed Mahbar Umur 30 Tahun Asal Johor Alamat No.29 Jalan Jati 6, Taman Jati,28200 Bandar Bera Status Berkahwin Gred DG 41 Nama IPG / IPT Institut Pendidikan Guru Ilmu Khas, Kuala Lumpur Sejarah Sekolah SK Durian Tawar ( 2014 – Sekarang) Nama Dahliah binti Abdul Latif Umur 45 Tahun Asal Johor Alamat Blok B, 4-2, Kuarters Guru SK Kerayong, 28200 Bandar Bera, Pahang Status Berkahwin Gred N 19 Nama IPG / IPT SMK Jengka 2 Sejarah Sekolah SK Tembangau 6 (2007 – 2010) SK Durian Tawar ( 2011 – Sekarang)
BIL NAMA TUGAS 1 En. Suhaimi bin Mohamad 1. Penyelaras PPKI 2. Perancangan & Takwim 3. Penyelaras Elaun Murid Khas 4. Penyelaras RPI 5. Kewangan 6. Perkembangan Staff & LADAP 7. Guru RESOS (Program Pendidikan Inklusif) 8. Guru Mata Pelajaran 9. Bahasa Melayu 10. Pendidikan Seni Visual 11. Pengurusan Diri 12. Kemahiran Manipulatif 2 Pn. Sharifah Fakhira binti Syed Mahbar 1. Guru Kelas 2. Setiausaha PPKI 3. Program Dalaman & Luar 4. Pengurusan Data & Maklumat Murid 5. Pencatat RPI 6. Guru RESOS (Program Pendidikan Inklusif) 7. Guru Mata Pelajaran i) Matematik ii) Bahasa Inggeris iii) Muzik iv) Pend. Jasmani v) Kemahiran Manipulatif
3 Pn. Dahliah binti Abd Latif 1. Pembantu Pengurusan Murid 2. Pegawai Stok & Aset PPKI 3. Bendahari PPKI 4. Dokumentasi Dalaman 5. Peralatan, Perabot & Inventori 6. 3K 4 Pn. Rosmawati binti Ab Rahman 1. Guru Pendidikan Islam 2. Penyelaras Program Kerohanian 3. Pencatat RPI 4. Guru RESOS (Program Pendidikan Inklusif)
BIL NAMA MURID GAMBAR KELAS Fokus 1 Abd. Rahman bin Abd. Khalid Sindrom Down PK 2 Berjaya Pengurusan Diri & Kemahiran Motor 2 Mohamad Aidil Adha Bin Mohamad Anis ADHD PK 2 Berjaya Pengurusan Diri & Kemahiran Motor 3 Muhammad Ammar Danish Bin Nordin Kurang Upaya Intelektual PK 2 Berjaya Pengurusan Diri & Kemahiran Motor 4 Muhammad Nu’man Bin Mohd Nasuah Autisme PK 2 Berjaya Pengurusan Diri & Kemahiran Motor 5 Muhammad Danish Hakimi Bin Abdul Hakam Autisme PK 2 Berjaya Pengurusan Diri & Kemahiran Motor 6 Muhammad Adryan Ghaosyi bin Shahrul Azry ADHD PK 1 Amanah Akademik
7 Nafisa Binti Mohd Nasuah Autisme PK 1 Amanah Akademik 8 Muhammad Hafiq Ikmal Bin Mohd Hazmi Kurang Upaya Intelektual PK 1 Amanah Akademik 9 Danial Izdihar Bin Abdul Rahim Kurang Upaya Intelektual PK 1 Amanah Akademik 10 Aqlan Nawfal Bin 'Arfi Masalah Pembelajaran Spesifik PK 1 Amanah Akademik 11 Nor Shazwa Afiqah Binti Abdullah Masalah Pembelajaran Spesifik PK 1 Amanah Akademik 12 Nor Shazwa Afiqin Binti Abdullah Masalah Pembelajaran Spesifik PK 1 Amanah Akademik 13 Mohammad Danish Hafuza Bin Kamaruddin Speech Delay PK 1 Amanah Akademik
14 Muhammad Asyraf Fahmy Bin Muhamad Afiq Farhan Kurang Upaya Intelektual PK 1 Amanah Akademik
Bil Aktiviti Bulan Pelaksanaan Anggaran Belanja 1 Perjumpaan Bersama Penjaga & Sidang RPI (3 Sesi) Mac, Jun, September RM 300.00 2 Jamuan Hari Raya PPKI Mei RM 100.00 3 Kejohanan Merentas Desa Jun RM 100.00 4 Kejohanan Sukan & Olahraga Pendidikan Khas Julai RM 250.00 5 Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah September RM 100.00 6 Program Inklusif Luar Bilik Darjah Oktober RM 100.00 7 Program Kejohanan / Perkhemahan Peringkat Daerah/ Negeri/ Kebangsaan Sepanjang Masa RM 250.00 8 Sambutan Hari Lahir Murid Jun, November RM 200.00 9 Lawatan Sambil Belajar November RM 1000.00 10 Minggu Pengurusan Diri Januari 2024 RM 100.00 11 Hari Kantin Oktober RM 100.00 12 Sambutan Bulan Kemerdekaan Ogos RM 100.00 13 Kem Bestari Solat September RM 100.00
Anggaran Jumlah Keseluruhan : RM 2800.00 MAKSUD RPI merupakan satu dokumentasi perancangan berstruktur dengan langkah yang berbeza dan keperluan pengajaran yang sepatutnya untuk membantu murid berkeperluan khas mencapai objektif yang telah dikenalpasti. PUNCA KUASA 1. Seksyen 41 Akta Pendidikan 1996 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2007 mengariskan: ”Rancangan Pendidikan Individu” bererti satu dokumen yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid pendidikan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid. 2. Rancangan Pendidikan Individu (RPI) diguna pakai dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan Khas yang digubal oleh Panel Khas RPI juga berperanan sebagai rekod pengajaran guru. 3. Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2004: Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, para (5) menyebut, “Bagi memastikan keberkesanan kurikulum ini (kurikulum alternatif) Rancangan Pendidikan Individu (RPI) setiap murid hendaklah disediakan”. 4. Garis panduan pelaksanaan RPI boleh dirujuk di dalam buku Panduan RPI terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.