BMMB1134
ISI KANDUNG
PENGENALAN
HALANGAN KOMUNIKASI
1. Bahasa & Semantik
2. Gangguan Saraf Penerima
3. Gangguan Psikologi
4. Gangguan Luaran
ISU KOM
UNIKASI
1. Isu B
ahasa
2. Isu B
udaya
3. Isu Med
ia Sosial
PEN
UTUP
RUJ
UKAN
PENGENALAN
Menurut kamus dewan edisi keempat(2005),keterampilan membawa erti
kecekapan. Manakala, definisi bagi berbahasa pula ialah bertutur atau
bercakap dalam sesuatu bahasa.Sehubungan itu, dapat dirumuskan bahawa
keterampilan berbahasa merupakan suatu kecekapan dalam menggunakan
bahasa yang baik meliputi aspek kemahiran mendengar,bertutur,membaca
dan menulis..
Komunikasi berasal daripada perkataan Latin communis
yang bererti “persamaan”. Komunikasi dapat ditakrifkan
sebagai satu proses perpindahan
maklumat,idea,perasaan dan fikiran seseorang individu
kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia
merupakan proses interaksi antara :
1.komunikator:orang yang 2.komunikan:orang yang menerima
berkomunikasi pesanan.
penyampai,penutur dan penerima=pembaca dan pendengar
penulis yang yang menerima maklumat dan
menyampaikan maklumat. memberikan respon terhadap mesej
yang diterima
Menurut Sulaiman(2002),komunikasi merupakan satu mesej daripada
penyampai dipindahkan menerusi alat atau saluran khas tertentu kepada
penerima yang dapat memberi maklum balas terhadap mesej tersebut yang
mengembalikan isyarat dalam bentuk yang sama ada mesej tersebut difahami
mahupun tidak.
HALANGAN KOMUNIKASI
Halangan komunikasi merujuk kepada masalah atau gangguan yang boleh menyebabkan
maklumat yang ingin disampaikan tidak jelas dan boleh disalah tafsir oleh pendengar ketika
sesi komunikasi berlangsung.Terdapat 6 jenis halangan komunikasi:
Menurut Shaw (2011) dalam karyanya yang bertajuk “The greatest problem with
communication is the illusion that it has been accomplishes”. menerangkan bahawa terdapat
empat halangan atau gangguan komunikasi iaitu “bunyi bising”, “fizikal”, “semantik”
teknik mengajar” psikososial”dan “penguasaan bahasa yang lemah”.
Bahasa & SEMANTIK
1
Penyampai atau penerima maklumat kurang fasih dengan maksud ayat dan perkataan
yang digunakan dimana penyampai menggunakan binaan ayat yang sukar
difahami.Oleh yang demikian, keadaan ini akan menyebabkan maklumat tidak
disampaikan dengan efektif apabila tahap kefahaman penerima berbeza dengan
pemberi maklumat.Misalnya,penguncap yang menyampaikan ceramah di sebuah
sekolah yang melibatkan pelajar sebagai pendengar mempunyai latar belakang
pendidikan terhadap bahasa inggeris yang serdahana menyebabkan mereka kurang
faham apa isi yang cuba disampaikan dalam ceramah tersebut kerana penguncap
menggunakan bahasa inggeris sebagai pembuka kata mahupun setengah isi.
2Gangguan saraf penerima
Gangguan perkembangan saraf merujuk kepada sekumpulan gangguan yang boleh
mempengaruhi perkembangan sistem saraf seseorang individu dan memberi kesan dalam
kehidupan seharian.
Kehilangan pendengaran merujuk kepada keadaan penyakit yang menyebabkan gangguan
dalam proses pendengaran. Keadaan ini boleh disebabkan oleh pendedahan kepada bunyi
yang kuat untuk masa yang lama kepada gangguan sistem saraf pendengaran.Lantaran
daripada itu, gangguan saraf pendengaran yang dialami oleh penerima seperti pekak,rosak
pada gengendang telinga boleh menyebabkan penerima gagal menerima mesej yang ingin
disampaikan oleh penguncap.Hal ini demikian kerana,telinga merupakan organ pendengaran
yang memainkan peranan penting dalam menghantar dan menerima bunyi.
HALANGAN KOMUNIKASI
HALANGAN PSIKOLOGI (EMOSI)
3
Menurut Achmanto Mendatu (2007),menyatakan bahawa gangguan emosi merujuk
kepada perasaan takut dan cemas.Oleh itu,keadaan psikologi pengirim atau
penerima mesej berada dalam keadaan yang baik ataupun sebaliknya boleh
menyebabkan komnikasi tidak efektif berlaku.Hal ini demikian kerana persepsi
penerima yang berbeza-beza untuk menerima maklumat yang disampaikan iaitu
sekiranya emosi penyampai berada dalam keadaan bercelaru menyebabkan
maklumat yang ingin disampaikan tidak jelas.Manakala, penerima yang berfikiran
negatif terhadap penyampaian maklumat yang didengar menyebabkan maklumat
boleh disalah tafsir.
GANGGUAN LUARAN 4
Gangguan luaran merujuk kepada gangguan yang dihadapi secara langsung seperti bunyi
bising mahupun gangguan teknikal.
Bunyi bising boleh terjadi semasa proses komunikasi berlangsung. Misalnya,suasana
dewan yang bising boleh menyebabkan penguncap tidak mampu menyampaikan
penguncapan awam dengan jelas.Kesannya, mesej yang ingin disampaikan tidak
diterima dengan baik oleh pendengar.
Gangguan teknikal merujuk kepada gangguan-gangguan dari segi aspek-aspek teknikal
dan peralatan seperti sistem bunyi dan audio, pengcahayaan, suhu, pengurusan pentas,
skrin dan paparan yang digunakan.Misalnya,mikrofon yang tidak berfungsi ketika sesi
penyampaian berlangsung boleh mengganggu penyampai untuk memberi tumpuan
ketika berucap serta membuang banyak masa.
Sistem pengcahayaan yang bermasalah seperti cahaya terlalu malap menyebabkan
pengacara tidak dapat membaca teks rujukan penyaman udara yang tidak terlalu sejuk
dan tidak terlalu panas juga penting bagi memastikan pengacara selesa berada diatas
pentas.
ISU
KOMUNIKASI
ISU BAHASA
Isu Bahasa iaitu penggunaan bahasa Inggeris lebih diutamakan dalam komunikasi
seharian masyarakat pada masa kini.
Pada era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) ini merupakan perkembangan teknologi
sebagai platform komunikasi pada masa kini banyak menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa utama.Kesan daripada itu, penggunaan bahasa inggeris dalam
komunikasi seharian lebih diutamakan berbanding bahasa Melayu.Keadaan ini juga
akan memberi kesan kepada kedudukan bahasa Melayu pada masa hadapan
tergugat sekiranya penggunaan bahasa Melayu diabaikan dalam komunikasi
seharian.
Perkembangan teknologi pada hari ini didapati dapat melenyapkan penggunaan
sesuatu bahasa.Misalnya,masyarakat yang menggunakan platform digital untuk
berkomunikasi seperti “facebook,whatsapp,telegram,zoom mahupun google meet
tidak lagi menggunakan standard bahasa Melayu yang betul malah penerapan unsur
istilah baharu diwujudkan bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan mudah
dan santai.
ISU BUDAYA
Isu Budaya
=Isu budaya dalam komunikasi dapat dikategorikan dalam dua isu seperti berikut:
Budaya menggangungkan bahasa inggeris dalam komunikasi seharian.Misalnya, seseorang
itu menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa utama dalam pertuturan harian.Bahasa
kebangsaan pula dianggap bahasa yang berkelas rendah dalam kelas sosial masyarakat
pada masa kini.Fahaman sebegini telah menyebabkan segelintir masyarakat tidak
menghiraukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.
=Budaya menggunakan bahasa perkauman.Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat
yang berbilang kaum.Lantaran daripada itu,sebagai penyampai/penutur hendaklah memiliki
keterampilan berbahasa dalam penguncapan awam dengan tidak menyentuh isu sensitiviti
perkauman.Hal ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya isu rusuhan
kaum,penghinaan mahupun budaya mempersendakan masyarakat antara satu sama lain
sekiranya kesantunan dalam berbahasa tidak dijaga ketika berucap.
ISU MEDIA SOSIAL
Penggunaan bahasa rojak atau pasar semasa
sesi komunikasi secara lisan mahupun tulisan
semakin berleluasa adalah disebabkan oleh
penggunaan media sosial pada masa kini. Hal ini
demikian kerana,bahasa Melayu telah mengalami
kerancuan bahasa di media sosial iaitu
penggunaan bahasa rojak dimana kehadiran
sisipan bahasa Inggeris bercampur aduk dengan
bahasa Melayu akan memberi kesan kepada
kegramatisan tatabahasa dalam bahasa Melayu.
Kewujudan bahasa rojak ini adalah disebabkan
oleh kepesatan penggunaan media sosial dalam
komunikasi harian seseorang menyebabkan
masyarakat menggunakan bahasa ringkas dalam
berkomunikasi.Hal ini kerana, masyarakat
merasakan bahawa bahasa rojak atau pasar lebih
mudah ditutur dan digunakan dalam komunikasi
seharian.Menurut Asmah (2007), bahasa rojak
sebenarnya bahasa campur kod dan alih kod.
Justeru, maksud bahasa rojak ialah perkataan
atau frasa daripada bahasa asing dalam bahasa
yang dituturkan (p.6). Nahtijahnya, kecantikan dan
keindahan bahasa Melayu akan musnah
sekiranya masyarakat menggunakan bahasa rojak
dalam penggunaan media sosial.
RUMUSAN
Jelaslah bahawa keterampilan
berbahasa dalam diri setiap individu
haruslah dipupuk agar mesej mahupun
isi yang cuba disampaikan jelas,teratur
dan dapat difahami oleh audiens
mahupun pendengar ketika sesi
komunikasi berlangsung. Oleh yang
demikian,setiap individu haruslah
bertanggungjawab dalam menggunakan
bahasa yang betul dan sopan semasa
berkomunikasi.Tambahan
pula,penguncap mahupun pendengar
seharusnya mengenalpasti dan
mengetahui peranan masing-masing
untuk mengurangkan halangan-halangan
komunikasi yang boleh berlaku bagi
mencapai komunikasi yang efektif dan
berkesan.
RUJUKAN