The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kumpulan 7
-Maklumat info drama.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1382-24-nur, 2022-09-09 07:51:15

Karya Drama

Kumpulan 7
-Maklumat info drama.

BMMB3193 PUAN ARBIAH

Karya Drama

Kumpulan 7
Puteri Eriyn Nisya
Nurshazniera Azwa
Nurfarahin Zulaika
Haizatul

Drama

Menurut Mana Sikana, drama merupakan salah satu bentuk karya sastera
dimana penulis menyampaikan pesan melalui lakonan dan dialog. Biasanya
drama menampilkan sesuatu hal yang biasa terjadi dalam kehidupan sehari-
hari sehingga para penonton diajak untuk seolah-olah ikut menyaksikan dan
merasakan kehidupan serta kejadian dalam masyarakat.

Dalam drama, skrip merupakan bahan penting yang menginterpretasikan
pemikiran pengarang. Sebuah skrip drama berbeza daripada novel, cerpen
atau puisi. Bagi novel dan cerpen, pembaca akan dijelaskan secara terperinci
tentang sesuatu peristiwa yang berlaku melalui penerangan pengarang
manakala dalam naskhah drama, pembaca hanya akan diberikan gambaran
umum tentang situasi, latar atau tempat. Maka, dialog akan menjadi
penyampai mesej dan pemikiran pengarang kerana drama hanya akan
digerakkan oleh dialog.

Latar Belakang

suatu proses spontan untuk menyampaikan mesej, emosi atau
cerita dengan menggunakan teknik-teknik drama
menurut Mana Sikana (1996), drama ialah salah satu bentuk karya
sastera. Biasanya penulis ingin menyampaikan pesan melalui
lakonan dan dialog yang menampilkan kejadian dalam
kehidupan seharian
skrip merupakan sesuatu yang penting dalam drama kerana
ianya menginterprestasikan pemikiran pengarang
skrip drama berbeza dengan novel, cerpen ataupun puisi kerana
dalam sebuah naskhah drama pembaca diberi gambaran umum
tentang sesuatu situasi, latar, atau tempat, dan dialog berperanan
sebagai menyampaikan mesej dan pemikiran pengarang.
sifat naskhah drama digerakkan oleh dialog

ELEMEN DRAMA

PEMIKIRAN 6 KOMPONEN DRAMA PLOT/STRUKTUR
(TEMA) DRAMATIK
LATAR

WATAK BAHASA

AKSI

Tema/Pemikiran

Tema merupakan idea atau persoalan yang dapat dirumuskan daripada
keseluruhan inti pati cerita.
Persoalan cerita merupakan gagasan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam
skripnya
Pemikiran pula boleh disampaikan melalui dialog dan aksi-aksi setiap watak
tersebut.

Hal ini demikian kerana penonton drama/pembaca naskah akan dapat
mengungkap idea atau persoalan sesuatu cerita setelah selesai menonton
teater mahupun membaca skrip.Malah mereka juga dapat memperoleh maksud
tersirat yang terkandung dalam drama tersebut.

Pemikiran yang tersembunyi hanya dapat ditafsir oleh pembaca atau penonton
yang memahami unsur cerita yang disampaikan oleh penulis sebagai sub teks.

Nilai

Nilai adalah sifat ketinggian pekerti pada diri seseorang.Dalam karya
sastera,nilai dapat difahami sebagai unsur ketinggian pekerti yang
dapat dikesan oleh pembaca.Ia merupakan rumusan terhadap sesuatu
gagasan penulis dan tindakan watak.
Contoh Nilai:

Amanah
Baik Hati
Rajin

Pengajaran

Pengajaran pula merupakan unsur teladan dalam sesebuah karya
sastera.Mesej yang disampaikan dapat dikesan melalui gagasan penulis/
tindakan dan pemikiran watak dalam sesebuah cerita.Pembaca dapat
membuat kesimpulan bahawa sesuatu gagasan tindakan dan pemikiran watak
tersebut harus dicontohi atau sebaliknya.
Contoh Pengajaran:

Kita hendaklah amanah dalam melaksanakan tugas
Kita mestilah bersikap baik hati kepada masyarakat sekeliling.
Kita haruslah rajin berusaha

Penelitian Struktur

Binaan Drama

Terdiri daripada 3 kesatuan iaitu:
a. aksi
b. tempat
c. masa

Anatomi Secara umum, anatomi drama merangkumkan aspek
Drama dialog, petunjuk pementasan (lakon), prolog, epilog dan
penutup (ending).
Struktur Fizikal terdiri daripada:

a.Plot atau alur cerita
b.Watak atau pelakon dan perwatakan
c. Dialog
d. Latar
e.Teks samping atau petunjuk teknik (technical signs

seperti seting pentas, muzik, cahaya, kedudukan
pentas, tatarias dan unsur lain seperti nyanyian,
tarian, dan pergerakan sokongan)
Struktur Dalaman atau batin drama pula mengandungi
aspek:
a. Tema
b. Persoalan
c. Amanat

Kandungan Naskah Drama

1.Judul Cerita - Judul yang tidak menarik akan membuat penonton
enggan mendatangi pertunjukan. Kebanyakan sasterawan negara
menggunakan tajuk retorik ringkas yang dapat menggamit hati
pembaca dan penonton untuk menghayati isi drama.

2.Latar Pendahuluan Cerita - ringkasan persiapan awal cerita di dalam
naskah drama sebelum adegan atau bab peristiwa dimulakan. Ia
bertujuan membantu kru pementasan mempersiapkan segala hal
terkait dengan pertunjukan.

3.Jumlah watak - Untuk naskah drama, jumlah watak yang terlibat
mestilah signifikan dalam menimbulkan kekaguman persembahan
drama sama ada teater, film, sinetron, ‘you tube’, drama radio.

4.Penggambaraan Setting - Dalam membuat naskah drama, harus
digambarkan setting (tempat peristiwa) berlangsung.

5.Petunjukkan lakon

Terima Kasih


Click to View FlipBook Version