COURSE CASE STUDY
COURSE HIGHWAY AND TRAFFIC
CODE ENGINEERING
TITTLE DCC30103
LECTURER INTRODUCTION TO HIHGWAY AND
NAME TRAFFIC
GROUP PUAN MAI AZUNA BINTI MEOR
MEMBERS/ YUSUF
NUMBER 1. MUHAMMAD RUSYDI BIN MOHD
MATRIX
SANI (08DKA21F1109)
2. FILZAH AMANI BINTI NGAINAN
(08DKA21F1100)
CLASS DKA3A
DATE OF 28 OKTOBER 2022
SUBMISSION
LECTURER
COMMENT
MARKS
QUESTION 1
INTRODUCTION
Dasawarsa ini, isu kemalangan jalan raya yang semakin
meruncing sering menjadi fokus perbincangan dan mauduk
utama akhbar - akhbar di Malaysia. Fenomena ini kian kritikal
dan menggusarkan fikiran masyarakat. Peratus kes
kemalangan ini terus meningkat dari setahun ke setahun.
Senario yang menggemparkan ini tidak boleh dibiar
berterusan. Kes kemalangan jalan raya bukan lagi isu baharu
di negara kita. Saban hari, berita tentang kemalangan jalan
raya menghiasi ruangan akhbar dan menjadi topik perbualan
masyarakat.Usaha yang diambil oleh pelbagai pihak
umpama mencurah air ke daun keladi kerana bilangan kes
kemalangan jalan raya terus meningkat. Justeru itu, punca-
punca yang menyebabkan kemalangan jalan raya di negara
kita haruslah dikenal pasti agar masalah ini dapat dibendung.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah
mengeluarkan kenyataan, berdasarkan kepada statistik
daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), dari Januari hingga
September 2021, sebanyak 255,532 kes nahas di jalan raya
telah direkodkan, yang turut melibatkan 3,302 kes
kematian.“Sebanyak 418,237 kes nahas jalan raya telah
direkodkan pada tahun 2020, dengan 4,634 kematian.
Sementara itu, sehingga September 2021, sebanyak 255,532
kes nahas jalan raya telah direkodkan, dengan 3,302 kes
kematian.
Apakah kesan berlakunya kemalangan jalan raya di
Malaysia? Terdapat banyak kesan kemalangan jalan raya
dalam aspek kesihatan yang mungkin akan terjadi kepada
mangsa yang terlibat sama ada dalam segi fizikal atau
mental, tubuh badan yang mungkin akan mengalami kesan
yang memerlukan masa untuk pulih . Selain trauma ,
lebam , luka dan patah tulang , kerosakan pita suara juga
menjadi salah satu kesan kemalangan jalan raya dari segi
kesihatan . Antara kesan lain kemalangan jalan raya ialah
meragut nyawa , mengalami kecacatan dan mengalami
kadar kerugian yang tinggi .
FACTORS THAT CAUSE ACCIDENT
INTRODUCTION
Berdasarkan case study yang kami jalankan , terdapat
tiga faktor utama yang menyebabkan kemalangan jalan
raya di Malaysia . Kami telah memilih kecuaian pemandu,
kenderaan dan cuaca sebagai faktor yang relevan untuk
kami menyiapkan case study ini .
FAKTOR PERTAMA-KECUAIAN PEMANDU
Pada era globalisasi ini , kecuaian pemandu ketika
memandu kenderaan di jalan raya semakin meningkat
dan ia dapat mengancam keselamatan pengguna jalan
raya yang lain.Statistik menunjukkan seramai 1157 orang
pemandu mabuk direkodkan dan ditahan akibat
pengambilan bahan terlarang semasa memandu. Hal ini
disebabkan oleh beberapa faktor yang utama timbul iaitu
pengambilan barang terlarang, kekurangan tidur
mengakibatkan seseorang itu mengantuk dan
penggunaan gajet ketika memandu. Pengambilan barang
terlarang dibahagikan kepada beberapa kelas seperti
pengambilan alkohol dan dadah. Sikap pemandu yang
mementingkan diri dan tidak sabar ketika di jalan raya
perlu dibanteras secepat mungkin. Selain itu, kebanyakan
pemandu sering menggunakan telefon bimbit ketika
memandu boleh mengakibatkan seseorang itu khayal
dengan dunia mereka sendiri. Oleh hal demikian,
pengurusan lalu lintas diwujudkan untuk memastikan
keadaan jalan raya berada dalam keadaan selamat.
Pengurusan lalu lintas biasanya dilakukan di kawasan bandar di
mana kesesakan teruk berlaku. Pengurusan ini adalah bertujuan
untuk melancarkan pergerakan trafik agar lebih selamat dan
berkesan.Teknik pengurusan trafik ini direkabentuk untuk kenderaan
bergerak, kenderaan tidak bergerak mahupun pejalan kaki. Antara
fungsi pengurusan lalu lintas adalah memastikan arahan dan
peraturan dapat diberikan kepada semua pengguna . Ini secara
tidak langsung akan menjadikan seseorang itu lebih berhemah
semasa di jalan raya . Kebiasaannya pemandu akan mengambil
sikap sambil lewa dengan keselematan di atas jalan raya. Jangan
nanti nasi sudah menjadi bubur baru hendak menyesal kelak di lain
hari. Sikap pemandu sebegini akan mengakibatkan kes kemalangan
jalan raya terus meningkat saban hari. Hal ini akan menjadikan
pemandu lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling mereka.
Setiap yang berlaku pasti ada tujuan yang tertentu , begitu juga
dengan pengurusan lalu lintas yang mempunyai ciri-ciri tersendiri .
Jika ditelusuri dengan lebih mendalam , ianya dapat meningkatkan
tahap kesedaran keselamatan di atas jalan raya . Tindakan ini
wajar kerana kompaun yang agak tinggi akan dikenakan kepada
pesalah yang terlibat . Pemandu akan lebih berhati-hati jika tindakan
yang lebih ketat dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan . Sebagai
contoh , pemandu yang menggunakan telefon bimbit ketika
memandu akan dikenakan kompaun yang lebih tinggi . Sungguhpun
demikian , setiap pemandu yang bersifat delinkuen gemar memandu
melebihi had laju. Sifat ini sering dikaitkan dengan pepatah ikut hati
mati , ikut rasa binasa.
Jika ditinjau dari aspek lain pula , cara efektif pengurusan lalu
lintas untuk mengurangkan kemalangan jalan raya ialah pengurusan
bentuk arahan dan peraturan . Bersangkutan dengan hal ini ,
kawasan lalu lintas terus diperketatkan oleh pihak berkuasa .
Pemanduan yang tidak cermat di atas jalan raya akan terus diambil
tindakan dengan segera. Di samping, jalan yang sehala merupakan
salah satu cara efektif untuk mengurangkan kemalangan jalan raya
kerana ia dapat memastikan semua masyarakat berada dalam
keadaan selamat. Hal ini demikian kerana, risiko untuk
pertembungan antara dua kenderaan yang bertentangan dapat
dikurangkan.
Akhir sekali, cara efektif yang lain ialah pemandu sayugia
mengehadkan kelajuan kenderaan semasa berada di atas jalan
raya. Ianya penting bagi mewujudkan pemandu yang berhemah
dengan mengikut had kelajuan yang telah ditetapkan pada setiap
papan tanda jalan.
Te g a s n y a , p a r a p e m a n d u s e p a t u t n y a m e n g e t a h u i
tanggungjawab mereka ketika berada di atas jalan
raya .Pengguna jalan raya haruslah lebih berwaspada ketika
hendak memulakan perjalanan dan memandu kenderaan dengan
cermat kerana pandu cermat jiwa selamat. Sekiranya masyarakat
mengimplimentasikan kewajipan masing-masing, barulah
keselamatan setiap pengguna dapat dijamin. Oleh itu, setiap
lapisan masyarakat dan pihak berkuasa haruslah menggembleng
tenaga dan berganding bahu untuk memastikan kadar
peningkatan kemalangan maut dapat ditangani dengan berkesan.
Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.
Dengan ini, diharapkan agar masyarakat di Malaysia dapat hidup
sejahtera tanpa dibelenggu oleh masalah keselamatan jalan raya.
FAKTOR KEDUA- KENDERAAN
Kenderaan merupakan produk kejuruteraan yang dicipta bagi
memudahkan pergerakan dari suatu tempat ke suatu tempat yang
lain.Sedasarwasa ini, isu kemalangan yang melibatkan kenderaan sering
meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia
ini.Hal ini wujud akibat daripada sikap manusia yang tidak mengambil
endah tentang kenderaan yang ingin dipandu oleh mereka.Keadaan
kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik menjadi faktor utama
berlakunya kemalangan jalan raya di Malaysia.Hal ini terjadi kerana
kenderaan yang dibawa tidak diselenggara mengikut jadual atau waktu
yang telah ditetapkan. Ia akan menyebabkan malapetaka kepada
pemandu itu sendiri.Bagi membuktikan perkara ini,contoh yang boleh
diketengahkan ialah brek kenderaan yang tidak berfungsi dengan baik .
Sekiranya brek tidak dapat berfungsi,maka ia boleh menyebabkan
pemandu sukar untuk mengawal kenderaan mereka saat berlakunya
kecemasan.Dengan keadaan sedemikian,pemandu akan mudah tersasar
dan hilang kawalan ketika memandu dan akan mengakibatkan
kemalangan jalan raya ketika ingin menghentikan kenderaan secara
kecemasan.Selain itu,lampu isyarat kereta dan lampu brek yang kurang
baik dan tidak jelas(tinted) akan menyebabkan kenderaan anda dilanggar
dari belakang.Selanjutnya,penggunaan tayar yang botak boleh
menyebabkan kenderaan mudah tersasar ketika waktu hujan.Akhir
sekali,pengelap yang rosak atau getahnya yang keras boleh menyebabkan
penglihatan pemandu menjadi kabur ketika hujan. Rentetan itu,pemandu
perlu melakukan pemeriksaan berkala pada kenderaan . Sebagai contoh,
menukar tayar dan menukar lampu . Perkara ini penting bagi memastikan
kenderaan yang dipandu dapat sampai ke destinasi dengan selamat
kerana malang tidak berbau.
Pada realitinya ,memang tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan
yang berpunca daripada kenderaan merupakan penyebab utama kes
kematian di Malaysia meningkat.Dalam hal ini,amatlah penting jika kita
mengambil langkah awal untuk mengurangkan kes ini daripada berlaku.
Seperti yang telah dinyatakan,fungsi pengurusan lalu lintas yang perlu
ditekankan oleh setiap pemandu ialah mengkaji faktor penyumbang
kemalangan.Amatlah penting sekiranya pihak kerajaan mahupun para
pemandu mengkaji faktor penyumbang kemalangan.Amatlah penting
sekiranya pihak kerajaan mahupun para pemandu mengkaji faktor yang
menyebabkan kemalangan berlaku. Dengan berbuat demikian, maka
pemandu dapat mengenal pasti punca utama sesuatu kemalangan berlaku
dan sekaligus mengetahui cara mengatasinya.Sebagai contoh,faktor
penyumbang kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh kenderaan
yang tidak diselenggara dengan baik seperti tayar yang licin.Oleh hal yang
demikian,pihak kerajaan dan pemandu kenderaan perlu mengetahui
langkah untuk mengelakkan faktor ini daripada berlaku agar kes
kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Selain daripada itu,pihak
kerajaan juga memainkan peranan yang besar dalam memastikan setiap
pemandu jalan raya sentiasa dalam keadaan yang selamat dengan
mengadakan pengurusan lalu lintas.Tamsilnya,pihak kerajaan perlu
mengadakan penyelenggaraan secara berkala pada pemandu jalan raya agar
pemandu dapat memandu dengan selamat.Sebagai menggulung segala
yang diperkatan, amatlah penting sekiranya para pemandu mengkaji factor
penyumbang kemalangan supaya perkara yang tidak diingini dapat
dielakkan.
Pengurusan lalu lintas ditubuhkan kerana mempunyai tujuan yang
tertentu,yang pastinya memberi seribu satu kebaikan kepada para
pemandu.Tujuan yang pertama ialah dapat sampai ke destinasi dengan
selamat.Setiap pemandu pasti menginginkan satu perjalanan yang selamat
apabila berada di atas jalan raya.Jadi amat penting sekiranya mereka
mengambil langkah berjaga-jaga apabila ingin memulakan
perjalanan.Misalnya apabila para pemandu ingin balik ke kampung
halaman,mereka perlulah memastikan kenderaan yang dipandu itu selamat
daripada segala aspek seperti bunga tayar tidak haus dan brek dapat
berfungsi dengan baik.Sekiranya pemandu melakukan servis secara
menyeluruh maka perjalanan akan selamat. Perkara ini penting agar para
pemandu tidak mengalami sebarang kemalangan sekiranya mereka
melakukan penyelenggaraan.Jika pemandu sentiasa berwaspada dengan
keadaan jalan raya,maka mereka dapat sampai ke destinasi dengan keadaan
yang selamat.Senario ini persis dengan peribahasa melayu,yakni pandu
cermat jiwa selamat.Tujuan yang kedua pula ialah meminimumkan
pertembungan antara kenderaan dengan pejalan kaki.Sekiranya pemandu
tidak melakukan penyelenggaran sebelum melakukan perjalanan,ia dapat
mengkhawatirkan pejalan kaki dan menjadi penyebab sesuatu
kemalangan.Bagi membuktikan perkara ini,contoh yang boleh
diketengahkan ialah ketika kenderaan hilang kawalan semasa memandu.
Perkara ini secara tidak langsung akan mengundang kemalangan diantara
kenderaan dengan pejalan kaki yang berada di tepi jalan raya.Hal ini terbukti
bahawa sekiranya kenderaan diselenggara,maka pertembungan antara
kenderaan dengan pejalan kaki dapat dikurangkan.
Dewasa ini,pengurusan trafik sememangnya memberi banyak kebaikan
kepada rakyat Malaysia terutama kepada para pemandu. Dengan
ini,terdapat satu keberkesanan pengurusan trafik yang dapat mengurangkan
kemalangan jalan raya iaitu pengurusan pembayaran bagi perkhidmatan
lalu lintas.Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah
pembayaran tol di lebuh raya.Seperti yang kita telah sedia maklum,pemandu
perlu membayar tol semasa berada di lebuh raya kerana perlu melakukan
perjalanan jauh.Apabila kenderaan tidak diselenggara dengan baik dan
berlaku kerosakan semasa berada di lebuh raya,ia akan mendatangkan
kesusahan kepada diri pemandu itu sendiri.Terbuktilah bahawa dengan
wujudnya pengurusan pembayaran ini,kadar kerosakan kenderaan yang
berlaku pada masa kini dapat dikurangkan.Oleh itu,amatlah penting
sekiranya melakukan penyelenggaraan sebelum memulakan sesuatu
destinasi agar sebarang perkara yang tidak diingini dapat diatasi.Selain
itu,lesen memandu.Lesen memandu adalah satu perkara penting yang perlu
ada sekiranya seseorang ingin membawa kenderaan.Sekiranya pemandu
tidak mempunyai lesen,maka dia akan dikenakan saman sekaligus dapat
membahayakan keselamatan orang lain.
Sebagai penutup wacana,jelaslah bahawa sekiranya kenderaan tidak
diselenggara dengan baik ia akan mengancam keselamatan pemandu
lain.Kita sebagai pemandu yang bertanggungjawab perlu sentiasa
memastikan perkara yang mendatangkan keburukan ini dapat dielakkan
dengan segera.Sekiranya perkara ini tidak diambil peduli tentang mana-
mana pihak,maka kemalangan di Malaysia akan semakin meningkat dari hari
ke hari.Oleh itu,sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut,punca-
punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan
Bersama supaya kes kemalangan di Malaysia dapat diminimumkan.
FAKTOR KETIGA- CUACA HUJAN LEBAT
Sejajar dengan era globalisasi ini, pelbagai cabaran serta
halangan perlu dihalangi oleh setiap strata masyarakat. Kita dapat
melihat dari sudut pandangan sarwa yang lain apabila saban hari
kes kemalangan semakin meningkat. Persoalan yang sering
berlegar-legar dalam benak pemikiran saya ialah adakah kejadian
sedemikian akan berterusan sehingga tiada pengakhirannya? Hal
demikian, kemalangan jalan raya terjadi atas beberapa faktor utama
yang menjadi mimpi ngeri kepada pengguna jalan raya . Antara
mangkin yang efektif ialah cuaca hujan lebat yang menjadikan
pemandu hilang pandangan jelas serta hilang kawalan semasa
memandu akibat jalan licin. Malaysia merupakan negara yang
mempunyai iklim panas dan lembap sepanjang tahun ,namun
apabila hujan lebat berlaku boleh mengakibatkan sehingga banjir
kilat terjadi kepada sesebuah kawasan. Seorang pemandu
seharusnya mengorak langkah awal dengan berhati-hati semasa
memandu dengan sentiasa memandu kenderaan tidak melebihi had
kelajuan yang selamat semasa keadaan jalan licin dan hujan lebat.
Jangan sudah terhantuk baru hendak terngadah sekiranya
kemalangan jalan raya terjadi akibat diri kita sendiri baru hendak
menyesal kemudian. Tegasnya, pemandu berhemah semestinya
mengetahui had kelajuan yang betul dan terbaik untuk dipandu
semasa cuacaa hujan lebat di atas jalan raya.
Sebagai cetusan minda saya yang pertama, moleklah kiranya kita
tinjau dari aspek fungsi pengurusan lalu lintas sebagai salah satu
alpukah untuk mengelakkan kes kemalangan agar terus berleluasa.
Pengurusan lalu lintas berfungsi untuk memastikan keselamatan
dan keselesaan jalan diutamakan kepada pengguna jalan raya.
Kita perlu mengakui hakikat bahawa kemalangan ngeri sering
dibelenggu fikiran masyarakat dunia. Dalam konteks ini, lebih satu
juta pengguna kenderaan menggunakan lebuh raya setiap hari
direkodkan. Jelaslah bahawa setiap insan atau pemandu
berperanan untuk memastikan diri mereka serta orang lain berada
dalam keadaan selamat semasa berada di atas jalan raya.
Pengurusan lalu lintas seyogia diemplementasikan agar setiap
individu dapat menikmati satu perjalanan yang selamat sepanjang
berada di atas jalan raya. Sejajar dengan itu, tindakan drastik perlu
diambil dengan setiap pengguna jalan raya perlu memahami fungsi
pengurusan lalu lintas yang telah digariskan dalam peraturan lalu
lintas di Malaysia. Secara ringkasnya, pengurusan lalu lintas
berfungsi untuk memastikan keselamatan dan keselesaan jalan
diutamakan kepada semua pengguna jalan raya. Bak kata pepatah,
asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. Jelaslah
sekiranya ia dipupuk dari akar umbi pasti akan memberikan hasil
yang lumayan dengan serta merta pengurangan kemalangan jalan
raya di Malaysia.
Pengurusan trafik merupakan cara bagaimana untuk
menggunakan jalan yang sedia ada sebaik mungkin. Sejajar dengan
itu, terdapat beberapa tujuan pengurusan trafik itu dilaksanakan
dalam kehidupan seharian. Antara tujuan pengurusan trafik adalah
dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan
kesesakan berkenaan dengan lalu lintas. Hal ini dikatakan
demikian kerana kemalangan yang berpunca daripada cuaca buruk
sama ada hujan lebat atau panas melampau boleh memberi kesan
kepada pemandu semasa memandu. Dalam pada itu, pemandu
sewajarnya memandu dengan berhemah semasa keadaan cuaca
hujan lebat kerana boleh mengakibatkan pemandu hilang kawalan
berpunca daripada jalan raya yang licin. Lantas dengan itu,
kesesakan lalu lintas juga dapat dikurangkan kerana kemalangan
tidak terjadi semasa cuaca buruk yang berpanjangan. Alpukah ini
diambil apabila masyarakat sendiri memainkan peranan penting
untuk menjaga diri semasa memandu dengan tidak memandu
mengikut nafsu dengan kadar kelajuan melebihi had yang
ditetapkan. Kenderaan juga seharusnya berada dalam keadaan baik
dengan lampu belakang, lampu brek dan lampu isyarat berfungsi
dengan baik. Selain itu, tujuan pengurusan lalu lintas adalah
mengenal pasti jumlah dan tanda-tanda lalu lintas yang sesuai
di atas jalan raya. Kita perlu mengakui hakikat bahawa pandangan
kita tidak jelas semasa cuaca hujan lebat. Selaras dengan itu,
pemandu seharusnya memastikan pengelap cermin kenderaan
berada dalam keadaan baik. Pemandu juga perlu sapu wap air pada
cermin kenderaan yang disebabkan oleh hujan. Impaknya, info
papan tanda lalu lintas dapat dilihat dengan tepat walaupon hujan
lebat melanda. Pemandu turut tidak terlepas setiap persimpangan
keluar sepanjang lebuh raya. Secara ringkasnya, pemandu yang
bijak akan memandu dengan berhemah dan memanfaatkan setiap
tujuan pengurusan lalu lintas dicipta.
Oleh hal demikian, terdapat beberapa langkah efektif boleh
diambil untuk mengatasi kemalangan jalan raya berlaku berpunca
daripada cuaca hujan lebat. Menyingkap jendela langkah konkrit
seterusnya ialah pengurusan maklumat kepada pengguna jalan
raya perlu tepat dan ringkas. Pertama sekali, tanda arah lalu
lintas di atas jalan raya perlu lebih efektif. Hal ini disebut kerana
kadang kala setiap jalan besar sebenar federal highway mempunyai
banyak persimpangan yang mengelirukan pemandu. Tanda arah
pada kedudukan yang tepat sangat membantu pemandu
melancarkan perjalanan mereka semasa hujan mahupun pada
cuaca baik. Selain itu, kawalan lalu lintas sepanjang berada di atas
jalan raya oleh pihak yang berwajib dan bertanggungjawab. Ini
dapat dijelaskan lagi dengan bantuan polis di atas jalan raya ketika
berlaku sesuatu kemalangan atau pun sewaktu cuaca hujan untuk
mengawal lalu lintas kenderaan supaya tiada perkara yang tidak
diingini berlaku dan terjadi. Seterusnya, kempen program
menumpang kenderaan rakan sekerja atau orang yang dikenali. Hal
ini dapat mengelakkan kesesakan di atas jalan raya berlaku dengan
jumlah kenderaan yang terlalu banyak terutama pada waktu
kemuncak bekerja dan pulang bekerja. Di samping, cara efektif
seterusnya ialah kerajaan perlu membuat promosi tambang murah
atau percuma pada hari tertentu kenderaan awam. Di bandar
kebiasaannya, lrt dan mrt menjadi pilihan masyarakat untuk ke kolej
atau ke tempat kerja. Sekiranya, seseorang menaiki kenderaan
awam sewaktu cuaca hujan, ia dapat mengurangkan risiko
kemalangan jalan raya serta kesesakan lalu lintas di atas jalan raya.
Terakhir, kempen keselamatan jalan raya menjadi salah satu
alpukah pengurusan maklumat kepada pengguna jalan raya. Hal ini
tercetus disebabkan oleh menerusi kempen, masyarakat lebih
fahami tanggungjawab masing-masing ketika berada di atas jalan
raya. Tuntasnya, selaku rakyat yang prihatin sewajarnya kita
membuat keputusan yang bijak bagi mengelakkan kemalangan
jalan raya terus berlaku dan meningkat di Malaysia.
Sebagai penghias bicara akhir, jelaslah bahawa cuaca buruk
boleh memberikan kesan buruk pada pemandangan pemandu dan
lantas pada pengawalan kenderaan. Hujan boleh menyebabkan
jalan raya menjadi licin dan ia menyukarkan bagi seseorang
pemandu melihat kenderaan di hadapan dan sebaliknya. Angin
kenyang boleh menyebabkan kereta sukar untuk dikawal.
Sehubungan dengan itu, sebagai warga masyarakat yang prihatin,
kita haruslah seia dan sekata atas nama muafakat membawa berkat.
Masyarakat sepatutnya berganding bahu untuk mematuhi
pengurusan lalu lintas yang telah digariskan supaya semua orang
berada dalam keadaan selamat semasa berada di atas jalan raya.
KESIMPULAN
Sebagai penghias bicara akhir,untuk mengelakkan kemalangan
yang teruk terus meningkat dari masa ke masa,langkah yang
praktikal bagi mengurangkan kes kemalangan perlulah diambil
oleh semua pihak. Pihak kerajaan dan masyarakat harus
bekerjasama demi memastikan keselamatan semua.Oleh itu
Jabatan Pengangkutan Jalan,Jabatan Kerja Raya dan sebagainya
perlu membuat pemantauan dari semua aspek untuk
mendisiplinkan para pemandu dan menyediakan laluan jalan raya
yang selesa demi keselamatan para pemandu.Penguatkuasaan
undang-undang dan pelaksanaan denda bagi kesalahan jalan
yang dilakukan wajar diambil bagi menyedarkan para
pemandu.Masyarakat juga harus sedar tentang peranan mereka
ketika berada di atas jalan raya.Segala peraturan jalan raya
haruslah dipatuhi agar kemalangan dapat
dielakkan.Konklusinya,keselamatan jalan raya merupakan
tanggungjawab pengguna jalan itu sendiri.Usaha pasti akan
membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang drastik dilakukan
segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di
negara kita.
References :
1. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/687030/p
emandu-mabuk-punca-kemalangan-lima-kenderaan
2. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/95
5400/brek-treler-rosak-dipercayai-antara-punca-
kemalangan
3. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/08/366950/t
ragedi-hujan-lebat
4. https://www.scribd.com/doc/21383753/PENGURUSAN-
LALU-LINTAS
5. https://prezi.com/9pavtpglitth/traffic-management/
QUESTION 2
INTRODUCTION
Sejak negara menikmati arus kemodenan ini, setiap negara tidak
lari dari sebarang permasalahan yang serius. Malaysia juga
termasuk dalam negara yang sedemikian. Dalam konteks ini,
negara sering berlaku kemalangan jalan raya yang berpunca
daripada kerosakan jalan raya. Sebanyak 223 kemalangan
direkodkan berpunca daripada keadaan fizikal jalan raya termasuk
jalan berlubang serta rosak akibat kerja-kerja pembinaan.
Kerosakan jalan raya sering berpunca daripada muatan berat
kenderaan dan perubahan suhu atau cuaca serta terdedah kepada
cahaya matahari. Hal ini ditegaskan sekiranya lebih ramai
masyarakat yang lebih bertanggungjawab akan dapat memastikan
kerosakan jalan raya dapat diatasi. Menukilkan kata-kata tokoh
terkenal Mahatma Ghandi orang yang sangat dihormati apabila dia
melakukan pekerjaan untuk kesejahteraan masyarakat sekitarnya.
Antara jenis kerosakan jalan yang sering berlaku di Malaysia ialah
turapan fleksibel dan turapan tegar.
Turapan fleksibel merujuk kepada turapan anjal kejang lebih
kecil, kekuatan lenturan yang lebih rendah terutamanya oleh
kekuatan mampatan dan kekuatan ricih untuk menahan beban
kenderaan jalan raya.Turapan tegar pula ialah struktur berlapis
yang terdiri daripada lapisan permukaan papak konkrit bertetulang
dan tapak atau subtapak yang dibina diatas subgred. Antara
turapan tegar yang terdapat di Malaysia ialah lebuhraya Ayer Keroh
ke Pagoh dan lebuhraya Kuala Lumpur ke Tanjung Malim.
TURAPAN FLEKSIBEL
1.Depression
Rajah 1.0 menunjukkan gambar depression di jalan raya
Depression ditakrifkan sebagai kawasan permukaan turapan
setempat dengan ketinggian rendah daripada turapan sekeliling.
Kawasan ini sangat ketara kelihatan apabila waktu selepas hujan kerana
kawasan tersebut dipenuhi dengan takungan air. Walaubagaimanapun,
lekukan juga boleh ditemui tanpa hujan kerana kotoran yang dihasilkan
oleh kolam air. Lekukan boleh disebabkan oleh pemendapan tanah asas.
Rajah 1.1 menunjukkan ketebalan lapisan permukaan yang
tidak sekata
Antara punca terjadi kerosakan depression ini ialah penempatan
subgred akibat daripada pemadatan yang tidak mencukupi semasa
pembinaan jalan raya dilakukan. Pemadatan yang tidak sama rata akan
menyebabkan tanah atau jalan mendap dengan membentuk satu
kawasan yang besar di atas permukaan. Selain itu, punca kerosakan
depression ini berlaku ialah ketebalan lapisan permukaan yang tidak
sekata. Ia akan menyebabkan permukaan jalan menjadi nipis dan tidak
seimbang.
Rajah 1.2 menunjukkan teknik tampalan
Oleh hal demikian, kerosakan depression perlu dibaiki
supaya tidak mendatangkan kerosakan kepada kenderaan dan
kemudaratan kepada pengguna jalan raya. Sekiranya berlaku
kerosakan depression yang teruk, permukaan asfalt perlu
diganti manakala untuk lekukan yang lebih kecil, tampalan
pada kawasan tersebut boleh dilakukan. Proses pembaikan
boleh dilakukan dengan mengalihkan turapan yang terjejas
kemudian menggali dan menggantikan kawasan subgred yang
lemah. Akhir sekali tampal pada subgred yang telah dibaiki.
2.Jalan berlubang(potholes)
Rajah 2.0 menunjukkan gambar jalan berlubang
Jalan berlubang adalah jenis kegagalan turapan fleksibel yang boleh
dilihat sebagai lekukan kecil pada permukaan turapan dan boleh
menembusi jauh sehingga ke dasar.Ia juga disebabkan oleh perpecahan
setempat permukaan turapan.Pengasingan,rekahan atau tompok yang
gagal mungkin berfungsi sebagai permulaan lubang.Secara amnya, rekahan
buaya teruk yang tidak dirawat menghasilkan serpihan kecil turapan dan
apabila kenderaan menungganginya mengakibatkan pembentukan jalan
berlubang.Dalam pada itu,campuran yang lemah dan bintik-bintik lemah di
dasar atau subgred mempercepatkan kegagalan lubang.
Rajah 2.1 menunjukkan retak buaya yang tidak dirawat
Jalan berlubang seringkali berlaku disebabkan oleh retak buaya yang
tidak dirawat.Hal ini terjadi kerana retak buaya merupakan sejenis retakan
kecil yang menjadi punca utama sebelum berlakunya jalan
berlubang.Apabila kenderaan yang bermuatan berat seperti lori simen
sering melalui jalan yang terdapat retak buaya,maka ia akan mengakibatkan
lubang jalan terjadi.Selanjutnya,keletihan turapan juga merupakan salah
satu sebab berlakunya jalan berlubang.
Rajah 2.2 menunjukkan teknik tampalan jalan berlubang
Bertitik tolak daripada kenyataan di atas, pelbagai cara
yang dapat diambil oleh Jabatan Kerja Raya(JKR) untuk
memastikan kerosakan jalan akibat lubang dapat dipulihkan.
Salah satu cara yang perlu dilakukan adalah dengan
melakukan teknik tampalan.Teknik tampalan jalan berlubang
perlu dilakukan dengan segera untuk mengelakkan berlakunya
kerosakan yang lebih teruk daripada berlaku.Teknik tampalan
ini merupakan satu proses mengisi lubang atau kawasan itu
digali pada turapan asfalt.Pembaikan segera lubang dapat
membantu mencegah kemerosotan yang berlaku
selanjutnya.Air boleh memasuki tanah asas sekiranya lubang
tidak ditampal.Hal ini menyebabkan berlaku kegagalan turapan
dengan lebih serius.Lain daripada itu,bahan yang digunakan
untuk proses tampalan ialah asfalt campuran panas,campuran
emulsi asfalt biasa dan terubah suai polimer.
3.Retak tepi(edge cracking)
Rajah 3.0 menunjukkan gambar keretakan tepi
Retak tepi ialah ialah rekahan membujur yang timbul dalam satu atau
dua kaki dari pinggir luar turapan. Keretakan ini terbentuk kerana
kekurangan sokongan di tepi turapan. Retak tepi juga sejenis rekahan yang
biasanya terbentuk di tepi turapan lebuh raya. Keretakan ini biasanya
dikaitkan dengan kemasukan air dalam lapisan asas.Perkara ini akan
mengalami pengoksidaan dan menjadi rapuh.
Rajah 3.1 menunjukkan kekosongan sokongan
Retak tepi wujud akibat daripada beberapa faktor . Antaranya ialah
kekurangan sokongan di tepi turapan.Bagi membuktikan perkara
ini,contoh yang boleh diketengahkan ialah kekurangan tar pada tepi
jalan.Sokongan pada tepi jalan amatlah penting pada setiap jalan kerana ia
merupakan laluan bagi kenderaan bermotor.Selanjutnya, keadaan saliran
yang teruk adalah punca terjadinya keretakan tepi berlaku.Sebagai
analoginya,jika terdapat banyak sampah yang terkumpul pada longkang ia
akan menyebabkan longkang tersumbat.Hal ini akan mengakibatkan air
longkang tersebut naik ke tepi jalan dan menyebabkan berlakunya
keretakan tepi jalan raya.Sementara itu,keretakan tepi jalan berlaku
disebabkan tumbuhan lebat.Akhir sekali punca keretakan tepi ialah trafik
sesak di sepanjang tepi turapan. Hal ini disebabkan oleh kenderaan akan
memotong di bahagian tepi jalan untuk mempercepatkan pergerakan
mereka semasa berlaku kesesakan lalu lintas. Secara ringkasnya, pelbagai
punca boleh terjadi dan boleh mengakibatkan kerosakan keretakan tepi
jalan raya.
Rajah 3.2 menunjukkan kawasan tepi jalan bersih
dari rumput
Menyingkap jendela langkah konkrit seterusnya adalah dengan
mengenal pasti cara mengatasi kerosakan keretakan tepi jalan raya.
Antara langkah awal untuk membaiki retakan tepi ialah membuang
tumbuh-tumbuhan dari tepi turapan.Hal ini penting supaya keretakan di
tepi jalan raya dapat dikurangkan.Selain itu, masyarakat setempat
sehrusnya membetulkan semua isu saliran yang tersumbat.Hal ini
berlaku demikian kerana sikap manusia sendiri yang membuang sampah
sarap ke dalam lonkang sehingga boleh menyebabkan longkang
tersumbat.Jelaslah bahawa kita sebagai pengguna perlu bijak untuk
membersihkan longkang sekiranya tersumbat supaya saliran air dapat
berfungsi dengan baik.
4. Polished aggregates
Rajah 4.0 menunjukkan polished aggregates
Kawasan turapan di mana bahagian aggregate yang
memanjang di atas pengikat asfalt atau pes simen sama ada
sangat kecil atau tiada zarah agregat kasar atau bersudut.
Masalah yang sering berlaku ialah rintangan gelinciran
berkurangan.
Rajah 4.1 menunjukkan trafik berulang di atas jalan raya
Terdapat beberapa punca yang mungkin berlaku bagi
polished agregat. Pertama sekali ialah trafik berulang di mana
kenderaan sering melalui sesuatu kawasan menyebabkan
jalan tersebut menjadi licin dan digilap. Secara amnya, apabila
turapan menua, zarah sudut kasar yang menonjol menjadi
gilap. Hal ini disebabkan oleh ia boleh berlaku dengan lebih
cepat jika agregat terdedah kepada lelasan atau kehausan
tayar kenderaan.
Rajah 4.2 menunjukkan skid resistant slurry seal
Cara baiki polished agregat ialah melalui tiga kaedah.
Yang pertama ialah HMA di mana sapukan pendedap
buburan dengan kalis gelincir. Selain itu, polished agregat
juga boleh diatasi dengan membuat pengisaran atau
tindanan berlian. Terakhir, menerusi belukar-hammering
atau shot-blasting.
5.Keretakan keletihan (fatigue cracking)
Rajah 5.0 menunjukkan fatigue cracking
Fatigue cracking juga dipanggil alligator cracking disebabkan oleh
rekahan bersambung yang menyerupai kulit buaya. Keretakan keletihan
disebabkan oleh kemerosotan yang berkaitan dengan beban berkaitan
akibat daripada landasan asas atau subgred yang lemah, ketebalan
turapan yang terlalu sedikit,beban berlebihan atau kedua-duanya sekali.
Rajah 5.1 menunjukkan sokongan struktur yang tidak mencukupi
Masalah yang sering dikaitkan dengan fatigue cracking ialah
petunjuk kepada kegagalan struktur, retak yang membenarkan
penyusupan lembapan, kekasaran dan mungkin boleh menyebabkan ia
merosot lagi ke dalam lubang. Antara punca berlaku kepada fatigue
cracking ialah sokongan struktur yang tidak mencukupi yang
disebabkan oleh pelbagai faktor. Selain itu, penurunan dalam ciri
sokongan beban turapan. Kehilangan asas, subbase atau sokongan
subgred menjadi salah satu faktornya. Sebagai contoh, saliran yang
lemah atau pencairan musim bunga menyebabkan tapak yang kurang
keras. Tamsilnya, lebih banyak atau berat beban daripada yang
dijangkakan dalam reka bentuk.
Rajah 5.2 menunjukkan turapan jalan
Turapan retak yang keletihan perlu dikenalpasti terlebih dahulu untuk
menentukan punca kegagalan. Sebarang uji kaji perlu melibatkan penggalian
lubang atau coring turapan untuk menentukan struktur turapan atau
menentukan sama ada kelembapan bawah permukaan adalah faktor
penyumbang atau tidak. Sebaik sahaja corak buaya ciri jelas, pembaikan
dengan pengedap retak biasanya tidak berkesan. Pembaikan retakan
keletihan biasanya terbahagi kepada salah satu daripada dua kategori
tersebut. Jika keretakan keletihan yang kecil dan kawasan setempat
menunjukkan kehilangan sokongan subgred. Seharusnya keluarkan kawasan
turapan yang retak kemudian gali dan gantikan kawasan subgred yang
lemah dan baiki saliran kawasan itu jika perlu. Tampal pada subgred yang
telah dibaiki. Apabila kawasan keretakan keletihan yang besar menunjukkan
kegagalan struktur umum. Letakkan tindanan hot mix asphalt(HMA) di atas
seluruh permukaan turapan. Tindanan ini mestilah cukup kuat dari segi
struktur untuk membawa beban yang dijangkakan kerana keletihan yang
mendasari turapan retak berkemungkinan besar menyumbang sedikit atau
tiada kekuatan.
TURAPAN TEGAR (RIGID PAVEMENT)
1. Shrinkage cracking
Rajah 6.0 menunjukkan shrinkage cracking
Keretakan garis rambut terbentuk semasa penetapan dan
pengawetan PCC yang terletak pada sendi. Kebiasaaannya, ia tidak
meluas melalui keseluruhan kedalaman tapak. Keretakan pengecutan
(shringkage crack) dianggap sebagai kesusahan jika ia berlaku dalam
cara yang tidak terkawal. Masalah yang sering berlaku ialah petunjuk
shrinkage papak yang tidak terkawal. Dalam JPCP, ia akan melebar dan
membenarkan penyusupan lembapan. Dalam CRCP, ia dibenarkan
menjadi lebih lebar daripada 0.5 mm.
Rajah 6.1 menunjukkan sendi pengecutan
gergaji terlalu lewat
Semua PCC akan mengecut apabila ia sembuh. Oleh hal demikian,
shrinkage cracking dijangka dalam turapan tegar dan peruntukan
untuk kawalannya dilakukan. Walau bagaimanapun, shrinkage cracking
yang tidak terkawal akan menunjukkan pelbagai punca. Antaranya
ialah sendi pengecutan gergaji terlalu lewat. Dalam JPCP, jika
sambungan pengecutan digergaji terlalu lewat, PCC mungkin telah
retak di kawasan yang tidak diingini. Selain itu, reka bentuk keluli
tulang yang lemah. Dalam CRCP, reka bentuk keluli tulang yang betul
harus mengakibatkan shrinkage cracking setiap 1, 2-3 meter.
Seterusnya, teknik pengawetan yang tidak betul. Jika
permukaan papak dibiarkan terlalu cepat kering, ia akan
mengecut terlalu cepat dan retak. Terakhir, kekuatan PCC awal
yang tinggi. Dalam usaha untuk membuka bahagian yang baru
dibina atau dipulihkan dengan cepat kepada lalu lintas, PCC
berkekuatan awal yang tinggi boleh digunakan. PCC jenis ini
boleh mempunyai haba penghidratan yang tinggi dan
mengecut dengan lebih cepat dan lebih besar daripada PCC
biasa yang diperbuat daripada simen Portland jenis 1 yang
tidak diubah suai.
Rajah 6.2 menunjukkan crack sealing
Oleh hal demikian, cara untuk membaiki shrinkage craking
perlu diambil . dalam situasi keterukan ringan hingga
sederhana, keretakan ini boleh dimeterai dan papak harus
berfungsi dengan secukupnya. Dalam keterukan yang teruk
atau tinggi, keseluruhan papak perlu diganti dengan yang
baharu.
2. Spalling
Rajah 7.0 menunjukkan spalling
Spalling ialah pecahan permukaan konkrit yang selalunya
memanjang ke lapisan atas keluli tetulang juga ditakrifkan sebagai
keretakan, pecah atau serpihan tepi retak. Spalling merupakan satu
kerja kerja yang menggambarkan perpecahan konkrit kepada bahagian
kecil. Concrete spalling ialah pecahan konkrit melalui luluhawa semula
jadi dan tindak balas kimia yang mengakibatkan bahagian simen
terkupas dari badan utama. Spalls mungkin berdiameter 150 mm atau
lebih dan kedalaman 25 mm atau lebih dalam. Spalling menyebabkan
permukaan konkrit bertompok dan berlubang sambil mendedahkan
agregat di bawahnya.
Rajah 7.1 menunjukkan beban trafik yang berat
Mari kita lebarkan skop diskusi mauduk seterusnya, punca-punca
concrete spalling ini boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian.
Antara punca atau sebab concrete spalling ini berlaku ialah kakisan
kekuli tetulang terbenam. Hal ini dikatakan kerana produk kakisan iaitu
karat mempunyai isipadu yang lebih banyak daripada keluli asal dan
tekanan yang terhasil meredakan konkrit. Selain itu, beban trafik yang
berat. Seterusnya, sebab concrete spalling berlaku ialah kesan
dari tindak balas alkali silica secara meluas serta kedalaman
penutup yang tidak mencukupi dan penutup konkrit
berkualiti rendah di atas tetulang. Di samping, regangan
sendi selalunya disebabkan oleh sendi yang dibina secara
tidak betul membawa kepada regangan sendi.
Rajah 7.2 menunjukkan tampalan spalling
Oleh demikian, pembaikan perlu dilakukan bagi mengatasi
concrete spalling menjadi semakin teruk. Antara pembaikan yang
boleh dijalankan adalah apabila spalling kurang daripada 75 mm dari
muka retak, boleh dibaiki dengan tampalan separa kedalaman.
Namun, sekiranya spalling lebih daripada 75 mm dari muka retak
harus dibaiki dengan tampalan penuh kedalaman. Pembaikan
spalling juga boleh dijalankan melalui proses ini iaitu pertama ialah
bersihkan kawasan konkrit terkelupas. Kemudian, tanggalkan
konkrit longgar. Langkah seterusnya ialah bersihkan dan salitan bar
keluli berkarat. Langkah ke empat adalah dengan sapukan
campuran bahan pembaikan. Seterusnya ialah finishing dan
pengawetan. Terakhir sekali ialah sapukan coat pada permukaan
yang telah dibaiki.
3. Pengepaman (pumping)
Rajah 8.0 menunjukkan pumping
Pengepaman merupakan salah satu kegagalan turapan tegar yang
seringkali berlaku di Malaysia.Pengepaman berlaku apabila terdapat
terlalu banyak air dalam lapisan asas, di bawah permukaan turapan
asfalt, sehingga air secara fizikal dipam ke permukaan melalui retakan
kecil dan liang di bawah beban bergerak yang berat. Air terkumpul di
bawah papak PCC akan bertekanan apabila papak melencong di bawah
beban. Air bertekanan ini boleh melakukan beberapa perkara
antaranya ialah ia akan bergerak keluar dari bawah papak ke
permukaan turapan. Ini mengakibatkan penyingkiran perlahan
daripada bahan asas, subbase atau subgred dari bawah papak yang
mengakibatkan penurunan sokongan struktur.
Rajah 8.1 menunjukkan paras air tempatan tinggi
Pengepaman ini boleh berlaku atas beberapa faktor
antaranya ialah paras air tempatan mungkin terlalu tinggi dan
menyebabkan air bawah tanah meresap ke dalam lapisan
bawah asfalt. Mungkin juga lapisan asfalt terlalu berliang dan
telap air, sama ada kerana campuran yang tidak baik atau
pemadatan yang tidak mencukupi.Seterusnya, pengepaman
boleh terjadi kerana penyusupan air melalui sambungan, rekahan atau
tepi turapan membentuk buburan tanah. Pergerakan kenderaan berat di
atas turapan memaksa buburan tanah ini keluar menyebabkan
pengepaman lumpur. Oleh itu,kawasan tersebut akan menjadi kotor.
Rajah 8.2 menunjukkan dowel bar
Terdapat pelbagai cara membaiki pengepaman ini sekiranya ia
berlaku.Pertama, kawasan pengepaman hendaklah dibaiki dengan
tampalan kedalaman penuh untuk membuang mana-mana kawasan
papak yang rosak. Kedua, pertimbangan harus diberikan untuk
menggunakan bar dowel untuk meningkatkan pemindahan beban
merentasi mana-mana sambungan melintang penting yang dicipta oleh
pembaikan. Ketiga, pertimbangan harus diberikan untuk menstabilkan
mana-mana papak bersebelahan dengan kawasan pengepaman kerana
sejumlah besar asas asas, subbase atau subgred mungkin telah
dikeluarkan oleh pengepaman. Akhir sekali, punca air atau punca saliran
yang buruk harus ditangani
4. Keretakan linear (linear cracking)
Rajah 9.0 menunjukkan linear cracking
Seperti yang kita telah sedia maklum,terdapat banyak jenis keretakan
jalan yang boleh berlaku.Mengikut gambar rajah di atas,keretakan yang
berlaku ialah keretakan linear. Keretakan linear merujuk kepada rekahan
garis lurus yang membelah papak kepada dua atau tiga bahagian.Ia juga
boleh dipanggil sebagai keretakan melintang atau membujur, berlaku di
sepanjang sambungan turapan. Sambungan ini terbentuk apabila
permukaan asfalt yang lebih besar diletakkan, kerana ini dilakukan dalam
bahagian yang mesti disambungkan. Jika sambungan tidak diletakkan
dengan betul, ia boleh membentuk rekahan yang juga mungkin terbentuk
akibat pengecutan, turun naik suhu dan banyak lagi.
Rajah 9.1 menunjukkan beban lalu lintas
Keretakan linear memiliki sebab di sebalik kegagalan tersebut iaitu beban
trafik pada tahap berulang. Beban lalu lintas yang berlebihan sering
menjadi punca utama keretakan tersebut.Hal ini tercetus kerana
kenderaan yang memiliki muatan berat seperti lori sering melalui papak
tersebut.Perkara ini akan mengakibatkan turapan jalan tidak dapat
menampung berat tersebut lalu memberi kesan kepada jalan dengan
berlakunya keretakan. Sebab yang kedua ialah sokongan asas yang tidak
mencukupi.Apabila sokongan asas tidak mencukupi,maka ia tidak
dapat menampung beban yang berat dan akan berlaku keretakan
pada turapan.
Rajah 9.2 menunjukkan pengedap retak
Kaedah pembaikan utama untuk retakan ini melibatkan
pengedap retak. Lebih daripada satu retakan linear secara amnya
memerlukan tampalan yang mendalam sepenuhnya. Keretakan
yang lebih meluas akan memerlukan sekurang-kurangnya
tampalan untuk dibaiki. Tampalan perlu kedalaman penuh, kerana
rekahan ini bukan hanya tekanan permukaan tetapi meluas
melalui keseluruhan ketebalan papak.Selanjutnya,dalam kes yang
ringan seperti papak dengan retak tunggal yang sempit,
pembaikan mungkin semudah mengisi retakan dengan pengedap.
Jika pengubahsuaian bar dowel sedang dipertimbangkan untuk
turapan, retakan yang berfungsi juga harus mempunyai bar dowel
dipasang untuk membantu pemindahan beban.
5. Tampalan (patches)
Rajah 10,0 menunjukkan patches
Di Malaysia,kegagalan turapan yang mudah untuk dijumpai ialah
tampalan.Tampalan adalah kawasan turapan yang telah diganti dengan
bahan baru untuk dibaiki. Tampalan juga merupakan proses mengisi
lubang atau kawasan yang dikorek di turapan asfalt. Tanpa tampalan tepat
pada masanya, air boleh memasuki subgred dan menyebabkan kegagalan
turapan yang lebih besar dan lebih serius.
Rajah 10,1 menunjukkan patches kemerosotan turapan
setempat sebelumnya yang telah dikeluarkan dan ditampal.
Sebelum berlakunya tampalan ini,terdapat beberapa sebab
yang untuk ia berlaku. Antaranya ialah kemerosotan turapan
setempat sebelumnya yang telah dikeluarkan dan ditampal.Hal ini
menyebabkan kawasan baru yang telah ditampal akan mengalami
lebihan dan lapisan tampalan lebih tinggi berbanding kawasan
turapan yang lain.Oleh itu,kawasan yang diturap dapat dilihat
dengan jelas.Pemotongan utiliti juga adalah sebab berlakunya tampalan.
Memasang, menggantikan atau membaiki utiliti bawah tanah adalah salah
satu sebab yang paling biasa untuk menampal turapan. Walau
bagaimanapun, banyak masalah dengan tampalan adalah disebabkan oleh
amalan pembinaan yang lemah, jadi menggunakan teknik yang betul akan
membuat perbezaan yang besar. Tampalan utiliti yang dibina dengan betul
sepatutnya boleh berfungsi setanding dengan turapan sedia ada yang
mengelilinginya.
Rajah 10,0 menunjukkan tindanan konkrit
Tampalan mempunyai dua kaedah yang sering dilakukan di Malaysia.
Pertama, tampalan sendiri adalah tindakan pembaikan. Satu-satunya cara ia
boleh dikeluarkan dari permukaan turapan adalah sama ada dengan
tindanan struktur atau bukan struktur.Kedua, tampalan penyingkiran
&penggantian ialah kaedah yang lebih kekal dan lebih mahal untuk
membaiki asfalt yang rosak. Ia memerlukan mengalihkan semua asfalt di
kawasan yang gagal sehingga ke sub-base. Setelah asfalt yang reput telah
dialihkan, tapaknya hendaklah diratakan dan dipadatkan. Tampalan asfalt
segar baharu kemudiannya digunakan dalam dua lapisan, kedua-duanya
kira-kira 1 setengah inci tebal, memampatkan setiap lapisan untuk tampalan
kekal yang lebih stabil.
KESIMPULAN
Sebagai penghias bicara akhir, jelaslah bahawa kemalangan
jalan raya merupakan satu mimpi ngeri bagi kebanyakan
masyarakat di seluruh dunia. Marcapada ini akan semakin
membimbangkan sekiranya kejadian negatif atau segala perkara
yang tidak diingi terjadi menjadi kekerapan dalam kehidupan
seharian. Turapan jalan raya perlu diperbaiki sekiranya berada
dalam keadaan rosak sama ada rosak yang teruk atau ringan.
Beban trafik seringkali dikaitkan dengan punca kerosakan jalan
raya ini terjadi. Turapan fleksibel mahupun turapan tegar adalah
kerosakan yang sering terjadi di Malaysia. Kadar kemalangan
jalan raya di negara ini semakin merungsingkan setiap insan
kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan atau kehilangan
nyawa seseorang. Secara tidak langsung, ia telah menyebabkan
negara terpaksa menanggung satu jumlah kos yang tinggi untuk
membaik pulih jalan raya di seluruh Malaysia. Sehubungan
dengan itu, setiap lapisan masyarakat perlu berganding bahu
untuk memastikan kemalangan jalan raya dapat dikurangkan di
negara ini. Diharapkan agar melalui segala usaha untuk menjaga
permukaan jalan raya yang telah diimplementasikan dapat
melahirkan satu modal insan yang bertanggungjawab serta
berdisiplin semasa berada di atas jalan raya. Bulan semakin
terang, bayang semakin jelas, sekali lagi saya ingin menegaskan
bahawa kemalangan tidak berlaku sekiranya semua insan
mengetahui peranan masing-masing semasa berada di atas jalan
raya.
References :
1. https://theconstructor.org/transportation/types-failures-in-rigid-
pavements-causes-repair/16105/
2. https://www.ques10.com/p/49883/discuss-the-causes-of-
failure-in-flexible-and-ri-1/
3. https://civilnoteppt.com/6-causes-of-rigid-pavement-failures/
4. https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1000936113
00143X
5. https://pavementinteractive.org/reference-desk/pavement-
management/pavement-distresses/depression/
6. https://www.in.gov/indot/div/aviation/pavement-
inspection/pci-review/distresses-ac/depression.html
7. https://dreamcivil.com/pavement-failure/
8. https://www.cedengineering.com/userfiles/Distresses%20and%
20TreatmentRepair%20Methods%20in%20Flexible%20and%20Ri
gid%20Pavements.pdf
9. https://www.in.gov/indot/div/aviation/pavement-
inspection/pci-review/distresses-ac/slippage-
cracking.html#:~:text=They%20are%20produced%20when%20br
aking,next%20layer%20of%20pavement%20structure
10. https://pavementinteractive.org/reference-desk/pavement-
management/pavement-distresses/slippage-cracking/
11. https://www.asphaltwa.com/slippage-cracking/
12. https://pavementinteractive.org/reference-desk/pavement-
management/pavement-distresses/fatigue-cracking/
13. http://asphaltmagazine.com/understanding-asphalt-pavement-
distresses-five-distresses-
explained/#:~:text=Fatigue%20Cracking.&text=Fatigue%20cracki
ng%20is%20caused%20by,a%20combination%20of%20these%20
factors
14. http://www.asphaltwa.com/alligator-fatigue-cracking/
15. https://pavementinteractive.org/reference-desk/pavement-
management/pavement-distresses/pumping/
1. https://civilblog.org/2016/01/27/5-forms-of-failure-in-rigid-
pavement/
2. https://pavementinteractive.org/reference-desk/pavement-
management/pavement-distresses/transverse-cracking/
3. https://maxwellproducts.com/problems/Transverse-Cracking
4. https://pavementinteractive.org/reference-desk/pavement-
management/pavement-distresses/
5. https://theconstructor.org/practical-guide/spalling-concrete-
causes-repair/26027/
6. https://www.dalinghausconstruction.com/blog/concrete-
spalling
7. https://pavementinteractive.org/reference-desk/pavement-
management/pavement-distresses/linear-cracking/
8. https://www.superioraggregates.net/7-types-of-asphalt-
cracking-and-their-causes/
9. https://www.pavemanpro.com/article/identifying_asphalt_pav
ement_defects/
10. https://pavementinteractive.org/reference-desk/pavement-
management/pavement-distresses/polished-aggregate/