The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammadrusydimohdsani, 2022-10-26 01:57:36

CASE STUDY FILZAH AND RUSYDI

CASE STUDY FILZAH AND RUSYDI

COURSE CASE STUDY

COURSE HIGHWAY AND TRAFFIC
CODE ENGINEERING
TITTLE DCC30103

LECTURER INTRODUCTION TO HIHGWAY AND
NAME TRAFFIC
GROUP PUAN MAI AZUNA BINTI MEOR
MEMBERS/ YUSUF
NUMBER 1. MUHAMMAD RUSYDI BIN MOHD
MATRIX
SANI (08DKA21F1109)
2. FILZAH AMANI BINTI NGAINAN

(08DKA21F1100)

CLASS DKA3A

DATE OF 26 OKTOBER 2022

SUBMISSION

LECTURER
COMMENT

MARKS

QUESTION 1

INTRODUCTION

Dasawarsa ini, isu kemalangan jalan raya yang semakin
meruncing sering menjadi fokus perbincangan dan mauduk
utama akhbar - akhbar di Malaysia. Fenomena ini kian kritikal
dan menggusarkan fikiran masyarakat. Peratus kes
kemalangan ini terus meningkat dari setahun ke setahun.
Senario yang menggemparkan ini tidak boleh dibiar
berterusan. Kes kemalangan jalan raya bukan lagi isu baharu
di negara kita. Saban hari, berita tentang kemalangan jalan
raya menghiasi ruangan akhbar dan menjadi topik perbualan
masyarakat.Usaha yang diambil oleh pelbagai pihak
umpama mencurah air ke daun keladi kerana bilangan kes
kemalangan jalan raya terus meningkat. Justeru itu, punca-
punca yang menyebabkan kemalangan jalan raya di negara
kita haruslah dikenal pasti agar masalah ini dapat dibendung.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah
mengeluarkan kenyataan, berdasarkan kepada statistik
daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), dari Januari hingga
September 2021, sebanyak 255,532 kes nahas di jalan raya
telah direkodkan, yang turut melibatkan 3,302 kes
kematian.“Sebanyak 418,237 kes nahas jalan raya telah
direkodkan pada tahun 2020, dengan 4,634 kematian.
Sementara itu, sehingga September 2021, sebanyak 255,532
kes nahas jalan raya telah direkodkan, dengan 3,302 kes
kematian.

Apakah kesan berlakunya kemalangan jalan raya di
Malaysia? Terdapat banyak kesan kemalangan jalan raya
dalam aspek kesihatan yang mungkin akan terjadi kepada
mangsa yang terlibat sama ada dalam segi fizikal atau
mental, tubuh badan yang mungkin akan mengalami kesan
yang memerlukan masa untuk pulih . Selain trauma ,
lebam , luka dan patah tulang , kerosakan pita suara juga
menjadi salah satu kesan kemalangan jalan raya dari segi
kesihatan . Antara kesan lain kemalangan jalan raya ialah
meragut nyawa , mengalami kecacatan dan mengalami
kadar kerugian yang tinggi .

FACTORS THAT CAUSE ACCIDENT

INTRODUCTION

Berdasarkan case study yang kami jalankan , terdapat
tiga faktor utama yang menyebabkan kemalangan jalan
raya di Malaysia . Kami telah memilih kecuaian pemandu,
kenderaan dan cuaca sebagai faktor yang relevan untuk
kami menyiapkan case study ini .

FAKTOR PERTAMA-KECUAIAN PEMANDU

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/687030/pe
mandu-mabuk-punca-kemalangan-lima-kenderaan

Pada era globalisasi ini , kecuaian pemandu ketika
memandu kenderaan di jalan raya semakin meningkat
dan ia dapat mengancam keselamatan pengguna jalan
raya yang lain.Statistik menunjukkan seramai 1157 orang
pemandu mabuk direkodkan dan ditahan akibat
pengambilan bahan terlarang semasa memandu. Hal ini
disebabkan oleh beberapa faktor yang utama timbul iaitu
pengambilan barang terlarang, kekurangan tidur
mengakibatkan seseorang itu mengantuk dan
penggunaan gajet ketika memandu. Pengambilan barang
terlarang dibahagikan kepada beberapa kelas seperti
pengambilan alkohol dan dadah. Sikap pemandu yang
mementingkan diri dan tidak sabar ketika di jalan raya
perlu dibanteras secepat mungkin. Selain itu, kebanyakan
pemandu sering menggunakan telefon bimbit ketika
memandu boleh mengakibatkan seseorang itu khayal
dengan dunia mereka sendiri. Oleh hal demikian,
pengurusan lalu lintas diwujudkan untuk memastikan
keadaan jalan raya berada dalam keadaan selamat.

Pengurusan lalu lintas biasanya dilakukan di kawasan bandar di
mana kesesakan teruk berlaku. Pengurusan ini adalah bertujuan
untuk melancarkan pergerakan trafik agar lebih selamat dan
berkesan.Teknik pengurusan trafik ini direkabentuk untuk kenderaan
bergerak, kenderaan tidak bergerak mahupun pejalan kaki. Antara
fungsi pengurusan lalu lintas adalah memastikan arahan dan
peraturan dapat diberikan kepada semua pengguna . Ini secara tidak
langsung akan menjadikan seseorang itu lebih berhemah semasa di
jalan raya . Kebiasaannya pemandu akan mengambil sikap sambil
lewa dengan keselematan di atas jalan raya. Jangan nanti nasi sudah
menjadi bubur baru hendak menyesal kelak di lain hari. Sikap
pemandu sebegini akan mengakibatkan kes kemalangan jalan raya
terus meningkat saban hari. Hal ini akan menjadikan pemandu lebih
berwaspada dengan keadaan sekeliling mereka.

Setiap yang berlaku pasti ada tujuan yang tertentu , begitu juga
dengan pengurusan lalu lintas yang mempunyai ciri-ciri tersendiri .
Jika ditelusuri dengan lebih mendalam , ianya dapat meningkatkan
tahap kesedaran keselamatan di atas jalan raya . Tindakan ini wajar
kerana kompaun yang agak tinggi akan dikenakan kepada pesalah
yang terlibat . Pemandu akan lebih berhati-hati jika tindakan yang
lebih ketat dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan . Sebagai contoh ,
pemandu yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu akan
dikenakan kompaun yang lebih tinggi . Sungguhpun demikian , setiap
pemandu yang bersifat delinkuen gemar memandu melebihi had laju.
Sifat ini sering dikaitkan dengan pepatah ikut hati mati , ikut rasa
binasa.

Jika ditinjau dari aspek lain pula , cara efektif pengurusan lalu
lintas untuk mengurangkan kemalangan jalan raya ialah pengurusan
bentuk arahan dan peraturan . Bersangkutan dengan hal ini ,
kawasan lalu lintas terus diperketatkan oleh pihak berkuasa .
Pemanduan yang tidak cermat di atas jalan raya akan terus diambil
tindakan dengan segera. Di samping, jalan yang sehala merupakan
salah satu cara efektif untuk mengurangkan kemalangan jalan raya
kerana ia dapat memastikan semua masyarakat berada dalam
keadaan selamat. Hal ini demikian kerana, risiko untuk
pertembungan antara dua kenderaan yang bertentangan dapat
dikurangkan.

Akhir sekali, cara efektif yang lain ialah pemandu sayugia
mengehadkan kelajuan kenderaan semasa berada di atas jalan
raya. Ianya penting bagi mewujudkan pemandu yang berhemah
dengan mengikut had kelajuan yang telah ditetapkan pada setiap
papan tanda jalan.

Te g a s n y a , p a r a p e m a n d u s e p a t u t n y a m e n g e t a h u i
tanggungjawab mereka ketika berada di atas jalan
raya .Pengguna jalan raya haruslah lebih berwaspada ketika
hendak memulakan perjalanan dan memandu kenderaan dengan
cermat kerana pandu cermat jiwa selamat. Sekiranya masyarakat
mengimplimentasikan kewajipan masing-masing, barulah
keselamatan setiap pengguna dapat dijamin. Oleh itu, setiap
lapisan masyarakat dan pihak berkuasa haruslah menggembleng
tenaga dan berganding bahu untuk memastikan kadar
peningkatan kemalangan maut dapat ditangani dengan berkesan.
Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.
Dengan ini, diharapkan agar masyarakat di Malaysia dapat hidup
sejahtera tanpa dibelenggu oleh masalah keselamatan jalan raya.

FAKTOR KEDUA- KENDERAAN

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/955400/
brek-treler-rosak-dipercayai-antara-punca-kemalangan

Kenderaan merupakan produk kejuruteraan yang dicipta bagi
memudahkan pergerakan dari suatu tempat ke suatu tempat yang
lain.Sedasarwasa ini, isu kemalangan yang melibatkan kenderaan sering
meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia
ini.Hal ini wujud akibat daripada sikap manusia yang tidak mengambil
endah tentang kenderaan yang ingin dipandu oleh mereka.Keadaan
kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik menjadi faktor utama
berlakunya kemalangan jalan raya di Malaysia.Hal ini terjadi kerana
kenderaan yang dibawa tidak diselenggara mengikut jadual atau waktu
yang telah ditetapkan. Ia akan menyebabkan malapetaka kepada
pemandu itu sendiri.Bagi membuktikan perkara ini,contoh yang boleh
diketengahkan ialah brek kenderaan yang tidak berfungsi dengan baik .
Sekiranya brek tidak dapat berfungsi,maka ia boleh menyebabkan
pemandu sukar untuk mengawal kenderaan mereka saat berlakunya
kecemasan.Dengan keadaan sedemikian,pemandu akan mudah tersasar
dan hilang kawalan ketika memandu dan akan mengakibatkan
kemalangan jalan raya ketika ingin menghentikan kenderaan secara
kecemasan.Selain itu,lampu isyarat kereta dan lampu brek yang kurang
baik dan tidak jelas(tinted) akan menyebabkan kenderaan anda dilanggar
dari belakang.Selanjutnya,penggunaan tayar yang botak boleh
menyebabkan kenderaan mudah tersasar ketika waktu hujan.Akhir
sekali,pengelap yang rosak atau getahnya yang keras boleh menyebabkan
penglihatan pemandu menjadi kabur ketika hujan. Rentetan itu,pemandu
perlu melakukan pemeriksaan berkala pada kenderaan . Sebagai contoh,
menukar tayar dan menukar lampu . Perkara ini penting bagi memastikan
kenderaan yang dipandu dapat sampai ke destinasi dengan selamat
kerana malang tidak berbau.

Pada realitinya ,memang tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan
yang berpunca daripada kenderaan merupakan penyebab utama kes
kematian di Malaysia meningkat.Dalam hal ini,amatlah penting jika kita
mengambil langkah awal untuk mengurangkan kes ini daripada berlaku.

Oleh itu,dengan adanya pengurusan lalu lintas yang efektif,maka serba
sedikit masyarakat Malaysia mampu mengatasi kes berlakunya kemalangan
jalan raya yang berpunca daripada kenderaan.Seperti yang telah
dinyatakan,fungsi pengurusan lalu lintas yang perlu ditekankan oleh setiap
pemandu ialah mengkaji faktor penyumbang kemalangan.Amatlah penting
sekiranya pihak kerajaan mahupun para pemandu mengkaji faktor yang
menyebabkan kemalangan berlaku.Dengan berbuat demikian, maka
pemandu dapat mengenal pasti punca utama sesuatu kemalangan berlaku
dan sekaligus mengetahui cara mengatasinya.Sebagai contoh,faktor
penyumbang kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh kenderaan
yang tidak diselenggara dengan baik seperti tayar yang licin.Oleh hal yang
demikian,pihak kerajaan dan pemandu kenderaan perlu mengetahui
langkah untuk mengelakkan faktor ini daripada berlaku agar kes
kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Selain daripada itu,pihak
kerajaan juga memainkan peranan yang besar dalam memastikan setiap
pemandu jalan raya sentiasa dalam keadaan yang selamat dengan
mengadakan pengurusan lalu lintas.Tamsilnya,pihak kerajaan perlu
mengadakan penyelenggaraan secara berkala pada pemandu jalan raya agar
pemandu dapat memandu dengan selamat.Sebagai menggulung segala
yang diperkatan, amatlah penting sekiranya para pemandu mengkaji factor
penyumbang kemalangan supaya perkara yang tidak diingini dapat
dielakkan.

Pengurusan lalu lintas ditubuhkan kerana mempunyai tujuan yang
tertentu,yang pastinya memberi seribu satu kebaikan kepada para
pemandu.Tujuan yang pertama ialah dapat sampai ke destinasi dengan
selamat.Setiap pemandu pasti menginginkan satu perjalanan yang selamat
apabila berada di atas jalan raya.Jadi amat penting sekiranya mereka
mengambil langkah berjaga-jaga apabila ingin memulakan
perjalanan.Misalnya apabila para pemandu ingin balik ke kampung
halaman,mereka perlulah memastikan kenderaan yang dipandu itu selamat
daripada segala aspek seperti bunga tayar tidak haus dan brek dapat
berfungsi dengan baik.Sekiranya pemandu melakukan servis secara
menyeluruh maka perjalanan akan selamat. Perkara ini penting agar para
pemandu tidak mengalami sebarang kemalangan sekiranya mereka
melakukan penyelenggaraan.Jika pemandu sentiasa berwaspada dengan
keadaan jalan raya,maka mereka dapat sampai ke destinasi dengan keadaan
yang selamat.Senario ini persis dengan peribahasa melayu,yakni pandu
cermat jiwa selamat.Tujuan yang kedua pula ialah meminimumkan

pertembungan antara kenderaan dengan pejalan kaki.Sekiranya pemandu
tidak melakukan penyelenggaran sebelum melakukan perjalanan,ia dapat
mengkhawatirkan pejalan kaki dan menjadi penyebab sesuatu
kemalangan.Bagi membuktikan perkara ini,contoh yang boleh
diketengahkan ialah ketika kenderaan hilang kawalan semasa
memandu.Perkara ini secara tidak langsung akan mengundang kemalangan
diantara kenderaan dengan pejalan kaki yang berada di tepi jalan raya.Hal ini
terbukti bahawa sekiranya kenderaan diselenggara,maka pertembungan
antara kenderaan dengan pejalan kaki dapat dikurangkan.

Dewasa ini,pengurusan trafik sememangnya memberi banyak kebaikan
kepada rakyat Malaysia terutama kepada para pemandu. Dengan
ini,terdapat satu keberkesanan pengurusan trafik yang dapat mengurangkan
kemalangan jalan raya iaitu pengurusan pembayaran bagi perkhidmatan lalu
lintas.Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah pembayaran
tol di lebuh raya.Seperti yang kita telah sedia maklum,pemandu perlu
membayar tol semasa berada di lebuh raya kerana perlu melakukan
perjalanan jauh.Apabila kenderaan tidak diselenggara dengan baik dan
berlaku kerosakan semasa berada di lebuh raya,ia akan mendatangkan
kesusahan kepada diri pemandu itu sendiri.Terbuktilah bahawa dengan
wujudnya pengurusan pembayaran ini,kadar kerosakan kenderaan yang
berlaku pada masa kini dapat dikurangkan.Oleh itu,amatlah penting
sekiranya melakukan penyelenggaraan sebelum memulakan sesuatu
destinasi agar sebarang perkara yang tidak diingini dapat diatasi.Selain
itu,lesen memandu.Lesen memandu adalah satu perkara penting yang perlu
ada sekiranya seseorang ingin membawa kenderaan.Sekiranya pemandu
tidak mempunyai lesen,maka dia akan dikenakan saman sekaligus dapat
membahayakan keselamatan orang lain.

Sebagai penutup wacana,jelaslah bahawa sekiranya kenderaan tidak
diselenggara dengan baik ia akan mengancam keselamatan pemandu
lain.Kita sebagai pemandu yang bertanggungjawab perlu sentiasa
memastikan perkara yang mendatangkan keburukan ini dapat dielakkan
dengan segera.Sekiranya perkara ini tidak diambil peduli tentang mana-
mana pihak,maka kemalangan di Malaysia akan semakin meningkat dari hari
ke hari.Oleh itu,sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut,punca-
punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan
Bersama supaya kes kemalangan di Malaysia dapat diminimumkan.



FAKTOR KETIGA- CUACA HUJAN LEBAT

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/08/366950/trage

di-hujan-lebat

Sejajar dengan era globalisasi ini, pelbagai cabaran serta
halangan perlu dihalango oleh setiap strata masyarakat. Kita dapat
melihat dari sudut pandangan sarwa yang lain apabila saban hari
kes kemalangan semakin meningkat. Persoalan yang sering
berlegar-legar dalam benak pemikiran saya ialah adakah kejadian
sedemikian akan berterusan sehingga tiada pengakhirannya? Hal
demikian, kemalangan jalan raya terjadi atas beberapa faktor utama
yang menjadi mimpi ngeri kepada pengguna jalan raya . Antara
mangkin yang efektif ialah cuaca hujan lebat yang menjadikan
pemandu hilang pandangan jelas serta hilang kawalan semasa
memandu akibat jalan licin. Malaysia merupakan negara yang
mempunyai iklim panas dan lembap sepanjang tahun ,namun
apabila hujan lebat berlaku boleh mengakibatkan sehingga banjir
kilat terjadi kepada sesebuah kawasan. Seorang pemandu
seharusnya mengorak langkah awal dengan berhati-hati semasa
memandu dengan sentiasa memandu kenderaan tidak melebihi had
kelajuan yang selamat semasa keadaan jalan licin dan hujan lebat.
Jangan sudah terhantuk baru hendak terngadah sekiranya
kemalangan jalan raya terjadi akibat diri kita sendiri baru hendak
menyesal kemudian. Tegasnya, pemandu berhemah semestinya
mengetahui had kelajuan yang betul dan terbaik untuk dipandu
semasa cuacaa hujan lebat di atas jalan raya.

Sebagai cetusan minda saya yang pertama, moleklah kiranya kita
tinjau dari aspek fungsi pengurusan lalu lintas sebagai salah satu
alpukah untuk mengelakkan kes kemalangan agar terus berleluasa.
Pengurusan lalu lintas berfungsi untuk memastikan keselamatan
dan keselesaan jalan diutamakan kepada pengguna jalan raya. Kita
perlu mengakui hakikat bahawa kemalangan ngeri sering
dibelenggu fikiran masyarakat dunia. Dalam konteks ini, lebih satu
juta pengguna kenderaan menggunakan lebuh raya setiap hari
direkodkan. Jelaslah bahawa setiap insan atau pemandu
berperanan untuk memastikan diri mereka serta orang lain berada
dalam keadaan selamat semasa berada di atas jalan raya.

Pengurusan lalu lintas seyogia diemplementasikan agar setiap
individu dapat menikmati satu perjalanan yang selamat sepanjang
berada di atas jalan raya. Sejajar dengan itu, tindakan drastik perlu
diambil dengan setiap pengguna jalan raya perlu memahami fungsi
pengurusan lalu lintas yang telah digariskan dalam peraturan lalu
lintas di Malaysia. Secara ringkasnya, pengurusan lalu lintas
berfungsi untuk memastikan keselamatan dan keselesaan jalan
diutamakan kepada semua pengguna jalan raya. Bak kata pepatah,
asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. Jelaslah
sekiranya ia dipupuk dari akar umbi pasti akan memberikan hasil
yang lumayan dengan serta merta pengurangan kemalangan jalan
raya di Malaysia.

Pengurusan trafik merupakan cara bagaimana untuk
menggunakan jalan yang sedia ada sebaik mungkin. Sejajar dengan
itu, terdapat beberapa tujuan pengurusan trafik itu dilaksanakan
dalam kehidupan seharian. Antara tujuan pengurusan trafik adalah
dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan kesesakan
berkenaan dengan lalu lintas. Hal ini dikatakan demikian kerana
kemalangan yang berpunca daripada cuaca buruk sama ada hujan
lebat atau panas melampau boleh memberi kesan kepada pemandu
semasa memandu. Dalam pada itu, pemandu sewajarnya memandu
dengan berhemah semasa keadaan cuaca hujan lebat kerana boleh
mengakibatkan pemandu hilang kawalan berpunca daripada jalan
raya yang licin. Lantas dengan itu, kesesakan lalu lintas juga dapat
dikurangkan kerana kemalangan tidak terjadi semasa cuaca buruk
yang berpanjangan. Alpukah ini diambil apabila masyarakat sendiri
memainkan peranan penting untuk menjaga diri semasa memandu
dengan tidak memandu mengikut nafsu dengan kadar kelajuan
melebihi had yang ditetapkan. Kenderaan juga seharusnya berada
dalam keadaan baik dengan lampu belakang, lampu brek dan
lampu isyarat berfungsi dengan baik. Selain itu, tujuan pengurusan
lalu lintas adalah mengenal pasti jumlah dan tanda-tanda lalu lintas
yang sesuai di atas jalan raya. Kita perlu mengakui hakikat bahawa
pandangan kita tidak jelas semasa cuaca hujan lebat. Selaras
dengan itu, pemandu seharusnya memastikan pengelap cermin
kenderaan berada dalam keadaan baik. Pemandu juga perlu sapu
wap air pada cermin kenderaan yang disebabkan oleh hujan.

Impaknya, info papan tanda lalu lintas dapat dilihat dengan tepat
walaupon hujan lebat melanda. Pemandu turut tidak terlepas setiap
persimpangan keluar sepanjang lebuh raya. Secara ringkasnya,
pemandu yang bijak akan memandu dengan berhemah dan
memanfaatkan setiap tujuan pengurusan lalu lintas dicipta.

Oleh hal demikian, terdapat beberapa langkah efektif boleh
diambil untuk mengatasi kemalangan jalan raya berlaku berpunca
daripada cuaca hujan lebat. Menyingkap jendela langkah konkrit
seterusnya ialah pengurusan maklumat kepada pengguna jalan
raya perlu tepat dan ringkas. Pertama sekali, tanda arah lalu lintas
di atas jalan raya perlu lebih efektif. Hal ini disebut kerana kadang
kala setiap jalan besar sebenar federal highway mempunyai banyak
persimpangan yang mengelirukan pemandu. Tanda arah pada
kedudukan yang tepat sangat membantu pemandu melancarkan
perjalanan mereka semasa hujan mahupun pada cuaca baik. Selain
itu, kawalan lalu lintas sepanjang berada di atas jalan raya oleh
pihak yang berwajib dan bertanggungjawab. Ini dapat dijelaskan
lagi dengan bantuan polis di atas jalan raya ketika berlaku sesuatu
kemalangan atau pun sewaktu cuaca hujan untuk mengawal lalu
lintas kenderaan supaya tiada perkara yang tidak diingini berlaku
dan terjadi. Seterusnya, kempen program menumpang kenderaan
rakan sekerja atau orang yang dikenali. Hal ini dapat mengelakkan
kesesakan di atas jalan raya berlaku dengan jumlah kenderaan
yang terlalu banyak terutama pada waktu kemuncak bekerja dan
pulang bekerja. Di samping, cara efektif seterusnya ialah kerajaan
perlu membuat promosi tambang murah atau percuma pada hari
tertentu kenderaan awam. Di bandar kebiasaannya, lrt dan mrt
menjadi pilihan masyarakat untuk ke kolej atau ke tempat kerja.
Sekiranya, seseorang menaiki kenderaan awam sewaktu cuaca
hujan, ia dapat mengurangkan risiko kemalangan jalan raya serta
kesesakan lalu lintas di atas jalan raya. Terakhir, kempen
keselamatan jalan raya menjadi salah satu alpukah pengurusan
maklumat kepada pengguna jalan raya. Hal ini tercetus disebabkan
oleh menerusi kempen, masyarakat lebih fahami tanggungjawab
masing-masing ketika berada di atas jalan raya. Tuntasnya, selaku
rakyat yang prihatin sewajarnya kita membuat keputusan yang bijak
bagi mengelakkan kemalangan jalan raya terus berlaku dan
meningkat di Malaysia.

Sebagai penghias bicara akhir, jelaslah bahawa cuaca buruk

boleh memberikan kesan buruk pada pemandangan pemandu dan
lantas pada pengawalan kenderaan. Hujan boleh menyebabkan
jalan raya menjadi licin dan ia menyukarkan bagi seseorang
pemandu melihat kenderaan di hadapan dan sebaliknya. Angin
kenyang boleh menyebabkan kereta sukar untuk dikawal.
Sehubungan dengan itu, sebagai warga masyarakat yang prihatin,
kita haruslah seia dan sekata atas nama muafakat membawa berkat.
Masyarakat sepatutnya berganding bahu untuk mematuhi
pengurusan lalu lintas yang telah digariskan supaya semua orang
berada dalam keadaan selamat semasa berada di atas jalan raya.

References :

1. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/687030/p
emandu-mabuk-punca-kemalangan-lima-kenderaan

2. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/95
5400/brek-treler-rosak-dipercayai-antara-punca-
kemalangan

3. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/08/366950/t
ragedi-hujan-lebat

4. https://www.scribd.com/doc/21383753/PENGURUSAN-
LALU-LINTAS

5. https://prezi.com/9pavtpglitth/traffic-management/

QUESTION 2

INTRODUCTION

Sejak negara menikmati arus kemodenan ini, setiap negara tidak
lari dari sebarang permasalahan yang serius. Malaysia juga
termasuk dalam negara yang sedemikian. Dalam konteks ini,
negara sering berlaku kemalangan jalan raya yang berpunca
daripada kerosakan jalan raya. Sebanyak 223 kemalangan
direkodkan berpunca daripada keadaan fizikal jalan raya termasuk
jalan berlubang serta rosak akibat kerja-kerja pembinaan.
Kerosakan jalan raya sering berpunca daripada muatan berat
kenderaan dan perubahan suhu atau cuaca serta terdedah kepada
cahaya matahari. Hal ini ditegaskan sekiranya lebih ramai
masyarakat yang lebih bertanggungjawab akan dapat memastikan
kerosakan jalan raya dapat diatasi. Menukilkan kata-kata tokoh
terkenal Mahatma Ghandi orang yang sangat dihormati apabila dia
melakukan pekerjaan untuk kesejahteraan masyarakat sekitarnya.
Antara jenis kerosakan jalan yang sering berlaku di Malaysia ialah
turapan fleksibel dan turapan tegar.

Turapan fleksibel merujuk kepada turapan anjal kejang lebih
kecil, kekuatan lenturan yang lebih rendah terutamanya oleh
kekuatan mampatan dan kekuatan ricih untuk menahan beban
kenderaan jalan raya.Turapan tegar pula ialah struktur berlapis
yang terdiri daripada lapisan permukaan papak konkrit bertetulang
dan tapak atau subtapak yang dibina diatas subgred. Antara
turapan tegar yang terdapat di Malaysia ialah lebuhraya Ayer Keroh
ke Pagoh dan lebuhraya Kuala Lumpur ke Tanjung Malim.

TURAPAN FLEKSIBEL

1.Depression

Depression ditakrifkan sebagai kawasan permukaan turapan
setempat dengan ketinggian rendah daripada turapan sekeliling.
Kawasan ini sangat ketara kelihatan apabila waktu selepas hujan kerana
kawasan tersebut dipenuhi dengan takungan air. Walaubagaimanapun,
lekukan juga boleh ditemui tanpa hujan kerana kotoran yang dihasilkan
oleh kolam air. Lekukan boleh disebabkan oleh pemendapan tanah asas.

Antara punca terjadi kerosakan depression ini ialah penempatan
subgred akibat daripada pemadatan yang tidak mencukupi semasa
pembinaan jalan raya dilakukan. Pemadatan yang tidak sama rata akan
menyebabkan tanah atau jalan mendap dengan membentuk satu
kawasan yang besar di atas permukaan. Selain itu, punca kerosakan
depression ini berlaku ialah ketebalan lapisan permukaan yang tidak
sekata. Ia akan menyebabkan permukaan jalan menjadi nipis dan tidak
seimbang.

Oleh hal demikian, kerosakan depression perlu dibaiki supaya tidak
mendatangkan kerosakan kepada kenderaan dan kemudaratan kepada
pengguna jalan raya. Sekiranya berlaku kerosakan depression yang
teruk, permukaan asfalt perlu diganti manakala untuk lekukan yang
lebih kecil, tampalan pada kawasan tersebut boleh dilakukan. Proses
pembaikan boleh dilakukan dengan mengalihkan turapan yang terjejas
kemudian menggali dan menggantikan kawasan subgred yang lemah.
Akhir sekali tampal pada subgred yang telah dibaiki.

Sebagai penutup, kemungkinan punca depression berlaku adalah
disebabkan oleh penempatan subgred akibat daripada yang tidak
mencukupi semasa pembinaan jalan. Lekukan turapan perlu dikenal
pasti terlebih dahulu sebelum menentukan punca kegagalan iaitu sama
ada penyelesaian subgred atau limbungan beku.

2.Jalan berlubang(potholes)

Jalan berlubang adalah jenis kegagalan turapan fleksibel yang boleh
dilihat sebagai lekukan kecil pada permukaan turapan dan boleh
menembusi jauh sehingga ke dasar.Ia juga disebabkan oleh perpecahan
setempat permukaan turapan.Pengasingan,rekahan atau tompok yang
gagal mungkin berfungsi sebagai permulaan lubang.Secara amnya, rekahan
buaya teruk yang tidak dirawat menghasilkan serpihan kecil turapan dan
apabila kenderaan menungganginya mengakibatkan pembentukan jalan
berlubang.Dalam pada itu,campuran yang lemah dan bintik-bintik lemah di
dasar atau subgred mempercepatkan kegagalan lubang.

Jalan berlubang seringkali berlaku disebabkan oleh retak buaya yang
tidak dirawat.Hal ini terjadi kerana retak buaya merupakan sejenis retakan
kecil yang menjadi punca utama sebelum berlakunya jalan
berlubang.Apabila kenderaan yang bermuatan berat seperti lori simen
sering melalui jalan yang terdapat retak buaya,maka ia akan mengakibatkan
lubang jalan terjadi.Selanjutnya,keletihan turapan juga merupakan salah
satu sebab berlakunya jalan berlubang.

Bertitik tolak daripada kenyataan di atas, pelbagai cara yang dapat
diambil oleh Jabatan Kerja Raya(JKR) untuk memastikan kerosakan jalan
akibat lubang dapat dipulihkan. Salah satu cara yang perlu dilakukan adalah
dengan melakukan teknik tampalan.Teknik tampalan jalan berlubang perlu
dilakukan dengan segera untuk mengelakkan berlakunya kerosakan yang
lebih teruk daripada berlaku.Teknik tampalan ini merupakan satu proses
mengisi lubang atau kawasan itu digali pada turapan asfalt.Pembaikan
segera lubang dapat membantu mencegah kemerosotan yang berlaku
selanjutnya.Air boleh memasuki tanah asas sekiranya lubang tidak
ditampal.Hal ini menyebabkan berlaku kegagalan turapan dengan lebih

serius.Lain daripada itu,bahan yang digunakan untuk proses tampalan ialah
asfalt campuran panas,campuran emulsi asfalt biasa dan terubah suai
polimer.

Daripada perenggan di atas jelaslah bahawa kerosakan jalan perlu di
atasi dengan cepat supaya ianya tidak menjadi lebih teruk.Oleh hal yang
demikian,segala pembaikan jalan ini perlu dilakukan mengikut prosedur
yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkuasa bagi mengelakkan
kerosakan berulang dalam jangka masa yang pendek.

3.Retak tepi(edge cracking)

Retak tepi ialah ialah rekahan membujur yang timbul dalam satu atau
dua kaki dari pinggir luar turapan. Keretakan ini terbentuk kerana
kekurangan sokongan di tepi turapan. Retak tepi juga sejenis rekahan yang
biasanya terbentuk di tepi turapan lebuh raya. Keretakan ini biasanya
dikaitkan dengan kemasukan air dalam lapisan asas.Perkara ini akan
mengalami pengoksidaan dan menjadi rapuh.

Retak tepi wujud akibat daripada beberapa faktor . Antaranya ialah
kekurangan sokongan di tepi turapan.Bagi membuktikan perkara ini,contoh
yang boleh diketengahkan ialah kekurangan tar pada tepi jalan.Sokongan
pada tepi jalan amatlah penting pada setiap jalan kerana ia merupakan
laluan bagi kenderaan bermotor.Selanjutnya, keadaan saliran yang teruk
adalah punca terjadinya keretakan tepi berlaku.Sebagai analoginya,jika
terdapat banyak sampah yang terkumpul pada longkang ia akan
menyebabkan longkang tersumbat.Hal ini akan mengakibatkan air longkang
tersebut naik ke tepi jalan dan menyebabkan berlakunya keretakan tepi
jalan raya.Sementara itu,keretakan tepi jalan berlaku disebabkan tumbuhan
lebat.Akhir sekali punca keretakan tepi ialah trafik sesak di sepanjang tepi
turapan. Hal ini disebabkan oleh kenderaan akan memotong di bahagian
tepi jalan untuk mempercepatkan pergerakan mereka semasa berlaku
kesesakan lalu lintas. Secara ringkasnya, pelbagai punca boleh terjadi dan
boleh mengakibatkan kerosakan keretakan tepi jalan raya.

Menyingkap jendela langkah konkrit seterusnya adalah dengan mengenal
pasti cara mengatasi kerosakan keretakan tepi jalan raya. Antara langkah
awal untuk membaiki retakan tepi ialah membuang tumbuh-tumbuhan dari
tepi turapan.Hal ini penting supaya keretakan di tepi jalan raya dapat
dikurangkan.Selain itu, masyarakat setempat sehrusnya membetulkan
semua isu saliran yang tersumbat.Hal ini berlaku demikian kerana sikap
manusia sendiri yang membuang sampah sarap ke dalam lonkang sehingga
boleh menyebabkan longkang tersumbat.Jelaslah bahawa kita sebagai
pengguna perlu bijak untuk membersihkan longkang sekiranya tersumbat
supaya saliran air dapat berfungsi dengan baik.

Bagi menggulung diskusi pintar ini,jelaslah bahawa sikap manusia itu
sendiri yang mengakibatkan sesuatu kerosakan itu berlaku tanpa
sengaja.Oleh hal yang demikian,marilah ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni untuk menjaga jalan raya kerana ianya merupakan kegunaan
semua masyarakat.

4. Retakan gelinciran (slippage cracking)

Slippage cracking ialah rekahan berbentuk bulan sabit dan koyak pada
lapisan permukaan asfalt di mana bahan baharu telah tegelincir di atas
laluan dasar. Retakan berbentuk bulan sabit atau separuh bulan biasanya
mempunyai dua hujung mengarah ke arah lalu lintas. Masalah yang sering
timbul ialah membenarkan kekasaran penyusupan kelembapan.

Bagi membuktikan perkara ini, punca atau sebab slippage cracking ini
berlaku kerana kekurangan ikatan antara lapisan. Hal ini dikatakan kerana
lapisan tack coat tidak digunakan untuk membentuk ikatan antara lapisan
asfalt atau kerana lapisan prima tidak digunakan untuk mengikat asfalt
pada landasan dasar batu. Kekurangan ikatan juga boleh disebabkan oleh
kekotoran, minyak atau bahan cemar lain yang menghalang lekatan antara

lapisan. Dalam pada itu, punca kemungkinan lain ialah tayar brek
menyebabkan permukaan turapan menggelongsor dan berubah bentuk.
Gelongsor dan ubah bentuk yang terhasil disebabkan oleh campuran
permukaan berkekuatan rendah atau ikatan yang lemah antara HMA dan
lapisan asas seterusnya dalam struktur turapan.

Cara atau kaedah pembaikan slippage cracking adalah sama seperti
keretakan asas lain. Semua kawasan yang mempamerkan “stretch mark”
perlu dialih keluar dan kemudian memerlukan tampalan separa atau
penuh.

Oleh itu, slippage cracking dihasilkan apabila roda berputar
menyebabkan permukaan turapan menggelongsor dan berubah bentuk.
Ia biasanya berlaku apabila terdapat campuran permukaan berkekuatan
rendah atau ikatan yang lemah antara permukaan dan lapisan struktur
turapan seterusnya.

5.Keretakan keletihan (fatigue cracking)

Fatigue cracking juga dipanggil alligator cracking disebabkan oleh
rekahan bersambung yang menyerupai kulit buaya. Keretakan keletihan
disebabkan oleh kemerosotan yang berkaitan dengan beban berkaitan
akibat daripada landasan asas atau subgred yang lemah, ketebalan
turapan yang terlalu sedikit,beban berlebihan atau kedua-duanya sekali.

Masalah yang sering dikaitkan dengan fatiguq cracking ialah petunjuk
kepada kegagalan struktur, retak yang membenarkan penyusupan
lembapan, kekasaran dan mungkin boleh menyebabkan ia merosot lagi
ke dalam lubang. Antara punca berlaku kepada fatigue cracking ialah
sokongan struktur yang tidak mencukupi yang disebabkan oleh pelbagai
faktor. Selain itu, penurunan dalam ciri sokongan beban turapan.

Kehilangan asas, subbase atau sokongan subgred menjadi salah satu
faktornya. Sebagai contoh, saliran yang lemah atau pencairan musim bunga
menyebabkan tapak yang kurang keras. Seterusnya, peningkatan dalam
pemuatan. Tamsilnya, lebih banyak atau berat beban daripada yang
dijangkakan dalam reka bentuk. Di samping itu, reka bentuk struktur yang
tidak mencukupi serta pembinaan yang teruk seperti pemadatan yang tidak
mencukupi.

Turapan retak yang keletihan perlu dikenalpasti terlebih dahulu untuk
menentukan punca kegagalan. Sebarang uji kaji perlu melibatkan penggalian
lubang atau coring turapan untuk menentukan struktur turapan atau
menentukan sama ada kelembapan bawah permukaan adalah faktor
penyumbang atau tidak. Sebaik sahaja corak buaya ciri jelas, pembaikan
dengan pengedap retak biasanya tidak berkesan. Pembaikan retakan
keletihan biasanya terbahagi kepada salah satu daripada dua kategori
tersebut. Jika keretakan keletihan yang kecil dan kawasan setempat
menunjukkan kehilangan sokongan subgred. Seharusnya keluarkan kawasan
turapan yang retak kemudian gali dan gantikan kawasan subgred yang lemah
dan baiki saliran kawasan itu jika perlu. Tampal pada subgred yang telah
dibaiki. Apabila kawasan keretakan keletihan yang besar menunjukkan
kegagalan struktur umum. Letakkan tindanan hot mix asphalt(HMA) di atas
seluruh permukaan turapan. Tindanan ini mestilah cukup kuat dari segi
struktur untuk membawa beban yang dijangkakan kerana keletihan yang
mendasari turapan retak berkemungkinan besar menyumbang sedikit atau
tiada kekuatan.

Fatigue cracking ditakrifkan sebagai satu siri retakan yang saling berkait
yang sering disebabkan oleh kegagalan lesu permukaan HMA di bawah
beban trafik yang berulang. Dalam turapan nipis, retakan bermula di
bahagian bawah lapisan HMA di mana tegasan tegangan adalah paling tinggi
kemudian merambat ke permukaan sebagai satu atau lebih retakan
membujur. Ini biasanya disebut sebagai retak keletihan bottom up atau
klasik. Dalam turapan yang tebal, berkemungkinan besar retakan bermula
dari bahagian atas di kawasan dengan tegasan tegangan setempat yang
tinggi akibat interaksi turapan tayar dan penuaan pengikat asfalt.

TURAPAN TEGAR (RIGID PAVEMENT)
1. Rekahan membujur (longitudinal cracking)

Keretakan selari dengan garis tengah turapan arah peletakan. Hal
ini demikian dikatakan kerana ia boleh menjadi jenis rekahan
keletihan atau rekahan atas ke bawah. Keretakan membujur muncul
sebagai permulaan keretakan keletihan. Keretakan membujur
kebiasaannya terhasil daripada pembinaan sendi membujur yang
lemah. Masalah yang sering timbul apabila membenarkan
penyusupan lembapan, kekasaran dan ia mungkin menunjukkan
keretakan buaya serta kegagalan struktur.

Merenung sejenak memikirkan rasionalnya, setiap kejadian yang
terjadi pasti ade puncanya berlaku. Antara kemungkinan punca
berlaku keretakan membujur (longitidunal cracking) ialah
pembinaan atau lokasi sendi yang lemah. Hal ini berlaku demikian
kerana sendi merupakan bahagian yang paling sukar dalam turapan
untuk dipadatkan kerana sukar untuk meletakkan penggelek supaya
ia memampatkan sepenuhnya tanpa sambungan. Ia boleh
dimampatkan dengan meletakkan sebahagian beratnya pada
turapan bersebelahan atau sambungan baru yang dipadatkan hilang
kerana penggelek tidak cukup dekat dengan tepi. Sementara itu,
retakan reflektif daripada lapisan asas merupakan salah satu punca
keretakan membujur berlaku. Retakan reflektif tidak termasuk
rekahan pantulan sendi. Justifikasinya, retakan dasar bolej bergerak
sedikit yang boleh mengakibatkan tekanan pada lapisan atas dan
tekanan boleh menghasilkan retakan yang terletak betul-betul di
atas retakan dasar. Selanjutnya, punca berlaku keretakan membujur

ialah keletihan HMA. Hal ini dikatakan demikian kerana tanda-tanda
berlaku keretakan keletihan ialah retak membujur berada di dalam atau
berhampiran laluan roda. Terakhir, retak atas ke bawah merupakan punca
keretakan membujur terjadi. Keretakan boleh bermula pada permukaan
turapan dengan ketebalan yang besar untuk pembebanan yang tertentu.
Dalam konteks ini, keretakan terhasil apabila beban roda yang
digabungkan dengan lapisan permukaan asfalt yang lebih tua dan rapuh.

Oleh hal demikian, sebagai langkah awal untuk mencegah daripada
keretakan membujur ini daripada menjadi retakan yang lebih besar,
beberapa pendekatan diambil untuk membaiki keretakan membujur ini.
Pembaikan kerosakan jalan dari segi keretakan membujur bergantung
pada tahap keterukan dan tahap keretakan berlaku. Sejajar dengan itu,
jika keretakan itu berada pada tahap keterukan yang rendah iaitu kurang
daripda ½ inci lebar dan retka jarang. Kaedah kedap retak (crack seal)
diaplikasikan untuk mengelakkan kemasukan lembapan ke dalam subgred
melalui rekahan dan menghakis lagi tepi retakan. Di samping, apabila
keretakan itu dengan keterukan tinggi iaitu lebih daripada ½ inci lebar
dan banyak keretakan. Cara yang boleh digunakan ialah hanya dengan
mengeluarkan turapan kemudian menggantikan lapisan turapan yang
retak dengan tindanan.

Konklusinya, keretakan membujur dalam turapan bitumen biasanya
disebabkan oleh kegagalan kelesuan. Keretakan bermula di bahagian
bawah lapisan bitumen kemudian merebak ke permukaan sebagai satu
atau lebih retakan membujur. Alpukah boleh diaplikasikan untuk
mengatasi dengan memastikan tahap kerosakan jalan keretakan
membujur terlebih dahulu. Oleh itu, rekahan atau retakan membujur
boleh berkembang menjadi corak belakang buaya jika tidak diperbaiki
dengan kadar segera.

2. Spalling

Spalling ialah pecahan permukaan konkrit yang selalunya memanjang
ke lapisan atas keluli tetulang juga ditakrifkan sebagai keretakan, pecah
atau serpihan tepi retak. Spalling merupakan satu kerja kerja yang
menggambarkan perpecahan konkrit kepada bahagian kecil. Concrete
spalling ialah pecahan konkrit melalui luluhawa semula jadi dan tindak
balas kimia yang mengakibatkan bahagian simen terkupas dari badan
utama. Spalls mungkin berdiameter 150 mm atau lebih dan kedalaman
25 mm atau lebih dalam. Spalling menyebabkan permukaan konkrit
bertompok dan berlubang sambil mendedahkan agregat di bawahnya.

Mari kita lebarkan skop diskusi mauduk seterusnya, punca-punca
concrete spalling ini boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian.
Antara punca atau sebab concrete spalling ini berlaku ialah kakisan
kekuli tetulang terbenam. Hal ini dikatakan kerana produk kakisan iaitu
karat mempunyai isipadu yang lebih banyak daripada keluli asal dan
tekanan yang terhasil meredakan konkrit. Selain itu, pendedahan
kebakaran akibat air bebas dalam konkrit berubah dan menjadikan
tekanan ekspansif dalaman konkrit. Seterusnya, sebab concrete spalling
berlaku ialah kesan dari tindak balas alkali silica secara meluas serta
kedalaman penutup yang tidak mencukupi dan penutup konkrit
berkualiti rendah di atas tetulang. Di samping, regangan sendi selalunya
disebabkan oleh sendi yang dibina secara tidak betul membawa kepada
regangan sendi.

Oleh demikian, pembaikan perlu dilakukan bagi mengatasi concrete
spalling menjadi semakin teruk. Antara pembaikan yang boleh dijalankan
adalah apabila spalling kurang daripada 75 mm dari muka retak, boleh
dibaiki dengan tampalan separa kedalaman. Namun, sekiranya spalling
lebih daripada 75 mm dari muka retak harus dibaiki dengan tampalan
penuh kedalaman. Pembaikan spalling juga boleh dijalankan melalui
proses ini iaitu pertama ialah bersihkan kawasan konkrit terkelupas.
Kemudian, tanggalkan konkrit longgar. Langkah seterusnya ialah
bersihkan dan salitan bar keluli berkarat. Langkah ke empat adalah
dengan sapukan campuran bahan pembaikan. Seterusnya ialah finishing
dan pengawetan. Terakhir sekali ialah sapukan coat pada permukaan yang
telah dibaiki.

Keruntuhan konkrit menjejaskan pelbagai jenis struktur termasuk
bangunan berbingkai, tempat letak kereta bertingkat, jambatan, jeti dan
tangka. Sebaik sahaja spalling dikesan, ia perlu dibaiki dengan betul jika
tidak ia akan menjejaskan integrity permukaan konkrit dan menjejaskkan
kapasiti mukatamad anggota. Spalling boleh menjejaskna penampulan
estetik struktur.

3. Pengepaman (pumping)

Pengepaman merupakan salah satu kegagalan turapan tegar yang
seringkali berlaku di Malaysia.Pengepaman berlaku apabila terdapat
terlalu banyak air dalam lapisan asas, di bawah permukaan turapan
asfalt, sehingga air secara fizikal dipam ke permukaan melalui retakan
kecil dan liang di bawah beban bergerak yang berat. Air terkumpul di
bawah papak PCC akan bertekanan apabila papak melencong di bawah
beban. Air bertekanan ini boleh melakukan beberapa perkara

antaranya ialah ia akan bergerak keluar dari bawah papak ke permukaan
turapan. Ini mengakibatkan penyingkiran perlahan daripada bahan asas,
subbase atau subgred dari bawah papak yang mengakibatkan penurunan
sokongan struktur.

Pengepaman ini boleh berlaku atas beberapa faktor antaranya ialah
paras air tempatan mungkin terlalu tinggi dan menyebabkan air bawah
tanah meresap ke dalam lapisan bawah asfalt. Mungkin juga lapisan asfalt
terlalu berliang dan telap air, sama ada kerana campuran yang tidak baik
atau pemadatan yang tidak mencukupi.Seterusnya, pengepaman boleh
terjadi kerana penyusupan air melalui sambungan, rekahan atau tepi
turapan membentuk buburan tanah. Pergerakan kenderaan berat di atas
turapan memaksa buburan tanah ini keluar menyebabkan pengepaman
lumpur. Oleh itu,kawasan tersebut akan menjadi kotor.

Terdapat pelbagai cara membaiki pengepaman ini sekiranya ia
berlaku.Pertama, kawasan pengepaman hendaklah dibaiki dengan
tampalan kedalaman penuh untuk membuang mana-mana kawasan
papak yang rosak. Kedua, pertimbangan harus diberikan untuk
menggunakan bar dowel untuk meningkatkan pemindahan beban
merentasi mana-mana sambungan melintang penting yang dicipta oleh
pembaikan. Ketiga, pertimbangan harus diberikan untuk menstabilkan
mana-mana papak bersebelahan dengan kawasan pengepaman kerana
sejumlah besar asas asas, subbase atau subgred mungkin telah
dikeluarkan oleh pengepaman. Akhir sekali, punca air atau punca saliran
yang buruk harus ditangani

Konklusinya,semua jenis kegagalan yang terjadi di atas jalan raya
perlu segera dibaiki oleh pihak yang berkuasa agar para pemandu dapat
menggunakan jalan raya dalam keadaan yang selamat.Sekiranya perkara
ini tidak diambil serius maka terdapat banyak kemalangan yang akan
berlaku di Malaysia disebabkan keadaan jalan itu sendiri.

4. Keretakan linear (linear cracking)

Seperti yang kita telah sedia maklum,terdapat banyak jenis
keretakan jalan yang boleh berlaku.Mengikut gambar rajah di
atas,keretakan yang berlaku ialah keretakan linear. Keretakan
linear merujuk kepada rekahan garis lurus yang membelah papak
kepada dua atau tiga bahagian.Ia juga boleh dipanggil sebagai
keretakan melintang atau membujur, berlaku di sepanjang
sambungan turapan. Sambungan ini terbentuk apabila permukaan
asfalt yang lebih besar diletakkan, kerana ini dilakukan dalam
bahagian yang mesti disambungkan. Jika sambungan tidak
diletakkan dengan betul, ia boleh membentuk rekahan yang juga
mungkin terbentuk akibat pengecutan, turun naik suhu dan
banyak lagi.

Keretakan linear memiliki sebab di sebalik kegagalan
tersebut iaitu beban trafik pada tahap berulang. Beban lalu lintas
yang berlebihan sering menjadi punca utama keretakan
tersebut.Hal ini tercetus kerana kenderaan yang memiliki muatan
berat seperti lori sering melalui papak tersebut.Perkara ini akan
mengakibatkan turapan jalan tidak dapat menampung berat
tersebut lalu memberi kesan kepada jalan dengan berlakunya
keretakan. Sebab yang kedua ialah sokongan asas yang tidak
mencukupi.Apabila sokongan asas tidak mencukupi,maka ia tidak
dapat menampung beban yang berat dan akan berlaku keretakan
pada turapan.

Kaedah pembaikan utama untuk retakan ini melibatkan pengedap
retak. Lebih daripada satu retakan linear secara amnya memerlukan
tampalan yang mendalam sepenuhnya. Keretakan yang lebih meluas akan
memerlukan sekurang-kurangnya tampalan untuk dibaiki. Tampalan perlu
kedalaman penuh, kerana rekahan ini bukan hanya tekanan permukaan
tetapi meluas melalui keseluruhan ketebalan papak.Selanjutnya,dalam kes
yang ringan seperti papak dengan retak tunggal yang sempit, pembaikan
mungkin semudah mengisi retakan dengan pengedap. Jika
pengubahsuaian bar dowel sedang dipertimbangkan untuk turapan,
retakan yang berfungsi juga harus mempunyai bar dowel dipasang untuk
membantu pemindahan beban.

Kesimpulannya, perkara yang menyebabkan kegagalan turapan dan
jalan perlu segera dielakkan.Contohnya kerajaan perlu membuat jalan khas
bagi kenderaan yang memiliki muatan berat.Hal ini penting bagi
mengurangkan kegagalan turapan daripada sering berlaku.

5. Tampalan (patches)

Di Malaysia,kegagalan turapan yang mudah untuk dijumpai ialah
tampalan.Tampalan adalah kawasan turapan yang telah diganti dengan
bahan baru untuk dibaiki. Tampalan juga merupakan proses mengisi
lubang atau kawasan yang dikorek di turapan asfalt. Tanpa tampalan tepat
pada masanya, air boleh memasuki subgred dan menyebabkan kegagalan
turapan yang lebih besar dan lebih serius.

Sebelum berlakunya tampalan ini,terdapat beberapa sebab yang untuk
ia berlaku. Antaranya ialah kemerosotan turapan setempat sebelumnya
yang telah dikeluarkan dan ditampal.Hal ini menyebabkan kawasan baru
yang telah ditampal akan mengalami lebihan dan lapisan tampalan lebih
tinggi berbanding kawasan turapan yang lain.Oleh itu,kawasan yang diturap
dapat dilihat dengan jelas.Pemotongan utiliti juga adalah sebab berlakunya
tampalan. Memasang, menggantikan atau membaiki utiliti bawah tanah
adalah salah satu sebab yang paling biasa untuk menampal turapan. Walau
bagaimanapun, banyak masalah dengan tampalan adalah disebabkan oleh
amalan pembinaan yang lemah, jadi menggunakan teknik yang betul akan
membuat perbezaan yang besar. Tampalan utiliti yang dibina dengan betul
sepatutnya boleh berfungsi setanding dengan turapan sedia ada yang
mengelilinginya.

Tampalan mempunyai dua kaedah yang sering dilakukan di Malaysia.
Pertama, tampalan sendiri adalah tindakan pembaikan. Satu-satunya cara ia
boleh dikeluarkan dari permukaan turapan adalah sama ada dengan
tindanan struktur atau bukan struktur.Kedua, tampalan penyingkiran
&penggantian ialah kaedah yang lebih kekal dan lebih mahal untuk
membaiki asfalt yang rosak. Ia memerlukan mengalihkan semua asfalt di
kawasan yang gagal sehingga ke sub-base. Setelah asfalt yang reput telah
dialihkan, tapaknya hendaklah diratakan dan dipadatkan. Tampalan asfalt
segar baharu kemudiannya digunakan dalam dua lapisan, kedua-duanya
kira-kira 1 setengah inci tebal, memampatkan setiap lapisan untuk tampalan
kekal yang lebih stabil.

Akhir kata,setiap jalan atau turapan yang memiliki masalah yang mampu
mengakibatkan kecederaan kepada pemandu perlu dibaiki dengan kadar
yang cepat oleh pihak yang berkuasa.Hal ini penting supaya kemalangan
dapat dikurangkan.

References :

1. https://theconstructor.org/transportation/types-failures-in-rigid-
pavements-causes-repair/16105/

2. https://www.ques10.com/p/49883/discuss-the-causes-of-
failure-in-flexible-and-ri-1/

3. https://civilnoteppt.com/6-causes-of-rigid-pavement-failures/
4. https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1000936113

00143X
5. https://pavementinteractive.org/reference-desk/pavement-

management/pavement-distresses/depression/
6. https://www.in.gov/indot/div/aviation/pavement-

inspection/pci-review/distresses-ac/depression.html
7. https://dreamcivil.com/pavement-failure/
8. https://www.cedengineering.com/userfiles/Distresses%20and%

20TreatmentRepair%20Methods%20in%20Flexible%20and%20Ri
gid%20Pavements.pdf
9. https://www.in.gov/indot/div/aviation/pavement-
inspection/pci-review/distresses-ac/slippage-
cracking.html#:~:text=They%20are%20produced%20when%20br
aking,next%20layer%20of%20pavement%20structure
10. https://pavementinteractive.org/reference-desk/pavement-
management/pavement-distresses/slippage-cracking/
11. https://www.asphaltwa.com/slippage-cracking/
12. https://pavementinteractive.org/reference-desk/pavement-
management/pavement-distresses/fatigue-cracking/
13. http://asphaltmagazine.com/understanding-asphalt-pavement-
distresses-five-distresses-
explained/#:~:text=Fatigue%20Cracking.&text=Fatigue%20cracki
ng%20is%20caused%20by,a%20combination%20of%20these%20
factors
14. http://www.asphaltwa.com/alligator-fatigue-cracking/
15. https://pavementinteractive.org/reference-desk/pavement-
management/pavement-distresses/pumping/

1. https://civilblog.org/2016/01/27/5-forms-of-failure-in-rigid-
pavement/

2. https://pavementinteractive.org/reference-desk/pavement-
management/pavement-distresses/transverse-cracking/

3. https://maxwellproducts.com/problems/Transverse-Cracking
4. https://pavementinteractive.org/reference-desk/pavement-

management/pavement-distresses/
5. https://theconstructor.org/practical-guide/spalling-concrete-

causes-repair/26027/
6. https://www.dalinghausconstruction.com/blog/concrete-

spalling
7. https://pavementinteractive.org/reference-desk/pavement-

management/pavement-distresses/linear-cracking/
8. https://www.superioraggregates.net/7-types-of-asphalt-

cracking-and-their-causes/
9. https://www.pavemanpro.com/article/identifying_asphalt_pav

ement_defects/
10. https://pavementinteractive.org/reference-desk/pavement-

management/pavement-distresses/longitudinal-cracking/


Click to View FlipBook Version