MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA
SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) BANDAR BARU SERTING
SESI 2019
Tarikh : 26 DISEMBER 2018
Hari : RABU
Masa : 8.00 PAGI
Tempat : BILIK GERAKAN
Kehadiran : 58/60
HADIR 32. Nik Mahani binti Nik Mahmud
33. Norjunaini binti Amanan
1. Rohayati binti Baba (Guru Besar) 34. Norlatipah binti Gimon
35. Rabiatul Adawiyah binti Ahzarisham
2. Mohd Amar bin Mohamad (GPK HEM) 36. Rohiza binti Said
37. Rozita binti Chik
3. Asiah binti Mohd Dom (GPK PPKI) 38. Rozita binti Md Isa
39. Roslizaini binti Harun
4. Rosli bin Talib (GPK Kurikulum) 40. Rubiah binti Mohd Razali
41. Romie Sophian bin Johari
5. Irwan Farid bin Idris (GPK Kokurikulum) 42. Saerah binti Karin
43. Samah binti Khamis
6. Aliyes bin Ahmad 44. Siti Kartini binti Abd Kadir
45 Siti Rahmah binti Dahlan
7. Ayat binti Sidik 46 Suraya Liza binti Rosli
47 Syed Ahmad Jufri bin syed Aziz
8. Aziana binti Adam 48 Norzila binti Hamid
49 Zaiton bin Md Isa
9. Anumanthan A/L Muniandy 50 Zakiah binti Hasim @ Husin
51 Zainor bin Mohd Noor
10. Aidai binti Mohd Razali 52 Zahriah binti Mohd Razali
53 Zuraidah binti M. Ayob
11. Ainin Syakirah binti Adzman 54 Ibrahim bin Gunalan
55 Nordin bin Md Nor
12. Darnadalis binti Abd Raoh 56 Kamarudin bin Abd Rani
57 M. Razib bin Abd Hamid
13. Faiza bin Abdu Rahman 58 Nurhidayah binti Yaakop
14. Fatimah binti Rajak TIDAK HADIR BERSEBAB
1 Zuri binti Mansor
15. Jamilah binti Abdul Latif 2 Sharizad binti Mohd Sulaiman (CB)
16. Kamariah binti Husin
17. Khadijah binti Salleh
18. Khairul Azman bin Abdul Kadir
19. Marliza binti Ghazalli
20. Mohamad Fairus bin Mohamad Shah
21. Muhammad Hakimin bin Abd Rahman
22. Mohd Norsani bin Mahat
23. Nor Aini binti Yusof
24. Noraziah binti Shaharum
25. Nordaliyana binti Abdullah
26. Naufirah binti Shamsudin
27. Nurhayati binti Zainuddin
28. Norsimah binti Nasari
29. Nur Aminah binti Hassanuddin
30. Nurul Khairiah binti Kahar
31. Noorliza binti Mihat
MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN
TAHUN 2019
AGENDA MESYUARAT :
1. Ucapan aluan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Taklimat Pengurusan
4.1 Peraturan Am
4.2 Senarai tugas guru
4.3 Jadual waktu
4.4 Pemantauan dan pencerapan
4.5 MMI
5. Hal-hal lain
6. Ucapan Penangguhan
PERKARA 1 : UCAPAN ALUAN PENGERUSI
1.1. Pengerusi mengucapkan salam keagamaan dan dimulakan dengan bacaan Alfatihah.
Ucapan selamat datang dan ucapan terima kasih kepada semua guru kerana
menghadirkan diri untuk mesyuarat guru kali pertama.
1.2. Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada guru baru iaitu Puan Norzila binti
Abdul Hamid.
1.3. Pengerusi memaklumkan tujuan mesyuarat ini adalah untuk berbincang bersama
tentang tugas dan tanggunjawab guru sepanjang sesi persekolah 2019 dan redha
menerima segala jawatn yang diberikan.
1.4 Pengerusi memaklumkan jika guru tidak hadir ke mesyuarat hendaklah memberikan
surat kepada setiausaha mesyuarat, ini kerana kehadiran guru dalam
mesyuarat adalah wajib.(surat tunjuk sebab perlu disimpan satu salinan untuk guru
sendiri)
1.5 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada cikgu Mohammad Fairus dan rakan-rakan
telah berjaya menaiktaraf dewan sekolah.
(Tindakan : Makluman semua guru)
PERKARA 2 : MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Dicadang oleh Puan Rubiah binti Mohd Razali
Disokong oleh Encik Zainor bin Mohd Noor
PERKARA 3 : PERKARA BERBANGKIT
Perkara 5.9
✓ Pengerusi memaklumkan akan membuat kutipan derma menaiktaraf dewan
pada awal persekolahan 2019.
(Makluman : Semua guru)
PERKARA 4 : TAKLIMAT PENGURUSAN
4.1 Peraturan Am
4.1.1 Guru Besar memaklumkan kelas bermula pada pukul 7.40 pagi, semua guru perlu
masuk kawasan sekolah menggunakan pintu pagar utama. Kehadiran guru perlu di tulis
seperti biasa.
4.1.2 Pengerusi memaklumkan semua guru perlu hadir ke sekolah 15 minit awal sebelum sesi
PDPC dijalankan dan balik lambat 30 minit selepas habis waktu persekolahan.
4.1.3 Pengerusi memaklumkan guru bertugas perlu ada di pintu pagar sekolah dan tapak
perhimpunan.
4.1.4 Pengerusi memaklumkan etika pemakaian guru. Jubah tidak termasuk dalam pakaian
rasmi sekolah.Bagi guru lelaki mestilah lengkap dengan tali leher, kemeja lengan
panjang, kasut bertutup. Kopiah tidak dibenarkan pakai kecuali songkok.
4.1.5 Pengerusi memaklumkan penggunaan rotan dalam kawasan sekolah. Guru tidak
dibenarkan merotan murid kecuali dapat suratkuasa daripada pentadbir. Elakkan
sentuhan-sentuhan kepada murid dan perkataan-perkataan yang boleh menyentuh
perasaan murid.
4.1.6 Pengerusi memaklumkan cuti rehat guru sebanyak 10 hari sahaja dan digunakan untuk
hal-hal yang penting sahaja.Tidak boleh diambil ketika cuti berapit.
4.1.7 Pengerusi menyampaikan pesanan daripada pihak JPNS dan PPDJJ untuk guru yang
meninggalkan PDPC perlu ada dua cara iaitu secara jual beli (tukar jadual dengan
kawan ) dan ganti kelas.
4.1.8 Pengerusi memaklumkan tahun 1,2, dan 3 tiada peperiksaan dijalankan sesi
persekolahan 2019 tetapi pentaksiran bilik darjah masih digunapakai seperti yang
sebelum ini.Pentaksiran boleh dibuat pelbagai cara seperti kerja berkumpulan, bercerita.
4.1.9 Pengerusi memaklumkan Buku Rekod Mengajar (BRM) :
➢ Perlu hantar pada hari Jumaat dan mengikut kumpulan yang ditetapkan.
➢ Guru akan didenda sebanyak RM500.00 jika tidak menyiapkan BRM
➢ Jika BRM hilang perlu membuat laporan di Balai Polis
➢ Akur janji dalam BRM perlu ditandatangani
➢ Tempoh penyerahan BRM yang lengkap adalah pada 31/01/2019
4.1.10 Pengerusi memaklumkan Aktiviti Kokurikulum dijalankan pada waktu petang, kehadiran
guru perlu di tulis dan jika guru tidak hair perlu memberikan surat. Ini kerana kehadiran
kokurikulum adalah wajib. Jika tidak hadir guru boleh didenda sebanyak RM500.00.
(Tindakan : Makluman)
4.2 Senarai tugas guru
4.2.1 Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1) memaklumkan senarai tugas boleh rujuk buku
pengurusan kurikulum 2019.
4.2.2 GPK 1 memaklumkan pembahagian tugas ini adalah disusun mengikut pengalaman
guru dan guru perlu menerimanya dengan hati terbuka. Pemberatan tugas guru adalah
sama rata dalam semua bahagian HEM dan KOKORIKULUM.
(Tindakan : Makluman semua guru)
4.3 Jadual Waktu
4.3.1 Telah diedarkan jadual waktu kelas dan peribadi kepada semua guru.
4.3.2 GPK 1 memaklumkan permohonan untuk pertambahan kelas tahun dua telah
diluluskan.
4.4 Pencerapan dan pemantauan
4.4.1 Guru Besar memaklumkan semua guru akan dicerap dua kali setahun oleh guru
besar,guru penolong kanan 1dan ketua panitia.
4.4.2 Instrumen pencerapan mengikut standard 4 dalam SKPMG2.
4.4.3 Guru Besar meminta guru-guru memantapkan PBD kerana tiada lagi peperiksaan dibuat
bagi tahun 1, 2 dan 3. Beliau juga memakluman kelemahan dan kekuatan PDPC boleh
dibincangkan dalam mesyuarat Panitia.
4.4.4 Guru Besar juga memaklumkan guru yang tidak mencapai 80%, pentadbir akan
membuat program pementoran.
(Makluman : Semua Guru)
4.5 Melindungi Masa Instruksional (MMI).
4.5.1 Guru besar memaklumkan Cuti Rehat Khas (CRK) perlu dimohon memalui e-hrmis.
CRK tidak boleh diambil sewenang-wenangnya seperti cuti tersepit.
4.5.2 Slip guru ganti perlu ditampal didalam BRM. Guru mesti masuk ke kelas yang diganti itu.
(Tindakan : Makluman semua guru)
4.6 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
4.6.1 Guru Besar memaklumkan ciri-ciri guru PDPC 21 :
4.6.2 • Guru menguasai semua subjek
• Mahir berketrampilan
• Menyayangi murid
• Memahami psikologi pembelajaran
• Kemahiran kaunseling
• Penggunaan teknologi terkini
• Pelbagai pdpc
Guru besar memaklumkan tentang ciri-ciri PDPC 21
• Berpusatkan murid
• Penggunaan computer @ telefon
• Persekitaran kondusif
• Pelajar paham dan mematuhi arahan.
• Hormat menghormati
• Kolaboratif
PERKARA 5 : HAL-HAL LAIN
5.1 GPK 1 memaklumkan My portfolio adalah fail major guru.
5.2 GPK 1 memaklumkan antara program-program bawah berkaitan kementerian ialah :
i) Pentaksiran 6 bulan awal tiada peperiksaan bagi tahun 1,2,3.
ii) tidak boleh buat “streaming class”.
iii) Linus telah tiada.
5.3 Puan Rubiah binti Razali mencadangkan tahun 1 2019 diletakkan dalam kelas transisi
1,transisi 2 dan transisi 3. Selepas habis kelas transisi baru murid akan masuk ke kelas
sebenar iaitu 1 Mawar, 1 Melati dan 1 melur.
5.4 GPK 1 memaklumkan tentang inovasi. Setiap sekolah wajib hantar wakil guru inovasi
dan Puan Ainin Syakirah binti Adzman dilantik menjadi wakil guru inovasi 2019.
5.5 Program DLP pada tahun ini akan diteruskan.
(Tindakan : Makluman)
PERKARA 6 : UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 Pengerusi memaklumkan guru perlu hadir ke mesyuarat Hem dan Ko-kurikulum pada
hari rabu (27.12.2018) .Kehadiran guru adalah wajib.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi.
Disediakan oleh,
----------------------------------------
Urusetia Mesyuarat,
(Nur Aminah binti Hassanuddin)
SK(F) Bandar Baru Serting.