The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Surat panggilan mesyuarat 2018 kali KETIGA-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurkasih8180, 2018-11-18 22:11:26

Surat panggilan mesyuarat 2018 kali KETIGA-converted

Surat panggilan mesyuarat 2018 kali KETIGA-converted

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SERTING
72120 BANDAR SERI JEMPOL

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

06-4584475

Ruj.Kami : JPNS.PPDJJ.NBA6025.100.5/1( )
Tarikh : 16.11.2018

Semua Guru,
Sekolah Kebangsaan (F) Bandar Baru Serting

Tuan/Puan,

Mesyuarat Guru Kali Ketiga Sesi Persekolahan Tahun 2018

Merujuk kepada perkara diatas,

2. Untuk pengetahuan tuan/puan, mesyuarat guru kali ketiga 2018 Sekolah Kebangsaan (F)
Bandar Baru Serting ini akan diadakan pada :

Tarikh : 19.11.2018 (ISNIN)
Masa : 2.30 petang

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
1. Ucapan aluan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara berbangkit
4. Pengurusan
4.1 Pengurusan kurikulum
4.2 Pengurusan HEM
4.3 Pengurusan Kokorikulum
5. Hal-hal lain
6. Penangguhan Mesyuarat

4. Sehubungan dengan itu tuan/puan dikehendaki hadir pada hari tersebut .Kerjasama dan
perhatian pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

------------------------------ )
( ROHAYATI BINTI BABA
Guru Besar,
SK (F) Bandar Baru Serting.

s.k. 1.PPD Jempol/Jelebu
(Unit Sekolah Rendah)
2. Fail Pengurusan

MINIT MESYUARAT GURU KALI KEDUA
SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) BANDAR BARU SERTING

SESI 2018

Tarikh : 15 OKTOBER 2018
Hari
Masa : ISNIN
Tempat
Kehadiran : 2.30 PETANG

: BILIK GERAKAN

: 51/57

HADIR 32. Roslizaini binti Harun

1. Rohayati binti Baba (Guru Besar) 33. Rubiah binti Mohd Razali

2. Mohd Amar bin Mohamad (GPK HEM) 34. Romie Sophian bin Johari

3. Asiah binti Mohd Dom (GPK PPKI) 35. Rabiatul Adawiyah binti Ahzarisham

4. Rosli bin Talib (GPK Kurikulum) 36. Rozita binti Chik

5. Aidai binti Mohd Razali 37. Rozita binti Md Isa

6. Aliyes bin Ahmad 38. Siti Kartini binti Abd Kadir

7. Ayat binti Sidik 39. Siti Rahmah binti Dahlan

8. Aziana binti Adam 40. Suraya Liza binti Rosli

9. Anumanthan A/L Muniandy 41. Syed Ahmad Jufri bin syed Aziz

10. Darnadalis binti Abd Raoh 42. Sharizad binti Mohd Sulaiman

11. Faiza bin Abdu Rahman 43. Zaiton bin Md Isa

12. Fatimah binti Rajak 44. Zakiah binti Hasim @ Husin

13. Kamariah binti Husin 45 Zainor bin Mohd Noor

14. Khadijah binti Salleh 46 Zahriah binti Mohd Razali

15. Khairul Azman bin Abdul Kadir 47 Zuraidah binti M. Ayob

16. Mohamad Fairus bin Mohamad Shah 48 Zuri binti Mansor

17. Muhammad Hakimin bin Abd Rahman 49 Ibrahim Gunalan bin Abdullah

18. Mohd Norsani bin Mahat 50 Kamaruddin bin Abd Rani

19. Marliza binti Ghazalli 51 Mohd Razib @Mohd Razi bin Abd
20. Nordaliyana binti Abdullah Hamid

21. Naufirah binti Shamsudin

22. Nurhayati binti Zainuddin

23. Nor Aini binti Yusof

24. Nik Mahani binti Nik Mahmud

25. Norjunaini binti Amanan TIDAK HADIR BERSEBAB

26. Norlatipah binti Gimon 1 Irwan Farid bin Idris

27. Noorliza binti Mihat 2 Ainin Syakirah binti Adzman

28. Norsimah binti Nasari 3 Jamilah binti Abd Latif

29. Nur Aminah binti Hassanuddin 4 Nor Aziah binti Shahrom

30. Nurul Khairiah binti Kahar 5. Rohiza binti Said

31. Nordin bin Mohd Nor 6 Samah binti Kamis

MINIT MESYUARAT GURU KALI KEDUA SESI PERSEKOLAHAN
TAHUN 2018

AGENDA MINIT MESYUARAT

1. Ucapan aluan Pengerusi

2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu

3. Perkara berbangkit

4. Pengurusan

4.1Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 4.2Mesyuarat unit kurikulum,HEM,

Kokorikulum

4.3 PBPPP 4.4 SKPMG2

4.5 Cuti Rehat Khas (CRK) 4.6 Kebenaran Luar Negara

4.7 Buku Rekod Mengajar (BRM) 4.8 Program Pasca UPSR

4.9 Peperiksaan Akhir Tahun 4.10 Buku Kehadiran

4.11 Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar

5. Hal-hal lain

6. Penangguhan Mesyuarat

PERKARA 1 : UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengucapkan salam keagamaan dan ucapan terima kasih kerana dapat
menghadirkan diri untuk mesyuarat guru kali kedua.

1.2 Pengerusi memaklumkan jika guru tidak hadir ke mesyuarat hendaklah memberikan
surat tunjuk sebab kepada setiausaha mesyuarat, ini kerana kehadiran guru dalam
mesyuarat adalah wajib.

1.3 Pengerusi memaklumkan tentang tujuan mesyuarat ini diadakan untuk mendapatkan
persetujuan semua guru dalam melaksanakan beberapa lagi program sekolah hingga
hujung tahun 2018 contoh seperti perkhemahan tarbiyah, khatam al-quran, hari
anugerah kecemerlangan dan sebagainya.

1.4 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru baru berpindah ke SK(F)BBS iaitu
En.Kamaruddin bin Abd Rani, Encik Nordin bin dan Encik Mohamad Razi bin Abd
Hamid.

1.5 Pengerusi memaklumkan pada tahun hadapan akan ada dua jenis pendekatan
penulisan Buku Rekod Mengajar iaitu menggunakan fail dan buku.

1.6 Pengerusi memohon maaf kerana tidak menghadirkan diri dalam program-program
sekolah yang telah dijalankan, kerana factor kesihatan beliau.

(Tindakan : Makluman semua guru)

PERKARA 2 : MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang oleh Encik Mohd Hakimin bin Abd Rahman
Disokong oleh Encik Faiza bin Abdu Rahman

PERKARA 3 : PERKARA BERBANGKIT

Perkara 1.7
✓ Pengerusi memaklumkan kepada semua guru, perlulah berfikir dan bertindak

dengan rasional dalam menyelesaikan masalah disiplin murid dalam kelas

ataupun luar kelas.

Perkara 4.1.1
✓ Pengerusi memaklumkan cuti sakit (mc) hanya klinik dan hospital dalam

kawasan atau daerah sahaja diterima oleh pihak sekolah.

Perkara 4.2.2
✓ Pengerusi memaklumkan telah dua kali jadual dibuat dan semua guru perlu

ikut jadual yang telah diberikan.

Perkara 4.4
✓ Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Puan Aziana setiausaha

SKPMG 2 yang memasukkan data.

Perkara 4.5
✓ Pengerusi memaklumkan sebelum pdpc dijalankan pada waktu pagi dan
selepas rehat diminta guru yang memasuki kelas tersebut mengarahkan murid
membersihkan kelas dan memastikan dalam meja juga bersih tidak perlu ada

buku ataupun sampah. .
(Makluman semua guru)

PERKARA 4 : TAKLIMAT PENGURUSAN

4.1 Pentaksiran bilik darjah
4.1.1 Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1), Encik Rosli bin Talib memaklumkan guru-guru
wajib buat PBD dan perlu ada perekodan. Jika ada guru yang belum berbuat
demikan diminta segeralah membuat perekodan tersebut.

4.2 Mesyuarat kurikulum, HEM dan KOKO
4.2.1 GPK 1 memaklumkan smua panitia perlu melengkapkan mesyuarat mengikut sub unit

HEM, KOKO dan perlu ada tiga kali mesyuarat dalam setahun. Ini merupakan eviden
dalam skpmg.
4.2.2 GPK 1 memaklumkan ketua panitia boleh berbincang dalam mesyuarat panitia untuk
menyenaraikan guru mengajar pada tahun 2019.

(Tindakan : Makluman)
4.3 PBPPP
4.3.1 GPK 1 memaklumkan penilaian pertama guru dibuat melalui online.
4.3.2 GPk 1 memaklumkan penilaian kedua pula guru akan dapat borang daripada Penilai

kedua. Dalam penilaian kedua ini markah yang paling banyak menyumbang adalah
dalam PDPC sebanyak 60%.
4.3.3 GPK 1 memaklumkan borang keberhasilan masih ada bebrapa orang guru tidak
hantar dan tidak dapat buat penilaian jika tiada borang tersebut.
4.3.4 GPK 1 memaklumkan dengan adanya borang keberhasilan itu guru akan dapat
meletakkan peratus capaian dalam pdpc. Selain itu,melalui pertemuan bersemuka
akan dapat mengetahui capaian sebenar guru.
4.3.5 GPK 1 memaklumkan markah penilaian perlu ada dalam online.

4.4 Skpmg
4.4.1 GPK 1 memaklumkan skpmg menggunakan borang standard 4 untuk memberi
markah. Pencerapan akan dilakukan sebanyak dua kali.
4.4.2 GPK 1 memaklumkanfail-fail panitia perlu lengkap, perlu ada minit mesyuarat,
laporan kewangan dan sebagainya.

4.4.3 Puan Aziana memaklumkan Borang QMS akan diberikan kepada guru dan
perlu diisi.

4.5 Cuti Rehat Khas
4.5.1
GPK 1 memaklumkan CRK sebanyak 10 hari sahaja dan ia perlu digunakan untuk

tujuan tertentu sahaja. Memohon melalui online dalam hrmis dan akan diluluskan

oleh guru besar. (Tindakan : Makluman semua guru)

4.6 Kebenaran luar Negara
4.6.1 GPK 1 memaklumkan untuk kebenaran luar Negara guru perlu memohon

awal, contoh untuk ke Negara China perlu membuat permohonan tiga bulan
awal daripada tarikh tiket kapal terbang, untuk negara lain permohonan hanya
dalam sebulan awal. Borang permohonan perlu dicetak dan serahkan kepada
ketua kerani sekolah untuk semakan dan baru dihantar ke PPD.

(Tindakan : Makluman semua guru)

4.7 Buku Rekod Mengajar (BRM)
4.7.1 GPK 1 memaklumkan buku rekod mengajar perlu dihantar pada hari Jumaat ataupun
4.7.2 Isnin. BRM ini adalah salah satu perkara wajib yang perlu guru lakukan di sekolah.
Guru perlu isi bahagian belakang BRM iaitu di bahagian aktiviti guru dan pemantauan
4.8 atau perbincangan.
4.8.1
4.8.2 (Tindakan : Makluman semua guru)
4.8.3 Minggu Pasca UPSR
GPK 1 memaklumkan beberapa aktiviti untuk murid tahun 6 telah dijalankan.
4.9 Guru-guru yang terlibat perlu memantau pergerakan murid tahun 6.
4.9.1 Guru-guru tahun 6 perlu masuk ke kelas ikut jadual seperti biasa untuk mengelakkan
murid berkeliaran luar kelas. Jika ada slip relieve guru hendaklah tampal dalam BRM.
GPK 1 mengucapkan terima kasih kepada Puan Rubiah binti Mohd Razali
menyenaraikan aktiviti pasca UPSR

(Makluman : Semua Guru tahun 6)
Peperiksaan Akhir Tahun
GPK 1 memaklumkan peperiksaan akhir tahun akan dijalankan pada 23,24 dan 25
Oktober 2018. Markah peperiksaan mestilah dimasukkan dalam SAPS.

(Tindakan : Makluman semua guru)
4.10 Buku Kehadiran Guru
4.10.1 Guru besar memaklumkan buku kehadiran guru adalah dokumen rasmi dan guru

perlulah menulis dengan betul dan lengkapkan masa datang dan balik dari sekolah.
Jika guru-guru perlu menghadirkan diri ke bengkel ataupun mesyuarat sila catitkan
diruang yang disediakan ini untuk memudahkan pihak pentadbiran melihat jumlah
bilangan kehadiran guru ke sekolah.
4.10.2 Jika guru tidak berada dalam sekolah selama 4 jam guru akan dianggap cuti.

(Tindakan : Makluman semua guru)

4.11 Hari Anugerah Kecemerlangan
4.11.1 Hari anugerah kecemerlangan ini akan diadakan pada 22 November 2018 hari

Khamis. AJK hari anugerah akan dibincangkan dalam satu mesyuarat khas. Hari
Anugerah ini akan diuruskan unit Kokorikulum

(Makluman semua guru)

PERKARA 5 : HAL-HAL LAIN

5.1 GPK HEM memaklumkan semua setiausaha yang berada di bawah unit HEM
melengkapkan minit mesyuarat dalam fail. Laporan aktiviti prlu dibuat dan
dimasukkan dalam fail.

5.2 GPK HEM memaklumkan bantuan murid tahun 2019, senarai nama murid

menerima bantuan akan diambil daripada APDM. Jika ada ibubapa bertanyakan

berkaitan dengan bantuan persekolahan murid diminta guru-guru merujuk ke

pejabat sekolah.

5.3 GPK HEM memaklumkan masih terdapat wasap kelas yang diwujudkan tiada pihak

pentadbir. Tujuan pentadbir dalam wasap itu ialah untuk membantu dan

memudahkan guru menjawab persoalan yang dikemukakan oleh ibubapa.

5.4 GPK HEM memaklumkan kepada guru kelas, selepas habis peperiksaan akhir

tahun hendaklah menyenaraikan nama murid terkini untuk memudahkan pekerja

swasta menyediakan bilangan kerusi dan meja untuk murid bagi sesi persekolahan

2019. (Tindakan : Guru kelas)

5.5 GPK HEM memaklumkan kes disiplin, jika ada kes guru jangan terus beritahu

ibubapa murid itu, guru perlu berjumpa dengan guru bertugas, guru disiplin atau

pentadbir dahulu. Pihak pentadbir akan memaklumkan kes kepada ibu bapa murid

tersebut. (Makluman semua guru)

5.6 Encik Anumanthan bertanyakan berkaitan pemakaian kasut hitam untuk sesi

persekolahan 2019. GPK HEM memberi respon pemakaian kasut hitam itu belum

dikuatkuasakan lagi dan pihak sekolah akan memaklumkan keputusan sebelum cuti

persekolahan bermula.

5.7 Puan Rozita Chik memaklumkan pembahagian murid tahun dua sesi 2019. Murid

tahun dua terlalu ramai.

5.8 GPK HEM mewakili GPK Kokorikulum untuk memaklumkan bebrapa perkara

dalam unit kokorikulum antaranya ialah:
➢ PAJSK (THN 4,5,6 dan PPKI) tarikh tutup untuk tahun 6 ialah 31 Oktober

2018. Tahun 4 dan 5 Disember 2018
➢ Ingatan guru kelas perlu isi data mengikut tarikh yang ditetapkan. Sila semak

pencapaian tertinggi murid, mohon masukkan data pencapaian yang

sepatutnya diterima oleh murid.
➢ Laporan setiap penyertaan sekolah mohon hantar bagi yang belum hantar.

Merangkumi aktiviti sukan dan permainan, unit beruniform dan ko akademik

(pelbagai peringkat penyertaan ) beserta sijil pencapaian.
➢ Aktiviti kokurikulum (persatuan, unit beruniform dan sukan / permainan) perlu

mengadakan mesyuarat akhir, laporan aktiviti samada peringkat sekolah

mahupun luar dan bilangan penyertaan yang terlibat (senaraikan).
➢ Fail-fail perlulah dikemaskini.
➢ Membuat perbincangan perlantikan baru bagi ketua dan penolong ketua

(guru) bagi sesi 2019 dan serahkan nama yang dipersetujui kepada

setiausaha Kokorikulum atau GPK Kokorikulum.
➢ Guru kelas tahun 3 perlu membuat pembahagian ahli kelab/persatuan, unit

beruniform dan sukan/permainan untuk sesi 2019 dan serahkan sebelum

berakhir sesi persekolahan 2018.
➢ Laporan perhimpunan bulanan mohon disediakan dan hangtar dengan kadar

segera.
➢ Rekod kehadiran kokorikulum perlu dikemaskinikan dalam buku laporan

setiap unit.

➢ Pembentangan perkhemahan sekolah 2018 dibentangkan oleh Ustazah

Saerah binti Karin. (Makluman semua guru)

5.9 Encik Faiza memaklumkan seramai 14 orang guru tidak lagi cukup untuk kursus

selama 7 hari dalam setahun. Guru perlu melengkapkan 7 hari tersebut dan tarikh

tutup ialah 25 Oktober 2018.

5.10 Guru Besar memaklumkan guru-guru juga bole mengikuti kursus melalui online di

laman web EPSA. Dalam kursus online ini akan dikira selama 3 jam dan akan

disertakan sijil sekali.

5.11 Encik Nordin memaklumkan akan ada program Kursus Kepimpinan peringkat

negeri akan diadakan di dewan SK(F)BBS pada 22 Oktober 2018.

5.12 Puan Rubiah memaklumkan beberapa program pasca UPSR antaranya ialah
1) 18/10/2018 – Master Cheff
5.13 2) 13/11/ 2018 _ Hari Keusahawanan Muda
3) 14/11/2018 _ Jamuan Akhir Tahun 6
5.14
5.15 Puan Zuraidah memaklumkan berkaitan jadual anjal, beliau berharap jadual anjal
tahun 2019 tidak akan mengganggu untuk matapelajaran Bahasa Arab dan
Pendidikan Islam. Guru besar memberi respon kita akan memperbaiki masalah ini
bersama-sama untuk mengelakan sebarang masalah yang tidak diingini.
Encik Anumanthan memaklumkan kekurangan meja untuk murid tahun 6 2018,
berharap pada tahun 2019 masalah ini dapat diatasi dengan kadar segera.
Encik Anumanthan memaklumkan juga jika membuat pelupusan perlu direkodkan
dan jika pelupusan dengan pembakaran ia perlu mengambil gambar. Segala asset
pelupusan perlu membuat permohonan menggunakan borang ETEM

PERKARA 6 : UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat dan
memohon maaf jika ada kekurangan dan kesilapan sepanjang mesyuarat dijalankan.
Mesyuarat diakhiri dengan bacaan durah Al-fatihah dan surah Al.Asr.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.

Disediakan oleh,

--------------------------------------------
Urusetia Mesyuarat,
(Nur Aminah binti Hassanuddin)
SK(F) Bandar Baru Serting.


Click to View FlipBook Version