The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KEHADIRAN MESYUARAT GURU KALI 2 2019-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurkasih8180, 2019-11-20 21:11:22

MINIT MESYUARAT GURU KALI KEDUA 2019

KEHADIRAN MESYUARAT GURU KALI 2 2019-converted

MINIT MESYUARAT GURU KALI KEDUA
SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) BANDAR BARU SERTING

SESI 2019

Tarikh : 03 JULAI 2019
Hari : RABU
Masa : 2.00 PETANG
Tempat : BILIK GERAKAN
Kehadiran : 52/58

HADIR 32. Nik Mahani binti Nik Mahmud
33. Norjunaini binti Amanan
1. Jaffry Ros bin Abu Kassim(Guru Besar) 34. Nordin bin Md Nor
35. Norzila binti Hamid
2. Mohd Amar bin Mohamad (GPK HEM) 36. Rabiatul Adawiyah binti Ahzarisham
37. Rohiza binti Said
3. Asiah binti Mohd Dom (GPK PPKI) 38. Rozita binti Chik
39. Roslizaini binti Harun
4. Rosli bin Talib (GPK Kurikulum) 40. Rubiah binti Mohd Razali
41. Romie Sophian bin Johari
5. Irwan Farid bin Idris (GPK Kokurikulum) 42. Saerah binti Karin
43. Samah binti Khamis
6. Ayat binti Sidik 44. Siti Kartini binti Abd Kadir
45 Syed Ahmad Jufri bin syed Aziz
7. Aziana binti Adam 46 Sharizad binti Mohd Sulaiman
47 Zaiton bin Md Isa
8. Aidai binti Mohd Razali 48 Zakiah binti Hasim @ Husin
49 Zainor bin Mohd Noor
9. Ainin Syakirah binti Adzman 50 Zahriah binti Mohd Razali
51 Zuraidah binti M. Ayob
10. Darnadalis binti Abd Raoh 52 Zuri binti Mansor

11. Faiza bin Abdu Rahman TIDAK HADIR BERSEBAB
1 Anumanthan a/l Muniandy
12. Ibrahim bin Gunalan 2 Siti Rahmah binti Dahlan
3 Naufirah binti Shamsudin
13. Jamilah binti Abdul Latif 4 Norsimah binti Nasari
5 Rozita binti Md Isa
14. Kamariah binti Husin 6 Suraya Liza binti Rosli

15. Khadijah binti Salleh

16. Khairul Azman bin Abdul Kadir

17. Kamarudin bin Abd Rani

18. Marliza binti Ghazalli

19. Mohamad Fairus bin Mohamad Shah

20. Muhammad Hakimin bin Abd Rahman

21. Mohd Norsani bin Mahat

22. M. Razib bin Abd Hamid

23. Nor Aini binti Yusof

24. Noraziah binti Shaharum

25. Nordaliyana binti Abdullah

26. Norlatipah binti Gimon

27. Nurhayati binti Zainuddin

28. Nurhidayah binti Yaakop

29. Nur Aminah binti Hassanuddin

30. Nurul Khairiah binti Kahar

31. Noorliza binti Mihat

MINIT MESYUARAT GURU KALI KEDUA SESI PERSEKOLAHAN

TAHUN 2019

AGENDA MESYUARAT :

1. Ucapan aluan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Pengurusan

4.1 Pentaksiran Bilik darjah(PBD)
4.2 PBPPP
4.3 SKPMG 2
4.4 Cuti Rehat Khas (CRK)
4.5 Buku Rekod Mengajar (BRM)
4.6 Kebenaran Luar Negara
4.7 Guru Ganti
5. Hal-hal lain
6. Ucapan Penangguhan Mesyuarat

PERKARA 1 : UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengucapkan salam keagamaan dan dan ucapan terima kasih kepada
semua guru kerana menghadirkan diri untuk mesyuarat guru kali kedua.

1.2. Pengerusi memaklumkan akan ada perjumpaan pengurusan sekolah dalam sebulan
sekali untuk semua guru dan kakitangan sekolah dengan beberapa tujuan seperti :

➢ Ketirisan dalam penyampaian maklumat yang tidak jelas kepada orang sekeliling.
➢ Memberi sedikit postmortem atas program-program sekolah yang telah dijalankan.
➢ Menyampaikan perkara-perkara penting sekolah.
➢ Memonta guru dan kakitangan sekolah memberi pendapat atau makluman apa sahaja

yang berkaitan dengan hal tugas-tugas dengan empat penjuru sekolah.

1.3. Pengerusi memaklumkan etika pemakaian untuk hari Isnin adalah pakaian rasmi dan
semua guru mengikuti etika pemakaian yang ditetapkan seperti memakai kemeja lengan
panjang dan bertali leher bagi guru lelaki.

1.4 Pengerusi memaklumkan Cuti Rehat (CR) hanya untuk Guru Besar sahaja, Cuti Rehat
Khas (CRK) untuk guru dan kakitangan sekolah dan pengambilan CRK ini mengikut
terma dan kelayakannya.

1.5 CRK boleh dimohon 3 hari sebelum cuti dengan mengisi borang berwarna putih dan
mendapat kelulusan daripada Guru Besar ataupun Guru Penolong Kanan. Selepas itu
ketua kerani atau pembantu pejabat akan memasukkan permohonan cuti ke dalam
HRMIS. Bagi kes kecemasan semua guru perlu mengisi borang berwarna biru.

1.5 Pengerusi memaklumkan pengisian borang cuti dan borang keluar masuk guru dan
kakitanga semasa sesi persekolahan adalah sebagai makluman kepada pihak pentadbir
dan kebajikan guru serta warga sekolah menjadi tanggungjawab utama Guru Besar.

1.6 Pengerusi memaklumkan pertukaran nama sekolah telah dipersetujui dan proses
seterusnya dengan kertas kerja. Pertukaran nama sekolah ini akan melibatkan
perubahan pada lencana dan lagu sekolah.

1.7 Pengerusi memaklumkan pembelian bangku untuk murid semasa di tapak perhimpunan
dengan menggunakan duit PIBG dan bangku itu akan digunakan dengan secepat
mungkin.

1.8 Pengerusi memaklumkan pembelian meja sebanyak 40 buah untuk tahun enam kerana
meja murid banyak yang rosak dan tidak boleh diperbaiki.

1.9 Pengerusi memaklumkan tandas surau bagi murid lelaki dan perempuan telah diperbaiki
dengan hasil sumbangan daripada pihak masjid.

1.10 Pengerusi memaklumkan guru kelas perlu memahami dan tahu karekter murid dalam
kelas kerana guru kelas adalah yang paling hampir dengan murid-muridnya.

1.11 Pengerusi meminta guru kelas menyenaraikan nama murid yatim piatu, murid golongan
asnaf dan murid anak orang kaya.

1.12 Pengerusi memaklumkan tentang masalah disiplin murid, murid tidak hadir ke sekolah
pihak sekolah telah pergi membuat lawatan cakna untuk mengetahui masalah utama
murid itu dan mencari penyelesaian masalah dalam membantu murid itu untuk hadir ke
sekolah kembali.

1.13 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru sentiasa berhati-hati dan menjaga
perkataan dan perlakuan terhadap murid. Elakkan sebarang sentuhan kepada murid.
Jika ada sebarang aduan daripada ibubapa atau penjaga ke JPN, PPD ia akan disiasat.

1.14 Pengerusi memaklumkan tentang pesanan daripada Pengarah Jabatan Pelajaran
Negeri Sembilan selepas penggal kedua persekolahan ini meminta sekolah
mengurangkan program-program luar sekolah dan tumpukan kepada akademik.
Program untuk tahun 6 akan dibuat selepas Peperiksaan UPSR.

1.15 Pengerusi memaklumkan waktu kokorikulum berubah daripada dua jam kepada tiga
jam. Pada tahun depan sesi persekolahan (2020) murid tahun tiga akan dilibatkan
dengan aktiviti Kokorikulum di sekolah ini.

(Tindakan : Makluman semua guru)

PERKARA 2 : MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang oleh Puan Rubiah binti Mohd Razali
Disokong oleh Cik Marliza binti Ghazali

PERKARA 3 : PERKARA BERBANGKIT

Perkara 4.1.1 (Perhimpuan Pagi)
✓ Guru Penolong Kanan 1 memaklumkan waktu perhimpunan pagi pada hari
Selasa hingga Jumaat jangan melebihi pukul 8.00 pagi

Perkara 4.1.9( Buku Rekod Mengajar)
✓ GPK 1 memaklumkan BRM perlu dihantar pada hari Jumaat.

Perkara 4.2.1 (Pembahagian tugas guru)

✓ GPK 1 Memaklumkan pembahagian tugas guru dalam perbincangan dengan
Cikgu Amar kerana ia telah melibatkan perpindahan guru.

Perkara 4.3.1 (Jadual waktu)

✓ GPK 1 memaklumkan jadual waktu terletak dalam MMI, slip guru ganti perlu
ditampal dalam BRM dan guru perlu melengkapkan ruang-ruang di bahagian
belakang BRM

Perkara 5.1 (Myportfolio)

✓ GPK 1 memaklumkan segala surat berkaitan kursus, bengkel, jawatan yang
guru pegang dalam atau luar sekolah perlulah di simpan dalam fail itu sebagai
instrument untuk kenaikan pangkat dan sebagainya.

Perkara 5.4 (Kelas DLP)

✓ GPK 1 Memaklumkan kepada semua guru untuk menyampaikan pesanan
kepada ibubapa atau penjaga murid yang tidak menguasai kelas DLP boleh
memohon surat untuk mengeluarkan anak dari kelas tersebut. Jika hendak nak
memasuki kelas DLP pastikan anak mahir dalam Bahasa Inggeris.
(Makluman : Semua guru)

PERKARA 4 : TAKLIMAT PENGURUSAN

4.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

4.1.1 Pengerusi memaklumkan PBD ialah fokus utama pada tahap satu. Ada satu buku yang
didalamnya terkandung tentang serba serbi PBD. Ada slide yang guru boleh baca di
4.1.2 slide 4 hingga 7 berkenaan dengan teknik PDPC seperti bercerita, main peranan dan
4.1.3 sebagainya. Guru perlu masukkan salah satu teknik tersebut dalam RPH dan perlu ada
4.1.4 semasa dicerap oleh pihak pentadbir
Terdapat juga beberapa senarai semak yang perlu dibuat ketika pencerapan berlaku
oleh pentadbir.Penekanan yang dibuat daripada Kementerian Pelajaran dan Jabatan
Pelajaran ialah guru-guru mengaplikasikan teknik-teknik itu dalam PDPC.
Kehadiran pentadbir semasa pencerapan guru berperanan sebagai pembimbing bukan
sebagai pencerap guru dengan kata lain Coaching of Coachers (COC).
Guru Besar memaklumkan dan menekankan dalam buku rekod mengajar guru perlu ada
teknik PBD semasa PDPC dijalankan.

(Tindakan : Makluman Semua Guru)

4.2 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

4.2.1 Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1) memaklumkan penilaian pertama guru dilihat melalui
borang keberhasilan yang diisi oleh guru. Guru diminta menyimpan satu salinan borang
keberhasilan itu walaupun sudah dihantar kepada pegawai penilai pertama dan penilai
kedua.

4.2.2 Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) menepati ciri-ciri pembelajaran abad
ke 21 contoh ada peta “”I Think”.

(Tindakan : Makluman semua guru)

4.3 SKPMG2

4.3.1 GPK 1 memaklumkan SKPMG 2 ada standard-standard yang perlu dicapai oleh guru.
4.3.2 Guru perlu baca dan tengok apa instrument yang sesuai mengikut standard yg hendak
dicapai, kerana pencerapan untuk guru mengikut standard 4 (berkaitan dengan PDPC).
Puan Aziana memaklumkan bahagian pencerapan dah boleh diisi dalam talian.

4.4 Cuti Rehat Khas (CRK)

4.4.1 GPK 1 memaklumkan CRK perlu memaklumkan awal kepada pihak sekolah dan
bergantung atas budi bicara pihak pentadbir berpandukan dengan alasan yang kukuh.
Bagi cuti mengejut atau kes-kes kecemasan guru perlu mengisi borang warna biru
terlebih dahulu dan ketua kerani dan pembantu pejabat akan isi dalam HRMIS.

(Makluman : Semua Guru)

4.5 Buku Rekod Mengajar (BRM).

4.5.1 Guru Besar memaklumkan jika tidak menulis BRM akan didenda. Diminta semua guru
memandang serius dalam menulis BRM, jika tidak tulis BRM bermaksud guru tidak hadir
4.5.2 ke sekolah atau tidak mengajar dalam kelas.
4.5.3 Guru Besar memaklumkan tahun depan semua BRM akan disemak oleh guru besar, jika
guru besar tiada GPK 1 akan semak.
GPK 1 memaklumkan BRM hantar pada hari Jumaat dan hantar ikut pada nama
pentadbir yang ditetapkan sebelum ini.

(Tindakan : Makluman semua guru)

4.6 Kebenaran ke Luar Negara

4.6.1 GPK 1 memaklumkan banyak timbul masalah, sebelum mengisi borang ke luar Negara
guru perlu mendapatkan info terbaru daripada pihak PPD. Guru boleh merujuk pada

info-info yang telah dicetak dan ditampal di bilik guru dan pejabat. Guru perlu peka
dengan proses kebenaran ke luar Negara.

4.7 Guru Ganti

4.7.1 GPK 1 memaklumkan guru yang menerima relief jangan rasa terbeban. Guru yang
menerima relief diminta masuk kelas pada waktu yang ditetapkan untuk melancarkan
dan proses PDPC.

PERKARA 5 : HAL-HAL LAIN

5.1 En.Romie Sophian memaklumkan tentang gangguan daripada luar seperti ejen insuran,
jurujual masuk ke dalam bilik guru, menganggu keselesaan guru dan risau akan berlaku
kehilangan barang. En. Romie mencadangkan agar pihak luar ini diletakkan satu tempat
khas untuk menajalankan urusan mereka jika hadir ke sekolah seperti kantin atau waqaf
yang ada di sekitar sekolah.

5.2 GPK 1 memberi respon berkaitan jurujual memang tidak dibenarkan masuk ke kawasan
sekolah tanpa ada kebenaran dari pihak pentadbir.Pihak jaga sekolah pun telah
dimaklumkan berkaitan hal ini.

5.3 Guru Besar meminta Puan Ayat memberi kertas kerja kepad beliau supaya pelancaran
bulan kemerdekaan berjalan dengan meriah dan ada kelainan daripada sebelum ini.

5.4 Guru Besar meminta setiausaha PIBG membuat minit mesyuarat PIBG dengan kadar
segera untuk dihantar ke Penghulu Luak Jempol Palong 14 untuk mendapatrkan
persetujuan surat rasmi.
(Tindakan : Makluman)

PERKARA 6 : UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih pada semua guru dapat menghadirkan guru. Hal-
hal berkaitan dengan murid-murid kita sama-sama fikirkan dan itu adalah
tanggungjawab kita bersama.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.

Disediakan oleh,

----------------------------------------
Urusetia Mesyuarat,
(Nur Aminah binti Hassanuddin)
SK(F) Bandar Baru Serting.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Buku Program MAKP
Next Book
ทดสอบกรดเบส