The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jelaskan kaedah faid(fekah) al ummur bi maqasidiha dalam tujuan penghasilan telefon pintar

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kall, 2023-04-16 21:07:44

jelaskan kaedah faid (fekah) al ummur bi maqasidiha dalam tujuan penghasilan telefon pintar

Jelaskan kaedah faid(fekah) al ummur bi maqasidiha dalam tujuan penghasilan telefon pintar

SAINS , TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN MPU 23052


Presentation title 2 ر هللا ال ِم ِ س ْ ن بِ ِ م ٰ ح ْ يِم ْ ح ر ِ ال ASSALAMUALAIKUM W.B.T. NAMA NO.MATRIK MUHAMAD HAIKAL 02DKM22F1072 MUHAMAD IRFAN 02DKM22F1037 MUHAMMAD ASYRAF 02DKM22F1077 MUHAMMAD IQRAM 02DKM22F1103 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PENGENALAN 1-2 PENDAHULUAN 3 ISI PERTAMA 4-5 ISI KEDUA 6-7-8 CONTOH APLIKASI 9 PENUTUP 10


. PENDAHULUAN 3 Perkembangan dunia teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pada zaman moden ini menyebabkan telah wujudnya pelbagai alat yang berteknologi tinggi . Salah satunya iaitu smartphone ataupun telefon pintar yang merupakan salah satu trend gaya hidup tidak kira sama ada para remaja ataupun orang dewasa. Telefon pintar memiliki kecanggihan yang lebih maju berbanding dengan telefon bimbit biasa.Telefon pintar juga sudah menjadi keperluan dalam kehidupan seharian manusia. Oleh itu , tidak dinafikan bahawa gajet atau telefon pintar ini telah mempengaruhi cara masyarakat mengendalikan urusan seharian mereka


ISI PERTAMA Presentation title 4 • Menghasilkan penemuan sains , teknologi dan kejuruteraan yang memberi manfaat kepada keselesaan manusia Hal pertama yang kita perlu ketahui ialah smartphone meningkatkan akses terhadap infromasi keagamaan. Aplikasi keagamaan dapat memudahkan pengguna untuk mengakses Alquran dengan lebih cepat tanpa membawa senaskah Alquran kerana aplikasi ini menyediakan bacaan Alquran yang sama seperti dalam buku Alquran yang selalu dibaca. Aplikasi ini juga telah menyediakan terjemahan bagi ayat ayat Alquran didalamnya. Selain itu juga, memudahkan cara untuk beramal sesama manusia. Dengan adanya teknologi seperti smart phone ini umat islam dapat menunaikan tugas mereka sebagai manusia dengan lebih mudah. Umat islam dapat berkongsi rezeki mereka hanya dengan melalui talian internet. Seperti yang kita tahu sekarang Malaysia berada didalam keadaan yang kritikal disebabkan Covid-19, oleh itu ramai orang atasan yang ingin menyalurkan bantuan kepada orang yang memerlakukan, hal ini dapat dilakukan dengan hanya memberi sumbangan melalui internet sahaja. Bukan itu sahaja ketika bulan ramadhan juga banyak pertanyaan yang diberikan berkaitan zakat. Masalah ini dapat diselesaikan dengan lebih mudah dengan adanya smartphone, mereka dapat bertanyakan masalah ini melalui laman web yang telah disediakan. .


Presentation title 5 • Menggunakan sains,teknologi dan kejuruteraan yang memberikan nilai tambah kepada peningkatan kualiti • Tidak dapat kita nafikan lagi bahawa telefon pintar telah memberikan banyak kemudahan kepada pengguna melalui kecanggihan kualitinya yang mampu beroperasi seperti komputer sekaligus menaikkan tahap penggunaannya serta cara dan tujuan pemilikannya. Dalam penciptaan telefon pintar, wujud aplikasi yang dimuat turun oleh penggunanya yang dapat memanfaatkan penggunaan alat ini dalam kehidupan seharian. Melalui penggunaan alat ini, banyak aktiviti yang boleh dilaksanakan termasuklah menghubungi rakan-rakan atau keluarga, melayari internet, membuat pengurusan fail, menyusun jadual, membuat dokumen ringkas dan program hiburan. Aplikasi-aplikasi tersebut bukan sahaja digunakan oleh pengguna di Malaysia, namun juga digunakan di seluruh dunia. Oleh itu, jelaslah bahawa penggunaan aplikasi dalam smartphone dapat menunjukkan peningkatan kualiti dalam bidang teknologi.


ISI KEDUA Berdasakan sabda Rasullah SAW diatas, niat amat penting dalam penentuan baik atau buruk, dosa atau pahala, mencapai redha Allah SWT ataupun tidak. Sekiranya smartphone dan aplikasinya digunakan untuk tujuan yang baik, mencari redha Allah SWT dan untuk meningkatkan ibadat, dengan izin Allah SWT berdasarkan niat tersebut kita akan memperolehinya. Tetapi jika sebaliknya, kita menggunakan smartphone dan aplikasinya untuk tujuan yang buruk, haram dan mendatangkan kemurkaan Allah SWT, maka itulah yang kita akan perolehi. Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat (AlUmur Bi Maqasidiha) Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs, Umar Al-Khatta RA, bahawasanya aku mendengar Baginda Rasullah SAW bersabda ; “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya”. (Hadis riwayat Bukhari, Tirmizi, Abu Daud dan lain-lain) Presentation title


• Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat (Al-Umur Bi Maqasidiha) Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs, Umar Al-Khatta RA, bahawasanya aku mendengar Baginda Rasullah SAW bersabda ; “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya”. (Hadis riwayat Bukhari, Tirmizi, Abu Daud dan lain-lain) Berdasakan sabda Rasullah SAW diatas, niat amat penting dalam penentuan baik atau buruk, dosa atau pahala, mencapai redha Allah SWT ataupun tidak. Sekiranya smartphone dan aplikasinya digunakan untuk tujuan yang baik, mencari redha Allah SWT dan untuk meningkatkan ibadat, dengan izin Allah SWT berdasarkan niat tersebut kita akan memperolehinya. Tetapi jika sebaliknya, kita menggunakan smartphone dan aplikasinya untuk tujuan yang buruk, haram dan mendatangkan kemurkaan Allah SWT, maka itulah yang kita akan perolehi. . . 7


Presentation title 8 ∙ Kesusahan membawa kemudahan (Al-Mashaqqah Tajlibu at-Taisir) Allah SWT berfirman ; "Allah menginginkan kamudahan bagimu, dan tidak menginginkan kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, agar kamu bersyukur". (Surah al-Baqarah 2:185) Pada masa lalu, amat sukar dan memakan masa yang lama untuk berhubung dengan orang yang jauh. Akibat daripada perkara ini banyak urusan seperti urusan muamalat, pentadbiran kerajaan, pembangunan dan syarie tidak dapat dikembangkan. Teknologi smartphone dan aplikasinya dapat membantu manusia mengatasi kesukaran dalam menguruskan kehidupan seharian. Oleh itu, menggunakan smartphone dan aplikasinya adalah harus bagi membawa kemudahan dan mengatasi kesusahan pada perkara-perkara yang diperintahkan h Allah SWT dan bukannya larangan-Nya


CONTOH APLIKASI Presentation title 9 MUSLIMPRO WAKTU SOLAT MALAYSIA MUSLIM & QURAN PRAY WATCH MUSLIM MATE


PENUTUP Sebagai penutup, smartphone dan aplikasi memberikan pengaruh yang besar kepada setiap masyarakat menngunakannya. Malah, mencari ilmu dan bahan rujukan melalui smartphone dan aplikasinya. Selain itu, masyarakat dapat mengunakan teknologi tersebut ke arah kebaikan seperti melayari video mengenai ceramah Islam. Smartphone juga memiliki aplikasi yang boleh menghiburkan manusia, salah satunya ialah permainan (game). Seterusnya, smartphone mempunyai pelbagai manfaat selain berkomunikasi iaitu mempunyai kalender, kamera, kalkulator dan lain-lain. Namun disebalik manfaat yang diberikan dalam smartphone, dapat memberikan dampak positif dan negatif. Perkembangan teknologi sangat berpengaruh terhadap kehidupan manusia terutama dalam hal komunikasi. Di zaman sekarang, manusia sudah lebih dipermudahkan dalam melakukan komunikasi iaitu dengan munculnya telefon pintar. Dengan telefon pintar kita juga dapat berkomunikasi dengan orang yang jauh tanpa harus pergi ke tempatnya. Dalam telefon pintar tidak hanya memberikan fasilitas untuk menelefon saja tetapi juga terdapat aplikasi-aplikasi lain yang bermanfaat bagi manusia. Namun disebalik manfaat yang diberikan dalam telefon pintar, ia juga dapat memberikan impak positif dan negatif. Kita sendirilah yang menentukan untuk memberi kesan negatif atau positif.


Click to View FlipBook Version