The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Wan Hishamudin Wan Jusoh, 2017-03-15 03:55:19

Sosialisme 3

Sosialisme 3

TAYYARAT FIKRIYYAH
IUS 2093

TAJUK:AGENDA SOSIALISME DALAM SESEBUAH NEGARA

PENSYARAH:DR WAN HISHAMUDIN BIN WAN JUSOH

DIPLOMA USULUDDIN SEMESTER 5

NIK AMINUDDIN BIN NIK HUSIN (039142)
MUHAMMAD DANDARAWI BIN AZMI (039430)

AHMAD SHAUQI BIN SHAFIE (039369)
MUHAMMAD HASHFI BIN MOHD NOOR SAHIMI(039380)

PUSAT PENGAJIAN USULUDDIN
FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM

UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
KAMPUS GONG BADAK
2016

Isi Kandungan 1-2
2
1. Pengertian Sosialisme 3
2. Pengertian Sosialisme Menurut Para Ahli
3. Nama-nama Penting Dalam Ideologi Sosialisme 3-9
4. Sejarah Sosialsme
5. Agenda Sosialisme Dalam Sesebuah Negara: 10-11
11
Hak Milik
Kaedah Pasaran 11-12
Sistem Pemberian Gaji 12-13
Sosio-Ekonomi Masyarakat 13-14
Pencapaian Untuk Bekerja 14-15
Kaedah Urusan Dalam Sistem
6.Rujukan 16

Sosialisme

Pengertian Sosialisme

Secara etimologi,sosialisme berasal daripada bahasa Latin iaitu
‘Sosius’ yang bermaksud sahabat atau teman.Istilah sosialisme muncul sekitar
tahun 1830.Sosialisme didefinisikan sebagai sistem yang mementingkan
ekonomi secara kerjasama dan khidmat sosial iaitu hak milik bersama antara
individu dan juga negara (kerajaan).Sebagai contoh, pemberian gaji kepada
buruh adalah sama dan dibahagi kepada pendapatan negara secara sama
nilainya.Sosialisme berlaku secara evolusi iaitu perubahan mengikut
perkembangan sejarah tanpa perubahan yang mendadak kerana sosialisme
berlaku apabila wujud konflik dan revolusi daripada masyarakat yang tidak
berpuas hati dengan sistem ekonomi yang telah wujud menyebabkan mereka
berasa ditindas.Contoh negara yang mengamalkan sistem ekonomi secara
sosialisme ialah negara Rusia yang percaya kebajikan masyarakat dapat dicapai
jika melalui memiliknegarakan harta.Istilah ini mulai digunakan sejak awal abad
ke-19. Dalam bahasa Inggris, istilah ini digunakan pertama kali untukmenyebut
pengikut Robert Owen pada tahun 1827. Di Perancis, istilah ini mengacu
pada para pengikut doktrin SaintSimon pada tahun 1832 yang dipopulerkan oleh
Pierre Leroux dan J. Regnaud dalam l'Encyclopédie Nouvelle. Penggunaan
istilah sosialisme sering digunakan dalam berbagai konteks yang berbeza-beza
oleh berbagai kelompok,tetapi hampir semua sepakat bahwa istilah ini bermula
dari pergolakan kaum buruh industri dan buruh tani pada abad ke-19 hingga
awal abad ke-20 berdasarkan prinsip solidaritas dan memperjuangkan

masyarakat egalitarian yang dengan sistem ekonomimenurut mereka dapat
melayani masyarakat banyak daripada hanya segelintir elite.

Pengertian Sosialisme menurut para ahli:

1. Gerald Braunthal mendefinisikan sosialisme sebagai suatu teori ekonomi
dan politik yang menekankan pentingnya peranan Komusial dan
Pemerintah dalam menguasai alat-alat produksi dan distribusi barang.

2. Keneth J. Arrow dalam Budiharjo (1984) menyatakan bahawa sosialisme
adalah suatu sistem ekonomi yang mana sebahagian besar hasil ekonomi
diambil dalam satuan yang dikuasai berbagai bahagian struktur negara
atau para pekerja.

3. Teuku May Rudy (1993) menyatakan sosialisme adalah suatu fahaman
yang mengutamakan kepentingan bersama atau kepentingan umum dari
kepentingan individu.

4. Sutan Syahrir dalam Anwar (1966) menyatakan bahawa sosialisme
adalah suatu ajaran dan gerakan untuk mencari keadilan dalam
kehidupan kemanusiaan.

5. Ir.Sukarno (1963) menyatakan sosialisme bukan sahaja merupakan suatu
sistem masyarakat tetapi sosialisme juga merupakan suatu tuntutan
perjuangan, yakni kemakmuran bersama.

6. John Stuart Mill(1806-1873) menyebutkan bahawa sosialisme
menunjukkan kegiatan untuk menolong orang-orang yang tidak beruntung
dan tertindas yang hanya mendapat sedikit sahaja bantuan daripada
kerajaan

Nama-nama penting dalam Ideologi Sosialisme :

1. C.H. Saint Simon (1760-1825)
2. Robert Owen (1771-1858)
3. F.M Charles Fourier (1772-1837)
4. Etinne Cabet (1788-1856)
5. Wilhelm Weiling (1808-1871)
6. Louis Bland (1811-1882)

Sejarah Sosialisme

Sosialisme muncul sebagai fahaman ekonomi dan kemasyarakatan pada
akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 M di Eropah. Revolusi industri yang
terjadi di Inggris telah memunculkan kelas baru dalam masyarakat, yaitu kaum
borjuis yang menguasai sarana produksi kerana penguasaan modal berada di
tangan mereka.Sebaliknya sebahagian besar masyarakat kota hidup sebagai
buruh yang mana tenaga kerjanya diperas dan kehidupan yang semakin miskin.
Kekayaan yang dihasilkan kerana kerja keras kaum pekerja ini hanya boleh
dinikmati oleh kaum borjuis kapitalis yang jumlahnya tidak besar. Dari waktu ke
waktu masalah sosial dan ekonomi semakin ketara. Ketika itulah individualisme
tumbuh.

Sosialisme sebagai kekuatan besar yang baru lahir dalam revolusi industri
muncul dalam gerakan protes.Ia timbul dengan melepaskan diri dari sistem
ekonomi kapitalisme yang mendukung liberalisme. Kapitalisme abad ke-19

adalah untuk mengekploitasi kasar dan persaingan tanpa batas. Ketidakpuasan
dan pergolakan sosial yang ditimbulkan tercermin dalam fahaman sosialisme
utopis dan marxism. 1

Awal kemunculan sosialisme pada abad ke-19 dinamakan sosialisme
utopis yaitu sosialisme yang didasarkan pada pandangan kemanusiaan
(humanitarianisme) dan meyakini kesempurnaan watak manusia. Penganut
fahaman ini bercita-cita untuk menciptakan masyarakat sosialis dengan jalan
damai tanpa kekerasan atau revolusi.2

Kapitalisme berkembang pesat setelah terjadinya revolusi industri pada
abad ke-18 yang mana dengan revolusi industri penghasilan produk dilakukan
dengan lebih mudah dan murah. Akibatnya terjadi akumulasi modal pada pihak
tertentu sehingga memungkinkan pengembangan industri lebih berkembang.
Perkembangan kapitalisme menciptakan polar masyarakat yakni golongan
majikan dan buruh.3

Keadaan ini mengubah hati setiap orang seperti Robert Owen di Inggris
(1771-1858), Saint Simon (1760-1825), Fourier (1772-1837) di Perancis untuk
memperbaikinya. Mereka terdorong oleh rasa kemanusiaan, akan tetapi tanpa
disertai tindakan yang nyata mengenai tujuan dan strategi dalam memperbaiki

1 Henry J Schman, Filsafat Politik (Kajian Historis dari Zaman Yunani Kuno

Sampai Zaman Modern), Terj. Ahmad Baedowi, Imam Baehaki,Pustaka Pelajar,
Yogyakarta,2002, hal. 571

2 Drs. Muhammad Azhar, MA., Filsafat Politik (Perbedaan Antara Barat

Dengan Islam ), PT Raja Grafindo Persada, Jakarta, 1997, hal. 56.

3 Drs. Subagyo, dkk, Pendidikan Kewarga Negaraan, IKIP Press, Semarang,

2002, hal. 96.

sehingga teori-teori mereka dikenali dengan angan-angan belaka. Kerana itu
mereka disebut sosialisme utopi (Utopi: dunia khayal).4

Karl Marx banyak mengecam keadaan ekonomi dan sosial di
sekelilingnya, ia berpendapat bahawa masyarakat tidak dapat diperbaiki secara
tambal sulam tetapi dengan cara yang radikal melalui pendobrakan sendi-
sendinya. Untuk itu ia menyusun teori sosial yang didasari hukum-hukum ilmiah
yang dapat dilaksanakan. Untuk membezakan ajarannya dengan Sosialisme
Utopis, maka ajaranya dinamakan sosialisme ilmiah (Scientific Socialisme).
Sosialisme Ilmiah (Socialism Scientific) merupakan pemikiran yang berlawanan
segala bentuk utopia idealistik atau bentuk perlawanan terhadap idealisme
positif.5

Pemahaman Marx terhadap masalah sosial berubah setelah ia
menyaksikan revolusi Inggris dan Perancis yang menghantarkanya pada
kesimpulan bahawa perubahan mesti dilakukan dengan cara kekerasan
(revolusi). Sehingga ada pembahagian Marx muda (Marx before was amarxist)
dimana ketika ia berumur 20 tahun telah pergi ke Jerman (1841-1846) Marx
masih dikenali sebagai seorang ahli falsafah yang terpengaruh fahaman Hegel
yang bergantung pada akal dan budi dalam membangkitkan kesedaran manusia.
Idealisme Hegel mempengaruhi Marx sehingga dia sedar bahawa idea tersebut
tidak hanya membangkitkan kesedaran tetapi untuk mengubah keadaan. Marx
sejak 1848 tidak hanya berfalsafah saja tetapi turut mengkritik Hegel.

4 Prof. Mariam Budiardjo, loc. cit., hal. 78.

5 Ibid.

Marx tua bersifat praktis mengatakan bahawa kesedaran yang mengubah
realiti. Arah perhatian Marx adalah penindasan, ekploitasi dan borjuis. Pemikiran
Marx muncul sebagai akibat krisis sosial yang disebabkan revolusi industri Marx
melihat ketamakan di masyarakat. Ia melihat nasib pekerja yang kontras dengan
gaya hidup pemilik modal yang mewah.6

Dalam menyusun perkembangan masyarakat ia tertarik pada pendapat
George Hegel (1770-1831) ahli falsafah Jerman mengenai dialektik. Dialiektika
adalah seni berdebat menurut aturan tertentu, Marx membalikkan dialektika
Hegel dari yang bersifat subjektif menjadi objektif. Falsafah Hegel dimanfaatkan
Marx tidak untuk menjadi ahli falsafah tetapi mengubah masyarakat secara
radikal. Katanya : semua falsafah hanya menganalisa masyarakat, tetapi
masalahnya adalah mengubahnya.7

Hegel adalah seorang ahli akademik pada universiti Berlin sebagai tokoh
fahaman idealisme. Ia berusaha mencari kebenaran (truth), ia berpendapat apa
yang dianggap oleh manusia sebagai kebenaran itu hanya sebahagian sahaja
dari kebenaran. Kebenaran hanya dapat diperolehi manusia dengan akal fikiran
dialektik (proses dari tesis, antitesis sampai sintensis,kemudian ia mulai lagi dari
permulaan dan begitu seterusnya) sampai kebenaran yang sempurna diperolehi.
Kebenaran yang menyeluruh dinamakan idea mutlak (Absolute Idea).8

Dialektik berkembang terus menerus berubah, gagasan satu sama lain
mempunyai hubungan. Marx tertarik dengan gagasan Hegel yang mengandungi
kemajuan melalui konflik dan penentangan. Inilah yang diperlukan untuk

6 Ibid., hal. 51-52.
7 Prof. Mariam Budiardjo. , loc. cit., hal. 78.
8 Ibid., hal. 79.

menyusun teorinya mengenai perkembangan masyarakat melalui revolusi. Untuk
melandasi teori sosial ia merumuskan materealisme dialektis (dealectical
materialism) kemudian konsep tersebut digunakan untuk menganalisa sejarah
perkembangan masyarakat yang dinamakanya materialisme historis (historical
materialism).9Atas dasar terakhir sampai pada kesimpulan dunia kapitalis ilmiah
akan mengalami revolusi (revolusi proletar) yang menghancurkan hubungan
masyarakat dan memudahkan cara bagi terbentuknya masyarakat komunis.

Sejarah pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat sebagai proses
evolusi sosial (one way evolution) yang menceritakan harta kepemilikan menuju
sosialisme. Ada empat tahap kemasyarakatan yang dikonsepsikan Marx
Pertama, tahap kebudayaan primitif (primitive culture)yaitu ketika kebudayaan
manusia dimulai dari berburu dan bercucuk tanam memenuhi keperluan
keluarga. Kedua, tahap feodalisme fase ini adalah kelanjutan dari budaya primitif
pada tahap ini sumber daya alam mulai terbatas dan populasi meningkat. Ketiga,
tahap kapitalisme sebagai kelanjutan dari feodalisme seorang buruh dengan
pemilik tanah saling bertentangan. Keempat, tahap masyarakat sosialisme dan
kapitalisme sebagai puncak konflik fase sebelumnya.10

Masyarakat yang diinginkan oleh ideologi komunis adalah masyarakat
tanpa kelas dan sama rata. Untuk mewujudkan masyarakat yang dicita-citakan
itu, hampir semua faktor produksi dikuasai oleh negara dan pemilikan kekayaan
oleh individu sangat dibatasi.11

9 Ibid.

10 Didik J Rachbini, Pembangunan Ekonomi dan Sumber Daya Manusia,

Grasindo, Jakarta, 2000, hal. 2-4.
11 Drs. Subagyo., loc. cit., hal. 96.

Dalam pandangan komunis proses tranformasi sosial menuju masyarakat
komunis dilakukan melalui revolusi dengan kekerasan. Mengapa demikian,
kerana ideologi kelas yang berkuasa (borjuis) menganggap bahawa sistem
ekonomi yang berlaku adalah paling adil dan teratur. Mereka berusaha
mempertahankan sistem yang berjalan yang bererti mempertahankan
penguasaan faktor-faktor produksi di tangan mereka. Kerana itulah peralihan
faktor produksi dari tangan perseorangan untuk kemudian ditempatkan di bawah
penguasaan negara harus dilakukan melalui sebuah revolusi (kekerasan).12

Semua masyarakat yang ada sekarang ini merupakan pertentangan kelas
“ Manifesto Komunis” bahkan pertentangan antara kapitalis dan proletar sudah
jelas. Pertentangan itu mengakibatkan konflik dengan tujuan perubahan.13

Marxisme adalah ilmu sejarah yang terdiri dari konsep-konsep yang baru
yang memberi kemungkinan mempelajari sejarah secara ilmiah.Sedangkan dulu
hanya menjadi ideologi atau falsafah sejarah. Inti sejarah oleh Marx dinyatakan
dalam komunis. Sejarah manusia adalah perang kelas yang dipelopori oleh
kaum buruh untuk merebut hak sebagai manusia yang bermartabat. Marx dan
Engel mengarahkan sejarah secara ilmiah sebagai ekspresi gerakan kaum buruh
untuk menghapus kelas. Ilmu sejarah selepas Marx disebut materialisme historis.
Penghancuran negara dan borjuis menjadi agenda yang tidak terakhir dalam
rangka menciptakan negara komunis.14

12 Ibid. , hal. 97.

13 Louis O, Kattsoft, Pengantar Filsafat, Terj. Soejono Soemargono, Tiara

Wacana, Yogyakarta, 1989, hal. 429

14 Drs. MAW. Brouwer, M.P, Heryadi, B. Ph, Sejarah Filsafat Barat Modern dan

Sezaman, Ikapi, Bandung, 1986, hal. 87.

Teorinya sejarah Marx mencuba meramalkan nasib manusia. Revolusi
proletar tentang masyarakat tanpa kelas adalah konsekuensi logik yang nescaya
dari kontradiksi yang terkandung dalam sistem ekonomi kapitalis. Kaum sosialis
meyakini terjadinya revolusi sebagai mana Hegel yang menganggap sejarah
selalu berkembang yang akan menumbangkan ketamakan kapitalisme.15

Sosialisme menginginkan campur tangan pemerintah yang luas mungkin
dalam bidang ekonomi dan penguasaan bersama dari alat produksi sehingga ke
bidang yang terkecil (kolektivisme) Komunisme merupakan salah satu bentuk
sosialisme sebagai sosialisme revolusioner yang menghendaki perubahan
secara radikal berbeza dengan sosialisme evolusi yang melakukan perubahan
dengan cara damai.16

Beberapa karakter yang dibawa ideologi komunis adalah atheisme.
Agama dianggap sebagai halangan untuk manusia berfikir. Agama dipandang
membawa kekolotan sehingga melambatkan kemajuan. Komunisme membawa
berlebihan menolak demokrasi, hak asasi individu yang ada adalah hak kolektif
(komunal). Kerana itu pemilikan perseorangan dibatasi dan hampir semua
dikuasai negara. 17

15 Henry D Aiken, Abad Ideologi, Terj. Ali Noer Zaman,Bentang, Yogyakarta,

2002, hal. 232.

16 F Is Jwara, SH, L.M, Pengantar Ilmu Politik, Putra Abadi, Bandung, 1995.

hal. 167-168.
17 Drs. Subagyo, dkk, loc. cit., hal. hal. 97.

Agenda Sosialisme dalam sesebuah negara

Hak milik
Hak milik mengikut sistem ekonomi sosialisme adalah berbeza kerana sistem
ekonomi sosialisme mempunyai ciri hak milik bersama kerana kekayaan sumber
yang sedia ada adalah hak milik bersama dan negara. Sehubungan dengan ciri
hak milik bersama dalam sistem ekonomi sosialisme ini, menunjukkan bahawa
terdapatnya kesaksamaan pekerjaan dan keuntungan. Hal ini bermaksud,
masyarakat tidak memiliki kelebihan untuk memiliki pekerjaan yang lebih baik
kerana keuntungan yang dimiliki tidak dapat dirasai kerana semua faedah
keuntungan dibahagikan sama rata. Contohnya, peluang pekerjaan dalam
perindustrian banyak ditawarkan dalam perkhidmatan agar masyarakat tidak
memiliki apa-apa kekayaan dan tidak dapat mengaut keuntungan secara individu
dan berkumpulan kerana sistem ekonomi sosialisme menjanjikan ciri-ciri hak
milik bersama tetapi mempunyai keamanan, kebebasan dan kekayaan milik
bersama. Hal ini telah menyebabkan pemilikan secara perseorangan terkawal.
Karl Marx dan Fredrich Engels melalui penulisannya telah berjaya mengubah
pandangan terhadap manusia dan masyarakat kerana penekanan sistem
ekonomi sosialisme yang melibatkan soal keadilan pengagihan nilai-nilai material
dalam sosialisme misalnya dalam ekonomi, aktiviti reformasi sistem ekonomi
untuk menghapuskan penderitaan dan kehidupan serba kekurangan dalam

kalangan ahli-ahli masyarakat yang lebih seimbang dapat dicapai melalui
perkongsian bersama.18

Kaedah Pasaran
Sistem ekonomi sosialisme telah menolak ciri kaedah pasaran bebas

dalam kapitalisme kerana sistem ekonomi sosialisme mempunyai kaedah
pasaran yang ditentukan oleh kerajaan dan tiada pasaran bebas seperti
kapitalisme. Hal ini disebabkan sistem ekonomi sosialisme lebih bersifat
demokrasi terutama mementingkan hak golongan proletariat yang seharusnya
turut mempunyai hak untuk memiliki kekayaan. Oleh itu,sistem ekonomi
sosialisme mengawal kegiatan industri dan menggantikan prinsip pasaran bebas
dengan prinsip kebajikan sosial.

Sistem pemberian gaji
Pengagihan sistem pemberian gaji dalam ekonomi sosialisme amat

berbeza dengan sistem kapitalisme kerana sosialisme menekankan konsep
pemberian gaji secara agihan yang sama rata kepada buruh dan majikan. Hal ini
disebabkan, sistem ekonomi sosialisme lebih mementingkan pengeluaran untuk
keperluan bukan kualiti yang diberikan dalam pasaran. Di dalam sistem ekonomi
sosialisme hanya memastikan kecekapan ekonomi untuk masyarakat dan
disamping itu juga dapat meningkatkan kecekapan ekonomi kepada negara telah
menekankan kesaksamaan pendapatan dengan pengagihan gaji secara sama

18 W. I. Lenin, (1958) diterjemahan oleh Dachan, Imperialisme Tingkat Tertinggi Kapitalisme, Djarkata,
Penerbitan Bahasa Asing, Moskow.

rata kerana hendak membina militari yang kukuh semata-semata supaya
kerajaan dapat mengawal segala setiap aspek masyarakat. Maksudnya di sini,
gaji yang dimiliki oleh individu perlu dibahagikan sama rata kepada pihak
kerajaan kerana dalam sistem ekonomi sosialisme lebih mementingkan konsep
kerjasama dan khidmat sosial.

Sosio-ekonomi masyarakat
Bagi sosio-ekonomi dalam sistem ekonomi sosialisme pula, hubungan

antara kelas sosio-ekonomi dalam masyarakat telah dipengaruhi oleh
kepentingan bersama yang berkisarkan pengeluaran. Hal ini bermakna, harta
yang dimiliki oleh setiap individu adalah kepunyaan hak milik bersama kerana
sosio-ekonomi dalam sistem ekonomi sosialisme telah mewujudkan suatu sistem
organisasi sosial di mana hartanah dan kaedah pengeluaran dipegang secara
bersama. Amalan terhadap nilai-nilai yang tinggi terhadap amalan kerjasama
secara berkumpulan daripada kebebasan individu seperti yang diamalkan dalam
sistem ekonomi kapitalisme. Hal ini bermaksud, sosialisme menekankan konteks
kebajikan umum yang menguasai beberapa kumpulan kecil inidividu yang
sememangnya tidak mewakili kepentingan seluruh ahli masyarakat itu. Tetapi,
dalam keadaan tertentu jika ada pertentangan antara kepentingan kebajikan
umum mesti diumumkan. Oleh itu, sosialisme telah melahirkan ajaran-ajaran
mengenai kerjasama yang harmoni terutama masyarakat tanpa kelas untuk
menentang ketidakadilan, menentang penindasan dan menghapuskan

kemiskinan.19 Akan tetapi, sosialisme telah menyebabkan kualiti barangan dan
mutu perkhidmatan menjadi rendah kerana tidak mementingkan kualiti terutama
daripada sudut material.

Pencapaian untuk bekerja
Pencapaian buruh dalam sistem ekonomi sosialisme pula adalah buruh

tidak bermotivasi dan tidak dapat menghasilkan pengeluaran yang berkualiti
kerana tiada ganjaran. Kawalan sepenuhnya terhadap dasar awam telah
menyebabkan pekerja tidak bebas memiliki imbuhan gaji lebih walaupun
berusaha lebih dan memiliki kemahiran tertentu. Ekonomi dikawal dan dipantau
semua rangkaian jabatan kerajaan. Hal ini telah dibincangkan oleh fahaman
John Maynard Keynes bahawa kerajaan seharusnya tidak membiarkan sistem
ekonomi ‘bebas’ mesti ada kawalan-kawalan fizikal. Perbincangan ini telah
disokong oleh Karl Marx iaitu pakar falsafah sosial dari Jerman, bahawa
kapitalisme sebenarnya akan memusnahkan sistem ekonomi tersebut kerana
pada ketika itu, berlakunya kemusnahan revolusi oleh pekerja. Oleh itu, sistem
ekonomi sosialisme telah memastikan bahawa kecekapan ekonomi penjaminan
pekerjaan dan kesaksamaan pendapatan. Sehubungan dengan itu, konsep
‘nationalisation’ diperkenalkan iaitu kilang dan ladang dimiliki dan dikawal oleh
kerajaan. Hal ini disebabkan sistem sosialisme berfokus kepada pembangunan
industri telah menyebabkan pengagihan gaji secara saksama. Kesannya, buruh
dalam sistem ekonomi sosialisme tidak mendapat motivasi yang secukupnya dan
telah melahirkan buruh yang tidak cekap dan pembaziran sumber kerana harga

19 Taher Ibrrahim, (1967), Islam, Marx dan Keynes, Djarkata, Penerbitan Bulan Bintang.

tidak mencerminkan kos iaitu hanya mementingkan pengeluaran sahaja tidak
mementingkan kehendak pengguna dari segi kualiti dan keperluan.Hal ini juga
telah menyebabkan ekonomi dalam pasaran tidak mampu memenuhi permintaan
pembeli dengan cepat. Oleh itu, sistem ekonomi sosialisme memberi kesan
kepada ekonomi yang tidak begitu adil walaupun mementingkan kebajikan
bersama kerana masih terdapat pihak tertentu seperti ketua dan ahli parti
birokrasi menikmati kemewahan yang tidak boleh dinikmati oleh orang awam.
Contoh, kereta, rumah, kedai yang mempunyai banyak barang dan perkhidmatan
kesihatan yang lebih baik kerana orang awam masih mempunyai gaji yang sama
dan masih rendah kerana gaji yang saksama secara berterusan.

Kaedah urusan dalam sistem
Sistem ekonomi sosialisme pula telah menumpukan terhadap pengawalan idea,
nilai dan kepercayaan bukan kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Oleh itu,
kaedah urusan dalam sosialisme, menekankan sistem organisasi sosial di mana
hartanah dan kaedah pengeluaran dipegang secara bersama. Hal ini disebabkan
sosialisme mementingkan urusan dalam kerjasama dan khidmat sosial kerana
percaya bahawa kejayaan sesebuah ekonomi akan berubah secara evolusi
bukan secara revolusi iaitu secara paksaan. Kaedah sistem urusan dalam
sosialisme menyatakan bahawa kerajaan perlu mengawal segala aspek
kehidupan masyarakat yang dikenali sebagai ‘Party States’ di mana parti
pemerintah mendominasi sebagai badan kerajaan. Sehubungan dengan itu,
ekonomi yang dirancang secara berpusat dipanggil ekonomi yang diarah

(Command Economics), di mana kerajaan memiliki semua sistem pengeluaran
dan merancang semua aktiviti ekonomi. Dalam sosialisme, kaedah untuk menilai
tinggi terhadap kerjasama secara berkumpulan adalah yang paling
utama daripada kebebasan individu kerana dapat memberi kesan kumpulan-
kumpulan yang mempunyai kepentingan daripada pelbagai sudut.

Rujukan

1. Drs. MAW. Brouwer, M.P, Heryadi, B. Ph,Ikapi, Sejarah Filsafat Barat
Modern dan Sezaman . 1986 . Bandung

2. Henry J Schman, Filsafat Politik (Kajian Historis dari Zaman Yunani Kuno
Sampai Zaman Modern), Terj. Ahmad Baedowi. 2002 . Imam
Baehaki,Pustaka Pelajar,Yogyakarta

3. W. I. Lenin,diterjemahan oleh Dachan, Imperialisme Tingkat Tertinggi
Kapitalisme, Djarkata. 1958 . Penerbitan Bahasa Asing, Moskow.


Click to View FlipBook Version