MENERAJUI PERUBAHAN
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
KAMPUS INDUK
BANDAR ENSTEK
Oleh:
WAN AZRAEI BIN MOHAMED
NPQEL 2.0
SRBE 6 Ambilan 1/2020
MENERAJUI PERUBAHAN
PENDAHULUAN
Rumusan Video 1 dan 2
Menurut Greenberg dan Baron (1997), perubahan membawa maksud satu transformasi yang
berlaku secara terancang atau tidak terancang terhadap struktur, teknologi dan individu dalam
organisasi. Terdapat lapan langkah yang telah disenaraikan oleh John Kotter (1995) bagi
menerajui perubahan.
1. Mencipta kesedaran dan kesegeraan dikalangan ahli organisasi tentang perlunya
sesuatu perubahan itu dilakukan demi kepentingan organisasi dan pelanggan.
2. Membentuk pakatan yang kuat dikalangan ahli organisasi dan perlu mendapat
sokongan dari ahli organisasi.
3. Mencipta visi perubahan bagi memastikan segala perancangan dan tindakan tidak
tersasar.
4. Menyampaikan visi perubahan melalui komunikasi kepada semua ahli organisasi.
5. Mengenalpasti halangan dan orang yang menentang perubahan dengan membantu
mereka melihat apa yang boleh diberikan kepada organisasi.
6. Membentuk atau meletakkan sasaran jangka masa pendek yang mana sasaran
tersebut hendaklah boleh dilihat dan dicapai. Tidak digalakkan meletakkan sasaran
awal terlalu tinggi.
7. Meneruskan perubahan dengan membuat analisa setiap kejayaan awal yang telah
dicapai dan sentiasa mengamalkan konsep peningkatan berterusan.
8. Menjadikan perubahan yang dilakukan sebagai budaya berterusan dalam
organisasi.
NPQEL 2.0 Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek 1
MENERAJUI PERUBAHAN
AMALAN SEPATUTNYA BAGI PEMIMPIN ORGANISASI
1. MEMIMPIN PERUBAHAN
Membangunkan visi
masa hadapan.
MEMIMPIN
PERUBAHAN
Menggerakkan sumber Menggunakan seluruh
kekuatan semasa proses
yang diperlukan.
perubahan.
Membangunkan visi masa hadapan.
Seseorang yang menjadi pemimpin seharusnya dapat mengenalpasti dan mendalami
permasalahan yang ada dalam organisasi dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut serta
mengaitkannya dengan keperluan dan kehendak masa kini bagi membangunkan visi organisasi.
Menggerakkan setiap sumber yang diperlukan.
Setiap perubahan yang akan dilakukan semestinya menuntut penggunaan segala sumber yang
ada di sekeliling organisasi. Sumber yang diperlukan tidak terhad hanya kepada sumber
kewangan sahaja bahkan melibatkan segala sumber termasuklah, sumber manusia, sumber
data, sumber alat-alatan dan berbagai2 sumber lagi yang menunjukkan kekuatan yang ada pada
organisasi.
Menggunakan seluruh kekuatan semasa melakukan proses perubahan.
Setiap organisasi mempunyai potensi untuk terus berkembang maju. Kemahiran yang ada pada
setiap ahli perlu dicungkil dan dimanfaatkan demi kemajuan organisasi. Hubungan erat antara
pemimpin dengan ahli organisasi dapat memastikan segala aktiviti yang dirancang kearah
mencapai visi dapat dilaksanakan dengan jayanya. Penghargaan kepada setiap usaha ahli juga
perlu dizahirkan oleh pemimpin bagi menunjukkan rasa berterima kasih kepada setiap usaha
ahli dan seterusnya mendorong semangat dikalangan ahli organisasi.
NPQEL 2.0 Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek 2
MENERAJUI PERUBAHAN
2. MEMBUAT KEPUTUSAN
Pemimpin masa kini haruslah mempunyai keupayaan untuk membuat keputusan secara
cepat, tepat dan berpandukan kepada data atau segala bentuk instrumen yang
berkenaan.
Membuat keputusan merupakan satu kaedah membuat pilihan dalam menyelesaikan
sesuatu masalah yang dihadapi.
Kejayaan membuat keputusan adalah bergantung sepenuhnya kepada kekuatan
pemimpin membandingkan serta menggunakan data-data tersedia serta memahami hala
tuju organisasi.
Terdapat berbagai-bagai alat untuk membuat keputusan, antaranya ialah Diamond 9,
Analisis Pareto, Analisis Force Field, Analisis Lima Mengapa, Matrik Keputusan,
Rajah Tulang Ikan.
3. MENYELESAIKAN MASALAH
Penyelesaian masalah merupakan proses berfikir secara berperingkat bagi
mengenalpasti punca sebenar masalah sebelum langkah-langkah sebenar diambil
bagi mengatasinya.
Berbagai-bagai model penyelesaian masalah telah diperkenalkan. Salah satunya ialah
Model Penyelesaian Masalah Chang & Kelly (1993).
6 Langkah
Model
Chang & Kelly
Laksanakan
penyelesaian & Memahami
masalah.
nilai kemajuan
6
Sediakan
Analisis punca
pelan
masalah.
tindakan.
Kenalpasti
Pilih
penyelesaian
penyelesaian
yang mungkin.
terbaik.
NPQEL 2.0 Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek 3
MENERAJUI PERUBAHAN
AMALAN SEDIA ADA PENGURUSAN SEKOLAH SEMASA
Latar Belakang Sekolah
Terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur.
Jumlah enrolmen murid seramai 745 orang murid termasuk murid prasekolah.
Tahap sosioekonomi yang rendah dikalangan penduduk setempat.
Latar Belakang Pentadbiran
Guru Besar perempuan yang telah berkhidmat selama 6 tahun di sekolah semasa.
PK Tadbir dan Kurikulum lantikan baharu dan berkhidmat 2 tahun di sekolah semasa.
PK Hal Ehwal Murid berkhidmat 7 tahun di sekolah semasa.
PK Kokurikulum lantikan baharu dan berkhidmat 2 tahun di sekolah semasa.
Polemik di sekolah
Murid terdedah dengan kehidupan bahawa datang ke sekolah hanya memenuhi syarat.
Guru-guru yang terlampau selesa dengan persekitaran pdpc kaedah konvensional.
GB membuat keputusan tanpa meminta pandangan pemimpin pertengahan.
Segala keputusan dan arahan disampaikan secara terus kepada guru-guru tanpa
pengetahuan pemimpin pertengahan.
NPQEL 2.0 Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek 4
MENERAJUI PERUBAHAN
JADUAL PERBANDINGAN RUMUSAN eResos DAN AMALAN DI SEKOLAH
AMALAN DI MODEL PENYELESAIAN
MODEL PERUBAHAN
BIL SEKOLAH MASALAH
JOHN KOTTER
SEMASA CHANG & KELLY
Mencipta kesedaran dan
1. ✓ ✓ Memahami masalah.
kesegeraan
Membentuk pakatan yang
2. ✓ Analisis punca masalah.
kuat
Kenalpasti penyelesaian yang
3. Mencipta visi perubahan ✓
mungkin.
Menyampaikan visi
4 ✓ Pilih penyelesaian terbaik.
perubahan
5. Mengenalpasti halangan ✓ ✓ Sediakan pelan tindakan.
Membentuk atau meletakkan Laksanakan penyelesaian dan
6. ✓ ✓
sasaran jangka masa pendek nilai kemajuan.
Meneruskan perubahan
7. dengan membuat analisa ✓ - -
setiap kejayaan awal
Menjadikan perubahan yang
8. dilakukan sebagai budaya ✓ - -
berterusan
Jadual perbandingan di atas menunjukkan model perubahan John Kotter dan model
penyelesaian masalah Chang & Kelly serta perbandingannya dengan amalan di sekolah
semasa. Bagi model perubahan John Kotter sekolah semasa didapati :-
Tidak mengamalkan langkah ketiga dan keempat iaitu mencipta visi perubahan dan
menyampaikan visi perubahan kepada ahli organisasi semasa melakukan perubahan di dalam
organisasi.
Penambahbaikan : Pihak Guru Besar dan semua penolong kanan sekolah perlu duduk
berbincang dan bersama-sama menetapkan hala tuju atau visi sekolah berpandukan dasar-dasar
pendidikan yang baharu serta selaras dengan anjakan-anjakan yang ditetapkan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Penetapan visi ini juga perlu mengambilkira
dasar terkini pendidikan negara iaitu kearah Revolusi Industri 4.0 dan menyediakan murid
kearah pasaran kerja masa hadapan. Seterusnya, visi yang telah ditetapkan perlulah di
sampaikan kepada semua warga sekolah termasuklah pihak ibu bapa bagi menyedarkan mereka
betapa pentingnya perubahan dilakukan demi murid-murid.
NPQEL 2.0 Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek 5
MENERAJUI PERUBAHAN
Bagi model penyelesaian masalah Chang & Kelly, sekolah semasa didapati :-
Tidak melakukan langkah kedua iaitu menganalisis punca masalah.
Penambahbaikan : Peranan dari pentadbir dan juga guru yang terlibat penting bagi membuat
analisis kepada permasalahan yang telah dikenalpasti. Pihak yang terlibat boleh menggunakan
Rajah Tulang Ikan Ishikawa bagi menganalisis punca permasalahan yang timbul dan faktor-
faktor yang mempengaruhi yang mungkin boleh menyekat kejayaan murid dan sekolah. Hasil
dari analisis tersebut boleh dijadikan panduan untuk mengenalpasti langkah penyelesaian yang
mungkin boleh diambil.
RUMUSAN
Pemimpin masa hadapan perlu menjadi ‘role model’ kepada ahli organisasi yang dipimpin.
Pemimpin perlu memainkan peranan yang besar semasa memimpin perubahan. Semua pihak
yang terbabit perlu dilibatkan dan diberi tugasan yang bersesuaian dengan kebolehan dan
kepakaran mereka dalam melakukan perubahan. Pemimpin perlu tahu menggunakan
kelebihan dan kekuatan organisasi secara optimum bagi mencapai visi yang telah dipersetujui
bersama. Setiap langkah yang diambil perlulah didahului oleh pemimpin bagi menyakinkan
ahli untuk terus mencapai visi yang ditetapkan.
NPQEL 2.0 Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek 6