The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norhayati869, 2023-03-12 09:03:36

PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN BUKU PERATURAN SK ST. JOSEPH -DIGITAL  2023

2 PAGES / SHEET

Keywords: SJS PAPAR

SK. ST. JOSEPH (M) PAPAR PETI SURAT 298, 89608 PAPAR, SABAH. PANDUAN UNDANG-UNDANG BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN SJS Towards Excellence PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 2 BIODATA MURID NAMA PENUH :________________________________________ JANTINA :________________________________________ TARIKH LAHIR :________________________________________ NO. DAFTAR LAHIR :________________________________________ BANGSA :________________________________________ AGAMA :________________________________________ BIL. DAFTAR SEKOLAH :________________________________________ ALAMAT :________________________________________ HOBI :________________________________________ CITA-CITA :________________________________________


PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 3 KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH SUKAN DAN PERMAINAN : ________________________________ KELAB DAN PERSATUAN : ________________________________ UNIT BERUNIFORM : ________________________________ TAHUN KELAS PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 4 PENGAKUAN PENERIMAAN BUKU PERATURAN SEKOLAH Guru Besar, SK St. Joseph (M), Peti Surat 298, 89608 Papar, Sabah. BUKU PERATURAN SEKOLAH 1. Saya mengaku telah memiliki buku tersebut untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan semasa saya bersekolah di sekolah ini. 2. Saya berjanji akan sentiasa memiliki buku peraturan ini. Sekiranya hilang atau gagal dikemukakan semasa pemeriksaan disiplin sekolah, saya berjanji akan membeli senaskhah buku peraturan sekolah baru untuk menggantikan yang hilang. 3. Saya telah membaca dan memahami segala kandungan dan berjanji akan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan dan mengamalkannya bukan sahaja di sekolah tetapi juga di luar kawasan sekolah / di rumah. 4. Saya bersedia menerima tindakan disiplin daripada pihak sekolah ini, sekiranya saya melanggar peraturan ini. 5. Saya telah mengemukakan buku peraturan ini kepada ibu bapa / penjaga saya. Ibu bapa / penjaga saya telah membacanya dan bersetuju dengan Tindakan Disiplin pihak sekolah jika saya masih melanggar peraturan yang ditetapkan. 6. Pihak saya tidak akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak sekolah sekiranya saya dikenakan tindakan disiplin. ….……………………………………………. Tandatangan Murid Nama Murid: _____________________________ Tarikh : _______________________ ….……………………………………………. Tandatangan Ibu Bapa / Penjaga Nama Ibu Bapa / Penjaga: ____________________________ Tarikh : ______________________


PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 5 VISI DAN MISI SEKOLAH VISI “PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA” MISI “MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA” PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 6 LAGU SEKOLAH Kami murid SK St. Joseph, Berikrar dan berjanji, Selalu taat setia, Pada Rukun Negara, Waktu belajar serta bermain, kami bekerjasama, Belajar bersungguh-sungguh untuk kemajuan, Nasihat guru amat berguna, untuk jadi panduan, Marilah kawan semua majukan St. Joseph, Marilah kawan semua majukan St. Joseph.


PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 7 CARTA ORGANISASI LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN ST JOSEPH (M) PAPAR PENASIHAT GURU BESAR PENGERUSI PENOLONG KANAN HEM TIMBALAN PENGERUSI SEMUA PENOLONG KANAN KETUA DISIPLIN TAHAP 2 KETUA DISIPLIN TAHAP 1 GURU DISIPLIN SEMUA GURU KELAS SETIAUSAHA DISIPLIN BENDAHARI DISIPLIN KETUA KELAS PENGAWAS PENOLONG KETUA KELAS PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 8 MASA PERSEKOLAHAN TAHAP 1 (TAHUN 1, 2 DAN 3) HARI WAKTU PERSEKOLAHAN ISNIN 12.40 – 5.30 SELASA 1.10 – 5.30 RABU 1.10 – 5.30 KHAMIS 12.40 – 5.30 JUMAAT 1.10 – 5.30 TAHAP 2 (TAHUN 4, 5 DAN 6) HARI WAKTU PERSEKOLAHAN ISNIN 7.00 – 12.20 SELASA 7.00 – 12.50 RABU 7.00 – 12.50 KHAMIS 7.00 – 12.20 JUMAAT 7.00 – 11.20 * Tertakluk kepada sebarang perubahan. WAKTU REHAT Waktu rehat adalah selama 20 minit. Semua murid mesti keluar dari kelas semasa waktu rehat dengan arahan dan pengawasan guru. WAKTU BALIK 5 minit sebelum balik atau waktu akhir, setiap kelas hendaklah dibersihkan. Murid hendaklah balik secara teratur dan penuh disiplin.


PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 9 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 1. PERIBADI 1.1 Kewajipan dan Tanggungjawab. 1.1.1 Murid-murid hendaklah berkelakuan baik sama ada di dalam atau di luar sekolah. 1.1.2 Murid-murid hendaklah sentiasa menghormati guru-guru, pegawai-pegawai, kakitangan sekolah, murid-murid lain dan orang ramai. 1.1.3 Murid-murid hendaklah mengamalkan sikap kasih sayang, jujur dan ikhlas terhadap sekolah ini. 1.1.4 Murid-murid hendaklah sentiasa berusaha dalam semua lapangan dari masa ke semasa untuk mengharumkan nama sekolah ini. 1.1.5 Murid-murid hendaklah sentiasa menjauhkan diri dari sebarang aktiviti yang menjejaskan diri, nama baik sekolah dan nama baik ibubapa. 1.1.6 Murid-murid adalah dilarang menyebarkan khabar angin / cerita yang boleh mengganggu emosi murid lain. 1.1.7 Murid-murid hendaklah sentiasa memberi ucapan selamat atau salam sama ada kepada guru-guru ataupun rakan sebaya / murid-murid yang lain. PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 10 1.2 Sahsiah 1.2.1 Murid-murid hendaklah sentiasa menunjukkan perwatakan yang sesuai sebagai seorang murid sama ada dalam tingkahlaku, cara berpakaian, pergaulan dan percakapan. 1.2.2 Murid-murid hendaklah sentiasa mematuhi ajaran agama di dalam kehidupan mereka seharian. 1.2.3 Murid-murid hendaklah sentiasa mematuhi nasihat dan arahan Guru Besar, guru-guru, pengawas sekolah dan ketua kelas. 1.2.4 Murid-murid hendaklah sentiasa menunjukkan disiplin yang tinggi setiap masa. 1.2.5 Murid-murid hendaklah sentiasa berpakaian bersih dan kemas setiap masa. 1.2.6 Murid-murid hendaklah memotong rambut mengikut peraturan yang ditetapkan dan rambut hendaklah sentiasa terurus dengan baik. 1.2.7 Murid-murid adalah dilarang menulis surat cinta atau melakukan apa jua bentuk hubungan yang terlarang / tidak bermoral. 1.2.8 Murid-murid adalah ditegah dan dilarang sama sekali untuk membawa rokok / vape, menghisap dan berkongsi / menyebarkan perbuatan tersebut kepada rakan-rakan yang lain.


PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 11 2. KEHADIRAN 2.1 Murid-murid mestilah hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan. Jika tidak hadir, murid hendaklah menunjukkan Surat Rasmi daripada Pegawai Perubatan (jika sakit) atau surat daripada ibu bapa/penjaga (sebab lain) dan lain-lain dokumen daripada pihak tertentu. Tanpa dokumen, murid akan dikira tidak hadir tanpa sebab dan tindakan boleh diambil ke atas mereka. Tidak hadir 1 hingga 2 hari, surat kebenaran ibubapa / penjaga boleh digunakan. Jika 3 hari ke atas, murid mesti mempunyai surat pengesahan doktor. 2.2 Murid-murid yang kerap tidak hadir ke sekolah tanpa sebab akan diberikan surat amaran ketidakhadiran ke sekolah (Lampiran 1). 2.3 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah pada masa persekolahan kecuali mendapat kebenaran daripada Guru Besar/Penolong Kanan/Guru Kelas/Guru Bertugas. 2.4 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas semasa guru sedang mengajar dan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada guru berkenaan. Murid-murid hendaklah menggunakan kad yang disediakan sebagai tanda mendapat kebenaran. 2.5 Murid-murid hendaklah berbaris kemudian berjalan dengan tertib semasa berpindah dari satu kelas ke kelas yang lain. 2.6 Murid-murid tidak dibenarkan singgah dan merayau-rayau di pekan atau di mana-mana juga tempat semasa dalam perjalanan ke sekolah atau pulang dari sekolah. Mereka mestilah terus datang ke sekolah atau pulang ke rumah dengan segera. PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 12 3. KEMUDAHAN SEKOLAH 3.1 BILIK DARJAH 3.1.1 Murid-murid bertanggungjawab ke atas kebersihan, kekemasan dan perhiasan/keceriaan dan keselamatan bilik darjah mereka sendiri. 3.1.2 Murid-murid tidak boleh memindahkan kemudahan seperti kerusi, meja atau lain-lain dari satu kelas ke kelas yang lain tanpa kebenaran dari guru. 3.1.3 Murid-murid tidak boleh menyalahgunakan segala kemudahan yang ada di dalam bilik darjah. 3.1.4 Murid-murid tidak dibenarkan menconteng papan putih kecuali menulis sesuatu yang berfaedah dengan kebenaran guru. Papan putih hendaklah selalu bersih apabila tidak digunakan. 3.1.5 Murid-murid hendaklah menutup pintu dan jendela sebelum bilik darjah ditinggalkan. Pastikan tiada murid lain di dalamnya. 3.1.6 Murid-murid hendaklah duduk di atas kerusi di dalam keadaan kerusi yang betul kedudukannya. 3.1.7 Murid-murid tidak dibenarkan menconteng meja, kerusi, almari, dinding, lantai atau apa-apa pun di dalam dan di luar bilik darjah dengan bahan tulisan. 3.1.8 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa pertukaran waktu tanpa kebenaran guru. 3.1.9 Murid-murid adalah digalakkan menghias kelas dengan hiasan yang sesuai dan boleh menampal bahan yang sesuai yang ada nilai pendidikan dengan kebenaran guru. 3.1.10 Murid-murid dilarang makan di dalam kelas semasa rehat.


PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 13 3.2 PUSAT SUMBER 3.2.1 Murid-murid mestilah mengetahui dan mematuhi peraturan yang ditetapkan semasa berada di pusat sumber. 3.2.2 Murid-murid tidak dibenarkan membawa beg, buku dan lain-lain bahan ke dalam pusat sumber dan hendaklah meletakkannya di tempat yang disediakan di luar pusat sumber. 3.2.3 Murid-murid tidak dibenarkan membawa keluar sebarang buku, majalah, akhbar atau sebagainya kecuali dengan kebenaran guru atau pengawas pusat sumber. 3.2.4 Murid-murid hendaklah memanfaatkan kegunaan pusat sumber untuk tujuan pembelajaran. 3.2.5 Murid hendaklah bersama-sama menjaga keselamatan, keceriaan dan kebersihan pusat sumber. 3.2.6 Murid-murid tidak dibenarkan berada di Pusat Sumber sewaktu kelas sedang berjalan kecuali dengan kebenaran guru kelas/matapelajaran. 3.3 KANTIN SEKOLAH 3.3.1 Semasa hari persekolahan, murid hanya dibenarkan membeli makanan dan minuman dari kantin sekolah ini sahaja. 3.3.2 Makanan yang dibawa dari rumah atau yang dibeli dari kantin hendaklah dimakan di kantin dan sisa makanan dibuang ke dalam bekas yang disediakan. 3.3.3 Murid hendaklah beratur dan jangan membuat bising semasa membeli makanan dan minuman di kantin. 3.3.4 Tidak dibenarkan membawa pulang peralatan kantin yang digunakan dan hendaklah disimpan semula di tempat yang disediakan. 3.3.5 Murid hendaklah duduk makan dan minum di tempat yang disediakan setelah selesai membeli makanan dan minuman. PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 14 3.4 DEWAN SEKOLAH DAN PERALATAN PENDIDIKAN JASMANI 3.4.1 Dewan hendaklah digunakan mengikut aktiviti dan masa yang ditetapkan sahaja. 3.4.2 Semua kemudahan / alat yang digunakan hendaklah dijaga dengan sebaik mungkin. 3.4.3 Sebarang penggunaan peralatan Pendidikan Jasmani hendaklah mendapat kebenaran guru terlebih dahulu dan direkodkan. 3.4.4 Semua peralatan hendaklah disimpan selepas digunakan. 3.5 BILIK AIR / TANDAS 3.5.1 Tandas hendaklah digunakan mengikut jantina. 3.5.2 Murid bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan tandas. 3.5.3 Dilarang menconteng tandas sekolah. 3.5.4 Dilarang membuang sisa makanan, kertas dan sampah sarap ke dalam saluran najis. 3.5.5 Hendaklah mencuci dan mengepam lubang najis selepas digunakan. 3.5.6 Memastikan paip air ditutup selepas digunakan. 3.5.7 Hendaklah bersopan dan tidak membuat bising serta beredar dengan segera selepas menggunakan bilik air. 3.6 MAKMAL SAINS 3.6.1 Tidak dibenarkan masuk ke bilik ini tanpa kebenaran dan pengawasan guru. 3.6.2 Tidak dibenarkan menggunakan alat / perkakas tanpa kebenaran / arahan guru. 3.6.3 Menjaga keselamatan alat / perkakas yang digunakan dan yang boleh membahayakan diri. 3.6.4 Melaporkan segera kepada guru jika berlaku kerosakan kepada alat / perkakas tersebut. 3.6.5 Dilarangkan membawa keluar / mengambil apa-apa alat / perkakas kecuali dengan arahan / kebenaran.


PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 15 3.7 PEJABAT DAN BILIK GURU 3.7.1 Murid-murid dilarang masuk tanpa urusan. 3.7.2 Hendaklah meminta kebenaran sebelum masuk. 3.7.3 Dilarang berkeliaran dan membuat bising di luar pejabat dan bilik guru. 4. PAKAIAN 4.1 Murid mestilah memakai pakaian seragam sekolah sewaktu hari persekolahan, mengikut rombongan sekolah atau mewakili sekolah. 4.2 Murid Lelaki Tidak Berjawatan :- Baju kemeja putih lengan pendek dan seluar panjang biru kehitaman. Baju disematkan ke dalam seluar. Memakai baju PJ dan 1M1S mengikut jadual yang telah ditetapkan . Dilarang memakai seluar jeans / berfesyen. Tali pinggang berwarna hitam atau biru tua jenis kain (tidak besar dan tidak berhias). 4.3 Murid Perempuan Tidak Berjawatan :- Kemeja putih berlengan pendek dan pinafore biru kehitaman. Baju kurung putih dan kain biru kehitaman. Tudung warna putih. Menggunakan kancing pada leher baju. PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 16 4.4 Murid Berjawatan :- Kemeja lengan panjang berwarna dan tali leher mengikut jawatan. Jawatan Warna Baju Pengawas Kuning Pengawas Pusat Sumber Hijau Pembimbing Rakan Sebaya Ungu Sahabat PPDa Putih dan Vest Biru Tua Ketua Kelas Biru Muda Penolong Ketua Kelas Merah Jambu Muda Seluar panjang biru kehitaman bagi murid lelaki. Skirt bentuk A bagi murid perempuan. Baju disematkan kedalam seluar dan skirt. 4.5 Tali Leher Jawatan Warna Tali Leher Pengawas Merah Pengawas Pusat Sumber Biru Tua Pembimbing Rakan Sebaya Biru Tua Sahabat PPDa Biru Tua Ketua Kelas Biru Tua Penolong Ketua Kelas Biru Tua Tidak Berjawatan Biru Tua 4.6 Dilarang memakai pakaian ketat / sempit / nipis dan terlalu longgar atau besar. 4.7 Lencana sekolah hendaklah dipakai sepanjang hari persekolahan. Tidak dibenarkan memakai lencana sekolah lain. 4.8 Nametag hendaklah dipakai dan dijahit di baju uniform.


PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 17 4.9 Format kedudukan lencana dan nametag sekolah mengikut standard rujukan Kementerian Pendidikan Malaysia. Contoh pemakaian lencana dan nametag di baju uniform sekolah. Baju Kemeja Baju Kurung Baju Pinafore Tudung Sekolah Lencana sekolah hendaklah berada di ATAS nametag Nametag murid hendaklah berada di ATAS kedudukan poket. Bahagian poket hendaklah dibiarkan kosong, tanpa sebarang lencana / nametag PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 18 4.10 TATACARA PEMAKAIAN UNIFORM SEKOLAH 4.10.1 Murid Tidak Berjawatan 4.9.1.1 Murid Lelaki 4.9.1.2 Murid Perempuan Bertudung 4.9.1.3 Murid Perempuan Tidak Bertudung


PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 19 4.9.2 Pengawas Sekolah 4.9.2.1 Pengawas Lelaki 4.9.2.2 Pengawas Perempuan Bertudung 4.9.2.3 Pengawas Perempuan Tidak Bertudung PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 20 4.9.3 Pengawas Pusat Sumber 4.9.3.1 Pengawas Pusat Sumber Lelaki 4.9.3.2 Pengawas Pusat Sumber Perempuan Bertudung 4.9.3.3 Pengawas Pusat Sumber Perempuan Tidak Bertudung


PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 21 4.9.4 Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 4.9.4.1 Pembimbing Rakan Sebaya Lelaki 4.9.4.2 Pembimbing Rakan Sebaya Perempuan Bertudung 4.9.4.3 Pembimbing Rakan Sebaya Perempuan Tidak Bertudung PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 22 4.9.5 Sahabat PPDa 4.9.5.1 Sahabat PPDa Lelaki 4.9.5.2 Sahabat PPDa Perempuan Bertudung 4.9.5.3 Sahabat PPDa Perempuan Tidak Bertudung


PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 23 4.9.6 Ketua Kelas 4.9.6.1 Ketua Kelas Lelaki 4.9.6.2 Ketua Kelas Perempuan PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 24 4.9.7 Penolong Ketua Kelas 4.9.7.1 Penolong Ketua Kelas Lelaki 4.9.7.2 Penolong Ketua Kelas Perempuan Bertudung 4.9.7.3 Penolong Ketua Kelas Perempuan Tidak Bertudung


PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 25 4.9.8 Contoh Potongan Rambut Yang Dibenarkan 4.9.8.1 Rambut Murid Lelaki Contoh 1 Contoh 2 4.9.8.2 Rambut Murid Perempuan Pendek Contoh 1 PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 26 Contoh 2 4.9.8.3 Rambut Murid Perempuan Panjang Contoh 1 Contoh 2


PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 27 4.9.9 Contoh Kasut Sekolah Yang Dibenarkan Kasut Bertali Kasut Tidak Bertali 4.9.10 Contoh Kasut Sekolah Yang Tidak Dibenarkan Kasut Getah PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 28 5. PERHIASAN 5.1 Murid dilarang memakai sebarang jenis perhiasan atau barang kemas apabila datang ke sekolah. 5.2 Murid perempuan tidak dibenarkan bersolek sewaktu datang ke sekolah / memakai pakaian seragam sekolah. 5.3 Murid lelaki dilarang berambut panjang. Rambut hendaklah tidak mencecah kolar baju dan cuping telinga. 5.4 Sebarang perhiasan yang melibatkan kepercayaan hendaklah dimaklumkan secara bertulis kepada pihak pentadbir sekolah. 5.5 Murid dilarang mewarnakan kuku dan sebarang penggunaan inai. 4.11 6. Kasut dan Stoking Stoking hitam hendaklah dipakai dengan kasut berwarna hitam. Stoking putih hendaklah dipakai dengan kasut berwarna putih. Tidak dibenarkan memakai : - stoking berwarna / berbelang - kasut berwarna / berbelang / kulit 4.12 Perhiasan Stokin tangan hendaklah berwarna hitam sahaja. Hanya dibenarkan memakai getah dan cekak rambut yang berwarna hitam. Dilarang memakai klip rambut.


PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 29 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) 6.1 Buku-buku yang dipinjam hendaklah dijaga dengan baik untuk kegunaan murid seterusnya. 6.2 Buku hendaklah dibalut dan tidak diconteng / ditulis. 6.3 Jika didapati buku pinjaman rosak atau hilang, murid diminta membayar gantirugi atau tidak lagi dapat meminjam pada tahun berikutnya. Surat Berhenti Sekolah / Surat Akuan juga tidak akan diberikan selagi gantirugi belum dibayar. 6.4 Tidak dibenarkan memberi atau meminjamkan buku kepada murid lain. Jika terjumpa buku pinjaman yang ditinggalkan, hendaklah dipulangkan kepada guru SPBT. 7. YURAN /DERMA 7.1 Murid mestilah menjelaskan semua yuran yang dikenakan oleh pihak sekolah dengan segera. Kegagalan murid berbuat demikian akan menyebabkan murid tidak dapat mengikuti sebarang peperiksaan dan Surat Berhenti Sekolah / Surat Akuan tidak akan dikeluarkan. Permohonan pindah juga tidak akan disokong. 7.2 Murid digalakkan untuk menderma sekiranya kutipan dijalankan bagi membantu murid lain yang memerlukan. 8. PERHIMPUNAN 8.1 Murid hendaklah berkumpul di tapak perhimpunan setiap kali perhimpunan diadakan. PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 30 8.2 Murid dikehendaki datang segera dan beratur mengikut jantina dan kelas di tempat perhimpunan. 8.3 Dilarang membuat bising dan hendaklah beratur dengan lurus serta penuh hormat. 8.4 Murid mestilah menyanyikan lagu Kebangsaan, Negeri dan Sekolah dengan penuh semangat serta mendengar ucapan / pengumuman dengan teliti. 8.5 Murid hendaklah meninggalkan tapak perhimpunan dengan teratur / dalam barisan dan kembali ke kelas masing-masing dengan segera. 9. AKTIVITI KOKURIKULUM 9.1 Rujuk jadual kokurikulum terkini untuk hari dan masa perlaksanaan. 9.2 Setiap murid haruslah berusaha bersunggguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan di dalam aktiviti di luar bilik darjah. 9.3 Diwajibkan mengambil bahagian di dalam gerak kerja kokurikulum iaitu Kelab/Persatuan, Sukan dan Permainan dan Unit Beruniform. 9.4 Hendaklah menunjukkan prestasi yang baik untuk mendapat perakuan yang baik dari pihak sekolah. 9.5 Mesti menyediakan peralatan sendiri bagi kegunaan kokurikulum. 9.6 Hendaklah menepati masa yang dijadualkan bagi setiap aktiviti yang dijalankan. 9.7 Diwajibkan hadir dalam aktiviti kokurikulum dan ketidakhadiran hendaklah dimaklumkan kepada guru-guru yang berkenaan.


PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 31 10. TINGKAHLAKU YANG DILARANG 10.1 Tingkahlaku tidak sopan. Murid dilarang melakukan / mengamalkan tingkahlaku kurang sopan seperti berikut:- * berbahasa kasar/kesat/mencarut * tidak menghormati guru/pengawas/orang ramai * tidak memberi perhatian semasa guru mengajar semasa * selalu datang lewat ke sekolah/kelas * sikap lalai dan cuai ke sekolah/kelas * meludah * menghisap rokok * menghadiri majlis sosial di luar sekolah * minum minuman keras * mengunjungi bar, night club dan sebagainya 10.2 Tingkahlaku tidak jujur Murid dilarang melakukan/mengamalkan tingkahlaku berikut:- * meniru di dalam ujian/peperiksaan/kerja rumah * Meniru tandatangan orang lain * memindahkan markah / keputusan ujian atau peperiksaan 10.3 Tingkahlaku anti sosial * merosakkan harta benda sekolah * mencemarkan kebersihan kawasan dan bangunan sekolah * bising dan mengganggu kelas * berlawan dan bergaduh * biadap terhadap guru * membuat fitnah * berpuak-puak 10.4 Tingkahlaku lucah * membaca, menunjuk dan menyebarkan bahan lucah * mengintai murid perempuan * bercumbu-cumbuan * menggunakan / menulis kata-kata lucah / melukis gambar - gambar lucah PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 32 10.5 Tingkahlaku jenayah * memeras ugut * menjadi anggota kumpulan jahat * terlibat dengan dadah * berjudi dan mencuri * memukul guru / pengawas / murid * membawa / menyimpan senjata berbahaya 11. PERKARA AM 11.1 Peraturan dan undang-undang di atas adalah tertakluk kepada pindaan mengikut kesesuaian dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian setiap murid mesti memiliki satu salinan buku ini. 11.2 Murid dilarang membuat sesuatu yang berlawanan dengan undang-undang sekolah. 11.3 Murid dikehendaki mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pertubuhan / persatuan sekolah ini. 11.4 Murid dikehendaki membayar harga / kos barang-barang / alat-alat yang dipecahkan/ dirosakkan / dihilangkan jika didapati mereka melakukannya. 11.5 Murid hendaklah berjimat cermat menggunakan air dan elektrik. 11.6 Murid yang melihat murid lain merosakkan harta benda sekolah hendaklah melaporkan segera kepada guru bertugas. 11.7 Murid yang bertukar alamat dikehendaki memberitahu dengan segera kepada guru kelas. 11.8 Pelawat tidak dibenarkan berjumpa terus dengan murid tanpa kebenaran Guru-Besar / Guru Bertugas 11.9 Murid dilarang membawa handphone ke sekolah.


PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 33 12. HUKUMAN DAN DENDA 12.1 Murid yang didapati melanggar mana-mana peraturan dan disabit kesalahannya akan dikenakan hukuman menurut jenis dan kategori kesalahan. 12.2 Semua tindakan / hukuman yang dikenakan ke atas murid secara automatiknya telah dipersetujui oleh pihak sekolah / guru. 12.3 Semua guru boleh mengambil tindakan ke atas murid mengikut peruntukan yang dikhaskan. JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN MENGIKUT JENIS KESALAHAN. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003) _____________________________________________________ BIL KOD JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMAN 1 B Kesalahan Berat Rotan di punggung dengan dilapik pakaian dengan menggunakan rotan ringan. (Maksima 3 kali sebatan) 2 S Kesalahan Sederhana Rotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan ringan. (Maksima 3 kali sebatan) 3 R Kesalahan Ringan Diberi amaran dan sesi kaunseling. PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 34 KOD JENIS KESALAHAN JENIS SALAHLAKU KESALAHAN BERAT B01 Berat Melakukan mana-mana kesalahan sederhana berat kali ketiga. B02 Berat Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah. B03 Berat Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau. B04 Berat Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan / mengkhayalkan. B05 Berat Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan. B06 Berat Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru / pengawas murid. B07 Berat Biadap terhadap guru / pengawas / murid. B08 Berat Memeras ugut guru / pengawas /murid. B09 Berat Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya. B10 Berat Melakukan buli (pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain. B11 Berat Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan. B12 Berat Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan. B13 Berat Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau rakaman dan multimedia terlarang. B14 Berat Membabitkan diri dalam kumpulan haram. B15 Berat Mencabul kehormatan guru / murid. B16 Berat Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii. B17 Berat Melacur/menjadi bohsia/bohjan/pondan. B18 Besar Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral. B19 Berat Mengintai murid lelaki / perempuan. B20 Berat Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan. B21 Berat Merosakkan harta benda sekolah / guru. B22 Berat Membawa atau menggunakan bahan letupan. B23 Berat Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.


PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 35 B24 Berat Membabitkan diri dalam tunjuk perasaaan, perhimpunan haram atau merusuh. B25 Berat Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia. B26 Berat Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu pengajaran atau pembelajaran/peperiksaan atau ujian. B27 Berat Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan masyarakat Malaysia. B28 Berat Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia. B29 Berat Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturutturut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturutturut) selama 60 hari selama 1 tahun sesi persekolahan. B30 Berat Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pengetua atau guru yang menjalankan tugas. B31 Berat Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran. B32 Berat Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah. B33 Berat Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat. B34 Berat Melakukan hubungan yang dicurigai B35 Berat Berlari di koridor. B36 Berat Menaiki siling bangunan sekolah/pejabat dan stor. B37 Berat Tidak menghormati lagu NegaraKu, negeri dan lagu sekolah. B38 Berat Membawa gambar/ mengedar/ menjual gambat artis. B39 Berat Gangguan seksual dari segi kata-kata tingkah laku, perbuatan, tanda isyarat, lukisan dan tulisan terhadap murid lain. B40 Berat Mencetuskan pergaduhan. B41 Berat Menyebarkan fitnah/ cerita yang boleh mengganggu emosi murid lain. B42 Berat Ponteng perhimpunan dana acara rasmi sekolah. PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 36 B43 Berat Menghilangkan harta benda sekolah yang diamanahkan kepadanya. B44 Berat Membawa telefon bimbit. B45 Berat Mewarnakan dan menggayakan potongan rambut yang tidak sesuai. KOD JENIS KESALAHAN JENIS SALAHLAKU KESALAHAN SEDERHANA BERAT S01 Sederhana Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali. S02 Sederhana Menyalahgunakan/menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran. S03 Sederhana Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran. S04 Sederhana Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang berlebihan pada satu cuping telinga. S05 Sederhana Keluar kelas tanpa kebenaran. S06 Sederhana Bermain mercun di sekolah. S07 Sederhana Menipu dan bercakap bohong. S08 Sederhana Membeli dan menyimpan barang-barang curi. S09 Sederhana Menulis atau melukis perkara-perkara yang tidak bermoral. S10 Sederhana Berpakaian tidak kemas dan tidak sopan. S11 Sederhana Bersubahat dalam sebarang kesalahan. S12 Sederhana Tidak menghormati Pengawas/ Ketua Kelas dan Penolong Ketua kelas. S13 Sederhana Meminjam tanpa kebenaran. S14 Sederhana Tidak menepati masa. S15 Sederhana Mengotori sekolah, kelas dan kawasan sekolah. S16 Sederhana Ingkar dan tidak menghormati peraturan sekolah. S17 Sederhana Mengganggu sebarang ucapan yang dijalankan di sekolah.


PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 37 S18 Sederhana Menghalang atau menggagalkan usaha untuk mengenalpasti murid yang bersalah. S19 Sederhana Menulis surat cinta. S20 Sederhana Dilarang membuat/ melukis sebarang tanda di badan. S21 Sederhana Memakai kasut sekolah selain kasut kanvas sama ada bertali atau tidak bertali. S22 Sederhana Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini. KOD JENIS KESALAHAN JENIS SALAHLAKU KESALAHAN RINGAN R01 Ringan Menyimpan misai, janggut atau jambang. R02 Ringan Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu. R03 Ringan Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang. R04 Ringan Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran. R05 Ringan Membuang sampah di merata-rata tempat. R06 Ringan Datang lewat ke sekolah R07 Ringan Tidak membayar yuran sekolah. R08 Ringan Mengusik atau mengganggu murid lain. R09 Ringan Merayau-rayau di dalam kelas semasa PdP. R10 Ringan Makan dalam kelas. R11 Ringan Selalu membuat bising dalam kelas sewaktu sesi persekolahan. R12 Ringan Tidak menunjukkan semangat sayangkan sekolah. R13 Ringan Membeli daripada penjaja luar. PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 38 PERINGATAN : 1. Semua hukuman berat dan sederhana berat akan dilaporkan kepada ibu bapa atau penjaga. Murid berkenaan akan direkodkan dalam “ Buku Rekod Disiplin/ Salahlaku Murid” dan akan dihantar kepada Jabatan untuk tindakan selanjutnya. 2. Sebarang kesalahan yang dilakukan berulang akan dianggap sebagai kesalahan berat. 3. Guru Besar/ Lembaga Disiplin Sekolah mempunyai kuasa untuk mengubahsuai mana-mana bahagian dalam peraturan ini.


PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 39 Lampiran 1 SURAT AMARAN KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH SURAT HARI TIDAK HADIR (P) BERTURUT-TURUT HARI TIDAK HADIR (P) BUKAN BERTURUTTURUT AMARAN PERTAMA PADA HARI KE - 3 PADA HARI KE - 10 AMARAN KEDUA 7 HARI SELEPAS AMARAN PERTAMA 10 HARI LAGI SELEPAS AMARAN PERTAMA AMARAN TERAKHIR 7 HARI SELEPAS AMARAN TERAKHIR 20 HARI LAGI SELEPAS AMARAN TERAKHIR JUMLAH HARI TIDAK HADIR 31 HARI 60 HARI BUKAN BERTURUT-TURUT Kerjasama tuan/puan dalam perkara-perkara tersebut amat dihargai. Terima kasih, Saya yang menjalankan amanah, CYRIL LIJAWA Guru Besar Sekolah Kebangsaan St. Joseph (M) Papar, Sabah. PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH 40 SK. ST. JOSEPH (M) PAPAR PETI SURAT 298 89608 PAPAR SABAH MALAYSIA : 088-913588 : [email protected] : SK St Joseph Papar Sabah


Click to View FlipBook Version