The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-book Fadilat 10 Hari Pertama Zulhijjah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norliza Ab Halim, 2023-10-23 01:29:30

Fadilat 10 Hari Pertama Zulhijjah

E-book Fadilat 10 Hari Pertama Zulhijjah

Terbit edisi e-buku, Jun 2023 © Angkatan Belia Islam Malaysia Judul Asal: Faḍl al-‘Ashr min Dhī al-Ḥijjah Pengarang: Shaykh ‘Abd al-Razzāq bin ‘Abd al-Muḥsin al-Badr Penterjemah: Mushfique Ayub Penyunting dan Transliterasi: Mohd Khairul Anwar Ismail Reka Letak Huruf: Muhammad Fateh Reka Bentuk Kulit: Ahmad Aiman ABIM PRESS PLT (LLP0012799-LGN) No. 6, Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA No. Telefon (P): +603-4108 4500 No. Telefon (HP/Whatsapp): +60133916299 No.Faks: +603-4108 2400 Emel: [email protected] Laman Sesawang: www.abimpress.com FB: www.facebook.com/abimpressmy Koleksi E-Buku ABIM PRESS boleh diakses dan dimuatturun secara percuma di pautan berikut: https://tinyurl.com/KoleksiEbukuABIMPRESS Atau boleh juga ikuti perkembangan E-buku terkini di halaman FB Abim Press: ABIM PRESS


3 MUQADDIMAH PENTERJEMAH Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang mulia kerana ia termasuk dalam salah satu bulan-bulan haram sebagaimana firman Allāh ‘azza wa jalla: ً ِ ا ف ر ْ ه َ َش َ َ ش َا ع ن ْ ِ اث َّ َ الل ِ ِ عند ُور ه ُّ َ الش ة َّ َّ ِ عد ِن إ َا ه ْ َ ِ من ْض ر َْ َال َ ِ ات و َاو َّم َ الس ق َ ل َ َ خ م ْ و َ ِ ي َّ َ ِ اب الل كِت ۚ ٌ ُم ُر ٌ ح ة َ ع َ ب ْ ر َ أ “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allāh ialah sebanyak dua belas bulan sebagaimana (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allāh semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya terdapat empat bulan haram (yang dihormati).” (Sūrah al-Tawbah, ayat 36]


4 Pada bulan ini juga, umat Islam akan menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu ibadah haji bagi mereka yang berkemampuan. Allāh jalla wa ‘alā menceritakan dalam alQur’ān bahawa ibadah ini akan disertai oleh umat Islam dari segenap pelosok dunia: Firman Allāh jalla wa ‘alā: ِ ُّ ٰ ك ََ َع ً و َال ِج َ ر ُوك ت ْ أ َ ِ ي ّ َج ْ ِال َّ ِ اس ب ِ ِن ف انل ّ ذ َ أ َ و ٢٧ ٍ ِميق َ ٍ ع ّ ج َ ِ ف ُّ َ ِ من ك تِني ْ أ َ ٍ ي َ ِ امر ض “Dan serulah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji, nescaya mereka akan datang ke rumah Tuhanmu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta dari pelbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.” (Sūrah al-Ḥajj, ayat 27) Antara keistimewaan bulan Zulhijjah ini, Allāh ‘azza wa jalla menjadikan sepuluh hari yang pertama bulan ini merupakan hari-hari yang paling disukai dan dicintai olehNya apabila amalan soleh dilakukan padanya sebagaimana diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbās raḍiyAllāhu ‘anhumā, bahawa Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam bersabda: ِ َّ َ الل ِل ب إ ُّ َ ح َ َّ أ ِ ن ُ ِ في� َّ ِال ُ الص َ ل َم َّ ٍم الع ي� َ ْ أ َ ِ ا من م َ َ ل ِ ، و َّ َ الل ُ ول َ س َ ر ُ ي وا: � َ ال ق َ ِ ،" ف ْ � َ ش َّ ِم الع ي� َ أ ِذِه ال َ ْ ه ِمن َُّ َّ الل َ ل ِ ص َّ ُ الل ُ ول َ س َ ر َ ال ق َ ِ؟ ف َّ ِ ِيل الل َ ب ِي س ف � ُ َ اد ِ ه ج ال


5 ٌ ُ ل َج َّ ر ِل ِ ، إ َّ ِ ِيل الل َ ب ِي س ف � ُ َ اد ِ ه َ ج ال َ ل َ : "و َّ َ ل َ س ِه و ْ ي َ ل َ ع ْ ٍء ي َ � ش ِ َ ب ِلك َ ْ ذ ْ ِ من ْ ي � َ ْ ِجع َ ل َ َ ِِ ال ف َم ِسِه و ْ ف َ ِن َ ب َ رَ ج خ “Tiada hari-hari yang amalan soleh dilakukan padanya paling dicintai oleh Allāh melebihi sepuluh hari ini (sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah).” Mereka (para sahabat) bertanya: “Sekalipun jihad pada jalan Allāh?” Rasūlullāh ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam menjawab: “Sekalipun jihad pada jalan Allāh, melainkan seseorang itu keluar (berjihad) dengan diri dan hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”1 Oleh itu, Shaykh ‘Abd al-Razzāq bin ‘Abd al-Muḥsin al-Badr – semoga Allāh memelihara beliau – telah menghasilkan satu risalah kecil yang sangat baik dalam menjelaskan secara ringkas dan padat tentang kelebihan sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah dengan disokong nas al-Qur’ān dan juga ḥadīth Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam. Risalah kecil ini juga amat sesuai untuk dimiliki dan dibaca oleh setiap peringkat umur kerana isinya amat mudah difahami. Di samping itu juga, ia sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman tentang kemuliaan hari ini serta cara agar hari-hari tersebut tidak berlalu begitu sahaja tanpa dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Penterjemah 1 Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (969).


6 juga ada membuat sedikit penambahan pada nota kaki bagi menjelaskan beberapa istilah dan juga dalil. Pada kesempatan ini juga, penterjemah ingin mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak ABIM kerana sudi menerbitkan terjemahan ini. Tidak lupa juga, ucapan penghargaan ini turut ditujukan kepada ahli keluarga serta sahabat handai yang tidak pernah jemu memberikan sokongan dalam menyiapkan terjemahan ini. Mudah-mudahan terjemahan risalah kecil ini dapat dijadikan panduan serta amal jariyah buat penterjemah untuk agama dan umat Islam keseluruhannya. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam penterjemahan ini, diharapkan kepada sidang pembaca yang budiman untuk memaklumkannya kepada penterjemah atau penerbit agar ia dapat diperbetulkan dengan segera. Wallāhu a‘lam Ahad, 20 Mei 2023 bersamaan 29 Shawwal 1444 H


7 FADILAT 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH Oleh: Shaykh ‘Abd al-Razzāq bin ‘Abd al-Muḥsin al-Badr Sesungguhnya sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah merupakan hari-hari yang sangat diberkati. Allāh jalla wa ‘alā mengkhususkannya dengan beberapa keistimewaan dan kelebihan. Oleh itu, seorang Mukmin itu perlu memikirkan sejenak dengan keistimewaan hari-hari ini dalam memperbaharui kesungguhannya mendepani harihari tersebut untuk menyambutnya dengan jantung hati dan diri yang sentiasa berada di atas ketaatan kepada Allāh jalla wa ‘alā, memperindahkan amal ibadah serta pengabdian kepada-Nya subḥānah.


8 Di antara keistimewaan hari-hari ini: Allāh jalla wa ‘alā telah memilihnya dan menjadikan hari-harinya (siang) yang paling afḍal dalam setahun secara mutlak. Allāh jalla wa ‘alā mencipta dan memilih apa yang dikehendaki oleh-Nya. Maka dengan itu, Allāh subḥānah menjadikan sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah sebagai hari yang terbaik dan paling afḍal. Di antara keistimewaan dan kelebihan hari-hari ini: Allāh tabāraka wa ta‘ālā bersumpah dengannya (sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah) sebagai tanda kemuliaan dan ketinggian kedudukannya. Hal ini sebagaimana firman Allāh jalla wa ‘alā: ٣ ِ ر ْ ت َ و ْ َال ِع و ْ ف َّ َالش ٍ ٢ و ْ َش ال ع ٍ َ َ َل ِ ١ و ر ْ َج ف ْ َال و “Demi waktu fajar. Dan (demi) malam-malam yang sepuluh. Dan (demi) bilangan yang genap serta ganjil.” (Sūrah al-Fajr, ayat 1-3) Menurut Ibn ‘Abbās dan ahli-ahli tafsir selain daripadanya: Sepuluh yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah. Di antara kelebihan hari-hari ini: Ia merupakan harihari terbaik jika amalan soleh dilakukan padanya. Tidaklah seseorang itu mendekatkan diri kepada Allāh dengan sesuatu ibadah yang paling afḍal berbanding seseorang itu mendekatkan diri kepada Allāh tabāraka wa ta‘ālā pada sepuluh hari yang utama dan mulia ini. Dalam Ṣaḥīḥ


9 al-Bukhārī, daripada Ibn ‘Abbās raḍiyAllāhu ‘anhumā, bahawa Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam bersabda: ِ َّ َ الل ِل ب إ ُّ َ ح َ َّ أ ِ ن ُ ِ في� َّ ِال ُ الص َ ل َم َّ ٍم الع ي� َ ْ أ َ ِ ا من م َ َ ل ِ ، و َّ َ الل ُ ول َ س َ ر ُ ي وا: � َ ال ق َ ِ ، ف ْ � َ ش َّ ِم الع ي� َ أ ِذِه ال َ ْ ه ِمن َُّ َّ الل َ ل ِ ص َّ ُ الل ُ ول َ س َ ر َ ال ق َ ِ؟ ف َّ ِ ِيل الل َ ب ِي س ف � ُ َ اد ِ ه ج ال ٌ ُ ل َج َّ ر ِل ِ ، إ َّ ِ ِيل الل َ ب ِي س ف � ُ َ اد ِ ه َ ج ال َ ل َ : و َّ َ ل َ س ِه و ْ ي َ ل َ ع ْ ٍء ي َ � ش ِ َ ب ِلك َ ْ ذ ْ ِ من ْ ي � َ ْ ِجع َ ل َ َ ِِ ال ف َم ِسِه و ْ ف َ ِن َ ب َ رَ ج خ “Tiada hari-hari yang amalan soleh padanya paling dicintai oleh Allāh melebihi sepuluh hari ini (sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah).” Mereka (para sahabat) bertanya: “Sekalipun jihad pada jalan Allāh?” Rasūlullāh ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam menjawab: “Sekalipun jihad pada jalan Allāh, melainkan seseorang itu keluar (berjihad) dengan diri dan hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”2 Di antara kelebihan hari-hari ini juga: Padanya terhimpun ketaatan-ketaatan utama yang mana ia tidak terhimpun pada hari-hari yang lain dalam setahun. Antara ketaatan yang utama berlaku pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah ini ialah solat, puasa, haji, zakat dan selainnya daripada 2 Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (969).


10 ketaatan yang besar dan ibadah yang agung. Semua ini tidak terhimpun melainkan hanya pada waktu yang mulia dan agung ini. Di antara kelebihan hari-hari ini: Allāh tabāraka wa ta‘ālā menjadikannya sebagai musim untuk mengerjakan ibadah haji di Baitullāh al-Ḥaram (Makkah) dan dijadikan padanya hari-hari yang agung seperti pada sepuluh pertama ini terdapat hari al-Tarwiyah3 iaitu hari kelapan bulan Zulhijjah. Jemaah haji akan mula bertolak dari Makkah ke Mina pada hari tersebut dengan melaungkan talbiyah haji: . َ ْك َّي ب َ َ ل َك َ ل ْك ِ ي َ � َ ش َ ل ْك َّي ب َ َ . ل ْك َّي ب َ َّ ل ُم ه ّٰ َ الل ْك َّي ب َ ل َ َك َ ل ْك ِ ي َ � َ ش َ ل ْك ملل ْ َ ا َ و َك ل َ َ ة ْ م ّع َ ِالن َ و ْد َم ْ َّ ال ِان “Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu wahai Allāh! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu! Tuhan yang tiada sekutu bagiMu. Hamba-Mu datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan ialah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagiMu.” 3 Ibn Qudāmah berkata, hari al-Tarwiyah (8 Zulhijjah) memiliki dua maksud iaitu hari di mana para jemaah haji akan mempersiapkan bekalan air di Mina bagi tujuan berwukuf di Arafah dan yang kedua ialah hari di mana Nabi Ibrāhīm ‘alayhissalām mendapat wahyu daripada Allāh subḥānahu wa ta‘ālā untuk menyembelih anaknya Nabi Ismā‘īl ‘alayhissalām. Mimpi tersebut telah membuatkan Nabi Ibrāhīm ‘alayhissalām tertanya-tanya kepada dirinya adakah ia daripada Allāh atau syaitan. (al-Mughnī, 3:249)


11 Padanya juga terdapat hari ‘Arafah4 iaitu sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya dan juga hari al-Naḥr (Hari Raya Korban) iaitu hari yang paling mulia di sisi Allāh sebagaimana diriwayatkan daripada ḥadīth yang sahih. Daripada Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, baginda bersabda: ِ ْ ر َّح ُ الن ْ م َو ِ ي َّ َ الل ْد َّ ِم ِ عن ي� أ ُ ال م َ ْ ظ ع َ أ “Hari yang paling mulia di sisi Allāh ialah Hari Raya Korban.”5 Demikianlah sebahagian daripada keistimewaan dan kelebihan musim yang agung dan mulia ini. Apa yang telah dipersiapkan untuk menempuh hari-hari mulia ini? Adakah keadaan kita sama bersama dengannya, sama seperti keadaan kita bersama hari-hari yang lain! 4 Disunatkan berpuasa bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji. Antara kelebihannya, diriwayatkan oleh Abū Qatādah raḍiyAllāhu ‘anhu, bahawa Rasūlullāh ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari ‘Arafah: َ َة َ ِاقي ب ْ َ ال َ و َة َ ِ اضي ْ َ ال ة َ َّ ن ِرُ الس ّ ف َ ُك ي “Puasa pada hari tersebut (9 Zulhijjah) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang.” [Riwayat Muslim (1977)] 5 Riwayat Imām Aḥmad dalam musnadnya (19075), Abū Dawud dalam Sunannya (1765) dan ia disahihkan oleh Shaykh al-Albānī dalam Ṣaḥīḥ alJāmi‘ (1064).


12 Adakah kita mengetahui nilai, kelebihan dan kedudukan hari-hari ini? Atau ia sama sahaja seperti hari-hari yang lain! Adakah tergerak jantung hati untuk kembali bertaubat, bergantung kepada Allāh serta melaksanakan ketaatan-Nya pada hari-hari ini? Atau ia hanya terkunci terdiam (seperti hari yang lain)! Menjadi kebiasaan para peniaga dunia untuk tidak sesekali melepaskan peluang apabila tiba sesuatu musim yang besar. Bahkan, mereka akan mempersiapkan diri dengan persiapan yang paling sempurna untuk mendapatkan barangan serta mempersiapkannya dan memerah masa dan tenaga dengan bersungguh-sungguh. Musim ini (sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah) merupakan musim untuk mengaut keuntungan bagi perniagaan akhirat dan mempersiapkan diri untuk menghadap Allāh jalla wa ‘alā. Oleh itu, bagaimana keadaan diri kita mendepani hari-hari ini? Sesungguhnya lemahnya iman, ditambah dengan keadaan yang bergelumang dengan dosa menyebabkan seseorang itu terhalang daripada meraih kebaikan pada waktunya. Untuk itu, setiap daripada kita perlu memanfaatkan sepuluh hari ini dengan taubat kepada Allāh ‘azza wa jalla, usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh dalam beribadah serta menghadap Allāh dengan cara yang terbaik, di samping memperbanyakkan doa dan berzikir kepada Allāh jalla wa ‘alā. Maka sepuluh hari ini merupakan musim yang agung


13 untuk memperbanyakkan zikir kepada Allāh6 sepertimana firman Allāh jalla wa ‘alā: َ ٍ ات ُوم ل ْ ع َّ َّ ٍ ام م ي َ ِ ِ ف أ َّ َ الل ْ م ُوا اس ر ُ ك ْ َذ ي َ و “Dan memperingati dan menyebut nama Allāh pada hari-hari tertentu.” (Sūrah al-Ḥajj, ayat 28) Ibn ‘Abbās dan selain daripadanya berkata: Maksud harihari tertentu dalam ayat ini ialah sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah. Oleh itu, kita perlulah memelihara waktu yang mulia ini dengan memperbanyakkan zikir kepada Allāh jalla wa ‘alā berserta doa dan istighfar serta melazimi diri dengan ketaatan dan ibadah selain daripada ibadah yang fardu. Allāh jalla wa ‘alā berfirman dalam ḥadīth Qudsī: ُ ُه ت ْ ََض � ت ْ ِِيلَّ م َِّا اف َ َّب إ ح َ ي ٍء أ َ � ش ِ ْ ب ِدي ْ ب َ ِِيلَّ ع رَّ َب إ َ ق َ َ ا ت م ِه ْ ي َ ل َ ع 6 Daripada Ibn ‘Umar raḍiyAllāhu ‘anhumā, daripda Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, Baginda bersabda: ِ ْ َ ش� َّ ِم ع ي� َ ْ أ َّ ِ من ِ ن ُ ِ في� َ ل َ م ع ْ ِه ال ْ َ ُّب ِ إلي ح َ َ أ َ ل ِ و َّ َ الل ْد ُ ِ عن م َ ْ ظ ع َ َّ ٍم أ ي� َ ْ أ َ ِ ا من م ِ ِي� ب ْ َّ ك َ الت ِيح و ْ ب َّس َ الت َّ ِ من ِ ن ُ ِوا في� ِ ْ � ش ك َ أ َ َّ ِم ف ي� ْ أ ِذه ال َ َ : ه َال ْ ق و َ َّ ِة أ ِ ج ْ ِذي ال ِل ِيل ْ َّ َ ال�ت ِم ِيد و ْ َّح َ الت و “Tiada hari-hari amalan soleh yang dilakukan padanya lebih agung dan disukai oleh Allāh berbanding 10 hari ini. Oleh itu, perbanyakanlah tahlīl, takbīr dan taḥmīd kepada-Nya.” [Riwayat Imām Aḥmad (6154)]


14 “Tidak ada cara seorang hamba mendekatkan dirinya kepada-Ku yang lebih Aku cintai, melainkan mereka beribadah dengan apa yang telah Aku wajibkan kepadanya.”7 Demikian itu, seorang Muslim perlu memelihara solat lima waktunya agar ditunaikan di awal waktu pada sepuluh hari pertama (bulan Zulhijjah). Ia mestilah didirikan dengan penuh khusyuk, rendah diri, tenang dan mengharapkan rahmat (kasih sayang) Tuhannya jalla wa ‘alā serta perasaan bimbang dengan azab-Nya. Di samping itu juga, Allāh tabāraka wa ta‘ālā menutup sepuluh hari pertama ini dengan menjadikan hari terakhirnya sebagai perayaan bagi umat Islam. Mereka amat bergembira dengannya disebabkan oleh Allāh telah mempermudahkan bagi mereka untuk melaksanakan ketaatan, ibadah dan segala perkara yang mendekatkan diri mereka kepada Allāh. Oleh sebab itu, mereka akan mengucapkan sesama mereka apabila saling bertemu: ْ ُ ْك ِمن َ َّ ا و َ ُ هللا ِ من َّل ب َ ق َ ت “Semoga Allāh menerima (segala amal) daripada kami dan kamu.” Ucapan ini mempunyai kedudukan dan nilai bagi sesiapa yang gigih dalam beribadah dan mendekatkan diri dengan ketaatan. Adapun bagi mereka yang menyambut hari raya dalam keadaan mengabaikan tanggungjawab, melampaui 7 Ḥadīth Qudsī, riwayat al-Bukhārī (6502).


15 batas serta bergelumang dengan dosa dan maksiat, untuk apa diucapkan tahniah buat mereka! Untuk apa dikatakan kepada mereka semoga Allāh menerima daripada kami dan kamu! Untuk itu, kita perlulah bermuhasabah pada hari raya dengan sebenar-benarnya untuk memperbanyakkan amalan soleh dan ketaatan supaya semua itu akan menyebabkan kita benar-benar gembira pada hari raya. Kita bergembira dengan setiap yang dilakukan dan betapa sempurnanya cara kita mendekatkan diri ini kepada Allāh dengan setiap amalan tersebut. Semoga Allāh ‘azza wa jalla sentiasa memberi perlindungan dan petunjuk kepada kita serta diberikan jua petunjuk yang benar dalam setiap urusan.


Click to View FlipBook Version