The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norliza Ab Halim, 2023-10-19 23:45:38

Lafaz Allah dan Isu Polemik

Isu Kalimah Allah Edisi Kedua

ISU KALIMAH ALLAH 43 tidak membatalkan ijtihad yang lain: al-ijtihÉd lÉ yunqaÌu bi al-ijtihÉd. Khususnya apabila beliau melihat dari sudut konteks yang berbeza dengan konteks di mana isu ini timbul. Hal seperti ini berlaku di zaman Imam Shafi’i yang memberikan ijtihad yang berlainan ketika konteksnya berbeza, maka timbullah “pandangan lama”, qawl qadÊm dan “pandangan baru” qawl jadÊd. Prinsip ini juga ditegaskan oleh Ibn al-Qayyim ketika berkata bahawa fatwa boleh berubah ketika situasi dan kondisi berubah. Kita juga perlu sedar bahawa Yusuf al-Qaradawi antara ilmuwan yang berseberangan dengan aliran pemikiran liberal/modenis dan aliran pemikirian Pseudo-Salafi, bahkan beliau sering dianggap fundamentalis dalam banyak perkara dan pernah dikafirkan/ disesatkan oleh golongan Pseudo-Salafi. Di negara ini kedua-dua aliran liberal dan literal inilah yang membenarkan penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam untuk merujuk Tuhan mereka. Yang satu berpegang kepada pluralisme agama dan yang kedua berpegang kepada literalisme dan tekstualisme. Maka tentu terdapat salah faham dan beliau tidak mendapat informasi yang cukup dan kerananya pandangannya dalam hal ini bukan pandangan yang tepat. Oleh kerana isu ini adalah isu akidah dan kedaulatan Islam, ia mesti diasingkan daripada isu politik. Perbezaan ideologi politik tidak harus membutakan hati nurani kita daripada mengenali kebenaran. Umat Islam perlu sedar terdapat upaya berterusan oleh musuh-musuh Islam untuk memesongkan akidah mereka, melalui kristenisasi dan pluralisme agama. Umat Islam perlu bersatu dalam mendaulatkan Islam di negara ini dan berganding bahu mempertahankan agama, bangsa dan negara. Ketika ini Malaysia ditekan oleh masyarakat antarabangsa khususnya media massa Barat agar akur dengan tuntutan orang bukan Islam. Keengganan masyarakat Islam di negara ini untuk membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama Allah dianggap bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia yang ‘universal’. Ke-universal-an hak asasi manusia yang ditaja oleh Barat sebenarnya adalah mitos. Hak asasi manusia yang sekular ini pada hakikatnya memancarkan nilai-nilai Barat yang ‘modern’ dan berakar pada individualisme dan liberalisme. Ketika hak asasi manusia tajaan Barat menekankan hak individu dan kelompok tertentu agar dihormati dan diagungkan, Islam menekankan agar manusia, baik secara individu mahupun kolektif, menghormati


ISU KALIMAH ALLAH 44 agama, kepentingan manusia secara umum, keharmonian dan kesejahteraan bersama. Dalam Islam, agama, jiwa, akal, kehormatan dan harta manusia adalah suci dan mesti dijaga dan dihormati. Kebebasan mestilah digunakan untuk melindungi maslahat dan kepentingan manusia di atas, di mana agama menduduki tempat yang pertama, yang disebut oleh para ulama’ klasik sebagai al-ÌarËriyyÉt al-khamsah (lima perkara yang terpenting). Menyedari keunggulan hak asasi manusia yang berdasarkan kepada wahyu Allah ini maka adalah tidak wajar umat Islam mengikuti dan tunduk kepada doktrin hak asasi manusia yang sekular itu. Isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam melambangkan betapa seriusnya fenomena kehilangan adab di kalangan umat Islam, tidak terkecuali golongan intelektualnya. Adab di sini bukan hanya suatu sikap yang perlu ada bagi penuntut ilmu terhadap gurunya, atau dari orang bawahan kepada orang atasan, tetapi yang paling mendasar adalah pengakuan dan pengiktirafan akan adanya tempat tepat bagi segala sesuatu, termasuk diri sendiri dan orang lain, agar dapat meletakkannya pada tempat yang wajar dan tepat. Supaya yang tidak tahu menyedari ketidaktahuannya, lalu mahu mencari tahu dengan merujuk orang yang betul-betul tahu. Kita lihat bagaimana isu ini diperbincangkan tanpa merujuk kepada ilmuwan-ilmuwan yang berwibawa dalam bidangnya. Sebahagian orang yang memiliki sedikit ilmu dalam bidang tertentu cuba ber‘ijtihad’ di luar kemampuannya tanpa mengindahkan pandangan yang lebih bernas. Terdapat agamawan yang mencampur adukkan politik dengan urusan agama sehingga kecenderungan politiknya mempengaruhi pandangannya demi kepentingan politik dan kekuasaan. Kerana itu ulama’-ulama’ muktabar tidak mahu terlibat dalam politik kepartian khuatir pandangannya dipengaruhi kepentingan politik. Jika kita umat Islam sendiri tidak beradab, tidak berlaku adil dan tidak jujur dalam mempertahankan agama Allah, maka sudah tentu pertolongan Allah akan jauh dan musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan ini untuk memecahbelahkan dan menzalimi umat Islam.


ISU KALIMAH ALLAH 45 Rujukan Abd-Allah, Umar Faruq. “One God, Many Names,” 7-8. Diterbitkan dalam laman web www.nawawi.org/downloads/article2.pdf (15 January 2010) Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1972. ________. Islam and Secularism, diterbitkan oleh ABIM pertama kali pada 1978. Kuala Lumpur: ISTAC, 1993. ________. Prolegomena to the Metaphysics of Islam: an Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam. Kuala Lumpur: ISTAC, 1995. Al-Ghazali, Abu Hamid. al-IqtiÎÉd fi al-I‘tiqÉd. Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah, 1983. Ibn ‘Ashur, TafsÊr al-TaÍrÊr wa al-TanwÊr. Tunis: al-Dar al-Tunisiyyah li al-Nashr, 1984. Ibn Kathir, TafsÊr al-Qur’Én al- “AÐÊm, Riyad: Maktabah Dar al-Salam, 1992. Ibn Manzur, Jamaluddin Muhammad b. Mukarram. LisÉn al- ‘Arab. Kaherah: Tab’ah Bulaq, t.t. Ibn Taymiyyah, Ahmad Abd al-Halim. MajmË„ FatÉwÉ Ibn Taymiyyah. Kaherah: Dar al-Fikr, 1983. Khalif Muammar A. Harris. Atas Nama Kebenaran: Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal, cetakan ke-2. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu, 2009. ________. “Isu Herald: Ketika Agama Diheret Untuk Kepentingan Politik” dalam http://khairaummah.com/index.php?option=com_content & task=view & id=236 & Itemid=105 (20 Januari 2008) _ _ _ _ _ _ _ _ . “ Is u Nama All a h : Is u Ak i d a h Bu k a n Pe r e b u t a n Nama ” d a l am http://khairaummah.com/index.php?option=com_content & task=view&id=246 & Itemid=170 (14 Mei 2008) ________. “Why Non Muslim Cannot Use the Word Allah” dalam http://khairaummah.com/index.php? option=com_content&task=view&id=275&Itemid=1(2 Mac 2009) Rahmah Ghazali, “Haron Speaks for Himself” dalam http://www.malaysiakini.com/news/121161 Safi, Louay “ISNA Commends Malaysian Court Ruling that Affirms Religious Freedom of Christians” dalam http://www.isna.net/articles/Press-Releases/ISNA-Commends-Malaysian-CourtRuling-that-Affirms-Religious-Freedom-of-Christians.aspx. (4 Januari 2010) Al-Shahristani, Muhammad b. Abd al-Karim. Al-Milal wa al-NiÍal. Beirut: Dar al-Ma’rifah,1997. Al-Shatibi, Abu Ishaq, al-MuwÉfaqÉt fÊ UÎ’l al-SharÊ’ah, Beirut: Dar IÍya al-TurÉth al- ‘ArabÊ, 2001. Siddiq Fadzil. “Kontroversi Pemakaian Kalimat Allah: Suatu Pernyataan Keprihatinan" dalam http://www.wadah.org.my/kenyataan-media/54-info-wadah.html Wan Mohd Nor Wan Daud. Masyarakat Islam Hadhari: Suatu Tinjauan Epistemologi dan Kependidikan ke Arah Penyatuan Pemikiran Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006.


ISU KALIMAH ALLAH 46 LAMPIRAN PADERI INDONESIA MENGAKUI “ALLAH” ADALAH EKSKLUSIF UNTUK ORANG ISLAM Seorang Paderi dari Indonesia Pdt. Jahja Iskandar Mth. mengakui bahawa kata “Allah” khas untuk umat Islam. Perakuan ini termuat dalam bukunya “Mengapa Nama YAHWEH Semakin Popular” yang diterbitkan oleh Pt Abiyah Pertama Jakarta (hlm. 116). Menurut beliau, kata yang tepat bagi nama Tuhan sembahan orang Kristian berasaskan bahasa asli perjanjian lama, iaitu Ibrani ialah “Elohim” (hlm. 144, 145). Jika diterjemah ke bahasa Arab, maka kata yang tepat bagi menggantikan “Elohim” ialah “Ilah” bukan “Allah”. Ini berasaskan terjemahan paling awal ke bahasa Arab, iaitu Inskripsi Zabad, tahun 512M (hlm. 127). 2. Sehubungan itu, Yayasan Lentera Bangsa yang diasaskan oleh beliau telah menerbitkan KITAB SUCI Indonesia Literal Translation (KS-ILT). Terjemahan ini tidak lagi tertera nama “Allah” sebaliknya menggunakan “Elohim” sebagai nama sembahan orang Kristian. Menurut Pdt Jahja Iskandar, penggunaan nama Allah dalam versi Terjemahan Baru Al Kitab (PL & PB) oleh Lembaga Al Kitab Indonesia adalah bertentangan dengan ketetapan Konferensi Para Penterjemah Al Kitab Bahasa Indonesia pada tahun 1952 yang diadakan di Jakarta, Konferensi ini menetapkan bahawa Nama HUWA/HOEWA/JOHOEWA hendaklah digantikan dengan “TUHAN” (hlm. 109). 3. Dalam suratnya kepada saya, beliau berharap agar KS-ILT dapat menjadi jalan keluar bagi menyelesaikan kemelut penggunaan nama “Allah” oleh umat Kristian di Malaysia. Beliau juga menyatakan kesediaan untuk datang ke Malaysia bagi memberi penjelasan jika diperlukan. 4. Dikemukakan di bawah ini lampiran-lampiran berikut : i) Pengenalan diri Pdt. Jahja Iskandar MTh. ii) Kulit Hadapan buku “Mengapa Nama YAHWEH Semakin Popular” iii) Halaman : 116, 144, 145, 127, 109 daripada buku di atas. iv) Salinan surat saya kepada Pdt. Jahja Iskandar MTh. Dan jawapan beliau. v) Halaman judul KITAB SUCI (ILT) vi) Halaman 1 kitab berkenaan. Datuk Hj. Wan Zahidi bin Wan Teh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 28 Safar 1436/11 Januari 2013


ISU KALIMAH ALLAH 47 LAMPIRAN I


ISU KALIMAH ALLAH 48 LAMPIRAN II


LAMPIRAN III ISU KALIMAH ALLAH 49


ISU KALIMAH ALLAH 50


ISU KALIMAH ALLAH 51


ISU KALIMAH ALLAH 52


ISU KALIMAH ALLAH 53


ISU KALIMAH ALLAH 54 LAMPIRAN IV


ISU KALIMAH ALLAH 55


ISU KALIMAH ALLAH 56


ISU KALIMAH ALLAH 57


ISU KALIMAH ALLAH 58 LAMPIRAN V


LAMPIRAN VI ISU KALIMAH ALLAH 59


Sedutan petikan kitab al- Muqaddimah al- Kubra karangan al-‘Allamah al-‘Arif Billah As-Syaikh Ismail Bin Abdullah al-Minankabawi al-Khalidi al-Naqsyanbandi (W 1280 H/ 1863 M ) : “ Soalan : Apakah makna kalimah Allah? Jawapan : Allah itu adalah nama bagi Zat yang Wajib alWujud (Allah) yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan”. “ Soalan : Adakah nama Allah itu nama khas bagi Allah atau nama am? Jawapan : Allah itu adalah nama khas sama ada pada lafaznya mahupun pada maknanya, kerana lafaz tersebut hanya nama khusus bagi Tuhan kita yang menjadikan sekalian alam dan haram menamakan yang lain dengannya. Dan nama yang khas milik Zat yang Wajib al-Wujud (Allah) yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan iaitu sifat nafsiyyah, Salbiyyah, Ma‘ani dan Maknawiyyah adalah nama yang menghimpunkan nama Zat dan nama segala sifat dan segala perbuatan-Nya.” LAMPIRAN VII ISU KALIMAH ALLAH 60


Click to View FlipBook Version