AYAT MAJMUK
GABUNGAN DAN
PANCANGAN
Julia Erissa binti Jafri
Nurin Izzati binti Md Rashid
Nur Nazirah binti Mazlan
Nur Ili Izyan binti Mohamad Tauhid
AYAT MAJMUK
GABUNGAN
Ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang
dijadikan sebagai satu dengan cara
menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat
tersebut kata hubung.
Kata hubung bagi ayat
majmuk gabungan
dan atau sambil
serta lalu tetapi
JENIS GABUNGAN
Gabungan yang susunan faktanya Gabungan yang susunannya Gabungan yang susunannya
berurutan memberi maksud menggabungkan dua ayat atau
● Beliau memandang saya sambil pertentangan fakta dalam lebih, menggunakan kata
tersenyum. ayat yang digabungkan hubung yang berpasangan
● Wanita itu baik orangnya, ● Ayahnya rajin berniaga ● Daripada kita makan
malahan jarang-jarang sekali ia tetapi anaknya tidak gaji, lebih baik bekerja
menyakiti hati saya. berminat sama sekali. sendiri.
● Mula-mula saya disuruh duduk, ● Musim hujan dingin, ● Apakah menteri akan
kemudian diajak berbincang, sebaliknya musim hadir pada majlis itu
akhirnya dibawa masuk bertemu kemarau panas. ataupun wakilnya?
dengan majikannya.
● Kain yang dibelinya terlalu ● Sama ada berita itu
● Pendapat beliau amat cetek, mahal, padahal ada yang benar atau tidak belum
tambahan pula disampaikan lebih murah. pasti.
dengan cara yang tidak menarik.
● Bukan orang jahat yang
menang, melainkan orang
yang sentiasa berbuat
baik.
Ayat Majmuk
Pancangan
Jenis ayat majmuk
pancangan
Ayat relatif Ayat komplemen Ayat keterangan
Ayat
relatif
Ayat Majmuk Pancangan
Relatif
1. Saya membeli baju yang berwarna biru.
● Saya membeli baju.
● Baju itu berwarna biru.
1. Budak yang sedang membaca komik itu adik saya.
● Budak itu adik saya.
● Budak itu sedang membaca komik.
PERBEZAAN:
● Dalam ayat 1, ayat kecil yang dipancangkan ke dalam predikat ayat itu bertugas
sebagai objek.
● Ayat 2 menerima ayat pancangan sebagai subjeknya dengan menukarkan bentuk
ayat itu.
AYAT KOMPLEMEN
1. Dia menerangkan bahawa (sesuatu). (Ayat induk)
2. Bahawa murid itu sakit. (Ayat komplemen)
★ Ayat kedua telah dipancangkan ke dalam ayat pertama untuk melengkapkan
kata kerja tersebut.
★ Pembentukan ayat majmuk komplemen biasanya disertai penggunaan beberapa
perkataan tertentu, iaitu bahawa dan untuk.
★ Untuk hadir dalam subjek, manakala bahawa hadir dalam subjek dan predikat.
1. Dia mengetahui bahawa Ahmad telah bersara.
2. Bahawa setiap peserta akan menerima hadiah adalah muktamad.
3. Untuk Ali melakukannya sangat sukar.
➔ Bagi ayat yang mengandungi kata hubung komplemen bahawa pada
kedudukan objek dalam predikat, kadang-kadang pengguguran kata
hubung itu dibenarkan.
➔ Walau bagaimanapun, kata hubung komplemen bahawa dan untuk pada
subjek tidak boleh digugurkan.
Jenis ayat komplemen
Ayat komplemen Ayat komplemen
frasa nama frasa kerja
Ayat komplemen
frasa adjektif
Start! AYAT KOMPLEMEN
FRASA NAMA
● Frasa nama boleh menduduki empat tempat dalam ayat, iaitu sebagai
subjek, predikat, objek tepat, dan objek sipi.
● Ayat komplemen jenis frasa nama hanya dapat menduduki dua
tempat, iaitu sebagai ayat komplemen frasa nama subjek dan ayat
komplemen frasa nama objek tepat.
Ayat Komplemen Frasa Nama Subjek
Bahawa Islam menjamin keadilan memanglah jelas.
Amat mustahak untuk kerajaan mengadakan perjanjian jual beli.
● Ayat pertama menunjukkan ayat komplemen frasa nama subjek dalam ayat susunan biasa.
● Ayat kedua menunjukkan ayat komplemen dengan frasa nama subjek dalam ayat susunan
songsang.
● Walaupun susunan binaan ayat mereka berbeza, bahagian-bahagian condong itu tetap
merupakan subjek .
Ayat Komplemen Frasa Nama Objek Tepat
Orang kampung mengharapkan bahawa rancangan itu akan membawa faedah.
Polis melaporkan bahawa jalan itu sudah boleh dilalui kenderaan berat.
● Objek dalam ayat boleh wujud sebagai objek tepat atau objek sipi dalam kata kerja transitif,
namun demikian ayat komplemen hanya boleh wujud sebagai objek tepat sahaja.
● Dalam ayat di atas, ayat komplemen merupakan ayat yang berfungsi sebagai objek tepat
kata kerja transitif pada ayat induknya.
Ayat komplemen
frasa kerja
● Terdiri daripada kata kerja tak transitif, iaitu yang diikuti bukan oleh frasa nama
objek.
● Unsur yang boleh diikuti terdiri daripada keterangan-keterangan lain sebagai
pelengkap frasa tersebut.
Contoh:
Dia berasa bahawa nasihat gurunya itu benar
Ayat komplemen
frasa adjektif
● Frasa adjektif boleh menjadi unsur predikat sesuatu ayat.
● Komplemen adjektif merupakan ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat
induk.
Contoh:
Pelajar itu sedar benar bahawa mereka harus
belajar bersungguh-sungguh.
Ayat
keterangan
● Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada
satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi
sebagai keterangan kepada predikat.
● Berfungsi memberikan huraian lanjut kepada kata kerja ayat
induk.
Jenis ayat keterangan
Keterangan musabab Keterangan akibat Keterangan syarat
-Unsur yang menerangkan sebab -Unsur yang menerangkan kesan -Unsur yang menerangkan tuntutan
berlakunya sesuatu kejadian atau atau hasil sesuatu perbuatan. yang mesti dipenuhi.
perbuatan. -Kata hubung: hingga dan -Kata hubung: sekiranya, andai kata,
-Kata hubung: kerana, lantaran, sehingga. jikalau, jika, dan kalau.
sebab, dan oleh sebab.
Contoh: Contoh:
Contoh: Ia bersorak terlalu kuat hingga Adik akan pergi ke taman kalau ibu
serak suaranya. mengizinkannya.
Saya tidak dapat hadir kerana saya
kurang sihat.
Jenis ayat keterangan
Keterangan waktu Keterangan
pertentangan
-Unsur yang menerangkan masa
sesuatu perbuatan atau kejadian. -Unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan
-Kata hubung: sejak, semenjak, atau kejadian yang berlawanan.
setelah, sewaktu, sementara, -Kata hubung: walaupun, meskipun,
tatkala, dan ketika. kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun,
namun, sekalipun, dan sedangkan.
Contoh:
Tatkala hujan mula turun, mereka Contoh:
masih di sawah. Sekalipun sudah berumur, dia masih
ingin belajar juga.
1 Keterangan harapan
● Unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang
dihajati.
● Kata hubung keterangan harapan adalah seperti supaya, agar,
semoga, moga-moga, dan kalau-kalau.
Kita mesti bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati.
Keterangan cara
2
● Unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau
kejadian yang berlaku.
● Kata hubung keterangan cara ialah dengan.
Gadis itu datang dengan menaiki kereta api.
Keterangan tujuan
3
● Unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau kejadian.
● Kata hubung keterangan tujuan adalah seperti untuk, demi, dan bagi.
Demi menyatukan rakyat yang berbilang kaum, sebuah jabatan
khusus telah ditubuhkan.
4 Keterangan perbandingan
● Unsur yang menerangkan sesuatu kejadian yang menjadi persamaan.
● Kata hubung keterangan perbandingan adalah seperti, macam, seolah-
olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan, dan bak.
Hatinya hancur seperti kaca terhempas ke batu.
RUJUKAN
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2015).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka.
SEKIAN, TERIMA KASIH !