e-Book Bera - Best Writing 2018
Habitat Ikan Tilapia
Tabiat Pemakanan Ikan Tilapia
45
e-Book Bera - Best Writing 2018
Menurut Popma & Masser (1999), tabiat pemakanan tilapia meliputi pelbagai jenis
organisma akuatik termasuk plankton, tumbuhan akuatik, makrofaj akuatik,
invertebrat planktonik & bentik, larva ikan serta bahan organik yang mereput. Di
antara semua makanan-makanan berikut, tumbuhan akuatik merupakan diet utama
bagi ikan tilapia di perairan semulajadi.
46
e-Book Bera - Best Writing 2018
Rujukan
Altun, T., Tekelioglu, N. and Danabas, D. (2006). Tilapia Culture and Its Problems in
Turkey. Journal of Fisheries and Aquatic sciences, 23(3-4): 473-478.
El-Sayed, A.F.M. (2006). Tilapia culture. CAB International Wallingford Oxfordshire
OX10 8DE UK, 277. pp.
El-Sayed, A.F.M, Mansour, C.R. and Ezzat, A.A (2003). Effects of dietary protein
levels on spawning performance of Nile tilapia (Oreochromis niloticus)
broodstock reared at different water salinities. Aquaculture, 220: 619-632.
Lovshin, L. L. (2000). Criteria for selecting Nile Tilapia and red tilapia for culture. In:
International Symposium on Tilapia Aquaculture, Rio de Janeiro, 49-57pp.
Mansour, C.R. (2001). Nutritional requirements of Nile Tilapia broodstock reared at
different water salinities. Ph.D thesis, Alexandria University, Alexandria, Egypt.
Morrison, E.M. (1998). Go Fsih, Egyptian Style: A Renville co-op garazes to million
on the prairie. The Newspaper of the Agricultural Utilization Research Institute,
7: 3-3.
Popma, T.J. and Masser, M. (1999). Tilapia Life History and Biology. Southern
Regional Aquaculture Center. Publication No, 283. pp.
Trewavas, E. (1983). Tilapiine fishes of the genera Sarotherodon, Oreochromis and
Danakilia. British Museum (Natural History) London, 583.pp.
Wohlfarth, G.W. and Hulata, G. (1983). Applied Genetics of Tilapias. ICLARM
Studies and Reviews 6, International Center for Living Aquatic Resources
Management, Manila, 6: 1-26
47
e-Book Bera - Best Writing 2018
Bibliografi Penulis
Penulis berasal dari Kampung Senggora, Maran, Pahang. Mendapat pendidikan awal
di Sekolah Kebangsaan Senggora, Maran (1992-1997), sekolah menengah di SMK
Seri Jengka (1998-2000) dan SMK Maran (2001-2002). Seterusnya melanjutkan
pelajaran di Kolej Matrikulasi Tangkak, Johor dari tahun 2003-2004. Berjaya
melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di Universiti Malaysia Terengganu
dari tahun 2004-2007 dalam bidang Sains Agroteknologi (Akuakultur). Selesai tamat
pengajian, penulis mengikuti pengajian Diploma dalam Pendidikan di Universiti Putra
Malaysia dalam bidang Sains Pertanian pada tahun 2008. Pada bulan Mac tahun
2009, mula berkhidmat sebagai Pensyarah Akuakultur di Kolej Komuniti Cawangan
Manjung, Perak dan berkhidmat selama 1 tahun 2 bulan di sana. Pada Mei 2010,
penulis di pindahkan untuk berkhidmat di Kolej Komuniti Bera sehingga kini.
Mempunyai 9 tahun pengalaman mengajar dalam bidang Akuakultur. Merupakan
salah seorang penggubal dalam pembangunan kurikulum Sijil Akuakultur di Kolej
Komuniti dan juga terlibat dalam penggubalan soalan peperiksaan Sijil Akuakultur.
Penulis juga merupakan Ketua Program Akuakultur di Kolej Komuniti Bera dan
terlibat secara langsung dalam menjalinkan hubungan kolaborasi Bersama pihak
industri akuakultur dengan Kolej Komuniti Bera.
48
e-Book Bera - Best Writing 2018
TEMOLEH OH TEMOLEH
Mardhiah binti Mohd Zain
Unit Akuakultur
[email protected]
Sebut sahaja ikan sungai kita pasti membayangkan ikan patin, ikan baung, ikan
lampam namun, ikan temoleh atau juga dipanggil sebagai ikan tamalian, jarang kita
terbaca mengenai spesies hebat ini. Mungkin penggemar-penggemar ikan sungai biasa
dengan ikan ini namun demikian anak-anak muda sekarang kurang mengenali spesies
ini. Nama saintifik bagi ikan temoleh adalah Probarbus jullieni yang termasuk dalam
famili Cyprinidae dan nama inggerisnya dikenali sebagai Jullien's Golden Carp.
Ciri-ciri asas yang terdapat pada ikan ini ialah mempunyai tujuh garisan hitam
pada badan. Mulutnya yang menghadap ke bawah yang mana bersesuaian dengan
cara ikan ini makan. Ikan temoleh merupakan spesies omnivor iaitu mencari makan
di dasar sungai dan memakan tumbuhan air, serangga, kerang- kerangan, buah-
buahan, ketam serta udang (Poulsen et al. 2004; Baird 2006). Ikan ini mendiami
sungai-sungai besar di semenanjung Malaysia terutamanya di sungai Pahang dan
Perak. Di Pahang Ikan temoleh ini boleh di dapati dari hulu sungai Pahang hingga
hampir ke Pekan di kuala sungai Pahang. Ikan ini juga banyak di perairan sungai di
Cambodia, Laos, Thailand dan Vietnam.
Saiz ikan temoleh boleh mencecah 59 inci panjang dan berat melebihi 70
kilogram. Walau bagaimanapun menurut kajian, dari tahun 1985 sehingga kini purata
saiz dan berat ikan temoleh menurun hampir 50% berikutan ancaman pembangunan
49
e-Book Bera - Best Writing 2018
dan tangkapan yang berleluasa (Baird, 2006). Di Malaysia pula, populasi ikan ini
telah berkurangan disebabkan oleh aktiviti manusia sendiri iaitu seperti pembinaan
empangan di beberapa lokasi di Sungai Perak yang menghalang ikan naik ke hulu
sungai untuk menghempas telur. Penggunaan racun perosak yang berleluasa dan
aktiviti pembalakan di hulu sungai adalah di antara penyebab ikan ini semakin
berkurangan. Ikan temoleh kini telah dimasukkan ke dalam senarai merah
International Union for the Consevation of Nature and Natural Resource (ICUN Red
List) dan dikelaskan sebagai sebagai ikan terancam (endangered).
Ikan temoleh mempunyai harga pasaran yang menarik iaitu dijual antara
RM35/kg hingga RM45/kg di pasar-pasar tani tempatan terutamanya di Pahang.
Walaupun harganya dianggap mahal, namun pembelinya sentiasa ada kerana isinya
yang sedap membuatkan pembeli tidak kecewa dengan rasa daging ikan ini. Selain
sedap di makan, ikan ini juga sentiasa diburu oleh kaki-kaki pancing kerana kekuatan
ikan ini melawan tali pancing kerana saiznya yang besar. Temoleh dikatakan pejuang
yang tak mengenal erti kalah sekiranya terpedaya dengan helah pancingan
pemancing. Mungkin pertarungannya sehebat mahseer di Sg. Cauvery, India tetapi
yang nyata lariannya boleh memberi tentangan sengit dan jangan harap atau terlalu
yakin temoleh gergasi yang sedang 'mengamuk' di hujung tali pemancing mampu
ditumbangkan dengan mudah.
Berbekalkan tenaga dan saiznya yang besar, ia sudah cukup menggerunkan
pemancing bertuah untuk bertarung, tentunya beratus meter tali dibawa lari apatah lagi
di dalam sungai yang mengalir agak laju seperti di Sungai Tembeling dan bahagian
Sungai Perak di daerah Kuala Kangsar, kawasan yang dilaporkan banyak terdapat
spesies ini. Oleh itu, kaki pancing perlu bersiap sedia dengan peralatan pancing aksi
berat ataupun sederhana berat dengan tali berketahanan sekurang-kurangnya 25 paun.
Mulut temoleh yang menjulur keluar (seperti lee koh dan kelah) menunjukkan sifatnya
yang 'pemalu' dan suka menyelongkar makanan di dasar, maka ia amat berhati-hati
meneIan umpan si pemancing. Ini mungkin salah satu sebab mengapa ikan ini amat
sukar dipancing di samping populasinya yang semakin berkurangan. Bahagian belakang
badan temoleh kadang-kala boleh dilihat timbul di permukaan air sewaktu perarakan
ikan ini ke hulu malah ia turut dikatakan 'bertempur' sesama sendiri sehingga boleh
didengari penduduk kampung di tepi sungai. Ikan temoleh turut sesuai
50
e-Book Bera - Best Writing 2018
menjadi ikan hiasan untuk diletakkan di dalam akuarium ketika usianya masih kecil
kerana rupanya yang unik.
Di perairan semulajadi, induk jantan temoleh yang matang mempunyai berat
di antara 5 hingga 20 kg/ekor dan induk betina beratnya 10 hingga 50 kg/ekor
(Mattson et al. 2002). Manakala berat ikan temoleh matang yang diternak, berat
induk jantan ialah 2 hingga 7 kg/ekor dan 5 hingga 15 kg/ekor untuk induk betina
(Mattson et al., 2002). Spesies ini membiak sekali setahun iaitu pada hujung tahun
November hingga disember. Menurut penggemar ikan temoleh, semasa musim ikan
ini membiak, musim tersebut dipanggil sebagai musim menghempas. Pada musim
menghempas ini, ikan temoleh akan membuat bising di permukaan air sungai dan
ikan betina akan menghempas badannya di permukaan air sungai.
Di negara jiran kita, anak ikan temoleh bergerak keluar dari Sungai Tonle Sap
ke Sungai Mekong pada bulan Oktober dan November (Hogan et al., 2006). Ikan
dewasa membuat migrasi dari hulu ke hulu. Ikan temoleh yang di pasang alat
pengesan, dikesan bergerak 135 km ke hulu dari Sungai Tonle Sap di Sungai
Mekong (Hogan et al., 2006). Migrasi penyebaran hulu berlaku antara Oktober dan
Februari dari Kompong Cham di Kemboja ke Chiang Khong di Thailand. Di Chiang
Khong, nelayan melaporkan bahawa ikan temoleh bergerak di atas bukit Nam Ta di
Laos untuk membiak pada bulan Mac-April. Tiga spesies ikan temoleh juga
dilaporkan berpindah bersama, tetapi bertelur secara berasingan, pada Januari-
Februari di Sungkom, Provinsi Nong Khai di Thailand (Sohkeng et al., 1999).
Ikan temoleh telah dikelaskan sebagai sebagai ikan terancam kerana
kemerosotan bilangannya. Beberapa faktor mungkin menyumbang kepada kemerosotan
ikan ini, termasuk perubahan kepada habitat air tawar dan peningkatan penangkapan
ikan oleh penangkap ikan. Walaupun ikan ini mempunyai status pemuliharaan
antarabangsa namun, permintaan untuk ikan makanan kegemaran ini tetap tinggi kerana
saiznya yang besar dan dagingnya yang berlemak menjadikan ikan ini sentiasa dicari.
Nelayan atau pemancing pula menangkap ikan temoleh dari semua saiz samada kecil
atau besar. Ikan betina yang sedang membiak juga ditangkap kerana mempunyai
permintaan dan harga yang tinggi di pasaran. Oleh kerana nilai ikan betina yang sedang
membiak lebih tinggi, nelayan di PDR Lao utara, Vietnam menyasarkan kawasan
pembiakan ikan ini semasa musim pembiakan pada bulan
51
e-Book Bera - Best Writing 2018
Disember-Februari dengan menggunakan jaring yang besar yang direka untuk
menangkap spesies ini. (Baird 2006).
Di Malaysia, oleh kerana spesies ini telah dikategorikan sebagai spesies
terancam, pelbagai inisiatif telah diambil oleh Jabatan Perikanan Malaysia bagi
mengelakkan berlakunya kepupusan spesies ini. Antara usaha kerajaan adalah,
mengadakan program pembiakan aruhan ikan temoleh, kajian taburan ikan temoleh di
Sungai Pahang, kajian biologi pembiakan, kajian kryo serta program pelepasan umum.
Di Pahang, Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok, Jerantut telah berjaya
menghasilkan benih temoleh hampir 50 ribu benih pada tahun 2011. Manakala pada
tahun 2012, 20 ribu benih temoleh berjaya dihasilkan dan setakat Mac tahun 2013
sebanyak 40 ribu benih ikan temoleh telah dihasilkan. Benih yang berjaya dibiakkan
ini dilepaskan di sungai-sungai utama Malaysia seperti di Pahang dan Perak. Ikan
temoleh telah berjaya dibiak melalui kaedah pembiakan aruhan pada tahun 1989 di
Batu Berendam Melaka dan kini ianya masih diteruskan lagi oleh pihak kerajaan.
Dengan adanya pelbagai usaha ini maka, kepupusan spesies ini di harap dapat
dielakkan dan generasi akan datang berpeluang mengenali ikan temoleh. Walaupun
pelbagai sumber mengatakan temoleh yang besar tidak mungkin dapat dijumpai lagi
namun, jauh di hati penggemar ikan ini mengatakan masih ada yang bernasib baik
akan menemui temoleh yang bersaiz 50 kg!
52
e-Book Bera - Best Writing 2018
Rujukan
Baird, Ian. (2006). Probarbus jullieni and Probarbus labeamajor: The management
and conservation of two of the largest fish species in the Mekong River in
southern Laos. Aquatic Conservation: Marine and Freshwater Ecosystems.
16. 517 - 532. 10.1002/aqc.763.
CITES, UNEP-WCMC, 2017. The Checklist of CITES Species Website. Appendices I,
II and III valid from 04 April 2017. CITES Secretariat, Geneva, Switzerland.
Compiled by UNEP-WCMC, Cambridge, UK.
https://www.cites.org/eng/app/appendices.php [Accessed 01/08/2017].
Hogan, Z., Samy, E.M., Phanara, T., Hortle, K. 2006. Tagging fish – a case study
from the Tonle Sap, Cambodia. Mekong River Commission, Vientiane.
Mattson, N.S., Buakhamvongsa, K., Sukumasavin, N., Tuan, N. and Vibol, O. 2002.
Mekong giant fish species: on their management and biology. MRC Technical
Paper. Mekong River Commission, Phnom Penh.
Poulsen, A.F., Hortle, K.G., Valbo-Jorgensen, J., Chan, S., Chhuon, C.K., Viravong,
S., Bouakhamvongsa, K., Suntornratana, U., Yoorong, N., Nguyen, T.T., and
Tran, B.Q. 2004. Distribution and ecology of some important riverine fish
species of the Mekong River Basin. MRC Technical Paper. Mekong River
Commission, Phnom Penh.
Sokheng, C., Chhea, C.K., Viravong, S., Bouakhamvongsa, K., Suntornratana, U.,
Yoorong, N., Tung, N.T., Bao, T.Q., Poulsen, A.F. and Jørgensen, J.V. 1999.
Fish migrations and spawning habits in the Mekong mainstream: a survey
using local knowledge (basin-wide). Assessment of Mekong fisheries: Fish
Migrations an. Assessment of Mekong fisheries: Fish Migrations and
Spawning and the Impact of Water Management Project (AMFC). AMFP
Report 2/99., Vientiane, Lao, P.D.R.
53
e-Book Bera - Best Writing 2018
Bibliografi Penulis
Penulis berasal dari Kampung Senggora, Maran, Pahang. Mendapat pendidikan awal
di Sekolah Kebangsaan Senggora, Maran (1992-1997), sekolah menengah di SMK
Seri Jengka (1998-2000) dan SMK Maran (2001-2002). Seterusnya melanjutkan
pelajaran di Kolej Matrikulasi Tangkak, Johor dari tahun 2003-2004. Berjaya
melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di Universiti Malaysia Terengganu
dari tahun 2004-2007 dalam bidang Sains Agroteknologi (Akuakultur). Selesai tamat
pengajian, penulis mengikuti pengajian Diploma dalam Pendidikan di Universiti Putra
Malaysia dalam bidang Sains Pertanian pada tahun 2008. Pada bulan Mac tahun
2009, mula berkhidmat sebagai Pensyarah Akuakultur di Kolej Komuniti Cawangan
Manjung, Perak dan berkhidmat selama 1 tahun 2 bulan di sana. Pada Mei 2010,
penulis di pindahkan untuk berkhidmat di Kolej Komuniti Bera sehingga kini.
Mempunyai 9 tahun pengalaman mengajar dalam bidang Akuakultur. Merupakan
salah seorang penggubal dalam pembangunan kurikulum Sijil Akuakultur di Kolej
Komuniti dan juga terlibat dalam penggubalan soalan peperiksaan Sijil Akuakultur.
Penulis juga merupakan Ketua Program Akuakultur di Kolej Komuniti Bera dan
terlibat secara langsung dalam menjalinkan hubungan kolaborasi Bersama pihak
industri akuakultur dengan Kolej Komuniti Bera.
54
e-Book Bera - Best Writing 2018
DAUN SEBAGAI HIASAN AKUARIUM
Suganti Ealangov
Unit Akuakultur
[email protected]
1.0 PENGENALAN
Kebanyakan ikan kegemaran kita berasal dari perairan yang mengalir melalui
tumbuh-tumbuhan tebal dan hutan. Bekalan berterusan daun yang jatuh
menyebabkan air sungai bertukar menjadi keperangan atau adakalanya hitam. Salah
satu penyebab keadaan ini adalah sebatian organik yang dipanggil tannin, yang
boleh didapati dalam kebanyakan daun kering. Tannin merupakan asid lemah, yang
boleh mengurangkan pH air dan amat berkesan untuk air lembut kerana kapasiti
penimbal air keras boleh meneutralkan keasidan. Kebanyakan spesies ikan air hitam
memerlukan air lembut, jadi dengan daun yang dipilih dengan teliti, kita boleh
mendapatkan air gelap ber-pH rendah tanpa menggunakan bahan kimia.
Selain tanin, terdapat beberapa jenis daun yang mengandungi sebatian organik lain
yang boleh digunakan untuk mengatasi jangkitan kulat dan bakteria tanpa
menggunakan ubat-ubatan. Daun Catappa (juga dikenali sebagai badam India atau
Ketapang) digunakan secara meluas oleh penternak ikan dan pengeksport di Negara
Timur untuk mengurangkan tekanan dan menyembuhkan penyakit. Daun pokok
Walnut pula mempunyai kesan yang sama dan sangat popular di kalangan penternak
udang.
Daun kering juga boleh membantu spesies ikan yang pemalu, seperti Liquorice
gourami, Parosphromenus sp., untuk beradaptasi dengan mudah. Daun-daun
tersebut menyediakan tempat yang sempurna untuk bersembunyi. Cory Catfish
suka menyorok antara daun dan sering memilih daun yang lebih besar untuk
menyimpan telur berbanding sisi kaca akuarium.
55
e-Book Bera - Best Writing 2018
Penggunaan daun kering juga sebagai hiasan dalam akuarium dan bagi yang tidak
berminat dengan warna air yang berkeperangan, boleh memilih daun yang tidak akan
mewarnakan air atau merendamkan daun tersebut terlebih dahulu. Antara daun yang
boleh digunakan untuk menghias akuarium adalah daun pokok Plane, Turki oak,
ketapang, daun Oak, Hazelnut, Beech, Silver Birch atau Hornbeam. Daun boleh
dikutip segar atau dikeringkan dimana nutrien dan sebatian organik yang berguna
untuk tujuan pemakanan dan rawatan air boleh disimpan. Namun demikian, kita perlu
berhati-hati dengan dos daun yang digunakan kerana jika terlebih daun boleh
menyebabkan kekeruhan dan kemerosotan kualiti air.
2.0 DAUN DAN KEBAIKAN
Daun mullberi, Morus sp. Merupakan daun yang amat sesuai sebagai makanan
udang kerana daun ini mengandungi kandungan protin yang tinggi dan jika
digunakan dengan baik daun ini tidak akan mengubah kualiti air.
Rajah 1: Daun Mullberi, Morus sp.
56
e-Book Bera - Best Writing 2018
Daun walnut, Juglans regia merupakan daun yang sesuai digunakan untuk kesihatan
ikan dan udang. Daun ini boleh merawat penyakit bakteria dan fungi serta
mengurangkan tekanan sepeti daun ketapang namun daun ini tidak merendahkan
pH atau mengubah warna air.
Rajah 2: Daun Walnut, Juglans regia
Daun oak merupakan daun yang mengandungi kandungan tannin yang tinggi dan
dan merupakan pengurang pH semulajadi. Daun ini juga menyebabkan air bertukar
warna kepada perang oleh itu tidak sesuai untuk akuarium air jernih.
Rajah 3: Daun Oak
Daun beech, Fagus sylvatica mempunyai daun agak nipis dan kecil, yang biasanya
air bertukar warna kekuningan. Daun ini menyebabkan pengurangan pH yang sedikit.
Oleh sebab saiznya yang kecil, daun ini sangat sesuai digunakan untuk tangki nano
atau udang seperti Cherry udang, spesies Neocaridina yang memerlukan pH
berhampiran julat sifar
57
e-Book Bera - Best Writing 2018
Rajah 4: Daun Beech, Fagus sylvatica
Daun hornbeam, Carpinus betulus merupakan daun kecil yang memberi kesan asid
seperti daun ketapang . Walaubagaimana pun, daun ini akan menurunkan pH dengan
cepat. Oleh itu pengguna perlu lebih berhati-hati semasa menggunakan daun ini agar
perubahan pH yang mendadak tidak memberi tekanan kepada ikan. Cara yang paling
sesuai adalah dengan meletakkan dua daun pada setiap hari sehingga mencapai kesan
yang diingini. Kaedah ini juga akan memberi warna keperangan yang menarik.
Rajah 5: Daun Hornbeam, Carpinus betulus
Daun Silver birch, Betula pendula merupakan daun yang mudah dikenali melalui kulit
pokoknya yang berwarna perak-putih. Daun ini bersaiz kecil dan tidak mengubah pH
atau warna air serta merupakan daun kering yang sangat lambat mengurai. Oleh itu,
daun ini sesuai digunakan untuk memastikan kejernihan air dan sebagai hiasan atau
tempat persembunyian dalam akuarium.
58
e-Book Bera - Best Writing 2018
Rajah 6: Daun Silver birch, Betula pendula
Daun Hazel, Corylus avellana merupakan daun yang bersaiz besar, tebal dan
bertahan lama dengan hanya memberi perubahan warna air serta pH yang sedikit.
Daun ini berfungsi sebai hiasan yang tahan lama dan biasanya digunakan untuk ikan
pemakan alga serta udang.
Rajah 7: Daun Hazel, Corylus avellana
Daun Sycamore, Acer pseudoplatanus merupakan daun yang besar sedikit daripada
daun Hazel tetapi memberi kesan perubahan warna air yang kuat dan cepat. Daun
ini luntur dengan cepat dan menjadi separa lutsinar dalam air serta sesuai sebagai
59
e-Book Bera - Best Writing 2018
makanan siput dan udang. Daun ini berupaya menurunkan pH secara mendadak
pada peringkat awal namun pH akan meningkat kembali selepas kesan berkurangan.
Rajah 8: Daun Sycamore, Acer pseudoplatanus
Daun plane, Platanus x hispanica merupakan daun yang bersaiz besar dan mampu
bertahan dengan pencemaran. Daun ini sesuai untuk akuarium yang besar dan tidak
mempengaruhi warna dan pH air.
Rajah 9: Daun plane, Platanus x hispanica
60
e-Book Bera - Best Writing 2018
3.0 PEMILIHAN DAUN
Adalah penting untuk mengenal pasti dengan teliti, mengumpul, dan menyediakan
daun bagi penggunaan dalam akuarium bagi tujuan hiasan. Hanya daun-daun yang
perlu dikumpul adalah daun yang jatuh daripada pokok dan tidak segar. Bagi
mengenalpasti spesis pokok, adalah penting untuk memiliki panduan atau rujukan
yang sesuai. Pengumpulan daun juga perlu dilakukan jauh dari jalan raya dan
kawasan punca pencemaran serta kawasan yang berlumpur. Daun yang dipilih juga
haruslah bebas daripada jangkitan kulat, serangga dan najis.
4.0 PENUTUP
Sebagai penutup, pengamal hobi akuarium perlu lebih mesra alam dan memahami
bahawa kaedah penggunaan daun mati tidak mengotorkan air dan habitat berharga
tidak dimusnahkan kerana daun mati untuk menjadi mesra alam, murah serta
menarik. Selain itu, adalah juga disyorkan bahawa penggunaan daun mati dapat
menyediakan persekitaran yang menyerupai habitat semulajadi ikan.
Walaubagaimana pun, pengamal hobi akuarium perlu memberi perhatian dalam
pemilihan jenis daun yang sesuai dengan hidupan akuatik yang dipilih.
Rujukan
Horvath, G. (2016). Free Tank Décor. Retrieved from
https://www.practicalfishkeeping.co.uk/features/articles/2016/10/28/free-tank-decor
Dunlop, C. (2010). Leaves for Aquaria. Retrieved from
http://www.tfhmagazine.com/details/articles/leaves-for-aquaria-full-article.htm
Dunlop, C. (2012). All the leaves are brown. Retrieved from
http://www.seriouslyfish.com/all-the-leaves-are-brown/
61
e-Book Bera - Best Writing 2018
PENGHASILAN MAKANAN HIDUP
Abd Halim Bin Safi
Unit Akuakultur
[email protected]
Makanan yang sesuai untuk diberi pada ikan terbahagi kepada 2 jenis iaitu makanan
hidup dan makanan formulasi. Makanan hidup biasanya diberi kepada anak ikan
atau fri yang berumur kurang daripada 2 minggu. Makanan formulasi pula boleh
diberikan kepada fri seawal umur 2 minggu hingga anak ikan boleh dipasarkan.
Makanan hidup dibahagi kepada 2 kategori besar iaitu fitoplankton dan zooplankton.
Fitoplankton adalah tumbuhan hijau yang biasa disebut sebagai air hijau dan
zooplankton adalah organism halus yang terapung di dalam air. Contoh air hijau bagi
air tawar yang biasanya digunakan adalah daripada spesies Chlorella sp. Manakala
contoh zooplankton yang biasa digunakan dalam industri pembenihan ikan adalah
Artemia sp., Moina spp., Daphnia sp. dan Copepode sp.
Makanan formulasi yang sesuai untuk anak benih ikan boleh dihasilkan sendiri atau
didapati di pasaran. Ia terdapat dalam pelbagai saiz agar sesuai dengan bukaan
mulut dan sistem penghadaman ikan. Contoh makanan formulasi yang digunakan
oleh penternak adalah seperti powder feed, micropellet, dan juga pellet.
62
e-Book Bera - Best Writing 2018
Penghasilan Air Hijau
Air hijau adalah air yang mengandungi fitoplankton iaitu organisma satu sel yg terdiri
daripada beberapa spesies yang mempunyai klorofil a untuk menjalankan proses
fotosintesis bagi menghasilkan makanan untuk pertumbuhan sel & membiak untuk
membentuk koloni atau populasi yang banyak. Ia boleh dihasilkan menggunakan
ikan atau baja.
63
e-Book Bera - Best Writing 2018
Kaedah yang biasa digunakan untuk menghasilkan air hijau adalah:
Kaedah1: Guna Ikan Kaedah 2: Guna Baja
• Penyediaan tangki • Penyediaan tangki
• Penyediaan air • Penyediaan air
• Masukkan ikan • Masukkan baja
• Pengurusan makanan • Dedah pada cahaya
• Dedah pada cahaya
matahari
matahari
Prosedur Penghasilan Air hijau Menggunakan Ikan
Masa Aktiviti Penerangan
- 2 hari Penyediaan tangki
Kira luas tangki
- 1 hari Penyediaan air
0 hari Rawat, basuh dan keringkan tangki
1-7 hari Masuk ikan
1-7 hari Pasang pengudaraan
Pengurusan Masuk air yang ditapis
makanan
Rawat dan nyah klorin air
Dedah pada cahaya
matahari KaBdaiar kseapamdaetnangganutnaraak2a5n-30ikeaknort/imla2pia
Ikan diberi makan pellet 2 kali sehari
Keluarkan makanan berlebihan
Air akan menjadi hijau selepas 5-7 hari
(bergantung pada cuaca)
64
e-Book Bera - Best Writing 2018
Prosedur Penghasilan Air hijau Menggunakan Baja
Masa Aktiviti Penerangan
- 2 hari Penyediaan tangki
RaKwairta, biassipuhaddaun air tangki
- 1 hari Penyediaan air
0 hari Masuk baja keringkan
0 hari
1-7 hari Masuk air hijau Pasang pengudaraan
Dedah pada cahaya
Masuk air yang ditapis
matahari
Rawat dan nyah klorin air
Guna fish meal
Baja 1.2kg/m3
5 – 10% starter air hijau boleh dimasukkan
ke dalam air
Air akan menjadi hijau selepas 5-7 hari
(bergantung pada cuaca)
Ternakan Moina
Moina adalah sejenis kutu air yang banyak dijumpai di loji kumbahan. Ia bersaiz 500-
1000µm dan sangat sesuai untuk fri kerana mempunyai pergerakan yang unik. Moina
yang dipungut di loji kumbahan tidak sesuai untuk pemberian makanan ikan kerana
65
e-Book Bera - Best Writing 2018
mengandungi banyak bakteria. Berikut adalah kaedah untuk menghasilkan Moina
yang sesuai dan bebas daripada untuk pemberian makanan kepada ikan:
Prosedur Ternakan Moina
Penyediaan Penyediaan
tangki air hijau
Dedah pada Masukkan
cahaya induk Moina
matahari
Masa Aktiviti Penerangan
- 2 hari Penyediaan tangki
RaKwairta, biassipuhaddaun air tangki
- 1 hari Penyediaan air hijau
0 hari keringkan
1-7 hari Masuk induk Moina
7-14 hari Pasang pengudaraan
Dedah pada cahaya
matahari Rujuk langkah-langkah penghasilan air hijau
Tuai Moina
menggunakan baja
Dapatkan induk Moina (pure culture)
Jumlah 1% daripada isipadu air
Air akan menjadi hijau selepas 5-7 hari
(bergantung pada cuaca)
Selepas 7 hari, Moina boleh dituai
menggunakan plankton net bersaiz 150 –
200 µm
66
e-Book Bera - Best Writing 2018
Penetasan Artemia
Foto oleh Divino dan Schultz (2014).
Artemia adalah makanan semulajadi yang digunakan secara meluas di dalam industri
pembenihan ikan kerana kandungan nutrisi yang baik. Walaupun kini terdapat pelbagai
makanan formulasi yang telah berjaya dihasilkan untuk anak benih ikan, Artemia masih
menjadi pilihan penternak dalam proses asuhan ikan. Artemia tidak boleh ditemui di
perairan Malaysia secara semulajadi kerana ia berasal daripada laut mati yang
berkemasinan tinggi mencecah 300 ppt. Zooplankton ini boleh ditetaskan menggunakan
air masin sama ada dalam larutan garam atau air laut. Sista Artemia boleh didapati di
pasaran dalam pelbagai jenama dan cara pembungkusan.
67
e-Book Bera - Best Writing 2018
Berikut adalah 2 kaedah yang biasa digunakan untuk menetaskan Artemia:
Kaedah 1: • i. Penyediaan tangki penetasan
Penetasan biasa • ii. Penyediaan air masin
• iii. Rendam dalam air tawar
• iv. Masukkan sista
• v. Eram sista
• vi. Tuai sista
• i. Penyediaan tangki penetasan
• ii. Penyediaan air masin
Kaedah 2:• iii. Rendam air tawar
Penetasan secara • iv. Bilas dengan peluntur
decapsulation • iv. Masukkan sista
• v. Eram sista
• vi. Tuai sista
68
e-Book Bera - Best Writing 2018
Prosedur Penetasan Biasa
Masa Aktiviti Penerangan
- 1 hari Penyediaan tangki
Kira isipadu air
- 1 hari penetasan
- 1 hari Rawat, basuh dan keringkan tangki
- 1 hari Penyediaan air
0 hari masin Pasang pengudaraan
1 hari
Rendam air tawar Air laut atau larutan garam yang bersaliniti
antara 25 – 30 ppt
Masukkan sista
Sekurang-kurangnya 30 minit
Eram sista
Supaya kulit sista terhidrat semula
Tuai sista
Setelah direndam dan dibilas, sista
dimasukkan ke dalam tangki penetasan
Eram sista 24 jam
Beri pengudaraan dengan kuat
Tuai sista selepas 24 jam µm.
Guna plankton net bersaiz 150 – 200
Bilas dengan air tawar
Prosedur Penetasan Secara Decapsulation
Masa Aktiviti Penerangan
- 1 hari Penyediaan tangki
Kira isipadu air
- 1 hari penetasan
- 1 hari Rawat, basuh dan keringkan tangki
- 1 hari Penyediaan air
- 1 hari masin Pasang pengudaraan
0 hari
1 hari Rendam air tawar Air laut atau larutan garam yang bersaliniti
antara 25 – 30 ppt
Bilas dengan
peluntur Sekurang-kurangnya 30 minit
Masukkan sista Supaya kulit sista terhidrat semula
Eram sista Tidak lebih 5 minit. Sista keperangan
Tuai sista Supaya kulit sista menjadi nipis
Setelah dibilas hingga bau klorin, sista
dimasukkan ke dalam tangki penetasan
Eram sista 24 jam
Beri pengudaraan dengan kuat
Tuai sista selepas 24 jam µm.
Guna plankton net bersaiz 150 – 200
Bilas dengan air tawar
69
e-Book Bera - Best Writing 2018
Penyediaan larutan garam
Penyediaan air masin untuk penetasan Artemia boleh dilakukan menggunakan
larutan garam. Larutan garam ini terhasil daripada campuran antara air dengan
garam kasar. Bagi menghasilkan air yang mempunyai kemasinan yang dikehendaki
boleh menggunakan formula 1 gram/liter bagi menghasilkan air 1 ppt.
Contoh pengiraan jumlah garam bagi menghasilkan air 30 ppt. Bagi menghasilkan
saliniti air 30 ppt, kadar garam adalah 30gram/liter. Andaikan isipadu air tangki
penetasan adalah 30 liter, maka jumlah garam yang diperlukan adalah:
Jumlah garam = isipadu air x kadar garam
= 30 liter x 30g/L
= 900 gram
Contoh pengiraan jumlah garam bagi menghasilkan 25 ppt. Bagi menghasilkan
saliniti air 25 ppt, kadar garam adalah 25gram/liter. Andaikan isipadu air tangki
penetasan adalah 30 liter, maka jumlah garam yang diperlukan adalah:
Jumlah garam = isipadu air x kadar garam
= 30 liter x 25g/L
= 750 gram
70
e-Book Bera - Best Writing 2018
Rujukan
Arun Prasad Baidya, S. S. (2004). Artificial Egg Collection Technique fo African
Catfish, Clarias gariepinus. Sabah: Universiti Malaysia Sabah.
Divino, Jeffrey and Schultz, Eric. (2014). Juvenile threespine stickleback husbandry:
standard operating procedures of the Schultz lab. Rev. 31 July. 47 pp.
FAO (1997). FAO Database on Introduced Aquatic Species. FAO, Rome.
Graaf, G. D, & Janssen, J (1996). Handbook On The Artificial Reproduction And
Pond Rearing Of The African Catfish Clarias Gariepinus In Sub-Saharan
Africa. Rome. FAO, Fisheries Technical Paper 362.
Groenewald, A.A.v.J., (1964). Observations on the food habits of Clarias gariepinus
Burchell, the South African freshwater Barbel (Pisces: Clariidae) in Transvaal.
Hydrobiologia 23: 267-273.
Mohsin, M. & Azmi, A. (2015). Ikan air tawar di semenanjung Malaysia. Dewan
Bahasa & Pustaka.
Moussa, T.A., (1956). Morphology of the accessory air-breathing organs of the
teleost Clarias lazera (C&V). J. Morph., 98:125-160.
Munro, J.L., (1967). The food of a community of East African freshwater fishes. J.
Zool., Lond. 151:389-415.
71
e-Book Bera - Best Writing 2018
Bibliografi Penulis
Penulis berasal dari Pekan, Pahang. Mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Seri Biram (1990-1995), sekolah menengah di SMK Tengku Abdullah
(1996-2000. Seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Perikanan di
Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Terengganu dari tahun
2001-2004. Berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di Universiti
Malaysia Terengganu (UMT) dari tahun 2004-2007 dalam bidang Sains
Agroteknologi (Akuakultur). Pada bulan Julai tahun 2007, mula berkhidmat sebagai
Pegawai Sains di Institut Akuakultur Tropika (Akuatrop), Terengganu selama 3 tahun.
Pada Januari 2011, penulis mendapat tawaran sebagai pensyarah di Kolej Komuniti
Tampin sehingga November 2015. Selepas itu, penulis berpindah ke Kolej Komuniti
Bera pada November 2015 sehingga kini. Mempunyai pengalaman di dalam industri
akuakultur selama 3 tahun dan pengalaman mengajar dalam bidang Akuakultur
selama 8 tahun. Merupakan Ketua Fasilitator dalam pembangunan kurikulum Sijil
Akuakultur di Kolej Komuniti dan juga terlibat dalam penggubalan soalan
peperiksaan Sijil Akuakultur. Penulis juga terlibat secara langsung dalam menjalinkan
hubungan kolaborasi bersama pihak industri akuakultur dengan Kolej Komuniti Bera.
72
e-Book Bera - Best Writing 2018
PERUSAHAAN PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU DI MALAYSIA
Siti Raihan Binti Jamaludin
Unit Pengajian Am
[email protected]
Cendawan tergolong dalam tumbuhan yang berspora, tidak berklorofil ataupun
bukan berwarna hijau. Tubuhnya terdiri dari sel-sel dan berganding dengan benang
(hifa). Kumpulan hifa yang berbentuk tubuh buah dipanggil miselium. Hifa akan
tumbuh bercabang, manakala miselium berbentuk gumpalan kecil pada awal
pembentukannya. Seterusnya, gumpalan-gumpalan tersebut akan bertambah besar
dan membentuk bulatan. Struktur yang berbentuk bulat ini adalah permulaan tubuh
buah pada cendawan atau dikenali sebagai promodium. Cendawan tergolong di
dalam organisma heterotrof iaitu satu organisma yang tidak mampu mengeluarkan
zat-zat sendiri sehinggakan harus mengambilnya dari organisma lain seperti kayu
yang reput atau batang-batang pokok. Cendawan yang dikaji dalam kajian ini adalah
Cendawan Tiram Kelabu atau nama saintifiknya Pleurotus sajor-caju.
Cendawan tiram kelabu memiliki banyak khasiat, antaranya mengawal atur
darah termasuk antithrombotik, merendahkan tekanan darah, kandungan glukosa
dan lipid, meningkatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan virus serta
bakteria, merencat pertumbuhan tumor dan antioksidan. Cendawan telah diamalkan
di dalam perubatan herba tradisional di China dan Jepun sejak beribu tahun lalu.
Orang Jepun menyebut cendawan tiram sebagai shimeji. Lain pula halnya dengan
orang Eropah dan Amerika Syarikat, mereka lebih mengenali cendawan ini dengan
panggilan oyster mushroom manakala di Jawa Barat, Indonesia cendawan tiram ini
lebih popular dengan gelaran supa liat.
Pengeluaran Pleurotus sajor-caju atau cendawan tiram kelabu meningkat
dengan banyak iaitu sebanyak 418.3%. dari tahun 1986 hingga 1997. Dalam kajian
yang dilakukan di Amerika Syarikat, China merupakan pengeluar utama cendawan
tiram kelabu yang mengeluarkan kira-kira 1,675,496 lbs setiap tahun atau 86.8%
keseluruhan di dunia pada tahun 1997.
73
e-Book Bera - Best Writing 2018
Di Malaysia, prospek industri cendawan adalah cerah disebabkan permintaan
yang semakin meningkat di pasaran tempatan bagi cendawan segar dan yang
diproses. Lebih 300 petani dan syarikat menjalankan perusahaan cendawan tiram
kelabu di mana Selangor dan Johor mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 48 dan 67
orang pengusaha. Permintaan terhadap cendawan dan produk berasaskan
cendawan dijangka terus meningkat sejajar dengan pertambahan jumlah penduduk
dan penggunaan per kapita. Selain itu, purata pendapatan pengusaha cendawan kini
mencecah RM3,000.00 sebulan jika memulakan penanaman cendawan sebanyak
12,000 beg media.
Eksport cendawan tumbuh pada kadar 19% setahun daripada RM12 juta pada
tahun 2000 kepada RM67 juta pada tahun 2010. Destinasi utama eksport adalah
Amerika Syarikat, Brazil dan Singapura. Sebanyak 49% cendawan dieksport adalah
dalam bentuk segar dan kebanyakannya adalah Cendawan Butang (Agaricus spp.)
manakala 51% lagi dalam bentuk proses seperti Cendawan Lingzhi, Jeli Hitam dan
Jerami (Dasar Agromakanan Negara 2011-2020).
Cendawan tiram mendominasi 55-60% jumlah pengeluaran cendawan di
Malaysia. Dasar Agromakanan (2011-2020), penggunaan per kapita cendawan
dijangka meningkat daripada 1 kilogram pada 2008 kepada 2.4 kilogram pada 2020.
Pengeluaran cendawan dianggarkan berkembang sebanyak 16% setahun iaitu
daripada 15 ribu metrik tan pada tahun 2010 kepada 67 ribu metrik tan pada tahun
2020. Nilai eksport cendawan Malaysia diunjur meningkat kepada RM300 juta pada
tahun 2020 iaitu pada kadar 16% setahun.
Cendawan tiram adalah salah satu kulat yang boleh dimakan dan
kebanyakannya ditanam di Asia sejak dulu lagi. Selain itu, menurut Chazali (2009)
Cendawan tiram juga digunakan dalam industri bagi tujuan mycoremediation.
Mycoremediation adalah satu bentuk biopemulihan, proses menggunakan kulat
untuk merendahkan atau mengasingkan bahan cemar dalam alam sekitar.
Merangsang mikrob dan aktiviti enzim, miselium mengurangkan toksin in-situ.
74
e-Book Bera - Best Writing 2018
Sesetengah kulat hyperaccumulators, mampu menyerap dan menumpukan logam
berat dalam badan-badan buah cendawan.
Penanaman cendawan tiram kelabu agak mudah diusahakan. Walaupun
mudah diusahakan, namun terdapat beberapa faktor yang perlu dijaga. Menurut
Ibrahim (2012) Biological Effeciency Ratio (BER) cukup tinggi pada cendawan tiram
iaitu daripada satu log tanaman, rata-rata tubuh buah cendawan dihasilkan adalah
seberat 600-1500 gram. Selain itu, menurut MARDI (2010) suntikan bagi benih
cendawan adalah sebanyak 1 sudu makan. Manakala, menurut Mizatie (2012) benih
yang disuntik kepada substrat cendawan adalah dalam julat (5-8g) pada beg media
30sm x 10sm x 10 sm, dengan berat beg media 1 kilogram.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Stanly (2010), penghasilan miselium yang
tinggi dicatatkan dengan penggunaan benih dari substrat jagung putih berbanding
red sorghum, sekoi,guinea corn, jagung kuning dan gandum.
Menurut Chazali (2009), faktor-faktor persekitaran yang diperlukan dalam
penanaman cendawan tiram seperti ketinggian tempat, lingkungan tempat
pertumbuhan seperti (suhu, cahaya, dan kelembapan), kebersihan (tempat, alat,
bahan dan pekerja) kesabaran, serta ketahanan selama masa perawatan.
Media bagi komposisi beg media cendawan memainkan peranan dalam
penghasilan cendawan yang tinggi. Kajian oleh Hartati (2011) mendapati bahawa
komposisi rawatan penanaman medium yang boleh menghasilkan cendawan tiram
putih yang tertinggi adalah 75% habuk kayu + 25% rumpai kompos dengan
penghasilan 171,153 g berat segar; berat kering 15,380 g dan BER (Nisbah
Kecekapan Biologi) 24,453% untuk 3 beg media berbanding dengan peratusan
kandungan media yang berbeza. Pertumbuhan cendawan memerlukan bahan pokok
seperti selulosa, lignin serta unsur lain (Santosa, 2008). Selain itu, menurut MARDI
(2012), 100 % habuk kayu lembut, 10% dedak padi, 1% kapur bagi komposisi beg
media boleh digunakan bagi penghasilan cendawan yang baik.
75
e-Book Bera - Best Writing 2018
Pengusaha cendawan tiram kelabu di Gombak, Wan Razman Wan Hassan
dengan 40 000 bongkah mampu mengeluarkan hasil cendawan sebanyak 1000
kilogram sebulan. bahan adunan serbuk dalam bongkah dikukus dan dimasukkan
benih cendawan sebelum diperam selama sebulan. Apabila benih yang diperam itu
mula mengeluarkan hasil, ia berterusan selama empat hingga lima bulan jika dijaga
dengan baik. Bagi memastikan cendawan dapat memberi hasil maksimum serta
berkualiti, suhu di dalam rumah tanaman perlu berada dalam keadaan yang lembap
iaitu di bawah 28 darjah Celsius. Penjagaan cendawan tiram juga membolehkan
saya memasang jaring bagi mengelak serangga memasuki zon ini kerana jika tidak
dikawal, serangga boleh menjadi ancaman kepada cendawan.
Sebagai kesimpulan, perusahaan cendawan tiram kelabu memberikan hasil
yang lumayan kepada para pengusaha kerana permulaan modal yang tidak tinggi
dan selain keadaan iklim di Malaysia yang menggalakkan pertumbuhan cendawan
tersebut. Selain daripada itu, dengan permintaan yang semakin meningkat
memungkinkan banyak lagi hasil tanam dapat dieksport ke luar negara. Harapan
untuk pengusaha meningkatkan lagi penanaman cendawan tiram kelabu di Malaysia
turut dibantu oleh agensi-agensi kerajaan yang turut menberikan latihan asas dan
lanjutan kepada pengusaha seperti
76
e-Book Bera - Best Writing 2018
RUJUKAN
Chang(1999). Cultivation of Oyster Mushrooms. Agriculture Research and
Cooperative Extension: College of Agriculture Science: Pennstate.
Chazali, Syammahfuz (2009). Industri cendawan tiram.Synergy Media: Jogjakarta.
Dasar Agromakanan Negara 2011-2020, Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani, Malaysia.ms 96.Bab 7.
Fadly, R. (2017, Mei 23). Tauke cendawan tiram kelabu. Didapatkan dari
MyMetro: https://www.hmetro.com.my/agro/2017/05/231738/tauke-
cendawan-tiram kelabu.
Hartati, E. W. T., & WPD, A. R. A. Kajian Pertumbuhan Dan Hasil Cendawan
Tiram Putih Pleurotus Ostreatus Pada Berbagai Komposisi Medium Tanam.
Jurnal pembangunan pedesaan journal of rural development, 37.
Tugong, Agnes. (2014). Perusahaan cendawan dipergiat. Dicapai pada 28 Oktober
2014, dari http://www.theborneopost.com/2014/05/22/perusahaan-cendawan-
tiram-dipergiat/#ixzz3HOnUdZ54
Willis, W. L., Wall, D. C., Isikhuemhen, O. S., Ibrahim, S., Minor, R. C., Jackson, J &
Anike, F. (2012). Effect of different mushrooms fed to eimeria-challenged
broilers on rearing performance. Int J Poult Sci, 11(7), 433-7.
77
e-Book Bera - Best Writing 2018
KAJIAN KEPUASAN MAJIKAN TERHADAP GRADUAN
KOLEJ KOMUNITI BERA
Amir Bin Abdullah
Unit Latihan Industri
[email protected]
1. PENGENALAN
Keupayaan memanipulasi pembangunan sumber manusia (modal insan)
dengan baik akan menyebabkan sesebuah negara mampu bersaing dengan negara
maju yang lain walaupun tidak mempunyai sumber fizikal yang baik. Firma yang
menyediakan latihan, pengetahuan, kemahiran dan pendidikan kepada sumber
manusia akan menyebabkan pencapaian syarikat menjadi bertambah baik.
Sesebuah organisasi yang memiliki sumber manusia (modal insan) yang dapat
menangani perubahaan persekitaran seperti k-ekonomi dan globalisasi akan
memudahkan matlamat sesebuah organisasi dicapai Pendidikan Teknikal dan
Vokasional perlu mengintegrasikan elemen kemahiran kebolehkerjaan dalam
kurikulum supaya graduan releven dengan permintaan majikan dan industri.
Hal ini selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang sentiasa
berusaha memastikan graduan yang dihasilkan bukan sahaja cemerlang akademik
malah bersedia bersaing di pasaran kerja global termasuk di dalam syarikat Malaysia
yang beroperasi di luar negara (Abd. Hair et al., 2013). Sehubungan dengan itu, aspek
kepuasan majikan terhadap graduan kolej komuniti merupakan salah satu aspek yang
perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan kolej komuniti.
Kepuasan majikan dalam konteks kajian ini, kepuasan majikan merujuk
kepada keupayaan pelajar menjalankan atau melaksanakan tugasan yang diberikan
dengan baik serta memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh majikan. Menurut
Marchant (2017), kepuasan majikan bermaksud kepuasan yang dikaitkan dengan
prestasi tinggi di mana kepuasan dalam pencapaian dan hubungan kerja yang
berkesan.
78
e-Book Bera - Best Writing 2018
Graduan yang diingini oleh majikan pada masa kini ialah tenaga kerja yang
mempunyai kemahiran teknikal dan kemahiran kebolehkerjaan. Justeru, kajian ini
bertujuan untuk menilai kemahiran kebolehkerjaan pelajar Kolej Komuniti Bera (KKB)
menurut kaca mata majikan.
2. OBJEKTIF, PERSOALAN KAJIAN DAN KEPENTINGAN KAJIAN
Objektif Kajian
Secara khusus tujuan kajian ini adalah untuk:
1. Mengenal pasti tahap kemahiran graduan KKB berdasarkan persepsi majikan.
2. Mengenal pasti tahap pengetahuan graduan KKB berdasarkan persepsi majikan.
3. Mengenal pasti tahap kemahiran insaniah graduan KKB berdasarkan
persepsi majikan.
Persoalan Kajian
1. Apakah tahap kemahiran graduan Kolej Komuniti Bera berdasarkan
persepsi majikan ?
2. Apakah tahap pengetahuan graduan KKB berdasarkan persepsi majikan?
3. Apakah tahap kemahiran insaniah graduan KKB berdasarkan persepsi majikan?
Kepentingan Kajian
Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu Kementerian Pendidikan
Malaysia amnya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kolej Komuniti
Bera khususnya dalam perancangan program. Dapatan kajian ini boleh dijadikan
tanda aras bagi penggubalan kurikulum di kolej komuniti terutama elemen
kemahiran kebolehkerjaan.
Pihak industri juga boleh menggunakan dapatan kajian ini untuk pengetahuan
tentang keperluan kemahiran kebolehkerjaan dalam kalangan pekerja yang diambil
bagi meningkatkan produktiviti kerja dan seterusnya meningkatkan produktiviti
syarikat. Pengurusan sumber manusia yang lebih terancang dapat diolah dengan
lebih teratur supaya pekerja yang berkemahiran dapat digunapakai dengan lebih
79
e-Book Bera - Best Writing 2018
optimum. Kajian ini menjadi garis panduan bagi pihak industri dalam
merancang keperluan ekonomi di era globalisasi.
3. SOROTAN KAJIAN
Para majikan menginginkan pekerja yang mempunyai pelbagai kemahiran
pekerjaan termasuk pengetahuan dan kemahiran insaniah. Kebolehkerjaan graduan
yang dihasilkan juga merupakan kayu pengukur kepada kejayaan kolej komuniti dan
program yang diikuti oleh pelajar tersebut. Justeru, amatlah penting untuk pihak
kolej komuniti melahirkan para graduan yang mempunyai ciri-ciri pekerja yang
berkualiti seperti mana yang dikehendaki oleh para majikan.
Pekerja berkualiti merujuk kepada ciri-ciri individu yang dikaitkan dengan prestasi
kerja yang berjaya (Butcher et al., 2011). Australian Council for Education
Research/ACER (2002) merumuskan tenaga kerja berkualiti memiliki kompetensi yang
diperlukan bukan sahaja untuk berjaya dalam dunia pekerjaan malah dalam kehidupan.
Pekerja berkualiti juga bukan sahaja mahir dan pakar dalam pekerjaannya tetapi juga
memiliki akhlak serta kelakuan yang terpuji. Mereka adalah pekerja yang produktiviti
berupaya menyumbang kepada kecemerlangan organisasi .
Pengetahuan, kemahiran dan kemahiran insaniah juga perlu seiring dalam
kebolehkerjaan dan merupakan indikator yang penting dalam dunia pekerjaan hari
ini. Para pekerja hari ini tidak dapat dianggap lengkap atau tidak berketrampilan jika
mereka hanya memiliki kemampuan teknikal yang baik tanpa pengetahuan dan
kemahiran kebolehkerjaan. Dengan kemahiran kebolehkerjaan akan mendapat
peluang pekerjaan lebih luas, berkekalan dan seterusnya berjaya dalam pekerjaan.
Dengan penerapan kemahiran kebolehkerjaan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran akan membantu pelajar sebagai persediaan untuk menghadapi alam
pekerjaan kelak.
Kini, majikan bukan sahaja melihat kepada kelayakan akademik semata-mata
tetapi juga melihat kepada keupayaan atau kemahiran graduan dari aspek spiritual
dan keusahawanan. Permasalahan isu kemahiran yang perlu dimiliki oleh graduan di
80
e-Book Bera - Best Writing 2018
samping mempunyai kelulusan akademik yang baik. Penemuan kajian mereka
mendapati graduan yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi seperti
berkebolehan bekerja sendiri, kemahiran teknologi maklumat, kepimpinan, mudah
menyesuaikan diri dan kemahiran intelektual telah membantu graduan untuk
mendapatkan pekerjaan dalam tempoh singkat.
Menurut Gunn et al., (2010), kebolehpasaran graduan merujuk kepada
kemahiran yang meliputi personaliti, kemahiran interpersonal dan juga sikap dan
tingkah laku yang baik. Ia menyatakan bahawa dalam keadaan dunia pekerjaan
yang sentiasa berubah, para majikan industri memerlukan para pekerja yang lebih
kreatif, fleksibel, dan mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi. Banyak kajian
kebolehpasaran graduan yang dijalankan oleh para penyelidik terdahulu mendapati
majikan memerlukan pekerja yang mempunyai sikap positif, kemahiran efektif,
kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran membuat keputusan, kemahiran
bekerja dalam kumpulan, berdaya usaha, interpersonal dan juga kemahiran
memimpin (Goodwin & Vicki, 2012).
4. PERNYATAAN MASALAH
Kajian Pengesanan Graduan menunjukkan pengangguran disebabkan oleh
kurangnya kemahiran yang diperlukan bagi menjamin kebolehpasaran. Esa et al.,
(2014) juga mendapati bahawa kebanyakan pelajar kejuruteraan mempunyai
kemahiran teknikal yang baik, namun kemahiran insaniah mereka tidak berada di
tahap yang sama. Ini adalah kerana mereka mempunyai kekurangan dari segi
komunikasi, keyakinan diri, dan penyesuaian diri di tempat kerja. Perkara ini perlu
diberi perhatian memandangkan para majikan memerlukan graduan yang
menyerlah dalam kemahiran insaniah yang merangkumi kemahiran komunikasi,
kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, serta mempunyai sikap
yang positif terhadap kerja.
Para pengkaji berpendapat ketidaksepadanan pengetahuan dan kemahiran
yang berlaku dalam kalangan graduan adalah jurang di antara kriteria yang
diperlukan oleh industri dengan pendidikan yang dilalui para graduan. Berdasarkan
81
e-Book Bera - Best Writing 2018
kajian Bilal dan Ummah (2016), terdapat kelompangan dari segi pengetahuan
teorikal dan praktikal dalam kalangan pelajar di sebuah universiti semasa mereka
menjalani latihan industri.
Justeru, terdapat keperluan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan
kemahiran insaniah bagi graduan Kolej KomunitiJusteru itu kajian ini dijalankan untuk
melihat permasalahan ini samada dari graduan ataupun sebaliknya. Sektor industri
juga digesa memberi sokongan penuh terhadap pelaksanaan Dasar Latihan Industri
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menggalakkan pihak berkenaan menyuntik
input kepada kurikulum kolej komuniti dan bekerjasama untuk penempatan pelajar di
syarikat tempatan dan multinasional.
5. METODOLOGI
Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian kuantitatif yang melibatkan seramai 8
orang majikan kepada bekas pelajar KKB di sekitar negeri Pahang. Borang soal
selidik diperoleh dari Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Penyelidik menggunakan Skala Likert Lima Mata. Mata yang diberi nilai 1
hingga 5 di mana 1 = Sangat rendah, 2 = Rendah, 3 = Sederhana, 4 = tinggi dan 5
= Sangat Tinggi. Seterusnya, borang soal selidik dikumpulkan untuk dianalisis
menggunakan program Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 23.
Penganalisisan data ini melibatkan statistik deskriptif untuk menerangkan
demografi sampel kajian seperti peratus dan frekuensi. Analisis secara statistik
deskriptif juga dibuat berdasarkan interpretasi skor min.
Skor min yang diperoleh ditafsirkan menggunakan cara interpretasi dapatan statistik
deskriptif adalah seperti Jadual 1.
82
e-Book Bera - Best Writing 2018
Jadual 1 Penilaian skor min
Skor min Interpretasi
3.67 hingga 5.00 Tinggi
2.34 hingga 3.66 Sederhana
1.00 hingga 2.33 Rendah
Sumber : Sumarni dan Jamil Ahmad (2002)
6.DAPATAN KAJIAN
Kajian ini melibatkan seramai 8 orang majikan kepada bekas pelajar KKB.
Profil responden kajian dilibatkan dalam kajian ini lebih terperinci dipaparkan
seperti Jadual 2 berikut.
Jadual 2 Profile Responden Kajian
Demografi Kekerapan Peratus
Nama Organisasi 1 12.5
Asia Aquaculture (M) Sdn Bhd 1 12.5
Bera Hatchery & Farm 1 12.5
Chicken Rice Shop 1 12.5
Embun Klasik Bridal Boutique 1 12.5
McDonalds 1 12.5
PTPTN 1 12.5
Teratak Ikan Bakar Sri Murni 1 12.5
Tiada Syarikat
Status organisasi 7 87.5
Swasta
83
Kerajaan/berkanun e-Book Bera - Best Writing 2018
1 12.5
Kluster Organisasi 3 50
Pertanian, Perhutanan dan 37.5 30
Perikanan 20
Fesyen dan kecantikan 1
Kewangan dan insuran/takaful 12.5
Penginapan dan aktiviti
perkhidmatan makanan dan 1
minuman 12.5
Bilangan graduan kk yang sedang 3
bekerja di organisasi tan/puan 37.5
Asia Aquaculture (M) Sdn Bhd
Bera Hatchery & Farm 1 10
Chicken Rice Shop 2 20
Embun Klasik Bridal Boutique 1 10
McDonalds 1 10
PTPTN 1 10
Teratak Ikan Bakar Sri Murni 1 10
Tiada Syarikat 1 10
2 20
Gaji permulan
RM501 – RM1,000 5
RM1,001 – RM1,500 3
RM1,501 – RM2,000 2
Jadual 2 menunjukkan bahawa berdasarkan majikan, seramai 8 majikan yang terlibat
dalam kajian ini iaitu Asia Aquaculture (M) Sdn Bhd (12.5%), Bera Hatchery & Farm
84
e-Book Bera - Best Writing 2018
(12.5%),Chicken Rice Shop (12.5%), Embun Klasik Bridal Boutique (12.5%), Mc
Donalds (12.5%), PTPTN (12.5%), Teratak Ikan Bakar Sri Murni (12.5%) dan Tiada
Syarikat (12.5%). Berdasarkan status organisasi, 7 organisasi (87.5%) adalah
swasta dan hanya satu (12.5%) organisasi Kerajaan/Berkanun. Berdasarkan kluster
organisasi, 37.5 % adalah daripada kluster Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
yang menyamai jumlah dengan kluster Penginapan dan aktiviti perkhidmatan
makanan dan minuman iaitu 3 majikan. Manakala, bagi kluster Fesyen dan
Kecantikan serta Kewangan dan insuran/takaful, masing-masing menyumbang
kepada 12.5 % bersamaan 1 orang majikan. Manakala bagi gaji permulaan, separuh
daripada majikan iaitu 50 % memberi gaji permulaan antara RM501 – RM1,000, tiga
majikan (30%) memberi gaji permulaan antara RM1,001 – RM1,500 dan dua
majikan (20%) memberi gaji permulaan antara RM1,501 – RM2,000
7.ANALISIS DAPATAN KAJIAN
Analisis dapatan kajian yang dihuraikan berikut mengikut persoalan kajian yang
telah dinyatakan pada bahagian sebelumnya. Hasil analisis dapatan kajian
dipaparkan seperti berikut.
Jadual 3 Dapatan bagi Konstruk Kemahiran
No Item Min Sisihan Interpretasi
4.10 Piawai
1 Kemahiran pengurusan maklumat
Information management skills 0.567 Tinggi
Kemahiran menggunakan komputer
2 Computer skills to process 4.20 0.632 Tinggi
information
Kemahiran memilih peralatan
3 Skills in choosing 4.70 0.483 Tinggi
equipment/technology
Kemahiran berfikir secara kreatif dan
4 inovatif 4.50 0.527 Tinggi
Skills in creative and innovative
thinking
Kemahiran membuat
5 keputusan mudah 4.70 0.483 Tinggi
4.60 0.516 Tinggi
Skills in decision making
6 Kemahiran menyelesaikan masalah
Skills in problem solving
JUMLAH 4.47 0.535 Tinggi
85
e-Book Bera - Best Writing 2018
Jadual 3 menunjukkan bahawa terdapat tiga item yang berada pada tahap tinggi,
item “Kemahiran memilih peralatan” (min = 4.70 dan sp = 0.483) dan item
“Kemahiran membuat keputusan mudah” (min = 4.70 dan sp = 0.483) mempunyai
kedudukan yang paling tinggi manakala item Kemahiran pengurusan maklumat (min
= 4.10 dan sp = 0) mempunyai kedudukan yang paling rendah dalam kategori item
yang sederhana.
Jadual 4 Dapatan bagi Konstruk Pengetahuan
No Item Min Sisihan Interpretasi
5.00 Piawai Tinggi
1. Pengetahuan teknikal berdasarkan
keperluan kerja 0.000
Technical knowledge based on job
requirement 5.00 0.000 Tinggi
4.00 0.000 Tinggi
2. Pengetahuan mengaplikasi teknologi
dalam kerja 4.90 0.316 Tinggi
Knowledge on technology application 4.73 0.316 Tinggi
3. Pengetahuan pengurusan tentang
organisasi
Knowledge on information
management
4. Pengetahuan berkaitan dengan
bidang tugas
Knowledge on job scope
JUMLAH
Jadual 4 menunjukkan bahawa terdapat keempat-empat item berada pada tahap
yang tinggi. Item Pengetahuan pengurusan tentang organisasi mempunyai skor min
paling rendah iaitu 4.00 dengan sisihan piawai 0.00.
Jadual 5 Dapatan bagi Konstruk kemahiran Insaniah
No Item Min Sisihan Interpretasi
Piawai
Berdisiplin dalam menjalankan tugas
1. Dicipline in work task 5.00 0.000 Tinggi
5.00 0.000 Tinggi
2. Kebolehan berkomunikasi lisan
Good communication skills 4.90 0.316 Tinggi
3. Kemahiran melaksanakan arahan
86
e-Book Bera - Best Writing 2018
Kebolehan bekerja secara 4.90 0.316 Tinggi
4. berpasukan
4.30 0.483 Tinggi
Able to work in a team 4.30 0.483 Tinggi
Kemahiran pengiraan
5. Able to count 4.90 0.316 Tinggi
4.00 0.000 Tinggi
6. Ketelitian dalam tugasan 4.67 0.239 Tinggi
Meticulous in task given
Ketepatan waktu
7. Practise moral values
Mempamerkan ciri-ciri
8. keusahawanan
Entrepreneurship skills
JUMLAH
Jadual 5 menunjukkan bahawa terdapat lapan item yang berada pada tahap tinggi,
item “Mempamerkan ciri-ciri keusahawanan” (min = 4.00 dan sp = 0.239)
mempunyai kedudukan yang paling rendah manakala item “Berdisiplin dalam tugas”
(min = 5.00 dan sp = 0.00) dan juga item “Kebolehan berkomunikasi lisan” (min =
5.00 dan sp = 0.00) mempunyai kedudukan yang paling tinggi.
Konstruk Jadual 6 Rumusan Keseluruhan S.P
Kemahiran Min 0.535
Pengetahuan 4.47 0.316
Kemahiran Insaniah 0.239
Min keseluruhan 4.73 0.363
4.67
4.62
Secara keseluruhannya setiap konstruk mempunyai kedudukan item yang
berada pada tahap tinggi.
87
e-Book Bera - Best Writing 2018
8. PERBINCANGAN
Kajian mendapati bahawa secara keseluruhannya kepuasan majikan
terhadap tahap kemahiran graduan Kolej Komuniti Bera adalah tinggi iaitu nilai min
4.62. Dapatan ini selari dapatan kajian Kwok et al., (2014) yang merumuskan
graduan yang berkeupayaan menguasai kemahiran mampu memperoleh pekerjaan
dan menepati kehendak pekerjaan. Justeru objektif kajian ini dapat dicapai.
Analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap kepuasan majikan terhadap
graduan KKB berada pada tahap tinggi. Perkara ini dapat memberi gambaran
secara keseluruhan bahawa graduan KKB mampu mencapai kualiti yang
dikehendaki oleh pihak majikan. Faktor ini berkemungkinan disebabkan kursus
akuakultur yang ditawarkan oleh pihak KKB dapat memberi nilai tambah kepada
pelajar yang mengikutinya serta sangat praktikaliti apabila mereka memasuki alam
pekerjaan.
Pihak Kolej Komuniti Bera dapat mengenalpasti kekuatan dan juga kelemahan
sistem pengajaran dan pembelajaran. Walaupun secara keseluruhannya, pihak
majikan menilai tinggi graduan KKB dari segi kemahiran dan pengetahuan teknikal
serta kemahiran generik, tetapi pihak Kolej Komuniti masih dapat mengesan ruang
yang dapat dipertingkatkan lagi. Seterusnya, mempunyai peluang untuk
meningkatkan mutu pendidikan dari segi teknikal dan kemahiran generik untuk
memastikan graduan KKB menepati semua kehendak yang diperlukan dalam alam
pekerjaan yang dinamik. Justeru menjamin graduan mempunyai nilai
kebolehpasaran yang tinggi.
Dapatan kajian menunjukkan seramai 93.33% pihak majikan sanggup
menerima graduan KKB sebagai pekerja jika terdapat kekosongan. Dengan itu,
majikan juga bermanfaat dengan langkah penambahbaikan yang akan diambil oleh
pihak KKB untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan teknikal serta
kemahiran generik graduan yang bakal menjadi pekerja mereka yang lebih terlatih.
Pasaran pekerja separa profesional dapat diisi dengan graduan yang menepati
keperluan dan kehendak industri tanpa perlu diberi latihan semula yang melibatkan
kos tambahan. Sumber tenaga terlatih ini akan dapat membantu pihak industri dan
majikan untuk bergerak dengan lebih maju.
88
e-Book Bera - Best Writing 2018
Namun, dapatan kajian ini juga memberi gambaran bahawa beberapa
perkara perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan dan tenaga pengajar KKB
terutama sekali mengenai kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif dan ciri-ciri
keusahawanan dalam kalangan
graduan KKB. Faktor ini berkemungkinan disebabkan pendekatan pengajaran
pensyarah di dalam kelas perlu dipelbagaikan lagi.
9.IMPLIKASI KAJIAN
Kajian ini diharapkan dapat memberi beberapa implikasi kepada beberapa pihak
yang berkaitan dalam bidang pendidikan tinggi. Antara implikasi kajian yang
diperoleh dari kajian yang dijalankan ialah:
1. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepuasan majikan terhadap graduan KKB
adalah berada pada tahap tinggi. Untuk itu, kajian ini membuktikan bahawa
PdP, persekitaran dan piawaian akademik yang diberikan oleh pihak KKB
adalah memuaskan.
2. Kajian ini juga membuktikan bahawa kurikulum kursus Sijil Akuakultur yang
disediakan oleh pihak Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
(JPPKK) adalah memuaskan dan menepati kehendak majikan.
10.PENUTUP
Secara rumusannya, dapatan kajian ini telah mencapai objektif kajian dan
menjawab persoalan kajian yang merangkumi analisis deskriptif. Kajian ini berjaya
mendapat maklumat tahap kepuasan majikan terhadap graduan KKB yang
mengambil Sijil Akuakultur. Namun, kajian ini hanya terhad di kohort graduan 2016
sahaja. Di harapkan kajian seterusnya akan melibatkan kohort graduan yang lebih
meluas lagi.
89
e-Book Bera - Best Writing 2018
RUJUKAN
Abd. Hair Awawang, Izz uraz lia Ibrahim, Mohd Yusof Hussain, Zaima h Ram li &
Novel Lyndon. (2013). Kualiti dan Prestasi Kerja Graduan Kolej Komuniti:
Penilaian oleh Majikan Bandar. Jurnal Akademika 83(1) 2013:65-76.
Bilal, M. N. M. & Ummah, M. A. C. S. 2016. A Case Study on the Impact of
Internship Training in Finding Successful Job Placements: With Special
Reference to South Eastern University of Sri Langka. Proceedings of the 3rd
International HR Conference, 3(1).
Butcher, Val, Smith, Judith, Kettle, Jane and Burton, Laila (2011). Review of good
practice in employability and Enterprise Development by Centres for Excellence in
Teaching and Learning. York: Higher Education Academy.
Esa, A., Selamat, A.S., Padil, S. & Jamaludin, J. (2014). Applications of soft skills in
engineering programme at polytechnic Malaysia. Procedia Social and
Behavioral Sciences, 140, 115-120.
Goodwin & Vicki (2012) “North West Graduate Employability Programme.” York:
Higher Education Academy.
Gunn, V. Bell, S and Kafmann. (2010) Thinking strategically about employability and
graduate attributes: Universities and enhancing learning for beyond university.
Enhancement themes. Available at http://www.enhancementthemes.ac.uk/
documents/G21C/Employability_230210.pdf
Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah:
satu penilaian. Tesis doktor Falsafah: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kwok, D., Gujral, M. & Chan, J. 2014. Work readiness: a study of student intern’s
self-perception and supervisor evaluation. International Conference on
Teaching & Learning in Higher Education, National University of Singapore.
Machart, R. 2017. The implementation of industrial training in tertiary education in
Malaysia: Objectives, realisations and outputs in the case of foreign language
students. International Review of Education, 63 (1), 103–122.
90
e-Book Bera - Best Writing 2018
NILAI, KEPERCAYAAN, SEMANGAT DAN BUDAYA YANG POSITIF DAPAT
MENINGKATKAN KECEMERLANGAN ORGANISASI
Asma Laily Binti Md Hanafiah
Unit Pengajian Am
[email protected]
Modal insan yang berkualiti dan produktif berupaya menyumbang kepada
perkhidmatan yang berkualiti dan mendorong kepada kecemerlangan organisasi.
Penguatkuasaan sistem-sistem nilai yang berpandukan kepada peraturan tetap dan
etika kerja adalah bertujuan untuk melahirkan pekerja-pekerja (kakitangan awam)
yang patuh, berdisiplin dan seragam mengenai perlakuan mereka.
Beberapa nilai utama yang dikategorikan sebagai nilai-nilai murni dalam
perkhidmatan awam telah diperkenalkan dalam setiap peringkat pentadbiran
kerajaan. Semua kakitangan awam hendaklah berpegang teguh kepada nilai-nilai
utama ini. Sebelas nilai utama yang perlu dipatuhi oleh kakitangan awam ialah
amanah, bertanggungjawab, ikhlas, dedikasi, sederhana, tekun, bersih, berdisiplin,
bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur.
Dasar kerajaan yang berkait rapat dalam melahirkan modal insan yang unggul
adalah seperti dasar bersih, cekap dan amanah. Dasar ini telah dilancarkan oleh Tun
Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat pada April 1982.
Tujuan dasar ini ialah untuk mewujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang
baru berpandukan nilai yang telah dikenal pasti dapat menghasilkan produktiviti dan
mutu kerja yang tinggi. Dasar ini berkehendakkan semua rakyat termasuk pegawai
awam memiliki moral yang tinggi, sifat bersih dari segi rohani dan jasmani,
menjalankan tugas dengan cekap, berketerampilan dan rela menjalankan tugas yang
dipertanggungjawabkan secara ikhlas dan tidak mementingkan diri sendiri.
Penjawat awam mestilah mempunyai moral yang tinggi, bertata tertib, tidak
menyeleweng dan tidak mengamalkan rasuah. Selain itu, mereka juga perlu bersikap
adil, tidak mementingkan diri sendiri serta tidak bersifat khianat dan hasad dengki.
Bagi meningkatkan kecemerlangan institusi, pihak kerajaan memastikan bahawa
91
e-Book Bera - Best Writing 2018
amalan yang cekap perlu dilakukan. Penjawat awam perlu berani dan cepat
membuat keputusan. Jika lambat bertindak, ia akan menjejaskan prestasi sesebuah
institusi. Sebarang krisis haruslah dihadapi dengan keadaan yang tenang. Sikap
tegas dan berpegang kepada prinsip merupakan amalan yang cekap kerana ia boleh
meningkatkan mutu kerja yang cemerlang. Berpengetahuan, berpengalaman dan
mahir dalam bidang tertentu perlu ada dalam setiap penjawat awam di samping
berkeyakinan terhadap diri sendiri. Setiap pegawai sektor awam hendaklah
menanam sifat luhur dan murni dalam diri sendiri. Sentiasa menjalankan tugas dan
tanggungjawab dengan gigih, ikhlas dan amanah. Sifat jujur juga perlu diterapkan
dengan berlaku jujur kepada diri sendiri, rakan-rakan sejawat dan organisasi.
Satu lagi dasar kerajaan yang berkait rapat dalam usaha melahirkan modal insan
yang unggul ialah dasar penerapan nilai-nilai murni. Pelaksanaan nilai-nilai murni
sesuai diamalkan dalam perkhidmatan awam kerana ia merupakan proses yang
tiada penghujung dan berterusan yang memerlukan usaha pemantauan serta
penambahbaikan yang berterusan dibuat dari semasa ke semasa. Kejayaan boleh
dilihat dalam jangka masa yang panjang. Nilai – nilai murni yang harus diterapkan
adalah seperti adil dalam pelantikan. Pemilihan, pelantikan kakitangan baru,
pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat hanya dibuat terhadap calon yang benar-
benar berkelayakan sahaja.
Penjawat awam tidak boleh khianat / menyeleweng terhadap tanggungjawab yang
diberikan dari segi penggunaan masa pejabat atau perbelanjaan wang awam.
Amanah diberi hanya kepada orang yang layak dan berhak menerimanya sahaja.
Selain itu, mereka perlu bertanggungjawab iaitu sanggup menerima hukuman
terhadap sebarang kesalahan / kecuaian yang dilakukan. Bekerja juga bukan
bertujuan untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya ikhlaslah dalam melakukan apa jua
pekerjaan. Bersungguh-sungguh sepenuh jiwa, masa dan tenaga tanpa rasa jemu
serta tabah menghadapi dugaan adalah salah satu nilai murni. Mereka juga perlu
berdisiplin dengan mematuhi segala peraturan, prosedur kerja dan arahan yang
92
e-Book Bera - Best Writing 2018
ditetapkan. Bersyukur iaitu redha dengan apa yang ada, tidak tamak atau dengki
terhadap orang lain adalah sikap yang terpuji di samping bersopan santun, suka
tolong menolong dan berbudi mulia. Sikap kepercayaan juga dapat meningkatkan
kecemerlangan institusi dalam melahirkan modal insan yang unggul. Kepercayaan
merupakan keselesaan terhadap seseorang. Keselesaan pula dikaitkan dengan
keyakinan dimana pihak lain mengambil berat tentang kebajikan orang yang
memberi kepercayaan itu dan pihak lain itu boleh diharapkan untuk memenuhi
segala harapan orang lain. Sikap saling percaya mempercayai antara rakan sekerja
perlu wujud dalam sesebuah institusi bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik
kepada pelanggan. Tanpa sikap kepercayaan, institusi tidak akan dapat berfungsi
dengan baik dan misi serta visi tidak dapat direalisasikan dengan sempurna.
Kepercayaan seseorang individu datangnya dari komunikasinya dengan orang lain.
Kemahiran komunikasi merupakan ciri penting ke arah pembangunan dan kemajuan
sumber manusia atau modal insan. Kemahiran komunikasi terbentuk menerusi
penerapan tiga faktor utama iaitu kejelasan, empati dan tindak balas yang membina.
Faktor-faktor ini amat penting bagi mewujudkan sistem pentadbiran dan pengurusan
yang berkesan. Mendengar merupakan proses yang paling kerap digunakan tetapi
faktor ini kurang mendapat tumpuan daripada pihak pengurusan. Menerusi proses
mendengar membuatkan seseorang itu lebih dipercayai. Mereka yang berkebolehan
mendengar dengan baik mematuhi arahan dengan cara yang terbaik, jarang
melakukan kesilapan, kurang bercakap dan lazimnya individu seperti ini menjadi
tumpuan rakan sekerja untuk mendapatkan nasihat.
Penjawat awam harus mempunyai semangat juang yang tinggi, tidak mudah
berputus asa jika sesuatu yang dilakukan tidak menemui kejayaan. Modal insan yang
unggul adalah modal insan yang bersemangat melakukan kerja tanpa merasa jemu
atau bosan. Mereka sentiasa mencetuskan idea yang baru dan segar dalam usaha
menjadikan institusi mereka setaraf dengan institusi lain yang cemerlang, terbilang
dan gemilang. Semangat seperti inilah yang dimahukan oleh kerajaan bagi menjamin
kesejahteraan negara.
93
e-Book Bera - Best Writing 2018
Budaya kerja yang positif dapat menjamin kecemerlangan institusi. Pihak atasan
harus memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan budaya kerja yang baik.
Budaya kerja yang positif penting kerana ia merupakan cara kakitangan bekerja.
Penerapan nilai-nilai dalam budaya kerja yang berkualiti mampu menampilkan
peribadi yang utuh. Bagi mengekalkan keutuhan peribadi, menghasilkan
perkhidmatan yang berkualiti dan budaya kerja yang cemerlang, setiap anggota
perkhidmatan awam hendaklah mengamalkan nilai-nilai yang diperkenalkan oleh
kerajaan iaitu Nilai-nilai Utama dalam Perkhidmatan Awam; Tonggak Dua Belas;
Etika Perkhidmatan Awam dan Keutuhan dalam Perkhidmatan Awam. Penghayatan
dan penerapan nilai-nilai murni dalam diri setiap individu kakitangan awam
merupakan aspek penting untuk mewujudkan sebuah perkhidmatan awam yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.
Dasar pendidikan negara juga dapat membentuk nilai, kepercayaan, semangat dan
budaya yang positif dalam melahirkan modal insan yang unggul. Pelaksanaan
Sistem Pendidikan Negara Malaysia berlandaskan kepada perakuan-perakuan
Penyata Razak 1956, Penyata Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961. Prinsip-
prinsip dan nilai-nilai yang terkandung dalam Rukun Negara dan Dasar Ekonomi
Baru telah dijadikan panduan bagi pelaksanaan dasar. Menerusi pelbagai cadangan
yang diperakukan, pelaksanaan dasar telah memperkemaskan dan
memperkukuhkan Dasar Pendidikan Negara. Pendidikan di Malaysia merupakan
satu usaha berterusan bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu. Proses ini adalah untuk membentuk insan yang seimbang dan
harmoni dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta mampu memberi sumbangan
bakti terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Selaras
dengan matlamat di atas, Falsafah Pendidikan Negara telah memperkenalkan,
dengan menggariskan tiga bidang utama iaitu perkembangan individu secara
menyeluruh, perpaduan rakyat dan kemakmuran negara. Berpandukan falsafah ini,
perkembangan individu secara menyeluruh dapat menyumbang ke arah pengekalan
perpaduan rakyat dan kemakmuran negara. Insan yang harmoni dan berakhlak mulia
dapat meningkatkan kecemerlangan institusi.
94