The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by uysl35, 2021-02-15 02:21:43

BUKU PANDUAN DISIPLIN KK BERA

BUKU PANDUAN DISIPLIN KK BERA

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

Prakata ii
Aluan Pengarah iii
Senarai Jawatankuasa iv
Peraturan Disiplin Kolej Komuniti Bera
Kementerian Pendidikan Malaysia 1
1
 Dasar Pengurusan Disiplin 1
 Kesalahan Jenayah 4
 Perpustakaan 6
 Pakaian dan Penampilan Diri 11
 Kebersihan di dalam Kampus 11
 Membuat Bising
 Tempat Tinggal/Tempat Tidur 12
13
di Kampus 13
 Kad Pelajar 14
 Tatatertib/Lalu Lintas Jalan 16
 Kaedah Hukuman
Kod Kesalahan 19
Aku Janji Pelajar Pematuhan 20
Peraturan Disiplin Kolej 21
Ikrar Pelajar 22
Carta Alir Aduan Pelajar
E-Aduan Pelajar 23
Peranan JPP dalam Pengurusan
Disiplin Kolej

i

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

PRAKATA

Daripada seluruh warga Kolej Komuniti Bera, kami
mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan
kehadiran anda untuk menjadi sebahagian daripada
keluarga besar Kolej Komuniti, Jabatan Pendidikan
Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan
Malaysia

Buku Panduan Disiplin Pelajar Kolej Komuniti Bera ini
merupakan satu sumber rujukan dan panduan kepada
semua pelajar kolej dan juga boleh menjadi panduan
kepada semua staf di Kolej Komuniti Bera

Semoga buku panduan ini dapat dimanfaatkan
sepenuhnya oleh pelajar dengan sebaik mungkin untuk
melahirkan pelajar yang berdisiplin tinggi dan bersahsiah
terpuji

ii

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

ALUAN PENGARAH

Kolej Komuniti Bera

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu
Kolej Komunti Bera. Tahniah diucapkan kepada semua
bakal Juara Akuakultur kerana berani menyahut cabaran
untuk maju kehadapan

Buku panduan ini adalah hasil rangkuman idea
Jawatankuasa Bengkel Pemurniaan Buku Panduan
Disiplin Pelajar Kolej Komuniti Bera dengan tujuan untuk
memberi rujukan kepada semua pelajar sepanjang
menuntut di kolej. Ia merupakan satu panduan untuk
mewujudkan keseragaman kepada semua pelajar kolej
tentang peraturan yang perlu diikuti oleh pelajar. Buku
panduan ini juga memaparkan saluran aduan yang boleh
dibuat oleh pelajar.

Akhir kata, diharap buku panduan ini mampu mencapai
hasrat, visi dan misi kementerian untuk melahikan modal
insan yang terunggul dan terbilang.

iii

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

SENARAI JAWATANKUASA

Pengerusi : Ahmad Arman bin Nor Anuar
Timbalan Pengerusi Pengarah, Kolej Komuniti Bera
Pemudahcara
Setiausaha : Wan Zufarhati bt Wan Ahmad
Timb. Pengarah,
Kolej Komuniti Bera

: Keadsrar Phongswat a/p Eteng
Pegawai Pembangunan Pelajar,
Kolej Komuniti Bera

: Siti Rahayu binti Sheikh Abdullah
Pegawai Pengambilan,
Kolej Komuniti Bera

Ahli :

1. Nurul Huda binti Mahasan
(KPro Akuakultur)

2. Asma Laily binti Md Hanafiah
(Penyelaras Psikologi)

iv

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

PERATURAN DISIPLIN

KOLEJ KOMUNITI BERA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. Dasar Pengurusan Disiplin

Dasar Pengurusan Disiplin Kolej Komuniti adalah
ditentukan oleh KPT. Seseorang pelajar adalah tertakluk
kepada Akta 174 [Akta Institusi-Institusi Pelajaran
(Tatatertib) 1976] dan pindaan-pindaannya di baca
bersama dengan Buku Panduan Dan Peraturan Am
Pelajar Kolej Komuniti. Pegawai-pegawai yang
bertanggungjawab dalam pengurusan disiplin di Kolej
Komuniti adalah seperti berikut:

a) Pengarah
b) KJKK
c) PHEP
d) Penyelaras Disiplin Kolej Komuniti (PDKK)
e) Penyelaras Disiplin Program (PDP)
f) Pegawai/Pensyarah yang diturunkan kuasa oleh

Pengarah

2. Kesalahan Jenayah

A. Mana-mana pelajar yang dituduh atau didapati
bersalah atas kesalahan jenayah, tindakan yang
boleh diambil adalah sebagaimana berikut:

1

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

i. Digantung menjadi pelajar Kolej Komuniti
[Subseksyen 14(1)].

ii. Diberhentikan menjadi pelajar Kolej
Komuniti [Subseksyen 14(2) dan 14(3)].

iii. Dalam masa menunggu keputusan
perbicaraan, ia tidak boleh berada di
dalam atau memasuki kampus Kolej
Komuniti.

B. Mana-mana kes jenayah yang diambil tindakan
oleh mahkamah luar atau mahkamah syariah
perlu disusuli dengan penggunaan Akta 174 yang
akan melibatkan tindakan penggantungan atau
pemberhentian pelajar dari Kolej Komuniti.

C. Kolej Komuniti perlu mendapatkan maklumat
jelas mengenai hukuman mahkamah tersebut
sebelum sebarang tindakan diambil mengikut
Akta 174.

D. Contoh kesalahan jenayah:

 Mencuri
 Merogol, mencabul
 Khalwat, perlakuan sumbang
 Dadah
 Lain-lain jenis kesalahan jenayah yang

dikenakan hukuman mengikut kanun
keseksaan

2

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

E. Seksyen/Subseksyen Akta 174 yang diguna
pakai apabila kesalahan jenayah dilakukan oleh
pelajar:

i. Subseksyen 14(1) Akta 174

Jika pelajar dipertuduhkan melakukan
kesalahan jenayah, ia hendaklah digantung
daripada menjadi seorang pelajar dan ia tidak
boleh berada di dalam atau memasuki kampus
Institusi dalam masa menunggu keputusan
perbicaraan jenayah itu.

ii. Subseksyen 14(2) Akta 174

Jika mahkamah mendapati sesuatu kesalahan
jenayah dibuktikan, pelajar tersebut hendaklah
berhenti menjadi seorang pelajar Institusi dan ia
tidak boleh berada di dalam atau memasuki
kampus Institusi.

iii. Subseksyen 14(3) Akta 174

Jika pelajar ditahan atau dikenakan apa-apa
perintah sekatan di bawah mana-mana undang-
undang bertulis berhubung dengan tahanan
pencegahan atau keselamatan dalam negeri,
hendaklah terhenti menjadi seorang pelajar di
Institusi dan tidak boleh berada di dalam atau
memasuki kampus Institusi.

3

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

Nota: Tidak terpakai jika tahanan bagi maksud
soal siasat sahaja

iv. Subseksyen 14(4) dan 14(5) Akta 174

Pelajar yang digantung [Subseksyen 14(1)] atau
terhenti menjadi seorang pelajar [Subseksyen
14(2) & (3)] tidak boleh diterima menjadi pelajar di
mana-mana Institusi lain dalam Malaysia
melainkan jika Menteri Pengajian Tinggi telah
memberi kelulusan bertulis.

v. Subseksyen 14(6) Akta 174
Seseorang pelajar yang digantung atau
diberhentikan daripada Institusi tetapi berada di
dalam atau memasuki kampus sesuatu Institusi
atau kampus mana-mana Universiti adalah
bersalahan dan apabila disabitkan boleh
dikenakan denda tidak lebih daripada Ringgit
Malaysia Satu Ribu (RM1,000.00) atau penjara
selama tempoh tidak lebih daripada enam (6)
bulan atau kedua-duanya.

3. Perpustakaan

Melanggar atau tidak mematuhi apa apa arahan atau
kehendak pegawai perpustakaan, seseorang kakitangan
perpustakaan atau lain-lain pekerja perpustakaan
tentang penggunaan perpustakaan, buku-bukunya dan
lain-lain kemudahan di dalamnya. Perincian kesalahan
adalah seperti berikut:

4

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

 Lewat/tidak memulangkan buku atau bahan
dalam tempoh yang ditetapkan.

 Merosakkan buku atau bahan.
 Menghilangkan buku dan bahan yang dipinjam.
 Bising/mengganggu ketenteraman di dalam

perpustakaan.
 Makan/minum/tidur/membuat sesuatu yang akan

menjejaskan suasana ketika di dalam
perpustakaan.
 Membawa makanan/minuman ke dalam
perpustakaan.
 Menggunakan kad perpustakaan pelajar lain.
 Melakukan perbuatan yang mencolok mata.
 Mencuri atau membawa keluar bahan majalah,
surat khabar, buku rujukan red spot dan bahan
berjilid tanpa kebenaran Pegawai Perpustakaan.
 Tidak mematuhi arahan etika berpakaian
mengikut Buku Panduan dan Peraturan Am
Pelajar Kolej Komuniti.
 Membawa masuk beg, fail besar, kamera, topi
keledar, jaket, senjata tajam atau yang
seumpamanya ke dalam perpustakaan.
 Mengoyak/menggunting/menconteng bahan-
bahan bacaan di perpustakaan.
 Merosak dan memusnahkan mana-mana harta
kepunyaan perpustakaan atau berkelakuan yang
boleh membawa kerosakan kepada bahan
tersebut.
 Tidak menjaga kebersihan perpustakaan.

5

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

 Mengubah susunatur perabot dan peralatan
perpustakaan.

 Menggunakan telefon mudah alih (handphone)
atau sebarang bahan elektronik sehingga
mengganggu ketenteraman orang lain.

4. Pakaian dan Penampilan Diri

Seseorang pelajar tidak boleh berpakaian dan berupa diri
secara tidak sopan atau bersesuaian bagi menghadiri
kuliah, tutorial, peperiksaan, kelas, bengkel atau
mengikuti atau menghadiri sebarang aktiviti sama ada di
dalam atau di luar kampus atau semasa berada di mana-
mana bahagian di dalam kampus.

A. Pelajar Lelaki

i. Pakaian

 Memakai baju kemeja yang tidak
berlengan.
Memakai baju ’T’ tidak berkolar kecuali
untuk aktiviti sukan.

 Memakai baju ’T’ yang mempunyai tulisan
atau gambar yang membawa pengertian
liar, negatif, lucah atau mempunyai
lambang mana-mana parti politik.

 Memakai baju kemeja atau ’T’ yang tidak
dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).

6

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

 Memakai baju kebangsaan (baju melayu)
yang tidak lengkap bersamping, berkasut,
bersongkok hitam.

 Memakai pakaian yang bertampal, koyak
atau bertampung dalam apa jua bentuk
sekalipun.

 Memakai pakaian yang tidak dibutang atau
dizipkan dengan sempurna.

 Memakai tali pinggang atau fesyen kepala
tali pinggang yang tidak sesuai.

 Memakai seluar jenis jeans biru/denim atau
lusuh.

 Memakai seluar ketat.
 Memakai seluar half cut.
 Memakai kasut tanpa stokin.
 Memakai selipar, terompah, sandal, capal

atau berkaki ayam.
 Tidak memakai pakaian bengkel ketika

berada di bengkel.

ii. Rambut

 Rambut panjang melebihi paras kolar baju,
paras tepi melebihi paras atas telinga,
paras depan melebihi garisan tengah dahi.

 Rambut tidak kemas.
 Rambut berfesyen seperti afro, punk,

berekor atau diwarnakan.

7

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

iii. Perhiasan

a) Memakai sebarang bentuk perhiasan
seperti rantai, gelang tangan dan subang
atau apa-apa perhiasan diri yang
membawa maksud negatif.

B. Pelajar Perempuan

i. Pakaian

 Memakai pakaian yang mencolok mata
seperti pakaian yang ketat, jarang,
singkat, berbelah, nipis dan
mendedahkan mana-mana bahagian
badan.

 Memakai baju yang labuhnya di atas
paras punggung.

 Memakai skirt yang lebih pendek dari
paras lutut.

 Memakai baju ’T’ yang mempunyai tulisan
atau gambar yang membawa pengertian
liar, negatif, lucah atau mempunyai
lambang mana-mana parti politik.

 Memakai baju ’T’ tidak berkolar kecuali
untuk aktiviti sukan.

 Memakai pakaian yang bertampal, koyak
atau bertampung dalam apa jua bentuk
sekalipun.

8

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

 Memakai pakaian yang tidak dibutang
atau dizipkan dengan sempurna.

 Berseluar ketat, singkat atau
menampakkan susuk badan.

 Memakai seluar jenis jeans/denim,
banyak poket, corduroy.

 Memakai seluar half cut.
 Memakai selipar, terompah, sandal, capal

atau berkaki ayam.
 Tidak memakai pakaian bengkel semasa

berada di bengkel.

ii. Rambut

 Rambut tidak kemas.
 Rambut berfesyen seperti afro, punk,

berekor atau diwarnakan.

iii. Perhiasan

 Memakai perhiasan seperti rantai, gelang
tangan, cincin dan subang secara
berlebihan.

 Memakai perhiasan diri bukan pada tempat
sepatutnya.

 Bersolek secara berlebihan.

9

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

Gambar 1: Etika Pemakaian Pelajar di Kolej
10

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

5. Kebersihan Di Dalam Kampus

Seseorang pelajar tidak boleh melakukan sesuatu yang
boleh menjejas kebersihan dan kekemasan tempat
tinggal seseorang pelajar di dalam kampus atau
kebersihan atau kekemasan mana-mana asrama, dewan
kuliah, jalan, taman atau kebersihan atau kekemasan
mana-mana lain bahagian kampus atau kebersihan atau
kekemasan mana-mana bangunan atau binaan lain di
dalam kampus. Perincian kesalahan adalah seperti
berikut:

 Membuang sampah merata-rata di sekitar

kampus.

 Menampal sebarang notis dan iklan tanpa

kebenaran pihak berkuasa kampus.

 Mengotorkan/meludah merata-rata di sekitar

kampus.

 Memetik/mematah/merosakkan pokok

hiasan/pokok bunga tanpa kebenaran pihak

berkuasa kampus.

6. Membuat Bising

Seseorang pelajar tidak boleh membuat apa-apa bunyi
atau bising, atau menyebabkan diterbitkan apa-apa
bising, dengan apa-apa jalan atau dengan apa-apa cara,
jika bising atau bunyi itu menyebabkan atau mungkin
menyebabkan kegusaran atau gangguan kepada orang-

11

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

orang lain di dalam kampus. Perincian kesalahan adalah
seperti berikut:

 Meninggikan suara atau mengeluarkan bunyi
bising sehingga menyebabkan kegusaran atau
gangguan kepada pihak lain di dalam kampus.

 Menggunakan peralatan elektronik/elektrik
sehingga menyebabkan bunyi bising dan
menimbulkan kegusaran atau gangguan kepada
pihak lain di dalam kampus.

 Menggunakan kenderaan bermotor yang
mengeluarkan bunyi sehingga menyebabkan
kegusaran atau gangguan kepada pihak lain di
dalam kampus. Perlakuan yang mencetuskan
bunyi bising yang menyebabkan kegusaran atau
gangguan kepada orang lain.

7. Tempat Tinggal/Tempat Tidur Di Kampus

Tiada seseorang pelajar boleh menggunakan atau
menyebab digunakan mana-mana bahagian kampus
atau mana-mana bahagian daripada mana-mana
bangunan di dalam kampus sebagai tempat tinggal atau
tempat tidur, kecuali tempat yang disediakan baginya
dalam asrama dalam Institusi. Perincian kesalahan
adalah seperti berikut:

 Menduduki atau menginap di dalam kampus
tanpa kebenaran.

12

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

8. Kad Pelajar

Institusi hendaklah mengeluarkan kepada tiap-tiap
pelajarnya suatu kad pengenalan yang disebut Kad
Pelajar yang mana hendaklah ada padanya foto pelajar
itu dan berupa dan mengandungi apa-apa butiran
sebagaimana yang ditentukan oleh PHEP. Perincian
kesalahan adalah seperti berikut:

 Tidak memakai Kad Pelajar semasa berada di
dalam premis/kampus.

 Tidak memakai Kad Pelajar pada
baju/jaket/blazer pada paras dada supaya boleh
dilihat dengan jelas.

 Memakai Kad Pelajar yang diconteng, diubahsuai
atau dipinda tanpa kebenaran pihak berkuasa
kampus.

 Memakai Kad Pelajar milik pelajar lain.

9. Tatatertib Lalu lintas Jalan

Bahagian IV Tatatertib Lalu lintas Jalan - Kaedah 35
hingga 47 (Sila rujuk Akta 174). Perincian kesalahan
adalah seperti berikut:

 Menggunakan kenderaan yang tidak didaftarkan
dengan pihak UHEP.

 Tidak mempamerkan pelekat kenderaan yang
sah.

13

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

 Tidak mematuhi had laju yang telah ditetapkan.
 Memandu/menunggang dalam keadaan yang

membahayakan.
 Menggunakan kenderaan yang mengeluarkan

bunyi bising/kuat/ubahsuai.
 Meletakkan kenderaan bermotor di tempat yang

tidak dibenarkan.
 Membawa pembonceng yang bukan muhrim

(berlainan jantina).
 Membawa pembonceng melebihi dari seorang.
 Memandu atau menunggang kenderaan di atas

koridor/beranda/kaki lima/halaman berkepung
atau dalam bangunan.
 Tidak memakai topi keledar semasa menunggang
dan membonceng motosikal.
 Menggunakan kenderaan tanpa lesen memandu,
cukai jalan dan insurans yang sah.
 Memandu atau menumpang kenderaan tanpa
memakai tali pinggang keledar.

10. Kaedah Hukuman

 Pelajar yang melakukan kesalahan kali pertama
akan diberi amaran.

 Pelajar yang melakukan kesalahan yang sama
untuk kali kedua dan berikutnya boleh dikenakan
denda maksimum sebanyak Ringgit Malaysia
Lima Puluh (RM50.00) bagi kesalahan-kesalahan
di bawah Perenggan 3(i), Kaedah-kaedah 6, 21,
22, 23 dan 25 manakala denda maksimum

14

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ratus
(RM100.00) bagi kesalahan-kesalahan Bahagian
IV - Tatatertib Lalu lintas Jalan.
 Namun begitu, Pengarah mempunyai budi bicara
untuk mengenakan kadar denda yang
bersesuaian.

15

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

KOD KESALAHAN

KOD KATEGORI KESALAHAN
1.1 RUPADIRI
1.2
1.3 Berambut panjang bagi pelajar lelaki
1.4 Rambut berfesyen – Afro, punk, berekor, dan diwarnakan
2.1 Memakai pakaian tidak dibenarkan pihak kolej
2.2 Memakai barang perhiasaan bagi pelajar lelaki
3.1
KAD PELAJAR
3.2 Tidak memakai kad pelajar
Memakai atau menggunakan kad pelajar lain
3.3
GANGGUAN SEKSUAL
3.4 Gangguan lisan – kata-kata, gurauan, bunyi, soalan,
panggilan telefon berbentuk ancaman, atau cadangan
3.5 seksual
Membuat isyarat tangan, bahasa isyarat,
4.1 pandangan/kerlingan yang membayangkan sesuait
4.2 niat/keinginan
4.3 Melakukan gangguan visual seperti menunjukkan bahan-
4.4 bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat
5.1 berunsur seksual, mendedahkan bahagian sulit
Melakukan gangguan fizikal seperti sentuhan tidak
diingini, menepuk, mencubit, menggesel badan, memeluk,
mencium, dan lain-lain
Melakukan gangguan psikolgi seperti mengulangi
jemputan sosial yang tidak diterima, memujuk untuk
bercumbu, dan lain-lain

VANDALISME
Merosakkan harta benda milik Kolej Komuniti, Kerajaan.
Awam, atau orang perseorangan
Menconteng dinding/notis rasmi/pekeliling rasmi
Merosakkan tanaman didalam/ luar premis Kolej Komuniti
Mengotorkan kawasan/bangunan Kolej Komuniti

JENAYAH
Berjudi, bertaruh @ bermain loteri

16

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

5.2 Mencuri, merompak, menyamun, memeras ugut, atau
menculik

5.3 Mengambil, mengedar, menyorok, menyimpan, atau
menjual dadah

5.4 Mengugut atau membuli
5.5 Bergaduh atau bersubahat dengan pergaduhan
5.6 Mengganggotai/memberi sokongan kepada kumpulan,

badan, atau pertubuhan haram
5.7 Terlibat dengan kegiatan pelacuran
5.8 Memiliki, menyorok, menyimpan, mengedar menjual,

dadah
5.9 Terlibat dengan demonstrasi haram
5.10 Memboikot/memulau aktiviti sah Kolej Komuniti
5.11 Memungut/cuba memungut wang dengan cara

persendirian, pertubuhan badan, atau kumpulan pelajar
5.12 Menghasut untuk tujuan memburukkan nama baik kolej
5.13 Menghasut pelajar lain melanggar tatatertib
5.14 Menghasut untuk tujuan mewujudkan suasana tegang,

perpecahan atau permusuhan
5.15 Meminum, mengedar, menyimpan, menyorok, atau

membuat minuman keras/bahan kimia yang memabukkan
dan mengkhayalkan1
5.16 Memberi dan mengedarkan maklumat palsu
5.17 Memalsukan tandatangan atau cop rasmi pihak kolej atau
pihak lain
5.18 Mengingkari arahan sah pihak berkuasa tatatertib,
pensyarah, pegawai, atau kakitangan Kolej Komuniti yang
diberi kuasa
5.19 Dituduh oleh mahkamah terbabit atau disyaki melakukan
kesalahan jenayah sivil atau jenayah syariah

KELAKUAN TIDAK SOPAN
6.1 Bercumbu-cumbuan
6.2 Berkhalwat
6.3 Menonton, memiliki, mendengar, menampal. Mengedar,

menyorok atau terlibat dengan pertunjukkan bahan-bahan
lucah

17

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

6.4 Biadap terhadap kakitangan atau pelajar kolej komuniti
6.5 Menghisap rokok di dalam kawasan premis/kampus
6.6 Mengganggu atau menghalang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran
6.7 Mabuk kerana minuman atau bahan yang diambil untuk

memabukkan atau mengkhayalkan
6.8 Membantah secara lisan atau bertulis mengenai

keputusan pihak kolej tanpa melalui kesalahan tidak
ditetapkan

LALU-LINTAS
7.1 Tidak mendaftar kenderaan bermotor persendirian yang

digunakan dalam kawasan kampus
7.2 Tidak mempamerkan pelekat kenderaan yang sah
7.3 Tidak mempunyai lesen memandu, cukai jalan, dan

insurans yang sah
7.4 Tidak mematuhi had laju ditetapkan
7.5 Menggunakan kenderaan bermotor yang mengeluarkan

bunyi bising yang kuat
7.6 Tidak memakai topi keledar semasa menunggang atau

menbonceng motorsikal
7.7 Membawa lebih dari seorang pembonceng motorsikal
7.8 Meletakkan kenderaan bermotor di tempat tidak

dibenarkan
7.9 Membawa pembonceng berlainan jantina
7.10 Tidak mematuhi arahan dan tanda lalu-lintas di dalam

kawasan kampus
7.11 Tidak mematuhi peraturan & undang-undang bertulis

keselamatan jalan raya yang ditetapkan oleh pihak
berkuasa JPJ dan PDRM

Jadual 1: Jadual Kod Kesalahan

18

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

AKU JANJI PELAJAR PEMATUHAN

PERATURAN DISIPLIN KOLEJ

Saya mengaku telah membaca dan memahami bahawa
sekiranya saya tidak mematuhi mana-mana peruntukan dalam
undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan atau
arahan tersebut, maka tindakan boleh diambil ke atas saya
menurut peruntukan undang-undang, kaedah-kaedah,
peraturan-peraturan atau arahan berkenaan, termasuklah
disingkirkan daripada Kolej Komuniti.

……………………………………………………… Tarikh:

(Tandatangan Pelajar)
Nama pelajar:

19

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

IKRAR PELAJAR

Bahawasanya kami,
Pelajar-pelajar Kolej Komuniti Bera

dengan ini berikrar dan berjanji
akan mematuhi semua peraturan dan undang-undang,

serta menumpukan semua usaha dan tenaga kami
untuk meningkatkan prestasi kami

dalam kegiatan akademik dan ko-kurikulum
bagi mengharumkan nama baik Kolej Komuniti Bera

Kami berjanji akan mencurahkan tenaga dan bakti kami
untuk memajukan diri, bangsa, agama dan Negara.

Jika kami didapati melakukan kesalahan semasa kami
menjadi pelajar,

kami dengan rela hati sedia menerima hukuman yang
diputuskan oleh pihak Kolej Komuniti Bera

termasuk diberhentikan menjadi pelajar Kolej Komuniti
dan ibubapa kami atau penjaga kami tidak akan
membuat sebarang bantahan
ke atas hukuman yang diambil ke atas kami

20

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

CARTA ALIR ADUAN PELAJAR

MULA Pelajar membuat aduan

Pelajar mengisi borang Aduan diterima oleh PHEP
Eaduan di pautan Tindakan dilaksanakan
selepas siasatan dibuat
http://form.jotform.me/905
77501630454 @ QR Code

disediakan
Siasatan dijalankan

SELESAI

21

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

E- ADUAN PELAJAR
Untuk memudahkan pelajar membuat aduan, unit disiplin
menyediakan pautan QR code dan akan membawa
pelajar ke pautan berikut:

(http://form.jotform.me/90577501630454)

Paparan E-Aduan

Pelajar boleh membuat aduan di paparan ini dan akan
diambil maklum oleh Penyelaras Disiplin Kolej.

22

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

PERANAN JAWATANKUASA PERWAKILAN
PELAJAR (JPP) DALAM PENGURUSAN DISIPLIN
KOLEJ

Jawatakuasa Perwakilan Pelajar (JPP) memainkan
peranan penting sebagai orang tengah antara pelajar dan
pengurusan kolej untuk menyampaikan masalah dan
aduan pelajar.

Para pelajar boleh menyampaikan masalah mereka
kepada JPP dan JPP boleh ajukan masalah tersebut
kepada pengurusan kolej melalui pautan E-Aduan dan
aduan akan diambil maklum oleh penyelaras disiplin
kolej.

Peranan JPP:

 Menasihati dan membantu pelajar sekiranya
masalah boleh diselesaikan tanpa melibatkan
pengurusan kolej.

 Membantu menyalurkan aduan pelajar kepada
pihak pengurusan.

 Mencadangkan kepada pihak pengurusan
sekiranya JPP mempunyai cadangan
penyelesaian kepada isu dan permasalahan para
pelajar.

23

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

PENGESAHAN PENGGUNAAN BUKU PANDUAN
DISIPLIN KK BERA

24


Click to View FlipBook Version