The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1. NURSYAHMALINA BINTI SUHADI
2. NURUL AQILAH BINTI SAFARI
3. NUR ATIKAH BINTI JASNI
4. NOR SHAKIRAH BINTI SARI
5. SOFIYA NABILA BINTI BAHARUDDIN
6. MUHAMMAD NAJMI NAIM BIN MUSTAFFA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nursyahmalina, 2022-06-11 13:27:43

Perkongsian Dapatan Kajian

1. NURSYAHMALINA BINTI SUHADI
2. NURUL AQILAH BINTI SAFARI
3. NUR ATIKAH BINTI JASNI
4. NOR SHAKIRAH BINTI SARI
5. SOFIYA NABILA BINTI BAHARUDDIN
6. MUHAMMAD NAJMI NAIM BIN MUSTAFFA

Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

EDUP3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
(CHILD DEVELOPMENT)

Nursyahmalina Binti Suhadi
Zaiton Binti Sharif, Ed.D

TAJUK :
ISU DAN CABARAN ‘MISKIN DIGITAL’ TERHADAP

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1

1.0 PENGENALAN
Dasawarsa ini, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilakukan bagi
mencapai matlamat pendidikan negara walaupun wabak Covid-19 menular. Namun, isu
‘miskin digital’ yang melibatkan 1.7 juta pelajar tidak mempunyai gajet seperti telefon,
komputer tablet dan capaian internet yang pantas untuk meneruskan sesi pembelajaran
dalam talian (“1.7 Juta Pelajar Hadapi ‘Miskin Digital’”, 2020).

2.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN PELAJAR
Perkembangan kanak-kanak dilihat melalui konteks yang dilabelkan oleh
Brofenbrenner sebagai “sistem mikro” iaitu merujuk kepada pengalaman dan
hubungan harian kanak-kanak dalam konteks asas keluarga dan alam persekolahan
(Wan Anita Wan Abas & Azizah Hamzah 2017). Maka, isu ‘miskin digital’ akan
memberi perbezaan pada peringkat perkembangan antara pelajar yang terlibat
dengan pelajar yang tidak terlibat daripada aspek kognitif dan sosio-emosi kerana
wujudnya jurang antara dua kelompok murid seperti kekurangan gajet, capaian
internet tidak baik dan kedudukan geografi.

2.1 ASPEK KOGNITIF
Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010) kognitif bermaksud proses mental untuk
mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu. Kognitif juga merujuk kepada proses
perkembangan keupayaan berfikir dan menaakul yang berlaku selari dengan
perkembangan sosioemosi, fizikal dan penguasaan kemahiran berbahasa (Wong Kiet
Wah et al., 2016).

Konsep Ekuilibrasi antara Pelajar Terlibat dengan Isu “Miskin Digital”dengan
Pelajar Tidak Terlibat

Perkembangan kognitif antara pelajar “miskin digital” dengan pelajar bukan “miskin
digital” memberi perbezaan yang ketara iaitu konsep ekuilibrasi tidak dapat berlaku
dengan baik untuk pelajar “miskin digital” manakala konsep ekuilibrasi berlaku dengan
baik untuk pelajar yang tidak terlibat. Konsep ekuilibrasi ialah teoripembelajaran Jean
Piaget yang menerangkan tentang cara-cara pemikiran kanak-kanak beralih dari satu
peringkat ke peringkat yang berikutnya iaitu denganmencapai keseimbangan untuk
mengatur pengalaman bagi penyesuaian maksimum (Desak Gede Wirayanti Estini,
2015).

1

Konsep ekuilibrasi dapat berjalan dengan optimum bagi pelajar yang tidak
terlibat dengan isu ini. Mereka dapat membiasakan diri belajar dalam suasana
norma baharu dan meninggalkan gaya pembelajaran dahulu iaitu sebelum
wujudnya PdPR. Contohnya, pelajar berjaya melaksanakan PdPR dengan mahir
dalam mengendalikan gajet seperti menggunakan aplikasi Google Meet. Hal ini
dapat mengasimilasikan kebanyakan fungsi baharu dalam gajet dan ia
menerangkan ekuilibrasi telah dicapai melalui proses asimilasi dan pembelajaran
baharu berlaku dengan mudah kerana dapat menyesuaikan maklumat baharu ke
dalam struktur kognitif tanpa sebarang masalah (Wong Kiet Wah et al. 2016).

Berbeza pula pelajar yang terlibat dengan isu ini iaitu konsep ekuilibrasi tidak
berlaku dengan baik kerana tiada konflik kognitif yang perlu diselesaikan. Hal ini
kerana faktor tidak mempunyai peranti dan capaian internet yang pantas untuk
pelajar mengubahsuai cara pembelajaran kepada norma baharu dengan
membiasakan diri menggunakan gajet bagi melaksanakan PdPR. Piaget
berpandangan bahawa perubahan konitif berlaku apabila pergolakan kognitif yang
nyata antara keadaan ekuilibrasi dengan ketidakseimbangan semasa pertukaran
proses asimilasi dan akomodasi menerima maklumat baharu (Sitti Aisyah Mu’min,
2013).

Peringkat Operasi Konkrit Pelajar Terlibat dengan Isu “Miskin Digital”
dengan Pelajar Tidak Terlibat

Selain itu, persamaan juga dapat dilihat melalui perkembangan kognitif antara
pelajar “miskin digital” dengan pelajar bukan “miskin digital”. Persamaannyaialah
pengurangan penguasaan penaakulan logik yang terikat kepada pengalamanderia
dan motor konkrit. Berdasarkan pembelajaran Piaget pada peringkat operasikonkrit
kanak-kanak dapat mempertimbangkan beberapa ciri objek secara serentak dan
bukan fokus kepada satu ciri sahaja (Sitti Aisyah Mu’min, 2013). Contohnya, belon
merah yang telah ditiup pelajar dapat menjelaskan ciri-ciri belontersebut seperti
bulat, berwarna merah, besar dan ringan.

Walaubagaimanapun, PdPR menghalang pelajar untuk menguasai
penaakulan logik yang terikat dengan pengalaman deria dan motor konkrit. Hal ini
kerana pada peringkat ini pembelajaran perlu berbentuk konkrit dan bukannya
abstrak kerana ia boleh membuatkan pelajar keliru dan tidak faham (Dian Andesta
Bujuri, 2018). Jika dahulu PdP memudahkan guru untuk menyediakan bahan

3

konkrit untuk kefahaman pelajar. Contohnya, guru membawa 10 biji bola untuk
melakukan aktiviti penolakan dan penambahan bagi matapelajaran matematik dan
kesannya pelajar mudah memahami kerana objek yang digunakan boleh dirasai
melalui pancaindera.

Namun, PdPR mempunyai perantara guru dan pelajar iaitu gajet dan tidak
berada pada satu tempat yang sama. Guru akan sukar untuk menyediakan objek
maujud untuk pelajar lebih faham dan impaknya pelajar sukar untuk merangsang
perkembangan kognitif seperti penguasaan konsep kekalan. Konsep kekalan ialah
bilangan tetap sama walaupun susunan objek yang mewakili bilangan tersebut
berubah (Joko Suratno et al., 2016).

Kontradiksinya, kesukaran PdPR adalah menyediakan objek maujud dan
membuat aktiviti secara hands-on untuk melibatkan pengalaman secara langsung
dan ia melibatkan kedua-dua kelompok pelajar. Kesannya, kefahaman tidak
secara optimum kerana hanya menatap skrin pada peranti bagi pelajar bukan
“miskin digital” dan kekeliruan akan meningkat kepada pelajar “miskin digital”
kerana ia berbentuk abstrak dan bukannya konkrit. Maka, persamaannya melalui
pengurangan penguasaan penaakulan logik yang terikat kepada pengalaman
deria dan motor konkrit kerana pada peringkat operasi konkrit pelajar memerlukan
bantuan objek maujud untuk merangsang kefahaman.

Zon Perkembangan Proksimal Pelajar Terlibat dengan Isu “MiskinDigital”
dengan Pelajar Tidak Terlibat

Perbezaan perkembangan kognitif juga dapat dilihat melaluizon perkembangan
proksimal (ZPP) berdasarkan teori perkembangan kognitif Vygotsky (Wong Kiet
Wah, 2016). ZPP bagi pelajar bukan “miskin digital” akan berkembang dengan baik
dan memberi kesan yang positif. Hal ini kerana wujudnyascaffolding iaitu perancah
yang menyokong proses pembelajaran (Shvarts, A. & Bakker, A., 2019). Walaupun
PdPR terpaksa dijalankan pelajar boleh berinteraksi dan mendapat bimbingan
daripada guru mereka. Kebiasaannya, guru akan memberi tugas kepada pelajar
untuk diselesaikan dan tugasan tersebut akan berada dalam kawasan ZPP dan ia
akan mencapai tahap maksimum apabila pelajar mempelajari kemahiran baharu
dan aras ZPP akan lebih meningkat serta ia menjadikan perkembangan kognitif
pelajar lebih pesat.

Pelajar “miskin digital”, kawasan ZPP mereka tidak berkembang dengan baik
4

kerana kurangnya interaksi dan bimbingan daripada guru iaitu pakar dalam
pembelajaran. Guru boleh diibaratkan sebagai scaffolding yang membantu murid
dalam menjalani PdPR iaitu dengan memberi penerangan yang teliti dan akan
melibatkan pelajar seperti bertanya soalan, meminta pendapat dan pembentangan
untuk merangsang pemikiran pelajar supaya turut serta dalam PdPR sekaligus
guru mengetahui keberkesanan pembelajaran. Namun, pelajar yang tidak
mempunyai capaian internet yang baik dan tiada peranti akan mengalami
gangguan untuk meningkatkan aras ZPP kepada yang lebih tinggi. Maka, ZPP bagi
pelajar ini hanya akan berada di bawah tahap perkembangan sebenar kerana
tugas yang diberikan oleh guru diselesaikan tanpa bantuan dan dilakukan secara
bersendirian atau tiada scaffolding.

2.2 ASPEK SOSIOEMOSI

Perbezaan perkembangan sosioemosi juga berlaku antara pelajar “miskin digital”
dengan pelajar bukan “miskin digital”. Perkembangan sosioemosi ialah
“keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindak balas
terhadap sesuatu situasi” (Wong Kiet Wah, 2016). Jelaslah bahawa kanak-kanak
dapat menunjukkan rangsangan yang positif atau sebaliknya terhadap sesuatu.

Keyakinan Diri Pelajar Terlibat dengan Isu “Miskin Digital” dengan
Pelajar Tidak Terlibat

Perbezaan keyakinan diri dapat dilihat antara pelajar “miskin digital” dengan pelajar
bukan “miskin digital”. Keyakinan diri dapat dibentuk dengan baik bagi pelajar
bukan “miskin digital” kerana mengikut teori perkembangan sosioemosi Erik
Erikson hubungan sosial antara kanak-kanak dengan individu yang berada di
persekitaran mereka amat penting bagi membantu perkembangan sosioemosi
(Wong Kiet Wah, 2016) dan Individu tersebuttermasuklah guru.

Guru dapat membantu dalam membentuk keyakinan diri pelajar bukan “miskin
digital” kerana tiada penghalang untuk berinteraksi dengan menggunakan
sebarang peranti. Contohnya, pelajar yang membuat pembentangan secara
langsung membuat kesilapan dalam pembentangan. Guru berperanan untuk
membetulkan kesilapan pelajar tersebut dengan berhemah seperti bercakap
dengan lembut dan tidak menyalahkan pelajar supaya keyakinan diri pelajar tidak
merundum. Kesannya, pelajar tersebut akan lebih yakin untuk membuat
pembentangan tersebut kerana pembetulan yang dilakukan oleh guru tersebut

5

dapat diterima. Secara tidak langsung ia akan membina keyakinan diri pelajar
tersebut untuk lebih yakin dan bersungguh-sungguh dalam mempelajari sesuatu
kemahiran. Perkara ini bertetapan dengan teori perkembangan sosioemosi Erik
Erikson iaitu peringkat4, kecekapan lawan rasa rendah diri. Pada peringkat ini
pelajar membentuk kemahiran tertentu dan mudah rasa rendah diri apabila
melakukan kesilapan (Hendra Naldi, 2018).

Berbeza pula dengan pelajar “miskin digital” iaitu keyakinan diri susah untuk
diperhatikan dan dibentuk oleh guru. Hal ini disebabkan keterbatasan interaksi
dengan guru dalam maya atau secara langsung. Ketiadaan capaian internet yang
pantas dan peranti yang baik menjadikan kesulitan untuk berhubung. “Miskin
digital’ bukan sahaja dilihat melalui ketiadaan perantimalah tiada kemahiran untuk
menggunakannya. Misalnya, pelajar membuat aktiviti pembentangan tidak
mengetahui ikon apa yang perlu ditekan dan fungsiikon tersebut. Kemahiran ini
tidak dapat dibentuk kerana tiada bimbingan dan pantauan dan ia akan
menghalang untuk membina kemahiran pelajar tersebut dan akan menemui
kegagalan dalam memahirkan diri dalam teknologi sekaligus memupuk rasa
rendah diri serta tidak mempunyai keyakinan diri unruk bersaing dengan pelajar
lain.

Kemahiran Sosial Pelajar Terlibat dengan Isu “Miskin Digital” dengan
Pelajar Tidak Terlibat

Kemahiran sosial juga dapat menentukan perkembangan sosioemosi pelajar
kerana ia mempunyai kaitan dengan peringkat umur yang telah ditetapkan. Hal ini
bertepatan dengan teori perkembangan sosioemosi Erik Erikson peringkat
perkembangan sosioemosi yang ke lima itaitu identiti lawankekeliruan peranan (Ina
Maria & Eka Rizki Amalia, 2018). Pelajar yang tidak terlibat dengan isu ini akan
mempunyai kemahiran sosial yang lebih baik iaitu petah berkata-kata memberi
pendapat dalam kelas dan bergaul dengan rakan-rakan di kelas secara maya.
Secara tidak langsung pelajar ini dapat menyelesaikan krisis identiti dengan
menguji pelbagai peranan, nilai danperhubungan sekaligus dapat membentuk jati
diri sendiri. Perkara ini menerangkan bahawa ketika PdPR berlangsung pelajar ini
mendapat banyak peluang untuk mencuba pelbagai kemahiran di samping dapat
mengenal sertamenghargai diri sendiri.

Selain itu, kemahiran sosial pelajar yang terlibat dengan isu ini susah untuk
dipupuk. Hal ini kerana ketika PdPR berlangsung guru akan cuba melibatkan
semua pelajar dalam aktiviti soal jawab namun pelajar yang tidak mempunyai

6

peranti dan tidak boleh hadie pembelajaran dalam talian tidak mendapatpeluang
tersebut dan guru susah untuk memantau serta membantu dalam membina
kemahiran sosial yang terbaik. Pada waktu ini pelajar akan berasa sedih dan
tertekan kerana tidak mempunyai peluang menghadiri PdPR dan pencarian jati
diri mereka akan menemui jalan buntu. Kesannya, mereka akan menjadi pendiam
dan introvert jika bergaul dengan masyarakat dan akan mengalami kekeliruan
dalam membuat pilihan.

Sikap Ketekunan Pelajar Terlibat dengan Isu “Miskin Digital” dengan
Pelajar Tidak Terlibat

Berdasarkan teori perkembangan sosioemosi Erik Erikson sikap ketekunanyang
tinggi pada peringkat 4 iaitu kecekapan lawan rasa rendah diri (Hendra Naldi,
2018). Pada peringkat ini pelajar mempunyai sikap ketekunan yang tinggi untuk
melakukan perkara baik dan berfaedah (Wong Kiet Wah, 2016). Pelajar yang tidak
terlibat dengan isu ini boleh dipupuk sikap ketekunan oleh guru kerana walaupun
PdPR guru akan memberi tugas untuk diselesaikan. Tugas yang berjaya
diselesaikan akan diberikan maklum balas yang positif kepada pelajar agar mereka
merasa dihargai dan lebih tekun untuk mempelajari sesuatu.

Namun, pelajar yang terlibat dengan isu ini mendapat kesulitan kepada guru
untuk memberi maklum balas dan sokongan kepada hasil kerja kerana tidak boleh
menghantar secara dalam talian. Kesannya, pelajar akan berasa tidak semangat
dan tidak mahu mencuba perkara baru dalam pembelajaran malah tugas yang
diberikan tidak akan disiapkan secara bersungguh. Hal ini akan memberi kesan
juga kepada emosi pelajar tersebut seperti rimas dan merasakan belajar ini satu
beban buat dirinya. Maka, sikap ketekunan pelajar “miskin digital” sukar untuk
dipupuk oleh guru kerana keterbatasan interaksi.

3.0 PERANAN GURU UNTUK MENJAMIN KUALITI PENDIDIKAN DALAM
KALANGANPELAJAR TERLIBAT DENGAN “MISKIN DIGITAL”

Peranan guru untuk menjamin kualiti pendidikan dalam kalnagan pelajar yang teribat
dengan “miskin digital” adalah melaporkan situasi pelajar “miskin digital” kepada
badan berautoriti. Badan berautoriti seperti pihak sekolah akan mengambil tindakan
dengan caramengumpul sumbangan melalui Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)
dan diberikan kepada pelajar yang terlibat. Bantuan kewangan ini akan digunakan
khas untuk membeliperanti yang sesuai bagi pembelajaran dalam talian. Kesannya,

7

pelajar akan mendapat peluang belajar dengan selesa menggunakan peranti yang
sesuai dan masalah utama kepada mereka untuk menyertai PdPR dapat
diselesaikan.

Selain itu, guru juga berperanan untuk memastikan anak murid mempunyai
peranti yang bagus untuk mengakses bahan pembelajaran, hadir PdPR dan boleh
berhubung dengan guru. Guru boleh memohon kepada pihak sekolah untuk
memberi pinjaman berlesen komputer riba sekolah kepada pelajar “miskin digital”.
Prosedur yang tersusun perlu dilaksanakan supaya komputer riba itu berjaya
dipinjamkan kepada pelajar. Syarat-syarat pinjaman perlu disertakan supaya pelajar
berasa tanggungjawab untuk memeliharahak kerajaan tersebut. Perkara ini dapat
membantu pelajar untuk mempunyai peranti yangterbaik sekaligus dapat membantu
perkembangan dari aspek kognitif dan sosioemosi pelajar. Kesannya, jurang antara
pelajar terlibat dan tidak terlibat dengan isu ini akan berkurangan.

Di samping itu, peranan guru ialah dengan menggunakan teknik pedagogi yang
kreatif seperti membuat nota ringkas dan membuat salinan fotostat seterusnya
diposkan kepada pelajar “miskin digital”. Cara ini dapat membantu pelajar untuk
tetap menerima pendidikan yang sama seperti pelajar lain walaupun mempunyai
sedikit kekurangan. Kesannya, pelajar tetap menerima maklumat pendidikan
sekaligus pendidikan berkualiti untuk pelajar “miskin digital” dapat diberikan.

4.0 RUMUSAN

Konklusinya, perbezaan peringkat perkembangan pelajar yang terlibat dalam isu
“miskin digital” dengan yang tidak terlibat daripada aspek kognitif dapat dilihat melalui
konsep ekuilibrasi, peringkat operasi konkrit dan zon perkembangan proksimal
pelajar tersebut. Selain itu, perbezaan dari aspek sosioemosi pula dapat dilihat
melalui keyakinandiri, kemahiran sosial dan sikap ketekunan antara pelajar “miskin
digital” dengan pelajar bukan “miskin digital”.

Seterusnya, peranan guru untuk menjamin kualiti pendidikan dalam kalangan
pelajar “miskin digital” ialah melaporkan situasi “miskin digital” kepada badan
berautoriti, memohon untuk diberi pinjaman berlesen bagi penggunaan komputer
riba sekolah dan menggunakan teknik pedagogi yang kreatif serta berkesan.
Penelitian ini dapat membantupendidikan negara Malaysia untuk lebih berkembang
maju dengan melahirkan pelajar yang terbaik walaupun berhadapan dengan isu
“miskin digital”.

8

RUJUKAN
Desak Gede Wirayanti Estini. (2015, October). Aktualisasi pemikiran Jean Piaget dalam

implementasi kurikulum 2013 (Suatu kajian teoritis). In Prosiding Seminar Nasional
MIPA.
Dian Andesta Bujuri. (2018). Analisis perkembangan kognitif anak usia dasar dan implikasinya
dalam kegiatan belajar mengajar. LITERASI (Jurnal Ilmu Pendidikan), 9(1), 37-50.
Hendra Naldi. (2018). Perkembangan Kognitif, Bahasa Dan Perkembangan Sosioemosional
Serta Implikasinya Dalam Pembelajaran. Jurnal Socius: Journal of Sociology Research
and Education, 5(2), 102-114.
Ina Maria & Eka Rizki Amalia. (2018). Perkembangan Aspek Sosial-Emosional dan Kegiatan
Pembelajaran yang Sesuai untuk Anak Usia 4-6 Tahun. Jurnal Pendidikan, 6(1), 1-15.
Joko Suratno, Niken Wahyu Utami, & Hariyati Hamid. (2016). Konsep Kekekalan Bilangan dan
substansi: Percobaan Pembuktian teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget. Delta-Pi:
Jurnal Matematika dan Pendidikan Matematika, 4(1).
Kamus dewan edisi keempat. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sitti Aisyah Mu’min. (2013). Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget. Al-TA'DIB: Jurnal
Kajian Ilmu Kependidikan, 6(1), 89-99.
Shvarts, A., & Bakker, A. (2019). The early history of the scaffolding metaphor: Bernstein,
Luria, Vygotsky, and before. Mind, Culture, and Activity, 26(1), 4-23.
Wan Anita Wan Abas & Azizah Hamzah. (2017). Media dalam kehidupan dan perkembangan
kanak-kanak. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 15(2), 27-39.
Wong Kiet Wah, Mohammad Isa Azis, Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan Kanak-kanak
Edisi Kedua. Oxford Fajar.
1.7 Juta Pelajar Hadapi “Miskin Digital”. (2020, November 23). BH Online.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/757190/17-juta-pelajar-hadapi-
miskin-digital

9

LAMPIRAN

GAMBAR 1 : Maklum balas Google Form

GAMBAR 2 : Maklum balas Google Form
10

GAMBAR 3 : Maklum balas Google Form

GAMBAR 4 : Maklum balas Google Form
11

Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

EDUP3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
(CHILD DEVELOPMENT)

Nurul Aqilah Binti Safari
Zaiton Binti Sharif, Ed.D

TAJUK :
ISU DAN CABARAN‘MISKIN DIGITAL’ TERHADAP

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1

1.0 PENGENALAN

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sudah menjadi satu perkara yang tidak asing lagi
didengari pada hari ini. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjadikan PdPR ini sebagai satu
alternatif bagi meneruskan sesi pembelajaran pelajar sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2020).Langkah ini merupakan langkah yang terbaik dalam usaha bersama menangani penularan Covid-
19 yangsedang melanda negara kita. Hal ini demikian kerana PdPR ini berkonsepkan pembelajaran
maya yangberasaskan elektronik, kelas digital dan pembelajaran jarak jauh. Walaubagaimanapun,
terdapat segelintir pelajar yang tergolong dalam kelompok miskin digital dan tidak mampu untuk
meneruskan sesipembelajaran dengan mudah.

2.0 DEFINISI MISKIN DIGITAL DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Miskin digital (MD) dapat didefinisikan dari segi keupayaan ekonomi seseorang dalam memiliki
komputer, telefon dan akses sambungan internet yang pantas terutama sekali dkawasan pedalaman
dan luar bandar (Luqman Arif Abdul Karim, April 2020). Miskin digital ini juga boleh dilihat apabila
seorang individu tidak mahir dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan
cekap manakala perkembangan kanak-kanak bermaksud tumbesaran kanak-kanak dari aspek fizikal
dan mental. Perkembangan kanak-kanak merupakan satu perkara yang penting dalam membentuk
peribadi, kognitifserta sosio-emosi kanak-kanak.

3.0 PERBEZAAN PERINGKAT PERKEMBANGAN MURID YANG TERLIBAT DALAM ISU “MISKIN
DIGITAL” DENGAN MURID YANG TIDAK TERLIBAT DALAM ISU MD

Aspek Kognitif
Kognitif bermaksud kognisi iaitu kefahaman intelektual seseorang. Persamaan bagi murid yang terlibat
dengan isu dan murid yang tidak terlibat adalah mereka masing-masing mempunyai pengetahuan
bahawa mereka bersekolah dan mereka di fasa belajar. Ini menunjukkan mereka mempunyai
pengetahuan yang sama dan ia bertepatan dengan teori Piaget yang mana seorangkanak-kanak
mempunyai skema yang sama iaitu sekolah merupakan tempat mereka menuntut ilmu (Wong Kiet
Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani, 2013). Walaupun mereka terlibat dalam isu miskin digital
ini, mereka pasti masih mempunyai rasa tanggungjawab untuk belajar dan menimba ilmu walau apa
halangan yang berlaku.

Perbezaan perkembangan kognitif murid yang terlibat dalam isu ini dan murid yang tidak terlibat
adalah dari segi pengalaman baharu yang mereka peroleh. Bagi murid yang mempunyai kemudahan
peranti dan internet yang baik sudah pasti perkembangan kognitif mereka dapat

2

berkembang dengan lebih baik kerana mereka dapat lebih banyak peluang mempelajari ilmu
baharu yang diajar oleh guru terutama sekali dalam menggunakan kemudahan teknologi digital
manakala bagi pelajar yang terlibat dalam isu ini, mereka tidak dapat mengintegrasi maklumat
atau pengalaman baharu ke dalam skema sedia ada seperti apa yang dikatakan oleh teori Piaget.
Kesannya, mereka yang terlibat dalam isu ini mengalami kesukaran dalam mengasimilasi
maklumat baharu kerana mereka tidak dapat pengalaman dan tidak tahu tentang dunia luar.

Perbezaan dari segi teori Vygotsky pula dapat dilihat pada peringkat scaffolding yang mana
perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secara maksimum dengan bantuan orang sekeliling
serta individu yang berkebolehan dalam memberi tunjuk ajar berbanding melakukan sesuatu
tugasan itu sendirian (Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani, 2013). Perkara ini
boleh dikaitkan dengan situasi murid miskin digital dan murid yang kaya digital. Contohnya, murid
yang kaya digital akan mendapat pertolongan dan bantuan yang rapi dan khusus dalam
menggunakan digital serta mereka juga dapat mengikuti kelas yang dilakukan oleh guru secara
sepenuh masa manakala murid yang miskin digital tidak dapat bimbingan dan interaksi yang
secukupnya kerana tidak dapat mengikuti PdPR yang telah dijalankan oleh guru.

Aspek Sosio-Emosi

Perkembangan dari aspek sosio-emosi adalah keupayaan kanak-kanak berinteraksi serta
memberikan tindak balas terhadap sesuatu situasi (Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah
Ruhani, 2013). Persamaan bagi pelajar miskin dan kaya digital dalam perkembangan ini adalah
mereka masih dapat memperoleh kemahiran bersosial dengan ahli keluarga. Hal ini kerana, pada
musim pandemik ini, kebanyakan ibu bapa mempunyai masa yang lebih dirumah daripada
sebelumnya. Ibu bapa mereka juga bekerja dari rumah dan komunikasi seharian sesama ahli
keluarga dapat membantu perkembangan sosio-emosi kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang
mempunyai adik beradik yang ramai juga merupakan satu kelebihan di waktu sebegini kerana
mereka dapat bersosial serta dapat meningkatkan kemahiran mengawal emosi kerana
perkembangan individu bergantung kepada tindak balas individu terhadap keperluan-keperluan
asasnya yang merupakan salah satu prinsip utama dalam teori Erik Erikson.

Kesan dari aspek sosial bagi pelajar miskin digital adalah mereka tidak dapat mempelajari dan
membentuk kemahiran-kemahiran baru. Pada peringkat kecekapan lawan rasa rendah diri dalam
teori Erik Erikson ini, murid mempunyai ketekunan yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara
yang baik dan berfaedah. Jadi, bagi mereka yang tergolong dalam miskin digital ini, kebolehan
mereka untuk mempelajari sesuatu menjadi terhad. Mereka juga akan rasa rendah diridan tidak
mahu bergaul dengan pelajar yang kaya digital ini apabila mereka berjumpa nanti. Hal ini kerana,
pelajar yang kaya digital mendapat kelebihan dalam mempelajari sesuatu lebih-lebih lagi

3

mereka juga dapat berkomunikasi dan bersosial secara terus dengan guru dan sesiapa sahaja dengan
kemudahan internet tanpa had ini manakal bagi murid yang miskin digital tidak dapat untuk melakukan
perkara sedemikian.

Perbezaan perkembangan bagi aspek emosi pula dapat dilihat bahawa murid yang miskin
digital ini pasti merasakan diri mereka ini bernasib tidak baik berbanding rakan-rakan mereka. Emosi
sedih seperti ini amat bahaya sekiranya tidak dikawal dan berlanjutan. Perkembangan emosi kanak-
kanak pada tahap ini tidak dapat dibentuk dengan baik akibat tiada pendedahan tentang bagaimana
cara untuk menangani emosi. Kesannya, kanak-kanak menjadi lebih cepat marah, tidak sabar
menunggu dalam semua perkara serta akan bertindak semberono seperti membaling dan
menghempas barang. Pelajar yang kaya digital ini pula mendapat pendidikan yang secukupnya dan
menjadikan mereka bijak dalam mengatur dan mengawal emosi. Perbezaaan ini sangat ketara dilihat
jika pelajar miskin digital ini sememangnya merasa kecewa apabila tidak dapat mengikuti pembelajaran
secara atas talian seperti rakan yang lain.

4.0 PERANAN GURU DALAM MENJAMIN KUALITI PENDIDIKAN

Pelbagai langkah yang dapat dilakukan bagi menjamin kualiti pendidikan walaupun berhadapan
denganpelbagai cabaran dan rintangan (Norazlin Mohd Rusdin & Siti Rahaimah Ali, 2019). Halangan
dan ujian bukanlah penghalang kepada seorang guru untuk memastikan kualiti murid yang dihasilkan
itu berjaya dan cemerlang. Perkembangan kanak-kanak dalam aspek kognitif dan sosio-emosi sangat
perlu diambilkira dalam memastikan kelangsungan kehidupan mereka agar menjadi lebih baik.

Antara peranan yang boleh dilakukan adalah guru menyediakan modul kepada murid secara
mingguan atau bulanan. Guru boleh mengedar modul tersebut dengan cara meninggalkan modul di
sekolah dan ibu bapa boleh mengambil pada bila-bila masa yang sesuai ataupun berjanji dengan ibu
bapa di sesuatu tempat yang lebih spesifik dan lebih dekat dengan rumah mereka. Penggunaan modul
ini adalah bertujuan untuk memastikan pelajar yang terlibat dalam isu miskin digital ini tidak keciciran
dalam pelajaran. Bagi murid yang tidak terlibat dalam isu ini, mereka boleh sahaja menghubungi guru
pada bila-bila waktu yang mereka mahukan kerana teknologi hari ini membolehkan kita untuk
berhubungtanpa sempadan masa dan jarak. Guru juga boleh menyediakan nota dan latihan awal dan
menghantardi dalam ruang sembang berkumpulan bersama ibu bapa. Pelajar yang berkongsi telefon
dan juga mempunyai capaian internet yang lemah ini tidak akan ketinggalan dalam pelajaran kerana
mereka bolehmengakses nota yang telah diberi pada waktu-waktu yang sesuai dengan mereka.
Penyediaan modul sama ada secara fizikal atau salinan lembut ‘softcopy’ amatlah membantu murid
dalam meneruskan pembelajaran mereka dan dapat mengurangkan isu keciciran pelajaran.

4

Peranan yang seterusnya adalah guru memaklumkan kepada pihak sekolah dan bekerjasama
mencari penaja agar dapat memberi peranti dan juga internet mudah alih kepada pelajar yang
terlibat dalam isu ini (Mahathir Yahaya & Wardatul Hayat Adnan, 2021). Peranti dan juga internet
pada hari ini merupakan perkara yang sudah menjadi kewajipan dalam setiap rumah. Hidup dalam
pandemik yang tidak pasti bila akan berakhir ini merupakan satu punca yang besar dalam
memastikan jaminan kualiti pendidikan dapat dicapai dengan baik. Guru mestilah cakna dan
mengambil data murid-muridnya dan mengenal pasti mereka yang benar-benar memerlukan
bantuan ini demi kelangsungan pembelajaran mereka dapat diteruskan dengan baik dan dapat
mencapai tahap perkembangan kanak-kanak yang optima.
5.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, isu miskin digital ini merupakan isu yang perlu diambil kira dan perlu diatasi dengan
segera agar keciciran pelajar dalam pelajaran tidak akan berlaku. Seorang guru mestilah bersabar
dan teruskan usaha dalam mendepani cabaran ini. Sistem pendidikan negara juga sedang
mengalami perubahan yang positif kepada pendekatan yang lebih tepat dan sesuai dengan
keperluan setempat. Pihak kerajaan dan guru mestilah berusaha untuk menambah baik setiap aspek
termasuklah murid yang miskin digital. Semua pihak mestilah berusaha bersama-sama dalam
memastikan setiap kanak-kanak, setiap murid dapat mencapai perkembangan kognitif dan sosi-
emosi yang baik agar dapat melahirkan generasi yang berkualiti pada masa akan datang. Oleh itu,
usaha yang berterusan ini mestilah mendapatkata sepakat dan satu hati yang teguh agar mutu
pendidikan pelajar tidak terus terjejas selamanya (Badrul Hafizan Mat Isa, 2021).

5

RUJUKAN
Badrul Hafizan Mat Isa. (2021 Februari 10). Mutu Pendidikan Pelajar Terus Terjejas Jika Isu PdPR Tidak

Ditangani. Utusan Malaysia Online. https://www.utusan.com.my/berita/ 2021/02/mutupendidikan
pelajar-terus-terjejas-jika-isu-pdpr-tidak-ditangani/
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah.
https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/manualpdpdr
Luqman Arif Abdul Karim. (2020 April 16). PKP: e-Pembelajaran Tidak Segerak Di Luar Bandar, Pedalaman.
Berita Harian Online. https://www. bharian.com.my/beritanasional/2020/04/677952/pkp
epembelajaran-tidak-segerak-sesuai-di-luar bandar-pedalaman
Mahathir Yahaya & Wardatul Hayat Adnan. (2021). Cabaran Pelajar Melalui Kaedah Pembelajaran Atas
Talian: Kajian Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia Jurnal Media dan Maklumat Vol. 14(1), 11
20, June 2021
Norazlin Mohd Rusdin & Siti Rahaimah Ali. (2019). Amalan Dan Cabaran Pelaksanaan Pembelajaran Abad
Ke-21 Proceeding of the International Conference on IslamicCivilazation and Technology
Management
Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. (2013) Perkembangan Kanak-Kanak Edisi Kedua.
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Yohanes Rudi Santoso. (2010). Teori Vygotsky dan Implikasinya Terhadap Pembelajaran
Matematika. Widya Warta: Majalah Ilmiah Universitas Katolik Widya Mandala Madiun, 34(02), 127
-135.

6

Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

EDUP3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
(CHILD DEVELOPMENT)

Sofiya Nabila Binti Baharuddin
Zaiton Binti Sharif, Ed.D

TAJUK :
ISU DAN CABARAN‘MISKIN DIGITAL’ TERHADAP

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1

1.0 PENGENALAN

Manusia merupakan sebaik-baik makhluk yang diciptakan oleh Allah. Nabi Adam dan
Hawa merupakan manusia pertama yang hidup di muka bumi ini. Namun, secara
realitinya, setiap manusia semestinya akan mengalami proses pertumbuhan,
perkembangan, perubahan diri dan cara hidup (Eni Fariyatul Fahyuni, 2018). Proses
perkembangan, perubahan diri serta cara hidup adalah bersifat kuantitatif kerana
perubahan tersebut tidak dapat diukur tetapi ianya jelaskelihatan berubah mengikut
peredaran masa. Sebagai contoh, perkembangan sosial, perkembangan kognitif,
perkembangan emosi dan sebagainya. Proses perkembangan bagi setiap individu
berlaku secara beransur-ansur, berterusan dan holistik bermula daripada peringkat
persenyawaan sehingga akhir hayatorganisma (Wong, K.W. et al., 2016). Jelaslah
bahawa, setiap individu akan mengalami proses perkembangan secara
berkesinambungan antara sesuatu aspek dengan aspek yang lain. Hal ini dapat
dibuktikan dari aspek kognitif dan bahasa, di mana setiap individu akan mengalami
perkembangan yang sama dan seiring tetapi pada kadar yang berbeza sama ada cepat
atau lambat.

2.0 PERBEZAAN PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK
KOGNITIF DAN SOSIO-EMOSI

Aspek Kognitif
Menurut teori perkembangan kognitif Vygotsky, saya berpendapat bahawa pendekatan
belajar melalui bimbingan merupakan salah satu pendekatan yang efektif bagi
seseorang individu itu. Hal ini demikian kerana teori Vygotsky mengatakan bahawa
pelajar akan menjadi organisma proaktif dan berpengalamansekiranya diberi didikan
melalui interaksi dengan situasi sosial mereka (Choi, C.H.et al., 2020). Menurut teori
Vygotsky, persekitaran sosial mempunyai kesan yang signifikan terhadap kualiti kognitif
dan proses kanak-kanak dibesarkan. Perkembangan kanak-kanak itu berlaku
berdasarkan pengurusan konflik yang mereka alami dan akan membentuk
pengetahuan melalui proses pemecahan masalah.

Hal ini dapat dikaitkan dengan teori ‘’scaffolding’’ di mana pelajar memerlukan
sesuatu kerangka untuk membantu proses pembelajaran mereka untuk mencapai
potensi yang maksimum. Menurut Gamal Kusuma Zamahsari et al. (2019),
‘’scaffolding’’ merupakan sejenis perancah yang akan digunakan untuk enjelaskan
pembelajaran bermakna yang diberikan oleh guru atau ibu bapa dalam membantu para
pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran mereka. Pada pendapat saya, proses

2

pembelajaran dapat diperolehi dengan mudah oleh para pelajar kerana mereka
mempunyai perencah, iaitu guru atau ibu bapa dalam memberikan bantuan bagi
menyelesaikan tugas atau masalah yang sukar bagi pelajar.

Oleh itu, berdasarkan isu yang terpampang di akhbar Berita Harian Online (2020),
kajian Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati 37% pelajar iaitu seramai 1.7 juta
pelajar di bawah KPM yang mengalami masalah ‘’miskin digital’’.Menurut Dyah Anisa
Permatasari (2020), miskin digital dari aspek ekonomi adalahdisebabkan oleh tidak
mempunyai kemampuan untuk mengakses dan menggunakan teknologi digital.
Sebagai contoh kemiskinan yang dihadapi oleh individu sendiri seperti kurang
pendapatan, kurang ilmu teknologi, faktor usia dansebagainya.

Namun begitu, ia akan mengakibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak
terjejas sekiranya isu ini tidak dapat diatasi dengan baik. Sebagai contoh, pelajaryang
terlibat dengan isu ini akan terpinggir untuk mendapat peluang pendidikan yang sama
seperti rakan-rakannya yang lain. Hal ini adalah disebabkan ketiadaanperanti serta
kemudahan internet yang menyebabkan mereka terperangkap dalam kitaran
kemiskinan. Akhirnya yang miskin akan kekal miskin (Hasrul Azhar, 2021).Tambahan
pula, pada masa sekarang, pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan secara atas
talian, dan sekaligus menjadikan peranti itu sebagai objek yang wajib dimiliki oleh setiap
pelajar. Sekiranya pelajar mengalami isu miskin digital, perkembangan kognitif kanak-
kanak akan terjejas kerana proses pembelajaran mereka tidak dapat dijalankan dengan
sempurna tanpa bantuan guru mereka.

Hal ini demikian kerana sekiranya para pelajar mempunyai peranti, mereka dapat
berkomunikasi bersama guru secara global dengan jaringan digital komputer, telefon
pintar, tablet dan sebagainya dengan mudah iaitu menggunakanteks, audio dan video
(Yus Ardian Nur Pramujo, 2021). Oleh itu, pelajar akan menerima bantuan serta tunjuk
ajar daripada guru masing-masing sekaligus akanmeningkatkan tahap kognitif mereka
ke arah yang lebih tinggi berbanding pelajar yang tidak mempunyai peranti. Jelaslah
bahawa menurut teori Vygotsky, kognitif kanak-kanak akan berkembang sekiranya
mereka diberikan perhatian atau arahan oleh orang yang lebih kompeten. Sebagai
contoh, ibu bapa, guru, rakan sebaya yang lebih pintar dan sebagainya. Oleh itu, pada
akhirnya, para pelajar mampu untuk memberikan arahan pada diri sendiri dalam
menyelesaikan masalah dalampembelajaran mereka kerana hasil daripada kolaborasi
dengan orang yang berpengalaman (Yayu Tresna Suci, 2018).

3

Aspek Sosio-Emosi

Selain itu, isu ini juga akan mengakibatkan wujudnya jurang perbezaan antara pelajar
di luar bandar dan bandar terutamanya dalam aspek tahap pendidikan yang diterima.
Hal ini demikian kerana persekitaran mereka yang jauh terpencil dan tidak mendapat
akses kemajuan seperti jaringan internet, peranti, kelengkapan belajar dan sebagainya.

Namun begitu, isu ini akan memberikan kesan kepada sosio-emosi pelajar. Halini
dapat dikaitkan dengan peringkat keempat perkembangan sosio-emosi iaitu kecekapan
lawan rasa rendah diri. Hal ini dapat dibuktikan bahawa pelajar yang mengalami isu
miskin digital akan berlakunya ketidakstabilan emosi terhadap diri mereka sendiri.
Sebagi contoh, mereka merasakan tidak yakin pada diri mereka sendiri berbanding
dengan kawan-kawannya yang kaya. Sekiranya mereka gagal menyesuaikan diri
disebabkan faktor kehidupan yang berbeza, hal ini akan membuatkan mereka kurang
berkeyakinan dan terus berasa rendah diri kerana mereka datang dari latar keluarga
yang berbeza (Hasrul Azhar, 2021).

Selain itu, hal ini juga dapat dilihat bahawa pada peringkat ini, kanak-kanak
belajar melalui tindakan dan interaksi sesama rakan-rakan (Irwan Mahazir Ismail et al.,
2018). Oleh itu, sekiranya hidup mereka bergelumang dengan masalah kemiskinan,
mereka akan berasa malu untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka yang lebih
kaya. Namun, hal ini akan menyebabkan pembelajaran merekaterjejas kerana kanak-
kanak akan lebih terdorong melakukan aktiviti secara berkumpulan dan berinteraksi
antara satu dengan lain. Hal ini demikian kerana pada peringkat rendah ini, kanak-
kanak mula mengembangkan kemahiran sosial mereka dengan orang sekeliling
mereka seperti, rakan-rakan, guru, ibu bapa dansebagainya. Namun, sekiranya mereka
mempunyai perasaan malu, maka kemahiran sosial mereka akan terjejas dan
menyebabkan mereka lebih suka hidup menyendiri. Jelaslah bahawa isu ini amat
menjejaskan tahap keyakinan para pelajar.

4.0 PERANAN GURU MENANGANI ISU ‘’MISKIN DIGITAL’’ BAGI MENJAMINKUALITI
PENDIDIKAN DALAM KALANGAN MURID-MURID

Berdasarkan isu yang telah berlaku, guru merupakan individu yang paling berperanan
dalam menyelesaikan serta memberikan pendidikan yang berkualiti kepada semua
pelajar. Antaranya adalah guru perlulah memainkan peranan yangamat penting dalam
memastikan tiada murid yang tercicir dalam arus permodenannegara. Salah satu sebab

4

utama masalah keciciran pelajaran adalah faktor kemiskinan. Justeru, guru hendaklah
menggiatkan lagi usaha dalam membantu golongan miskin terutama yang berada di
kawasan pedalaman. Usaha tersebut adalah dengan cara mewujudkan satu organisasi
yang baik (Hasrul Azhar, 2021). Dengan adanya satu organisasi ini, guru dapat
menyalurkan bantuan kepada pelajar yang memerlukan peranti untuk terus mengikuti
proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Selain itu, guru juga mestilah memberikan usaha yang maksimum dalam menjalani
proses PdPR. Oleh itu, guru mestilah memastikan bahawa semua pelajar mendapat
kualiti pendidikan yang sama tidak mengira latar belakang mereka. Sebagai contoh,
guru perlulah mengambil inisiatif seperti menghantar tugasan-tugasan untuk pelajar di
sekolah dan mengarahkan ibu bapa pelajar untuk mengambilnya lalu memberikan
kepada anak-anak mereka. Jelaslah bahawa di sini, guru perlulah berkolaborasi
dengan pihak ibu bapa agar ia dapat berjalan dengan lancar sekaligus dapat
memberikan faedah terhadap pembelajaran pelajar. Kesannya, pelajar yang
mengalami masalah miskin digital juga dapat meneruskan pembelajaran mereka
seperti pelajar-pelajar lain.

Akhir sekali, guru juga mestilah berfikiran ke hadapan. Sebagai contoh guru
mestilah mewujudkan kolaborasi dengan organisasi luar seperti NGO untuk
mewujudkan siber kafe wakaf, khas untuk pelajar (Aqila Abd, 2020). Inisiatif ini lebih
berfokuskan kepada pelajar yang tinggal di kawasan yang terpencil kerana tidak
mempunyai pencapaian internet yang baik untuk menjalani PdPR mereka. Oleh itu,
dengan adanya siber kafe wakaf ini, para pelajar akan memperolehi talianinternet yang
percuma untuk kegunaan online learning. Namun, jelaslah bahawa inisiatif ini mampu
menjamin kesamarataan pendidikan bagi semua pelajar agar tiada seorang pun yang
akan ketinggalan.

5.0 KESIMPULAN

Daripada keseluruhan perbincangan, jelaslah bahawa isu miskin digital ini amatlah
membebankan kepada pelajar, tambahan pula negara dilanda dengan pandemik
Covid-19 dan menyebabkan proses PdP dijalankan secara atas talian. Seperti yang
saya katakan bahawa alat peranti amatlah penting buat pelajar pada masa sekarang
demi meneruskan proses pembelajaran mereka. Hal ini demikian keranapara pelajar
tidak dapat menguasai pembelajaran mereka sekiranya tidak diberikan tunjuk ajar oleh
guru. Hal ini demikian kerana menurut teori Vygotsky, arahan atau bimbingan yang

5

bermakna perlulah diberikan kepada pelajar agar mereka dapat menguasai

sepenuhnya terhadap pembelajaran. Sebagai contoh, guru menunjukkan panduan

mengenai cara mengambil wuduk yang betul sama ada secara fizikal ataupun secara

audio-visual. Kesannya, hal ini mampu meningkatkan kefahaman pelajar dan mereka

dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka. Namun, jelaslah bahawa guru

mestilah berperanan sebaik mungkin agar semua pelajar dapat pendidikan yang sama

rata.

RUJUKAN

Aqila Abd. (2020, Disember 1). ‘Miskin digital’ di sebalik desakan ‘Online Learning’.Harakah
Daily. 'Miskin digital' di sebalik desakan 'Online Learning' (harakahdaily.net)

Berita Harian Online. (2020, November 23). 1.7 juta pelajar hadapi 'miskin digital'.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/757190/17-juta-pelajar- hadapi-
miskin-digital

Choi, C. H., Martinus Tukiran, Laksmi Mayesti Wijayanti, Masduki Asbari, Agus Purwanto &
Priyono Budi Santoso. (2020). Piaget Versus Vygotsky: Implikasi Pendidikan Antara
Persamaan Dan Perbedaan. Journal Of Industrial Engineering & Management Research,
1(2), 286-292.
https://doi.org/10.7777/jiemar.v1i2

Dyah Anisa Permatasari. (2020). Analisis Kemiskinan Digital Kabupaten/Kota Di Jawa Timur
Pada Era Revolusi Industri 4.0 [Tesis Tidak Diterbitkan]. Universitas Airlangga.

Eni Fariyatul Fahyuni. (2018). Pertumbuhan dan Perkembangan Dalam Psikologi
Perkembangan. Tidak Diterbitkan. Program Sarjana Pendidikan Agama IslamUniversitas
Muhammadiyah Sidoarjo.

Gamal Kusuma Zamahsari, A. H. Roffi’uddin & Widodo HS. (2019). ImplementasiScaffolding
dalam Pembelajaran BIPA di Kelas Pemula. Jurnal Pendidikan, 4(1), 68-78.
http://dx.doi.org/10.17977/jptpp.v4i1.11860

Hasrul Azhar. (2021). Peranan Guru Untuk Menjamin Kualiti Pendidikan Pelajar Miskin Digital.
Wawancara yang dijalankan pada 11 Julai 2021, di ruangan Whatsapp.

Hasrul Azhar. (2021). Kesan Miskin Digital Terhadap Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak.
Wawancara yang dijalankan pada 11 Julai 2021, di ruangan Whatsapp.

Hasrul Azhar. (2021). Kesan Miskin Digital Terhadap Perkembangan Sosio-Emosi Kanak-
Kanak. Wawancara yang dijalankan pada 11 Julai 2021, di ruangan Whatsapp.

Irwan Mahazir Ismail, Siti Khadijah Anis, Tamil Selvan Subramaniam, Mohd HasrilAmiruddin &
Mohd Erfy Ismail. (2018). Penerapan Elemen Perkembangan Kognitif, Psikomotor Dan
Sosio-Emosi Dalam Permainan Dalam Mencapai Objektif Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan. Journals of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4803

Wong, K.W., Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan Kanak-Kanak [Edisi
Kedua]. Exford Fajar Sdn. Bhd.

Yayu Tresna Suci. (2018). Menelaah Teori Vygotsky Dan Interdepedensi Sosial Sebagai
Landasan Teori Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Kooperatif Di Sekolah Dasar. Jurnal
Kajian Penelitan Pendidikan dan Pembelajaran, 3(1), 231-239.
https://doi.org/10.35568/naturalistic.v3i1.269

Yus Ardian Nur Pramujo. (2021). Pemanfaatan Medium Digital Online Dalam Penyuluhan

Sosial: Sebuah Tinjauan Konseptual. Jurnal Sosio Informa, 7(1), 58-60.
https://doi.org/10.33007/inf.v7i1.2650

6

LAMPIRAN

Rajah 1: Bukti Temu Bual bersama seorang guru, Hasrul bin Azhar.

Rajah 2: Bukti peranan beliau, Hasrul Azhar sebagai seorang guru bagi menjamin
pendidikan pelajar miskin digital.
7

Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

EDUP3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
(CHILD DEVELOPMENT)

Nor Shakirah Binti Sari
Zaiton Binti Sharif, Ed.D

TAJUK :
ISU DAN CABARAN ‘MISKIN DIGITAL’ TERHADAP

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1.0 PENGENALAN

Dalam meniti arus globalisasi ini, pendidikan merupakan tunjang utama dan terawal bagi
pembangunan sesebuah negara sama ada negara membangun mahupun negara maju.
Terutamanya di Malaysia, bawah kepimpinan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
pelbagai kritiria dan aspek telah dinilai, disemak dan dirangka bagi menjadikan bidang
pendidikan menjadi teras utama yang cemerlang dari pelbagai sisi agar masyarakat Malaysia
mampu berdaya saing dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan masyarakatglobal
yang turut selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh, dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis, dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagimelahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.” (KPM, 2019)

2.0 ISU MISKIN DIGITAL

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2015), miskin bermaksud tidak berharta benda
atau serba kekurangan. Digital pula bermaksud perkataan perkomputeran yang beroperasi
menggunakan angka atau aksara lain bagi mewakili data. Selain itu, kemiskinan digital menurut
Nur Atikah Rofiee (2021) adalah membawa maksud individu atau isi rumah yang tiada
kemampuan atau mempunyai pengetahuan yang rendah mengenai penggunaan teknologi
digital serta akses kepada kemudahan digital yang tiada atau terhad. Contohnya, mempunyai
telefon pintar, namun terdapat halangan seperti talian internet yang tidak kuat. Dalam masa yang
sama, ketiadaan sokongan dan dorongan daripada keluarga dan sekeliling juga boleh
dikategorikan sebagai kemiskinan digital semasa PdP kerana turut berupaya mengganggu sesi
pembelajaran. (Syahruddin Ag. Ahmad et al., 2021).

Tuntasnya, pandemik Covid-19 yang melanda global sejak penghujung tahun 2019 telah pun
membawa landskap dan halangan baharu dalam dunia pendidikan yang berkait rapat dengan
isu miskin digital ini. Hal ini demikian kerana, Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang
dahulunya secara bersemuka di sekolah telah digantikan dengan pembelajaran atas talian yang
mendatangkan impak negatifkepada golongan-golongan yang terbabit dalam masalah miskin
digital ini. Perkara ini juga adalah berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh KPM yang
mendapati bahawa seramai 1.7 juta pelajar yang tergolong dalam kelompok miskin digital dan
dilihat sebagai batu penghalang daripada mencapai aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia

terutamanya aspirasi yang utama iaitu akses pendidikan kepada semua.

Rajah 1 menunjukkan lima Aspirasi Sistem Pendidikan
Malaysia

3.0 PERBANDINGAN & PERBEZAAN IMPAK ISU MISKIN DIGITAL TERHADAP
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Isu utama yang timbul iaitu miskin digital ini akan membawa kepada permasalahan-
permasalahan lain sekiranya perkara ini tidak dibendung dengan segera. Sekiranya terdapat
pelbagai implikasi PdPR ini terhadap pelajar di universiti, tidak kurang juga kepelbagaian
implikasinya terhadap anak-anak pelajar di bangku persekolahan rendah. Antara implikasi para
pelajar yang terlibat dengan isu miskin digital adalah implikasi terhadap perkembangan mereka
dari aspek kognitif dan sosio-emosi.

Implikasi Kognitif
Perkembangan Sosio-emosi
Kanak-kanak

Rajah 2 menunjukkan dua implikasi perkembangan kanak-kanak yang terkesan
akibatmasalah miskin digital

Perkembangan Kognitif

Kognitif adalah perkara yang berkaitan dengan kognisi iaitu proses mental untuk mentafsir,
mempelajari dan memahami sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015). Wong Kiet Wah
et al., (2016) & Faridah Nazir et al., (2015) pula menyatakan bahawa kognitif merupakan sebuah
proses perkembangan keupayaan berfikir, memberi pendapat, memahami, menaakul dan
mengingati perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Perkembangan kognitif ini
juga adalah seiring dengan perkembangan sosioemosi, fizikal dan penguasaan kemahiran
berfikir dan berbahasa yang melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, merancang, mencipta,
menyelesaikan masalah dan berimaginasi mengenai sesuatu perkara.

Dalam menghadapi isu kemiskinan digital ini, perkembangan kognitif pelajar akan
berkembang dengan lebih perlahan sekiranya pelajar tersebut tergolong dalam kelompok
miskin digital ini berbanding mereka yang tiada rintangan dalam PdPR. Antaranya, menurut
Teori Pembelajaran olehJean Piaget (1896-1980) dalam Wong Kiet Wah et al., (2016), beliau
menyatakan bahawa pembelajaran kanak-kanak adalah menerusi penerokaan mereka untuk
mencapai kefahaman yang jitu, dengan pengaplikasian yang membawa kepada kaedah-
kaedah “hands-on”. Tambahan pula dengan adanya teknologi yang canggih yang mampu
mengakses maklumat dengan mudah, pastinyaakan memberikan input-input yang maksimum
terhadap kognitif pelajar. Aspek seperti kemahiran teknologi dan maklumat (TMK) juga pasti
akan mudah dipelajari dengan adanya aplikasi-aplikasi pembelajaran atas talian seperti
“Google Classroom”, “Google Meet” dan “Canva”

Walaubagaimanapun, bagi pelajar yang menghadapi masalah ketiadaan peranti
elektronik seperti telefon pintar dan “laptop” ini pastinya akan menyebabkan mereka
terkebelakang dalam mengikuti pembelajaran apetah lagi memahirkan diri dalam TMK.
Rentetan itu, konsep yang turut dicadangkan oleh Piaget juga akan sukar diaplikasikan
terhadap golongan ini. Contohnya, sekiranyarakan-rakan yang lain sudah mencapai tahap
ekuilibrasi dalam penaakulan sesuatu maklumat, pelajar yang agak keciciran ini mungkin
masih berada pada tahap skema atau asimilasi kerana tiadapengalaman yang membolehkan
mereka menyeimbangkan antara asimillasi dan akomodasi.

SKEMA
ASIMILASI
AKOMODASI
EKUILIBRASI

struktur asas Proses Mengubahsuai Keseimban
yang mewakili mengintegrasi skema sediaada gan antara
pengetahuan maklumat atau untuk asimilasi dan
seseorang pengalaman menerima akomodasi
baharu dalam maklumat
skema sedia
ada baharu

Rajah 3 menunjukkan konsep utama tentang proses pembelajaran oleh Piaget

Persamaan antara pelajar yang terlibat dan pelajar yang tidak terlibat dengan isu miskin digital
ini adalah, kedua-dua golongan ini tidak mendapatkan bimbingan secara terus daripada guru.
Selain itu, kemahiran berkomunikasi adalah terbatas kerana agak sukar untuk berhubung
terutamanya denganrakan-rakan melalui aplikasi maya berbanding di dalam kelas.

Perkembangan Sosioemosi

Sosioemosi merupakan gabungan perkataan iaitu sosial dan emosi. Berdasarkan Kamus
Dewan Edisi Keempat (2015), sosial bermaksud segala yang berkaitan dengan masyarakat,
persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang. Emosi pula adalah perasaan jiwa yang kuat
seperti sedih, gembira dan takut. Perkembangan sosial dan emosi ini amat penting dalam
perkembangan kanak- kanak kerana dengan adanya proses inilah kanak-kanak akan dapat
belajar untuk berhubung atau berinteraksi dengan individu lain atau komuniti komuniti
setempat mereka. Selain itu, keupayaan kanak-kanak menguruskan emosi akan
menyebabkan kanak-kanak terbabit turut berupaya dalam membantu pembinaan jati diri,
keyakinan diri, berdikari dan bersikap positif. (Wong Kiet Wah et al., 2016).

Erik Erikson telah pun menggariskan dan mencadangkan bahawa perkembangan
sosioemosi yang Berjaya perlu melalui dan berhadapan dengan beberapa kriteria
perkembangan yang telah dibahagi pada setiap peringkat. Bagi pelajar yang berada di sekolah
rendah iaitu mereka yang beradadalam usia 6 sehingga 12 tahun, kelompok ini adalah terdiri
daripada peringkat yang keempat iaitu kecekapan melawan rasa rendah diri.

Berbalik kepada isu miskin digital, pelajar yang mempunyai kelengkapan peranti
elektronik, kestabilan internet dan persekitaran yang sesuai dengan aktiviti pembelajaran
adalah tidak menghadapi pelbagai masalah dalam mengurus tekanan sosial dan emosi.

Golongan pelajar ini akanberasa gembira dan bersemangat setiap kali menghadiri kelas atas
talian apabila guru menyediakanpelbagai aktiviti “online-learning” yang menyeronokkan. Lebih-
lebih lagi apabila mereka berjaya menguasai ilmu dalam mengendalikan teknologi dalam
pendidikan pada alaf ini dengan bantuan danbimbingan daripada guru secara maya.

Sebaliknya, bagi pelajar yang kurang berkemampuan, pastinya permasalahan mereka
sedikit sebanyak menggangu perkembangan sosioemosi mereka. Ketiadaan gajet atau
internet akan menyebabkan mereka berasa keciciran dan seperti dipinggirkan dalam
pembelajaran. Halangan untuk berkomunikasi dua hala dengan kadar maksimum melalui
platform maya seperti “Google Meet”akan terhalang. Natijahnya, golongan ini akan berasa
rendah diri terhadap kemampuan diri berbanding rakan-rakan yang lain dan secara tidak
langsung berupaya mematahkan semangat mereka untuk menimba ilmu. Dalam perspektif
yang berbeza, faktor sekeliling seperti tiada dorongandaripada keluarga turut menghalang
daripada meningkatkan kemahiran sama ada teknologi, fizikal, sosial mahupun emosi.

4.0 PERANAN GURU KE ARAH PENINGKATAN KUALITI PENDIDIKAN

Guru yang kompeten adalah guru yang mampu menyelesaikan masalah dan berupaya
mewujudkan peluang baharu hasil daripada masalah tersebut. Peranan guru merupakan
peranan yang paling penting dalam proses kemenjadian dan pembentukkan karakter pelajar
yang seimbang sama ada dari aspek kognitifdan sosioemosi mahupun beberapa aspek lain
yang turut terangkum dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) seperti jasmani, emosi,
rohani dan intelektual mereka. Terdapat beberapa kaedah bagi mengatasi halangan yang timbul
akibat miskin digital. Antaranya, sekiranya seseorang guru mendapati dan mengenalpasti
bahawa terdapat anak didiknya yang menghadapi masalah miskin digital, maka kaedah seperti
menyediakan modul khas yang lengkap perlulah dirangka dan diberi pada murid tersebut.
Perkara ini juga adalah bertepatan dengan Prinsip Asas PdPR oleh KPM, (2021) yang
menyatakan bahawa:

“Guru perlu mengenal pasti kaedah PdPR yang sesuai supaya murid dapat menguasai
kandungan mata pelajaran yang ditetapkan. Guru hendaklah meneroka cara yang
berbeza dan bersesuaian untuk kelangsungan dan peningkatan pelibatan murid dalam
PdPR”

(KPM, 2021)
Selain itu, guru haruslah sentiasa peka dan prihatin terhadap sosioemosi para pelajar untuk
mencapaipendidikan terjamin. Aspek seperti motivasi, perasaaan pelajar, kecenderungan dan
kesihatan pelajar haruslah sentiasa diambil perhatian yang sewajarnya agar mereka berasa
seronok dan berupaya mengikutipembelajaran. Guru juga haruslah sentiasa berhubung dengan
ibu bapa menerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru bagi mengetahui status keadaan semasa para
pelajar dan berbincang untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah yang
dihadapi.

5.0 RUMUSAN

Pembelajaran secara atas talian atau “online learning” sememangnya agak sukar dan
mempunyai banyak cabaran terutamanya kepada golongan yang menghadapi miskin digital.
Khususnya buat kanak-kanak, perkembangan kognitif dan sosioemosi mereka akan turut
terganggu seperti keciciran maklumat, keterbatasan kemahiran dan menghadapi gangguan
emosi. Namun, sebagai seorang warga pendidik, sewajarnyalah menyediakan penyelesaian
masalah seperti sentiasa memberikan dorongan, menyediakan modul khas serta cakna
terhadap keadaan semasa pelajar.

RUJUKAN

Faridah Nazir, Norhiza Mohd Salleh & Zairinah Mohd Shukur. (2015). Perkembangan Kanak-kanak.
Sasbadi Sdn. Bhd.

Nur Atikah Rofiee. (2021). Kemiskinan Digital Sekat Murid B40 Ikut PdPR.
https://www.mampu.gov.my/wp-content/uploads/2021/02/60.-
23_Jan_Berita_Harian_Kemiskinan_digital_sekat_murid_B40_ikuti_PdPR.pdf

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
https://www.moe.gov.my/index.php/dasarmenu/falsafah-pendidikan-
kebangsaan

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Manual Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah Versi 2
https://www.moe.gov.my/pekeliling/4081-manual-pengajaran-dan-pembelajaran-versi-2-2-feb-
2021-

Syahruddin Ag. Ahmad, Sitinurbayu Mohd Yusof, Aisah Meri & Cyril Modili. (2021). Isu Dan
Pendefinisian Semula Digital Poverty Dalam Pengajaran, Pembelajaran Dan Penyeliaan (Ppdp)
Secara Atas Talian. Jurnal Komunikasi Borneo 2021 Vol. 9 Jun eISSN: 2289-859X
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/3289

Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan Kanak-kanak.
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

EDUP3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
(CHILD DEVELOPMENT)

Nur Atikah Binti Jasni
Zaiton Binti Sharif, Ed.D

TAJUK :
ISU DAN CABARAN ‘MISKIN DIGITAL’ TERHADAP

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1

1.0 PENGENALAN
Pandemik Covid-19 menyebabkan sistem pendidikan negara diubah daripada pembelajaran
bersemuka kepada atas talian iaitu Pembelajaran Maya. Susulan daripada perkara ini, telah
munculsatu isu yang dipanggil “miskin digital”. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Usukan dalamakhbar BH Online, “miskin digital” ialah individu yang tidak mahir menggunakan
teknologi maklumat.Mereka yang tidak mempunyai peranti serta tidak mendapat akses Internet
juga dikategorikan sebagai “miskin digital”. Situasi ini akan menjejaskan perkembangan kanak-
kanak yang terlibat dengan isu berkenaan. Perkembangan kanak-kanak ialah perubahan tubuh
badan yang bersifat kualitatif, berlaku secara beransur-ansur dan berterusan. Oleh itu, penulisan
ini akan membincangkanbanding beza perkembangan murid yang terlibat dan tidak dengan
“miskin digital” dari aspek kognitif& sosio-emosi berdasarkan teori-teori perkembangan serta
peranan guru untuk menjamin kualiti pendidikan kanak-kanak.

2.0 BANDING BEZA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK KOGNITIF
Perkembangan kognitif ialah perkembangan yang sangat komprehensif yang berkait dengan
kemampuan berfikir (Dian Andesta Bujuri, 2018). Hal ini melibatkan kematangan aktiviti
mentalmereka seperti penguasaan bahasa dan keupayaan intelektual. Perkembangan kognitif
ini berlakudalam diri setiap kanak-kanak. Dalam era pandemik ini, terdapat kanak-kanak yang
terlibat dengan“miskin digital”, maka terdapat beberapa persamaan dan perbezaan dari segi
perkembangan kognitifmereka yang boleh kita kaitkan dengan teori Vygotsky.

Persamaan perkembangan kognitif bagi kanak-kanak yang terlibat dan tidak dalam
“miskin digital” ialah mereka masih dapat berfikir perkara yang baik dan buruk terutamanya
pelajar sekolah rendah. Hal ini merupakan suatu pemikiran yang rasional. Jika kita lihat pelajar
yang “miskin digital” mereka boleh belajar perkara ini daripada pendidikan tidak formal.
Pendidikan tidak formal biasanyaberlaku daripada aktiviti seharian yang ditunjukkan oleh ibu
bapa. Pendidikan seperti ini tidak memerlukan kelas khas dan buku seperti pembelajaran di
sekolah. Melalui perbualan seorang anak dan ibu bapa juga boleh mewujudkan pendidikan
tidak formal. Pelajar yang tidak terlibat dengan “miskin digital” pula boleh mempelajari perkara
ini dengan lebih mendalam iaitu melalui pendidikan tidak formal bersama ibu bapa dan juga
melalui pendidikan formal iaitu pembelajaran secara maya bersama guru.

Dari segi perbezaan pula, kanak-kanak yang teribat dengan “miskin digital” akan kurang
motivasi untuk belajar berbanding kanak-kanak yang tidak terlibat. Seperti yang kita tahu,
mereka yang terlibat dengan isu “miskin digital” ini mempunyai masalah untuk mengikuti kelas
secara maya atas beberapa sebab. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak tidak dapat
berinteraksi bersama gurubagi membantu mereka untuk memahami kelas mereka. Jika kita
lihat di dalam Teori Vygotsky iaitu Scaffolding yang membawa maksud kerangka yang

2

menyokong pembelajaran individu (I Putu Suardipa, 2020). Kerangka yang boleh kita kaitkan
dengan pembelajaran ialah bimbingan, tunjuk ajarserta peneguhan daripada guru kepada para
pelajar. Pelajar yang terlibat dengan isu “miskin digital”sukar untuk mendapatkan tunjuk ajar,
bimbingan dan peneguhan daripada guru apabila mereka melakukan ulangkaji dan latihan di
rumah. Hal ini tidak dapat meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. Pelajar yang tidak
terlibat dengan “miskin digital pula dapat mengikuti kelas secara maya, maka mereka akan
mendapat bimbingan dan dorongan untuk belajar. Hal ini membantu kanak-kanakmencapai
perkembangan kognitif yang baik.

Perbezaan perkembangan kognitif yang kedua ialah kanak-kanak yang terlibat dengan
“miskindigital” tidak berupaya untuk memahami sesuatu perkara dengan mudah terutamanya
berkaitan silibus di sekolah. Perkara yang melibatkan melibatkan silibus kebiasaannya
memerlukan penerangan dari seorang guru seperti yang dinyatakan dalam teori Vygotsky iaitu
Scaffolding. Perkembangan kognitif murid akan lebih baik jika mendapat tunjuk ajar berbanding
mempelajari sesuatu perkara itu sendiri tanpa bantuan orang dewasa. Silibus pelajaran kini
juga bukanlah silibusyang mudah malah mempunyai banyak elemen Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) yang akan merangsang minda pelajar selepas memahami sesuatu teori tajuk
tersebut. Disebabkan pelajar yangterlibat dengan “miskin digital” tidak mempunyai peranti serta
akses internet maka mereka tidak dapat belajar menyebabkan mereka sukar untuk memahami
sesuatu topik. Jika kita lihat pelajar yang tidakterlibat dengan “miskin digital” mereka akan mudah
faham kerana mereka dapat mengikuti kelas sertadapat tunjuk ajar daripada guru-guru. Mereka
juga akan lebih mudah faham.

3.0 BANDING BEZA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK SOSIO-EMOSI
Perkembangan sosio-emosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi.
Perkembangan ini merupakan dua perkembangan yang tidak dapat disipisahkan (Eka Tusyana et
al.,2019). Perkembangan sosio-emosi pula merujuk kepada keupayaan seorang kanak-kanak
untuk berinteraksi dengan orang lain serta memberi tindak balas terhadap sesuatu perkara
(Mohamad Isa Azis et al., 2013).

Persamaan antara pelajar yang terlibat dengan isu “miskin digital” dan tidak dari aspek
perkembangan sosio-emosi ialah mereka masih boleh mendapatkan kawan serta membina
persahabatan. Hal ini kerana untuk berkawan tidak semestinya melibatkan pelajar di sekolah.
Di rumah juga ibu bapa boleh membantu anak-anak untuk berkawan dengan kanak-kanak di
kawasan kejiranan. Ibu bapa merupakan kerangka kepada anak-anak untuk belajar berkawan.
Denganmemiliki kawan dapat membantu kanak-kanak tersebut untuk berkomunikasi dengan
rakan sebaya.

3

Perkembangan kanak-kanak yang terlibat dengan isu “miskin digital” dari aspek sosio-
emosi akan terjejas kerana mereka tidak dapat mempelajari cara untuk bersosial secara atas
talian denganberhemah berbanding kanak-kanak yang tidak terlibat dengan isu tersebut.
Kanak-kanak yang “miskin digital” akan menjadi kekok ketika mula berkomunikasi secara atas
talian kelak. Mereka jugatidak pandai dalam menyusun kata-kata walaupun hanya di ruangan
komen. Hal ini akan mengangguemosi pembaca yang lain. Ada yang akan terlalu teruja lalu
menggunakan bahasa-bahasa yang boleh mengguris hati. Jika kita bandingkan kemahiran
sosial kanak-kanak yang tidak terlibat dengan isu “miskin digital” mereka akan lebih berhemah
dan bijak dalam bersosial dengan orang lain secara maya. Mereka juga akan menjaga emosi
orang lain terutamanya guru mereka. Menurut lima prinsip utama dalam Teori Erikson,
antaranya ialah perkembangan individu bergantung kepada tindak balasnya terhadap
keperluan-keperluan asasnya. Jika kita lihat keadaan pelajar yang terlibat denganisu “miskin
digital” maka tindak balas yang diwujudkan adalah negatif. Jelaslah di sini perkembangan
sosioemosi mereka terjejas.

Perbezaan yang kedua boleh kita lihat dari aspek mengawal emosi. Kanak-kanak yang
terlibatdengan “miskin digital” agak sukar dalam mengawal emosi mereka dalam pelajaran jika
dibandingkandengan kanak-kanak yang tidak terlibat dengan isu tersebut. Kanak-kanak yang
tidak terlibat denganisu ini akan lebih mudah dalam mengawal emosi mereka jika mereka gagal
dalam sesuatu perkara. Teori Erik Erikson pada peringkat keempat iaitu kecekapan lawan rasa
rendah diri (Hendra Naldi, 2018). Pada usia 6 hingga 12 tahun kanak-kanak belajar kemahiran
tertentu. Sebagai guru, jika mereka berjaya, berikanlah pujian untuk meningkatkan ketekunan
mereka untuk belajar. Kanak- kanak yang mempunyai perkembangan sosio-emosi yang baik
mampu mengawal emosi diri merekajika gagal dalam peperiksaan ataupun pertandingan.
Mereka tidak akan melepaskan geram atau marah kepada orang sekeliling dan masih mampu
bertutur dengan baik.

4.0 PERANAN GURU UNTUK MENJAMIN KUALITI PENDIDIKAN
Perkembangan kanak-kanak dari aspek kognitif dan sosioemosi sangat penting bagi
memastikan kanak-kanak tersebut membesar dengan sempurna. Oleh itu, guru perlu
memainkan peranan pentingbagi memastikan para pelajar mendapat kualiti pendidikan yang
terjamin supaya tahap perkembangan mereka tidak terbantut biarpun kebanyakan daripada
pelajar ini sedang mengalami isu “miskin digital” ketika waktu pandemik ini.

Antara peranan yang boleh dilakukan oleh guru ialah membuka tabung sumbangan bagi
membeli keperluan pelajar seperti tablet dan ‘broadband’ bagi kegunaan semasa kelas secara
maya.Sumbangan ini boleh dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya mereka dari
golongan T20.Golongan T20 merupakan golongan yang berpendapatan RM12586 dan ke atas

4

(Ezzatul Adahwiyahet al., 2021). Jika kita lihat situasi hari in,i mereka adalah golongan utama
dalam pemberian sumbangan dari segi kewangan dan keperluan asas seperti makanan. Oleh
itu, guru-guru perlu bijakmelibatkan diri bersama masyarakat hari ini demi membantu para
pelajar. Langkah ini boleh dimulakan dengan kelompok dahulu seperti peringkat daerah
mahupun negeri. Impaknya, langkah ini akan menjadi inspirasi kepada daerah atau negeri lain
untuk turut melakukannya bagi membantupara pelajar yang memerlukan agar perkembangan
kanak-kanak mereka tidak terjejas.

Peranan seterusnya, guru boleh merancang proses pembelajaran yang sesuai bagi
keadaanpelajar yang terlibat dan tidak terlibat dengan isu “miskin digital”. Hal ini kerana pelajar
dalam kedua-dua keadaan ini sangat memerlukan proses pembelajaran bagi memastikan
perkembangan diri mereka berlaku. Kebiasaannnya pelajar sekolah rendah tinggal
berhampiran dengan sekolah. Oleh itu, guru boleh mengambil inisiatif dengan menyediakan set
modul latihan dan nota yang sesuai dengan tahap kemampuan pelajar serta menetapkan tarikh
penghantaran semula latihan tersebut. Bagi memastikan maklumat tentang pengambilan set
latihan dan nota ini sampai ke pihak ibu bapa dan pelajar, guru boleh mewujudkan satu
kumpulan melalui aplikasi WhatsApp bersama pelajar danibu bapa. Pelajar boleh mengambil
set tugasan tersebut di pondok pengawal sekolah. Dengan itu, lebih mudah untuk maklumat
pengambilan tersebut sampai kepada ibu bapa dan pelajar. Bagi menarik minat pelajar untuk
menyiapkan tugasan, guru juga boleh menyediakan ganjaran dan motivasi kepada mereka
ketika mereka menghantar semula latihan tersebut. Oleh itu, dengan penyediaan modul ini
kualiti pendidikan dalam diri kanak-kanak lebih terjamin kerana banyak melakukan latihan
seterusnya isu “miskin digital” dapat ditangani.

5.0 RUMUSAN
Perkembangan kanak-kanak yang terlibat dengan isu “miskin digital” didapati agak terjejas. Oleh
itu, guru perlu sentiasa gigih dalam berusaha mencari idea dalam menangani isu tersebut.
Walaupun pelbagai rintangan dan ujian tetapi ingatlah wahai guru, kejayaan mereka
kejayaanmu jua. Setiap titik peluh mu bakal memberi balasan kebaikan kelak. Bukan itu sahaja,
dalam memastikan kecemerlangan pelajar bukan sahaja guru yang berperanan malah pihak
pentadbir dan PIBG juga terlibat dalam sama-sama membantu pelajar di sekolah masing-
masing kerana mereka merupakan penyambung legasi kecemerlangan pendidikan negara.

5

RUJUKAN

Dian Andesta Bujuri. (2018). Analisis Perkembangan Kognitif Anak Usia Dasar dan Implikasinya

dalam Kegiatan Belajar Mengajar. Jurnal Literasi, 9(1), 37-50. https:

//ejournal.almaata.ac.id/index.php/LITERASI/article/view/720/993

Eka Tusyana, Rayi Trengginas & Suyadi. (2019). Analisis Perkembangan Sosial-Emosional Tercapai
Siswa Usia Dasar. Inventa: Jurnal Pendidikan Guru Sekolah Dasar, 3(1), 18-26.
http://jurnal.unipasby.ac.id/index.php/jurnal_inventa/article/view/1804/1626

Ezzatul Adahwiyah, R.Chandrashekar, & Shahrul Salahudin. (2021). Keperluan Terhadap Pekerjaan
Sambilan Dalam Kalangan Pekerja B40. Research in Management of Technology
andBusiness, 2(1), 1-16. https://publisher.uthm.edu.my/perio
dicals/index.php/rmtb/article/view/1934

Hendra Naldi. (2018). Perkembangan Kognitif, Bahasa dan Perkembangan Sosioemosional Serta
Implikasinya Dalam Pembelajaran. Jurnal Socius: Journal of Sociology Research and
Education, 5(2), 102-114. https://doi.org/10.24036/ scs.v5i2.110

I Putu Suardipa. (2020). Proses Scaffolding Pada Zone of Proximal Development (ZPD) Dalam
Pembelajaran. Widyacarya, 4(1), 79-92. https://stahnmpukuturan.ac.id/j
urnal/index.php/widyacarya/article/view/555

Mohamad Isa Azis, Rafidah Ruhani & Wong Kiet Wah. (2013). Perkembangan Kanak-Kanak. Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

6

Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

EDUP3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
(CHILD DEVELOPMENT)

Muhammad Najmi Naim Bin Mustaffa
Zaiton Binti Sharif, Ed.D

TAJUK :
ISU DAN CABARAN ‘MISKIN DIGITAL’ TERHADAP

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1

1.0 PENGENALAN

Pendidikan di dunia pada masa kini sudah mula sebati dengan penggunaan peranti dan
bahan digital dalam sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) ekoran
penularan wabak COVID-19. Inisiatif pembelajaran secara maya banyak digunakan di
seluruh negara ekoran banyak institusi pendidikan ditutup kerana wabak tersebut. Oleh
hal yang demikian, permintaan peranti digital semakin tinggi dalam masyarakat kini dan
harga pasaran bagi peranti tersebut turut semakin tinggi. Hal ini menyebabkan
masyarakat lebih-lebih lagi ibu bapa tidak mampu untuk menyediakan kemudahan
peranti digital tersebut untuk digunakan oleh anak-anak dalam sesi PdPR. Bukan itu
sahaja, akses yang tidak mencukupi juga turut menggangu proses PdPR. Ekoran
masalah tersebut, hal ini akan mengundang masalah miskin digital yang banyak
memberi kesan kepada kognitif dan sosioemosi kanak-kanak.

2.0 KONSEP MISKIN DIGITAL

Jika dahulu istilah ‘jurang digital’ banyak memberi kesan kepada masyarakat,
namun hal ini semakin merunsing sehingga menimbulkan masalah miskin digital yang
memberikan lebih tekanan dalam dunia teknologi tanpa sempadan pada hari ini. Istilah
‘miskin digital’ kian menular di seluruh dunia bukan sahaja di Malaysia malahan turut
memberi kesan kepada negara-negara lain sama ada negara maju mahupun sebaliknya.
Menurut Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail (2020), kemiskinan digital berlaku akibat
individu atau keluarga tidak berkemampuan dalam empat kategori iaitu pengetahuan
teknologi digital, keupayaan untuk menggunakan teknologi digital, akses kepada
kemudahan digital, dan keterbatasan penyediaan teknologi digital. Hal ini turut disokong
oleh Ismi Arif Ismail (2021) dalam FarhanaFarush (2021) dan Roxana Barrantes Caceres
(2007), miskin digital boleh dibahagikan kepada dua keadaan iaitu ketidakmampuan
memiliki peralatan teknologi digital dan kekurangan akses internet serta keupayaan
individu yang menghalang peranti tersebut untuk digunakan walaupun peranti tersebut
mampu disediakan. KT Matthew Seah (2020) turut mengutarakan bahawa sebahagian
besar populasi dunia bersamaan 40 peratus penduduk masih kurang pengetahuan
dalam penggunaan digital disebabkan tidak mempunyai akses dan juga mempunyai
tahap literasi digital yang kurang memuaskan. Menurutnya lagi, hal ini akan membawa
kepada jurang sosioekonomi kerana tidak memperoleh keuntungan yang seimbang
lebih-lebih lagi kepada golongan pendidikan.

Konsep miskin digital bukanlah sesuatu yang baharu jika diperhatikan, namun
isu ini timbul kembali ekoran penularan wabak pandemik COVID-19 yang memaksa

2

semua pihak terutama guru dan murid untuk menggunakan peranti digital dengan meluas
dalam sesi PdPR secara dalam talian. Secara rumusannya, miskin digital dapat
ditafsirkan sebagai
ketidakmampuan individu untuk memiliki peranti digital, keupayaan yang rendah dalam
penguasaan digital, dan kurang akses untuk menggunakan digital.

3.0 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

Menurut Wong Kiet Wah et al. (2016), perkembangan kognitif ialah proses
perkembangan keupayaan untuk berfikir dan menaakul yang berlaku seiring dengan
perkembangan sosioemosi, fizikal, dan penguasaan kemahiran untuk berbahasa. Hal ini
disokong oleh Sitti Aisyah Mu’min (2013) iaitu perkembangan kognitif sebagai tahap
perubahan yang terjadi dalam kehidupan manusia untuk memahami, mengolah
informasi, memecahkan masalah, dan mengetahui sesuatu. Teori perkembangan
kognitif dapat dipecahkan kepada dua iaitu Teori Perkembangan Piaget dan Teori
Perkembangan Vygotsky.

Teori Perkembangan Kognitif Piaget

Teori Perkembangan Kognitif Piaget telah diperkenal oleh Jean Piaget selaku
tokoh psikologi yang banyak mengkaji perkembangan kognitif dan bahasa kanak- kanak.
Bidang kajiannya juga menjurus kepada ‘epistemology genetic’ atau perkembangan
pengetahuan manusia (Sitti Aisyah Mu’min, 2013). Menurut Piaget, individu memiliki
kemampuan tertentu untuk menyesuaikan dengan objek-objek yang ada di sekitarnya
sejak kecil. Untuk memahami dunia dengan lebih aktif, penggunaan konsep utama
digunakan oleh kanak-kanak iaitu skema, asimilasi, akomodasi, dan ekuilibrasi.

Empat Konsep Utama Teori Kognitif

Konsep asas dalam Teori Perkembangan Piaget ialah skema. Skema merupakan
model tingkah laku asas yang ditonjolkan semasa proses pengubahsuaian diri dalam
alam sekitar dan berubah mengikut pembelajarannya (Mok Soon Sang, 2008). Asimilasi
pula berlaku akibat individu menyesuaikan maklumat atau pengalaman baharu ke
dalam skema sedia ada dan dibantu oleh proses akomodasi iaitu mengubah suai
skema sedia ada jika proses asimilasi kurang berkesan dan membentuk perkara baharu.
Proses ini saling berkaitan yang digelar sebagai ‘adaptasi’ (Erni Murniarti, 2020).
Konsep yang terakhir iaitu ekuilibrasi yang menekankankeseimbangan antara asimilasi
dan akomodasi untuk memberi pemahaman kepada individu dengan persekitarannya
(Erni Murniarti, 2020 dan Wong Kiet Wah et al., 2016).

3

Berdasarkan konsep tersebut, Piaget mengelaskan peringkat perkembangan
pemikiran kanak-kanak kepada empat peringkat yang perlu dijalani secara berurutan
(Wong Kiet Wah et al. 2016).

Sensori Motor Kanak-kanak memperoleh maklumat melalui deria dan
(0-2 tahun) persekitaran. Mereka juga mempelajari sesuatu melalui tindakan
ulangan.

Praoperasi Pada tahap ini, kanak-kanak bersifat egosentrik. Mereka juga
(2-7 tahun) menggunakan bahasa dan imej untuk mewakili pemahaman
tentang dunia namun masih terbatas dalam skop yang kecil.

Operasi Konkrit Kanak-kanak mula berfikir secara logik mengenai perkara konkrit
(7-11 tahun) dan pemikiran lebih logik dan teratur. Kanak-kanak akan
memahami prinsip kekekalan, klasifikasi, dan kebalikan.

Operasi Formal Individu dapat berfikir secara dinamik dan lebih konsisten.

(12 tahun - dewasa) Mereka boleh berfikir secara konkrit dan abstrak melalui

penaakulan secara induktif dan deduktif. Mereka juga bergerak

daripada sistem hafalan kepada keupayaan pemahaman.

(Sumber: Saghir Ahmad et al., 2016 & Choi Chi Hyun et al., 2020)

Jadual 1: Peringkat Perkembangan dalam Teori Perkembangan Piaget

4.0 TEORI PERKEMBANGAN VYGOTSKY

Teori Perkembangan Vygotsky yang diilhamkan oleh Lev Vygotsky turut
membincangkan berkenaan pertumbuhan dan perkembangan manusia.
Berlawanan dengan prinsip Piaget yang menganggap bahawa anak merangsang
pengetahuan melalui lingkungan objek sekelilingnya namun Vygotsky
berpendapat bahawa kanak- kanak bergantung kepada interaksi dengan
persekitaran sosial dan budaya. Hal ini menjadikan anak-anak dapat
mengeksplorasi pelbagai pengetahuan dengan bimbingan orang terdekat dan
bukan secara semulajadi (Icam Sutisna, 2020). Vygotsky berpendapat bahawa
kanak-kanak mengembangkan konsep dengan sistematik, logik, dan rasional
melalui pergaulan dengan individu yang lebih pakar. Konsep tersebut dapat
dikembangkan melalui tida cara iaitu Zon Perkembangan Proksimal (ZPD),
‘scaffolding’, dan ‘internalization’.

4

Internalization Proses menyebatikan aktiviti-aktiviti sosial yang dilalui
kanak-kanak ke dalam proses kognitifnya secara beransur-
Scaffolding ansur. Penggunaan bicara kendiri digunakan sebelum
Zon Perkembangan kaedah bicara dalaman untuk menyelesaikan konflik.
Proksimal (ZPD) Orang dewasa berkemahiran dijadikan panduan, arahan,
dam pembimbing kepada kanak-kanak untuk menguasai
konsep asas pembelajaran yang lebih bermakna.
Kanak-kanak lebih mahir apabila terlibat aktif bersama orang
dewasa dan matang dalam lingkungan mereka dan dapat
menyelesaikan masalah dengan bimbingan orang
berkebolehan atau bersendirian.

(Sumber: Wong Kiet Wah et al., 2016)

Jadual 2: Cara perkembangan dalam Teori Perkembangan Vygotsky

5.0 TEORI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI ERIK ERIKSON

Menurut Saarni et al. (2006) dan Wong Kiet Wah et al. (2016), emosi ialah pusat
kepada semua manusia seperti proses kognitif, tingkahlaku sosial, dan kesihatan fizikal.
Perkembangan sosioemosi pula ialah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi dan
memberi tindak balas emosi terhadap situasi atau keadaan (Wong Kiet Wah et al., 2016).
Erik Erikson, seorang Neo Freudian telah memperkenal sebuah teori yang dinamakan
sebagai Teori Perkembangan Sosioemosi Erik Erikson. Menurut Erikson dalam Faridah
Nazir et al. (2015), faktor yang mendesak kepada tingkah laku manusia dan
perkembangan personaliti adalah interaksi sosial. Erikson telah mengelaskan kepada
lapan peringkat umur berdasarkan resolusi yang diharapkan dalam lingkungan umur
tersebut.

Percaya lawan 0-18 bulan Bayi memperkembang kepercayaan bahawa
tidak persekitaran boleh diharapkan untuk mencapai
18 bulan-3 keperluan fisiologi dan sosialnya.
percaya tahun Kanak-kanak mempelajari perkara yang dapat dikawal
Autonomi lawan olehnya dan memperkembang rasa bebas dan rasa kesal
malu/sangsi dan sedih untuk kegunaan yang sesuai dalam mengawal
diri.
Inisiatif lawan 3-6 tahun Kanak-kanak belajar untuk bertindak, meneroka,
rasa bersalah berimaginasi seiring dengan tindakan, dan sebaliknya.

5

Kecekapan 6-12 tahun Kanak-kanak belajar untuk melakukan sesuatu dengan
lawan rasa betul melalui perbandingan atau mengikut standard atau
rendah diri orang lain.
Identiti lawan 12-18 tahun Memperkembang perasaan mempunyai hubungan
kekeliruan dengan orang lain untuk memiliki fikiran dan keinginan
peranan sendiri. (kajian seterusnya mendapati 2 sub tahap, iaitu
identiti sosial yang berfokus kepada kumpulan individu
Intim lawan 18-35 tahun yang ingin diidentifikasikan dan berfokus kepada personal
pengasingan identiti, iaitu kebolehan, matlamat, kemungkinan-
kemungkinan, dan sebagainya.)
Generativiti 35-60 tahun Memperkembang kebolehan untuk memberi dan
lawan menerima kasih sayang, mula membina komitmen jangka
stagnasi panjang dalam hubungan.
Kesepaduan 60 tahun- Memperkembang keinginan untuk memberi garis
lawan putus meninggal panduan kepada generasi seterusnya.
asa
Memperkembang perasaan penerimaan dalam kehidupan
dan kepentingan hubungan sesama manusia sepanjang
kehidupan.

(Sumber: Faridah Nazir et al., 2015)

Jadual 3: Peringkat Perkembangan dalam Teori Sosioemosi Erik Erikson

6.0 BANDING BEZA PERKEMBANGAN MURID YANG TERLIBAT DALAM ISU

MISKIN DIGITAL DAN MURID YANG TIDAK TERLIBAT DARIPADA ASPEK
KOGNITIF

Pengkaji telah menemuramah beberapa orang informan dalam kalangan guru untuk
mendapatkan maklumat berkaitan ‘Miskin Digital’ dalam kalangan murid sekolah.
Antara perkembangan yang dapat dilihat adalah dari segi keupayaan murid untuk
menguasai topik pembelajaran. Menurut Nur Nabilahhuda Mustaffa (2021), murid yang
tidak mengalami miskin digital yang selalu hadir sewaktu sesi PdPR dalam talian lebih
mudah untuk memahami silibus pembelajaran dan memberi respon aktif sewaktu sesi
pembelajaran sedang berlangsung. Manakala, murid yang mengalami miskin digital
sukar untuk menguasai sesebuah topik dengan baik dan sering ketinggalan. Hal ini
adalah disebabkan murid-murid dalam golongan miskin digital kurang mempunyai
akses data yang baik untuk menyertai sesi pembelajaran. Apabila berlaku sesi soal
jawab rawak selepas tamat sesi pembelajaran dalam

6

talian, hanya beberapa orang murid dalam golongan bukan miskin digital menjawab
dengan baik. Menurut Nurul Nadia Mohd Zin (2021) pula, keupayaan murid miskin digital
untuk memahami topik pembelajaran lebih perlahan berbanding murid biasa. Hal ini
demikian kerana pelajar miskin digital sukar untuk mengubah sesi pembelajaran di bilik
darjah kepadapenyesuaian pembelajaran mereka secara maya melalui proses asimilasi
seperti yang dinyatakan dalam Teori Pembelajaran Piaget.

Seterusnya, perkembangan kognitif murid juga dapat dilihat melalui tahap
kemahiran murid menggunakan aplikasi dalam talian. Menurut Nur Nabilahhuda
Mustaffa (2021), murid yang tidak tergolong dalam miskin digital mudah untuk
menggunakan aplikasi tanpa bimbingan guru yang banyak. Mereka berusaha untuk
mengenalpasti dan meneroka penemuan baharu, selaras dengan Peringkat Operasi
Konkrit dalam Teori Pembelajaran Piaget yang menekankan daya pemikiran murid untuk
memperluas skema mereka dengan mencari ilmu dengan lebih banyak. Dalam itu juga,
pelajar bukan miskin digital ini juga berjayamelalui tahap perkembangan potensi kerana
mendapat bimbingan yang minimum dan juga ada antara mereka yang tidak
memerlukan bimbingan. Mereka berjaya memasuki tahap maksimum iaitu Zon
Perkembangan Proksimal seperti dinyatakan dalam Teori Perkembangan Kognitif
Vygotsky. Hal ini amat berbeza dengan pelajar miskin digital di mana mereka kurang
mahir untuk menggunakan aplikasi bahan bantu belajar dalam talian seperti Quizizz dan
Jamboard. Sokongan daripada ibu bapa juga amat kurang memuaskan ekoran ibu bapa
juga tidak mahir dalam mengendalikan bahan digital. Oleh itu, murid memerlukan
sokongan dan bimbingan yang banyak oleh guru untuk menggunakan aplikasi tersebut.
Hal ini adalah selaras dengan perkembangan murid dalam fasa ‘scaffolding’ dalam Teori
Perkembangan Vygotsky. Menurut Nur Nabilahhuda Mustaffa (2021) lagi, murid miskin
digitalmemerlukan masa yang lebih lama untuk menguasai penggunaan aplikasi tersebut
dan perlu diberi tunjuk ajar secara terperinci melalui peta alir penggunaan aplikasi dan
sebagainya.

Selain itu, perkembangan kognitif murid turut diperhatikan melalui penyelesaian
tugasan yang diberikan oleh guru. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran diadakan
di dalam bilik darjah, murid berupaya untuk mengembangkan potensi mereka melalui
gerak kerja berkumpulan, aktiviti ‘hands-on’, dan sebagainya. Namun, aktiviti ini kurang
berjalan dengan lancar semasa sesi pembelajaran dalam talian. Hal ini dikemukakan
oleh Nur Nabilahhuda Mustaffa (2021), beliau menyatakan bahawa murid yang tidak
tergolong dalam kalangan miskin digital ini mudah menyiapkan tugasan yang diberikan
oleh guru bertepatan dengan masa yang diberikan dan teratur serta mampu
berkomunikasi dengan baik sesama rakan sekumpulan. Bagi murid miskin digital pula,

7

mereka bertindak pasif dan kurang memberi respon terhadap tugasan guru. Sebagai
contoh yang diutarakan oleh informan, beliau telah memberi tugasan kepada murid-
murid tahap dua untuk mengemukakan idea dalam penulisan karangan Bahasa Melayu.
Kebanyakan murid yang tidak mengalami miskin digital mudah memberikan maklum
balas dengan baik dan dapat menyiapkan tugasan dengan cemerlang berdasarkan
perbincangan dengan guru semasa sesi PdP maya. Namun, murid miskin digital
mengalami kesukaran untuk mengembangkan idea mereka dan masih tidak mampu
menggunakan imaginasi dan pengolahan minda mereka sendiri. Murid tahap dua boleh
dikatakan tergolong dalam golongan Peringkat Operasi Formal dalam Teori
Perkembangan Piaget yang seharusnya memerlukan mereka dapat berfikir secara luar
kotak untuk menyelesaikan masalah. Namun, mereka yang mengalami masalah ini
masih tidak mencapaike peringkat tersebut dan masih memerlukan perkara konkrit untuk
menyelesaikan masalah.

7.0 BANDING BEZA PERKEMBANGAN MURID YANG TERLIBAT DALAM ISU
MISKIN DIGITAL DAN MURID YANG TIDAK TERLIBAT DARIPADA ASPEK
SOSIOEMOSI

Antara perkembangan murid yang dapat dilihat daripada aspek sosioemosi ialah
tingkahlaku murid dalam sesi PdPR. Menurut Ahmad Syafiq Fazrin Shukri (2021), murid
yang tidak tergolong sebagai miskin digital mampu menguasai kemahiran dalam
menggunakan bahan bantu belajar dalam talian seperti penggunaan Jamboard dan
sebagainya. Mereka bertindak dengan pantas dan berjaya menggunakan fitur-fitur yang
terdapat dalam aplikasi- aplikasi tersebut. Manakala, murid miskin digital yang tidak
mahir dalam penguasaan aplikasi mengalami kesukaran untuk menggunakan aplikasi
tersebut. Hal ini menyebabkan mereka berasa malu dan berasa rendah diri. Mereka
juga seringkali mengelak untuk menjadi ketua kumpulan kerja dan sering memberi
peluang kepada murid bukan miskin digital. Perkara ini turut disokong oleh Nurul Nadia
Mohd Zin (2021), beliau menyatakan bahawa murid bukan miskin digital sentiasa ke
hadapan dan berkeyakinan tinggi manakala murid miskin digital berasa kurang yakin
terhadap komunikasi mereka. Hal ini bertepatan dengan peringkat empat dalam Teori
Perkembangan Sosioemosi Erik Erikson iaitu kecekapan lawan rasa rendah diri (6-12
tahun). Pada peringkat ini, murid berusaha menguasai sesuatu perkara atau kemahiran
dengan baik seperti penguasaan terhadap aplikasi dalam talian. Namun, apabila
mereka gagal dalam sesuatu perkara tersebut, mereka akan berasa rendah diri dan
kurang keyakinanterhadap diri.

Selain itu, aspek perkembangan sosioemosi yang boleh diketengahkan ialah dari
segi emosi murid. Menurut Nur Nabilahhuda Mustaffa (2021), murid yang tidak terlibat

8

dengan masalah miskin digital berasa seronok semasa sesi PdPR sedang berlangsung.
Mereka bersifat aktif dan sentiasa bersaing secara sihat untuk menjawab pertanyaan.
Namun, hal iniberlaku sebaliknya terhadap murid miskin digital. Menurut informan, pihak
sekolah telah menjalankan intervensi dan tinjauan terhadap murid-murid dan keluarga
mereka. Terdapat murid yang mengalami masalah stress dan tertekan ekoran banyak
ketinggalan dalam sesi PdPR. Hal ini terjadi akibat mereka terpaksa berkongsi peranti
milik ibu mereka yang merupakan ibu tunggal bersama adik-beradik yang lain secara
bergilir-gilir. Hal ini menyebabkan mereka bersikap pasif terhadap pengajaran guru
kerana banyak ketinggalan sesi pembelajaran. Hal ini menyebabkan murid mula
menonjolkan emosi negatif dan berasa tidak yakin terhadap diri mereka.

Seterusnya, perkara yang dapat dilihat aspek sosioemosi murid ialah kesediaan
murid dalam sesi PdPR dan pentaksiran. Menurut Ahmad Syafiq Fazrin Shukri (2021),
terdapat penurunan dari segi pencapaian murid dalam sesi pembelajaran dan
pentaksiran ekoran pembelajaran secara dalam talian berbanding pembelajaran
bersemuka. Bagi murid yang tidak mengalami miskin digital, penurunan dalam
pencapaian pelajar tidak ketara dan masih stabil. Hal ini kerana mereka berusaha untuk
bertanya kepada guru dan bertindak aktif semasa pengajaran guru. Apabila
menggunakan bahan sokongan seperti Powtoon dan sebagainya, mereka berasa teruja
dan gembira. Namun, berbeza pula dengan murid miskin digital, pencapaian akademik
segelintir daripada mereka menunjukkan kemerosotan ketara berbanding pencapaian
semasa sesi bersemuka. Berdasarkan penilitian informan, mereka juga berasa rendah
diri dan berasa sedih terhadap pencapaian mereka disebabkan sering terlepas sesi
PdPR bersama guru secara dalam talian. Mereka juga berasa malu dengan
kecemerlangan rakan-rakan dan sering memohon maaf kepada guru berikutan
pencapaian mereka. Hal ini selaras dengan peringkat kelima iaitu identiti lawan
kekeliruan peranan di mana di peringkat ini, individu mudah berasa sedih dan tertekan
jika matlamat tidak dapat dicapai (Saul McLeod, 2018).

8.0 PERANAN GURU DALAM MENJAMIN KUALITI PENDIDIKAN
DALAMKALANGAN MURID

Ekoran daripada masalah miskin digital dalam kalangan murid, terdapat pelbagai usaha
boleh dilakukan oleh guru seperti guru menyediakan modul pembelajaran secara luar
talian. Menurut Nur Nabilahhuda Mustaffa (2021) dan Ahmad Syafiq Fazrin Shukri (2021),
kebanyakan guru menyediakan modul pembelajaran berkala kepada murid-murid sebagai
alternatif lain terhadap masalah ini. Pendekatan ini banyak digunakan di kawasan yang
kurang mempunyai capaian internet yang baik khususnya luar bandar dan pedalaman.
Guru-guru boleh menghantar modul tersebut ke rumah murid atau murid boleh mengambil

9

sendiri modul tersebut di sekolah. Dalam modul tersebut, guru boleh melampirkan nota-
nota ringkasyang mudah difahami oleh murid untuk dijadikan sebagai rujukan. Guru boleh
menetapkan masa yang sesuai untuk murid menyiapkan dan memulang semula modul
tersebut untuk disemak dan dikemaskini oleh guru. Hal ini mampu memberi galakan
kepada murid untuk terus belajar dan tidak berlakunya keciciran.

Selain itu, guru juga boleh bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG). Guru dan ibu bapa memainkan peranan penting secara bersama untuk
menangani masalah keciciran terhadap murid miskin digital. Menurut Ahmad Syafiq
Fazrin Shukri (2021) pihak PIBG telah membuat bancian terhadap masalah penggunaan
dan pemilikan peranti dalam kalangan murid. Pihak PIBG telah membuat kutipan dana
untuk membeli peranti digital dan memberi pinjam kepada murid untuk digunakan dalam
sesi PdPR. Bagi murid yang mempunyai peranti tetapi tidak mempunyai data
penggunaan internet, pihak PIBG menyediakan inisiatif pemberian langganan data
secara percuma kepada murid lebih-lebih lagi kepada murid lingkungan B40. Hal ini
membantu murid untuk tidak terlepas sesi pembelajaran.

Seterusnya, guru-guru boleh menjalankan cara pengajaran yang berbeza. Hal ini
diutarakan oleh Nurul Nadia Mohd Zin (2021), kebanyakan guru di kawasan yang
mempunyai capaian yang kurang memuaskan menggunakan pendekatan selain
pembelajaran secara maya. Sebagai contohnya, mereka membuat rakaman video
sendiri dan berkongsi video- video tersebut dengan murid melalui saluran Youtube
ataupun TikTok. Hal ini demikian keranacara tersebut dapat mengurangkan penggunaan
data peranti murid kerana cara tersebut hanya memerlukan data yang sedikit untuk
diakses. Hal ini disokong oleh Nur Nabilahhuda Mustaffa (2021), beliau turut
menyatakan bahawa terdapat guru yang menggunakan mediumlain selain Google Meet
kerana data yang digunakan agak tinggi. Mereka menggunakan fiturmenerusi Telegram
Video Chat dan Voice Chat yang menggunakan data yang rendah dan lebih mudah
diakses oleh murid dan ibu bapa kerana tidak banyak memerlukan prosedur untuk
mengakses perisian tersebut. Hal ini mampu memberikan impak kepada kelangsungan
ilmu murid walaupun sedikit namun murid berupaya memahami sesebuah topik
pembelajaran.

Di samping itu, guru-guru boleh membuat penilaian dan intervensi terhadap
pencapaian murid. Mereka boleh mengadakan ujian penilaian untuk mengukur
sejauhmana prestasi murid semasa sesi pembelajaran maya. Menurut Nurul Nadia Mohd
Zin (2021), ujian pencapaian tersebut dapat dijadikan sebagai kaya ukur kepada pihak
sekolah untuk meninjau keadaan keseluruhan murid. Melalui keputusan murid, guru
boleh mengadakan konsultasi bersama ibu bapa dan murid untuk melihat

10

perkembangan dan masalah murid-murid miskin digital ini. Menurut beliau lagi,
kaunselor juga boleh memberikan khidmat nasihat untuk membantu murid-murid yang
terkesan akibat masalah miskin digital.
9.0 RUMUSAN

Masalah miskin digital banyak menimbulkan kesan kepada perkembangan kognitif dan
sosioemosi murid. Hal ini menyebabkan mereka sering berasa terpinggir dan
mengganggu proses pembelajaran dan mengganggu prestasi akademik mereka. Oleh
itu, sebagai seorang guru yang bertindak sebagai penyebar ilmu utama kepada anak
bangsa, guru-guru seharusnya memainkan peranan penting agar mampu menjamin
kualiti pendidikan murid-murid ini supaya tidak berlakunya keciciran dan berlaku adil
terhadapsemua golongan murid.

11

LAMPIRAN

Murid Bukan Miskin Aspek Murid Miskin Digital
Digital

-Murid memberi respon aktif Keupayaan murid -Murid sukar menguasai
dan menguasai topik menguasai topik topik dan ketinggalan jauh.
pembelajaran dengan baik. -Tahap pemahaman murid
pembelajaran agak perlahan.
-Murid memerlukan -Murid kurang mahir
bimbingan yang kurang Tahap kemahiran murid menggunakan aplikasi dan
daripada guru dan ada juga menguasai aplikasi dalam memerlukan bimbingan
yang tidak memerlukan yang banyak daripada orang
bimbingan. talian dewasa.
-Murid dapat menyiapkan -Murid mengalami
tugasan dengan baik, Penyelesaian tugasan kesukaran untuk
teratur, dan dapat bekerja yang diberikan oleh guru mengembangkan idea dan
secara berkumpulan dengan tidak mampu menggunakan
cemerlang. imaginasi serta pengolahan
-Murid dapat idea sendiri.
mengemukakan hujah dan -Murid bertindak pasif dan
idea dengan cemerlang. kurang memberi respon.

Lampiran 1: Perbezaan antara murid bukan miskin digital dengan murid miskin
digitaldaripada aspek perkembangan kognitif

Murid Bukan Miskin Aspek Murid Miskin Digital
Digital
Tingkahlaku murid dalam -Murid berasa malu dan
-Murid cemerlang sesi PdPR mudah rendah diri.
menguasai perisian digital. -Kurang yakin terhadap
-Murid sentiasa ke hadapan Emosi murid komunikasi.
dan berkeyakinan tinggi. -Murid mengalami masalah
-Murid bersifat aktif dan stress dan tertekan kerana
bersaing secara sihat selalu ketinggalan dalam
pembelajaran.

12

-Penurunan prestasi murid Kesediaan murid dalam -Penurunan ketara dalam
tidak ketara. sesi PdPR dan prestasi murid.
-Murid berasa teruja dan pentaksiran -Berasa rendah diri dan
gembira jika guru sedih terhadap pencapaian.
menggunakan aplikasi -Sering memohon maaf
baharu semasa PdPR berikutan pencapaian
mereka.

Lampiran 2: Perbezaan antara murid bukan miskin digital dengan murid miskin
digitaldaripada aspek perkembangan sosioemosi

Lampiran 3: Temu ramah bersama orang sumber: Nur Nabilahhuda binti
Mustaffa,Guru SK Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan

Lampiran 4: Temu ramah bersama orang sumber: Ahmad Syafiq Fazrin bin
Shukri,Guru SM Agama Persekutuan Bentong, Pahang
13


Click to View FlipBook Version