The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainnur09-360, 2022-05-12 13:06:14

F4 - AINNUR ERLYANA BINTI AZIZ JAFFAR (PENULISAN ESEI)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

03

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP3073

Disediakan oleh:

Nama AINNUR ERLYANA BINTI AZIZ JAFFAR
Angka Giliran 2020192340064
Nombor Kad Pengenalan 010501-10-1424
F4
Kumpulan
Nama Pensyarah MISS TAN YAN IM
PENULISAN AKADEMIK
Tajuk Tugasan
Tarikh Hantar 12 MEI 2022

Tarikh Menerima Maklum
Balas Daripada
Pensyarah

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT
1
Pengenalan 1
1-2
Langkah-Langkah Menguruskan Bilik Darjah Mesra Budaya 2-3
3
Aspek Fizikal 3
4
Aspek Emosi 5

Aspek Sosial

Aspek Sosiolinguistik

Rumusan

Rujukan

1

Pengenalan

Perkembangan pendidikan yang dinamik merupakan hasil daripada hasrat masyarakat untuk
mencipta kejayaan. Hal ini juga berkat usaha luar biasa para guru, yang sentiasa mencari
langkah yang efektif dan berkesan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang mesra
budaya. Kewujudan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini sangat vital dalam
konteks Malaysia kerana keunikan rakyat Malaysia itu sendiri yang berbilang bangsa, bahasa
serta budaya. Hal ini termasuklah perbezaan jurang yang wujud dalam taraf sosioekonomi,
latar belakang budaya dan status. Menurut Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki
Miskon (2012), pembelajaran mesra budaya akan mewujudkan persekitaran yang harmoni
dan selesa. Kehadiran suasana mesra budaya ini akan menjadikan segala perbezaan yang
wujud itu hilang lalu menyediakan persekitaran yang kondusif untuk belajar. Penulisan ini akan
membincangkan langkah-langkah yang efektif untuk menguruskan bilik darjah mesra budaya
dari segi aspek fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik.

Langkah-Langkah Menguruskan Bilik Darjah Mesra Budaya

Persekitaran pembelajaran yang mesra budaya akan memupuk nilai kewarganegaraan yang
menjadi nadi kepada masyarakat yang harmoni dan aman di peringkat nasional dan globa
(Syed Ismail Syed Subki & Ahmad Subki Miskon, 2021). Bagi menhasilhkan konteks
pembelajaran yang berkualiti, pengurusan bilik darjah yang mesra budaya adalah relevan
untuk diaplikasikan dalam pendidikan di Malaysia bagi membentuk satu budaya pembelajaran
yang berkualiti tinggi. Pengurusan bilik darjah yang tidak cekap mungkin akan membawa
kepada kegagalan untuk mencapai objektiviti PdP.

Aspek Fizikal

Antara langkah yang dapat dilaksanakan bagi mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya
budaya adalah dengan memastikan pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah terjaga.
Persekitaran bilik darjah yang kondusif memberikan pengaruh yang besar untuk membina
budaya sesebuah bilik darjah kerana bilik darjah merupakan satu ekologi yang berkait rapat
dengan persekitaran fizikalnya (Sing Kiat Lee, n.d.).

Konteks aspek fizikal termasuk dari segi susun atur bilik darjah seperti kedudukan dan
koordinasi murid. Dalam hal ini, guru hendaklah memiliki kemahiran untuk menyusun
kumpulan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum bagi membentuk satu suasana yang
kondusif. Perkara ini adalah bertujuan untuk membentuk persefahaman dan perpaduan
antara murid (Najeemah Md. Yusof, 2006). Tamsilnya, guru hendaklah peka dengan
kedudukan murid-murid pelbagai kaum di dalam satu kelas. Murid berbangsa India atau Cina
tidak digalakkan untuk duduk bersama bangsa mereka sendiri. Adalah lebih baik jika sesuatu

2

kelompok atau kumpulan murid terdiri daripada pelbagai kaum, seperti Melayu, Cina dan
India.

Seterusnya, dekorasi hiasan di dalam bilik darjah juga akan dapat mewujudkan
sebuah kelas yang mesra budaya. Hiasan bilik darjah yang ceria dan selesa amat penting
untuk membangkitkan semula semangat murid-murid untuk menuntut ilmu (Suliati Asri, 2020).
Bilik darjah mesra budaya boleh dihiasi dengan hasil-hasil kerja murid seperti lukisan yang
menggambarkan budaya etnik. Selain itu, artifak-artifak budaya dan sejarah etnik seperti
boneka pakaian tradisional (Noriati A. Rashid et al., 2017). Sesi menghias kelas boleh
dilaksanakan dengan melibatkan semua murid. Hal ini bukan sahaja dapat mewujudkan
sebuah kelas yang cantik dan ceria malah, hubungan persahabatan antara murid pebagai
kaum juga dapat dikukuhkan dengan lebih erat. Jelas terbukti bahawa, susun atur bilik darjah
dan dekorasi hiasan bilik darjah memberikan impak yang positif kepada pembentukan kelas
mesra budaya.

Aspek Emosi

Perkembangan sosio-emosi kanak-kanak merujuk kepada keupayaan untuk
berinteraksi serta memberi tindak balas emosi terhadap sesuatu situasi (Noor Azima dalam
Rizalina Mat Radzi, 2014). Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), pengurusan
emosi ini adalah satu usaha untuk menerapkan minat dan keterikatan emosi murid-murid.

Guru perlu membina jalinan hubungan yang mesra dengan murid. Sebagai contoh,
sekiranya berlaku sebarang masalah, guru perlu mendengar terlebih dahulu pendapat
ataupun penjelasan murid daripada kedua-dua belah pihak tanpa menerapkan sifat bias
dalam membuat keputusan. Guru perlu sentiasa memberikan perhatian kepada semua murid
tanpa mengira latar belakang. Hal ini akan memberikan impak positif kepada suasana bilik
darjah. Kesannya, murid akan merasa selamat dan dihargai lalu mewujudkan perhubungan
mesra antara guru dan murid.

Di samping itu, guru juga beperanan dalam memberikan peneguhan positif dan
ganjaran kepada murid. Sebagai contoh, murid yang berani hadir kehadapan untuk
memberikan pendapat terhadap aktiviti pengajaran tersebut akan diberikan ganjaran serta
pujian di hadapan murid-murid. Kesannya, motivasi dan minat murid yang meningkat akan
mendorong murid untuk bergiat aktif didalam kelas. Hal ini telah dibuktikan melalui
pendekatan model modifikasi Tingkah Laku B. F. Skinner dimana penggunaan prinsip
peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran dapat mendorong kepada
peningkatan tingkah laku yang diingini (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2016).
Dalam aspek ini juga, guru perlulah menghindarkan diri daripada memberikan kata-kata
negatif kepada pelajar serta tidak pilih kasih terhadap sesetengah murid. Pengurusan yang

3

tidak cekap akan meninggalkan impak yang negatif terhadap emosi murid lalu menghalang
usaha untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya.

Aspek Sosial

Perkembangan sosial setiap individu bermula pada zaman kanak-kanak, yang
seterusnya mempengaruhi kehidupan individu tersebut. Perkembangan sosial merujuk
kepada proses di mana kanak-kanak belajar untuk berhubung dengan orang lain dengan cara
yang boleh diterima dari segi sosial dan budaya kepadanya (Noriati A. Rashid et al., 2017).
Pengurusan aspek sosial dalam kalangan sekolah adalah fasa yang penting kepada
perkembangan sosial kanak-kanak tersebut. Murid-murid yang telah dilatih untuk membina
hubungan yang positif antara keluarga, guru, rakan dan masyarakat dapat menghadapi
pelbagai cabaran dengan lancar. Justeru itu, guru boleh membina aktiviti yang melibatkan
murid-murid untuk bersosial atau berkomunikasi antara satu sama lain. Contoh aktiviti yang
dapat dilaksanakan adalah seperti aktiviti PdP yang bekerja secara berkumpulan. Murid-murid
boleh bekerjasama dalam memberikan idea atau menyelesaikan masalah yang terdapat pada
isi pembelajaran tersebut. Aktiviti berkumpulan ini peru menitikberatkan aspek pemilihan ahli,
guru bertanggungjawab memastikan setiap kumpulan terdiri daripada pelbagai kaum, status
sosial mahupun tahap pembelajaran. Murid yang cemerlang boleh disatukan dengan murid
yang kurang cemerlang untuk memberikan bimbingan secara tidak langsung.

Aspek Sosiolinguistik

Sosiolinguistik merujuk kepada bidang pengajian dan pengkajian yang menggabungkan dua
disiplin ilmu, iaitu sosiologi dan linguistik. Gandingan sifat kedua-dua bidang disiplin ini,
sosiolinguistik memberikan fokus kepada dua entiti, iaitu bahasa dan masyarakat. Dalam erti
kata lain, bahasa dan masyarakat adalah satu struktur (Rosfazila Abd Rahman, 2016).

Berdasarkan aspek sosiolinguistik ini, kelas mesra budaya dapat diwujudkan dengan
kaedah guru membentuk jati diri bangsa Malaysia dalam diri murid-murid tanpa meninggalkan
warisan budaya kaum masing-masing. Beikutan itu, pemartabatan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan akan dilaksanakan bagi menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa
pengantar kepada murid tanpa mengira bangsa. Perkara ini dapat dijalankan dengan
mengadakan aktiviti dan program seperti aktiviti bahasa, sastera dan budaya ketika didalam
bilik darjah mahupun diluar bilik darjah. Menurut Pertubuhan Pendidikan Pelbagai Kaum
(2007), pelaksanaan PdP dengan mengaitkan pelbagai unsur budaya dapat memupuk
persefahaman dalam kalangan murid yang berbilang kaum malah membantu murid untuk
memahami kosa kata bahasa etnik yang lain. Perkata ini membentuk persefahaman dalam
kalangan murid kerana segala perbezaan telah disisihkan. Kejayaan dalam menguruskan

4

sosiolinguistik juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra budaya dan
kondusif serta murid tidak akan rasa terpinggir untuk bercampur dengan kaum yang lain.

Rumusan

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa terdapat pelbagai langkah-
langkah yang proaktif perlu diambil oleh guru dalam mewujudkan suasana pembelajaran
kondusif yang mesra budaya. Kelas pembelajaran mesra budaya ini dapat diwujudkan dengan
memberikan fokus kepada beberapa aspek seperti aspek fizikal, emosi, sosial dan
sosiolinguistik. Jika segala inisiatif yang diambil dapat dilaksanakan dengan jayanya, sebuah
komuniti pelbagai budaya yang bersatu padu dapat dibentuk. Guru memegang
tanggungjawab yang besar dalam memastikan hasrat negara untuk mewujudkan negara yang
harmoni dapat dicapai.

5

Rujukan

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Penerbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Najeemah Md. Yusof. (2006). Konsep Pendidikan. PTS Publication Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying. Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid.
(2017). Budaya dan pembelajaran. Oxford Fajar Sdn Bhd.

Pertubuhan pendidikan pelbagai kaum (2007). Memorandum mengembalikan bahasa ibunda
dalam pendidikan di sekolah. Pertubuhan-Pertubuhan Pendidikan Pelbagai Kaum.

Razalina Mat Radzi (2014). Peranan guru dan Ibu Bapa Meransang Perkmebangan
Sosioemosi kanak-kanak Melalui Aktiviti Bermain. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rosfazila Abd Rahman. (2016). Dato Mahamud Bin Abdul, Tokoh Sosiolinguistik Melayu
Nusantara: Suatu kajian Konseptual, Profil dan Sumbangan. Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS).

Sing Kiat Lee. (n.d.). EDUP 3073 Budaya dan Pembelajaran - Pengurusan Bilik Darjah Mesra

Budaya.docx. Academia.

https://www.academia.edu/34006920/EDUP_3073_Budaya_dan_Pembelajaran_Peng

urusan_Bilik_Darjah_Mesra_Budaya_docx

Suliati Asri. (2020, 14 September). Kelas cantik bangkit semangat! myMetro.
https://www.hmetro.com.my/akademia/2020/09/620288/kelas-cantik-bangkit-semangat

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki. (2012). Budaya dan pembelajaran. Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.


Click to View FlipBook Version