The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ANALISIS PEMBENTUKAN PERSONALITI KANAK-KANAK SECARA TEMUBUAL BERSAMA PEGAWAI PSIKOLOGI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farashila85, 2022-04-01 11:28:34

ASAS PENDIDIKAN PSIKOLOGI

ANALISIS PEMBENTUKAN PERSONALITI KANAK-KANAK SECARA TEMUBUAL BERSAMA PEGAWAI PSIKOLOGI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS BAHASA MELAYU

NAMA PELAJAR NOOR FARASHILA BINTI MOHID

ANGKA GILIRAN 2021192380008

NOMBOR KAD PENGENALAN 850601-10-5918

KUMPULAN UNIT PAK B1

KOD DAN NAMA KURSUS EDUP2083D ASAS PENDIDIKAN
NAMA PENSYARAH PSIKOLOGI

PN NORIZAN BINTI BABA

TARIKH HANTAR 1 APRIL 2022

PENGAKUAN PELAJAR MENERIMA
MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH

PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnia-Nya, saya masih lagi dapat menyiapkan

tugasan esei kerja kursus EDUP2083D Asas Psikologi Pendidikan dengan jayanya dalam waktu
yang ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya, Puan
Norizan Binti Baba kerana telah banyak membimbing dalam menyiapkan tugasan yang diberikan
kepada saya jemu sehingga tugasan ini berjaya disiapkan.

Selain itu, saya amat berterima kasih kepada Pegawai Psikologi Dan Kaunseling Puan Aifaa
Ayla Binti Aminuddin dari Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia,Putrajaya yang dapat
meluangkan masa dan bekerjasama dalam sesi temubual yang kami laksanakan.

Tidak lupa juga kedua ibu bapa saya diatas doa, dorongan dan semangat yang tidak putus-
putus diberikan kepada saya. Mereka juga turut memberi saya nasihat-nasihat yang
memberangsangkan sehingga kerja kursus ini siap dengan jayanya. Seterusnya, tidak dilupakan juga
kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang turut memberikan pertolongan dan nasihat dalam
menyiapkan tugasan ini sehingga saya dapat menyiapkannya dengan baik.

Akhir sekali, saya juga ingin berterima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan kerja kursus saya.

2

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PENDAHULUAN 4
KONSEP PSIKOLOGI KANAK-KANAK 4
OBJEKTIF TEMUBUAL
LAPORAN HASL TEMUBUAL 4&5
FASA SEBELUM TEMUBUAL 5
FASA SEMASA TEMUBUAL 5
DAN PERSOALAN-PERSOALAN 6
FASA SELEPAS TEMUBUAL
RUMUSAN 6-10
RUJUKAN 10
10
11

3

1.0 PENDAHULUAN
Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada lima

aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula
adalah berasaskan kepada dua faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka dan
faktor persekitaran. Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada individu di dunia
ini yang mempunya kadar perkembangan yang sama dan menjadikan faktor baka(nature)
dan faktor persekitaran(nurture) sebagai penyebab utama ketidaksamaan kadar
perkembangan seseorang individu. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa
tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka
berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan
kadar perkembangan manusia.

2.0 KONSEP PSIKOLOGI KANAK-KANAK

Perkembangan secara umumnya dapat didefinisikan sebagai aspek perubahan yang
dihadapi oleh individu yang berubah menurut peredaran masa.Perkembangan ialah satu
proses yang berlaku secara berterusan dari peringkat lahir hinggalah peringkat
kematangan. Menurut Crow dan Crow, perkembangan merupakan perubahan secara
‘kualitatif’ serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan
sosial. Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang
saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan
itu, iaitu berbentuk struktur, kemahiran tingkah laku ataupun sahsiah, adalah mengikut
beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat.

3.0 OBJEKTIF TEMUBUAL

i-Mengetahui tahap kanak-kanak dari pelbagai aspek perkembangan dari segi
kognitif,sosial,fizikal dan emosi.Samaada kanak-kanak yang mempunyai masalah boleh
mencapai tahap perkembangan atau tidak boleh berkembang seperti kanak-kanak normal.

4

ii-Membolehkan guru memahami mengapa pelajar cenderung untuk melakukan sesuatu
tingkah laku dan membantu pelajar memahami diri mereka sendiri.

iii-Membantu guru merancang peneguhan yang sesuai dengan pelajarnya dalam usaha
mengawal tingkah laku

4.0 LAPORAN ANALISIS HASIL TEMUBUAL

Strategi pelaksanaan temubual ini merangkumi aktiviti yang dijalankan sebelum
temubual, semasa temubual dan selepas temubual. Setiap program pula,perlu dirancang
dengan teliti serta berpandukan strategi yang dilaksanakan yang sistematik dan
bersesuai dengan soalan agar mendapat hasil seperti yang dirancangkan.

4.1 FASA SEBELUM TEMUBUAL

Sebelum melaksanakan sesi temubual,saya juga telah membuat panggilan telefon dan
berbincang dengan lebih terperinci kepada pihak Pejabat Kesihatan Putrajaya untuk
memberi taklimat secara atas talian (googlemeet) .Melalui kenalan saya ,Puan Nooraidaliana
selaku pegawai bidang pemakanan di Klinik Kesihatan Putrajaya telah membantu
menyampaikan hasrat saya untuk mencari pegawai dalam bidang psikologi.Dan beliau
menghubungi sahabatnya Puan Ku Kautsar selaku Pegawai Psikologi Kaunseling dari
Pejabat kesihatan Daerah untuk bekerjasama dalam sesi temubual ini,akan tetapi terdapat
kekangan masa dan beliau menggantikan dengan sahabatnya yang lain,Puan Aifaa Alya
Binti Aminuddin selaku Pegawai Psikologi Kaunseling dari Ibu Pejabat,Kementerian
Kesihatan Malaysia Putrajaya. Saya dan Puan Aifaa telah bersetuju untuk mengadakan sesi
temubual pada tarikh 30 April 2022,bersamaan hari Rabu jam 9.30 malam .Sesi temubual
dilaksanakan melalui medium GoogleMeet.

5

FASA SEMASA TEMUBUAL

Fasa seterusnya ialah semasa menjalankan program temubual.Soalan protokol telah dibuat
dalam bentuk pertanyaan terbuka iaitu pertanyaan bebas yang menyatakan pandangan
berasaskan persoalan yang diberikan kepada pegawai.Untuk melancarkan temubual
tersebut, saya menyusun protokol temubual dalam bentuk pertanyaan pembuka,
pengenalan, pertanyaan kunci dan rumusan.

Pada pertanyaan pembuka, saya memperkenalkan diri dan juga memberikan ruang
kepada Pegawai Psikologi untuk memperkenalkan nama dan latarbelakang diri,
pengalaman dan sebagainya. Ini sangat penting untuk sesi perkenalan yang agar
temubual dapat berjalan dengan baik dan lancar. Soalan ini juga sebenarnya bertujuan
untuk “ice-breaking” ataupun pembuka tirai perbincangan kepada subjek agar beliau
selesa untuk menyampaikan pandangannya dalam perbincangan berikutnya.Terdapat
beberapa persoalan yang di bincangkan bersama Pegawai Psikologi ini dan saya dapat
menganalisiskan jawapan berdasarkan apa yang dikongsikan oleh Pegawai Psikologi.

Soalan pertama : Apakah yang dimaksudkan dengan psikologi kanak-kanak?

Apa yang dapat di analisiskan pada persoalan ini ialah psikologi kanak-kanak
merupakan salah satu daripada banyak cabang psikologi dan salah satu bidang khusus yang
paling kerap dipelajari. Psikologi ini memberi tumpuan kepada minda dan tingkah laku kanak-
kanak dari perkembangan dalam kandungan sehingga peringkat remaja. Psikologi kanak-
kanak tidak hanya menangani bagaimana kanak-kanak tumbuh secara fizikal, tetapi juga
dengan perkembangan mental, emosi dan sosial.Faktor-faktor seperti ini boleh memberi
impak besar kepada psikologi kanak-kanak.Puan Aifaa juga menyebut,psikologi kanak2 ini
sangat luas dan unik untuk di fahami.

6

Soalan kedua : Bagaimanakah gangguan psikologi boleh diklasifikasikan?

Melalui jawapan Puan Aifaa,apa yang dapat di analisiskan disini gangguan psikologi
dikenali sebagai gangguan jiwa.Ia adalah corak tingkah laku atau gejala psikologi yang
memberi kesan kepada pelbagai bidang kehidupan dan mewujudkan kesusahan bagi
orang yang mengalami gejala ini. Menurut Puan Aifaa lagi,gangguan psikologi ini
terbahagi kepada 4 sudut iaitu fizikal,mental,emosi dan sosial.Dari segi neuro development
disoder banyak kes kanak-kanak yang mengalami masalah psikologi seperti masalah
pembelajaran,autisme,speech delay,disleksia dan lain lain lagi. Hari ini banyak ahli
psikologi bersetuju bahawa gangguan psikologi dicirikan oleh kedua-dua kecemasan dan
gangguan peribadi dalam pelbagai bidang kehidupan.

Soalan ketiga : Apakah kaitan antara perkembangan kanak-kanak dengan pembentukan
personaliti individu kanak-kanak?

Puan Aifaa ada menyebut beberapa nama tokoh psikologi seperti Piaget dan Freud.Mengikut teori
perkembangan Jean Piaget ,perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat peringkat
iaitu Peringkat deria motor,peringkat pra operasi,peringkat operasi konkrit dan peringkat operasi
normal.

Sigmund Freud menekankan zaman seseorang kanak-kanak dan personaliti dibentuk pada
umur 5 tahun.Personaliti merupakan sifat-sifat atau ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang individu,
seperti cara berfikir, dan beremosi yang membolehkan dirinya dibezakan dengan individu lain.
Sigmund Freud juga mendefinisikan personaliti sebagai sifat-sifat yang menggambarkan diri
seseorang individu, iaitu merujuk kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan oleh orang lain atau
merujuk kepada perasaan-perasaan yang dialami oleh seseorang dalam dirinya sendiri.

Kaitan antara personaliti seseorang itu dengan konsep kendiri ialah jika konsep kendiri
seseorang itu positif, maka individu tersebut dapat menilai dan memberi pendapat mengenai dirinya
secara sedar tentang kebaikan dan kekurangannya, serta dapat menerima maklum balas daripada
orang lain.

Soalan keempat : Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti kanak-kanak?

Puan Aifaa menjelaskan, terdapat dua faktor utama yang akan mempengaruhi personaliti
seseorang itu.Dua faktor yang utama tersebut adalah faktor genetik dan faktor persekitaran. Setiap

7

faktor tersebut sedikit sebanyak akan mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang individu
tersebut. Secara umumnya baka ibu bapa akan mempengaruhi personaliti anak-anak mereka
terutamanya dari segi bentuk badan, keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi anaknya.Persekitaran
memang memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi personaliti seseorang individu.
Faktor persekitaran yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang
merangkumi keadaan keluarga, sekolah, rakan sebaya, masyarakat dan pengalamannya.

Soalan kelima : Bagaimanakah cara terbaik bagi seorang guru untuk menangani masalah
psikologi bagi murid yang manja,yang kurang fokus pembelajaran di dalam kelas?

Puan Aifaa menyatakan,cara terbaik yang utama adalah sabar.Jika guru berdepan dengan pelbagai
masalah pembelajaran kanak-kanak langkah yang boleh di ambil juga dengan mempelbagaikan
pendekatan yang tidak hanya terhad kepada pembelajaran dan penerangan, sebaliknya menjalankan
pelbagai aktiviti berbentuk projek seperti permainan playdoh,slime,lakonan,nyanyian atau didik hibur.
Selain itu,guru juga boleh berbincang bersama ibu bapa mengenai prestasi pembelajaran anak-
anak.Ini langkah yang terbaik untuk menyelesaikan satu masalah kerana hanya ibu bapa sahaja yang
memahami dan dapat memberi kerjasama kepada guru berkenaan tingkah laku anaknya.

Sekali lagi Puan Aifaa menekankan bahawa setiap kanak-kanak itu unik dan istimewa.Oleh
itu penghargaan dan pengiktirafan adalah elemen penting dalam memotivasikan anak-anak untuk
belajar, memperbaiki kelemahan serta memberi semangat untuk mencuba sesuatu yang baharu.
Pujian antara bentuk penghargaan dan pengiktirafan paling mudah namun memberi kesan besar
terhadap motivasi murid yang malas dan tidak fokus semasa dalam kelas. Guru perlu sentiasa
memberi pujian kata-kata semangat dan dorongan dapat membantu meningkatkan keyakinan murid
terhadap pembelajarannya.

Soalan keenam : Adakah peranan guru dan ibubapa mempengaruhi konsep kendiri dalam
kehidupan seharian kanak-kanak?

Bagi pendapat Puan Aifaa,peranan ibu bapa ini sangat penting berpengaruh.Kerana ibu
bapa adalah figura utama yang anak-anak nampak semasa lahir.Kanak-kanak banyak
belajar melalui pemerhatian.Ibu bapa juga harus menunjukkan contoh sikap ini kepada anak-
anak dan membimbing kelakuan mereka. Ibu bapa juga bertanggungjawab meletakkan
asas-asas nilai murni dan pembentukan konsep diri yang positif di kalangan anak-
anak.Pengaruh ibu bapa mungkin lebih kuat kerana jumlah jam kanak-kanak berada di

8

rumah adalah lebih panjang dari jumlah jam kanak-kanak berada di sekolah.Ibu bapa perlu
memahami emosi anak-anak dan cuba berikan perhatian dan penghargaan pada anak-anak.

Guru merupakan pengaruh yang paling penting dalam perkembangan pelajar
daripada segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya.Guru pula memainkan peranan dalam
membentuk akhlak peribadi yang mulia di peringkat sekolah.Personaliti guru yang bersifat
penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah
akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia dan
bertanggungjawab.

Soalan ketujuh : Bagaimanakah cara yang terbaik utuk ibu bapa menerima setiap perbezaan
personaliti dan perkembangan kanak-kanak?

Bagi pendapat Puan Aifaa sebagai seorang ibu,dia mentafsirkan anak-anak ini
memang sangat unik.Ibu bapa perlu fahami dan mengenali kelebihan yang ada pada setiap
anak-anak kerana setiap anak adalah berbeza.Terdapat tiga jenis anak iaitu anak
visual,auditory dan kinestik.

Anak visual ialah seorang lebih mudah untuk menyerap dan menerima maklumat
sekiranya maklumat tersebut dipersembahkan dalam bentuk gambar, carta dan gambarajah.

Anak auditori lebih mudah untuk menyerap dan menerima maklumat melalui
pendengaran. Mereka lebih suka mendengar sesebuah pembentangan oleh guru mahupun
kerja berkumpulan.

Anak kinestetik lebih sukakan pengalaman yang melibatkan anggota fizikal. Mereka
sukakan sesuatu yang lebih praktikal berbanding teori, lebih-lebih lagi yang melibatkan
sentuhan ataupun alatan.

Soalan kelapan : Kanak-kanak mempunyai daya ingatan yang tinggi.Adakah faktor masalah
keluarga seperti keganasan rumah tangga atau penceraian mampu membentuk personaliti
kanak-kanak yang agresif,memberontak atau tidak mendengar kata?

Puan Aifaa menjelaskan,ianya bergantung kepada cara sesorang mengawal
emosi.Adakalanya seseorang yang lahir dari keluarga yang bermasalah akan mewujudkan

9

personaliti yang negatif.Disebaliknya juga jika seseorang itu bijak mengawal emosi ianya
dapat membentuk peribadi yang positif walaupun dilahirkan dalam keluarga yang
bermasalah.

Personaliti merupakan gabungan daripada berbagai sifat dan konsep kendiri
seseorang. Hal ini yang demikian individu yang mempunyai konsep kendiri positif akan
menghasilkan personaliti yang bersesuaian dengan keperluan persekitarannya. Dengan
gaya percakapan, cara bertindak, tingkah laku yang ditunjukkan dan cara seseorang itu
berinteraksi dengan persekitarannya dapat membantu kita untuk mengenali personaliti
seseorang itu dengan lebih mendalam.Selain itu,perhubungan ibu bapa yang baik akan
menjamin suasana rumah yang tenteram yang amat diperlukan untuk perkembangan
personaliti seseorang individu tersebut.

FASA SELEPAS TEMUBUAL

Selesai menemubual pegawai psikologi tersebut,kami mengucapkan jutaan terima kasih dan
penghargaan kerana dapat bekerjasama membantu kami dalam menghasilkan tugasan
yang diberi.

5.0 RUMUSAN

Kesimpulannya tahap perkembangan kanak-kanak adalah berbeza dari pelbagai sudut
seperti fizikal, kognitif, afektif dan psikologi, dan sosial walaupun masing-masing melalui
peringkat pertumbuhan yang sama. Pertumbuhan dan perkembangan seseorang kanak-
kanak juga di pengaruhi oleh peranan ibu bapa atau guru. Ibu bapa atau guru seharusnya
seiring dan bekerjasama dalam merancang sesuatu perkara bagi membantu pencapaian
pertumbuhan kanak-kanak secara optimum supaya tahap perkembangan dan pertumbuhan
kanak-kanak berkembang seiring.
Selain itu, faktor persekitaran juga mempengaruhi tahap pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak. Jika baik persekitaran yang dibina maka pertumbuhan dan perkembangan
seseorang kanak-kanak juga baik. Namun jika persekitaran yang dibina ke arah

10

pembentukan yang negatif maka akan mempegaruhi corak pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak.

11

RUJUKAN
1.http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/teori-personaliti-sigmund-freud-
erikson.html
2. http://aesnote.blogspot.com/2012/12/faktor-faktor-mempengaruhi-personaliti.html

12


Click to View FlipBook Version