1
Checklist Sebelum
Ke Negeri Abadi
10 saranan persiapan segera
sebelum ajal menjemput
Rozaina Zainul Abidin
Terbitan Pertama September 2021
E-ISBN: e ISBN 978-967-26058-0-5
9789672605805
© Rozaina Zainul Abidin
Diterbitkan oleh Rozaina Zainul Abidin
Selangor, Malaysia
Penulis boleh dihubungi di:
[email protected]
Facebook: Rozaina Zainul Abidin
Hak Cipta Terpelihara
eBook ini adalah Hak Cipta Terpelihara
dan merupakan karya asli Rozaina Zainul
Abidin. Tidak dibenarkan mengeluar
ulang mana-mana bahagian penulisan
ebook ini dalam apa jua bentuk dan
dengan apa cara sekalipun sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau apa jua cara kecuali
dengan izin penulis.
Penulis juga tidak menjamin apa yang
terkandung adalah sesuai dan tepat
untuk semua pembaca namun isi
kandungan buku ini adalah berdasarkan
pengetahuan, pengalaman serta rujukan
penulis sendiri.
Kenapa harus 10
membaca buku ini?
CHECKLIST
SEBELUM KE NEGERI ABADI
Dalam kekalutan berlari mengejar
dunia…hati terpaut pada 10 pesanan ini
yang mengingatkan kita hala tuju hakiki dan
abadi buat kita semua sebagai manusia.
Sangat mudah difahami dn praktikal utk
diamalkan !! A MUST-READ EBOOK!!.
Checklist kehidupan yang
ringkas tapi lengkap,
senang difahami dan
amat diperlukan oleh kita
semua sekarang ini.
Isinya padat, persembahannya
menarik dan santai. Sesuai untuk
orang-orang yang sibuk, tak perlu
baca buku yang panjang-
panjang. Tip yang diberi pulak
relevan dan ‘actionable’.
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
Kandungan 10
CHECKLIST
SEBELUM KE NEGERI ABADI
10
CHECKLIST
SEBELUM KE NEGERI ABADI
ﯨ َﻘﺔُ ا ْﻟ َﯾَﻣ ْْوو َم ۗ ِتا ْﻟ َِﻘوٰﯾِا َﻧﱠﻣ َِﻣﺔﺎ ﺗُ َوﻓﱠ ْو َن اُ ُﺟ ْو َرﻛُ ْم0 ﻛُ ﱡل ﻧَ ْﻔ ٍس ذَ ۤا
Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Setiap
yang bernyawa pasti akan mati, dan hanya
pada hari Kiamat sajalah segala amalan akan
ditimbang dengan sempurna…”
(Surah ali-Imran: 185)
1
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
Pengenalan 10
CHECKLIST
SEBELUM KE NEGERI ABADI
Saban hari, kita menyaksikan kematian demi
kematian orang-orang yang dikenali dalam
keadaan mendadak. Soalnya sekarang,
sudahkah kita sendiri membuat cukup persiapan
untuk menghadapinya tidak lama lagi?
Buku kecil ini menggariskan 10
senarai semak (checklist) dan
saranan yang boleh kita
lakukan dengan kadar segera
bagi mempersiapkan diri
sebelum tibanya hari untuk
dipanggil mengadap Allah
SWT, di mana kita akan
ditanya tentang segala yang
telah kita lakukan atau tidak
lakukan semasa hayat kita di
atas muka bumi ini.
2
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
Kenapa harus bersiap?
َﻣ ْن َوا ْﻟﻌَﺎ ِﺟ ُزPِ ا َﻋْﻟﻠَ َﻣ ْﻰو ا ِتﱠ َِﻟ َﻣﺎ ﺑَ ْﻌد َو َﻋ ِﻣ َل ُﻧَ ْﻔ َﺳﮫ دَا َن َﻣ ْن ا ْﻟ َﻛ ِﯾّ ُس
َوﺗَ َﻣﻧﱠﻰ َھ َوا َھﺎ ُﻧَ ْﻔ َﺳﮫ أَﺗْﺑَ َﻊ
Daripada Abu Ya'la Syaddad bin Aus RA
daripada Nabi SAW, Baginda SAW bersabda:
"Orang yang cerdik (yang berakal) adalah
orang yang mempersiapkan dirinya dan
beramal untuk hari setelah kematian,
sedangkan orang yang lemah (imannya)
adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa
nafsunya dan berangan-angan kepada Allah
SWT (bahawa Allah akan mengampuninya).”
(Hadis Riwayat Tirmizi)
3
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
10
10
CHECKLIST
SEBELUM KE NEGERI ABADI
10Sudahkah anda melengkapkannya?
4
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
#1 Bertaubat
CHECKLIST
SEBELUM KE NEGERI ABADI
Pasakkan ‘mindset’ baru bahawa kita kini
bersedia untuk dijemput Allah untuk kembali
kepadaNya pada bila-bila masa saja
sekarang.
Mulakan dengan bertaubat dengan
bersungguh-sungguh di atas segala dosa dan
kelalaian dalam menjalankan kewajipan
sebagai hamba dan khalifah Allah di muka
bumi selama ini.
Rasulullah SAW bersabda: Setiap anak
Adam (manusia) mempunyai salah
(dosa), dan sebaik-baik orang yang
bersalah adalah mereka yang
bertaubat.
(Hadis riwayat at-Tirmizi & ibn Majah)
5
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
#1
CHECKLIST
SEBELUM KE NEGERI ABADI
Kemudian, berazamlah untuk meningkatkan
sebanyak mungkin amal soleh mulai hari ini
seolah-olah kita akan berangkat pulang ke
Negeri Abadi pada hari ini.
Ini kerana setiap perbuatan baik yang kita
lakukan dapat menjadi penghapus dosa-dosa
silam kita.
Rasulullah SAW bersabda: "Iringilah perbuatan
dosa dengan kebaikan, kerana kebaikan itu akan
menghapusnya."
(Hadis riwayat at-Tirmizi)
6
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
#1
CHECKLIST
SEBELUM KE NEGERI ABADI
Cadangan:
1. Solat sunat Taubat selepas Isyak
atau pada waktu tahajjud pada
malam ini. Berdoalah agar Allah
mengampuni segala dosa kita
dan dapat meninggalkan dunia
ini dengan pengakhiran yang baik
(husnul khotimah).
2. Cuba untuk membanyakkan
Istighfar dan berselawat pada
setiap waktu seperti semasa
memandu, bekerja atau sebelum
dan selepas bersolat kerana
amalan ini boleh menghapuskan
dosa. (rujuk hadis-hadis sahih
tentang kelebihan zikir tertentu
dan pilih satu atau dua dahulu
yang anda suka untuk diamalkan)
7
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
#2 Periksa Kualiti Solat
CHECKLIST
SEBELUM KE NEGERI ABADI
Solat adalah tiang agama dan merupakan tali
di antara kita dengan Allah SWT. Solat adalah
amalan pertama yang akan dinilai olehNya
dan menjadi pra-syarat untuk amalan-amalan
lain diterima.
Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya amal yang
pertama sekali dihisab seseorang pada hari
kiamat adalah solatnya. Jika solatnya baik,
sungguh ia beruntung dan berjaya. Jika solatnya
rosak, sungguh ia telah gagal dan rugi. Jika
terkurang daripada solat wajibnya, maka Allah
berfirman: Periksalah, adakah hambaku
mempunyai solat sunat.’ Maka disempurnakanlah
apa yang kurang dari solat wajibnya. Demikianlah
keadaan amalan lain.
(Hadis riwayat at-Tirmizi)
8
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
#2
CHECKLIST
SEBELUM KE NEGERI ABADI
Selain sudah menunaikan solat pada setiap
waktu, kita juga harus memastikan solat kita
adalah betul dan berkualiti.
Cadangan:
Antara aspek solat yang perlu diperiksa
dan dipastikan:
1. Kualiti wuduk
2. Rukun solat
3. Syarat-syarat sah solat
4. Bacaan & kefahaman Al-Fatihah
5. Bersolat di awal waktu
6. Khusyuk dalam solat
9
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
#3 Memaafkan &
Meminta Maaf
CHECKLIST
SEBELUM KE NEGERI ABADI
Seterusnya, minta maaf daripada orang-orang
yang pernah kita sakiti atau berbuat salah,
terutama daripada ibu dan bapa. Ketepikan
ego atau rasa malu, fokus saja kepada
kesengsaraan yang akan kita hadapi di Padang
Mahsyar nanti sekiranya peluang ini terlepas.
10
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
#3
CHECKLIST
SEBELUM KE NEGERI ABADI
Bagi ahli keluarga yang tinggal bersama di
rumah, boleh lakukannya semasa bersalam
selepas solat berjemaah. Bagi mereka yang
jauh, lakukan segera melalui telefon,
WhatsApp atau mesej peribadi di platfom
media sosial.
Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada
seseorang yang melakukan sesuatu
perbuatan aniaya terhadap orang lain di
dunia dengan tidak menyerah dirinya kepada
orang itu untuk membalasnya, nescaya Tuhan
akan menyerahkannya kepada orang itu
supaya membalasnya pada hari kiamat."
(Hadis Riwayat Baihaqi)
Cadangan:
Sekiranya orang yang ingin kita mohon maaf itu
telahpun meninggal dunia atau tidak dapat
dihubungi, sedekahkan sejumlah wang, niatkan
pahalanya kepada orang tersebut dan
teruskanlah memohon ampun daripada Allah SWT.
11
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
#4 Tulis Senarai Hutang
Dan Harta
CHECKLIST
SEBELUM KE NEGERI ABADI
Ambil masa 1 ke 2 jam hari ini untuk menulis
semua senarai hutang dan harta anda di
dalam satu buku nota atau fail. Ada 2 sebab
utama kenapa senarai ini harus disediakan
segera:
1. Agar anda boleh mengetahui
keadaan ekonomi anda yang
terkini dan membuat pelan
untuk melangsaikan hutang-
hutang tersebut secepat
mungkin mengikut keutamaan.
2. Untuk memudahkan waris
membantu melunaskankan
hutang yang masih ada
sekiranya anda meninggal
dunia sebelum terlangsainya
semua hutang.
12
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
#4
CHECKLIST
SEBELUM KE NEGERI ABADI
Merekodkan semua urusan hutang adalah
amat penting.
اَ َﺟ ٍل ِا ٰﻟٓﻰ ﺗََﻓﺎدَا ْﻛﯾَﺗْﻧُﺑُﺗُ ْْمو ۗهُ ِﺑدَ ْﯾ ٍن ٰا َﻣﻧُ ْٓوا ِاذَا اﻟﱠ ِذ ْﯾ َن ٰﯾٓﺎَﯾﱡ َﮭﺎ
ﻣﻰS ﱡﻣ َﺳ
Allah SWT berfirman: "Wahai orang beriman,
apabila kamu menjalankan sesuatu urusan
dengan hutang-piutang yang diberi tempoh
hingga suatu masa tertentu maka hendaklah
kamu menulis (hutang dan masa bayarannya)
itu….."
(Surah Al-Baqarah: 282)
13
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
#4
CHECKLIST
SEBELUM KE NEGERI ABADI
Cadangan:
Senaraikan hutang kepada 2 (dua) bahagian;
(1) Hutang dengan Allah seperti:
§ jumlah waktu solat yang tertinggal
§ puasa yang wajib qado
§ jumlah fidyah yang perlu dibayar
(2) Hutang dengan manusia seperti:
§ jumlah pinjaman yang belum dibayar
§ perjanjian dengan siapa yang belum
dilaksanakan
14
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
#5 Lunaskan Hutang
CHECKLIST
SEBELUM KE NEGERI ABADI
Mulakan membayar segala hutang yang telah
disenaraikan mengikut keutamaan dan
pengkelasan yang telah dibuat.
Bagi kategori hutang
dengan Allah, buat
perancangan dengan
meletakkan sasaran
waktu-waktu tertentu
untuk melunaskannya.
Contohnya, untuk qado solat* yang tertinggal,
tetapkan waktu tertentu pada setiap hari
(seperti antara waktu Maghrib ke Isyak) dan
rancang juga untuk qado puasa pada hari
tertentu pada setiap minggu (seperti pada
setiap hari Khamis).
*Bagi wanita, sila rujuk penjelasan terperinci tentang waktu-
waktu syubhah selepas haid untuk penentuan waktu-waktu
solat yang perlu diganti.
15
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
#5
CHECKLIST
SEBELUM KE NEGERI ABADI
Bagi urusan hutang dengan manusia, pasang
niat dan buat perancangan untuk
membayarnya dengan serta-merta. Ingatlah
akan beratnya azab dan hukuman terhadap
orang yang tidak mahu melunaskan hutang.
Rasulullah SAW bersabda: "Jiwa
seorang Mukmin tergantung dengan
hutangnya sehingga dilunaskan
hutang baginya."
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
Cadangan:
Bagi pinjaman individu yang telah melewati batas
pembayaran, hubungi peminjam segera dan
berterus-terang tentang kekangan kewangan
anda. Maklumkan jumlah ansuran yang boleh
dilunaskan mengikut kemampuan. Jangan
mendiamkan diri.
16
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
#6 Kumpulkan
dokumen penting
CHECKLIST
SEBELUM KE NEGERI ABADI
Kumpulkan dan simpan semua dokumen
penting diri dan tanggungan anda di satu
tempat agar mudah diuruskan oleh waris
setelah anda meninggal dunia. Maklumkan
kedudukannya kepada pasangan atau sesiapa
yang dipercayai.
Selain itu, semak dan kemaskini nama
pemegang amanah atau penama yang
diisytiharkan dalam akaun-akaun bank dan
KWSP kepada penama yang boleh membantu
menguruskan harta tersebut selepas kita
meninggal dunia.
Cadangan:
Sampul dokumen/fail yang
menyimpan data rahsia seperti
nombor pin dan kata kunci boleh
digam (seal) sebelum disimpan di
tempat yang selamat atau
bersama dokumen lain.
17
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
#6
CHECKLIST
SEBELUM KE NEGERI ABADI
Antara dokumen penting termasuklah :
1. Surat beranak (diri & 5. Rekod maklumat
anak-anak) kesihatan
2. Sijil nikah 6. Sijil saham, emas, geran
tanah & simpanan/
pelaburan lain
3. Polisi insuran/takaful 7. Nombor pin & kata kunci
dan nombor telefon Ejen perbankan atas talian &
akaun media sosial
4. Dokumen rujukan hibah 8. Nombor akaun KWSP,
& wasiat Perkeso, Tabung Haji dan
amanah saham
18
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
#7 Semak Dan Bayar
Semua Zakat
CHECKLIST
SEBELUM KE NEGERI ABADI
Semak kembali nilai pendapatan yang
terdahulu dan harta (seperti gaji, bonus,
keuntungan perniagaan, wang simpanan,
pelaburan, KWSP, takaful, emas dan perak) dan
pastikan nilai zakat yang wajib dikeluarkan
selama ini telahpun dilangsaikan.
َوأَﻗﯾ ُﻣوا اﻟ ﱠﺻﻠَ ٰوةَ َوءآﺗُوا اﻟ ﱠزﻛ ٰوةَ َوأَطﯾﻌُوا
اﻟ ﱠرﺳو َل ﻟَﻌَﻠﱠﻛُم ﺗُر َﺣﻣو َن
Dan dirikanlah kamu akan
sembahyang serta keluarkanlah
zakat dan taatlah kepada Rasul
supaya kamu beroleh rahmat.
(Surah An-Nur: 56)
19
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
#7
CHECKLIST
SEBELUM KE NEGERI ABADI
Rujuk laman web Pusat Zakat Negeri atau
bertanya terus dengan pegawai bertugas
atau pakar yang bertauliah untuk memastikan
nilai yang wajib dikeluarkan kerana mungkin
kita terlalai daripada mengeluarkan zakat
pendapatan, simpanan dan harta yang
sepenuhnya sebelum ini.
Cadangan:
Nilai dan cara pengiraan zakat adalah
berbeza di antara negeri-negeri. Hubungi Pusat
Zakat Negeri masing-masing untuk penjelasan.
20
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
#8 Siapkan Wasiat
CHECKLIST
SEBELUM KE NEGERI ABADI
Sediakan wasiat segera untuk 2 sebab utama
berikut:
1. Untuk merancang perbelanjaan harta kita
setelah mati agar pahala jariah dapat terus
mengalir selain memastikan kesejahteraan
keluarga yang ditinggal.
2. Supaya kita tidak menanggung beban dan
azab akibat hutang atau urusan yang tidak
dilangsaikan.
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak
seharusnya bagi seseorang
yang mempunyai harta untuk
diwasiatkan tidur lebih dari dua
malam melainkan wasiatnya
sudah tertulis di sisinya.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
21
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
#8
CHECKLIST
SEBELUM KE NEGERI ABADI
Perkara utama dalam penulisan wasiat adalah
hasrat atau pesanan terakhir untuk membantu
waris menyelesaikan dengan cara yang sebaik
mungkin tentang pembayaran hutang,
pembahagian harta untuk wakaf atau sedekah,
pengagihan harta, serta kata-kata amanat dan
nasihat untuk anak-anak atau insan yang
tersayang.
Cadangan:
1. Wasiat boleh disediakan sendiri (dengan
memenuhi semua syarat) tetapi lebih baik
menggunakan khidmat pakar atau ejen
pengurusan wasiat bertauliah bagi memastikan
kelancaran penguatkuasaan wasiat.
2. Wasiat, hibah dan senarai hutang juga perlu
dikemaskini secara berkala setiap tahun atau
setiap kali berlakunya peristiwa penting seperti
kelahiran anak dan kematian ahli keluarga.
22
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
#9 Semak Akaun
Media Sosial
CHECKLIST
SEBELUM KE NEGERI ABADI
Semak kandungan yang pernah kita paparkan
di akaun media sosial seperti Facebook, Twitter
dan Instagram sekiranya ada unsur-unsur
mengecam, menyebar fitnah, menanam
kebencian atau membuka aurat kerana
semuanya akan dipertanggungjawabkan di
hadapan Allah SWT nanti. Sebaik-baiknya,
hanya tinggalkan dan kongsikan kandungan
yang bermanfaat dan ajakan yang baik agar
pahalanya boleh terus mengalir selepas kita
meninggal dunia.
Cadangan:
Anda juga boleh memilih untuk berkongsi
kata kunci akaun dengan seseorang yang
dipercayai untuk membolehkan akaun anda
dipadam setelah anda meninggal dunia.
23
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
#9
CHECKLIST
SEBELUM KE NEGERI ABADI
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang
menghidupkan sunah yang baik dalam Islam,
kemudian diikuti oleh orang lain setelahnya
maka dicatat untuknya mendapatkan pahala
seperti orang yang mengamalkannya tanpa
mengurangi pahala mereka sedikit
pun.Sesiapa yang menghidupkan budaya
yang buruk ditengah kaum muslimin,
kemudian diikuti oleh orang lain setelahnya,
maka dia mendapat dosa sebagaimana dosa
orang yang melakukannya tanpa mengurangi
dosa mereka sedikit pun.”
(Hadis Riwayat Muslim & Ahmad)
24
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
#10 Kemas Almari
Pakaian & Barangan
CHECKLIST
SEBELUM KE NEGERI ABADI
Periksa almari pakaian dan
barangan lain dalam simpanan kita
seperti beg tangan, pinggan-
mangkuk dan buku-buku. Segera
sedekah dan infakkan, terutamanya
yang sudah lama tidak digunakan.
Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang
memakai pakaian yang baru
hendaklah dia mengucapkan: ‘’Segala
puji bagi Allah yang telah memakaikan
aku sesuatu yang aku dapat menutup
auratku dengannya dan aku
memperindahkan diri dengannya di
dalam kehidupanku’’. Kemudian dia
pergi kepada pakaian yang telah
ditanggalkannya itu (pakaian lama) lalu
dia menyedekahkannya, maka dia
berada di bawah lindungan Allah,
pemeliharaanNya, dan ditutup
(keaibannya) semasa hidup dan
selepas meninggal dunia.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
25
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
#10
CHECKLIST
SEBELUM KE NEGERI ABADI
Bayangkan sekiranya ajal
kita sampai tidak lama lagi,
apa akan terjadi kepada
barangan kita yang akan
terbiar tanpa dimanfaatkan
kerana kita akan disoal Allah
tentang segala harta yang
kita perolehi dan bagaimana
kita menggunakannya.
Cadangan:
Sedekah semua pakaian yang sudah tidak
dipakai lebih dari setahun yang lalu atau
hadkan jumlah pakaian yang ingin disimpan
dan sedekahkan setiap kali simpanan melebihi
jumlah tersebut.
26
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
Jadi, sudahkah anda
melengkapkan checklist ini?
Checklist Sebelum Ke Negeri Abadi
1. Bertaubat
2. Periksa kualiti solat
3. Memaafkan & meminta maaf
4. Tulis senarai hutang & harta
5. Lunaskan hutang
6. Kumpulkan dokumen penting
7. Semak & bayar semua zakat
8. Siapkan wasiat
9. Semak akaun media sosial
10.Kemas almari pakaian &
barangan
27
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
Penutup
Masa kita sudah semakin suntuk. Mungkin tiada
lagi esok atau lusa. Bersiaplah segera
sementara hari ini masih ada. Persiapkan juga
beberapa perkara yang boleh kita lakukan hari
ini untuk pelaburan hari esok.
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seseorang anak Adam
itu meninggal dunia, maka
terputuslah amalannya kecuali
tiga perkara: sedekah jariah,
ilmu yang dimanfaatkan dan
anak soleh yang mendoakan
untuknya”.
(Hadis riwayat Muslim)
28
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
Mati itu pasti. Namun, hidup bukan terhenti
setakat ini. Mengingati mati mengurangkan
sedih hati yang tidak terubat dan mendorong
istiqomah untuk taat.
Seimbangkanlah antara urusan kesenangan
dunia dengan usaha mengumpulkan bekalan
untuk balik ke Negeri Abadi.
Marilah kita bekerja dan berbakti seumpama
kita akan hidup seribu tahun lagi tapi
bersiaplah seolah-olah ajal akan menjemput
hari ini.
“Ya Allah, bantulah kami
untuk sentiasa bersedia
untuk menghadapi mati.
Ameen ya robbal
alamin.”
29
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
َﻋَو ْر َﺳﺎ ُِﺿر َﮭﻋﺎُ ْٓوااﻟ ِاﱠﺳٰﻟ ٰﻣ ٰﻰو َﻣُت ْﻐ ِﻔَو َار ْةٍﻻَ ِّْﻣر ْن ۙ ُضﱠر ِﺑّاُﻛُ ِﻋْمدﱠ َوْت َﺟ ِﻟﻧﱠْﻠ ٍﺔُﻣﺗﱠ ِﻘ ْﯾ َۙن
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan
amal-amal yang baik untuk mendapat)
keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat)
Syurga yang bidangnya seluas segala langit
dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang
yang bertaqwa”
(Surah Ali-Imran 3:133)
30
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin
Kenali Penulis
Minat Rozaina adalah belajar dan
mencari jawapan kepada pelbagai
persoalan hidup melalui pemerhatian
dan refleksi kehidupan. Dengan minat ini,
beliau yang mempunyai kelulusan dalam
bidang pengajian Psikologi, Ilmu Wahyu
dan seterusnya Ijazah Kedoktoran PhD
dalam Pendidikan Kaunseling, telah mengharungi
pelbagai cabaran peribadi dan kerjaya, serta
berpengalaman memegang beberapa jawatan kanan di
dalam sektor korporat di beberapa syarikat mutinasional
dan media.
Kini, selain menjadi jururunding penjenamaan dan
pengurusan kepada pelbagai syarikat tempatan dan
antarabangsa di samping menjalankan perniagaan sendiri,
beliau juga adalah seorang kaunselor berdaftar, jurulatih
kesihatan mental dan pengamal NLP master bertauliah,
selain membantu menggerakkan sebuah NGO yang
ditubuhkan untuk membantu memperkasakan peranan
wanita menerusi platform pembelajaran ilmu bersama-
sama rakan-rakan lain.
Checklist Sebelum Ke Negeri Abadi adalah
merupakan salah satu karya dalam siri tulisan beliau; Top 10
Series by Dr Ojai. Melalui penulisan, beliau berharap agar
dapat menggali hikmah untuk diri sendiri selain berkongsi
pengalaman dan ide melalui pendekatan praktikal kepada
pelbagai ujian dan permasalahan hidup hari ini. Semoga
Allah SWT sentiasa mengurniakan HidayahNya untuk kita
semua.
31
Hakcipta Terpelihara © Rozaina Zainul Abidin