The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qiyah1007, 2021-09-26 08:29:43

MODUL LATIH TUBI EXCELLENT KiS PENDIDIKAN ISLAM T4

MODUL LATIH TUBI EXCELLENT KiS

Keywords: LATIH TUBI

6. SOALAN MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
JAWAPAN TINGKATAN 4

7. SOALAN - Kerajaan berjaya memanfaatkan hasil daripada pertanian
JAWAPAN dan perdagangan untuk membangunkan negara.

8. SOALAN Terangkan dua faktor kegemilangan Kerajaan Umaiyah dari
JAWAPAN aspek pendidikan.
Dua faktor kegemilangan Kerajaan Umaiyah dari aspek
9. SOALAN Pendidikan :
JAWAPAN
- Menjadikan masjid dan istana sebagai pusat
perkembangan ilmu pengetahuan.

- Galakan daripada khalifah Abdul Malik bin Marwan dan
Umar bin Abdul Aziz agar rakyat menguasai pelbagai ilmu
naqli seperti al-Quran dan hadis.

Terangkan dua faktor kegemilangan Kerajaan Umaiyah dari
aspek sosial.
Dua faktor kegemilangan Kerajaan Umaiyah dari aspek
social :

- Penjagaan kebajikan rakyat menerusi bantuan kepada
golongan yang memerlukan dan penyediaan kemudahan
asas seperti masjid dan hospital.

- Hubungan erat antara pemimpin dan rakyat mewujudkan
suasana perpaduan dan harmoni dalam masyarakat.

Terangkan dua faktor kegemilangan Kerajaan Umaiyah dari
aspek ketenteraan.
Dua faktor kegemilangan Kerajaan Umaiyah dari aspek
ketenteraan :

- Pasukan angkatan tentera yang berdisiplin dan
bersemangat jihad dalam mempertahankan agama dan
negara.

- Kemudahan pengkalan tentera dan kapal perang yang
dilengkapi dengan peralatan perang yang canggih.

- Adaptasi strategi peperangan dengan meniru corak
gerakan daripada Parsi dalam ketenteraan.

Terangkan dua faktor kemerosotan Kerajaan Umaiyah dari aspek
politik.
Dua faktor kemerosotan Kerajaan Umaiyah dari aspek politik

- Sistem lantikan khalifah secara monarki menimbulkan
perebutan kuasa dan persaingan dalam kalangan anggota
keluarga.

- Pemberontakan oleh puak Syiah dan Khawarij serta
golongan yang tidak berpuas hati dengan penubuhan
Kerajaan Umayyah.

67 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
TINGKATAN 4

10. SOALAN Terangkan dua faktor kemerosotan Kerajaan Umaiyah dari aspek
JAWAPAN sosial.

Dua faktor kemerosotan Kerajaan Umaiyah dari aspek politik
- Sikap taasub antara kabilah Arab Utara dan Selatan
sehingga mencetuskan perpecahan dan gerakan sulit
untuk menumbangkan kerajaan.
- Sikap diskriminasi sebahagian khalifah terhadap golongan
Mawali seperti bangsa Parsi dan Barbar dalam pemilihan
jawatan gabenor.

11. SOALAN Terangkan dua faktor kemerosotan Kerajaan Umaiyah dari aspek
JAWAPAN akhlak.

Dua faktor kemerosotan Kerajaan Umaiyah dari aspek politik
- Khalifah mengamalkan cara hidup mewah dan boros
dalam perbelanjaan hingga menimbulkan rasa tidak puas
hati rakyat.
- Keruntuhan moral dalam kalangan khalifah kerana
cenderung kepada hiburan dan kekejaman.

12. SOALAN Nyatakan dua peringkat jihad.
JAWAPAN
Dua peringkat jihad :
13. SOALAN - Jihad memperbaik diri
JAWAPAN - Jihad melawan syaitan
- Jihad melawan kafir harbi dan munafik
- Jihad menghapuskan kezaliman dan kemungkaran

Siapakah pengasas kerajaan Bani Umaiyah?

Pengasas kerajaan Bani Umaiyah ialah Muawiyah bin Abi
Suffian

14. SOALAN Jelaskan dua sumbangan Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian.
JAWAPAN
Dua sumbangan Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian :
- Menjadikan Damsyik sebagai pusat pemerintahan Islam
yang terkenal.
- Mewujudkan perkhidmatan pos berkuda.
- Memperkenalkan cap mohor rasmi Kerajaan Umaiyyah
(Diwan al-Khatim)
- Menubuhkan Jabatan Setiausaha, Jabatan Cukai dan
Jabatan Urusan Awam.
- Memperkasakan armada laut.

15. SOALAN Jelaskan dua sumbangan khalifah Abdul Malik bin Marwan.
JAWAPAN
Dua sumbangan Khalifah Abdul Malik bin Marwan
- Menetapkan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi dalam
urusan pentadbiran negara.
- Mencetak mata wang dinar Islam pertama bertulisan Arab
dan berteks al-Quran.
- Menaik taraf perkhidmatan pos dan sistem pengangkutan

68 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

16. SOALAN MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
JAWAPAN TINGKATAN 4

17. SOALAN awam.
JAWAPAN - Menubuhkan Diwan al-Jundi untuk mengurus pertahanan

18. SOALAN negara.
JAWAPAN - Mengarahkan pembinaan Kubbah as-Saqrah di Baitul

Maqdis.

Jelaskan dua sumbangan khalifah Al-Walid bin Abdul Malik.
Dua sumbangan khalifah Al-Walid bin Abdul Malik ialah

- Pembukaan wilayah baharu Islam seperti Andalus dan
India.

- Memperbaik dan mencantikkan seni bina Masjid Nabawi.
- Membina banyak masjid baharu seperti Masjid Umawi di

Damsyik yang bercirikan seni bina Islam.
- Memberikan perhatian kepada rakyat yang berkeperluan

khas seperti golongan warga emas dan orang buta dengan
menubuhkan jabatan khas.
- Menggalakkan pembinaan bangunan baharu bercirikan
seni bina Islam.
- Memperbaik jalan raya menuju ke negeri Hijaz bagi
memudahkan perjalanan jemaah haji ke Baitullah al-
Haram.

Jelaskan dua sumbangan khalifah Umar bin Abd Aziz.
Dua sumbangan khalifah Umar bin Abd Aziz ialah

- Mengecualikan bayaran cukai jizyah terhadap kafir zimmi
sehingga ramai yang memeluk Islam.

- Mengeluarkan arahan rasmi kepada Abu Shihab az-Zuhri
untuk membukukan hadis Rasulullah SAW.

- Membina rumah transit untuk para pedagang.
- Menaiktaraf infrastruktur untuk kemudahan rakyat seperti

hospital, jambatan, perigi, jalan raya dan sistem
pengangkutan awam.
- Mengasaskan Diwan Penasihat yang dianggotai oleh para
ulama untuk memberi nasihat kepada khalifah.

Huraikan dua iktibar yang boleh diambil daripada pemerintahan
Kerajaan Umaiyah.
Dua iktibar yang boleh diambil daripada pemerintahan
Kerajaan Umaiyah ialah

- Kita hendaklah mempertabatkan ajaran al-Quran dan al-
Sunnah dalam urusan kepimpinan agar syariat Islam dapat
ditegakkan.

- Kita hendaklah mencontohi sifat-sifat mulia yang ada pada
khalifah Islam seperti zuhud, tegas, berilmu dan bijaksana.

- Kita hendaklah menjaga kebajikan sesama rakan agar
mengeratkan kasih sayang.

69 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

19. SOALAN MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
JAWAPAN TINGKATAN 4

20. SOALAN - Kita hendaklah berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan
JAWAPAN agar dapat memberi sumbangan kepada umat Islam.

21. SOALAN “Keadilan Umar Bin Abdul Aziz telah berjaya menangani masalah
JAWAPAN kemiskinan masyarakat di bawah pemerintahannya”.
Huraikan cara membantu rakan sekolah yang miskin di tempat
anda.
Candangan isi jawapan:

- Membuat kutipan dan sumbangan daripada warga
sekolah.

- Membuat tabung bantuan murid-murid miskin.
- Menyediakan sudut kotak bantuan makanan di surau

sekolah.
- Memohon bantuan daripada agensi kerajaan dan swasta

bagi menampung bayaran yuran sekolah.

“Kepimpinan Umar Bin Abdul Aziz telah berjaya mencapai
kecemerlangan yang membanggakan umat Islam sehingga ke
hari ini”.
Huraikan cara anda mencontohi kepimpinan tokoh di atas. .
Candangan isi jawapan:

- Sentiasa menegakkan keadilan
- Bersikap tegas dalam memimpin peersatuan
- Berani menyatakan kebenaran
- Menyemarakkan aktivi keilmuan di sekolah
- Meningkatkan ilmu pengetahuan
- Memiliki semangat jihad yang tinggi
- Beramal dengan akhlak mahmudah

“Semasa pemerintahan al-Walid bin Abdul Malik beliau telah
menjadikan masjid dan istana sebagai sebuah pusat
perkembangan ilmu pengetahuan”
Bagaimana anda hendak mengembangkan ilmu pengetahuan di
tempat anda. .
Candangan isi jawapan:

- Mengadakan kempen membaca buku.
- Menghasilkan bahan-bahan bacaan dan diedarkan

kepada jiran-jiran.
- Berusaha mewujudkan sudut bacaan di masjid dan surau.
- Memanfaatkan internet untuk menyebarluaskan ilmu

pengetahuan.

70 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
TINGKATAN 4

TAJUK : KERAJAAN ABBASIAH

1. SOALAN Nyatakan sejarah kerajaan Abbasiah.
JAWAPAN
Sejarah kerajaan Abbasiah ialah
- Asal penubuhan bersempena nama bapa saudara Nabi
SAW iaitu Al-Abbas bin Abdul Mutalib.
- Tempoh pemerintahan selama 524 tahun, iaitu bermula
dari tahun 132H hingga 656H.
- Diperintah oleh 37 orang khalifah.

2. SOALAN Siapakah pengasas kerajaan Bani Abbasiah?
JAWAPAN Pengasas kerajaan Bani Abbasiah ialah Abu al-Abbas Abdullah
bin Muhammad bin Ali al-Saffah

3. SOALAN Kenapa ia diberi nama Abbasiah?
JAWAPAN Bersempena nama bapa saudara Rasulullah SAW iaitu al-
Abbas bin Abdul Mutalib

4. SOALAN Di manakah pusat pemerintahan Kerajaan Abbasiah?
JAWAPAN Pusat pemerintahan Kerajaan Abbasiah di Baghdad Iraq

5. SOALAN Sebutkan empat khalifah yang terkenal di zaman Kerajaan
JAWAPAN
Abbasiah.

Empat khalifah yang terkenal di zaman Kerajaan Abbasiah
ialah

- Abu al-Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali as-Saffah
- Abi Jaafar Abdullah Muhammad bin Ali al-Mansur
- Harun al-Rashid bin Muhammad al-Mahdi
- Al-Makmun bin Harun al-Rashid

6. SOALAN Nyatakan dua sumbangan/jasa yang telah dilakukan oleh
JAWAPAN Khalifah Abu al-Abas Abdullah bin Muhammad bin Ali al-Saffah.

Dua sumbangan/jasa yang telah dilakukan oleh Khalifah Abu
al-Abas Abdullah bin Muhammad bin Ali al-Saffah ialah

- Mengasaskan kerajaan Abbasiah.
- Mengembalikan keamanan dengan mematahkan

serangan luar dari Parsi dan Byzantin.
- Menstabilkan keamanan dalam negara dengan

mematahkan pemberontakan oleh golongan Syiah dan
Khawarij.

7. SOALAN Nyatakan dua sumbangan/jasa yang telah dilakukan oleh
JAWAPAN Khalifah Abu Jaafar Abdullah bin Muhammad bin Ali al-Mansor.

Dua sumbangan/jasa yang telah dilakukan oleh Khalifah Abu
Jaafar Abdullah bin Muhammad bin Ali al-Mansor ialah

- Memindahkan pusat pentadbiran dari Damsyik ke
Baghdad

71 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

8. SOALAN MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
JAWAPAN TINGKATAN 4

9. SOALAN - Menaik taraf sistem cukai
JAWAPAN - Membina sistem pengairan dan saliran
- Membina Masjid al-Syarqiah sebagai pusat aktiviti dakwah
10. SOALAN - Membina hospital di Baghdad
JAWAPAN - Memperkukuh kekuasaan terhadap wilayah Byzantin

Nyatakan dua sumbangan/jasa yang telah dilakukan oleh
Khalifah Harun al-Rasyid bin Muhammad al-Mahdi bin al-Mansor
al-Abbas.
Dua sumbangan/jasa yang telah dilakukan oleh Khalifah
Harun al-Rasyid bin Muhammad al-Mahdi bin al-Mansor al-
Abbas ialah

- Memperkemas sistem percukaian Islam berpandukan
Kitab al-Kharaj.

- Mewujud jawatan Ketua Hakim Negara.
- Membina Baitul Hikmah
- Menjadikan Baghdad sebagai pusat tumpuan

perdagangan, keilmuan dan kebudayaan.
- Membina kemudahan awam seperti farmasi dan pusat

pengajian.
- Menubuhkan Majlis al-Munazoroh sebagai pusat

penyelidikan ilmu.

Nyatakan dua sumbangan/jasa yang telah dilakukan oleh
Khalifah Abu Jaafar Abdullah al-Makmun bin Harun al-Rasyid.
Dua sumbangan/jasa yang telah dilakukan oleh Khalifah Abu
Jaafar Abdullah al-Makmun bin Harun al-Rasyid ialah

- Mempergiatkan usaha penterjemahan karya daripada
bahasa asing seperti Yunani dan Rom ke dalam bahasa
Arab.

- Menjadikan Baitul Hikmah sebagai pusat penterjemahan
negara.

- Membina balai cerap sebagai pusat penyelidikan ilmu.
- Menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang.

Terangkan dua faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiah dari
aspek agama.
Dua faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiah dari aspek
agama ialah

- Galakan khalifah yang memberikan peruntukan khas
melalui baitulmal untuk para ulamak menjalankan aktiviti
dakwah.

- Semangat jihad yang tinggi dalam menguasai pelbagai
bidang ilmu seperti ilmu bahasa, sains dan kejuruteraan
berjaya memartabatkan tamadun Islam.

72 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

11. SOALAN MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
JAWAPAN TINGKATAN 4

12. SOALAN - Peranan institusi pendidikan seperti masjid dan istana
JAWAPAN khalifah sebagai pusat pengajian ilmu Islam dan
penyebaran dakwah.
13. SOALAN
JAWAPAN Terangkan dua faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiah dari
aspek politik.
14. SOALAN Dua faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiah dari aspek
JAWAPAN politik ialah

- Kebijaksanaan khalifah Abu Jaafar al-Mansur menjadikan
Baghdad sebagai pusat pentadbiran negara.

- Pemberontakan dan perbalahan daripada golongan Syiah
di Baghdad dan golongan utara dan selatan Syria berjaya
dihapuskan.

- Kestabilan politik kerajaan Abbasiah mendorong khalifah
memajukan negara.

Terangkan dua faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiah dari
aspek sosial.
Dua faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiah dari aspek
politik ialah

- Layanan yang adil daripada khalifah dengan
menghapuskan penindasan dan perhambaan.

- Kebebasan mengamalkan agama mewujudkan suasana
harmoni dalam kalangan masyarakat.

- Orang bukan Islam khususnya Parsi diberikan peluang
memegang jawatan utama dalam pentadbiran negara
seperti jawatan perdana menteri.

Terangkan dua faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiah dari
aspek ketenteraan.
Dua faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiah dari aspek
ketenteraan ialah

- Strategi peperangan yang mantap seperti strategi al-
Karadis telah berjaya mengalahkan serangan musuh.

- Inovasi peralatan peperangan yang moden dan canggih
ketika itu seperti manjanik dan barud.

- Keprihatinan pemimpin menjaga kebajikan tentera
diutamakan melalui pemberian gaji dan bonus.

- Dasar keterbukaan keanggotaan tentera kepada orang
bukan Arab seperti Parsi dan Turki berjaya mengukuhkan
kekuatan pasukan.

Terangkan dua faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiah dari
aspek ekonomi.
Dua faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiah dari aspek
ekonomi ialah

73 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

15. SOALAN MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
JAWAPAN TINGKATAN 4

16. SOALAN - Kedudukan Baghdad di tengah-tengah laluan
JAWAPAN perdagangan dari timur dan barat menjadikannya sebagai
pusat tumpuan aktiviti perdagangan.

- Sektor pertanian, perdagangan dan perindustrian berjaya
mendominasi pasaran antarabangsa kerana berupaya
memenuhi permintaan pasaran semasa.

- Inisiatif khalifah membina empangan, pusat-pusat
perniagaan dan rumah api sebagai prasarana pertanian
dan perdagangan.

- Sumber dan pengurusan baitulmal yang sistematik
menyebabkan kerajaan dapat menyediakan prasarana
dan peluang pekerjaan untuk rakyat.

Terangkan dua faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiah dari
aspek pendidikan.
Dua faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiah dari aspek
Pendidikan ialah

- Aktiviti penterjemahan bahasa asing ke dalam bahasa
Arab menggalakkan penguasaan dan kemahiran pelbagai
disiplin ilmu.

- Perkembangan pelbagai bidang ilmu berjaya melahirkan
ramai sarjana dan ilmuan Islam seperti Ibnu Sina dan Jabir
al-Hayyan.

- Galakkan khalifah seperti al-Makmun dengan memberi
biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang.

- Kemudahan institusi pendidikan seperti masjid, istana
khalifah, perpustakaan dan pusat pengajian yang
berperanan sebagai pusat perkembangan ilmu.

Terangkan dua faktor kemerosotan Kerajaan Abbasiah dari
aspek politik.
Dua faktor kemerosotan Kerajaan Abbasiah dari aspek
politik ialah

- Campur tangan pegawai berbangsa Parsi dan Turki dalam
pemerintahan.

- Perebutan kuasa antara khalifah seperti al-Muntasir dan
al-Mu’taz menyebabkan institusi khalifah menjadi semakin
lemah.

- Perpecahan beberapa wilayah sehingga memberi peluang
kepada pembentukan kerajaan kecil seperti Saljuk dan
Buwaih.

74 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

17. SOALAN MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
JAWAPAN TINGKATAN 4

18. SOALAN Terangkan dua faktor kemerosotan Kerajaan Abbasiah dari
JAWAPAN aspek ekonomi.
Dua faktor kemerosotan Kerajaan Abbasiah dari aspek
19. SOALAN ekonomi ialah
JAWAPAN
- Rusuhan dan pemberontakan sering berlaku
20. SOALAN menyebabkan pedagang luar tidak datang ke Baghdad.
JAWAPAN Hal ini menyebabkan dana baitulmal merosot.

- Sektor pertanian merosot kerana sistem pengairan tidak
dapat dibaiki ekoran masalah kewangan.

Terangkan dua faktor kemerosotan Kerajaan Abbasiah dari
aspek ketenteraan.
Dua faktor kemerosotan Kerajaan Abbasiah dari aspek
ketenteraan ialah

- Pertahanan ketenteraan yang lemah memudahkan
serangan daripada pihak musuh seperti orang Georgia
dan Armenia.

- Serangan daripada tentera Monggol telah meruntuhkan
kekuatan Kerajaan Abbasiah.

Terangkan dua faktor kemerosotan Kerajaan Abbasiah dari
aspek sosial.
Dua faktor kemerosotan Kerajaan Abbasiah dari aspek sosial
ialah

- Kebajikan rakyat terabai akibat kelemahan pentadbiran
khalifah.

- Pemberontakan dalam kalangan puak Syiah dan Khawarij
sehingga mengganggu ketenteraman awam.

Huraikan dua iktibar yang boleh diambil daripada pemerintahan
Kerajaan Abbasiah.
Dua iktibar yang boleh diambil daripada pemerintahan
Kerajaan Abbasiah ialah

- Kita hendaklah memilih pemimpin yang berwibawa untuk
menerajui kepimpinan supaya urusan pentadbiran berjalan
lancar.

- Kita hendaklah mencontohi dan mempraktikkan ciri-ciri
kepimpinan Islam dalam pentadbiran agar menjadi contoh
ikutan terbaik.

- Kita hendaklah memanfaatkan sumber yang ada dengan
bijak agar mampu bersaing di peringkat global.

- Kita hendaklah memiliki perasaan cinta akan negara
dengan meningkatkan amalan patriotisme dalam diri.Kita
hendaklah memilih pemimpin yang berwibawa untuk
menerajui kepimpinan supaya urusan pentadbiran berjalan
lancar.

- Kita hendaklah mencontohi dan mempraktikkan ciri-ciri
kepimpinan Islam dalam pentadbiran agar menjadi contoh

75 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

21. SOALAN MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
JAWAPAN TINGKATAN 4

22. SOALAN ikutan terbaik.
JAWAPAN - Kita hendaklah memanfaatkan sumber yang ada dengan

bijak agar mampu bersaing di peringkat global.
- Kita hendaklah memiliki perasaan cinta akan negara

dengan meningkatkan amalan patriotisme dalam diri.

“Kerajaan Abbasiah telah mencapai satu ketamadunan yang
tinggi sehingga dikenali sebagai “Zaman Keemasan Islam” pada
zaman tersebut.
Berikan hujah anda, bagaimana hendak mengembalikan
kegemilangan Islam sebagaimana yang telah dicapai pada masa
yang lampau.
Candangan isi jawapan:

- Mengukuhkan perpaduan umat Islam
- Menguasai ilmu pengetahuan
- Memantapkan kefahaman dan akidah umat Islam
- Umat Islam mesti menunjukkan akhlak mulia
- Kembali kepada hakikat/cara hidup Islam yang sebenar
- Umat Islam menguasai politik dan ekonomi

“Peranan generasi masa kini amat penting dalam mengembalikan
kegemilangan Islam sebagaimana yang telah dicapai oleh
kerajaan Abbasiah”.
Berikan hujah anda, cara situasi dapat direalisasikan. .
Candangan isi jawapan:

- Melahirkan generasi pemimpin yang berwibawa untuk
menerajui kepimpinan negara.

- Mencontohi dan mempraktikkan ciri-ciri kepimpinan Islam
dalam pentadbiran.

- Memiliki perasaan cinta akan negara.
- Mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat.
- Meneroka ilmu sains dan teknologi.

TAJUK : AL-IMAM ABU HANIFAH

1. SOALAN Nyatakan nama sebenar Imam Abu Hanifah.
JAWAPAN Nama sebenar ialah Imam Abu Hanifah An-Nukman bin Tsabit
al-Kufi

2. SOALAN Jelaskan sejarah ringkas Imam Abu Hanifah.
JAWAPAN Sejarah ringkas Imam Abu Hanifah ialah

- Tarikh lahir: 80 hijrah
- Tempat lahir: Kufah
- Tarikh wafat: 150 hijrah
- Kuniah: Abu Hanifah

76 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

3. SOALAN MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
JAWAPAN TINGKATAN 4

4. SOALAN Nyatakan dua hasil karya Imam Abu Hanifah.
JAWAPAN Dua hasil karya Imam Abu Hanifah ialah

5. SOALAN - Kitab al-Faraid
JAWAPAN - Kitab al-Fiqh al-Akbar
- Kitab al-’Alim wal Mutaalim
6. SOALAN
JAWAPAN Senaraikan dua guru Imam Abu Hanifah yang terkenal/tersohor.
Dua guru Imam Abu Hanifah yang terkenal/tersohor ialah
7. SOALAN
JAWAPAN - Hammad bin Abi Sulaiman
- Ato’ bin Yasar
8. SOALAN - ‘Amru bin Dinar
JAWAPAN
Siapakah murid beliau yang terkenal?
9. SOALAN Murid beliau yang terkenal ialah
JAWAPAN
- Abu Yusuf
- Muhammad bin al-Hassan As-Syaibani
- Zufar bin al-Huzail

Di manakah mazhab Hanafi tersebar?
Mazhab Hanafi tersebar di seluruh Asia Tengah dan Eropah

Jelaskan dua sumbangan beliau dalam tamadun Islam.
Dua sumbangan beliau dalam tamadun Islam ialah

- Menghasilkan karya-karya ilmiah dalam pelbagai bidang
sebagai rujukan umat Islam.

- Mengasaskan mazhab Hanafi berdasarkan beberapa
kaedah seperti Fatwa sahabat, qias, istihsan, ijmak dan
uruf.

Senaraikan kaedah yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah
dalam mengasaskan mazhabnya.
Kaedah yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah dalam
mengasaskan mazhabnya ialah

- Fatwa para sahabat
- Qias
- Istihsan
- Ijmak
- Uruf

“Imam Abu Hanifah adalah seorang yang berpendirian tegas
dalam mempertahankan prinsip”
Kemukakan hujah anda bagi membuktikan pernyataan di atas.
Contoh isi jawapan:

- Tidak terpengaruh dengan tawaran pangkat dan
kedudukan.

- Memiliki keperibadian yang sangat mulia.
- Mengembangkan mazhabnya dengan method yang

tersusun.

77 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
TINGKATAN 4

TAJUK : AL-IMAM MALIK

1. SOALAN Nyatakan nama sebenar Imam Malik.
JAWAPAN Nama sebenar Imam Malik ialah Malik bin Anas Al-Madani

2. SOALAN Nyatakan tarikh lahir dan tarikh wafat Imam Malik.
JAWAPAN - Tarikh lahir: 93 Hijrah
- Tarikh Wafat: 179 Hijrah

3. SOALAN Apakah kuniyah Imam Malik?
JAWAPAN Kuniyah Imam Malik ialah Abu Abdullah

4. SOALAN Senaraikan dua guru Imam Malik yang terkenal/tersohor.
JAWAPAN Dua guru Imam Malik yang terkenal/tersohor ialah
- Nafi’Al-Madani
5. SOALAN - Muhammad Bin Syihab Az-zuhri
JAWAPAN - Yahya Bin Saíd Al-Ansari

6. SOALAN Apakah hasil karya Imam Malik?
JAWAPAN Hasil karya Imam Malik ialah
- Kitab Al-Muwato’
7. SOALAN - Kitab Al-Muhtasar Al-Kabir
JAWAPAN - Kitab Al-Muhtasar Al-Ausat
- Kitab Al-Usul
8. SOALAN - Ahkamul Quran
JAWAPAN
Siapakah murid beliau yang terkenal?
Murid beliau yang terkenal ialah
- Imam Al-Syafie
- Abdullah Bin Abdul Hakam
- Abdul Rahman Bin Khasim

Di manakah mazhab Maliki tersebar?
Mazhab Maliki tersebar di
- Mesir
- Andalus
- Tunisia
- Afrika

Senaraikan kaedah yang digunakan oleh Imam Malik r.h dalam
mengasaskan mazhabnya.

Kaedah yang digunakan oleh Imam Malik r.h dalam
mengasaskan mazhabnya ialah
- Amalan penduduk Madinah
- Qias
- Masalihul Mursalah

78 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
TINGKATAN 4

9. SOALAN Jelaskan dua sifat keperibadiannya.
JAWAPAN Dua sifat keperibadiannya ialah
- Mencintai Rasulullah SAW sehingga tidak sanggup
10. SOALAN
JAWAPAN menunggang kuda dalam kota Madinah kerana menghormati
jasad Rasulullah SAW yang dimaqamkan di sana.
11. SOALAN - Menghormati dan mencintai ilmu dengan berpegang teguh
JAWAPAN prinsip “murid mencari guru”.
- Memuliakan majlis pengajian hadis Rasulullah SAW dengan
12. SOALAN memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian
JAWAPAN
Jelaskan dua sumbangan beliau dalam tamadun Islam.
Dua sumbangan beliau dalam tamadun Islam ialah
- Pendokong aliran mazhab Maliki yang masih diamalkan oleh

umat Islam pada masa kini.
- Guru yang terkenal di Masjid Nabawi semenjak beliau berusia

17 tahun.
- Karya beliau Kitab al-Muwatta’ telah dijadikan rujukan

terutamanya dalam bidang hadis, fekah dan tafsir.

“Imam Malik sanggup berkorban harta demi menuntut ilmu”
Buktikan kesungguhan anda dalam menuntut ilmu seperti
pernyataan di atas.
Cadangan isi jawapan:
- Berkorban harta benda demi menuntut ilmu
- Membantu rakan seperjuangan dari segi wang ringgit

sekiranya ia memerlukan.

“Prinsip Imam Malik dalam menuntut ilmu adalah murid perlu
mencari guru”
Apakah perkara yang anda akan lakukan di sekolah sekiranya
ketiadaan guru dalam kelas?
Cadangan isi jawapan:
- Mengisi masa kekosongan dengan perkara yang bermanfaat
- Mempelajari ilmu bersama rakan sekelas
- Membantu rakan yang lemah untuk belajar
- Mencari guru subjek lain untuk mengisi kekosongan waktu

tersebut.

79 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
TINGKATAN 4

TAJUK : AL-IMAM AL-SYAFIE

1. SOALAN Nyatakan riwayat hidup Imam al-Syafie.
JAWAPAN Riwayat hidup Imam al-Syafie ialah
- Nama penuh: Muhammad bIn Idris al-Syafie
- Tarikh lahir: 150H
- Tempat lahir: Ghazzah
- Tarikh wafat: 204H

2. SOALAN Jelaskan dua sifat keperibadian Imam al-Syafie.
JAWAPAN Dua sifat keperibadian Imam al-Syafie ialah
- Sanggup tinggal bersama-sama dengan kaum Arab Badwi

demi menguasai bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan
Arab.
- Sanggup bermusafir jauh demi kecintaannya terhadap ilmu.
- Berani menegakkan kebenaran ketika difitnah oleh kaum
syiah dan ketika berdepan dengan Khalifah Harun ar-Rasyid.
- Sangat pemurah kepada fakir miskin walaupun hidupnya
sederhana.
- Tinggi sifat warak dan kuat beribadah.

3. SOALAN Nyatakan dua hasil karya Imam al-Syafie.
JAWAPAN Dua hasil karya Imam al-Syafie ialah
- Kitab Ar-Risalah
- Kitab Al-Umm
- Kitab Al-Musnad

4. SOALAN Senaraikan dua guru Imam al-Syafie yang terkenal/tersohor.
JAWAPAN
Dua guru Imam al-Syafie yang terkenal/tersohor ialah
- Imam Malik bin Anas
- Sufian bin ‘Uyainah
- Muslim Khalid az-Zanji

5. SOALAN Jelaskan dua sumbangan beliau dalam tamadun Islam.
JAWAPAN Dua sumbangan beliau dalam tamadun Islam :
- Menghasilkan karya-karya ilmiah seperti Kitab Ar-Risalah

untuk rujukan umat.
- Mengasaskan mazhab As-Syafie berdasarkan kaedah Ijmak,

Qias dan Istidlal.

6. SOALAN Terangkan dua iktibar yang dapat anda perolehi daripada
JAWAPAN keunggulan tokoh di atas.
Dua iktibar yang dapat anda perolehi daripada keunggulan
tokoh di atas ialah
- Kita hendaklah mencontohi kegigihan dan kesabaran Imam

As-Syafie dalam menuntut ilmu sebagai bukti kecintaan
terhadap ilmu.
- Kita hendaklah mengamalkan ilmu yang dipelajari supaya
hidup diberkati Allah.

80 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

7. SOALAN MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
JAWAPAN TINGKATAN 4

- Kita hendaklah menyebarkan ilmu dan kepakaran yang
dimiliki agar dapat memberi manfaat kepada manusia
sejagat.

“Imam al-Syafie sangat gigih dalam menuntut ilmu”
Bagaimana anda mencontohi Imam al-Syafie untuk menjadi
pelajar yang cemerlang.(KBAT)
Contoh isi jawapan:
- Menghormati guru
- Sanggup berkorban harta dan tenaga demi menuntut ilmu.
- Sentiasa menghulurkan bantuan pelajaran kepada rakan

rakan.

TAJUK : AL-IMAM AHMAD BIN HANBAL

1. SOALAN Nyatakan nama sebenar Imam Ahmad bin Hanbal.
JAWAPAN Nama sebenar Imam Ahmad bin Hanbal ialah
Ahmad bin Muhammad bin Hanbal

2. SOALAN Nyatakan tarikh lahir dan tarikh wafat Imam Ahmad bin Hanbal.
JAWAPAN - Tarikh Lahir: 164 Hijrah
- Tarikh Wafat: 241 Hijrah

3. SOALAN Apakah kuniyah Imam Ahmad bin Hanbal?
JAWAPAN Kuniyah Imam Ahmad bin Hanbal ialah Abu Abdullah

4. SOALAN Senaraikan dua guru Imam Ahmad bin Hanbal yang terkenal /
JAWAPAN tersohor.
Dua guru Imam Ahmad bin Hanbal yang terkenal / tersohor
ialah
- Imam Asy-Syafie
- Abu Yusuf al-Qadhi
- Hammad Bin Khalid

5. SOALAN Senaraikan dua hasil karya Imam Ahmad bin Hanbal.
JAWAPAN Dua hasil karya Imam Ahmad bin Hanbal ialah
- Kitab Al-Musnad
- Kitab At-Tarikh
- Kitab Al-Ilah
- An-Nasakh wal-Mansukh
- Tafsir al-Quran

6 SOALAN Siapakah murid beliau yang terkenal?
JAWAPAN Murid beliau yang terkenal ialah
- Al-Imam Hasan Bin Musa
- Al-Imam Hanbal Bin Ishak
- Al-Walid Bin Muslim

81 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
TINGKATAN 4

7. SOALAN Di manakah mazhab Hanbali tersebar?
JAWAPAN Murid beliau yang terkenal ialah
- Baghdad
- Mesir
- Najd

8. SOALAN Senaraikan kaedah yang digunakan oleh Imam Ahmad bin
JAWAPAN Hanbal dalam mengasaskan mazhabnya.
Kaedah yang digunakan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dalam
mengasaskan mazhabnya ialah
- Fatwa sahabat
- Qias
- Istishab

9. SOALAN Jelaskan dua sifat keperibadiannya.
JAWAPAN Dua sifat keperibadiannya ialah
-Sentiasa menuntut Ilmu walaupun telah mendapat gelaran imam

yang masyhur.
- Kuat beribadat iaitu mengerjakan solat sebanyak 300 rakaat

sehari semalam.
- Sanggup dipenjarakan kerana mempertahankan Aqidah.
- Mempunyai daya ingatan yang kuat kerana dapat menghafaz

lebih banyak hadis berbanding orang lain yang sezaman
dengannya.

10. SOALAN Jelaskan sumbangan beliau dalam tamadun Islam.
JAWAPAN Sumbangan beliau dalam tamadun Islam ialah
- Amat berhati-hati memilih hadis-hadis yang berhubungkait

dengan masalah halal dan haram sama ada dari segi isi atau
sanadnya.
- Memberikan sumbangan yang besar terutamanya dalam
bidang hadis dan perundangan Islam.
- Banyak menghasilkan karya seperti al-musnad dan at-Tarikh.

11. SOALAN “Imam Ahmad bin Hanbal memiliki sifat pemaaf yang sangat
JAWAPAN tinggi ”
Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah cara untuk kita
memafkan kesalahan orang lain dalam konteks kehidupan
seharian sebagai seorang pelajar.

Cadangan isi jawapan:
1. Tidak mempunyai rasa dendam dalam diri
2. Buka rasa empati
3. Memperbayak melakukan ibadah
4. Memberi waktu dan identifikasi apa yang dirasakan

12. SOALAN “Imam Ahmad bin Hanbal banyak membaca dan menghafal al-
Quran sejak beliau berusia sembilan tahun”

Bagaimanakah cara anda membentuk persekitaran sekolah

supaya dapat mencintai al-Quran dalam diri seseorang .

82 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

JAWAPAN MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
TINGKATAN 4
13. SOALAN
JAWAPAN Cadangan isi jawapan:
- Mengadakan kempen membaca dan menghafal al-Quran
- Mewujudkan kelas intensif al-Quran
- Menyemai perasaan kasih saying terhaap al-Quran
- Membentuk perlakuan lazim yang sentiasa
mengutamakan al-Qura

“Imam Ahmad bin Hanbal sanggup dipenjarakan kerana
mempertahankan akidahnya”
Bagaimana anda memelihara akidah dalam situasi ini?
Cadangan isi jawapan:

- Mempelajari akidah berdasarkan kitab yang muktabar
- Belajar daripada guru yang diiktiraf keilmuan dalam bidang

akidah.
- Membina ketahanan akidah dengan berdoa.
- Menjauhkan diri daripada orang yang mengamalkan

ajaran sesat.

83 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
TINGKATAN 4

BIDANG
AKHLAK ISLAMIYYAH

84 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
TINGKATAN 4

BAHAGIAN : AKHLAK

TAJUK : BERSIKAP BENAR MENJAUHKAN KEMUNAFIKAN

1 SOALAN Apakah maksud bercakap benar?
JAWAPAN Maksud bercakap benar ialah tidak berdusta dari segi
perkataan, perkhabaran dan perbuatan.

2 SOALAN Nyatakan dalil naqli tentang kepentingan bersikap benar.

JAWAPAN D٧٠al‫ا‬i‫د‬l‫ا‬n‫ي‬y‫ِد‬a‫َس‬: S‫ل‬uَ‫ا‬r‫ۡو‬aَ‫ق‬h ‫ا‬a‫و‬lُ-‫ل‬a‫و‬hُ‫وق‬zَ a‫َل‬bَِّa‫ٱ‬ya‫وا‬t ‫ق‬7ُ ‫َّت‬0‫يَٰٓ َأ ُّي َها ٱََّّ ِلي َن َءا َم ُنوا ٱ‬

3 SOALAN Nyatakan hukum bersikap benar
JAWAPAN Hukum bersikap benar ialah Wajib

4 SOALAN Jelaskan contoh tuntutan bersikap benar dalam tutur kata
JAWAPAN Contoh bersikap benar dalam tutur kata:
- Tidak berbohong apabila berkata-kata dalam semua
keadaan
- memelihara diri daripada mengeluarkan lafaz yang jelas
mendatangkan dosa dan mengelirukan.

5 SOALAN Jelaskan contoh tuntutan bersikap benar dalam niat dan
kemahuan.

JAWAPAN Contoh bersikap benar dalam niat:
- Berniat ikhlas kerana Allah
- Berniat untuk membuat kebaikan semata-mata

6 SOALAN Jelaskan contoh tuntutan bersikap benar dalam keazaman dan
cita-cita.

JAWAPAN Contoh bersikap benar dalam keazaman dan cita-cita:
- Bertekad mencapai apa-apa yang dicita-citakan
- Tindakan yang dilakikan seiring dengan keazaman untuk
mencapai matlamat.

7 SOALAN Jelaskan contoh tuntutan bersikap benar dalam tugas.
JAWAPAN Contoh bersikap benar dalam tugas:
- Melakukan tugas tanpa mengharapkan balasan
- Melakukan tugas dengan cara yang terbaik

8. SOALAN Jelaskan contoh tuntutan bersikap benar dalam menepati janji.

JAWAPAN Contoh bersikap benar dalam menepati janji:
- Berjanji dengan apa yang mampu ditunaikan
- Menunaikan apa-apa yang telah dijanjikan
- Melaksanakannya tepat dengan sesuatu yang telah
dijanjikan

85 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
TINGKATAN 4

9 SOALAN Jelaskan dua contoh Rasulullah sikap benar yang diamalkan
oleh Rasulullah saw.

JAWAPAN Dua contoh Rasulullah bersikap benar:
- Rasulullah SAW menyampaikan wahyu Allah SWT
kepada umat manusia dengan bersifat benar dan tidak
menokok tambah ayat yang disampaikan.
- Rasulullah juga pernah bergurau. Namun baginda
sentiasa bersikap benar walaupun 86etika sedang
bergurau.

10 SOALAN Terangkan dua hikmah bersikap benar.
JAWAPAN Dua hikmah bersikap benar:
- Terpelihara daripada sifat munafik / yang dibenci oleh
Allah
- Menenangkan hati / kerana tidak melakukan dosa
- Saling bekerjasama / kerana wujud perasaan saling
mempercayai
- Menjadi contoh tauladan kepada orang lain / kerana
maruahnya dipandang tinggi.

11 SOALAN Nyatakan tiga tanda orang yang munafik.
JAWAPAN Tiga tanda orang yang munafik:
- Apabila berkata-kata dia akan berdusta
- Apabila berjanji dia akan mungkiri janji
- Apabila diberi kepercayaan dia akan khianati

12 SOALAN Anda lewat hadir dalam aktiviti kokurikulum.
(KBAT) Jelaskan alasan yang akan anda beri kepada guru.
JAWAPAN Saya akan menyatakan sebab sebenar yang menyebabkan
kelewatan saya (ISI) kerana bersikap jujur adalah perintah
Allah.(HURAIAN) Dengan ini saya tidak akan rasa berdosa
kerana tidak berbohong. (HL) Kesimpulannya kita hendaklah
sentiasa bercakap benar walaupun terpaksa menerima
hukuman akibat kesilapan kita (K).

13 SOALAN Anda telah dituduh memulakan pergaduhan.
(KBAT)
Apakah tindakan anda? Huraikan.
JAWAPAN Saya akan menjelaskan perkara sebenar yang berlaku (isi) agar
tidak menimbulkan salah faham.( huraian) Ini kerana bercakap
benar adalah wajib.(HL) Kesimpulannya kita hendaklah bersikap
berani kerana benar demi mempertahankan maruah diri.(K)

14 SOALAN Kini terdapat banyak penularan berita palsu di media sosial.
(KBAT)
Kemukakan hujah anda untuk menangani masalah ini.
JAWAPAN Masyarakat perlu memastikan berita itu benar sebelum terus
menerimanya tanpa usul periksa.(ISI) Ini dapat mengelakkan

86 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
TINGKATAN 4

dari berlaku penyebaran berita palsu.(Huraian) Pelbagai fitnah
akan timbul sekiranya berita itu tidak diselidiki terlebih
dahulu.(HL) Kesimpulannya kita hendaklah berfikir sebelum
bertindak demi menjaga maruah diri, agama, bangsa dan
negara.(K)

Cadangan isi:
1. Jangan menyebarkan berita jika tidak pasti

15 SOALAN Apakah maksud tabayyun?
JAWAPAN Maksud Tabayyun ialah menjelaskan sesuatu masalah hingga
terbukti perkara yang sebenarnya

TAJUK : KHAUF DAN RAJA’

1. SOALAN Setiap muslim perlu mengamalkan sifat khauf dan raja’ dalam
kehidupan seharian

JAWAPAN Apakah maksud Khauf ?
Maksud Khauf ialah takut kepada kemurkaan dan azab Allah swt
dengan menjauhi segala larangannya

2. SOALAN Apakah maksud Raja’ ?
JAWAPAN Maksud Raja’ ialah mengharapkan keredhaan Allah dengan

melaksanakan segala perintahnya

3 SOALAN Nyatakan dalil naqli khauf?
JAWAPAN Dalil naqli khauf

‫إِ َّن َما َذٰلِ ُك ُم ٱل َّش ۡي َطٰ ُن ُُ َيوِ ُف أَ ۡوِِ َلآ َءهُۥ َف ََل ََ َتافُو ُه ۡم َو َخا ُفو ِن‬
‫إِن ُكن ُتم ُّم ۡؤ ِمنِ َي‬

4 SOALAN Nyatakan dalil naqli raja’?
JAWAPAN Dalil naqli raja’ ialah

‫َت َت َجاََ ٰف ُج ُنو ُب ُه ۡم َع ِن ٱلۡ َم َضا ِج ِع يَ ۡد ُعو َن َر َّب ُه ۡم َخ ۡو افا َو َط َم اعا‬
‫َو ِم َّما َر َز ۡق َنٰ ُه ۡم يُن ِف ُقو َن‬

87 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
TINGKATAN 4

5 SOALAN Jelaskan dua contoh Khauf dan Raja’ yang diamalkan oleh
Rasulullah SAW

JAWAPAN Dua Contoh Khauf dan Raja’ yang diamallkan oleh Rasulullah
- Melakukan solat sunat gerhana dan baginda menangis
kerana takut Allah menurunkan azab / mengharapkan Allah
tidak menurunkan azab.
- Rasulullah menziarahi orang yang sakit serta bertanyakan
perasaannya pada ketika itu/ Lelaki itu memberitahu
baginda bahawa dia sangat mengharapkan rahmat Allah
SWT dan berasa sangat takut akan dosa-dosa yang pernah
dilakukannya

6. SOALAN Jelaskan dua konsep keseimbangan antara khauf dan raja’
JAWAPAN Dua konsep keseimbangan antara khauf dan raja’
- Rasa takut kepada Allah s.w.t hendaklah diiringi dengan
tindakan yang selari dengan syarak.
- Seorang yang mengharapkan keredaan Allah s.w.t
hendaklah melakukan amal ibadah dan menjauhi perbuatan
maksiat.
- Ganjaran syurga daripada menjadi ganjaran syurga dapat
menjadi motivasi untuk seseorang itu mendekatkan diri
kepada Allah s.w.t.
- Perasaan Khauf terhadap balasan neraka akan menjadi
benteng daripada keinginan melakukan maksiat.
- Perasaan Raja’ akan mendorong seseorang untuk
berlumba-lumba melakukan ibadah tanpa putus asa
terhadap rahmat Allah s.w.t.
- Khauf dan Raja’ hendaklah berpaksikan husnuzon kepada
Allah s.w.t.

7. SOALAN Terangkan dua hikmah mengamalkan sifat khauf dan raja’.
JAWAPAN Dua hikmah mengamalkan sifat raja’.
- Melahirkan insan yang sentiasa bertawakal kepada Allah /
setelah berusaha bersungguh-sungguh.
- Melahirkan insan yang bersungguh-sungguh dalam
pekerjaan./ agar rezeki yang diperolehi diberkati Allah
- Mendidik jiwa insan agar sentiasa menjauhi larangan Allah/
kerana takut dengan kemurkaanNya
- Melahirkan insan yang sentiasa mengingati Allah/ dalam
setiap keadaan

8. SOALAN Nyatakan dua cara mendapatkan khauf
JAWAPAN Dua cara mendapatkan khauf
- Bergaul dengan ulama dan para Solihin.
- Sentiasa mengambil iktibar daripada kisah kaum terdahulu.
- Sentiasa bertaubat
- Sentiasa mengingati mati.

88 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
TINGKATAN 4

9. SOALAN Nyatakan dua cara mendapatkan raja’
JAWAPAN Dua cara mendapatkan raja’
- Bermujahadah menentang hawa nafsu.
- Melaksanakan amal ibadah dengan penuh kesungguhan
dan istiqamah.
- Tidak berputus asa dengan merayu dan merintih kepada
Allah.

10. SOALAN Dosaku terlalu banyak.
(KBAT) Adakah Allah swt akan mengampuniku

JAWAPAN Bincangkan tindakan yang sewajarnya diambil oleh remaja dalam
gambar di atas.
Remaja tersebut perlulah bertaubat dan kembali kepada Allah
(Isi) agar segala diampunkan segala dosa yang
dilakukan.(huraian) Ini kerana setiap insan yang melakukan dosa
kemudiannya mereka bertaubat nescaya diampunkan oleh Allah
swt.. (huraian lengkap) . Oleh itu setiap manusia perlulah
sentiasa memohon keampunan dari Allah swt agar hidup diberkati
dunia dan akhirat.(Kesimpulan )

Cadangan isi:
- Memohon keampunan dan kerehaan Allah
- Memperbanyakkan amalan-amalan sunat
- Memperbaiki amalan wajib / seperti Solat diawal waktu

11 SOALAN Allah berfirman yang bermaksud:
Sesungguhnya dalam kalangan kamu,yang paling mulia di sisi
Allah ialah orang yang paling bertaqwa.

JAWAPAN Berdasarkah maksud firman di atas, bagaimanakah sifat Khauf
dan Raja’ melahirkan muslim yang bertaqwa? Huraikan

Mereka akan takut untuk melakukan dosa dan sentiasa beribadat
kepada Allahdengan bersungguh-sungguh (isi) agar amalannya
diterima Allah swt (huraian). Kesannya hati akan menjadi tenang
dan mudah melaksanakan segala perintah Allah swt. (huraian
lengkap) Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa melakukan
segala suruhan Allah supaya menjadi muslim yang sejati dan
diredhai Allah swt dunia dan akhirat (Kesimpulan)

89 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
TINGKATAN 4

Cadangan isi:
- Mereka akan sentiasa mengingati Allah
- Mereka akan sentiasa melakukan kebaikan
- Mereka akan sentiasa melakukan sesuatu pekerjaan itu
dengan bersungguh-sungguh

TAJUK : ADAB TERHADAP ORANG SAKIT DAN KURANG UPAYA

UNIT 1 : ADAB TERHADAP ORANG SAKIT

1. SOALAN Nyatakan dalil naqli tuntutan beradab terhadap orang sakit.
JAWAPAN

2. SOALAN Nyatakan dua adab terhadap orang sakit berkaitan aspek
berikut.
3. SOALAN Dua adab terhadap orang sakit berkaitan aspek berikut.
JAWAPAN
Ibadah - Mendoakan kesihatan mereka
Emosi - Membantu mereka yang ingin melakukan
Fizikal
ibadat

- Memberikan semangat agar mereka sabar.
- Tidak melakukan sesuatu yang boleh

mengganggu ketenteraman mereka

- Memastikan tempat dan tubuh badan pesakit
sentiasa bersih.

- Menyediakan keperluan dan kemudahan asas
untuk pesakit

Terangkan dua hikmah beradab terhadap orang sakit.
Dua hikmah beradab terhadap orang sakit

- Mengembirakan pesakit / agar hatinya tenang menempuh
ujian.

- Mengeratkan silaturrahim / agar hidup diberkati Allah
SWT.

- Melahirkan keinsafan / kerana diberikan nikmat kesihatan
setelah melihat penderitaan pesakit.

4. SOALAN Terangkan dua implikasi tidak beradab terhadap orang sakit.
JAWAPAN
Dua implikasi tidak beradab terhadap orang sakit.
- Menimbulkan keresahan pesakit / kerana tidak mendapat
sokongan moral.

90 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

5. SOALAN MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
(KBAT) TINGKATAN 4
JAWAPAN
- Menjejaskan hubungan silaturrahim / kerana tidak
6. SOALAN beradab.
(KBAT)
-

“Seorang pesakit disahkan oleh doktor menghidap penyakit
kanser”

Sarankan bagaimana pesakit tersebut menghadapi musibah ini
secara positif,
Bersabar di atas ujian yang menimpa (isi) dengan sentiasa
berzikir kepada Allah swt. (huraian) Kesannya penyakit yang
dihadapi dapat ditempuhi dengan baik dan redha dengan
ketentuan Allah. (huraian lengkap) Kesimpulan kita hendaklan
sentiasa bersangka baik dengan segala ujian yang diberikan
oleh Allah SWT. (Kesimpulan)

Cadangan isi:
1. Menerima penyakit dengan redha
2. Menganggap penyakit sebagai ujian penghapus dosa.
3. Berikhtiar untuk mendapatkan rawatan penyembuhan.

JAWAPAN Berdasarkan gambar di atas, terangkan pandangan
anda tentang tanggungjawab masyarakat terhadap
orang sakit.
Pandangan saya, tanggungjawab masyarakat ialah melawat
orang yang sakit.(isi) . Ini bertujuan memberi semangat kepada
pesakit untuk terus sihat.(huraian) Kesannya pesakit akan rasa
tenang sekiranya ramai yang menziarahinya.(huraian
lengkap).kesimpulannya kita hendaklah menziarahi yang sakit
kerana ia merupakan salah satu daripada tangungjawab muslim
kepada muslim yang lain.(kesimpulan)

Cadangan isi:
1. Memberi semangat kepada pesakit
2. Membantu pesakit dengan menjaga ketenteraman
sekeliling dengan tidak membuat bising

91 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
TINGKATAN 4

UNIT 2 : ADAB TERHADAP ORANG KURANG UPAYA.

1. SOALAN Nyatakan dalil naqli tuntutan beradab terhadap orang kurang
JAWAPAN upaya

2 SOALAN Apakah maksud orang kurang upaya?
JAWAPAN Maksud orang kurang upaya ialah seseorang yang tidak
mempunyai keupayaan untuk melibatkan diri secara efektif
3. SOALAN dalam masyarakat dari segi fizikal, mental, intelektual atau
JAWAPAN pancaindera sejak lahir atau selepasnya.

Nyatakan dua adab terhadap orang kurang upaya berkaitan

aspek berikut.

dua adab terhadap orang kurang upaya berkaitan aspek

berikut :

Ibadah - Menyediakan kemudahan kepada mereka

untuk melakukan ibadah dengan selesa

- Membantu mereka dengan memberi tunjuk

ajar mengenai urusan ibadah

Emosi - Memberikan layanan dengan penuh kasih dan

sayang terhadap mereka

- Tidak mengejek dan menghina mereka.

Fizikal - Memastikan kemudahan asas yang disediakan

tidak disalahgunakan

- Menyediakan ruang dan memberikan peluang

kepada mereka sesuai dengan keperluan

mereka

4. SOALAN Terangkan dua hikmah beradab dengan orang kurang upaya.
JAWAPAN Dua hikmah beradab dengan orang kurang upaya

- Memudahkan orang kurang upaya melakukan urusan
harian.

- Melahirkan rasa syukur / kerana diberikan fizikal dan
mental yang sempurna.

- Menimbulkan rasa dihargai dalam diri orang kurang
upaya / kerana mendapat perhatian dan keistimewaan.

- Membentuk sifat kebersamaan terhadap semua golongan
masyarakat / agar perpaduan dapat diwujudkan

92 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
TINGKATAN 4

5. SOALAN

JAWAPAN Ramalkan apakah yang akan berlaku sekiranya perbuatan ini
berterusan. Huraikan pendapat anda.
Orang kurang upaya akan menghadapi kesukaran dan kesulitan
(isi) untuk menjalankan aktiviti dan urusan mereka.(huraian)
Hal ini akan menyusahkan mereka dan mungkin akan
menimbulkan perbalahan dan ketidakpuasan hati antara dua
pihak.(huraian lengkap) Oleh itu kita hendaklah bersikap
prihatin terhadap golongan orang kurang upaya agar
silaturrahim dapat dieratkan.(kesimpulan)
Cadangan isi:

- Kurang kesedaran di kalangan masyarakat prihatin
terhadap orang kurang upaya

TAJUK : WASATIYYAH MENJAMIN KECEMERLANGAN UMAT

1. SOALAN Nyatakan Maksud Wasatiyyah?
JAWAPAN Maksud Wasatiyyah ialah pendekatan yang sederhana,
seimbang, adil dan cemerlang dalam setiap tindakan

2 SOALAN Nyatakan dalil Wasatiyyah
JAWAPAN

3 SOALAN Jelaskankan dua prinsip wasatiyah ?
JAWAPAN
Dua prinsip wasatiyyah
- Kesederhanaan
- Keseimbangan
- Kecemerlangan
- Keadilan

93 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

4 SOALAN MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
JAWAPAN TINGKATAN 4

5. SOALAN Jelaskan dua cara anda mengamalkan wasatiyyah dalam
JAWAPAN kehidupan
Dua cara saya mengamalkan wasatiyyah dalam kehidupan
6. SOALAN
JAWAPAN - Seimbangkan keperluan dunia dan akhirat
- Melaksanakan tugas dengan sempurna penuh
7 SOALAN
JAWAPAN tanggungjawab
- Menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah
8 SOALAN - Melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran serta
JAWAPAN
beriman kepada Allah

Jelaskan dua aspek keseimbangan dalam prinsip wasatiyah dari
aspek rohani.
Dua aspek keseimbangan dalam prinsip wasatiyyah dari
aspek rohani:

- Melaksanakan ibadat fardhu dan sunat dengan istiqamah
- Menghayati al-Quran dan berzikir dengan bersungguh-

sungguh
- Melakukan ibadat dengan ikhlas

Terangkan dua ciri umat yang cemerlang.
Dua ciri umat yang cemerlang:

- Melakukan kebaikan seperti memakmurkan bumi.
- Mencegah diri dari melakukan kezaliman dan kefasikan
- Menggunakan kekayaan dunia untuk mendapat

keredhaan Allah
- Melakukan semua tugas dan pekerjaan dengan ikhlas

“Ummatan Waasatan” menggabungkan unsur jasad dan
rohani .

Nyatakan tiga unsur “ummatan wasatan” selain dari
menggabungkan jasad dan rohani
Tiga unsur “ummatan wasatan” selain dari menggabungkan
jasad dan rohani:

- Umat yang terpilih dan adil
- Umat terbaik dan pertengahan dalam semua perkara dan

tidak melampaui batas serta tidak lalai
- Tidak berlebih-lebihan dalam urusan agama dan spiritual

semata-mata seperti golongan nasrani
- Tidak mementingkan material semata-mata seperti

yahudi dan musyrik

Terangkan dua hikmah wasatiyyah
Dua hikmah wasatiyyah:

- Syiar islam dapat ditegakkan / dengan menyempurnakan
akhlak dan nilai-nilai murni

94 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

9. SOALAN MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
10. SOALAN TINGKATAN 4

- Pembangunan yang menyeluruh dan seimbang dapat
diwujudkan / kerana adanya kestabilan politik

- Ekonomi masyarakat yang stabil dapat dijana / kerana
tiada berlaku pembaziran

- Tahap Pendidikan masyarakat dapat ditingkatkan/
mengikut keperluan negara

- Masyarakat yang aman damai dan Bersatu padu dapat
dibangunkan / dengan melaksanakan prinsip-prinsip
keadilan.

“Maksud Hadis: Adapun demi Allah, akulah yang paling takutkan
Allah swt dan yang paling bertakwa tetapi aku berpuasa dan aku
berbuka, aku mendirikan solat kemudian aku juga berbaring dan
aku menikahi Wanita, sesiapa yang membenci sunnahku maka
dia bukan daripada kalanganku.”

Nyatakan tiga perkara yang melampaui batas yang dilakukan
oleh tiga orang lelaki hinnga ditegur oleh Rasulullah
sebagaimana maksud hadis di atas.

JAWAPAN Berdasarkan gambar di atas,Cadangkan langkah untuk
mengatasi pembaziran yang sering berlaku dalam masyarakat.
Langkah untuk mengatasi pembaziran adalah berbelanja
dengan berhemah (Isi) iaitu dengan merancang perbelanjaan
harian (huraian) contohnya menyenaraikan barangan
keperluan semasa membeli belah dipasaraya. Dengan cara ini
dapat menjimatkan perbelanjaan kerana tidak membeli barang
yang tidak berkeperluan.(huraian lengkap). Oleh itu kita
hendaklah membelanjakan harta ke jalan Allah secara
besederhana dan tidak malampaui batas agar mendapat
keredhaan Allah (K)

Cadangan isi
1. Bersederhana dalam semua aspek
2. Berbelanja mengikut kemampuan

95 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
TINGKATAN 4

SEKALUNG PENGHARGAAN

PENASIHAT:

DR. MIOR HAMDAN BIN HJ GHAZALI

Pegawai Pendidikan Daerah
Pendidikan Daerah Kinta Selatan

PENGERUSI:

Ustaz Mohd Shirr Afzal Khan Bin Mohd Tamin

Penolong PPD Pendidikan Islam

Ustazah Norlita Binti Mohd Alias

Penolong PPD Pendidikan Islam

PENYELARAS MODUL :
Ustazah Siti Mariah Binti Yusoff
Ustazah Maimunah Binti Arshad
Ustazah Hasniah Binti Hassan
Ustazah Roqiyah Binti Mohd Ali

PANEL MODUL :

Ustaz Rusdi Bin Zainol Abidin Ustaz Lukman Bin Mat Nor

Ustazah Ruzita Binti Mohmad Ustazah Anizar Binti Ismail

Ustaz Awang Da Bin Idris Ustaz Khairul Anwar Bin Yusoff

Ustaz Mohammad Hariz Bin Zainol Abidn Ustaz Mohd Alwi Bin Abdul Ghani

Ustaz Mohd Faiza Izzuddin Bin Ismail Ustaz Mohd Rani Bin Hassan
Ustazah Noor Suhaili Naim Binti Shamsuri Ustazah Nor Silawangi Binti Omar

Ustaz Shamsu Rizal B. Hasan Ustazah Zabidah Mohd Noor
Ustazah Hayati Binti Md Zain Ustazah Nurlina Binti Musa

96 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN

MODUL LATIH TUBI EXELLENT KiS
TINGKATAN 4

97 | © PANEL MODUL DAERAH KINTA SELATAN


Click to View FlipBook Version