The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ELIA SAZIRA BINTI SUFKERI. PENGAJIAN MELAYU 4. BMMB1144. TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN 2. PENGHASILAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eliasazira04, 2023-06-20 10:34:56

KESANTUNAN BERBAHASA BMMB1144

ELIA SAZIRA BINTI SUFKERI. PENGAJIAN MELAYU 4. BMMB1144. TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN 2. PENGHASILAN

ISU-ISU KESANTUNAN BERBAHASA


Bil Perkara 1 Pendahuluan 2 Komunikasi dalam dunia digital 3 Isu Kesantunan Berbahasa 1, 2 & 3 4 Penutup 5 Rujukan ISI KANDUNGAN


) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) NAMA: ELIA SAZIRA BINTI SUFKERI KELAS: PENGAJIAN MELAYU 4 ANGKA GILIRAN: 2022272310076 KOD KURSUS: BMMB 1144 NAMA KURSUS: KESANTUNAN BERBAHASA BIODATA DIRI


PENGHARGAAN Setinggi-tinggi jutaan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua pensyarah kursus ini, Puan Jafizah binti Jaafar dan Puan Arbakyah binti Hassan atas segala nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang penulis menyiapkan pentaksiran berterusan ini. Penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam proses menyiapkan tugasan pentaksiran berterusan ini.


) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) PENDAHULUAN Tugasan pentaksiran berterusan ini bertujuan bagi menghasilkan satu produk akhir berkenaan isu-isu dalam kesantunan berbahasa. Produk akhir yang dipilih adalah berdasarkan aplikasi anyflip.


KOMUNIKASI DALAM DUNIA DIGITAL Pada era globalisasi ini, teknologi khususnya dunia digital semakin berkembang dari semasa ke semasa selari dengan peredaran zaman. Pembangunan dan kemajuan dalam dunia digital pada masa kini sedikit sebanyak telah mengubah cara manusia berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain.


) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) Dalam dunia digital, masyarakat tidak lagi perlu berinteraksi secara fizikal. Hal ini dikatakan demikian kerana, para pengguna dunia digital sudah boleh saling berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain melalui dunia maya atau lebih dikenali sebagai virtual.


Presented by Group Borcelle ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) CONTOH APLIKASI DALAM MEDIA SOSIAL Facebook Twitter Tiktok Instagram


) ) ) ) ) ) ) ) ) ISU KESANTUNAN BERBAHASA 01 ISU BAHASA 03 02 ) ) ) ) ) ) ) ) ) ISU SOSIAL ISU BUDAYA


) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) Berdasarkan pentaksiran berterusan ini, penulis telah mengambil tangkap layar daripada sebuah aplikasi media sosial iaitu facebook untuk memberikan serba sedikit ulasan berkenaan isu bahasa. Isu bahasa yang ingin dikemukan oleh penulis adalah berkenaan dengan kesalahan ejaan yang sudah menjadi satu kebiasaan di dalam media sosial pada hari ini.


Melalui tengkap layar tersebut, penulis telah mendapati bahawa pengguna media sosial yang bernama "Mariah Mariah" telah mengeja perkataan "terbongkar" sebagai "trbongkarr". Kesalahan ejaan ini secara langsung akan menyebabkan sesetengah pengguna yang kurang mahir bahasa Melayu tidak memahami maksud pernyataan tersebut. Selain itu, netizen tersebut juga telah mengeja perkataan "satu betul" menjadi "syatu betol". Dalam konteks ini, penulis mendapati bahawa netizen tersebut telah memperlekehkan ejaan dalam bahasa Melayu.


JUSTIFIKASI Tidak dinafikan lagi bahawa penggunaan perkataan yang ringkas dan pendek adalah jauh lebih mudah dan cepat semasa proses komunikasi berlangsung Namun begitu, sebagai seorang individu yang prihatin dan bertanggungjawab, kita perlulah bersama-sama menjaga martabat bahasa Melayu yang telah diperjuangkan oleh tokoh-tokoh bahasa di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, jika dilihat dalam tangkap layar tersebut, kesalahan ejaan telah menjadi satu tabiat yang sengaja dilakukan oleh pengguna media sosial pada hari ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, para pengguna media sosial khususnya remaja pada masa kini suka menggunakan jalan mudah sedangkan perkara tersebut adalah salah dari sisi peraturan bahasa.


) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) )


Berdasarkan tugasan pentaksiran berterusan ini, penulis telah mengambil tangkap layar daripada sebuah aplikasi media sosial iaitu tiktok untuk memberikan serba sedikit ulasan berkenaan isu budaya.


) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) Isu budaya yang ingin dikemukan oleh penulis adalah berkenaan dengan penggunaan bahasa rojak yang kian menjadi-jadi dalam media sosial pada hari ini. Melalui tangkap layar tersebut, penulis mendapati bahawa netizen tersebut telah mencampuradukkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam sebuah pernyataan melalui aplikasi Tiktok. Hal ini demikian kerana, netizen tersebut telah mengeluarkan pernyataan "unexpected betul episod bersamamu kali ini". Sebaliknya, netizen tersebut haruslah menggantikan perkataan "unexpected" kepada "tidak dapat dijangkakan" supaya tidak mengelirukan orang lain yang membaca pernyataan tersebut.


Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan penutur bahasa Melayu pada masa kini suka mencapuradukkan bahasa Melayu dan bahasa lain yang disebut sebagai bahasa rojak. Bahasa rojak merupakan penukaran kod iaitu percampuran antara dua atau lebih bahasa dalam satu percakapan. Sebagai contoh: percampuran antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang akhirnya menyebabkan martabat bahasa Melayu semakin tercemar.


) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) Kebiasaannya, bahasa rojak digunakan apabila seseorang itu tidak begitu mahir dalam sesuatu bahasa seperti bahasa Inggeris. Justeru, mereka mencapuradukkan penggunaan kedua-dua bahasa supaya dapat menunjukkan bahawa mereka adalah seorang yang lebih bijak. JUSTIFIKASI


) ) ) ) ) ) ) JUSTIFIKASI Penggunaan bahasa rojak yang semakin berleluasa pada masa kini adalah disebabkan oleh pengaruh persekitaran. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat pada masa kini mudah terpengaruh dengan orang barat yang akhirnya melahirkan bahasa rojak. Kebanyakan pengguna media sosial pada hari ini mengagungkan penggunaan bahasa rojak dalam setiap platform media sosial. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka menganggap bahawa penggunaan bahasa rojak dalam perbualan akan menggambarkan mereka sebagai seorang yang fasih dalam bahasa asing.


) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) Guru merupakan seorang insan yang berperanan untuk melahirkan generasi yang cemerlang dan berbudi bahasa. Justeru itu, guru perlulah menekankan penggunaan bahasa yang betul dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat dijadikan contoh oleh murid-murid. Hal ini dikatakan demikian kerana, kebanyakan guru pada hari ini kerap mencapuradukkan bahasa semasa Pdp berlangsung menyebabkan murid-murid terikut dan melakukan perkara yang sama. Bukan itu sahaja, para guru juga boleh meningkatkan kesedaran murid dengan memberikan nasihat atau menceritakan tentang perjuangan tokoh-tokoh bahasa supaya dapat memupuk rasa cinta terhadap bahasa Melayu dalam diri murid-murid. PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN


) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) P e nin g k a t a n bila n g a n m e dia s o sial d a n pla t f o r m b a h a r u s e c a r a a t a s t alia n t ela h m e m b a w a k e p a d a p e nin g k a t a n g a n g g u a n d ala m t alia n d a n b uli sib e r. Berdasarkan pentaksiran berterusan ini, penulis telah mengambil tangkap layar daripada sebuah aplikasi media sosial iaitu Twitter untuk memberikan serba sedikit ulasan berkenaan isu sosial.


Kebebasan penggunaan media sosial tanpa sekatan telah membuka ruang dan peluang kepada para pengguna untuk bebas bersuara dan memberikan pandangan tanpa batasan. Hal ini secara langsung telah menyebabkan para pengguna media sosial berada di zon selesa dan tidak berfikir apabila meninggalkan sesuatu kenyataan.


) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) Kemudahan yang telah disediakan di platform-platform media sosial pada hari ini telah bertukar menjadi kerisauan apabila wujudnya penyalahgunaan dalam media sosial. Hal ini dikatakan demikian kerana, kebanyakan pengguna media sosial pada hari ini telah menjadikan media sosial sebagai tempat untuk membuli pengguna lain secara atas talian. MALAYSIA MENDUDUKI TEMPAT KEDUA DALAM KES SIBER BULI DI ASIA


Peningkatan kes buli siber di Malaysia adalah kesan daripada kurangnya nilai kesantunan dalam diri seseorang individu. Hal ini dapat dilihat apabila kebanyakan pengguna media sosial menggunakan bahasa yang kasar untuk menghina pengguna media sosial yang lain dan akhirnya meninggalkan kesan yang buruk terhadap emosi, fizikal mahupun mental kepada mangsa.


) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) Melalui tangkap layar tersebut, penulis mendapati bahawa pengguna media sosial yang bernama "Zakuan Rizuan" telah menggunakan aplikasi Twitter sebagai tempat dia melepaskan geram dan membuli pengguna lain dengan menggunakan bahasa yang tidak santun. Hal ini dikatakan demikian kerana, netizen tersebut telah menggunakan bahasa kesat seperti "sial" , "tetek" , "gemok" , "pukimak" dan "babi". Penggunaan kata kesat ini secara langsung melambangkan sikap ketidaksantunan netizen tersebut. Bukan itu sahaja, penggunaan kata kesat ini juga akan menunjukkan contoh yang tidak baik kepada pengguna lain terutamanya anak muda yang turut melayari media sosial


JUSTIFIKASI Kelantangan warga internet menggunakan bahasa kasar ini dapat dilihat apabila mereka menggunakan bahasa kasar secara berleluasa tanpa ada sekelumit perasaan bersalah. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka seakan-akan sudah terbiasa menggunakan bahasa yang kasar untuk meluahkan dan meninggalkan sesuatu pendapat di manamana platform media sosial.


) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) PERANAN MEDIA MASSA Media massa merupakan salah satu platform yang paling sesuai untuk menangani isu kesantunan berbahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana, penggunaan media sosial pada masa kini adalah semakin meluas dalam kalangan masyarakat. Media massa perlulah menyiarkan video atau iklan bagi memberikan kesedaran kepada pengguna media sosial untuk tidak membudayakan amalan membuli antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, pihak media massa juga boleh menangani isu ini dengan memadam komen atau penghantaran yang tidak santun dari segi bahasa supaya dapat menjaga keharmonian pengguna yang lain.


PERANAN KERAJAAN Pihak kerajaan juga perlulah memainkan peranan dalam menangani isu penggunaan bahasa yang kurang santun dalam dunia digital. Sebagai contoh, pihak kerajaan boleh mengadakan kempenkempen untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penggunaan bahasa Melayu yang santun dan betul. Selain itu, pihak kerajaan juga perlulah memperkuatkuasakan lagi undang-undang dengan memperkenalkan akta mengenai penggunaan bahasa yang tidak sopan di khalayak ramai dengan memberikan denda atau hukuman yang setimpal kepada pesalah.


) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) PENUTUP Kesimpulannya, kesantunan bahasa adalah satu perkara yang penting bagi memastikan proses komunikasi dapat berlaku secara berkesan tanpa timbulnya sebarang konflik. Penulis berharap setiap masyarakat di Malaysia khususnya orang Melayu sentiasa menunjukkan kesantunan dalam berbahasa sama ada secara lisan mahupun tulisan supaya dapat meningkatkan kualiti bahasa Melayu.


RUJUKAN Aliff Ahmad. (2023, Jun 18). Home [Facebook page]. Facebook. Diambil daripada Abdul Latib Abd Rahmah, Umar Ahmad, Muhaiyuddin Mohamed Azizi. Abu Zaki Romli & Zulkafly Mohd Noor. (2017). Kesantunan Masyarakat Malaysia. Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Awang Sariyan (2007). Santun Berbahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Khairuddin Mohamad. (2018). Kesantunan Masyarakat Melaysia. Oxford Fajar Sdn. Bhd. https://www.facebook.com/100070482068557/posts/pfbid02SWRNnG5qXtE2xt ptxh6gnn59tpHx7fEymxYznbY5iJGG854zER2CPYckpWSrq7vol/?mibextid=cr9u03


) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) RUJUKAN Nik Safiah Karim. (2011). Tatabahasa Dewan edisi ketiga. Dawama Sdn. Bhd. Ohbulan [@ohbulan]. (2023, Jun 17). Bersamamu dark web. TikTok. Diambil daripada TikTok. https://vt.tiktok.com/ZSLrqW9AD/ Zakuan Rizuan [@zakuan_rizuan]. (2023, April 15). Bainun keluar mahkamah. Twitter. Diambil daripada https://twitter.com/zakuan_rizuan/status/1514954969723863041? s=46&t=V37w1j4Dn27C_qdt9wXjQg


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version