KOPERASI MRSM KUALA LIPIS BERHAD MESYUARAT AGUNG KALI KE-15 KOPERASI MRSM KUALA LIPIS BERHAD 2023 DIRASMIKAN OLEH : ENCIK ALMI BIN JAAFAR PENGETUA MRSM TUN GHAZALI SHAFIE 13 SEPTEMBER 2023
2 ISI KANDUNGAN TAJUK M/S 1. Notis Mesyuarat/ Lampiran 3-6 2. Minit Mesyuarat Agung Ke-14 7-12 3. Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman 13 4. Laporan Setiausaha, Kafeteria, Kedai, Tugas – tugas Khas dan Unit Perniagaan 14-27 5. Laporan Kewangan 2018/2019 28-30 6. Cadangan Usul-usul 31-33 7. Jawatankuasa Mesyuarat Agung Ke-15 Koperasi MRSM Kuala Lipis Berhad 34 8. Penghargaan 35
3
4
5 Lampiran I AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KE-15 1. Perasmian Mesyuarat i. Ucapan Pengerusi Koperasi MRSM Kuala Lipis Berhad ii. Ucapan Perasmian oleh Pengetua MRSM Tun Ghazali Shafie 2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung pada 18 Julai 2022. 3. Menimbang dan meuluskan laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman. 4. Menimbang dan meluluskan akaun teraudit Koperasi bagi tahun berakhir 30 Jun 2019 termasuk pembahagian keuntungan bersama dengan laporan juruaudit. 5. Meluluskan elaun kepada anggota Lembaga. 6. Membentang dan meluluskan Anggaran Perbelanjaan 2023/2024. 7. Menggugurkan dan melantik semula anggota Lembaga Koperasi dan Juruaudit Dalaman. 8. Menimbangkan dan meluluskan cadangan Pindaan Undang – Undang Kecil Koperasi. 9. Melantik satu jawatankuasa terdiri daripada 4 ALK dan 6 anggota ahli koperasi untuk menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan. 10. Mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa usul koperasi baginya suatu notis tidak kurang daripada 7 hari yang telah diberi.
6 Lampiran II
7 TARIKH : 18 JULAI 2022 HARI/MASA: ISNIN/3.00 PETANG TEMPAT: DEWAN SERI BUDIMAN AGENDA : 1) Perasmian Mesyuarat i. Ucapan Pengerusi Koperasi MRSM KUALA LIPIS Berhad ii. Ucapan Perasmian oleh Pengetua MRSM Tun Ghazali Shafie 2) Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung pada 21 Mac 2019. 3) Menimbang laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman. 4) Menimbang dan meluluskan akaun teraudit Koperasi bagi tahun berakhir 30 Jun 2022 termasuk pembahagian keuntungan bersama dengan laporan juruaudit. 5) Menggugurkan dan melantik semula Ahli Lembaga Koperasi dan Juruaudit Dalaman. 6) Membentang dan meluluskan Anggaran Perbelanjaan Tahun 2022. 7) Meluluskan elaun kepada Ahli Lembaga Koperasi. 8) Menimbangkan dan meluluskan cadangan Pindaan Undang – Undang Kecil Koperasi. 9) Meluluskan lantikan panel untuk mengaudit akaun koperasi. 10) Melantik satu jawatankuasa terdiri daripada 4 ALK dan 6 anggota ahli koperasi untuk menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan. 11) Menimbang dan meluluskan had keberhutangan koperasi dan menamatkan pelaburan luar. 12) Mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa urusan koperasi baginya suatu notis tidak kurang daripada 7 hari yang telah diberi. MINIT MESYUARAT AGUNG KE-14 KOPERASI MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUALA LIPIS
8 PERKARA TINDAKAN AGENDA 1 1.1 Ucapan Pengerusi Ahli mesyuarat telah bersetuju melantik pencatat minit Mesyuarat Agung Kali ke-14, iaitu : Pelajar : i) Hadeeja Insyirah Binti Halidi ii) Nur Zarith Sheema binti Gurucharan Pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli koperasi yang menghadiri mesyuarat agung kali ini. AGENDA 2 2.1 Pengesahan Minit Mesyuarat kali ke-13 Pengesahan: Nur Aina binti Abdullah Disokong oleh: Suhailah binti Nor Azman AGENDA 3 Puan Siti Soffia membentangkan laporan setiap unit perniagaan koperasi dan laporan jawatankuasa audit dalaman. 3.1 Menimbang laporan lembaga dan jawatankuasa audit dalaman. Pengesahan: Ain Nur Adana binti Sodikin Disokong oleh: Ayuni Yasmin binti Mohamad AGENDA 4 Encik Azhar bin Jasni menerangkan bahawa laporan kewangan yang siap diaudit hanya sehingga tahun kewangan berakhir 30 Jun 2019. Laporan kewangan berakhir 30 Jun 2020, 30 Jun 2021 dan 30 Jun 2022 akan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Khas Tahunan. Pengesahan: Aisyah Munirah binti Mazlan Disokong oleh: Nurul Farzana binti Anuar Makluman Makluman Makluman Bendahari
9 AGENDA 5 Puan Siti Soffia mencadangkan pelantikan semula Ahli Lembaga Koperasi dan Juru Audit Dalaman sesi 2022/2023 sama seperti Ahli Lembaga Koperasi dan Juru Audit Dalaman sesi 2021/2022. Pelantikan ALK pelajar akan dilaksanakan dalam Mesyuarat Agung Khas Tahunan. Pengesahan: Nur Aqila binti Mohd Nizam Disokong oleh: Aliya Shafiya binti Mohd Maslizam AGENDA 6 Encik Azhar bin Jasni membentangkan anggaran perbelanjaan tahun 2023 sebanyak RM 500, 000.00. Pengesahan: Aliya Shafiya binti Mohd Maslizam Disokong oleh: Nur Alya Syamimi binti Setia AGENDA 7 Encik Azhar bin Jasni mencadangkan pembayaran elaun Ahli Lembaga Koperasi guru sebanyak RM 100 sebulan manakala Ahli Lembaga Koperasi pelajar RM 50 sebulan bermula Julai 2022. Ahli jawatankuasa pelajar dibayar mengikut jumlah jam bertugas. Pengesahan: Muhammad Syakir Izzuddin bin Sayeidina Disokong oleh: Nur Aina binti Abdullah AGENDA 8 Puan Siti Soffia memaklumkan Undang – undang Kecil Koperasi masih dalam proses pindaan. Pindaan Undang- undang Kecil Koperasi dicadangkan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Khas Tahunan. Pengesahan: Suhailah binti Nor Azman Disokong oleh: Ain Nur Adana binti Sodikin AGENDA 9 Meluluskan pelantikan panel firma audit luar yang baharu iaitu Zambran & Associates. Pengesahan: Ayuni Yasmin binti Muhammad Disokong oleh: Aisyah Munirah binti Mazlan Makluman Makluman Makluman Setiausaha Setiausaha
10 AGENDA 10 Melantik satu jawatankuasa terdiri daripada 4 ALK dan 6 anggota koperasi untuk menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan. ALK: - En. Muhammad Azhar bin Jasni - En. Adnan bin Hasbullah - En. Mohd Syafik Wazan bin Mohd Nasir - Puan Nik Nur Farahin binti Mohd Kamarolzaman Anggota Koperasi: - Nur Aina binti Abdullah - Jasmin Maisarah binti Muhamad Rozaini - Suhailah binti Nor Azman - Ain Nur Adana binti Sodikin - Aisyah Munirah binti Mazlan - Ayuni Yasmin binti Muhammad Pengesahan: Nurul Farzana binti Anuar Disokong oleh: Nur Aqila binti Mohd Nizam AGENDA 11 Encikh Azhar bin Jasni membentangkan had keberhutangan koperasi sebanyak RM 600, 000.00 Pengesahan: Nur Alya Syamimi binti Setia Disokong oleh: Muhammad Syakir Izzuddin bin Sayeidena AGENDA 12 Mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa urusan koperasi baginya suatu notis tidak kurang dari 7 hari yang telah diberi. Pengesahan: Nur Aina binti Abdullah Disokong oleh: Ayuni Yasmin binti Muhammad ALK dan Anggota dilantik Makluman Makluman
11 AGENDA 13 13.1 Pembentangan usul 13.1.1 Pencadang: Pn. Siti Inna Tasnim, Siti Arfa, Muhammad Nu’man, Muhammad Aqil Naqi, Nuha Batrisyia dan En. Mohammad Zaki bin Hamat. Menambahkan kaunter, menambah stok makanan, beroperasi pada waktu malam, menambah barangan alat tulis, menjual songkok dan menyediakan rak untuk bungkusan guru di kedai serbaneka. Pengurus kedai memberi respon kesemua usul di atas dalam perancangan pihak koperasi dan akan dilaksanakan apabila stor kedai serbaneka siap dibina. 13.1.2 Pencadang: En. Khairil Izwan dan Pn. Siti Inna Tasnim Mendekorasi, menukar kerusi meja, menukar pinggan mangkuk, menambahkan menu sarapan pagi dan memantau harga makanan di kafeteria. Pengurus kafeteria memaklumkan bahawa kafeteria tidak lagi diuruskan oleh koperasi dan akan dikendalikan oleh petender baharu yang berminat. Pihak koperasi akan menyampaikan usul di atas kepada petender baharu. 13.1.3 Pencadang: Pn. Siti Inna Tasnim Mengembalikan khidmat sewa bulanan van koperasi untuk menghantar dan mengambil anak-anak para guru di dalam maktab ke sekolah. En. Adnan bin Hasbullah menerangkan khidmat sewaan van ditamatkan kerana tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. 13.1.4 Pencadang: Pn. Siti Inna Tasnim Beri peluang kepada mana-mana homeroom menghasilkan produk jualan di koperasi Pengurus kedai memaklumkan bahawa hal ini sangat dialu-alukan tetapi produk yang dihasilkan perlu ditapis dahulu sebelum mendapat kelulusan untuk dijual. Makluman
12 AGENDA 14 14.1 Ucapan penangguhan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada seluruh anggota koperasi kerana telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak pengurusan demi kecemerlangan koperasi. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang. Makluman
13 LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN Laporan Jawatakuasa Audit Dalaman (JAD) Koperasi bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2019. Mengikut seksyen 49(2), Akta Koperasi 1993, saya JAD Koperasi melaporkan bahawa telah menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab di bawah akta tersebut: Daripada penelitian kami dapati : 1) Rekod-rekod perakaunan dan lain-lain daftar yang perlu disimpan oleh Koperasi telah dikemaskini dan disimpan dengan sempurna. 2) Akaun yang disediakan mematuhi undang-undang Koperasi dan memberi gambaran sebenar mengenai kedudukan kewangan. 3) Segala dokumen kepada transaksi-transaksi yang berkaitan termasuk baucer dan resit bayaran dan terima dikeluarkan mengikut apa yang telah ditetapkan. 4) Masih ada lagi anggota belum mencarum saham minimum mengikut undangundang Koperasi. 5) Lembaga/Anggota ada mendapat peluang untuk menghadiri kursus-kursus yang dikelolakan oleh pihak terlibat dengan Koperasi seperti SKM dan ANGKASA. Lebih banyak peluang untuk menghadiri kursus patut diberi kepada ahli Lembaga untuk memantapkan lagi pengurusan Koperasi. Disediakan oleh Disediakan oleh SITI AZRINA BINTI MOHAMAD AB. JAMIL MOHAMAD ZAKI BIN HAMAT Jawatankuasa Audit Dalaman, Jawatankuasa Audit Dalaman, Koperasi MRSM Kuala Lipis Berhad. Koperasi MRSM Kuala Lipis Berhad.
14 LAPORAN TAHUNAN LEMBAGA Bagi pihak Anggota Lembaga Koperasi dengan sukacitanya dibentangkan laporan bagi tahun berakhir 30 Jun 2023. LAPORAN SETIAUSAHA Koperasi ditadbir oleh 15 orang anggota Koperasi iaitu 8 ALK (guru) dan 7 ALK (pelajar) pada tahun 2022/2023. Anggota terdiri daripada guru, staf dan pelajar MRSM Tun Ghazali Shafie. Bilangan anggota sehingga tahun berakhir 30 Jun 2023 adalah seramai 733 orang. Aktiviti Koperasi Sepanjang Sesi 2022/2023. Program-program yang dirancang dan telah dijalankan adalah untuk memberi pendidikan kepada semua ahli. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan : 1. Mesyuarat ALK sebanyak 13 kali. 2. Menjalankan perkihidmatan penerimaan dan kutipan bungkusan bawah pengurusan koperasi. 3. Menguruskan penggunaan kad Ansara Pay dalam kalangan pelajar untuk kegunaan sistem bayaran tanpa tunai di kedai serbaneka serta sistem e-outing. 4. Menyediakan paltform pembayaran yuran koperasi secara atas talian. 5. Menjalankan aktiviti perniagaan di kiosk semasa minggu aktiviti 6. Perkhidmatan dobi di aspura dan aspuri dengan jumlah 18 mesin basuh dan 1 mesin pengering. Disediakan oleh SITI SOFFIA BINTI NORDIN Setiausaha Koperasi, MRSM Kuala Lipis Berhad.
15 LAPORAN KAFETERIA Diuruskan sendiri oleh pihak Koperasi MRSM Kuala Lipis Berhad dari Oktober 2020 hingga 12 September 2022. Terdiri daripada 6 orang pekerja kafeteria dan bekerja secara shift iaitu shift pagi (7.00 pagi -3.00 ptg) dan shift malam (3.00 ptg-10.00 malam) Oleh sebab timbul pelbagai masalah semasa kafeteria diuruskan sendiri, pihak ALK bersetuju mengembalikan semula kepada sistem asal dengan memilih petender baharu. Oleh itu, pada 12 September 2022 petender baharu (NZS TEGUH ENTERPRISE) memulakan operasi pertama mereka di Kafeteria MRSM Kuala Lipis Berhad. (Bayaran sewa bulanan adalah sebanyak RM1000.00 sebulan dan kontrak selama 2 tahun) KELEBIHAN PENGURUSAN KAFE (TENDER) • Kualiti masakan dan menu - sangat memuaskan. • Dari aspek kebersihan memuaskan - diuruskan sendiri oleh petender kafe. • Harga makanan dan minuman - berpatutan. •
16 OPERASI KAFETERIA SETIAP HARI Sabtu dan Ahad (tidak beropeasi tetapi bergantung kepada permintaan) ◦ ISNIN 7.00 PG-10.00 MLM ◦ SELASA 7.00 PG-10.00 MLM ◦ RABU 7.00 PG-10.00 MLM ◦ KHAMIS 7.00 PG-10.00 MLM ◦ JUMAAT 7.00 PG-10.00 MLM Aset yang disediakan di kafeteria sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Pihak koperasi MRSM Kuala Lipis Berhad mendapati kemudahan meja makan dan kerusi tempat menikmati makanan yang meliputi ruang di dalam dan di luar kafeteria adalah mencukupi dengan keperluan pelanggan kafeteria. Pelbagai penambahbaikan produk telah dibuat oleh pihak kafeteria sepanjang tahun 2021-2022. Adalah diharapkan perniagaan kafeteria terus berkembang maju dan semoga perniagaan kafeteria yang diteruskan secara tender berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepada pihak koperasi dan seluruh warga MRSM Kuala Lipis. Pihak Koperasi MRSM Kuala Lipis Berhad sentiasa menyokong perniagaan kafeteria ini demi meningkatkan kemajuan dan perkembangan koperasi dan seterus dapat memberikan pulangan dan pelbagai manfaat kepada anggotanya. Disediakan oleh, ADNAN BIN HASBULLAH Pengurus Kafeteria 2021/2022 Koperasi MRSM Kuala Lipis Berhad
17 LAPORAN KEDAI KOPERASI Kedai koperasi MRSM Kuala Lipis Berhad, nama dan tempat yang tidak asing lagi buat semua penghuni MRSM Tun Ghazali Shafie sejak tahun 2003 hingga sekarang. Sebuah unit perniagaan yang menjadi lambang dan nadi utama Koperasi MRSM Kuala Lipis Berhad. Kepelbagaian barangan dan perkhidmatan yang dijalankan dalam unit ini telah menjadi tarikan kepada semua warga MRSM Tun Ghazali Shafie. Waktu pengoperasian yang sesuai telah menjadikan unit ini mesra pelanggan dan mesra pengguna. Waktu operasi kedai koperasi adalah seperti berikut HARI MASA PERKARA ISNIN - JUMAAT 8.00 PAGI – 5.00 PETANG URUSAN KEDAI KOPERASI 5.00 PETANG – 6.00 PETANG URUSAN TOKEN DOBI & PARCEL SABTU 8.00 PAGI – 1.00 TENGAHARI URUSAN KEDAI KOPERASI Kedai koperasi diketuai oleh seorang Pengurus Kedai yang juga merupakan Ahli Lembaga Koperasi (ALK Guru) iaitu Encik Mohd Shafik Wazan bin Mohd Nasir. Operasi kedai koperasi turut mempunyai seramai tiga orang pekerja. Setiap pekerja menjalankan peranan dengan penuh dedikasi agar setiap penjualan barangan dan perkhidmatan dapat memberikan kepuasan kepada ahli koperasi khususnya dan pelanggan luar amnya. Berikut adalah senarai pekerja kedai koperasi dan bidang tugas. 1. Shafaruddin Bin Abd Karim (Penyelia Kedai Koperasi) 2. Norizan Binti Hamzah (Pembantu AM Kedai Koperasi) 3. Muhammad Suhaimy Bin Nordin (Pembantu AM Kedai Koperasi) Pada tahun 2022, keadaan semakin beransur pulih setelah kita dilanda pandemik COVID 19 yang menular ke seluruh dunia. Operasi kedai dapat berkembang dengan sangat positif. Ini dapat ditunjukkan melalui aliran perniagaan dan perkhidmatan kembali berkembang dan membuktikankan kedai koperasi masih mendapat tempat dikalangan warga MRSM Tun Ghazali Shafie. Unit kedai koperasi turut menyediakan perkhidmatan vending machine melalui penjualan air minuman. Terdapat 2 unit vending machine yang disediakankan iaitu 1 unit ditempatkan di asrama putera dan 1 unit lagi di asrama puteri. Ini dapat memudahkan pelajar khususnya untuk membeli air minuman tanpa perlu datang ke kedai koperasi pada bila-bila masa yang mereka perlukan ketika berada di asrama. Hasil daripada perkhidmatan vending machine ini, rata-rata memberikan respon yang sangat positif dikalangan pelajar. Oleh yang sedemikian, pihak koperasi berhasrat untuk
18 menambahkan lagi bilangan unit vending machine dengan mempelbagaikan aneka barangan jualan seperti makanan dan keperluan peribadi. Unit kedai koperasi telah mengorak langkah kehadapan lagi dengan menyediakan perkhidmatan ejen bank Bank Simpanan Nasional (BSN). Ini adalah langkah yang sangat proaktif dalam membantu ibu-bapa dalam membekalkan duit kepada anak-anak dan seterusnya memudahkan proses transaksi pembelian di kedai koperasi secara cashless. Unit kedai koperasi juga dengan kerjasama pihak bank rakyat sedang mengusahakan untuk menjadi wakil bank ataupun ejen bank bagi Bank Rakyat pula. Perkara ini telah mendapat sokongan daripada pihak pengurusan maktab dan juga warga maktab. Selain daripada itu juga, kaedah pembayaran cashless yang turut disediakan oleh unit kedai koperasi adalah perkhidmatan kad Ansara Pay. Inisiatif ini sangat membantu pelajar dalam memudahkan urusan pembelian baranagan di kedai koperasi. Selain dari menjadi medium melakukan pembelian , kad ini juga turut digunakan untuk system eouting kepada semua pelajar MRSM Tun Ghazali Shafie. Dari segi fasiliti, unit kedai koperasi telah melakukan pengubahsuaian di dalam kedai koperasi dengan menyediakan ruangan membeli yang lebih selesa serta tempat melakukan pembayaran yang lebih praktikal. Pelanggan dapat melakukan aktiviti membeli belah dengan selesa tanpa perlu bersesak-sesak dan seterunya melakukan aktiviti pembayaran dalam keadaan yang kondusif. Tempat penyimpanan stok barangan juga telah diwujudkan melalui pembelian kabin bagi menyelesikan masalah simpanan stok barang. Kabin ini ditempatkan di belakang cafeteria yang merupakan kawasan yang sangat strategic bagi menjalankan aktiviti perniagaan tambahan pada masa akan datang. Kesan langsung dari itu menjadikan stok barangan koperasi lebih terjamin dan pengurusan kedai koperasi lebih efisen. Diharapkan dengan pengubahsuaian dari segi fasiliti ini dapat menjadikan pelanggan berpuas hati dan pelanggan rasa seronok untuk berbelanja di kedai koperasi. Kedai koperasi juga telah mengorak langkah ke hadapan dengan menyediakan perkhidmatan urusan parcel kepada warga MRSM TGS. Pengguna dapat melakukan penerimaan parcel dengan mudah dan teratur. Penggunaan kabin yang bukan sahaja sebagai tempat simpanan stok barangan, turut dijadikan tempat serahan parcel. Ratarata pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini amat berpuas hati. Barangan dan alatan kelengkapan diri turut dilakukan proses tambah baik. Pihak kedai koperasi telah menambah dan mempelbagaikan produk jualan kepada pelanggan. Selain itu juga, pihak kedai koperasi juga turut membuka ruang kepada usahawanusahawan kecil khusunya bumiputera untuk menjadi pembekal produk mereka di kedai
19 koperasi. Secara tidak langsung ini dapat menjana perkembangan kitaran ekonomi yang positif. Secara kesimpulannya, unit kedai koperasi berharap akan dapat mempelbagaikan lagi barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi segala keperluan dan kehendak ahli pada masa akan datang. Selaku unit yang diberikan amanah untuk menjalankan salah satu cabang perniagaan dalam Koperasi MRSM Kuala Lipis Berhad, kami akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan kondusif. Segala cadangan dan kritikan membina akan kami terima dan dijadikan rujukan bagi pihak kedai koperasi melakukan penambahbaikan. Semoga semua ahli sentiasa menyokong serta membantu dalam memajukan lagi Koperasi MRSM TGS Berhad. Disediakan oleh, MOHD SHAFIK WAZAN BIN MOHD NASIR Pengurus Kedai Koperasi 2021/2022 Koperasi MRSM Kuala Lipis Berhad
20 LAPORAN TUGAS-TUGAS KHAS Pengurusan ALK Pelajar 2022/2023 Bil Perkara Tarikh 1. Pencalonan ALK Pelajar dan Saringan ALK Pelajar September 2022 2. Sesi temu duga calon ALK secara bersemuka Oktober 2022 3. Penubuhan Jawatankuasa ALK Pelajar Oktober 2022 4. Penyertaan Program EduBiz Carnival peringkat zon Pahang November 2022 Penganjuran Pertandingan Koperasi Bil Perkara Tarikh 1. Creative Recipe with Yakult November 2022 Penyertaan Koperasi dalam pertandingan Bil Perkara Tarikh 1. Penyertaan Program EduBiz Carnival peringkat zon Pahang Pencapaian: 10 MRSM terbaik November 2022 2. MRSM EduBiz Carnival MRSM Se-Malaysia Pencapaian: BEST BOOTH AWARD (KE-3) Disember 2022
21 Sesi temuduga Ahli Lembaga Koperasi Pelajar Sesi temuduga Ahli Lembaga Koperasi Pelajar
22 Pertandingan anjuran koperasi, ‘Creative Recipe With Yakult’
23 Penyertaan EduBiz Carnival Disediakan oleh, NIK NUR FARAHIN BINTI MOHD KAMAROLZAMAN. Pengurus Tugas-Tugas Khas
24 LAPORAN UNIT PERNIAGAAN 2023 1. Perkhidmatan Dobi Maklumat asas Bil Perkara Penerangan 1 Operasi dobi Kaedah layan diri menggunakan token 2 Kadar yuran sesi 2023/2024 RM 110 3 Kaedah pembayaran yuran Lumpsum / bulanan Pindahan atas talian / kaunter 4 Penggunaan & pengambilan token Mengikut jadual yang telah diedar dan ditetapkan 5 Kaedah pembahagian token Diambil di kioks koperasi 4 keping untuk setiap bulan Pengurusan Bil Perkara Lokasi Tarikh 1 Tempahan token berlogo Koperasi MRSM TGS Shas Shop 16 April 2023 Notis tunggakan bayaran dobi kepada pelajar berhutang Koperasi 6 Jun 2023 2 Pembelian 7 unit mesin basuh baharu JNY Seng 2 Trading 26 Jun 2023 3 Penutupan operasi dobi selama seminggu akibat kes vandalisme Dobi aspura 8 Julai 2023 4 Pemasangan 7 unit mesin basuh baru Dobi aspuri 8 – 9 Julai 2023 5 Pemasangan CCTV kekal Dobi aspura 14 Julai 2023 6 Penukaran 8 unit slot token baharu pada kotak token dobi Dobi aspura & aspuri 22 Julai 2023 Aset Dobi Bil Perkara Kuantiti Catatan 1. Mesin basuh 18 unit 8 aspura 10 aspuri 2. Pelapik mesin 18 unit 8 aspura 10 aspuri 3. Kotak token 20 unit 9 aspura 11 aspuri 4. Mesin dryer 1 unit *2 unit mesin pengering aspuri diuruskan oleh syarikat luar 5 CCTV 1 unit Aspura
25 Lampiran Gambar
26 2. Kad Ansarapay Maklumat asas Bil Perkara Penerangan 1 Bayaran pendaftaran kad baharu RM 15 termasuk dalam yuran 2 Bayaran penggantian kad rosak / patah / hilang RM 15 3 Kegunaan kad ansara - Kad tanda nama pelajar - Outing & PB - Pembelian tanpa cash di koop - Pengambilan bungkusan di kioks Pengurusan Bil Perkara Lokasi Tarikh 1. Pendaftaran baharu kad ansara pelajar tingkatan 1 & penggantian kad pelajar tingkatan lain Pusat Sumber Pembelajaran 12 & 13 April 2023 2. Agihan kad ansara baharu kepada pelajar tingkatan 1 & penggantian kad pelajar tingkatan lain Bilik guru 10 Julai 2023
27 3. Sewaan Parking Berbumbung Maklumat asas Bil Perkara Penerangan 1 Golongan penyewa Guru & staf 2 Kadar bayaran RM 10 sebulan RM 110 setahun (12 bulan) 3 Bilangan lot sewaan 15 tapak parkir 4 Bilangan penyewa 1 van koperasi 2 orang guru asrama 9 orang guru 2 orang staf Pengurusan Bil Perkara Lokasi Tarikh 1 Hebahan iklan sewaan parkir Atas talian 2 Mei 2023 2 Undian tapak parkir Bengkel RBT 26 Mei 2023 3 Sewaan bermula Tapak parkir 1 Jun 2023 Disediakan oleh, .............................................................. (AHMAD TARMIMI BIN ISMAIL@ILIAS) Pengurus Unit Perniagaan Koperasi MRSM Kuala Lipis Berhad
28 LAPORAN KEWANGAN 2018/2019
29
30
31 CADANGAN USUL-USUL BIL NAMA USUL 1 Nur Balqis Humairah binti Jahili Nur Fatin Auni bt Mohamad Ros Nurshuliyana binti Zainuddin Mas Azwa Shazreena bt Ibrahim Nur Hawa binti Mohamad Rafi Fathiyah Farizah binti Mohd Shazali Nur Syafiqa Aerina binti Syaifol Nizam Menentukan waktu pembelian pada waktu rehat/tengah hari antara upper form dan lower form bagi melancarkan proses pembayaran. Membuka koperasi pada waktu malam 8.30- 9.30 malam dan pada hari minggu (ALK pelajar yang . jaga) supaya pelajar dapat membeli makanan dan barang keperluan. 2 Nor Alea Insyirah binti Jahisham Zaitun binti Zainuddin Wan Ahmad Danial Hakim bin Wan Mohd Sufian Thauri Iman Nafees bin Jorizal Wan Nur Humayraa binti WanHairul Nur Liyana Irdina Izzati binti Rozaidee Zovie Farm Hui Ern Che Faathir Affan bin Che Ismadi Muhammad Salehuddin bin Samsi Muhammad Irfan Alhafiy bin Hazli Menambah beberapa bahan jualan: -bubur segera -kek(chesskut) -sticky notes (aesthetic/cute) -cadbury -mars -kertas kajang -pau -yogurt -roti chicken floss -aiskrim pelbagai perisa -ais -tie clip maktab -tisu basah -donat perisa strawberry -mi segera -peralatan elektrik/plug/charger ipad 3 Nurin Farhana Iman btMohamad Yusof Meletakkan printer di koperasi untuk kegunaan pelajar.
32 4 Muhammad Aiman Rifdi bin Arifin Mencadangkn agar cafe menggunakan qr pay utk buat pembayaran makanan, cashless. Mencadangkan koop adakan pusat asuhan untuk anak-anak staf dan guru MRSM TGS 5 Muhammad Mazwan Rizqi bin Mazlan Koperasi perlu meletakkan vending machine. 6 Eryna Nuha Khalisa Meletakkan tanda harga untuk semua barang. 7 Putri Rania binti Zaki Setiap kaunter boleh membayar menggunakan kad bank dan wangtunai. 8 Nurmelissa Balqis Iman binti Mohd Zaki Membuka kaunter untuk pelajar mengeluarkan duit di kafe atau tempat lain. ( koop terlampau sesak ) 9 Muhammad Aaqil bin Arfizal Melakukan penambahbaikan dengan cara memperkenalkan konsep bayaran tanpa tunai (cashless) melalui pembayaran secara aplikasi touch n go, boost, atau aplikasi yg dibina oleh maktab sendiri. 10 Nurul Iman binti Muhamadsafry. Aira Jaszmin Zahra binti Jaafar Aqilah Munirah binti Kamarul hesham Membina lebih banyak kaunter pembayaran agar koop tidak sesak dan memudahkan urusan pembayaran. Mengasingkan kaunter bayaran antara perempuan dan lelaki untuk mengelakkan perempuan terasa terancam jikalau lelaki berada diantarnya. Mengalihkan kedudukan rak roti yg menghalang laluan untuk para pelajar berbaris Membeli mesin kad sebagai backup jika yg sedia ada rosak untukmemudahkan urusan pelajar yg hanya menggunakan kad debit. Mencadangkan koperasi memperbesarkan lagi ruang dalam koperasi serta mewujudkan sistem bagi mempercepatkan proses pembelian di koperasi. hal ini keranasemakin ramai pelajar yang ingin membeli barangan dalam koop sehingga menyebabkan kesesakan pada waktu rehat.
33 Mencadangkan koperasi mewujudkan sistem di mana pelajar boleh membeli dan melakukan pembayaran secara dalam talian. Pihak koperasi boleh jadikan cawangan di luar sebagai contoh. Saya mencadangkan untuk mewujudkan suatu sistem di mana ahli kelab koperasi menjadi pengawas koperasisemasa waktu rehat untuk mengelakkan kecurian dan kerosakan barang. selain itu, pengawas koperasi boleh menjaga barisan murid semasa proses pembayaran. Hal ini bagi memastikan tiada pelajar yang memotong barisan. 11 Wan Nur Nabilla bt Wan Mohd Faizulakmal Decorate kawasan koperasi sebagaicontoh ,mengecat dinding koperasi dengan warna lebih ceria dan meletakkan perhiasan yang menarik. 12 Firhan Adawiyyah binti Syahrir Meluaskan ruang koop kerana koop terlalu kecil dan setiap kali waktu rehat , koop akan menjadi terlebih muatan. menambah casher supaya pembayaran menjadi cepat dan esfisien. selain itu saya juga tidak berapa minat dengan design baju pj yang baharu. 13 Aniss Sofiyah binti Azlan mengembalikan design baju outinglama (warna hijau) dan baju pefit lama (warna biru gelap dan putih)
34 JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG KALI KE-15 2023 KOPERASI MRSM KUALA LIPIS BERHAD Pengerusi Encik Zullkifli Bin Muhammad Setiausaha/ Buku Program Puan Siti Soffia Binti Nordin AJK Pelajar Bendahari/AJK Saguhati/Laporan Kewangan Encik Azhar Bin Jasni AJK Pelajar AJK Pendaftaran Anggota/ Laporan Kedai Serbaneka Encik Mohd Shafik Wazan Bin Mohd Nasir AJK Pelajar AJK Pengurusan Pelajar/ Laporan Kafeteria Encik Adnan Bin Hasbullah AJK Pelajar AJK Perhimpunan HKS/ Laporan Unit Tugas-tugas Khas Puan Nik Nur Farahin Binti Mohd Kamarolzaman AJK Pelajar AJK Persiapan Tempat, Media dan ICT/ Laporan Unit Perniagaan Encik Tarmimi Bin Ismail @ Ilias Pencatat Minit AJK Pelajar
35 PENGHARGAAN Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan MRSM Kuala Lipis, Ahli Lembaga Pengarah Koperasi MRSM Kuala Lipis, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Raub/Lipis, ANGKASA, anggota-anggota koperasi dan orang perseorangan demi memajukan Koperasi MRSM Kuala Lipis.
36 KOPERASI MRSM KUALA LIPIS BERHAD KM 7, JALAN KUALA LIPIS, 27200 KUALA LIPIS, PAHANG