The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP DIGITAL MILIK NUR AMALIA SYAHIRA BAGI PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH KEMERDEKAAN MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH NEGERI JOHOR (RENTAP)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amaliasyahira283, 2021-09-12 21:42:17

NUR AMALIA SYAHIRA - PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH KEMERDEKAAN (RENTAP)

BUKU SKRAP DIGITAL MILIK NUR AMALIA SYAHIRA BAGI PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH KEMERDEKAAN MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH NEGERI JOHOR (RENTAP)

Keywords: BUKU SKRAP DIGITAL,BUKU SKRAP,TOKOH KEMERDEKAAN,RENTAP

RENTAP PEJUANG SARAWAK

Pendahuluan

‘Agi Idup, Agi Ngelaban’. Pepatah bahasa Iban
tersebut membawa maksud ‘Selagi Hidup,

Selagi Itu Melawan’. Kata tersebut merupakan
kata terkenal tokoh pejuang kemerdekaan
negeri Sarawak bernama Rentap.

Perjuangannya menentang James Brooke tidak
akan sesekali luput di ingatan penduduk
Sarawak. Tokoh berketurunan Iban ini
merupakan salah satu tokoh yang lantang
bersuara dan gigih memperjuangkan hak
peribumi Sarawak yang ditindas penjajah

Barat. Beliau tidak sesekali gentar menghadapi
ancaman James Brooke.

Walaupun jasad fizikalnya sudah tiada di dunia
ini, semangat perjuangannya kini diwarisi oleh

generasi masa kini. Kata keramatnyat, ‘Agi
Idup, Agi Ngelaban’, kini menjadi slogan bagi
pasukan Rejimen Renjer Diraja dalam tentera

Malaysia. Begitu besar jasa Rentap
sehinggakan generasi kini masih menyanjung

tinggi perjuangannya.

Rentap James Brooke

Biodata Pelajar

Nur Amalia Syahira Binti Mohd Zaludin
16 Tahun

Tingkatan 4 Arif
Kelas Sains Tulen
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail
[email protected]

Lumbong Rentap Biodata Tokoh Yang Dipilih

Rentap atau nama asalnya, Libau anak Ningkan,
merupakan antara wira rakyat yang terkenal di Sarawak
atas perjuangannya menentang James Brooke juga
dikenali sebagai Rajah Putih. Beliau lahir pada sekitar
1800-an di Sungai Kapuas, bahagian barat Borneo
kepada pasangan Iban, Ningkan dan Imbong. Tidak
banyak info mengenai kehidupan beliau setelah
kelahirannya namun, menurut catatan sejarah, beliau
telah menghabiskan sebahagian besar hayatnya di
sekitar Sungai Skrang dan Sungai Saribas, Sarawak.
Selain dari nama Rentap, beliau juga diberikan gelaran
lain seperti ‘Raja Darat’ kerana beliau memimpin orang
Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas serta gelaran
‘Raja Ulu’ iaitu gelaran yang diberikan kepadanya ketika
menjadi pemimpin di kubunya di Bukit Sadok. Beliau
meninggal dunia akibat sakit tua di Bukit Sibau, sekitar
1870.

Rasionalisasi Pemilihan Tokoh

Rentap merupakan wira rakyat Sarawak yang tidak gentar
menghadapi ancaman James Brooke dan komited
meneruskan perjuangan tersebut bagi membebaskan tanah
airnya daripada cengkaman penjajah British. Tindakan James
Brooke menghapuskan sistem cukai yang telah diamalkan
secara bergenerasi oleh ketua kampung dan masuk campur
terhadap amalan tradisional peribumi Sarawak
membangkitkan kemarahan Rentap. Rentap sangat
membenci James Brooke kerana melihatnya sebagai penjajah
British yang berniat jahat ingin menguasai Sarawak dan
menghapuskan cara hidup serta budaya masyarakat
tempatan pada waktu itu. Tergugat dengan penentangan
yang ditunjukkan oleh Rentap, Brooke menggunakan helah
dengan menggelarnya lanun dan melancarkan eskpedisi
perang ke kawasan Sungai Skrang dan Sungai Saribas
kononnya bertujuan menghapuskan kegiatan lanun yang
berpusat di kawasan tersebut. Marah dengan tindakan James
Brooke yang semena-mena melancarkan peperangan ke atas
orang Iban, Rentap bangkit berjuang.

Kelebihan Tokoh

Kagum dengan bakat dimilikinya, Libau telah dilantik sebagai manok sabong
(pahlawan utama) oleh Orang Kaya Pemancha Dana Bayang untuk mengikuti
ekspedisi ngayau (memotong kepala). Apabila Dana Bayang sudah terlalu
tua, Libau mengambil alih mengetuai beberapa ekspedisi ke Sambas dan
Pontianak, Indonesia. Dalam salah satu ekspedisi ngayau tersebut, Libau
telah berjaya mengalahkan musuh dan mendapatkan tengkorak manusia
buat pertama kali. Atas kejayaan tersebut, Libau mendapat nama gelaran
‘Rentap’ yang bermaksud penggoncang dunia. Setelah itu, beliau menjadi
ketua panglima orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas.

Dalam pertempuran pertama Rentap dengan Inggeris yang berlaku di kubu
British di Sungai Skrang pada tarikh 19 Ogos 1844, Rentap telah melakukan
serangan hendap ke atas tentera James Brooke. Berbekalkan hanya senjata
primitif seperti sumpit dan lembing, Rentap berjaya mengalahkan tentera
James Brooke. Kasualti di pihak Brooke melibatkan 30 orang Inggeris
manakala 56 orang lagi cedera. Pertempuran ini berjaya menimbulkan rasa
takut kepada pegawai Brooke terhadap semangat juang orang Iban.
Kemenangan pertempuran ini sekali gus menaikkan lagi nama Rentap.

Jasa dan Sumbangan Tokoh

Sumbangan Rentap dapat dilihat melalui episod penentangannya terhadap British.
Pertempuran pertama beliau berlaku pada 19 Ogos 1844 di mana pasukan Rentap
berjaya mengalahkan tentera James Brooke.

Tidak puas hati dengan kekalahan dialaminya, James Brooke telah melakukan Bukit Sadok
serangan ke kampung Rentap pada 24 Julai 1849. Pada kali ini Brooke membawa
bersama kapal tentera lautnya iaitu H.M.S Royalist, H.M.S Ranee, dan 8 lagi kapal
kecil untuk masuk ke kawasan Skrang dan Saribas. Pada 31 Julai 1849, perang
terbesar yang berlaku di Sarawak menyebabkan kematian 500 orang pengikut
Rentap. Brooke kemudian telah membakar 20 rumah panjang di kampung Rentap
sehingga menyebabkan Rentap dan pengikutnya terpaksa berundur ke Sungai Lang
iaitu hulu Sungai Skrang. Akan tetapi, Brooke juga berjaya merampas kubu Rentap
dan rumah panjang di Sungai Lang.

Rentap dan pengikutnya telah berjaya melarikan diri dan cuba mengatur rancangan
yang lebih baik lagi untuk memerangi Brooke pada masa hadapan. Walaupun
terdapat kematian dalam kalangan orang Rentap, beliau telah berjaya melindungi
nyawa ketua kampung dan tiada satu pun yang mati. Rentap dan pengikutnya
berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu di sana. Rentap telah menguatkan
kedudukannya di puncak Bukit Sadok dengan membina kubu yang kuat dan curam
menjadikan kubu itu hampir mustahil untuk dihampiri musuh. Beliau kemudian
menggelar dirinya seorang pemerintah dengan gelaran Rajah Ulu atau Raja Ulu dan
menjadikan Bukit Sadok pusat kepada semua penduduk tempatan yang
mempunyai matlamat yang sama iaitu menentang pemerintahan Inggeris.

Jasa dan Sumbangan TokohKedudukan Rentap yang kuat menyebabkan Brooke telah melancarkan

ekspedisi bagi memusnahkan kekuasaannya. James Brooke telah
menghantar anak saudaranya, Sir Charles Brooke menyerang kubu Bukit
Sadok pada tahun 1857. Sir Charles berjaya meyakinkan 3000 orang
Dayak dan 500 orang Melayu untuk bersama-sama dengannya melancar
serangan ke atas kubu Bukit Sadok. Walau bagaimanapun, serangan
tersebut tidak dapat menembusi kubu tersebut ditambah pula dengan
penggunaan meriam yang diberi nama ‘Bujang Timpang Berang’ yang
digunakan untuk mempertahankan kubu Rentap tersebut.

Tidak puas dengan kegagalan menembusi kubu Rentap, Sir Charles

Brooke cuba untuk menyerang Bukit Sadok sekali lagi pada Ogos 1858.

Akan tetapi, serangan tersebut tidak membuahkan hasil. Merasakan

serangan tersebut hanya sia-sia, Sir Charles dan askar-askarnya terpaksa Meriam Bujang Timpang Berang

berundur.

Pada September 1861, James Brooke melancarkan Ekspedisi Ketiga Sir Charles Brooke Meriam Bujang Sadok
Sadok bagi mengalahkan Rentap. Pada ekspedisi ini, pasukan James
Brooke menggunakan senjata jenis Six-Pounder Gun dan meriam yang
digelar “Bujang Sadok”. Selepas sampai di puncak Gunung Sadok,
keesokan paginya, serangan dilancarkan ke kubu Rentap dan berlaku
perbalasan serangan antara kedua belah pihak menggunakan meriam
antara Bujang Sadok dengan Bujang Timpang Berang yang dimiliki
Rentap. Semasa pertempuran tu, kedua-dua belah pihak saling berbalas
tembakan. Setelah sebulan, pihak British berjaya menawan Bukit Sadok.
Brooke berjaya menawan dan membakar kubu Rentap pada 28 Oktober
1861. Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Lanjak, Skrang sehingga
Entabai, Kanowit dan Julau. Rentap yang enggan menyerah kalah,
meninggal dunia akibat sakit tua di Bukit Sibau, sekitar 1870.

Penutup

• Perjuangan Rentap tidak akan sesekali
dilupakan. Ungkapan ‘Agi Idup, Agi Ngelaban’
yang dilaungkan oleh Rentap bukan hanya
motto semata-mata kerana ungkapan
tersebut menghimpunkan aspirasi
perjuangan hingga ke titisan darah yang
terakhir selari dengan kehidupan Rentap
yang berjuang sehingga ke akhir nyawa. Quo
vadis yang dipegang oleh Rentap kini
diterapkan menjadi motto bagi salah satu
rejimen tentera Malaysia iaitu Rejimen
Renjer Diraja.
• Keberanian Rentap dalam
mempertahankan hak orang Iban daripada
penjajahan Barat wajar dicontohi generasi
kini. Semangat tersebut harus dijadikan
pedoman dalam golongan muda Malaysia
tanpa mengira bangsa untuk
mempertahankan negara tercinta ini.

Rujukan

Baring-Gould, S. & Bampfylde, C.A. (1909). A history of Sarawak under its two White Rajahs, 1839-1908. London H.
Sotheran. https://archive.org/details/historyofsarawak00bari?ref=ol&view=theater

Evans, I.H.N. (1922). Among primitive peoples in Borneo. Seeley, Service Co. Limited.
https://archive.org/details/amongprimitivepe00evanuoft?ref=ol&view=theater

Haji Buyong Adil. (1974). Sejarah Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran
Malaysia. https://www.scribd.com/document/411910362/Buku-Sejarah-Sarawak-Haji-Buyong-Adil-pdf

Tate, D.J.M. (1988). Rajah Brooke’s Borneo. Hong Kong: John Nicholson Ltd.
https://archive.org/details/rajahbrookesborn0000unse/page/n3/mode/2up

Templer, J.C. (ed.). (1853). Private letters of Sir James Brooke, K.C.B. Rajah of Sarawak. London: Richard Bentley.
https://archive.org/details/privateletterss03tempgoog


Click to View FlipBook Version