The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DARSHAN KUMAR, 2023-11-06 11:05:39

ETIKA[1]

ETIKA[1]

Peranakan dan Kelestarian Budaya: BABA NYONYA PENGENALAN Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal di seluruh dunia dengan masyarakat berbilang kaum dan etnik seperti orang Melayu, Cina, India, serta orang dari Sabah dan Sarawak. Kaum minoriti Melaka, Baba Nyonya, adalah salah satu masyarakat yang wujud. Kaum Peranakan ini terdiri daripada komuniti minority iaitu Baba dan Nyonya yang berasal dari Melaka. Apabila nenek moyang mereka berhijrah ke Melaka dan berkahwin dengan orang tempatan, golongan ini terbentuk. Orang-orang ini datang ke Melaka 600 tahun dulu, kebanyakannya dari wilayah Fujian di China. Budaya masyarakat Melayu sedikit sebanyak diwarisi oleh masyarakat Baba dan Nyonya. Oleh itu, masih ada masyarakat yang mengambil amalan dan pegangan masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka hingga hari ini. LATAR BELAKANG Baba Nyonya, juga dikenali sebagai Peranakan atau Cina Selat, adalah keturunan pendatang Cina yang berkahwin campur dan berintegrasi dengan masyarakat tempatan di Malaysia, Singapura dan Indonesia, pada pertengahan abad ke-15 dan abad ke-17. Bilangan pendatang Cina bertambah apabila lombong bijih timah di Kesang, Johor dibuka dan mula beroperasi. Budaya Baba Nyonya telah berkembang dan membangun menjadi satu identiti campuran unik dengan Melaka sebagai pusat. Walaupun komuniti Baba Nyonya ini berbeza daripada orang Cina lain, mereka masih menganggap diri mereka sebagai orang Cina. Kumpulan keturunan Cina yang dikenali sebagai Orang Peranakan dan Baba Nyonya mempunyai status tertentu, terutamanya di negeri Melaka dan Pulau Pinang. Disebabkan budaya mereka yang berasal daripada warisan tradisi Cina tetapi juga mempunyai unsurunsur daripada kebudayaan Melayu, komuniti ini memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan." "Baba" ialah gelaran kehormat yang digunakan untuk lelaki Cina Selat, manakala "Nyonya" digunakan untuk wanita. Kebanyakan mereka telah menetap di sepanjang Selat Melaka sejak turun-temurun dan mendapat pendidikan dalam bahasa Inggeris. Disebabkan asal usul mereka, mereka boleh bercakap dua atau lebih bahasa dan sering bertindak sebagai perantara bagi orang Cina dan Inggeris, serta orang Melayu dan Cina. Etnik Baba dan Nyonya telah wujud sejak lebih 600 tahun yang lalu, iaitu semasa zaman kemakmuran Kesultanan Melayu Melaka. Mereka berdagang di wilayah ini dan kemudian berkahwin dengan orang Melayu yang tinggal di sana. Pada tahun 1500-an, wilayah kepulauan Melayu sentiasa menghormati kerajaan seperti China dan Siam. Seorang laksamana Cheng Ho (seorang Muslim Cina) melawat Melaka semasa pemerintahan Parameswara kerana hubungan diplomatik yang baik telah wujud sejak kurun ke-15. Putri Hang Li Po dihantar ke Melaka pada tahun 1459. Pengikut puteri tinggal di Bukit Cina. Selain itu, disebabkan kesusahan kehidupan pada masa itu di negara asal mereka, banyak penduduk China merentasi lautan untuk bekerja dan menetap di Malaysia dan Singapura. Etnik Baba Nyonya akhirnya wujud. Budaya Baba dan Nyonya dipengaruhi oleh unsur Portugis, Belanda, Inggeris, Melayu dan Indonesia. Budaya dan kepercayaan nenek moyang ditanam tetapi bahasa dan budaya Melayu diasimilasikan. Bahasa Melayu Baba, juga dikenali sebagai Bahasa Baba Nyonya,


ialah dialek Bahasa Melayu yang menggabungkan banyak perkataan Hokkien. Mereka mencipta budaya pemakanan tersendiri. Majoriti anak-anak Baba Nyonya dibesarkan dengan cara hidup ini dan amalan agama orang Cina, yang digabungkan dengan unsurunsur kemelayuan dan tempatan. Secara tuntas, peranakan adalah berkahwin campur dengan orang Melayu tempatan. BUDAYA Budaya Baba-Nyonya adalah budaya yang berkembang di kalangan keturunan Tionghoa di wilayah-wilayah seperti Melaka, Singapura, dan beberapa bagian Indonesia, Thailand, dan Malaysia. Ini juga dikenal sebagai budaya Peranakan dan merupakan hasil dari interaksi antara etnis Tionghoa dengan budaya lokal terutamanya budaya Melayu. Berikut adalah beberapa aspek budaya Baba-Nyonya: Aspek Bahasa: Komuniti Peranakan Cina yang tinggal di Malaysia, Singapura, dan Indonesia bercakap Bahasa Baba Nyonya, juga dikenali sebagai "Bahasa Melayu Baba." Bahasa Baba ialah sejenis dialek bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang-orang Baba di Malaysia, khususnya di Melaka dan Pulau Pinang. Walaupun bahasa ini berasal dari Melaka, bahasa Baba yang dituturkan di Pulau Pinang berbeza dengan bahasa Baba Melaka dalam beberapa aspek. Pada dasarnya, bahasa Baba ialah satu bahasa campuran antara bahasa Hokkien dengan bahasa Melayu. Walaupun kebanyakan nahu bahasa Baba berasal daripada bahasa Melayu, bahasa Baba berbeza daripada bahasa Melayu dalam kebanyakan aspek yang utama dan oleh itu, merupakan satu bahasa yang berasingan. Mengikut sejarah, masyarakat Baba dan Nyonya lahir di Melaka, semasa zaman kesultanan Melaka. Masyarakat Baba Nyonya yang menetap di Pulau Pinang mempunyai dialek yang agak berbeza berbanding yang menetap di Melaka.Bahasa Baba menyerap banyak perkataan Cina seperti “lai” bermaksud ‘datang’ serta lebih cenderung ke Hokkien.Contoh lain seperti mereka memanggil datuk mereka sebagai “nkong”, kakak sebagai “taShi”, adik saudara bapa sebagai “nchek”. Selain itu, masyarakat Baba dan Nyonya sering menggunakan kata ganti “ini” dan “Itu” dalam mendahului kata nama.Bagi peralatan pula, mereka memberikan nama Melayu kecuali barangan yang digunakan barangan Cina akan gunakan nama Cina.Di samping itu, terdapat masakan masyarakat Baba dan Nyonya yang diberi nama Cina seperti Bami, Tauyu, Kianchai, Kuchai dan banyak lagi. Sebagaimana yang kita sedia maklum, pengunaan Bahasa Baba telah menjadi Bahasa Rasmi bagi masyarakat Baba dan Nyonya sebagai contoh ayat yang digunakan ialah amek (ambil), bini (isteri), laki (lelaki), chebok (membersihkan diri selepas membuang air), kachuak (lipas), kam siah (terima kasih), apa khabair(apa khabar) dan pelbagai lagi. Namun demikian, terdapat peraturan yang sewajarnya diikuti dalam bertutur Bahasa Baba ini iaitu misalnya,perkataan yang berakhir dngan huruf “A” masyarakat Baba dan Nyonya akan menyebutnya sebagai “ah” dimana agak berlainan dengan sebutan masyarakat Melayu,contohnya perkataan yang disebut adalah “saya” sebutan Bahasa Baba akan berbunyi “sayah” jikalau masyarakat Melayu akan berbunyi “saye”.


Kesimpulannya, keunikan Bahasa Baba adalah sesuatu yang perlu dibanggakan oleh Malaysia dan perlu dikekalkan kerana ia berlaku secara semula jadi. Perkara ini juga boleh membentuk masyarakat untuk sentiasa menjaga budaya yang ada di Malaysia. Aspek Seni: Kesenian masyarakat Baba kebanyakannya mempunyai motif yang berasal dari negara China. Namun begitu corak-coraknya dapat dilihat mempunyai pengaruh Melayu atau Islam. Peralatan masyarakat Baba yang mempunyai ukiran yang menarik ialah pada porselin. Porselin merupakan peralatan khas untuk kegunaan Baba atau Nyonya di Tanah Melayu yang diperbuat di daerah Jiang Xi dan Guang Dong di negara China. Oleh itu, peralatan ini tidak akan dieksport. Antara ukiran corak yang terdapat pada seramik jenis ini ialah lukisan burung "pheonix", bunga dahlia, bunga mawar, lipan, gabungan lapan jenis benda berharga, serta bunga botan. Kumpulan porselin kaum Nyonya mudah dikenali berbanding porselin kaum Baba. Hal ini kerana porselin Nyonya kebiasaanya dari saduran warna cerah seperti merah jambu, biru tua, hijau dan kuning. Masyarakat Baba mempunyai peralatan khas yang digunakan untuk menjalankan apa-apa upacara. Antaranya ialah seperti dulang teh tembikar "berenamel" warna-warni yang dihiasi ukiran burung cenderawasih gaya Peranakan. Kebiasanya dulang ini akan digunakan ketika upacara minum teh pada hari perkahwinan. Manakala "bakul siah" pula digunakan untuk pelbagai tujuan khasnya seperti hantaran perkahwinan dan pemberian hadiah. "Bakul siah" ini diperbuat daripada buluh, kayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit di dalamnya diisi dengan pelbagai juadah makanan. Kadang kala bakul ini dibuat satu tingkat hingga tiga tingkat, corak hiasan dan besarnya "Bakul siah" ini bergantung kepada kehendak pemiliknya. Perkahwinan: Catatan dari abad ke-19 dan awal abad ke-20 menyatakan bahawa lelaki Baba lazimnya mengahwini wanita dalam masyarakat Peranakan setempat. Ada kalanya, keluarga Peranakan membawa masuk pengantin dari China atau menghantar anak perempuan ke China untuk mencari suami. Orang Peranakan biasanya berkahwin dengan pasangan setempat yang sama darjatnya. Lelaki kaya paling menggemari chin choay atau perkahwinan matrilokal iaitu si suami menyertai keluarga isteri. Lamaran memerlukan buah tangan pinangan, iaitu bakul berkilau dua tingkat, yang dibawa oleh pengantara yang mewakili pelamar kepada ibu bapa pengantin idaman. Kebanyakan suku Peranakan tidak beragama Islam, sebaliknya memelihara adat penyembahan nenek moyang dari kaum Cina, tetapi ada yang memeluk agama Kristian. Majlis perkahwinan Peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi Cina merupakan antara perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di Malaysia dan Singapura. Majlis diserikan dengan lagu berima spontan dondang sayang yang dinyanyi di dalam bahasa Melayu dan ditari oleh para hadirin di jamuan. Dondang sayang memerlukan kemahiran berjenaka dan bertikam balas, siapa yang bijak berdondang maka dialah yang meraih gelak ketawa dan tepukan tangan ramai-ramai. Pelat loghat dan cara berbahasa Baba dan Nyonya serta kepandaian menyerikan lagi persembahan. Budaya Baba-Nyonya adalah contoh yang menarik dari bagaimana interaksi budaya dapat menciptakan kekayaan budaya yang unik. Meskipun budaya ini telah mengalami perubahan seiring waktu, banyak orang dan kelompok masih berusaha dengan tekun untuk melestarikannya agar tetap relevan dalam masyarakat modern dan sebagai bagian penting dari warisan budaya di wilayah tersebut.


PAKAIAN TRADISIONAL Kaum Baba dan Nyonya banyak mempunyai pengadaptasian daripada kaum Melayu dan kaum Cina. Pakaian kaum Baba iaitu golongan lelaki lebih kepada pakaian pengaruh dari kaum Cina seperti SamFoo. Pakaian kaum Nyonya pula iaitu golongan wanita banyak diadaptasi dari kaum Melayu. Mereka memakai kain sarung yang diperbuat daripada batik sebagai pakaian primer. Golongan yang lebih lebih menyukai memakai baju kebaya nyonya yang disulam cantik dan kemas. Golongan wanita yang berusia pula gemar untuk memakai baju panjang dan kain surung. 1) Baju Kebaya Baju Kebaya menjadi pakaian tradisi nyonya. Baju ini diperbuat daripada kain kasa jarang dan disulam dengan motif fauna dan flora dengan sulaman benang berwarna warni. Baju kebaya ini dijahit dengan kain batik dari kepulauan Jawa dengan rekabentuk warna-warna yang terang atau lembut. 2) Baju Panjang Baju panjang juga termasuk dalam pakaian tradisional untuk tradisi nyonya. Pakaian ini dipakai bersama dengan kain Sarung yang diperbuat daripada batik. Baju panjang ini dijahit menggunakan kain les dan baju kecik berkolar tinggi. Pada asalnya, pakaian ini lebih Panjang dan longgar dan telah dipopularkan pada abad ke-19 oleh Sultan Johor. 3) Samfoo Golongan Baba memakai samfoo sebagai pakaian tradisional mereka. Pakaian ini boleh mempunyai serupaan yang sama seperti pakaian kaum Cina. Golongan baba memakai baju dan kot. Pada hari perayaan mereka, akan memakai samfoo berwarna yang cerah, bertopi serta berkasut hitam bagi tanda menghormati majlis tersebut. Samfoo diperbuat daripada kain satin dengan tekstur yang lembut. Warna merah merupakan warna yang sering dipilih kerana warna tersebut mendatangkan tanda kebaikkan. Nilai-nilai etika dan peradaban yang dipertahankan oleh komuniti tersebut iaitu kaum Baba dan Nyonya melalui pakaian tradisional mereka adalah kelahiran dan perkembangan daya kreativit. Walaupun pakaian tradisional kaum mereka mula pupus tetapi idealogi yang mereka menetapkan untuk membuat sesuatu yang luar biasa terhadap pakaian tradisional membuatkan kaum tersebut mempertahakan komuniti mereka. Contohnya, membuat corak dan reka bentuk yang sesuai dengan arah aliran (trend) atas pakaian tradisional kaum mereka. Selain itu, penggunaan teknolgi dalam penciptaan daya reka cipta. Pada masa dulu, penggunaan teknologi tidak sebegitu popular seperti pada masa kini. Kaum Baba dan Nyonya menggunakan teknologi baharu seperti mesin untuk menjahit pakaian dan cetak tanam (embedded printing) untuk membuat corak atas pakaian tradisional seperti Samfoo dan Baju Kebaya. Ini membuatkan mereka untuk berjimat kos dan merendahkan jangka masa untuk menyiapkan sehelai pakaian. Bukan itu sahaja, penggunaan teknologi membuatkan mereka untuk memenuhi keperluan yang dihendak oleh pelanggan mereka yang membeli pakain tradisional kaum Baba dan Nyonya.


ADAT 1. Adat perayaan: Upacara dan perayaan dalam budaya Baba-Nyonya merupakan bagian penting dari tradisi masyarakat Peranakan yang unik. Orang-orang Peranakan, juga dikenal sebagai Baba (laki-laki) dan Nyonya (perempuan), merupakan keturunan Tionghoa yang menetap di wilayah Asia Tenggara, terutama di Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Berikut adalah beberapa upacara dan perayaan yang khas dalam budaya Baba-Nyonya. Perayaan Tahun Baru Imlek - Seperti masyarakat Tionghoa lainnya, Peranakan juga merayakan Tahun Baru Imlek dengan penuh semangat. Mereka mempersembahkan doa dan memberikan persembahan kepada leluhur mereka. Selama perayaan ini, hidangan khas seperti "lontong" (nasi ketan dalam daun pisang) dan kue-kue tradisional disajikan. Perayaan Festival Qing Ming - Festival Qing Ming adalah waktu ketika orang-orang Peranakan mengunjungi makam leluhur mereka untuk membersihkan dan memberikan persembahan. Mereka juga menghias makam dengan bunga dan lilin. Perayaan Hari Raya - Orang-orang Peranakan di Malaysia dan Singapura juga merayakan Hari Raya Aidilfitri, yang merupakan perayaan penting dalam agama Islam. Mereka mengunjungi rumah-rumah teman dan keluarga, mengenakan pakaian tradisional, dan menikmati hidangan khas seperti "rendang" dan "ketupat." Perayaan Kue Bulan - Perayaan Kue Bulan adalah saat orang-orang Peranakan merayakan Festival Pertengahan Musim Gugur. Mereka membuat dan menyajikan kue bulan yang khas dalam berbagai rasa, seperti kacang hijau, lotus, dan durian. Perayaan Melaka - Di Melaka, Malaysia, ada perayaan khusus yang disebut "Perayaan Melaka," di mana masyarakat Peranakan merayakan budaya dan warisan mereka. Ini termasuk pawai, pertunjukan seni, dan peragaan busana tradisional. Perayaan Kelahiran dan Pertunangan - Selain pernikahan, kelahiran dan pertunangan juga merayakan dengan upacara khusus dalam budaya Peranakan. Mereka memiliki tradisi unik dalam memberi nama dan memberikan hadiah kepada bayi yang baru lahir. Perayaan dan upacara dalam budaya Baba-Nyonya mencerminkan kekayaan tradisional dan keberagaman budaya yang terjalin dalam komunitas ini. Ini juga mencerminkan perpaduan elemen-elemen Tionghoa, Melayu, dan Indonesia dalam warisan budaya mereka. Pendidikan dan Kesadaran Budaya: Banyak organisasi dan lembaga yang berusaha mempromosikan kesadaran budaya Baba-Nyonya dan melestarikan tradisi ini. Mereka mengadakan program pendidikan dan upaya-upaya untuk memastikan bahwa generasi muda memahami dan mewarisi budaya ini. 2. Adat kematian - Biasanya, masyarakat baba nyonya menyimpan mayat mangsa selama tiga, lima dan tujuh hari. Mayat tersebut boleh dibakar atau ditanam mengikut kemampuan ahli keluarga. Masyarakat baba nyonya percaya bahawa jika berlaku kematian, mereka mesti berkabung selama tiga tahun. Pada tahun pertama, mereka hanya akan memakai pakaian hitam dan putih manakala pada tahun kedua dan ketiga mereka akan memakai pakaian biru dan hijau. Masyarakat baba nyonya dilarang menyambut perkahwinan dan perayaan bagi keluarga terdekat sepanjang tempoh perkabungan. Ini adalah cara untuk menghormati mereka yang telah meninggal dunia.


MAKANAN Baba dan Nyonya dianggap sebagai keturunan kaum Cina yang unik kerana kedudukannya yang terhad di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu, terutamanya di negeri Melaka. Makanan Baba Nyonya, juga dikenal sebagai masakan Peranakan iaitu masakan yang berasal dari komunitis Peranakan di wilayah-wilayah seperti Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Masyarakat ini juga terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka. Makanan tradisi kaum Baba biasanya disajikan pada hari perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Lahir atau Majlis Perkahwinan. Makanan dan budaya Baba Nyonya masih digunakan, dan warisan mereka akan dikekalkan untuk meningkatkan kesedaran tentang kaum Peranakan. Makanan ini biasanya berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang menyukai masakan pedas Melayu. Masakan Baba dan Nyonya biasanya pedas dan banyak menggunakan cili. Masyarakat etnik ini menggunakan banyak cili dalam masakan mereka. Ini adalah satu identiti yang membezakan mereka daripada orang Baba Nyonya. Penggunaan belacan, bauh keras, asam, lengkuas, serai, dan acar adalah antara masakan nyonya yang mengambil inspirasi daripada masakan Melayu. Seterusnya, mereka mahir dalam membuat cendol, tapai pulut, dan minyak kelapa, serta dalam membuat kuih-muih Melayu seperti kaswi, dodol, wajik, tapai, bahulu, ondeonde, apam balik, dan kuih koci. Selain itu, kuih-muih Baba tradisional terdiri daripada tih kuey, juga dikenali sebagai kuih bakul, dan kuey-ku dengan bentuk kura-kura merah, biru, dan hitam. Di sinilah dihidangkan masakan dan kuih-muih tradisional Baba Nyonya. 1) Nasi Kunyit Nasi kunyit adalah hidangan khas milik Baba dan Nyonya. Nasi kunyit ialah beras pulut yang dimasak dengan santan dan kunyit. Nasi kunyit juga dikenali sebagai nasi pulut kuning atau nasi kuning yang dihidangkan dengan kari ayam dan rendang. Ia adalah hidangan tradisional dan penting dalam budaya Baba Nyonya. Semasa perayaan bulan pertama untuk bayi, telur rebus berwarna merah juga dihidangkan. Semasa perayaan ini, bayi yang berusia sebulan akan diperkenalkan secara rasmi kepada ahli keluarga dan saudara mara. Warna kuning nasi juga mewakili kekayaan dan royalti serta ia juga menandakan berakhirnya tempoh pantang atau kurungan ibu baru. 2) Acar Ikan Acar ikan nyonya juga dikenali sebagai "Acar Hu" adalah sejenis hidangan sampingan yang dibuat dengan ikan dan sayur-sayuran sebagai bahan utama. Acar ini mempunyai rasa masin dan manis serta pedas yang membuatkan seorang berasa lapar. Ia disediakan dalam kuantiti yang banyak dalam botol kaca jadi boleh menyimpan acar ini untuk masa yang lama. Masyarakat Baba dan Nyonya sangat terkenal dengan hidangan ini. Ia biasanya dijual dalam jumlah yang banyak dan disimpan dalam botol kaca, di mana ia boleh disimpan untuk masa yang lama. Acar ini sesuai dengan nasi putih, tetapi sesetengah orang menikmatinya dengan nasi lemak. 3) Laksa Nyonya Laksa adalah merupakan hidangan berkuah pedas yang popular di kalangan masyarakat Peranakan di Asia Tenggara. Laksa Nyonya adalah hidangan peranakan paling unik kerana ia dibuat tanpa ikan, menggunakan air rebusan ayam bersama


daun kesum dan bunga kantan. Ia diperbuat daripada bihun atau mee gandum tebal yang dimakan dengan ikan, udang atau ayam dan disajikan dengan kuah pedas berasaskan kari. Masyarakat Peranakan di Melaka adalah keturunan puteri Cina yang bernikah dengan Sultan Melaka pada abad ke-15. Mereka mengekalkan budaya Baba Nyonya dengan adat dan resipi mereka sendiri. Oleh itu, gabungan dua budaya membentuk hidangan laksa Nyonya ini. 4) Itik Tim Itik tim adalah hidangan sup yang terdiri daripada itik, sawi, tomato, cendawan cina, kubis, cili, dan buah pala. Ia merupakan hidangan wajib semasa menyambut hari perayaan. Ini kerana ia adalah makanan tradisional yang masih dimakan hingga hari ini. Itik perlu direndam dan direbus terlebih dahulu sehari sebelumnya kerana ramuan rahsia hidangan ini. Proses ini dilakukan untuk mendapatkan rasa atau hasil yang lebih baik. Itik akan mempunyai rasa yang lebih baik jika direndam lebih lama. 5) Kuih Ang Ku Kuih Ang Ku ini merupakan salah satu kuih tradisional Baba Nyonya. Kuih Ang Ku atau ‘Red Tortoise Cake’ adalah sejenis kuih tradisional kaum Cina popular yang diwarisi secara turun-temurun oleh kaum Baba dan Nyonya. Ia berbentuk bujur dan bulat kecil dengan tepung beras di sekelilingnya. Kuih ini agak melekit dan manis kerana ia diperbuat daripada tepung pulut yang dicampur dengan kacang merah, kacang hijau, kelapa dan bahan lain yang suka. Tradisi makan kuih Ang Ku termasuk kura-kura masih dilakukan terutamanya pada majlis penting. Orang percaya bahawa kuih ini memanjangkan usia orang yang memakannya. Reka bentuk yang menyerupai kura—kura ini kerana orang China percaya bahawa memakan kura memanjangkan umur. Ia dikatakan juga boleh membawa kebahagiaan dan kemakmuran. 6) Kuih Chang Zongzi ialah nama lain untuk kuih chang yang biasa dimakan oleh Baba dan Nyonya. Ia diperbuat daripada beras pulut yang dicampur dengan bahan lain seperti ayam, sos tiram, kicap pekar, kicap cair, rempah, minyak bijan, bawang, kekacang dan banyak lagi. Kuih ini dibungkus dengan daun buluh, teratai, jagung atau pandan. Bentuknya segi tiga. Ia dimasak dengan cara mengukus dalam air yang mendidih. Semasa Festival Duanwu, juga dikenali sebagai Festival Bot Naga, yang berlangsung pada pad ahari kelima bulan kelima kalendar lunar, kuih chang ini biasanya dimakan. Ia berlangsung dari akhir Mei hingga pertengahan Jun. Makanan Baba Nyonya juga dikenali sebagai masakan Peranakan dikaitkan dengan nilai sejarah dan budaya komuniti Peranakan di Malaysia, Singapura, dan beberapa kawasan Indonesia. Komunitas Baba dan Nyonya adalah keturunan Tionghoa yang menikahi orang Melayu atau penduduk asli kawasan itu dan masakan ini mencerminkan nilai-nilai dan identiti budaya yang unik mereka. Nilai pertama adalah Multikulturalisme. Makanan Baba Nyonya menggabungkan elemen budaya Tionghoa, Melayu dan tempatan yang menunjukkan semangat multikulturalisme. Ini menunjukkan bahawa mereka menghargai keragaman budaya dalam hidangan mereka. Seterusnya, nilai pengetahuan dan keterampilan. Pengetahuan dan keterampilan khusus dalam memilih bahan dan memasaknya diperlukan untuk persiapan makanan ternak. Ini menunjukkan betapa pentingnya untuk mengekalkan pengetahuan dan keterampilan tradisional dalam masyarakat baba nyonya. Selain itu, Kebijaksanaan dalam Penggunaan Sumber Daya.


Banyak resepi masyarakat baba nyonya menggunakan bahan-bahan yang tersedia secara lokal dan mencerminkan kebijaksanaan dalam penggunaan sumber daya alam walaupun makanan peranakan mempunyai banyak rasa.


Click to View FlipBook Version