216 PENGENDALIAN HASIL TANAMAN MODUL5 PENGENALAN Pengendalian hasil tanaman merupakan aktiviti terpenting pada peringkat akhir penanaman di ladang yang perlu dipatuhi untuk mengekalkan kesegaran hasil tanaman bagi menjamin kuantiti dan kualiti hasil yang maksimum. Modul ini memberi pendedahan kepada murid tentang pengetahuan dan kemahiran melakukan kerja amali penuaian, pengendalian hasil lepas tuai, pemasaran dan perekodan hasil jualan yang sesuai untuk tanaman makanan. Pengendalian hasil tanaman perlu dilakukan dengan cermat bagi mengelakkan kecederaan mekanikal yang boleh memberi kesan lebam, calar atau pecah. Pengendalian awal yang dilakukan di ladang dapat mengurangkan kadar kerosakan hasil tanaman pada peringkat pengendalian yang seterusnya. Pengendalian hasil tanaman merangkumi aktiviti penuaian, pengumpulan, pembersihan, penggredan, penimbangan, pembungkusan, penyimpanan dan pemasaran hasil tanaman.
217 5.1 Penuaian dan Pengendalian Hasil Lepas Tuai 5.2 Pemasaran dan Perekodan Hasil Jualan STANDARD KANDUNGAN TANDARD KANDUNGAN KATA KUNCI • Penuaian • Indeks kematangan • Penggredan • Pembungkusan • Pemasaran • Rekod jualan • Rekod belanjawan
218 5 Modul 5.1 PENUAIAN DAN PENGENDALIAN HASIL LEPAS TUAI Penuaian Penuaian hasil merupakan aktiviti memotong, memetik, mencabut dan menggali setelah hasil mencapai peringkat kematangan yang dikehendaki. Penuaian hasil boleh dilakukan menggunakan tangan atau alatan. Alatan yang digunakan termasuklah mesin penggegar dan galah berperangkap jaring. Buah dan sayur untuk pasaran segar dipetik menggunakan tangan bagi mengelakkan kerosakan. 5.1.1 Menyatakan kaedah yang sesuai dan kepentingan menuai hasil tanaman. Standard Pembelajaran Kaedah Penuaian Sayur-sayuran Memotong Mencabut Memetik Menggali Alatan: pisau, sekateur, sabit Jenis tanaman: bendi, petola, timun, labu Menggunakan tangan Jenis tanaman: kacang panjang, kacang buncis, cili, tomato Menggunakan tangan Jenis tanaman berdaun: sawi, bayam, kangkung Jenis tanaman umbisi: lobak, ubi kayu Alatan: cangkul, serampang tangan, penggali Jenis tanaman: keledek, keladi, sengkuang, ubi kayu Kaedah Penuaian Buah-buahan Memotong Alatan: sekateur, parang, gergaji dan pemangkas bergalah Jenis tanaman: pisang, buah naga, tembikai Memetik Menggunakan tangan Jenis tanaman: betik, limau
219 5 Modul Kepentingan Menuai Hasil Tanaman Aktiviti penuaian dilakukan apabila tanaman telah mencapai tahap kematangan yang dikehendaki. Penuaian dan pengendalian hasil tuai adalah aktiviti utama yang perlu dilakukan mengikut prosedur bagi mengekalkan kesegaran hasil tanaman. Biasanya penuaian hasil dilakukan pada waktu pagi untuk mengekalkan kesegaran buah dan terus diagihkan kepada pemborong. Berikut merupakan kepentingan menuai hasil tanaman. Aktiviti ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan pascatuai. Sebelum Menuai • Tentukan kaedah penuaian yang akan digunakan. • Kenal pasti indeks kematangan hasil tanaman yang diusahakan. • Pastikan tanaman sayur-sayuran tidak disembur racun perosak dua minggu sebelum masa menuai. Pascatuai • Pengendalian pascatuai tanaman sayur-sayuran bermula dari peringkat hasil tanaman dituai sehingga dipasarkan. • Pengendalian pascatuai merujuk kepada kerja-kerja mengumpul, membersih, menggred, menimbang, membungkus, menyimpan dan memasarkan hasil. Semasa Menuai • Masa penuaian yang sesuai bagi sayur bergantung kepada cuaca, iaitu di awal pagi atau lewat petang. • Kerja-kerja penuaian hendaklah dilakukan dengan teliti bagi menjamin kualiti hasil supaya tidak mengalami kecederaan. • Hasil tuaian diisi ke dalam bekas yang sesuai dan bersih. • Bekas tuaian hendaklah dialas dengan pelapik seperti guni, surat khabar, pelepah kelapa, daun pisang dan sebagainya supaya hasil tidak rosak. Mengekalkan kualiti hasil tanaman. Pendapatan hasil ladang. Memenuhi permintaan pasaran. Kestabilan harga pasaran. Kepentingan Menuai Hasil Tanaman
220 5 Modul Kaedah Menentukan Kematangan Hasil Tanaman Fizikal Kimia Fisiologi Indeks Kematangan Hasil Tanaman Indeks kematangan merujuk kepada parameter yang digunakan dalam membuat anggaran peringkat kematangan yang sesuai bagi penuaian sesuatu tanaman. Penentuan indeks kematangan tanaman yang sesuai adalah penting kerana dapat mempengaruhi mutu hasil tuai dan ketahanan semasa penyimpanan. Indeks kematangan tanaman adalah berbeza mengikut jenis tanaman dan spesies. Terdapat tiga kaedah dalam menentukan kematangan sesuatu tanaman. Info Tidak semua kaedah fizikal, kimia dan fisiologi sesuai untuk semua jenis sayur-sayuran dan buah-buahan, kadangkala gabungan antara kaedah-kaedah tersebut diperlukan. Fizikal Melalui penglihatan, iaitu dengan melihat warna kulit, saiz, bentuk dan daun sebelah luar yang menjadi kering. Senang dileraikan, melalui tekstur, bau, rasa masam dan pahit serta berbunyi apabila dijentik. Kimia Melalui ujian keasidan, menganalisis kandungan gula (glukosa), kandungan kanji dan menguji pH. Fisiologi Melakukan pengiraan, iaitu bilangan hari atau bulan selepas pokok mula berbunga atau dipindahkan ke kawasan tanaman. Kepentingan Indeks Kematangan Hasil Menentukan kesesuaian masa penuaian. Menentukan strategi pemasaran. Pengurusan buruh dan sumber yang cekap. Boleh merancang dengan tepat pengeluaran dan pengendalian hasil. Mengelakkan hasil yang belum matang atau terlalu masak. Boleh merancang pengeluaran hasil tanaman. Dapat mengasingkan hasil tanaman mengikut kegunaan pasaran tempatan atau eksport. Sebagai asas pengelasan. 5.1.2 Menerangkan indeks kematangan hasil tanaman. Standard Pembelajaran
221 5 Modul Indeks Kematangan Tanaman Sayur-sayuran Indeks kematangan bagi kebanyakan sayur buah dan sayur daun adalah berdasarkan saiz, warna dan tekstur. Jangka waktu (umur) tanaman dikira mengikut bilangan hari bermula dari tarikh ditanam atau dipindahkan ke ladang. Tempoh Matang Tanaman Sayuran Jadual 5.1 Sayuran jenis daun Sayur Masa matang selepas ditanam Bayam Brokoli Kailan Kangkung Kubis bulat Kubis bunga Kubis cina Sawi 4 minggu 8 minggu 6 minggu 3 – 4 minggu 6 – 8 minggu 8 minggu 8 minggu 4 minggu Jadual 5.2 Sayuran jenis buah Sayur Masa matang selepas ditanam Bendi Cili Terung Timun Tomato 8 minggu 10 minggu 14 minggu 4 – 6 minggu 6 – 9 minggu Jadual 5.3 Sayuran jenis kekacang Sayur Masa matang selepas ditanam Kacang buncis Kacang manis Kacang panjang 5 minggu 5 minggu 6 – 8 minggu Jadual 5.4 Sayuran jenis akar atau umbisi Sayur Masa matang selepas ditanam Sengkuang Keledek 20 – 24 minggu 17 – 18 minggu Info Pengelasan saiz bagi kacang panjang ditentukan berdasarkan kepanjangan dalam unit sentimeter (cm) seperti jadual berikut: Saiz Kod Panjang (cm) Panjang L > 50 Sedang M 35 – 50 Pendek S < 35 Layari laman sesawang http:// arasmega.com/qr-link/indekskematangan-sayur-sayuranfama/ untuk melihat indeks kematangan sayur-sayuran yang dikeluarkan oleh FAMA. Kod QR Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada Portal Rasmi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
222 5 Modul 1 3 5 2 4 6 Indeks Kematangan Tomato Tidak matang. Tomato berwarna hijau dan tidak berkilat. Matang. Tomato berwarna hijau dan berkilat. Pecah warna. Lebih daripada separuh permukaan buah berwarna hijau dengan sedikit warna kuning atau jingga atau merah. Masak. Lebih daripada separuh permukaan buah berwarna kuning atau jingga atau merah dengan sedikit warna hijau. Masak sepenuhnya. Permukaan buah berwarna merah atau jingga sepenuhnya dengan tekstur masih pejal. Terlalu masak. Permukaan buah berwarna merah atau jingga gelap sepenuhnya dengan tekstur yang lembut. Rajah 5.1 Indeks kematangan tomato Rajah 5.1 Menunjukkan contoh indeks kematangan tomato berdasarkan kepada darjah perubahan warna. Sumber: http://www.fama.gov.my Kualiti Tomato Berpandukan Malaysian Standard MS 893:2010
223 5 Modul 1 3 5 2 4 6 Indeks Kematangan Pisang Hijau tua keseluruhan. Buah belum matang untuk dituai. Hijau dengan sedikit kuning. Buah matang. Sudah sesuai dituai untuk penghantaran jauh menggunakan kapal laut. Lebih kuning daripada hijau. Buah hampir masak. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan. Kuning dengan sedikit hijau pada hujung buah. Buah masak hanyak sesuai untuk pasaran tempatan. Kuning keseluruhan. Buah masak. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan. Peringkat terbaik untuk dimakan segar. Kuning oren. Buah terlalu masak. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan dan jangka hayat amat singkat. Sumber: http://www.fama.gov.my Siri Panduan Kualiti Pisang Indeks Kematangan Tanaman Buah-buahan Indeks kematangan tanaman buah-buahan merupakan asas penting dalam mengasingkan hasil tanaman mengikut kegunaan tertentu seperti untuk dimakan segar, diproses atau untuk pasaran tempatan dan eksport. Kriteria ini digunakan dalam membentuk piawaian gred bagi sesuatu komoditi. Tarikh pada bungkusan atau balutan buah di pokok dijadikan rujukan untuk menentukan tarikh pungutan dan tuaian hasil. Indeks kematangan tanaman buah-buahan boleh ditentukan melalui indeks fisiologi dan fizikal, iaitu melalui perubahan warna dan sifat fizikal buah tersebut. Rajah 5.2 menunjukkan indeks kematangan buah pisang dengan merujuk kepada darjah perubahan warna. Rajah 5.2 Indeks kematangan pisang
224 5 Modul Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Bincang dalam kumpulan ciri-ciri kematangan bagi buah pisang, nanas, betik dan buah naga. Bentangkan dalam kelas menggunakan peta i-Think yang menarik. PAK Rajah 5.3 Ciri-ciri kematangan tembikai melalui sifat fizikal Warna kulit buah yang bersentuhan dengan tanah kekuningan. Urat pada jalur memecah dan berwarna pudar. Kulit buah kurang berkilat dan kelihatan pudar. Sulur paut dan daun menjadi kering. Buah kedengaran tidak padat apabila diketuk.
225 5 Modul Bahan dan Peralatan untuk Menuai dan Mengendalikan Hasil Tuaian Bahan dan peralatan untuk menuai dan pengendalian lepas tuai perlu disediakan mengikut jenis hasil tanaman, kaedah penuaian dan pengurusan lepas tuai. Pemilihan alatan yang sesuai penting untuk memastikan hasil tanaman dapat dituai sepenuhnya dan dapat mengekalkan kualiti untuk dipasarkan. 5.1.3 Menyediakan bahan dan peralatan untuk menuai dan mengendalikan hasil tuaian. Standard Pembelajaran Bahan Diletakkan di dalam bakul atau kereta sorong bagi mengelakkan kecederaan pada hasil tuaian. Bahan dan Peralatan untuk Menuai Alatan Menuai Mengikut Kaedah Penuaian Memotong Pisau, sekateur, sabit, parang, gergaji dan pemangkas bergalah Sarung tangan, serampang tangan Menggunakan tangan Cangkul, serampang tangan, penggali Mencabut Memetik Menggali
226 5 Modul Tip Keselamatan Semasa memungut hasil tanaman, murid perlu sentiasa memakai sarung tangan dan mengutamakan keselamatan. Pastikan menggunakan pisau yang tajam semasa memungut hasil kerana pisau yang tajam memudahkan proses tuaian berbanding pisau yang tumpul. Memotong hasil buah-buahan dari pokok yang tinggi. Contoh: rambutan, longan, mata kucing Melindungi tangan daripada tercedera semasa menuai. Memotong tangkai hasil tanaman. Contoh: labu, koko Memotong tangkai hasil tanaman. Memotong tangkai hasil tanaman. Contoh: bendi, peria, petola Memanjat dan menuai hasil dari pokok buah-buahan yang tinggi. Contoh: mangga, limau, manggis Memindahkan hasil tuaian ke tempat pengumpulan. Alatan Tempat mengumpulkan hasil tuaian. Tempat mengumpulkan hasil tuaian.
227 5 Modul Membasuh dan mengekalkan kesegaran dan kelembapan hasil tanaman. Menimbang jumlah hasil kutipan tanaman. Membungkus hasil tanaman bagi pasaran runcit. Membersihkan hasil tanaman. Membungkus hasil tanaman secara pukal. Memotong tangkai hasil berlebihan. Mengupas, menyisir, memotong tangkai hasil tanaman. Membungkus hasil tanaman untuk dieksport. Membersihkan hasil tanaman. Bahan dan Peralatan Pengendalian Hasil Tuaian Bahan Alatan
228 5 Modul Pascatuai Pengendalian pascatuai bermaksud pergerakan hasil tuaian pada peringkat selepas penuaian hingga ke peringkat pengguna. Pengendalian ini melibatkan operasi selepas penuaian, pengendalian di ladang, penggredan, rawatan hasil, pembungkusan dan pemasaran. • Hasil tuaian dikumpul di satu tempat yang teduh dan selamat. Biasanya di dalam bangsal untuk proses pembersihan hasil. • Pengangkutan hasil tuaian ke tempat pengumpulan hasil boleh menggunakan kereta sorong, lori atau traktor yang sesuai. • Buah-buahan yang dipetik, dikumpul di dalam bakul atau bekas yang sesuai serta dialas dengan span, kertas atau kain pelapik bagi mengelak daripada kecederaan secara mekanikal seperti hentakan, himpitan dan gegaran. • Hasil dibersihkan daripada bahan cemar atau membuang bahagian-bahagian yang tidak dikehendaki. • Pembersihan boleh dilakukan secara basah atau kering. • Hasil tanaman diasingkan mengikut tahap kualiti agar mudah dipasarkan. • Penggredan dilakukan berdasarkan warna, saiz, berat, rupa bentuk dan kebersihan. • Melibatkan kerja-kerja pembersihan, rawatan hasil seperti rawatan air sejuk, air panas dan rawatan racun kulat mengikut keperluan jenis hasil tuaian. • Proses pengeringan menggunakan kipas atau alat pengering juga dilakukan mengikut jenis hasil tuaian. • Pembungkusan yang baik dapat mengekalkan kesegaran hasil, menarik perhatian pelanggan, menawarkan hasil tuaian pada harga yang lebih tinggi, memelihara kualiti hasil dan memudahkan penghantaran. • Memasarkan hasil sama ada terus kepada pengguna atau melalui pemborong dan peruncit. Pengumpulan Pembersihan Penggredan Rawatan Pembungkusan Pelabelan Pemasaran • Pelabelan bertujuan memberi keterangan ringkas mengenai produk yang dihasilkan. • Label yang dilekatkan pada buah dan sayuran mempunyai kod yang berbeza. • Kod empat digit yang bermula dengan angka 4 bermaksud pokok buah tersebut ditanam secara konvensional menggunakan baja dan racun. • Kod lima digit yang bermula dengan angka 8 bermaksud pokok ditanam menggunakan benih yang telah diubah suai genetiknya. • Kod lima digit yang bermula dengan angka 9 bermaksud pokok ditanam secara organik tanpa menggunakan racun atau baja kimia dan selamat untuk kesihatan.
229 5 Modul Kerja Membersih, Menggred dan Menimbang Hasil Tuaian Kerja-kerja membersih, menggred dan menimbang hasil tuaian merupakan sebahagian aktiviti yang perlu dilakukan selepas menuai hasil tanaman. 1. Membersih hasil tuaian Kepentingan membersih hasil tuaian tanaman adalah untuk membuang sisa kotoran ladang seperti tanah, sisa kimia, lelehan dan sisa bahan organik lain. Selain itu, aktiviti ini dapat mengelakkan jangkitan atau sebaran virus antara hasil pokok yang dikumpulkan dan mengasingkan bahagian hasil yang rosak serta cacat agar dapat menjamin mutu hasil tanaman. Membersihkan hasil tuaian sayur-sayuran menggunakan sumber air bersih. Membersihkan hasil tuaian kentang menggunakan berus. Membersihkan hasil tuaian secara kering menggunakan kain. 5.1.4 Melakukan kerja membersih, menggred dan menimbang hasil tuaian. Standard Pembelajaran Proses Membersih Hasil Tuaian 1 Potong tangkai, akar dan daun yang tidak diperlukan. 2 Buang kekotoran yang ada pada hasil tanaman. 3 Basuh hasil tanaman dengan menggunakan air. 4 Bersihkan dengan berus lembut jika perlu. 5 Bilas hasil tanaman dengan menyiram air bersih. 6 Tuskan hasil tanaman. Bahan dan Peralatan Membersih
230 5 Modul 2. Menggred hasil tuaian Penggredan tanaman sayur-sayuran bermaksud mengelaskan produk mengikut tahap kualiti berdasarkan spesifikasi piawaian gred yang ditetapkan agar lebih seragam dan mudah dipasarkan. Terdapat tiga spesifikasi piawaian gred yang ditetapkan, iaitu gred premium, 1 dan 2 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.5. Lazimnya penggredan hasil tanaman dilakukan berdasarkan berat, saiz, rupa bentuk dan kebersihan. Kerja-kerja penggredan boleh dilakukan secara manual menggunakan tenaga manusia dan juga menggunakan mesin atau komputer. Gred Premium • Sayur dan buah yang bebas daripada kecacatan dan kerosakan fizikal. Gred 1 • Sayur dan buah yang agak bebas daripada kecacatan dan kerosakan fizikal. • Tahap kelonggaran (tolerance) dalam kecacatan dan kerosakan adalah dalam lingkungan 3% – 5% sahaja. Gred 2 • Sayur dan buah yang agak bebas daripada kecacatan dan kerosakan fizikal. • Tahap kelonggaran (tolerance) dalam kecacatan dan kerosakan fizikal adalah dalam lingkungan 6% – 10% sahaja. Sumber: Portal Rasmi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Tahukah Anda Pengelasan dan penggredan keluaran pertanian oleh FAMA adalah berpadukan spesifikasi gred Malaysian Standard (MS). EMK Dengan menggunakan enjin pencarian yang sesuai, taip kata carian spesifikasi gred dan piawaian untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan penggredan bagi setiap jenis buah dan sayur yang dikeluarkan oleh FAMA. Tujuan Penggredan Meningkatkan kecekapan pemasaran melalui kaedah pemasaran yang betul. Meningkatkan disiplin dalam urus niaga untuk memastikan hasil yang dijual kepada pengguna adalah berkualiti. Memenuhi cita rasa dan kehendak pengguna yang sentiasa berubah dan inginkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkualiti tinggi. Jadual 5.5 Pengelasan dan penggredan oleh FAMA Langkah-langkah Penggredan Hasil Tanaman Kutipan hasil tanaman. Pengasingan mengikut indeks kematangan. Pengasingan mengikut berat. Pengasingan hasil tanaman yang rosak. Pengasingan mengikut saiz. Pengasingan mengikut rupa bentuk.
231 5 Modul Alat penimbang spring Alat penimbang gantung Alat penimbang elektronik 150 kg Alat penimbang digital 3. Menimbang hasil tuaian Selepas melalui proses pembersihan dan penggredan, hasil tuaian perlu melalui proses penimbangan dan pembungkusan sebelum diedarkan untuk dijual. Hasil tuaian ditimbang menggunakan alat penimbang yang sesuai mengikut jenis dan berat tuaian hasil. EMK Usahawan tani yang bertanggungjawab akan memastikan hasil tanaman yang dihasilkan selamat dan tidak memudaratkan manusia dengan cara memaksimumkan penggunaan racun perosak organik dan meminimumkan penggunaan racun perosak kimia. Alat Penimbang Hasil Tuaian
232 5 Modul Kerja Pembungkusan Hasil Tuaian Pembungkusan dapat memastikan penghantaran, penyimpanan dan penjualan hasil tuaian kepada pengguna dalam keadaan selamat. Bekas pembungkusan dipilih berdasarkan jenis tanaman, kekuatan mekanikal, muatan, pengudaraan, jarak pengangkutan dan jenis pasaran. Di samping pemilihan bahan pembungkus yang sesuai, pengendalian yang cermat amat diperlukan pada setiap peringkat pengendalian untuk menjamin mutu hasil yang tinggi di pasaran. Tahukah Anda Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan yang dikenali sebagai 3P (Penggredan, Pembungkusan, dan Pelabelan keluaran pertanian) telah digubal berdasarkan Seksyen 3(2) (c) Akta 141 yang menjelaskan kuasa FAMA. Pembungkusan Sayur-sayuran • Pembungkusan sayur-sayuran dibuat mengikut jenis sayuran, seperti sayur daun, buah, ubi dan kekacang. • Untuk sayur daun dibungkus dengan kertas pembungkus atau menggunakan pita pengikat. • Untuk sayur jenis buah dan ubi pula lebih mirip dengan pembungkusan buah-buahan atau pembungkusan secara pukal menggunakan guni jut. Pembungkusan Buah-buahan • Pembungkusan buah menggunakan bahan seperti plastik, kertas pembalut dan jaring poliuretana. • Semasa aktiviti pemasaran, kotak merupakan kaedah pembungkusan yang terbaik untuk memelihara mutu buah daripada rosak semasa penghantaran. • Untuk pasaran eksport, setiap biji buah dibungkus dengan menggunakan jaring styrofom sebelum disusun dalam kotak beralur CFB. Setiap kotak beralur CFB mengandungi 24 kotak primer yang boleh diisi buah yang dibungkus dengan jaring styrofom. 5.1.5 Melaksanakan kerja pembungkusan hasil tuaian mengikut prosedur yang betul. Standard Pembelajaran Jenis Pembungkus Hasil Tanaman Buah-buahan dan Sayur-sayuran Jaring styrofom Jaring styrofom bertindak sebagai kusyen dan dapat mengurangkan kecederaan semasa pengangkutan. Kertas tisu Kertas tisu digunakan untuk mengelak kecederaan buah akibat pergeseran.
233 5 Modul Bekas plastik polietilena (PE) Sesuai untuk hasil tuaian yang bersaiz kecil, bertekstur lembut dan berbentuk bulat. Kapasiti yang kecil dan jangka masa ke pasaran yang singkat. Contoh: Tomato dan strawberi. Kotak kayu Sesuai bagi hasil tuaian yang bertekstur keras, saiz besar dan berat. Contoh: Markisa, delima dan nangka. Kotak kertas Sesuai untuk menyusun hasil tuaian yang bersaiz kecil mahupun besar, bertekstur lembut dan keras. Bagi yang bertekstur lembut, hasil tuaian perlu dibungkus dahulu dalam plastik polietilena (PE) sebelum disusun di dalam kotak. Contoh: Betik, limau dan jambu batu. Plastik filem regang jenis polimer klorida (PVC) Digunakan untuk pembungkusan buah-buahan dan sayur-sayuran segar untuk mengekalkan mutu. Plastik filem mampu mencegah kehilangan kelembapan dan mengekalkan kesegaran hasil tanaman. Beg plastik Plastik digunakan dengan meluas dalam pembungkusan kerana murah, ringan dan mudah didapati. Jaring poliuretana Jaring poliuretana sesuai digunakan untuk pembungkusan bawang merah, bawang putih dan kentang. Pembungkusan ini mampu mengekalkan kesegaran hasil tanaman.
234 5 Modul Pita pengikat Pita pengikat digunakan untuk mengikat hasil tanaman sayur-sayuran secara runcit. Sesuai untuk pemasaran tempatan. Surat khabar Kertas mempunyai ketelapan yang tinggi terhadap wap air, mudah koyak dan hilang kekuatan mekanikal apabila basah. Sering digunakan untuk sayuran berdaun dan pembungkusan runcit. Melabelkan Maklumat Hasil Tuaian Tanaman Label maklumat hasil tuaian biasanya dibuat setelah hasil tersebut disusun dan disimpan ke dalam bekas. Tujuan melabel adalah untuk memberikan maklumat hasil tanaman seperti: Bincang dan cadang satu bahan pembungkus yang tahan lama dan selamat untuk manusia serta alam sekitar bagi mengurangkan penggunaan bahan pembungkusan berasaskan plastik. EMK Plastik mengambil masa yang lama untuk terurai secara semula jadi. Penggunaan beg plastik yang tidak terkawal boleh menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar. Pencemaran plastik menjejaskan fisiologi kehidupan marin dan kelestarian alam sekitar. Contoh label pada hasil tuaian tanaman 1 2 3 4 5 6 Jenis hasil Berat bersih Tempat penanaman hasil Tarikh luput hasil Kandungan nutrien Kepelbagaian hasil
235 5 Modul Aktiviti Tajuk Pengendalian Hasil Tuaian Objektif • Menuai hasil tanaman menggunakan teknik dan peralatan yang betul. • Membersih, menggred dan menimbang hasil tuaian. • Membungkus hasil tuaian mengikut prosedur yang betul. Alatan dan bahan Alat penimbang, pisau, sekateur, bekas tuaian, beg plastik, surat khabar, tali rafia, pita pengikat dan sarung tangan. Pastikan indeks kematangan tanaman sebelum dituai. Bersihkan hasil tuaian daripada kotoran menggunakan sumber air bersih. Langkah-langkah: Gunakan kaedah menuai yang betul mengikut jenis tanaman. Bagi tanaman di atas dicabut menggunakan tangan. Gunakan sarung tangan ketika melakukan aktiviti menuai. Asingkan hasil tuaian tanaman mengikut gred. Kumpulkan hasil tuaian dalam bekas tuaian. Timbang dan bungkus hasil tuaian mengikut prosedur yang betul. 3 6 2 5 1 4 Tip Keselamatan Semasa menjalankan aktiviti pengendalian hasil tuaian, pastikan murid-murid menggunakan sarung tangan dan sentiasa berhati-hati ketika menggunakan alatan tajam.
236 5 Modul Kaedah Promosi Pengiklanan Jualan langsung Promosi jualan Publisiti 5.2 PEMASARAN DAN PEREKODAN HASIL JUALAN Promosi Hasil Tanaman Pemasaran hasil tanaman merupakan kegiatan menyalurkan produk daripada pengeluar kepada pengguna. Pemasaran hasil tanaman boleh dilakukan secara terus kepada pengguna atau melalui ejen, pemborong dan peruncit. Kegiatan pemasaran bermula daripada peringkat mengumpul, memproses, membungkus, mengiklan, mempromosi dan menjual. Promosi merupakan strategi komunikasi antara peniaga dengan pengguna. Strategi yang digunakan dalam mempromosikan hasil tanaman adalah melalui pengiklanan, mengadakan promosi jualan, jualan perseorangan, melalui publisiti dan pemasaran langsung. Secara amnya, tujuan promosi adalah untuk memberitahu, mengingatkan dan memujuk pengguna untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan. Antara peranan promosi adalah untuk: Info Pengiklanan digital adalah satu cara mempromosikan produk melalui pelbagai saluran media sosial. Terdapat dua cara untuk melakukannya, iaitu: (1) Secara percuma dan perlu dilakukan dengan mengumpul seberapa banyak pengikut (followers). (2) Secara iklan berbayar per klik sama ada di Facebook, Google, Instagram atau Twitter untuk mengiklankan produk atau barangan. Tahukah Anda Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau Malaysia Agricuture, Horticulture and Agrotourism International Show (MAHA) merupakan sebuah pameran pertanian yang diadakan dua tahun sekali di Malaysia. Pameran ini diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS). Tujuan utama MAHA adalah untuk memberi tumpuan kepada sektor pertanian dalam menjana ekonomi negara dan menganjurkan pameranpameran pertanian. • Menyampaikan maklumat kepada pengguna. • Mewujudkan pasaran baharu. • Mengekalkan pasaran sedia ada. • Meluaskan pasaran. • Memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membeli. • Memantapkan imej barang dan syarikat pengeluar. • Mengatasi pesaing-pesaing dari dalam dan luar negara. 5.2.1 Menjana idea cara mempromosi yang berkesan hasil tanaman kepada pelanggan. Standard Pembelajaran Rajah 5.4 Kaedah promosi
237 5 Modul Aktiviti Tajuk Promosi Hasil Tanaman Objektif Mereka bentuk iklan pemasaran untuk mempromosi hasil tanaman. Arahan 1. Bentuk satu kumpulan terdiri daripada empat orang murid. 2. Hasilkan satu poster iklan untuk mempromosikan produk hasil pertanian anda. 3. Gunakan daya kreativiti anda untuk menghasilkan iklan yang berkesan dan menarik. 4. Perkara-perkara berikut perlu ada di dalam iklan anda. • Nama syarikat • Logo syarikat • Produk • Lokasi • Nombor telefon • E-mel atau laman sesawang • Harga • Slogan kreatif • Nilai diskaun Aktiviti pemasaran dengan cara mempromosi produk-produk hasil tanaman secara berkesan dapat menarik minat pembeli untuk membeli hasil tanaman yang ditawarkan oleh pengeluar. Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu ada untuk mempromosi hasil tanaman secara berkesan. EMK Media elektronik digunakan sebagai medium untuk mengiklankan sesuatu produk. Saluran media seperti telefon pintar dan Internet memudahkan penyampaian pengiklanan secara pantas dan global khususnya melalui media-media sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram dan sebagainya. Dunia di hujung jari memudahkan pergerakan dan penyebaran maklumat dengan lebih efisien. Rajah 5.5 Promosi melalui pengiklanan Promosi Melalui Pengiklanan Nama syarikat Logo syarikat Nombor telefon untuk dihubungi atau faksimili Alamat e-mel atau laman sesawang Harga Slogan yang menarik dan kreatif Produk Lokasi Nilai diskaun
238 5 Modul 5.2.2 Melaksanakan aktiviti pemasaran hasil tanaman. Standard Pembelajaran Pemasaran Hasil Tanaman Pemasaran hasil tanaman merupakan kegiatan menyalurkan produk daripada pengeluar kepada pengguna. Pemasaran hasil pertanian dilakukan dengan pelbagai cara dan saluran. Berikut merupakan empat strategi pemasaran yang dapat dikenal pasti. Aktiviti Pemasaran Hasil Tanaman Pemasaran hasil pertanian melibatkan aktiviti seperti penjualan, pengurusan kewangan dan pengangkutan. Aktiviti Pemasaran Hasil Tanaman Penjualan Menjual sendiri Peraih di ladang Pemborong pasar awam Pemborong pasar tani Pengurusan kewangan Pengangkutan Rajah 5.6 Carta aktiviti pemasaran hasil tanaman Produk Agihan/ Lokasi Harga Promosi Kenal pasti produk yang boleh menarik perhatian pelanggan dari segi warna, saiz, reka bentuk dan sebagainya. Kenal pasti lokasi terbaik untuk menjual produk supaya mudah dibeli oleh pelanggan. Kenal pasti harga yang berpatutan. Kenal pasti strategi untuk mempromosikan produk keluaran.
239 5 Modul (a) Penjualan Penjualan merupakan suatu proses menjual produk kepada pengedar atau pembeli akhir. Bagi pengeluaran pertanian, boleh dilakukan melalui peraih, iaitu orang tengah di ladang, menjual sendiri, melalui pemborong pasar tani atau pemborong pasar awam. (b) Pengurusan Kewangan Pengurusan kewangan yang baik mampu mengukuhkan kedudukan kewangan dan seterusnya membantu pengusaha meningkatkan bidang usaha tani. Sumber kewangan dapat diperoleh melalui modal sendiri, secara perkongsian dengan rakan atau melalui pinjaman daripada agensi-agensi tertentu. Contohnya, pinjaman pertanian melalui skim pinjaman yang disediakan oleh pihak Agrobank. Pengusaha perlu menyediakan perancangan belanjawan bidang usahanya mengikut sumber kewangan dan kemampuan yang ada. Pengurusan kewangan yang cekap akan meningkatkan keuntungan dan jangka hayat bidang yang diusahakan. (c) Pengangkutan Pengangkutan merupakan saluran pengedaran yang efisien dan diperlukan untuk mengangkut serta menghantar produk ke tempat pengeluaran seterusnya sampai kepada pengguna. Pengeluaran hasil pertanian boleh diangkut dengan beberapa cara, iaitu melalui udara, jalan raya, jalan kereta api atau jalan air. Pemilihan jenis pengangkutan perlu mengambil kira kos yang terlibat. Pengeluar harus bijak memilih jenis pengangkutan yang sesuai mengikut jenis keluaran dan keperluan pengguna. Peraih di ladang – terdapat peraih yang datang terus ke ladang untuk mendapatkan hasil pertanian. Jualan cara ini dapat menjimatkan kos pengangkutan dan buruh. Pemborong pasar tani – melalui pasar tani, pengeluar boleh berhubung terus dengan pelanggan. Pasar tani anjuran FAMA mempunyai banyak rangkaian di seluruh negara. Menjual sendiri – mempercepatkan pulangan hasil dan pusingan tunai kepada pengusaha. Pengusaha boleh menjual di gerai sendiri, membekalkan kepada peruncit berdekatan atau ke kilang-kilang. Pemborong pasar awam – kebanyakan pemborong di pasar awam mempunyai pembekal tetap. Untuk menjadi pembekal kepada pemborong di pasar awam, pengusaha perlu memastikan kuantiti bekalan mencukupi untuk menampung permintaan dalam kuantiti yang banyak dan sentiasa berterusan. Tahukah Anda Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menggubal dasar, strategi dan mengkaji perkaraperkara yang berkaitan dengan pembangunan perdagangan dalam negeri. Antara bidang tugas kementerian ini ialah mengawal selia penjualan, pengedaran, menentukan dan memantau harga barang.
240 5 Modul 5.2.3 Merekod jualan hasil tanaman dengan sistematik dan jujur. Standard Pembelajaran Rekod Jualan Hasil Tanaman Rekod jualan merupakan salah satu rekod kewangan yang perlu disediakan untuk merekod hasil jualan tanaman. Rekod ini bertujuan sebagai rujukan untuk menganalisis prestasi sesuatu bidang usaha tanaman. Rekod jualan menunjukkan aktiviti penjualan hasil ladang dengan mencatatkan tarikh jualan, jenis hasil daripada komoditi tanaman (mengikut jenis yang sesuai dijual) dan kuantiti yang dijual. Maklumat yang perlu ada dalam rekod jualan hasil tanaman adalah seperti yang berikut: Kaedah Merekod Manual Mengisi rekod jualan di dalam borang dan simpan borang di dalam fail. Sistem Mengguna sistem di dalam komputer seperti Microsoft Excel atau E-post. Tarikh Jenis hasil Kuantiti hasil tuai (kg) Kuantiti hasil dijual (kg) Harga sekilogram (RM) Jumlah jualan (RM) 2 / 8 / 2020 Bendi 100 100 8.00 800.00 3 / 8 / 2020 Timun 55 55 5.00 275.00 Jadual 5.6 Contoh rekod jualan EMK Sebagai peniaga perlulah mencatat segala rekod jualan dengan betul, tepat dan melakukan kerja jualan dengan jujur, amanah serta ikhlas. Tarikh Kuantiti jualan hasil tanaman Jenis hasil tanaman Harga jualan mengikut pasaran Kuantiti kutipan hasil tanaman Jumlah hasil jualan 1 4 2 5 3 6
241 5 Modul Aktiviti Tajuk Pemasaran dan Perekodan Hasil Jualan Objektif • Melaksanakan aktiviti pemasaran hasil tanaman. • Merekod jualan hasil tanaman dengan sistematik dan jujur. Alatan dan bahan Meja jualan, alas meja jualan, hasil tanaman, alat penimbang, bahan pembungkus, beg plastik, surat khabar, tali rafia, kalkulator, tanda harga, pen dan buku rekod jualan. Langkah-langkah: 1. Pastikan jenis dan kuantiti hasil tuaian yang ingin dituai. 2. Kumpulkan hasil tuaian dan bersihkan segala kotoran. 3. Asingkan hasil tuaian tanaman mengikut gred. 4. Tentukan harga jualan (rujuk FAMA). 5. Timbang dan bungkus hasil tuaian. 6. Pasarkan hasil tuaian di tempat atau kiosk pemasaran. 7. Rekodkan hasil jualan di dalam buku rekod jualan seperti di bawah. Bil. Tarikh Nama tanaman Kuantiti (kg) / Bungkus Harga / kg Jumlah (RM) Rekod Jualan Hasil Tanaman Nama Kumpulan:
242 5 Modul 5.2.4 Menganalisis rekod jualan hasil tanaman yang dijalankan dengan sistematik dan jujur. 5.2.5 Menilai keuntungan atau kerugian dari rekod jualan yang dihasilkan. Analisis Rekod Jualan Hasil Tanaman Standard Pembelajaran Analisis rekod jualan perlu dilakukan untuk menentukan prestasi bidang usaha tanaman yang diusahakan. Analisis ini menunjukkan aliran kewangan dari segi pendapatan kasar dan kos pengeluaran. Analisis ini akan digunakan untuk menilai prestasi bidang usaha tanaman. Penilaian Untung Rugi dari Rekod Jualan Penilaian keuntungan atau kerugian boleh dinilai berdasarkan rekod jualan yang dihasilkan melalui pengiraan pulangan modal. Pulangan modal adalah pendapatan yang diperoleh daripada setiap ringgit yang dilaburkan. Bidang usaha tani memberikan pulangan pada setiap ringgit yang dilabur. Hal ini menunjukkan bahawa bidang usaha tani lebih berdaya saing dan menguntungkan. Pengiraan pulangan modal adalah menggunakan persamaan yang berikut: Jadual 5.7 Contoh ringkasan analisis aliran kewangan tanaman sayur-sayuran tahun 2019 Jenis tanaman Jangka masa penanaman (minggu / bulan) Pendapatan kasar Kos (kg) (RM) Kos tetap (RM) Kos bahan (RM) Kos buruh (RM) Kos overhed (RM) Sawi Bendi Cili 4 minggu 4 bulan 6 bulan 15,000 20,000 12,450 19,500 50,000 62,250 1,051 3,364 4,205 4,842 12,795 15,511 4,800 15,600 22,800 600 2,400 3,600 Info Pendapatan Wang yang diperoleh oleh pengusaha bagi satu jangka masa pengeluaran. Perbelanjaan Kos yang dikeluarkan untuk membiayai sesuatu bidang usaha meliputi kos tetap dan kos berubah. Keuntungan Pendapatan yang diperoleh setelah ditolak dengan jumlah perbelanjaan. Contoh pengiraan: Bidang usaha tani: Tanaman petola Pendapatan: RM9,000.00 Perbelanjaan: RM5,659.50 Pulangan Modal: RM9,000.00 RM5,659.50 = 1.59 1.59 bermaksud setiap ringgit modal yang dilaburkan mendapat keuntungan sebanyak RM0.59. Jumlah Pendapatan Jumlah Perbelanjaan Pulangan Modal =
243 5 Modul 5.2.6 Menyediakan rekod belanjawan untung rugi jualan dengan sistematik dan jujur. Penyediaan Rekod Belanjawan Standard Pembelajaran Berdasarkan kepada setiap projek tanaman yang diusahakan, pengusaha perlu menyediakan rekod belanjawan untung rugi jualan dengan sistematik dan jujur. Hal ini penting untuk mengetahui prestasi suatu bidang usaha. Rekod belanjawan untung rugi adalah penyata yang menunjukkan segala ringkasan hasil dan perbelanjaan perniagaan bagi suatu tempoh perakaunan. Rekod belanjawan ini digunakan untuk menilai prestasi sesuatu perniagaan tersebut. Jenis Tanaman: Jagung mutiara Keluasan Kawasan: 2 hektar Perkara Kuantiti / Harga Amaun 1. Pendapatan kasar 2. Jumlah kos pengeluaran 3. Keuntungan 4. Pulangan Modal 5. Titik Pulangan Modal Hasil × harga jualan 10000 kg × RM2.00 / kg Kos berubah (kos bahan + kos buruh) + Kos tetap + Kos overhed RM (3,000 + 2,000) + RM500 + RM200 Pendapatan kasar – Jumlah kos pengeluaran RM (20,000 – 5,700) Pendapatan kasar ÷ Jumlah kos pengeluaran RM (20000 ÷ 5,700) Jumlah kos pengeluaran ÷ Jumlah hasil RM5,700 / 10000 kg RM20,000.00 RM5,700.00 RM14,300.00 3.51 RM0.57 / kg Kepentingan Penyediaan Rekod Belanjawan Untung Rugi Mengetahui keuntungan atau kerugian bagi sesuatu bidang usaha. Memudahkan pengusaha mengkaji prestasi atau kecekapan pengurusan mereka. Membantu bakal-bakal pelabur atau rakan kongsi mengetahui keupayaan dan keuntungan perniagaan. Kegunaan pihak luar seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pemiutang. Jadual 5.8 Contoh rekod belanjawan untung rugi
244 5 Modul Aktiviti Tajuk Perekodan Hasil Jualan Objektif Menilai keuntungan atau kerugian daripada rekod jualan yang dihasilkan. Arahan Berdasarkan data yang direkodkan di bawah, murid dikehendaki menghitung jumlah kos pengeluaran, pendapatan kasar, keuntungan dan Titik Pulangan Modal. Butir-butir Kuantiti / Harga Kos (RM) 1. Kos Bahan (a) Benih (b) NPK 15:15:15 (c) Racun rumpai (d) Racun perosak (e) Bahan organik 7 kg × RM20.00 3 beg × RM100.00 4 liter × RM60.00 5 liter × RM80.00 20 beg × RM40.00 140.00 300.00 240.00 400.00 800.00 Jumlah kos bahan 2. Kos Buruh (a) Penyediaan tanah dan batas (b) Menanam (c) Menyiram (d) Mengawal rumpai (e) Mengawal perosak (f) Membaja (g) Memungut hasil Kontrak 4 tenaga × RM30 × 3 hari 1 tenaga × RM30 × 30 hari 2 tenaga × RM30 × 10 hari 2 tenaga × RM30 × 6 hari 2 tenaga × RM30 × 3 hari 5 tenaga × RM30 × 5 hari 500.00 360.00 900.00 600.00 360.00 180.00 750.00 Jumlah kos buruh Jadual 5.9 Butiran kos bagi satu hektar tanaman kailan Berdasarkan Jadual 5.9: (a) Jika kos overhed ialah RM400.00, hitung: (i) Kos bahan (ii) Kos buruh (iii) Jumlah kos pengeluaran (b) Jika jumlah hasil yang diperoleh sebanyak 3000 kg dan harga jualan RM3.00 / kg, hitung: (i) Pendapatan kasar (ii) Keuntungan (iii) Titik Pulangan Modal (c) Berdasarkan hasil pengiraan yang anda lakukan, wajarkah tanaman sayur kailan ini diusahakan untuk mendapatkan keuntungan?
245 5 Modul Tajuk Menyediakan Rekod Belanjawan Untung Rugi Objektif Menyediakan rekod belanjawan untung rugi jualan dengan sistematik dan jujur. Arahan 1. Berdasarkan maklumat bidang usaha projek tanaman timun yang disediakan di bawah, sediakan penyata untung rugi projek tanaman mengikut format yang betul. 2. Berdasarkan data yang direkodkan, murid dikehendaki menghitung: (i) Pendapatan projek tanaman (ii) Kos tetap projek tanaman (iii) Kos berubah projek tanaman (iv) Jumlah perbelanjaan projek tanaman (v) Keuntungan projek tanaman Nama Tanaman : Timun Keluasan Tanaman : 1 hektar Bilangan Pokok : 12 000 pokok / hektar Jangka Masa Memungut Hasil : 10 minggu Berat Hasil : 18 000 kg Harga : RM2.00 / kg Bil. Perkara Kuantiti / Unit Kos (RM) 1. Benih 2.0 kg @ RM25.00 50.00 2. Baja kimia 350 kg@ RM2.00 700.00 3. Baja organik 5 guni @ RM80.00 400.00 4. Racun kimia 35 l @ RM10.00 350.00 5. Membaja Kontrak 200.00 6. Merumput Kontrak 500.00 7. Memungut hasil Kontrak 2200.00 8. Membuat tapak semaian Kontrak 200.00 9. Penyediaan tanah dan batas Kontrak 600.00 10. Pengangkutan ke stor 10 kali @ RM30.00 300.00 11. Keperluan lain 200.00 12. Sewa tanah 2000.00 13. Insurans 150.00
Rumusan 246 5 Modul Penuaian hasil merupakan aktiviti memotong, memetik, mencabut dan menggali setelah hasil mencapai peringkat kematangan yang dikehendaki. Pengendalian hasil lepas tuai terbahagi kepada tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan pascatuai. Pemasaran hasil tanaman merupakan kegiatan menyalurkan produk daripada pengeluar kepada pengguna. Penuaian dan Pengendalian Hasil Lepas Tuai Pemasaran dan Perekodan Hasil Jualan Kaedah Menentukan Kematangan Hasil Tanaman Fizikal Kimia Fisiologi Aktiviti Pemasaran Hasil Tanaman Penjualan Pengurusan kewangan Pengangkutan Kepentingan Indeks Kematangan Hasil Tanaman Menentukan strategi pemasaran Menentukan kesesuaian masa penuaian Sebagai asas pengelasan Pengurusan buruh dan sumber yang cekap Kepentingan Menuai Hasil Tanaman Mengekalkan kualiti hasil tanaman Pendapatan hasil ladang Memenuhi permintaan pasaran Kestabilan harga pasaran Penilaian Untung Rugi dari Rekod Jualan Penilaian keuntungan atau kerugian boleh dinilai berdasarkan rekod jualan yang dihasilkan melalui pengiraan pulangan modal. Pengiraan pulangan modal adalah menggunakan persamaan yang berikut: Jumlah Pendapatan Jumlah Perbelanjaan Pulangan Modal =
Jana Minda 247 5 Modul Bahagian A 1. Jadual 1 menunjukkan kaedah untuk menentukan kematangan hasil tanaman. Nyatakan kaedah tersebut berdasarkan penerangan yang telah diberikan. Bahagian B 1. Jadual 2 menunjukkan analisis aliran kewangan tanaman sayur-sayuran bagi tahun 2020. Berdasarkan Jadual 2, hitung: (a) Titik Pulangan Modal sawi (b) Titik Pulangan Modal cili 2. Nyatakan tiga sifat fizikal kematangan buah tembikai. 3. Susun langkah kerja pengendalian hasil tanaman mengikut urutan yang betul dengan menulis 1, 2, 3, 4 dan 5. (a) (b) (c) Melalui penglihatan, iaitu dengan melihat warna kulit, saiz, bentuk dan daun. Melalui ujian keasidan, menganalisis glukosa, kandungan kanji dan menguji pH. Melakukan pengiraan iaitu bilangan hari atau bulan selepas pokok mula berbunga. Kumpulkan hasil tuaian dalam bekas tuaian. Timbang dan bungkus hasil tuaian Bersihkan hasil tuaian daripada kotoran. Pastikan indeks kematangan tanaman. Asingkan hasil tuaian tanaman mengikut gred. Jenis tanaman Jangka masa penanaman (minggu / bulan) Pendapatan kasar Kos (kg) (RM) Kos tetap (RM) Kos bahan (RM) Kos buruh (RM) Kos overhed (RM) Sawi Bendi Cili 4 minggu 4 bulan 6 bulan 15,000 20,000 12,450 19,500 50,000 62,250 1,051 3,364 4,205 4,842 12,795 15,511 4,800 15,600 22,800 600 2,400 3,600 Jadual 1 Jadual 2
Refleksi 248 5 Modul Tandakan (✓) pada ruangan yang sesuai. Selepas mempelajari bab ini, saya boleh: Bil. Perkara 1. Menyatakan kaedah yang sesuai dan kepentingan menuai hasil tanaman. 2. Menerangkan indeks kematangan hasil tanaman. 3. Menyediakan bahan dan peralatan untuk menuai dan mengendalikan hasil tuaian. 4. Melakukan kerja membersih, menggred dan menimbang hasil tuaian. 5. Melaksanakan kerja pembungkusan hasil tuaian mengikut prosedur yang betul. 6. Menjana idea cara mempromosi yang berkesan hasil tanaman kepada pelanggan. 7. Melaksanakan aktiviti pemasaran hasil tanaman. 8. Merekod jualan hasil tanaman dengan sistematik dan jujur. 9. Menganalisis rekod jualan hasil tanaman yang dijalankan dengan sistematik dan jujur. 10. Menilai keuntungan atau kerugian dari rekod jualan yang dihasilkan. 11. Menyediakan rekod belanjawan untung rugi jualan dengan sistematik dan jujur.