The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMMAD ASRI BIN MADMOR KPM-Guru, 2023-04-04 10:31:22

MODUL 1 MPV TANAMAN MAKANAN

PENGURUSAN LADANG

2 PENGURUSAN LADANG PENGENALAN Sesebuah organisasi yang baik adalah apabila organisasi tersebut berjaya menggabungkan dan menjayakan tiga bahagian utama iaitu pengurusan, kewangan dan pemasaran. Pengurusan ladang merupakan satu kaedah atau proses membuat keputusan ke atas ladang secara perniagaan untuk memaksimumkan pendapatan dengan menggunakan sumber yang terhad. Dalam mencapai pengurusan ladang yang baik dan berkesan, setiap data tanaman terutamanya jenis tanaman, benih, pembajaan, racun perosak, keadaan cuaca dan hasil tuaian hendaklah direkodkan. Selain itu, amat penting untuk mengenal pasti tempoh masa tanaman supaya tidak mengalami kerugian atau masalah dari segi kekurangan modal pusingan. MODUL 1


3 1.1 Pengurusan Organisasi Bengkel 1.2 Penyimpanan Rekod Ladang 1.3 Pengendalian Alatan dan Mesin 1.4 Peranan dan Tanggungjawab Pengurus Ladang STANDARD KANDUNGAN KATA KUNCI • Tanaman • Kerjaya • Rekod ladang • Belanjawan • Alatan dan mesin • Sistem pengurusan ladang


4 1 Modul 1.1 PENGURUSAN ORGANISASI BENGKEL Organisasi bengkel merupakan sistem pengurusan yang teratur dan sistematik yang perlu dilaksanakan di dalam bengkel. Keberkesanan sesebuah organisasi bergantung kepada kecekapan pengurusannya. Aset yang terlibat dalam organisasi ialah tenaga kerja, alatan, bahanbahan dan kemudahan yang sistematik. Berikut merupakan kepentingan pengurusan bengkel. Maksud Tanaman Makanan Tanaman makanan merupakan tanaman yang ditanam bagi memenuhi keperluan bekalan makanan dalam negara dan dieksport ke luar negara. Tanaman makanan dapat menjana pendapatan kepada pengusahanya. Di Malaysia, tanaman makanan diusahakan secara kecil-kecilan dan komersial. Jadual 1.1 menunjukkan taburan kawasan penanaman tanaman makanan di Malaysia. Jadual 1.1 Taburan kawasan penanaman tanaman makanan di Malaysia Tanaman Kawasan penanaman utama Padi Kedah, Kelantan, Perak, Perlis, Selangor dan Sarawak Sayur-sayuran Johor, Pahang, Perak dan Sarawak Buah-buahan Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak Kelapa Johor, Perak, Selangor, Sabah dan Sarawak Jagung Perak, Johor dan Sarawak Rempah-ratus Johor, Pahang, Kedah, Kelantan dan Sarawak Herba Johor, Pahang, Perak dan Sarawak Aktiviti Raihan tinggal di taman perumahan dan bekerja sebagai kerani dengan pendapatan sederhana. Dia berminat menanam sayur di sekitar rumah bagi menambah pendapatan. Secara berkumpulan, cadangkan jenis tanaman yang boleh diusahakan oleh Raihan. Sebagai rakyat Malaysia, apakah cadangan anda untuk memajukan sektor tanaman makanan di Malaysia? 1.1.1 Menyatakan maksud tanaman makanan. Standard Pembelajaran Sumber: Perangkaan Agromakanan 2018, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Kepentingan Pengurusan Organisasi Bengkel Mengelakkan pembaziran bahan. Menghasilkan produktiviti yang optimum. Memastikan keselamatan pekerja dan tempat kerja.


5 1 Modul Jenis Tanaman Makanan Tanaman makanan di Malaysia terdiri daripada bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan dan tanaman herba seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.2. Keadaan topografi sesebuah kawasan di Malaysia mempengaruhi suhu di kawasan tersebut. Sebagai contoh, di Cameron Highlands merupakan sebuah kawasan tanah tinggi yang mempunyai suhu lebih rendah dapat menghasilkan sayur-sayuran seperti kubis dan salad. 1.1.2 Menyatakan jenis tanaman makanan. Standard Pembelajaran Jenis tanaman Contoh Sayuran berdaun Sayuran berbuah Sayuran kekacang Sayuran umbisi Sawi Kubis Kacang panjang Kangkung Kacang buncis Bayam Bendi Tomato Timun Cili Sengkuang Keladi Keledek Ubi Kayu Jadual 1.2 Jenis tanaman makanan


6 1 Modul Tahukah Anda Malaysia sebagai sebuah kawasan tropika mempunyai suhu yang tinggi dan hujan sepanjang tahun dengan purata hujan tahunan sebanyak 2500 mm. Pada pendapat anda, adakah tanaman bijirin seperti gandum dan sekoi sesuai ditanam di Malaysia? Mengapa? Kerusi Panas 1. Secara berkumpulan, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan berbincang mengenai: (a) jenis-jenis tanaman makanan. (b) produk akhir yang boleh dinikmati daripada tanaman makanan. 2. Apabila tamat tempoh perbincangan, seorang wakil setiap kumpulan akan duduk di kerusi di hadapan kelas dan bersedia untuk menjawab setiap soalan yang dikemukan oleh ahli kumpulan lain. 3. Murid dikehendaki membuat rumusan mengenai tajuk yang dipelajari. PAK Jenis tanaman Contoh Buah-buahan Tanaman bijirin Tanaman herba Durian Manggis Pisang Nanas Padi sawah Kunyit Halia Pegaga Padi huma Jagung Serai


7 1 Modul Bidang Kerjaya dalam Bidang Tanaman Makanan Perkembangan dalam bidang tanaman makanan telah membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat. Terdapat empat bidang kerjaya dalam bidang tanaman makanan iaitu pengeluaran, perkhidmatan, pembuatan dan keusahawanan. Bidang kerjaya Contoh Catatan Pengeluaran Pengusaha tanaman makanan Mengusahakan tanaman makanan agar dapat menghasilkan pengeluaran yang optimum dan berkualiti. Pengurus jualan, pegawai pemasaran Menguruskan dan memasarkan produk tanaman makanan. Pengurus ladang Mengurus ladang tanaman dari aspek guna tenaga, menyelenggara alatan dan mesin dan pengurusan bahan mentah. Perkhidmatan Perunding pertanian Memberi perkhidmatan nasihat, kepakaran, perundingan kepada pengusaha. Jurutera pertanian Menghasilkan inovasi dan teknologi meliputi bekalan kuasa, kecekapan jentera, penyimpanan dan pemprosesan produk. Pengawai penyelidik Membuat penyelidikan ke atas baka tanaman makanan bagi meningkatkan pengeluaran hasil dan memperoleh hasil yang berkualiti. Pembekal bahan tanaman makanan Membekalkan bahan seperti baja, alatan dan mesin. Pembuatan Pengilang dan pekerja kilang Memproses hasil tanaman untuk menghasilkan produk hiliran yang bermanfaat. Pengusaha input pertanian Mengeluarkan bahan input pertanian. Keusahawanan Usahawan tani Menanam, menjual, memasar dan menghasilkan inovasi terhadap produk pertanian. 1.1.3 Memerihalkan bidang kerjaya dalam bidang tanaman makanan. Standard Pembelajaran Jadual 1.3 Bidang kerjaya mengikut sektor


8 1 Modul Peraturan dan Langkah Keselamatan di Tempat Kerja Tempat kerja ialah lokasi yang sesuai untuk melakukan kerja dengan selamat. Tempat kerja perlu dilengkapi dengan aspek keselamatan seperti alat pemadam api dan peti pertolongan cemas. Peraturan keselamatan yang telah ditetapkan hendaklah dipatuhi untuk mengelakkan kemalangan dan kecederaan di tempat kerja. Peraturan keselamatan di tempat kerja terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu peraturan keselamatan bengkel, peraturan keselamatan alatan dan peraturan keselamatan diri. Ketika bekerja di tempat kerja, budaya kerja yang baik perlulah diamalkan dan bekerja dengan penuh beretika. 1.1.4 Menyenaraikan peraturan dan langkah keselamatan di tempat kerja. Standard Pembelajaran Keperluan pencahayaan dan peredaran udara yang mencukupi. Peraturan Keselamatan Bengkel Bengkel hendaklah dalam keadaan selamat untuk Lantai bengkel digunakan. perlu dibersihkan sebelum dan selepas digunakan dengan menggunakan alatan penyedut hampagas dan pemampat udara. Selain itu, penyapu juga boleh digunakan. 1 7 2 6 3 5 4 Semua bahan beracun dan mudah terbakar hendaklah disimpan di tempat khas. Bengkel mestilah dilengkapi dengan kotak pertolongan cemas dan alat pemadam api yang boleh berfungsi. Semua suis elektrik hendaklah dipadamkan setelah digunakan. Lantai bengkel mestilah kering dan tidak berminyak.


9 1 Modul Peraturan Keselamatan Diri Memakai kasut getah bertutup ketika bekerja di ladang dan bengkel. Memakai apron atau pakaian bengkel semasa bekerja di bengkel. Memakai kelengkapan pelindung diri (PPE) yang lengkap seperti pelitup muka, gogal, kasut getah dan sarung tangan apabila menyembur racun makhluk perosak dan racun rumpai. Peralatan atau alat ganti mesin yang tajam seperti mata pemotong mesin rumput hendaklah disimpan di tempat yang dikhaskan dan selamat. Peraturan Keselamatan Alatan dan Bahan Semua mesin dan alatan hendaklah dalam keadaan yang selamat sebelum digunakan. Bahan beracun seperti racun rumpai, racun serangga dan racun kulat disimpan di tempat yang dikhaskan. Mesin dan alatan yang telah digunakan hendaklah disimpan dan diletak semula di tempat yang telah dikhaskan. Mesin dan peralatan elektrik yang digunakan mestilah berfungsi dengan baik. Mesin dan alatan hendaklah disenggara secara berkala untuk memastikan alatan selamat digunakan. Penggunaan mesin dan alatan mestilah bersesuaian dengan kerja yang dilakukan. Baja pertanian hendaklah disimpan di tempat yang selamat. Bahan mudah terbakar seperti pelarut hendaklah disimpan jauh dari punca api bagi mengelakkan kebakaran. 1 4 7 2 5 8 3 6 9


10 1 Modul Jenis Alat Pemadam Api dan Kaedah Penggunaan Alat pemadam api bukan sahaja perlu ada di tempat kerja tetapi juga di tempat kediaman. Alat pemadam api perlu diletakkan di tempat yang senang dilihat dan diambil. Alat ini digunakan untuk memadamkan api apabila berlaku kebakaran. Alat pemadam api terbahagi kepada empat jenis iaitu air, buih, debu kering dan karbon dioksida. Pemicu Label Hos Tangki Muncung Pin keselamatan Rajah 1.1 Bahagian pemadam api Rajah 1.2 Jenis pemadam api 1.1.5 Menerangkan jenis alat pemadam api dan kaedah penggunaan. Standard Pembelajaran Jenis Buih Label B Punca api atau bahan bakar Minyak, cat, petrol, gas, pelarut dan lekar Warna pelekat Kuning Jenis Air Label A Punca api atau bahan bakar Kayu, sampah, plastik dan kain Warna pelekat Merah Jenis Debu kering Label ABC Punca api atau bahan bakar Semua jenis Warna pelekat Biru Jenis Karbon dioksida Label BC Punca api atau bahan bakar Peralatan elektrik, minyak, cat, petrol, gas, pencair dan lekar Warna pelekat Hitam


11 1 Modul Cara Penggunaan Alat Pemadam Api Langkah-langkah menggunakan alat pemadam api apabila berlaku kebakaran di tempat kerja. Tarik pin keselamatan dan pegang alat pemadam api secara menegak. Tekan tuas rapat kepada pemegang supaya bahan pemadam api dapat disembur keluar. Layangkan muncung ke kiri dan kanan. Halakan muncung ke dasar api mengikut arah angin pada jarak 1 – 1.5 m dari api. Rajah 1.3 Cara penggunaan alat pemadam api 1.1.6 Menunjuk cara penggunaan alat pemadam api. Standard Pembelajaran 1.5 m Tip Keselamatan Pastikan anda berada pada jarak antara 1 hingga 1.5 meter dari api dan tidak melawan arah angin semasa memadamkan api.


12 1 Modul Punca Kemalangan di Bengkel Kemalangan boleh berlaku akibat daripada kecuaian dan merupakan kejadian yang tidak dapat dijangkakan. Faktor-faktor yang boleh mengakibatkan kemalangan di bengkel ialah: 1.1.7 Mengenal pasti punca kemalangan di bengkel. Standard Pembelajaran Tahukah Anda Sekiranya berlaku tumpahan racun makhluk perosak, antara langkah-langkah yang perlu diambil ialah: 1. Alihkan tumpahan menggunakan bahan penyerap seperti habuk kayu atau pasir. 2. Kumpulkan racun makhluk perosak yang telah diserap ke dalam bekas khas. 3. Bersihkan tempat tumpahan. 4. Pastikan air basuhan tidak mencemarkan punca air. 5. Lupuskan racun makhluk perosak yang diserap dengan kaedah yang dibenarkan oleh undang-undang. Faktor Fizikal • Kawasan persekitaran tempat kerja yang berselerak. • Penerimaan pencahayaan yang tidak mencukupi. • Peralatan dan mesin yang tidak disenggara dengan baik. • Penggunaan peralatan dan mesin yang salah. • Pendawaian tambahan tanpa kebenaran. • Sistem pendawaian lama tidak disenggara. Faktor Kemanusiaan • Kecuaian semasa bekerja akibat kurang tumpuan. • Sikap mengambil mudah terhadap langkah keselamatan kerja di bengkel. • Kurang pengetahuan mengenai kerja yang dilakukan. • Kurang pengetahuan terhadap langkah keselamatan. • Tidak mematuhi peraturan keselamatan bengkel. Faktor Pentadbiran • Peraturan keselamatan tidak dikuatkuasakan dan dilaksanakan dengan baik. • Keperluan keselamatan seperti alat pemadam api, peti keselamatan, papan tanda amaran dan pelan laluan kecemasan tidak disediakan. Faktor-faktor Kemalangan di Bengkel


13 1 Modul Rekod ladang merupakan satu dokumen bertulis yang mengandungi catatan yang direkod meliputi semua aktiviti ladang. Rekod ladang hendaklah diwujudkan, disimpan dengan teratur dan dikemas kini. Rekod-rekod disimpan bagi keperluan mengesan dan menilai tahap kecekapan pengurusan ladang dan untung rugi. Rekod ladang adalah berpandukan kepada Skim Amalan Pertanian Baik (myGAP). MyGAP ialah Malaysian Good Agricultural Practice iaitu satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi garis panduan kepada pengusaha ladang agar mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. Info Apakah Kelebihan myGAP? 1. Menghasilkan produk-produk pertanian yang berkualiti dan selamat dimakan. 2. Keselamatan serta kebajikan pekerja ladang terjamin. 3. Hasil pertanian mudah dikenali dan dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa. 4. Memelihara alam sekitar. 5. Mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak. 6. Produktiviti pengeluaran meningkat. 1.2 PENYIMPANAN REKOD LADANG Tujuan Menyimpan Rekod Ladang Menyediakan maklumat untuk perancangan masa depan ladang. Menyediakan maklumat untuk menentukan pengubahsuaian yang perlu dilaksanakan. Menyediakan maklumat mengenai operasi terkini seperti pendapatan dan perbelanjaan. Menjadi panduan dalam perancangan ladang supaya pengurusan ladang menjadi lebih sistematik. 1 3 2 4 Kod QR Layari laman sesawang http://arasmega.com/ qr-link/contoh-rekod-ladang-mygap/ untuk mendapatkan maklumat berkaitan contoh rekod ladang berdasarkan myGAP.


14 1 Modul Jenis Rekod Ladang Penyediaan Rekod Ladang Berikut merupakan contoh penyediaan rekod fizikal yang merangkumi rekod tanaman, rekod penggunaan bahan dan rekod penggunaan tenaga buruh. Jadual 1.4 Contoh penyediaan rekod ladang Nama Murid Ahmad Bakhtiar bin Azizi Chan Siew Mei Murugan a/l Muniandy Nama Sekolah SMK Sungai Rambai Melaka Tingkatan 4 Nama Tanaman Jagung manis Nama Botani Zea may var. Saccharata Jarak Tanaman 75 cm × 25 cm Luas Kawasan Tanaman 1 ekar Jangka Masa Memungut Hasil 100 – 120 hari Tarikh Mula Tanam 20 Januari 2020 1.2.1 Menyatakan jenis rekod ladang. 1.2.2 Menyediakan rekod ladang. Standard Pembelajaran (a) Rekod fizikal ialah catatan mengenai barang input yang digunakan, pengeluaran yang diperoleh serta kelengkapan ladang. (b) Rekod fizikal merangkumi catatan seperti keluasan kawasan penanaman, jenis tanaman, dan penyenggaraan jentera. (c) Contoh rekod fizikal ialah: i. Rekod tanaman ii. Rekod penggunaan bahan iii. Rekod penggunaan tenaga buruh (a) Rekod kewangan merangkumi tentang segala urus niaga yang dilakukan oleh pengurusan ladang. (b) Rekod kewangan meliputi catatan seperti kos pembelian baja, biji benih dan racun. Selepas hasil pengeluaran dijual, rekod jualan akan dicatatkan. (c) Contoh rekod kewangan ialah: i. Rekod pembelian bahan ii. Rekod inventori ladang iii. Rekod jualan Rekod Ladang Rekod Fizikal Rekod Kewangan


15 1 Modul Jadual 1.7 Contoh rekod penggunaan tenaga buruh Jadual 1.6 Contoh rekod penggunaan bahan Tarikh Aktiviti Bil. buruh (Orang) Jumlah jam bekerja (Jam) Kos upah sejam / seorang (RM) Jumlah upah (RM) 05 / 1 / 2020 Penyediaan Kawasan 2 20 15.00 600.00 10 / 1 / 2020 Mengapur dan Membaja 2 5 15.00 150.00 20 / 1 / 2020 Menanam 2 10 15.00 300.00 01 / 2 / 2020 Menyulam 2 4 15.00 120.00 02 / 2 / 2020 Merumput 2 10 15.00 300.00 05 / 2 / 2020 Menyembur Racun Rumpai 2 5 15.00 150.00 01 / 3 / 2020 Menyembur Racun Perosak 2 5 15.00 150.00 30 / 4 / 2020 Memungut Hasil 2 10 15.00 300.00 Jumlah 2070.00 Tarikh Perkara Kuantiti (kg) Kos seunit (RM) Amaun (RM) 10 / 1 / 2020 Kapur 1000 0.30 / kg 300.00 10 / 1 / 2020 Baja Organik 1500 0.50 / kg 750.00 20 / 1 / 2020 Biji Benih Jagung Manis 10 6.00 / kg 60.00 29 / 1 / 2020 Baja Urea 300 1.50 / kg 450.00 Jadual 1.5 Contoh rekod tanaman Tarikh Jenis tanaman Harga sekilogram (RM) Jumlah hasil (kg) Jumlah jualan (RM) 30 / 4 / 2020 Jagung Manis 5.00 150 750.00 10 / 5 / 2020 Jagung Manis 5.00 100 500.00 20 / 5 / 2020 Jagung Manis 5.00 70 350.00


16 1 Modul Jadual 1.9 Contoh rekod inventori ladang Perkara Kuantiti Kos seunit (RM) Amaun (RM) Mata Cangkul 50 20.00 1,000.00 Batang Cangkul 50 8.00 400.00 Kereta Sorong Heavy-duty 10 140.00 1,400.00 Sudip 50 6.00 300.00 Serampang Tangan 50 6.00 300.00 Jadual 1.10 Contoh rekod jualan hasil tanaman Tarikh Nama tanaman Kuantiti (kg) / Bungkus Jumlah (RM) Jumlah Berikut merupakan contoh penyediaan rekod kewangan yang merangkumi rekod pembelian bahan, rekod inventori ladang dan rekod jualan. Jadual 1.8 Contoh rekod pembelian bahan Tarikh Perkara Kuantiti Kos seunit (RM) Amaun (RM) 2 / 1 / 2020 Baja NPK 15:15:15 250 kg 2.50 625.00 2 / 1 / 2020 Baja Organik 1000 kg 0.50 500.00 2 / 1 / 2020 Kapur 5000 kg 0.30 1500.00 2 / 1 / 2020 Baja Urea 600 kg 1.50 900.00 2 / 1 / 2020 Racun Pra Cambah 3 l 30.00 90.00 2 / 1 / 2020 Racun Rumpai 10 l 45.00 450.00 2 / 1 / 2020 Racun Serangga 10 l 80.00 800.00 2 / 1 / 2020 Racun Kulat 10 l 25.00 250.00 Nama Kumpulan: Tingkatan:


17 1 Modul Senarai Semak Kerja Bil. Tahap Pencapaian Terampil Tidak Terampil Catatan A. Proses Kerja Rekod Fizikal 1. Menyediakan rekod tanaman. 2. Menyediakan rekod penggunaan bahan. 3. Menyediakan rekod penggunaan tenaga buruh. Rekod Kewangan 4. Menyediakan rekod pembelian bahan. 5. Menyediakan rekod inventori ladang. 6. Menyediakan rekod jualan hasil tanaman. B. Hasil Kerja 1. Rekod tanaman disediakan. 2. Rekod penggunaan bahan disediakan. 3. Rekod penggunaan tenaga buruh disediakan. 4. Rekod pembelian bahan disediakan. 5. Rekod inventori ladang disediakan. 6. Rekod jualan hasil tanaman disediakan. C. EMK 1. Bekerjasama ketika melakukan tugasan. 2. Mematuhi arahan yang telah ditetapkan. 3. Mengamalkan langkah keselamatan. Tajuk Penyediaan Rekod Ladang Objektif Menyediakan rekod-rekod ladang dengan betul. Arahan 1. Murid dikehendaki memilih jenis tanaman yang hendak ditanam. 2. Murid dikehendaki menyediakan rekod fizikal dan rekod kewangan mengikut format yang betul. Aktiviti ( ) Tandatangan & Nama Murid Tarikh: ( ) Tandatangan & Nama Guru Tarikh: PENILAIAN


18 1 Modul 1.2.3 Memeriksa rekod ladang. Pemeriksaan Rekod Ladang Standard Pembelajaran Pemeriksaan rekod ladang dilakukan untuk memastikan semua stok dan peralatan mencukupi, berada dalam keadaan baik dan selamat Langkah-langkah Pemeriksaan Rekod Ladang Senarai Semak Kerja Bil. Tahap Pencapaian Terampil Tidak Terampil Catatan A. Proses Kerja Rekod Fizikal 1. Memeriksa rekod tanaman. 2. Memeriksa rekod penggunaan bahan. 3. Memeriksa rekod penggunaan tenaga buruh. Rekod Kewangan 4. Memeriksa rekod pembelian bahan. 5. Memeriksa rekod inventori ladang. 6. Memeriksa rekod jualan hasil tanaman. B. Hasil Kerja 1. Rekod tanaman diperiksa. 2. Rekod penggunaan bahan diperiksa. 3. Rekod penggunaan tenaga buruh diperiksa. 4. Rekod pembelian bahan diperiksa. 5. Rekod inventori ladang diperiksa. 6. Rekod jualan hasil tanaman diperiksa. C. EMK 1. Bekerjasama ketika melakukan tugasan. 2. Mematuhi arahan yang telah ditetapkan. 3. Mengamalkan langkah keselamatan. Tajuk Pemeriksaan Rekod Ladang Objektif Memeriksa rekod-rekod ladang yang disediakan. Arahan 1. Murid dikehendaki memeriksa rekod fizikal mengikut format yang betul. 2. Murid dikehendaki memeriksa rekod kewangan mengikut format yang betul. Aktiviti ( ) Tandatangan & Nama Murid Tarikh: ( ) Tandatangan & Nama Guru Tarikh: untuk digunakan. Langkah ini juga merupakan salah satu cara untuk membuat semakan secara berkala supaya mengikut perancangan dan piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Rekod pemeriksaan Menyemak rekod fizikal Menyemak rekod kewangan Pengesahan rekod ladang PENILAIAN


19 1 Modul 1 3 2 4 Belanjawan Bidang Usaha Tanaman Belanjawan ladang ialah rancangan untuk menggunakan sumber pengeluaran yang terhad (tanah, tenaga buruh, modal) supaya bidang usaha yang diceburi mendapat keuntungan yang maksimum. Belanjawan ladang juga merupakan perancangan yang menunjukkan anggaran perbelanjaan, pendapatan, keuntungan dan pulangan setiap ringgit yang dilabur. Belanjawan membantu seseorang pengusaha memilih tanaman dan ternakan yang terbaik untuk diusahakan. Bagi menyediakan sesuatu belanjawan, pengusaha perlu menganggarkan faktor-faktor yang berikut: Jadual 1.11 Analisis rekod ladang 1. Anggaran pendapatan kasar = Hasil × Harga jualan 2. Anggaran kos berubah = Kos bahan + Kos buruh 3. Anggaran kos tetap = Kos yang tidak berubah mengikut nilai pengeluaran 4. Anggaran jumlah kos = Kos berubah + Kos tetap + Kos overhed 5. Anggaran kos luar jangka = 10% × Anggaran jumlah kos 6. Anggaran perbelanjaan = Anggaran jumlah kos + Kos luar jangka 7. Anggaran keuntungan = Anggaran pendapatan kasar – Anggaran perbelanjaan 8. Pulangan Modal = Anggaran pendapatan kasar Anggaran perbelanjaan 9. Titik Pulangan Modal = Anggaran perbelanjaan Jumlah hasil Info Kos Berubah - kos yang berubah secara langsung dengan tingkat output. Contohnya kos bahan mentah. Kos Tetap - merupakan bayaran terhadap penggunaan input tetap. Contohnya sewa kilang. Kos Luar Jangka - perbelanjaan tambahan selain daripada perbelanjaan jangkaan yang perlu ditanggung. Contohnya tanaman diserang penyakit atau bencana alam. Pulangan Modal - pendapatan yang diperoleh daripada setiap nilai ringgit (RM) yang dilabur. Titik Pulangan Modal - harga minima setiap kuantiti hasil dijual. 1.2.4 Menyediakan belanjawan bidang usaha tanaman. Standard Pembelajaran Keperluan tanah, tenaga buruh dan modal. Jumlah pendapatan kasar dan keuntungan. Hasil yang diperoleh. Harga hasil pasaran.


20 1 Modul Berikut merupakan langkah-langkah menyediakan belanjawan bidang usaha tanaman. Menganggarkan hasil yang diperoleh dan harga hasil pasaran. Menghitung anggaran pendapatan kasar. Menentukan kos berubah. Langkah-langkah Menyediakan Belanjawan Bidang Usaha Tanaman Kos buruh - contohnya upah pekerja. Kos bahan - contohnya benih, baja NPK dan racun perosak. Menentukan kos tetap seperti cukai tanah dan susut nilai jentera. Menghitung jumlah kos. Menghitung keuntungan. Menghitung Pulangan Modal. Menghitung Titik Pulangan Modal.


21 1 Modul Jadual 1.12 Belanjawan ladang tanaman bayam Jadual 1.12 menunjukkan contoh belanjawan bagi satu hektar tanaman bayam. Butir-butir Kuantiti / Harga Amaun (RM) 1. Anggaran Kos Berubah (a) Anggaran Kos Bahan (i) Benih (ii) Baja Baja organik (untuk tanah mineral) NPK 15:15:15 Baja daun 15:15:6:4 (iii) Racun rumpai (iv) Racun perosak 7 kg @ RM30.00/kg 4 tan @ RM100.00/tan 0.55 tan @ RM820.00/tan 4 liter @ RM7.50/liter 4 liter @ RM8.50/liter 20 liter @ RM28.50/liter 210.00 400.00 451.00 30.00 34.00 570.00 Anggaran Kos Bahan 1,695.00 (b) Anggaran Kos Buruh (i) Penyediaan tanah dan batas (ii) Menanam dan penjarangan pokok (iii) Menyiram (iv) Mengawal rumpai (v) Mengawal serangga atau penyakit (vi) Membaja (vii)Memungut hasil Kontrak 2 tenaga kerja × 9 hari @ RM20 1 tenaga kerja × 5 hari @ RM20 5 tenaga kerja × 2 hari @ RM20 2 tenaga kerja × 2 hari @ RM20 3 tenaga kerja × 2 hari @ RM20 10 tenaga kerja × 2 hari @ RM20 400.00 360.00 100.00 200.00 80.00 120.00 400.00 Anggaran Kos Buruh 1,660.00 2. Anggaran Kos Tetap (i) Cukai tanah (ii) Alat-alat pengairan 1 bulan @ RM15.00 setahun 1 bulan @ RM1,600.00 setahun 1.25 133.33 Anggaran Kos Tetap 134.58 3. Anggaran Kos Overhed (i) Air (ii) Elektrik 130.00 100.00 Anggaran Kos Overhed 230.00 4. Anggaran Jumlah Kos (Kos Bahan + Kos Buruh + Kos Tetap + Kos Overhed) RM1,695.00 + RM1,660.00 + RM134.58 + RM230.00 3,719.58 5. Anggaran Kos Luar Jangka 10 × Anggaran Jumlah Kos 100 10 × RM3,719.58 100 371.96 6. Anggaran Perbelanjaan (Anggaran Jumlah Kos + Kos Luar Jangka) RM3,719.58 + RM371.96 4,091.54 7. Anggaran Pendapatan Kasar 15,000 kg @ RM0.50/kg 7,500.00 8. Anggaran Keuntungan (Anggaran Pendapatan Kasar – Anggaran Perbelanjaan) RM7,500.00 – RM4,091.54 3,408.46 9. Pulangan Modal (Anggaran Pendapatan Kasar ÷ Anggaran Perbelanjaan) RM7,500.00 RM4,091.54 1.83 10. Titik Pulangan Modal (Anggaran Perbelanjaan ÷ Jumlah Hasil) RM4,091.54 15,000 kg RM0.27/kg Aktiviti Secara berkumpulan, murid-murid mengadakan perbincangan dan membuat interpretasi data dengan menggunakan rekod yang telah disediakan seperti di bawah: • Rekod ladang • Rekod belanjawan Nota: Anggaran kos pengeluaran RM3,800/ha


22 1 Modul 1.3 PENGENDALIAN ALATAN DAN MESIN Dalam pengurusan ladang, terdapat banyak alatan dan mesin yang digunakan untuk menjalankan aktiviti penanaman. Pada bahagian ini, murid-murid akan mengenal pasti jenis alatan dan mesin yang digunakan berdasarkan kepada penggunaan kerja. Setiap alatan dan mesin mempunyai fungsi dan cara penggunaan yang berbeza. Bagi memastikan persekitaran tempat kerja dalam keadaan selamat, murid-murid perlu memastikan mesin-mesin yang digunakan disenggara dengan baik dan faham etika dan tatacara pengendalian alatan dan mesin sebelum, semasa dan selepas menggunakannya. Alatan dan Mesin Mengikut Penggunaan Kerja Pembersihan Tapak Tanaman Alatan Mesin 1.3.1 Mengenal pasti alatan dan mesin mengikut penggunaan kerja. Standard Pembelajaran


23 1 Modul Membajak Pembinaan Batas


24 1 Modul Penyembur Racun Perosak Memindahkan Anak Pokok ke Tapak Tanaman


25 1 Modul Penuaian Hasil Cantasan


26 1 Modul Langkah Menggunakan Alatan dan Mesin Cara Penggunaan Alatan dan Mesin 1.3.2 Menerangkan cara penggunaan alatan dan mesin. Standard Pembelajaran 1 2 3 4 5 6 7 8 Tentukan jenis kerja yang hendak dilakukan. Tentukan alatan dan mesin yang sesuai mengikut kerja yang dilakukan. Pakai kelengkapan pelindung diri (PPE) yang sesuai dan memenuhi kriteria. Tumpukan perhatian pada kerja yang dilakukan. Bersihkan alatan dan mesin setelah selesai digunakan. Rujuk manual alatan atau mesin. Uji alatan dan mesin menggunakan alatan atau menghidupkan mesin mengikut langkah-langkah seperti dalam manual penggunaan. Simpan alatan dan mesin di tempat yang ditetapkan seperti stor alatan.


27 1 Modul Langkah Kerja Manual Penggunaan Penyembur Galas (Knapsack Sprayer) Sediakan alatan dan bahan. Pakai kelengkapan pelindung diri (PPE) yang lengkap. Goncangkan tong penyembur galas supaya campuran racun dan air sekata. Isi air dalam tong penyembur galas separuh tangki. Campur racun menggunakan bekas penyukat. Pam penyembur galas sebanyak tujuh kali untuk menghasilkan tekanan sebelum menjalankan kerja penyemburan. 1 3 2 4 1.3.3 Menunjuk cara penggunaan alatan dan mesin. Standard Pembelajaran Tajuk Cara Penggunaan Alatan dan Mesin Objektif Menunjuk cara penggunaan alatan dan mesin. Arahan 1. Murid memakai pakaian yang sesuai dan memenuhi kriteria keselamatan kerja. 2. Murid menentukan alatan dan mesin mengikut jenis kerja yang hendak dilakukan. 3. Murid merujuk manual penggunaan alatan dan mesin. 4. Murid menguji alatan dan mesin mengikut langkah-langkah seperti dalam manual penggunaan. 5. Murid menumpukan perhatian pada kerja yang dilakukan. 6. Murid membersihkan alatan dan mesin setelah selesai digunakan. 7. Murid menyimpan alatan dan mesin di tempat yang ditetapkan seperti stor alatan. Aktiviti


28 1 Modul EMK Jangan cemarkan saliran air, anak sungai dan tanaman lain dengan racun bagi menjaga kelestarian alam. Kosongkan tong daripada sisa racun. Keringkan alat penyembur dengan mengeluarkan air di semua bahagian. Masukkan air ke dalam tong sehingga ¼ penuh dan goncang. Bilas tong dengan air. Keringkan tong racun dan simpan. 6 7 8 9 Tip Keselamatan Sebelum menjalankan kerja-kerja meracun, pastikan murid memeriksa arah angin terlebih dahulu. Kod QR Layari laman sesawang http://arasmega. com/qr-link/manual-penggunaanpenyembur-galas/ untuk mengetahui manual penggunaan penyembur galas. (Dicapai pada 20 Disember 2019). Mulakan kerja-kerja penyemburan di kawasan ladang. 5


29 1 Modul Langkah Kerja Manual Penggunaan Mesin Rumput Sandang 1. Pastikan mesin rumput sandang berfungsi dengan baik. 2. Enjin mesin rumput dua lejang memerlukan pelincir minyak 2T supaya enjin tidak panas. 3. Pastikan tali nilon telah dipasang. Semasa Sebelum Buka penutup tangki bahan api (arah lawan jam) dan periksa kandungan bahan api. Isi campuran bahan api ke dalam tangki minyak. Sedia campuran bahan api (petrol) dan minyak 2T mengikut nisbah 25:1. Buka palam pencucuh, cuci dan laraskan kelegaan (clearance) menggunakan gauge. 1 3 2 4 Buka minyak dengan fuel choke ke bawah. Tolak throttle lever pada kedudukan separuh terbuka. 5 6


30 1 Modul Selepas Tolak tuil choke. Tarik tali starter untuk menghidupkan enjin. Pastikan tali nilon berkedudukan bebas daripada halangan atau tidak diletak pada permukaan tanah. Apabila enjin dihidupkan, laraskan pada kelajuan rendah selama 2 hingga 3 minit. 7 8 1. Bersihkan mesin daripada kekotoran di setiap bahagian mesin. 2. Periksa bahagian-bahagian berskru dan ketatkan jika longgar. 3. Simpan di dalam stor alatan. Info Ketahanan enjin bergantung kepada amalan penyelenggaraan yang betul. Untuk mematikan enjin, kurangkan kelajuan enjin selama 1 minit. Tutup fuel choke dan matikan enjin dengan menekan suis pemati. 11 Galas mesin dan pakai topi keselamatan. Laraskan tali galas mengikut keselesaan bekerja. Mulakan kerja memotong rumput. 9 10 Kod QR Layari laman sesawang http:// arasmega.com/qr-link/manualpenggunaan-mesin-rumputsandang/ untuk mengetahui manual penggunaan mesin rumput sandang. (Dicapai pada 20 Disember 2019).


31 1 Modul 1 Memeriksa reka bentuk dan pemasangan yang sesuai untuk peralatan bagi semua bahagian alatan dan mesin sebelum digunakan. 2 Memastikan alatan digunakan dengan betul dan dalam keadaan baik. 3 Memeriksa paras minyak pelincir mesin sebelum digunakan. 4 Memastikan peralatan membajak disambung dengan betul sebelum digunakan. 5 Memeriksa bahagian pam supaya tidak tersumbat terutamanya pam racun supaya selamat digunakan. 6 Menguji dan melaras alatan dan mesin sebelum digunakan. 7 Mengesan bahagian-bahagian kerosakan seperti nat-nat yang longgar dan komponen yang retak. Pemeriksaan Alatan dan Mesin Penyenggaraan Mesin Penyenggaraan mesin bertujuan untuk memulihara, menjaga, mengendali, mengawal selia dan memastikan kemudahan kelengkapan dan persekitaran yang selamat. Berikut merupakan kepentingan penyenggaraan mesin. 1.3.4 Memeriksa alatan dan mesin sebelum digunakan. 1.3.5 Menyelenggara mesin mengikut jadual. Standard Pembelajaran Kepentingan Penyenggaraan Mesin Mengekalkan keupayaan dan mengurangkan faktor kerosakan Menjaga imej mesin. organisasi atau individu. Mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan produktif. Menjamin keselamatan pengguna. Memastikan mesin dalam keadaan selamat dan boleh digunakan. Memastikan mesin pertanian tahan lama. Memastikan mesin boleh digunakan dengan baik dan tidak mengganggu operasi kerja. Menjimatkan kos penyenggaraan kerana kerosakan dapat dikenal pasti lebih awal. Memastikan kerjakerja ladang dapat dijalankan mengikut perancangan.


32 1 Modul Jadual 1.13 menunjukkan kerja penyenggaraan jentera pertanian. Perkara Keterangan Tindakan Kotoran minyak pada alat membajak tanah Kekotoran ini terjadi akibat lelehan minyak pelincir atau gris pada mesin pertanian. Kotoran ini bertambah tebal apabila terkena habuk. Berikut adalah kesan sekiranya kekotoran ini tidak dibersihkan: (a) Kebocoran minyak pelincir sukar dikesan kerana punca lubang seperti retakan pada enjin tidak dapat dilihat dengan nyata. (b) Menggangu pengaliran sistem elektrik pada sambungan kabel mesin. (c) Komponen getah seperti tali sawat menjadi licin dan kendur. (d) Mesin menjadi kotor dan tidak menarik. Semburkan air sabun dengan penyembur air (High pressure sprayer) dan keringkan. Kekotoran tanah (selut) Kebanyakan jentera pertanian digunakan dalam kerja-kerja penyediaan tanah seperti membajak, membuat batas atau menebas semak samun. Peralatan akan menjadi kotor selepas digunakan. Berikut adalah kesan sekiranya kekotoran ini tidak dibersihkan: (a) Cepat berkarat. Komponen-komponen yang bergerak menjadi cepat ketat dan haus. (b) Kerosakan awal di bahagian luar seperti retakan sukar dikesan. (c) Penyenggaraan seperti greasing sukar dibuat kerana punat gris tersumbat. (d) Mesin menjadi kotor dan tidak menarik. Semburkan air menggunakan penyembur air (High pressure sprayer). Kekotoran habuk Habuk akan melekat pada jentera pertanian disebabkan penggunaan. Contohnya, habuk kayu melekat pada gergaji berantai selepas kerja-kerja pemotongan kayu. Tetapi habuk juga akan melekat pada mesin yang lama tidak digunakan sekiranya tidak disimpan dengan cara yang betul. Habuk ini akan menyebabkan jentera pertanian cepat menjadi karat. Bersihkan dengan berus bengkel dan penyembur angin. Jadual 1.13 Kerja penyenggaraan jentera pertanian


33 1 Modul Nama alatan kecil / jentera: Jenama / model: Bil. Tarikh Kerosakan Tindakan / Penyenggaraan Pengujian Nama Penyelia Catatan Perkara Keterangan Tindakan Kekotoran karat Jentera pertanian akan menjadi karat disebabkan: (a) Terkena hujan. (b) Pengunaan bahan kimia (baja, racun kulat, racun serangga dan racun rumpai). (c) Kekotoran seperti lumpur atau selut. (d) Terkena sisa-sisa tanaman seperti buah busuk, getah dan bunga rumpai. (e) Kelembapan udara. (f) Air masin. Bersihkan dengan semburan angin dan cat semula bahagian yang berkarat. Jadual 1.14 Contoh format jadual penyenggaraan peralatan kecil pertanian dan jentera


34 1 Modul Langkah-langkah Keselamatan Penggunaan Alatan dan Mesin 1. Semua alatan dan mesin hendaklah diperiksa dan diuji sebelum digunakan. 2. Periksa bahagian-bahagian mesin yang berskru dan ketatkan sekiranya longgar. 3. Elakkan memakai pakaian longgar dan aksesori yang labuh kerana akan mudah tersangkut dan boleh menyebabkan kemalangan. Mematuhi peraturan pemakaian yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan. 4. Memakai kasut yang sesuai untuk mengelakkan kemalangan. 5. Membaca manual penggunaan mesin dengan teliti. 6. Bagi murid perempuan, ikat rambut dengan kemas dan pakai penutup kepala supaya rambut tidak mengganggu penglihatan semasa melakukan kerja. 1. Tidak bergurau atau bermain ketika mengendalikan mesin. 2. Berhati-hati semasa mengendalikan alatan dan mesin mengikut kaedah yang diterangkan di dalam manual penggunaan. 3. Matikan suis kecemasan sekiranya berlaku kemalangan. 4. Mendengar setiap arahan yang diberikan. 5. Maklumkan kepada guru sekiranya berlaku kerosakan. 6. Jangan tinggalkan alatan tajam dan berbahaya di merata tempat. 7. Jangan biarkan mesin hidup jika tidak digunakan. 1. Bersihkan semua alatan dan mesin dengan cara yang betul. 2. Simpan semua alatan dan mesin di tempat yang betul. 3. Tutup semua alatan yang menggunakan kuasa elektrik. Sebelum Semasa Selepas 1.3.6 Mengamalkan langkahlangkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas menggunakan alatan dan mesin. Standard Pembelajaran


35 1 Modul 1.4 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGURUS LADANG Definisi Pengurus Ladang Pengurus ladang ialah seseorang yang menggerakkan matlamat organisasi kepada kejayaan dengan menggunakan manusia, wang dan sumber yang terhad, seseorang yang melaksanakan tugas berdasarkan prinsip dan perintah yang telah ditetapkan dan seseorang yang merancang kejayaan masa hadapan organisasinya. Peranan dan Tanggungjawab Pengurus Ladang 1.4.1 Menyatakan peranan dan tanggungjawab pengurus ladang. Standard Pembelajaran • Menetapkan matlamat dan objektif organisasi. • Menentukan kaedah untuk mencapainya. • Menentukan tugas yang perlu dijalankan bagi mencapai matlamat. • Pengagihan sumber. • Penjadualan. • Penyediaan sistem kawalan. Merancang (Planning) • Menyelia proses pelaksanaan. • Membuat penilaian prestasi. • Membetulkan kesalahan dan penyelewengan. • Menilai pelaksanaan perancangan. • Menentukan rangka kerja yang cekap melalui pembahagian tugas. • Membahagikan kumpulan kerja dalam bentuk, susunan atau struktur organisasi tertentu. • Memilih dan memberitahu staf mengenai sumber yang ada atau yang boleh diperoleh. • Mengambil daya usaha dan inisiatif dalam menggerakkan sesuatu. • Memimpin dan menentukan hala tuju kumpulan. • Menentukan jangka waktu dan kos. • Memberi bimbingan, latihan dan teguran dalam mencapai sesuatu matlamat. Mengelola (Organising) Mengawal (Controlling) Memimpin (Leading) Peranan dan Tanggungjawab Pengurus Ladang


36 1 Modul Sistem Pengurusan Ladang yang Baik Pengurusan ialah satu proses sosial untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli sesebuah organisasi secara sistematik, berkoordinasi serta bersama dalam mencapai sesuatu matlamat atau objektif. Sistem pengurusan ladang yang baik meliputi penetapan keutamaan objektif mingguan, pengurusan stok, pengurusan sumber manusia dan undang-undang. 1.4.2 Menerangkan sistem pengurusan ladang yang baik. Standard Pembelajaran Enam Panduan Pengurusan Penetapan Keutamaan Objektif Mingguan Menyenarai keutamaan objektif mingguan. Mengendalikan setiap dokumen sekali sahaja. Membuat senarai “Tugas yang Perlu Dibuat” setiap hari. Bertindak segera. Menumpukan perhatian kepada satu perkara pada satu masa. Menggunakan masa dengan sebaik mungkin. Sistem Pengurusan Ladang yang Baik Penetapan keutamaan objektif mingguan Pengurusan sumber manusia dan undang-undang Pengurusan stok Penetapan Keutamaan Objektif Mingguan


37 1 Modul Pengurusan Stok • Stok ialah bekalan barang yang disimpan oleh peniaga, pengusaha dan pengeluar untuk menampung permintaan atau proses pengeluaran. • Terdapat dua kategori stok, iaitu: 1. Stok gerak pantas – Stok gerak pantas ialah barang-barang yang cepat digunakan seperti tanah, pasir, bahan organik, sabut kelapa dan baja kimia. 2. Stok gerak lambat – Stok gerak lambat ialah barang-barang yang kegunaannya secara perlahan seperti kimia beracun, polibeg, pasu dan kapur. Tahukah Anda Penyimpanan stok yang terlalu banyak akan menyebabkan ruang penyimpanan terlalu sesak dan modal terikat pada stok tersebut. Info Stok bergerak pantas merupakan stok yang dapat dijual dengan cepat seperti barang keperluan harian, justeru stok ini berisiko rendah dalam masalah luput atau busuk. Menyimpan stok • Perbanyakkan bekalan stok gerak pantas. • Peniaga perlu semak baki stok dan membuat tempahan dengan pembekal secepat mungkin. • Barang kawalan perlu disimpan mengikut kuantiti yang dibenarkan. Merekod stok • Stok direkod berdasarkan maklumat yang boleh didapati daripada dokumen perniagaan seperti berikut: ✓ Borang pesanan ✓ Nota serahan ✓ Invois Menyediakan stok • Pastikan stok berada dalam keadaan baik dan selamat. • Sediakan stok dalam unitunit kecil dan dibungkus dengan rapi. Menyusun stok • Susun stok dengan kemas dan teratur supaya mudah diambil apabila diperlukan dan dapat menarik perhatian pelanggan. Langkah-langkah Pengurusan Stok Langkah 1 Langkah 4 Langkah 2 Langkah 3


38 1 Modul Pengurusan Sumber Manusia dan Undang-undang Akta Pekerjaan 1955 mengandungi peruntukan-peruntukan tentang hak dan tanggungjawab majikan dan pekerja. Penggajian Tempoh gaji dibayar • Tidak lewat dari tujuh hari selepas berakhirnya tarikh penerimaan gaji. Pendahuluan gaji • Boleh dibuat beberapa kali setahun apabila tiba musim perayaan. Jumlah maksimum yang boleh dibayar bersamaan dengan jumlah gaji yang layak diterima oleh pekerja untuk tempoh sebulan. Potongan daripada gaji • Jumlah maksimum gaji bulanan yang boleh dipotong tidak melebihi 50% gaji bulanan. Contoh potongan adalah seperti berikut: - Gaji terlebih bayar akibat kesilapan majikan. - Potongan yang dibenarkan oleh undang-undang seperti Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), zakat dan cukai pendapatan. Akta Pekerjaan 1955 Tempoh waktu bekerja Tidak bekerja melebihi • Lima jam secara berterusan tanpa rehat. • Lapan jam sehari. • Empat puluh lapan jam seminggu. Peruntukan cuti • Cuti tahunan. • Cuti sakit. • Cuti rehat sekurang-kurangya satu hari seminggu. Penamatan kerja • Penamatan kerja boleh dilakukan dalam dua keadaan: - Penamatan melalui notis - Penamatan tanpa notis Kerja lebih masa • Seseorang pekerja yang bekerja lebih daripada masa yang ditetapkan, beliau layak diberikan upah tambahan. Info Seseorang pekerja berhak mendapat cuti berbayar sekiranya sakit setelah mendapat pengesahan daripada pengamal perubatan berdaftar yang dilantik oleh majikan. Perkara ini termaktub dalam Seksyen 60F (1) Akta Pekerjaan 1955.


39 1 Modul Majikan dan pekerja yang telah bekerja selama satu bulan tanpa henti adalah wajib untuk mencarum kepada KWSP. Kadar caruman berubah dari semasa ke semasa. Pada masa ini kadar caruman yang ditetapkan ialah 12% bagi majikan dan 11% bagi pekerja. Salah sekiranya majikan dan pekerja tidak mencarum dengan KWSP. Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (KWSP) Majikan perlu mendaftarkan pekerja sebagai ahli dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan membayar caruman secara bulanan. PERKESO melindungi pekerja-pekerja berinsurans terhadap kejadian luar jangka seperti kemalangan perusahaan, penyakit khidmat dan kematian semasa menjalankan tugas. Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bertujuan untuk memelihara alam sekitar. Antaranya adalah: • Mengawal pencemaran air. • Menyelaras aktiviti pelupusan bahan buangan. • Mengawal pencemaran udara. Peranan industri dalam melindungi alam sekitar: • Menghormati dan memenuhi undang-undang berkaitan dengan alam sekitar seperti Environment Impact Assessment (EIA) sebelum memulakan sesuatu projek. • Mengurangkan pembuangan sisa-sisa industri. • Mewujudkan kaedah memproses barangan yang lebih efisien. Sebagai contoh, mengurangkan penggunaan tenaga dan bahan-bahan pembungkusan. • Mematuhi piawaian antarabangsa dalam pengeluaran dan penyimpanan bahan-bahan kimia yang bahaya dan beracun. • Mewujudkan dasar-dasar yang mementingkan pemeliharaan dan kelestarian unsur kemanusiaan serta alam sekitar. Undang-Undang Pemeliharaan Alam Sekitar EMK Elemen alam sekitar meliputi alam sekitar fizikal, biologi dan alam bina. Pengabaian alam sekitar menyebabkan ancaman fizikal atau geomorfologi terhadap kehidupan manusia seperti gangguan sistem saliran yang mengakibatkan banjir, tanah runtuh, kebakaran, pencemaran udara dan mendapan tanah.


40 1 Modul Peningkatan Produktiviti dan Kualiti Kerja Produktiviti dalam pekerjaan amat penting bagi meningkatkan kemahiran dan kualiti kerja setiap individu yang bekerja. Pengurus berperanan dalam membimbing dan memberi motivasi kepada setiap pekerja agar produktiviti dan kualiti kerja dapat ditingkatkan. Berikut merupakan bentuk motivasi yang boleh diberikan kepada pekerja. EMK Dengan menggunakan enjin carian yang sesuai, dapatkan maklumat tentang Revolusi Industri 4.0. Memberi penghargaan Kenaikan gaji Kerja berpasukan Pengurusan yang cekap Sambutan hari keluarga Mengadakan seminar Meningkatkan penguasaan teknologi dan informasi Memberikan ganjaran dalam bentuk wang, hadiah atau sijil kepada pekerja yang menyumbang kepada organisasi. Memberikan insentif kenaikan gaji kepada pekerja yang berprestasi tinggi. Merupakan cara yang berkesan untuk meningkatkan motivasi dan produktiviti pekerja. Majikan memberikan markah penilaian prestasi kerja yang tinggi sebagai motivasi kepada pekerja untuk meningkatkan kualiti kerja. Mengeratkan hubungan antara pekerja, keluarga dan majikan. Meningkatkan kepakaran dan mutu perkhidmatan pekerja. Memberi latihan kepada pekerja untuk menguasai teknologi dan informasi berkaitan dengan skop kerja masing-masing. 1.4.3 Membimbing dan memberi motivasi kepada tenaga kerja untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja. Standard Pembelajaran


41 1 Modul Rumusan Pengurusan Ladang Rekod fizikal Rekod kewangan • Rekod pembelian bahan • Rekod inventori ladang • Rekod jualan • Rekod tanaman • Rekod penggunaan bahan • Rekod penggunaan tenaga buruh Rekod Ladang Sayuran berdaun Sayuran berbuah Sayuran kekacang Sayuran umbisi Buah-buahan Tanaman bijirin Tanaman herba Jenis alat pemadam api • A: Air (kayu dan kain) • B: Buih (minyak dan gas) • ABC: Debu kering (semua jenis bahan) • BC: Karbon dioksida (cat dan alatan elektrik) Peraturan keselamatan Kerjaya • Bengkel • Alatan dan bahan • Diri • Pengeluaran • Perkhidmatan • Pembuatan • Keusahawanan Tanaman Makanan Pengendalian Alatan dan Mesin Pembersihan tapak tanaman Pembinaan batas Penyembur racun perosak Penuaian hasil Membajak Memindahkan anak pokok ke tapak tanaman Cantasan Penetapan keutamaan objektif mingguan Pengurusan sumber manusia dan undang-undang Pengurusan stok Sistem Pengurusan Merancang (Planning) Mengawal (Controlling) Mengelola (Organising) Memimpin (Leading) Pengurus Ladang


42 1 Modul 1. Berikut merupakan contoh tanaman yang ditanam di Malaysia. (a) Nyatakan definisi tanaman makanan. (b) Pada pendapat anda, mengapakah tanaman makanan sangat penting bagi sesebuah negara? 2. Rajah 1 menunjukkan sebuah alat pemadam api. (a) Labelkan bahagian alat pemadam api. Jana Minda Bahagian A A D B E C Rajah 1 (b) Nyatakan jenis bahan pemadam api di atas. (c) Nyatakan dua punca api atau bahan bakar yang sesuai dipadamkan oleh alat pemadam api ini. (d) Susun langkah kerja mengendalikan alat pemadam api mengikut urutan yang betul dengan menulis 1, 2, 3 dan 4. Halakan muncung ke dasar api mengikut arah angin pada jarak 1 – 1.5 m dari api. Layangkan muncung ke kiri dan kanan. Tarik pin keselamatan dan pegang alat pemadam api secara menegak. Tekan tuas rapat kepada pemegang.


43 1 Modul Tolak throttle lever pada kedudukan separuh terbuka. Tolak tuil choke. Buka minyak dengan fuel choke ke bawah. Tarik tali starter untuk menghidupkan enjin. (a) (b) (c) (d) (e) (f) 3. Nyatakan kegunaan alatan dan mesin berikut. 4. Susun langkah kerja penggunaan mesin rumput sandang mengikut urutan yang betul dengan menulis 1, 2, 3 dan 4.


44 1 Modul 1. Jadual 1 menunjukkan contoh belanjawan bagi satu hektar tanaman bayam. Bahagian B Jadual 1 Belanjawan ladang tanaman bayam Berdasarkan Jadual 1, hitung: (a) Jumlah kos bahan (b) Jumlah kos buruh (c) Jumlah kos pengeluaran (d) Jika jumlah hasil ialah 15,000 kg dengan harga jualan RM2.00/kg, hitung: (i) Pendapatan kasar (ii) Keuntungan (iii) Pulangan Modal (iv) Titik Pulangan Modal 2. Terdapat dua kategori stok. Nyatakan nama stok tersebut dan dua contoh bagi setiap stok. (a) Contoh: (b) Contoh: Butir-butir Kuantiti / Harga Amaun (RM) 1. Anggaran Kos Berubah (a) Anggaran Kos Bahan (i) Benih (ii) Baja Baja organik (untuk tanah mineral) NPK 15:15:15 Baja daun 15:15:6:4 (iii) Racun rumpai (iv) Racun perosak 7 kg @ RM50.00/kg 4 tan @ RM120.00/tan 0.55 tan @ RM900.00/tan 4 liter @ RM10.00/liter 4 liter @ RM10.00/liter 20 liter @ RM30.00/liter Anggaran Kos Bahan (b) Anggaran Kos Buruh (i) Penyediaan tanah dan batas (ii) Menanam dan penjarangan pokok (iii) Menyiram (iv) Mengawal rumpai (v) Mengawal serangga atau penyakit (vi) Membaja (vii)Memungut hasil Kontrak 2 tenaga kerja × 9 hari @ RM25 1 tenaga kerja × 5 hari @ RM25 5 tenaga kerja × 2 hari @ RM25 2 tenaga kerja × 2 hari @ RM25 3 tenaga kerja × 2 hari @ RM25 10 tenaga kerja × 2 hari @ RM25 500.00 Anggaran Kos Buruh 2. Anggaran Kos Tetap (i) Cukai tanah (ii) Alat-alat pengairan 1 bulan @ RM15.00 setahun 1 bulan @ RM2,000.00 setahun Anggaran Kos Tetap 3. Anggaran Kos Overhed 230.00


45 1 Modul Refleksi Tandakan (✓) pada ruangan yang sesuai. Selepas mempelajari bab ini, saya boleh: Bil. Perkara 1. Menyatakan maksud tanaman makanan. 2. Menyatakan jenis tanaman makanan. 3. Memerihalkan bidang kerjaya dalam bidang tanaman makanan. 4. Menyenaraikan peraturan dan langkah keselamatan di tempat kerja. 5. Menerangkan jenis alat pemadam api dan kaedah penggunaan. 6. Menunjuk cara penggunaan alat pemadam api. 7. Mengenal pasti punca kemalangan di bengkel. 8. Menyatakan jenis rekod ladang. 9. Menyediakan rekod ladang. 10. Memeriksa rekod ladang. 11. Menyediakan belanjawan bidang usaha tanaman. 12. Mengenal pasti alatan dan mesin mengikut penggunaan kerja. 13. Menerangkan cara penggunaan alatan dan mesin. 14. Menunjuk cara penggunaan alatan dan mesin. 15. Memeriksa alatan dan mesin sebelum digunakan. 16. Menyelenggara mesin mengikut jadual. 17. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas menggunakan alatan dan mesin. 18. Menyatakan peranan dan tanggungjawab pengurus ladang. 19. Menerangkan sistem pengurusan ladang yang baik. 20. Membimbing dan memberi motivasi kepada tenaga kerja untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja.


Click to View FlipBook Version