The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMMAD ASRI BIN MADMOR KPM-Guru, 2023-04-05 00:48:50

MODUL 8 MPV TANAMAN MAKANAN

KEUSAHAWANAN

332 KEUSAHAWANAN MODUL8 PENGENALAN Bidang keusahawanan merupakan satu bidang yang mampu menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara. Golongan generasi muda amat digalakkan untuk menceburi bidang ini. Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, seseorang itu perlulah membuat persediaan yang rapi agar dapat mengharungi rintangan dan cabaran yang mendatang. Seseorang individu yang berminat untuk menjadi seorang usahawan perlulah mempunyai ciri-ciri keperibadian seorang usahawan seperti mampu berdikari, bermotivasi dan berusaha tanpa jemu. Kerajaan melalui agensi-agensinya menyediakan pelbagai bantuan profesional yang menyokong usahawan untuk meneruskan kelangsungan aktivitinya.


333 8.1 Pengenalan Bidang Keusahawanan 8.2 Merancang Perniagaan STANDARD KANDUNGAN TANDARD KANDUNGAN KATA KUNCI • Peniaga • Usahawan • Ekonomi • Pemasaran • Perkhidmatan • Rancangan perniagaan • Produk


334 8 Modul 8.1 PENGENALAN BIDANG KEUSAHAWANAN Maksud Peniaga dan Usahawan Peniaga ialah individu yang menjalankan perniagaan iaitu aktiviti menjual dan membeli barangan atau perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan. Usahawan pula ialah individu yang menjalankan kegiatan membeli bahan atau barang daripada pengeluar, mencuba menghasilkan produk baharu yang lebih bernilai dan menjual semula untuk mendapatkan keuntungan serta memberi faedah kepada masyarakat dan negara. Sumbangan Usahawan dalam Mengembangkan Ekonomi Negara Kegiatan usahawan memberi banyak sumbangan dalam perkembangan ekonomi negara. EMK Pada hari ini, kebanyakan sisa tanaman diproses semula untuk menghasilkan produk baharu yang berguna. Contohnya, tandan kelapa sawit kosong dan hampas soya telah diproses semula untuk dijadikan makanan ternakan seperti lembu. Tahukah Anda Pengeluar Ayam Kampung Organik Permintaan terhadap produk organik semakin meningkat dalam kalangan pengguna yang semakin peka terhadap penjagaan kesihatan. Penternak ayam kampung organik menggunakan sisa tanaman seperti sisa buah nanas sebagai makanan. Ayam kampung organik yang dihasilkan mempunyai isi yang padat, kandungan lemak yang rendah dan bebas daripada ancaman hormon. Info Keusahawanan merupakan satu bidang yang mengkaji keseluruhan perlakuan dan aktiviti yang diceburi oleh usahawan seperti sifat, kemampuan, kebolehan dan kecenderungannya dalam bidang perniagaan. Semua usahawan merupakan peniaga tetapi bukan semua peniaga merupakan usahawan. Mengapa? 8.1.1 Menyatakan maksud peniaga dan usahawan. 8.1.2 Menerangkan sumbangan usahawan dalam mengembangkan ekonomi negara. Standard Pembelajaran Mewujudkan peluang pekerjaan • Mengurangkan kadar pengangguran dan kemiskinan. • Mengurangkan gejala sosial masyarakat. Mengurangkan kebergantungan negara pada barangan import • Menghasilkan produk berjenama sendiri setanding dengan barangan import. • Meningkatkan eksport negara. Meningkatkan pendapatan negara • Taraf hidup masyarakat meningkat. • Menarik minat pelabur asing. Memenuhi permintaan dan kehendak masyarakat • Menyediakan lebih banyak pilihan. • Mewujudkan lebih banyak penawaran kepada pengguna. Sumbangan Usahawan


335 8 Modul Info Risiko dalam perniagaan ialah: • Produk perniagaan tidak mendapat sambutan. • Perkhidmatan yang ditawarkan tidak mengikut kehendak pengguna. • Produk jualan rosak dan tidak tahan lama. • Pengurangan harga barang jualan atau perkhidmatan. • Berlaku penipuan dalam perniagaan. Ciri-ciri Usahawan yang Berjaya Untuk bergelar sebagai usahawan berjaya bukanlah sesuatu yang mudah. Ciri-ciri usahawan yang berjaya ialah kreatif, inovatif, berani menghadapi risiko, bijak mengambil peluang, daya usaha berterusan dan berdikari. Berkebolehan mencipta sesuatu yang baharu untuk memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat. Kreatif Mempunyai keberanian, bijak mengambil keputusan dan tindakan dalam menghadapi situasi yang tidak pasti. Berani menghadapi risiko Berinisiatif dalam meningkatkan kehidupan dan sentiasa berusaha memajukan perniagaan. Daya usaha berterusan Berkebolehan mengubah suai sesuatu yang sedia ada supaya berkualiti, menarik dan mampu bersaing dalam pasaran. Inovatif Memberikan komitmen sepenuhnya tanpa mengharapkan bantuan orang lain dalam setiap usaha yang dilakukan. Berdikari Berkeyakinan untuk meneroka bidang baharu dan merebut peluang yang sedia ada dalam persekitaran pasaran. Bijak mengambil peluang 8.1.3 Menjana idea ciri usahawan yang berjaya. Standard Pembelajaran PAK Sketsa 1. Murid berada dalam kumpulan dan membuat cabutan undi berkaitan topik perbincangan ciri-ciri usahawan berjaya seperti yang berikut: • Kreatif • Inovatif • Sanggup menghadapi risiko • Bijak mengambil peluang • Daya usaha berterusan • Berdikari 2. Murid dikehendaki membuat satu sketsa bagi menerangkan ciri usahawan yang tertera pada kertas undi. 3. Murid lain menonton sketsa yang dipersembahkan dan membuat rumusan.


336 8 Modul EMK Keusahawanan Membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi budaya dalam kalangan murid serta membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke dalam pasaran. Prosedur Pendaftaran Perniagaan Sebelum mendaftarkan perniagaan, pemilik perniagaan perlu menentukan terlebih dahulu jenis milikan perniagaan yang ingin dijalankan. Jenis-jenis milikan perniagaan adalah seperti berikut: Setiap pemilik perniagaan perlu membuat pendaftaran perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum memulakan perniagaan. Pemilik perniagaan jenis milikan tunggal dan perkongsian perlu melalui prosedur berikut: Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tidak terpakai di Sabah dan Sarawak. Bagaimanakah usahawan dari Sabah dan Sarawak boleh mendaftarkan perniagaannnya? Kod QR Layari laman sesawang http://arasmega.com/qr-link/ pendaftaran-perniagaan-suruhanjaya-syarikat-malaysia-ssm/ untuk mengetahui cara membuat pendaftaran perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). (Dicapai pada 10 Oktober 2019). Mendapatkan kelulusan nama perniagaan yang akan digunakan. Melengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan (Borang A). Menghantar borang berserta dokumen sokongan dan yuran pendaftaran ke SSM. Info Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berperanan sebagai: • Mentadbir Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. • Menerima pendaftaran pemilik perniagaan milikan tunggal dan perkongsian yang menjalankan perniagaan di Semenanjung Malaysia. SSM beroperasi di bawah akta seperti Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 (Akta 614) dan Akta Syarikat 2016 (Akta 125). Ciri-ciri Milikan tunggal Perkongsian Syarikat Berhad Menurut Syer Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) Biasa Berhad Syarikat Persendirian Syarikat Awam Milikan Seorang 2 – 20 orang 2 – 50 orang 1 – 50 orang 1 – tiada had 2 – tiada had Sumbangan modal Sumbangan pemilik sendiri Sumbangan rakan kongsi Jualan saham Sumbangan rakan kongsi Liabiliti peribadi Liabiliti tidak terhad Liabiliti tidak terhad • Liabiliti terhad • Tanggungan setiap ahli terhad kepada jumlah syer yang dimiliki. • Tiada liabiliti peribadi • Liabiliti yang ditanggung setakat modal yang dilaburkan sahaja Agihan keuntungan Sendiri Antara rakan kongsi Antara rakan kongsi Dividen Dividen dan bonus Antara rakan kongsi Jenis milikan perniagaan


337 8 Modul Contoh borang pendaftaran perniagaan milikan tunggal dan perkongsian


338 8 Modul


339 8 Modul Perbezaan Peniaga dan Usahawan Terdapat enam aspek perbezaan antara peniaga dan usahawan seperti yang dinyatakan di bawah. Guru boleh merancang satu simulasi untuk membezakan antara peniaga dan usahawan di dalam kelas. NOTA GURU 8.1.4 Membanding beza peniaga dan usahawan. Standard Pembelajaran Peniaga Aspek perbandingan Usahawan Memilih perniagaan yang terbukti memberi keuntungan kepada peniaga-peniaga lain. Jenis perniagaan Meneroka perniagaan baharu yang berpotensi dan yang belum diterokai orang lain. Meraih keuntungan semata-mata. Matlamat Memuaskan kehendak dan keinginan pelanggan. Menjalankan aktiviti jual beli tanpa mewujudkan pembaharuan dan hanya menjual hasil pembaharuan yang diwujudkan oleh usahawan. Perkhidmatan Berusaha mewujudkan pembaharuan kepada barang atau perkhidmatan yang ditawarkan. Lebih cenderung untuk bersendirian. Skop perniagaan Mewujudkan rangkaian usahawan dan menggunakan rangkaian tersebut untuk mendapatkan maklumat, mencari peluang dan menyelesaikan masalah. Memenuhi permintaan sedia ada dan mudah berpuas hati dengan pencapaian sedia ada. Inisiatif Mencari peluang dan mengambil risiko secara berhemah, berpandangan jauh, berwawasan dan berkeyakinan diri. Memberi keutamaan kepada keuntungan jangka pendek. Keuntungan Cenderung kepada keuntungan jangka panjang. Jadual 8.1 Perbezaan antara peniaga dan usahawan


340 8 Modul Peranan Agensi Kerajaan dalam Membantu Usahawan Kerajaan membantu usahawan melalui agensi-agensi tertentu. Bentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan adalah seperti berikut. 8.1.5 Membanding peranan agensi kerajaan dalam membantu usahawan. Standard Pembelajaran Bentuk Bantuan Kerajaan kepada Usahawan Bimbingan dan latihan. Program pembangunan dan khidmat nasihat. Kemudahan infrastruktur dan prasarana. Memberi galakan. Kajian dan penyelidikan. Bantuan kewangan. 7 1 5 3 6 2 4 Pemasaran.


341 8 Modul Bentuk bantuan Agensi dan logo Peranan Bimbingan dan latihan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Berperanan dalam memberikan bimbingan dan latihan kepada usahawan. Secara umumnya seperti: • Bimbingan perniagaan • Program motivasi • Pengurusan perniagaan • Pengurusan perakaunan dan simpan kira • Latihan dan kemahiran • Pensijilan Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN) Institut Kemahiran Belia Negara Kemudahan infrastruktur dan prasarana Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA Holdings Berhad) Berperanan menyediakan kemudahan infrastruktur atau prasarana seperti ruang niaga, sistem komunikasi, jalan raya dan pelabuhan. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) Kajian dan penyelidikan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM Berhad) Membantu usahawan meningkatkan kecekapan, pencapaian teknologi pengeluaran, mengekalkan dan meningkatkan mutu produk. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) • Melaksanakan kajian dan penyelidikan terhadap produk pertanian. • Meningkatkan mutu keluaran produk pertanian. • Menghasilkan baka baharu bagi keperluan keusahawanan tani. Jadual 8.2 Perbandingan peranan agensi kerajaan dalam sektor pertanian


342 8 Modul Bentuk bantuan Agensi dan logo Peranan Pemasaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) • Berperanan memasarkan produk agromakanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta produk-produk industri asas tani yang lain. • Memperkukuhkan bekalan melalui program ladang kontrak. • Memperluaskan akses pasaran. • Meningkatkan promosi pasaran tempatan dan eksport. Bantuan kewangan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) Berperanan memberikan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman. Secara umumnya seperti: • Skim pinjaman atau pembiayaan • Pinjaman berpenggal • Pembiayaan perniagaan am • Skim rancangan berniaga kecil-kecilan • Bimbingan pengurusan dan keusahawanan • Perkhidmatan menyewa jentera • Projek pembangunan • Pinjaman pembelian aset Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad (MIDF Berhad) Agrobank Majlis Amanah Rakyat (MARA) Sumbangan kewangan seperti: • Skim pembiayaan am • Skim pembiayaan pengangkutan • Skim pembiayaan profesional • Skim pembiayaan kecil Perbadanan Jaminan Kredit Malaysia (CGC) Sumbangan kewangan seperti: • Skim jaminan laluan terus • Skim jaminan anjal I-Guarantee


343 8 Modul PAK Perbincangan Meja Bulat Murid berada dalam kumpulan perbincangan. Setiap kumpulan dikehendaki mencari maklumat melalui capaian Internet mengenai: (a) Agensi-agensi kerajaan yang membantu usahawan (b) Peranan setiap agensi kerajaan (c) Jenis bantuan yang disediakan oleh setiap agensi kerajaan Hasil perbincangan disediakan dalam bentuk tayangan slaid. Sesi perbincangan secara komunikasi dua hala. Aktiviti Bazli ingin memulakan perniagaan menjual minuman air balang. Dia telah memilih pasar tani sebagai lokasi perniagaannya. Anggaran modal yang diperlukan ialah RM2,500 bagi membeli peralatan dan bahan mentah. Cadangkan dan jelaskan peranan agensi kerajaan yang boleh membantu Bazli untuk: (a) Mendapatkan khidmat nasihat (b) Mendapatkan sumber kewangan Bentuk bantuan Agensi dan logo Peranan Memberi galakan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) Memberi galakan kepada usahawan untuk memajukan perniagaan usahawan. Antara yang diberikan ialah pemberian taraf perintis, perlindungan daripada persaingan luar negara dan galakan eksport. Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Program pembangunan dan khidmat nasihat Lembaga Pertubuhan Peladang Berperanan menyediakan program pembangunan usahawan ladang dan memberi khidmat nasihat. Antaranya: • Pengurusan dan pembangunan sumber manusia • Mekanisasi atau automasi ladang • Infrastruktur dan bekalan ladang • Teknologi lepas tuai • Teknologi pemprosesan makanan • Pemasaran • Pengembangan dan khidmat nasihat Jabatan Pertanian Berperanan menyediakan program pembangunan usahawan ladang dan memberi khidmat nasihat. Antaranya: • Kursus keusahawanan pemprosesan makanan • Program sijil pertanian • Program inkubator usahawan belia tani • Kursus petani dan usahawan • Program Sijil Kemahiran Malaysia


344 8 Modul Tajuk Keusahawanan Objektif Membandingkan peranan agensi kerajaan dalam membantu usahawan. Arahan Murid dikehendaki mengumpul maklumat berkaitan agensi yang membantu usahawan dan membandingkan peranan setiap agensi tersebut. Aktiviti PENILAIAN Senarai Semak Kerja Bil. Tahap Pencapaian Terampil Tidak Terampil Catatan A. Proses Kerja 1. Mengumpul maklumat agensi yang membantu usahawan. 2. Membuat perbandingan peranan agensi yang membantu usahawan. B. Hasil Kerja 1. Maklumat agensi yang membantu usahawan dikumpulkan. 2. Peranan agensi yang membantu usahawan dibandingkan. C. EMK 1. Bekerjasama ketika melakukan tugasan. 2. Mematuhi arahan yang telah ditetapkan. ( ) Tandatangan & Nama Murid Tarikh: ( ) Tandatangan & Nama Guru Tarikh: Skop Agensi Peranan Khidmat nasihat Bantuan kewangan Kajian dan penyelidikan Bimbingan dan latihan Jadual 8.3 Perbandingan peranan agensi kerajaan yang membantu usahawan


345 8 Modul Strategi Pemasaran dan Perkhidmatan dalam Bidang Tanaman Strategi pemasaran adalah satu proses tindakan dan kaedah yang dilakukan oleh seorang pengusaha untuk mencapai sasaran pengeluarannya. Strategi pemasaran merangkumi perkara-perkara yang berikut. 8.1.6 Mencadangkan strategi pemasaran dan perkhidmatan dalam bidang tanaman. Standard Pembelajaran Produk • Perkara yang perlu diberi pertimbangan ialah nama atau jenama, kualiti, reka bentuk, kepelbagaian produk, pembungkusan, saiz, perkhidmatan, jaminan dan ganjaran. Tahukah Anda Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan agensinya berperanan untuk merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program-program pembangunan usahawan yang merangkumi aktiviti-aktiviti seperti berikut: • Menggubal dasar, merangka strategi dan program pembangunan usahawan. • Melaksana, menyelaras dan memantau program-program pembangunan keusahawanan di peringkat Persekutuan dan Negeri. • Mengenal pasti dan membangunkan peluang-peluang perniagaan yang berpotensi untuk disertai oleh usahawan. • Mewujudkan kerjasama dan jaringan strategik dengan agensi-agensi kerajaan, institusi penyelidikan serta pihak swasta meliputi bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), kualiti, piawaian, pengurusan, pemindahan teknologi dan pemasaran untuk membangunkan usahawan. Harga • Mengambil kira permintaan pengguna, kos pengeluaran dan juga persaingan untuk menentukan harga. Agihan/ Lokasi • Merujuk kepada lokasi produk dipasarkan. • Pemilihan tempat penjualan yang strategik penentu kepada kejayaan pemasaran produk. Promosi • Kaedah untuk menyampaikan maklumat, memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk memiliki barangan atau perkhidmatan. • Dapat mengekalkan kesetiaan pengguna kepada produk yang ditawarkan.


346 8 Modul Strategi perkhidmatan melibatkan aktiviti yang menawarkan pengetahuan, kepakaran dan tenaga kepada pengguna. Antara perkhidmatan dalam bidang tanaman termasuklah: Kajian dan penyelidikan Khidmat nasihat Kejuruteraan pertanian Penyelenggaraan Latihan usahawan tani Khidmat sokongan teknikal Perkhidmatan pensijilan kualiti Penguatkuasaan undang-undang • Dari aspek bioteknologi, transformasi genetik, pembiakan mikro dan pengklonan. • Contohnya, kajian dan penyelidikan ke atas baka tanaman untuk menghasilkan varieti baharu yang lebih berdaya tahan penyakit. • Memberi khidmat nasihat kepada pengusaha mengenai aplikasi teknologi pertanian yang sesuai digunakan, pengawalan perosak tanaman dan kaedah penanaman terbaik yang boleh diamalkan. • Menghasilkan inovasi dan teknologi meliputi kecekapan jentera, penyimpanan dan pemprosesan produk. • Menyelenggara peralatan, mesin dan jentera agar dapat berfungsi dengan lebih cekap. • Bertujuan untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir bagi memenuhi keperluan tenaga kerja. • Pendedahan kepada kemahiran dan operasi pengeluaran komersial. • Akta Racun Makhluk Perosak 1974 • Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 • Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 • Kawalan perosak tanaman. • Pendaftaran kultivar tanaman buah-buahan. • Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) • Skim Persijilan Organik Malaysia (myORGANIK)


347 8 Modul Jadual 8.4 Contoh strategi pemasaran dan perkhidmatan dalam bidang tanaman makanan Rajah 8.1 Contoh label pembungkusan produk bagi kerepek pisang keju Jenama Maklumat pemakanan Jaminan pelanggan Kod bar Tarikh luput Nama dan alamat pengeluar Nama produk Berat Senarai ramuan Arahan membuka Arahan penyimpanan Informasi alam sekitar Ilustrasi Harga Kata-kata tarikan Produk yang dipasarkan Kerepek Pisang Keju Jenama PERTAMA Ciri-ciri pembungkusan produk • Ergonomik • Mudah dibuka dan ditutup • Mudah disimpan dan dipamerkan • Mudah dilupuskan • Mesra alam Keterangan pada label pembungkusan • Nama produk • Jenama • Ilustrasi • Berat • Maklumat pemakanan • Kata-kata tarikan • Jaminan pelanggan • Nama dan alamat pengeluar Harga produk • Harga mampu milik • Harga berpatutan • Mengambil kira kos pengeluaran dan permintaan pengguna Agihan/ Lokasi Pemasaran dilakukan di: • Pasar malam • Pasar tani • Pasar awam • Pasar raya Promosi Pemasaran melalui dua kaedah, iaitu: • Jualan langsung • Promosi jualan • Tarikh luput • Kod bar • Harga • Senarai ramuan • Arahan membuka • Arahan penyimpanan • Informasi alam sekitar


348 8 Modul Aktiviti PENILAIAN Senarai Semak Kerja Bil. Tahap Pencapaian Terampil Tidak Terampil Catatan A. Proses Kerja 1. Melakarkan pembungkusan produk untuk dipasarkan. 2. Melabelkan ciri-ciri pembungkusan yang ada pada reka bentuk yang dihasilkan. B. Hasil Kerja 1. Pembungkusan produk dilakarkan. 2. Pembungkusan produk dilabelkan. C. EMK 1. Bekerjasama ketika melakukan tugasan. 2. Mematuhi arahan yang telah ditetapkan. ( ) Tandatangan & Nama Murid Tarikh: ( ) Tandatangan & Nama Guru Tarikh: Lakaran Reka Bentuk Pembungkusan Produk untuk Dipasarkan Tajuk Keusahawanan Objektif Mencadangkan strategi pemasaran dan perkhidmatan dalam bidang tanaman makanan. Arahan Murid dikehendaki melakar reka bentuk label pembungkusan produk yang mengandungi: • Nama produk • Jenama • Ilustrasi • Berat • Maklumat pemakanan • Kata-kata tarikan • Jaminan pelanggan • Nama dan alamat pengeluar • Tarikh luput • Kod bar • Harga • Senarai ramuan • Arahan membuka • Arahan penyimpanan • Informasi alam sekitar


349 8 Modul 8.2 PERANCANGAN PERNIAGAAN Rancangan Perniagaan Rancangan perniagaan adalah satu pelan yang menggariskan segala aktiviti dan tindakan dalam perniagaan bagi satu tempoh masa tertentu secara terperinci dan menyeluruh. Rancangan perniagaan juga disebut sebagai kertas kerja atau kertas projek. Antara garis panduan yang perlu ada dalam rancangan perniagaan merangkumi: PAK Gallery Walk 1. Murid berada dalam kumpulan perbincangan. 2. Murid dikehendaki berbincang untuk menyediakan rancangan organisasi bagi perniagaan “Melon Berjaya”. Perniagaan ini mengusahakan dan memasarkan tanaman melon. 3. Tajuk kumpulan perbincangan. • Kumpulan 1: Carta organisasi perniagaan. • Kumpulan 2: Spesifikasi tugas mengikut jawatan. • Kumpulan 3: Menyediakan senarai keperluan pejabat. • Kumpulan 4: Merangka jadual imbuhan atau gaji serta insentif yang diberikan. 8.2.1 Menyatakan maksud rancangan perniagaan. Standard Pembelajaran Rajah 8.2 Garis panduan dalam rancangan perniagaan Rancangan pemasaran Rancangan organisasi Garis Panduan Rancangan Perniagaan Rancangan kewangan Rancangan operasi


350 8 Modul Pemasaran Pemasaran adalah satu proses merancang dan melaksanakan penyediaan produk, penentuan harga, saluran agihan atau lokasi penjualan dan promosi sesuatu idea, barangan atau perkhidmatan. Pemasaran dilakukan supaya dapat merangka penjualan yang akan memberikan kepuasan kepada individu yang menjadi pembeli. Pemasaran meliputi beberapa aspek yang berikut. Tahukah Anda Pemasaran bertujuan untuk mewujudkan permintaan yang berkesan dalam kalangan pengguna serta memberi keuntungan kepada pengeluar. Kepentingan Rancangan Perniagaan Rancangan perniagaan perlu disediakan terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan. Menyediakan garis panduan dalam usaha memulakan perniagaan • Menyediakan panduan semua aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh sesebuah perniagaan. • Garis panduan kepada pemilik dan kakitangan perniagaan dalam proses mengurus dan melaksanakan perniagaan. Mengurangkan kesilapan komunikasi bagi meyakinkan pihak agensi • Meyakinkan pihak tertentu seperti bank dan agensi kerajaan bagi tujuan pinjaman dan insentif perniagaan. Menggalakkan penggunaan sumber yang cekap • Sumber dalam perniagaan meliputi sumber tenaga manusia dan sumber bahan mentah. • Penggunaan sumber yang cekap dapat menghasilkan pengeluaran yang optimum. Mengoptimumkan penggunaan masa dan sumber • Produktiviti akan meningkat apabila penggunaan masa dan sumber dioptimumkan. • Sikap membuang masa dan membazirkan sumber akan menyebabkan kemerosotan produktiviti. Menyediakan strategi pemasaran • Memudahkan pemilik perniagaan mengambil tindakan bagi mencapai sasaran pengeluarannya. 8.2.2 Menyatakan maksud pemasaran. 8.2.3 Menjelaskan kepentingan rancangan perniagaan. Standard Pembelajaran Maklumat pesaing Kaedah pemasaran Keperluan pelanggan Potensi untuk meluaskan perniagaan


351 8 Modul Agensi yang Membantu dalam Perniagaan Bantuan perniagaan diperlukan bagi melancarkan urusan perniagaan. Terdapat beberapa agensi yang membantu perniagaan di Malaysia. Dengan adanya agensi-agensi yang membantu perniagaan telah menggalakkan orang ramai untuk menceburi bidang perniagaan. 8.2.4 Mengenal pasti agensi yang membantu dalam perniagaan. Standard Pembelajaran Majlis Amanah Rakyat (MARA) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) TEKUN Nasional (TEKUN) Agrobank Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perbadanan Jaminan Kredit Malaysia (CGC) Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Telekom Malaysia Berhad (TM) Institut Penyelidikan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM Berhad) Di samping itu, bantuan daripada agensi-agensi ini dapat memajukan taraf hidup diri dan mengembangkan perniagaan sekali gus memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara. Berikut merupakan agensi-agensi yang membantu dalam perniagaan. Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia)


352 8 Modul Elemen Pemasaran Terdapat empat elemen pemasaran, iaitu: Produk terdiri daripada barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengeluar kepada sasaran pasaran. Produk 8.2.5 Menerangkan elemen pemasaran. Standard Pembelajaran Produk Barang • Anak Pokok • Baja Perkhidmatan • Menservis jentera atau mesin • Khidmat nasihat Produk Elemen Pemasaran Agihan/ Lokasi Harga Promosi Menentukan strategi untuk mempromosikan produk keluaran. Menentukan saluran agihan yang sesuai supaya produk sampai kepada pengguna akhir. Menentukan jenis produk yang akan diterima oleh pengguna. Menentukan harga yang berpatutan. Rajah 8.3 Empat elemen pemasaran


353 8 Modul Produk yang hendak dipasarkan perlulah menepati kehendak pengguna. Antara ciri-ciri produk yang memenuhi kehendak pengguna ialah: Berikut merupakan contoh pembungkusan produk yang dapat menarik minat pengguna untuk membeli. Info Pengguna lebih tertarik pada produk yang bermanfaat kepada diri mereka. Oleh sebab itu, pengeluar haruslah mengambil kira kehendak dan keperluan pengguna dalam menghasilkan sesebuah produk. Reka bentuk Kualiti Warna Pembungkusan Jenama Jaminan pengeluar Pengguna akan tertarik pada produk yang mempunyai bentuk yang menarik dan saiz yang sesuai. Produk berkualiti dan bermutu akan memberikan kepuasan kepada pengguna. Warna yang cantik dan menarik. Pembungkusan yang baik, iaitu: • menarik • senang dibuka dan ditutup • mudah dibawa • mudah disimpan • maklumat lengkap Jenama yang baik, iaitu: • senang disebut • senang diingati • dikenali ramai • tidak menimbulkan emosi negatif Jaminan yang perlu ditepati oleh pengeluar kepada pengguna dari segi kegunaan produk. Rajah 8.4 Contoh pembungkusan produk


354 8 Modul Agihan/ Lokasi Harga Info Kualiti sesuatu produk akan mempengaruhi harga yang ditawarkan oleh pengeluar. Faktor-faktor penentuan harga terdiri daripada empat elemen, iaitu: Terdapat lima saluran agihan/ lokasi produk, iaitu: Sekiranya permintaan tinggi ke atas sesebuah produk, maka harga produk yang dikenakan tinggi. Kewujudan ramai pesaing akan mewujudkan paras harga yang boleh diterima oleh semua pihak. Kos pengeluaran produk yang tinggi akan meningkatkan harga ke atasnya. Penetapan harga bagi barangan kawalan oleh kerajaan selaras dengan Akta Kawalan Harga 1946. Jenis keluaran Persaingan Kos pengeluaran Undang-undang Pengeluar-Pengguna • Pengeluar memasarkan produk mereka secara terus kepada pengguna tanpa melibatkan pemborong dan peruncit. • Sesuai digunakan ke atas: (a) produk tempahan khas seperti cacing vermikompos. (b) perkhidmatan menservis. (c) perniagaan pesanan mel. (d) produk yang tidak mempunyai permintaan yang tetap. Pengeluar-Peruncit-Pengguna • Pengeluar menjual kepada peruncit tanpa melibatkan orang tengah. • Sesuai digunakan ke atas: (a) produk yang memerlukan perkhidmatan langsung. (b) produk tahan lama yang permintaan tidak tetap seperti baja dan medium tanaman.


355 8 Modul Pengeluar-Ejen-Peruncit-Pengguna • Pengeluar melantik ejen untuk mengedarkan produknya kepada peruncit dan pengguna. • Sesuai digunakan ke atas produk seperti jentera, mesin, baja dan racun perosak. Promosi Terdapat empat kaedah promosi, iaitu: Pengeluar-Pemborong-Peruncit-Pengguna • Pengeluar menjual secara pukal kepada pemborong. • Pemborong akan memecah pukal sebelum dijual kepada peruncit. • Peruncit menjual produk kepada pengguna dalam kuantiti kecil. • Sesuai digunakan ke atas produk keperluan harian. Pengeluar-Ejen-Pemborong-Peruncit-Pengguna • Pengeluar melantik ejen sebagai wakil bagi tujuan pengedaran produk. • Pengeluar tidak mempunyai pengetahuan mengenai pasaran produk. • Sesuai digunakan ke atas produk yang melibatkan perniagaan eksport dan import. Kaedah Promosi Pengiklanan Jualan langsung Promosi jualan Publisiti Memperkenalkan produk melalui media massa seperti radio, televisyen, surat khabar, majalah dan papan iklan. Promosi produk secara terus. Demonstrasi, sampel percuma serentak dengan pengiklanan. Aktiviti tajaan dalam bentuk berita atau rencana melalui media massa.


356 8 Modul Jadual Kerja Penghasilan Produk atau Perkhidmatan untuk Dipasarkan Sebelum melakukan pemasaran produk, pengusaha perlu menyediakan satu jadual kerja dengan tujuan yang berikut. EMK Keusahawanan • Membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan. • Membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke pasaran. Kreativiti dan Inovasi Kebolehan menggunakan imaginasi untuk menghasilkan idea baharu dan mengaplikasikan kreativiti untuk mempraktikkan idea. Aktiviti Murid dikehendaki menyediakan cadangan jadual kerja penghasilan produk untuk dipasarkan. 8.2.6 Menghasilkan jadual kerja penghasilan produk atau perkhidmatan untuk dipasarkan. Standard Pembelajaran Pelaksanaan projek berjalan secara sistematik dan lancar. Memudahkan anggaran kos modal dibuat. Tujuan Penyediaan Jadual Kerja Produk Projek dapat disempurnakan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Penggunaan dan pengurusan sumber, masa dan tenaga yang cekap. Rajah 8.5 Tujuan penyediaan jadual kerja penghasilan produk


357 8 Modul Jadual 8.5 Contoh jadual kerja penghasilan produk untuk dipasarkan Info Rancangan operasi perniagaan terdiri daripada: • Carta aliran proses operasi • Keperluan bahan mentah • Senarai mesin dan peralatan • Susun atur ruang operasi • Perbelanjaan operasi perniagaan • Pembahagian tugas pekerja bahagian operasi Nama Projek Memproses Bahan Mentah kepada Produk Akhir Objektif 1. Memproses bahan mentah menjadi bahan siap. 2. Memasarkan produk akhir kepada pengguna. Keterangan Projek Nama Produk Sos Cili Kuantiti Pengeluaran 100 botol Sasaran Pasaran Penduduk Kg. Bandar, Selangor dan kawasan berhampiran Agihan/ Lokasi Pasaran Premis perniagaan seperti restoran, kafe, kawasan kejiranan berhampiran Promosi 1. Jualan Langsung 2. Promosi Jualan Jadual Kerja Projek Bil. Aktiviti Minggu 1 2 3 4 5 6 1. Mengenal pasti kaedah pemprosesan produk. ✓ 2. Mengenal pasti kaedah pembungkusan produk. ✓ 3. Merancang strategi pemasaran. ✓ 4. Mengenal pasti bahan mentah dan peralatan yang diperlukan. ✓ 5. Menyediakan senarai bahan, peralatan dan mesin yang diperlukan. ✓ 6. Menyediakan bahan, peralatan dan mesin yang diperlukan. ✓ 7. Membuat pemprosesan dan pembungkusan produk. ✓ 8. Menyediakan dan memasang label pada pembungkusan. ✓ 9. Melakukan penyimpanan produk sebelum dipasarkan. ✓ 10. Melaksanakan strategi pemasaran yang dirancang. ✓ 11. Produk akhir berada di pasaran. ✓


358 8 Modul Format Rancangan Perniagaan Setiap pengusaha perlu menyediakan rancangan perniagaan sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Berikut merupakan format rancangan perniagaan. A. Latar Belakang i. Nama dan alamat syarikat. ii. Bentuk perniagaan dan projek yang diusahakan. iii. Tarikh memulakan perniagaan. iv. Tarikh pendaftaran dan nombor pendaftaran. B. Aspek Pemasaran i. Pelanggan sasaran. ii. Jangkaan bilangan pelanggan. iii. Strategi promosi. iv. Cara pengedaran. v. Penentuan harga. vi. Anggaran belanja pemasaran. C. Garis Kasar Aspek Pengeluaran atau Operasi i. Proses penghasilan keluaran atau perkhidmatan. ii. Anggaran kuantiti keluaran. iii. Anggaran kos pengeluaran. (a) Kos bahan (b) Kos buruh (c) Kos overhed • Jumlah kos pengeluaran D. Aspek Kewangan i. Kos pelaksanaan projek. (a) Perbelanjaan pengurusan (b) Perbelanjaan pengeluaran (c) Perbelanjaan pemasaran (d) Perbelanjaan kewangan (e) Pembelian aset tetap (f) Perbelanjaan lain (g) Perbelanjaan luar jangka • Jumlah kos projek ii. Sumber pembiayaan projek. (a) Simpanan sendiri (b) Pinjaman (jika ada) • Jumlah pembiayaan projek E. Anggaran Aliran Wang Tunai F. Anggaran Untung Rugi 8.2.7 Menyediakan satu rancangan perniagaan berdasarkan format yang ditetapkan. Standard Pembelajaran


359 8 Modul Contoh Penyediaan Rancangan Perniagaan Mengikut Format yang Ditetapkan Pengenalan Perniagaan ini mengusahakan projek pemprosesan sos cili. Anggaran pengeluaran sebanyak 2000 botol sebulan. Harga sos cili untuk 500 g atau satu botol di pasaran ialah RM6.00. A. Latar Belakang B. Aspek Pemasaran Nama Perniagaan Pertama Kurnia Alamat Perniagaan Lot 789, Jln. Kurnia, Kg. Sg. Buaya, 42700 Banting Bentuk Perniagaan Milikan Tunggal Projek yang Diusahakan Pemprosesan sos cili Tarikh Memulakan Perniagaan 5 Januari 2020 Tarikh Pendaftaran 5 Januari 2020 Nombor Pendaftaran 0000123456-H Pelanggan Sasaran Komuniti Taman Banting Baru Jangkaan Bilangan Pelanggan 2000 orang Strategi Promosi Promosi Jualan dan Jualan Langsung Cara Pengedaran 1. Pengeluar-Pengguna 2. Pengeluar-Peruncit-Pengguna Penentuan Harga Jenis Keluaran – permintaan tinggi daripada pengguna Anggaran Perbelanjaan Pemasaran RM200


360 8 Modul Info Rancangan kewangan dalam rancangan perniagaan meliputi kos atau modal memulakan sesebuah projek, sumber pembiayaan dan pelan pembayaran balik pinjaman. C. Garis Kasar Aspek Pengeluaran atau Operasi D. Aspek Kewangan Proses Penghasilan Keluaran atau Perkhidmatan 2 kali sebulan Anggaran Kuantiti Keluaran 2000 botol Anggaran Kos Pengeluaran • Kos Bahan • Kos Buruh • Kos Overhed RM1200 RM500 RM700 Jumlah Kos Pengeluaran RM2400 Kos Pelaksanaan Projek • Perbelanjaan Pengurusan • Perbelanjaan Pengeluaran • Perbelanjaan Pemasaran • Perbelanjaan Kewangan • Pembelian Aset Tetap • Perbelanjaan Lain • Perbelanjaan Luar Jangka RM1050 RM2400 RM200 - RM8000 RM2930 RM850 Jumlah Kos Projek RM15,430 Sumber Pembiayaan Projek • Simpanan Sendiri • Pinjaman (jika ada) RM20,000 Tiada Jumlah Pembiayaan Projek RM20,000


361 8 Modul Pertama Kurnia Anggaran Aliran Wang Tunai Butiran Bulan Januari Februari Mac April A. Baki tunai awal B. PENERIMAAN TUNAI i. Modal ii. Pinjaman iii. *Anggaran jualan RM20,000 RM12,000 RM16,570 RM12,180 RM25,050 RM12,360 RM33,660 RM12,540 JUMLAH PENERIMAAN TUNAI RM32,000 RM12,180 RM12,360 RM12,540 C. PERBELANJAAN TUNAI i. Perbelanjaan pengurusan • Sewa • Alat tulis ii. Perbelanjaan pengeluaran • **Bahan • Buruh • Overhed (bil air, elektrik, telefon) iii. Perbelanjaan pemasaran • Pengiklanan • Tambang iv. Perbelanjaan kewangan • Faedah pinjaman • Bayaran balik pinjaman v. Pembelian aset tetap • Mesin dan peralatan vi. Perbelanjaan lain • Daftar perniagaan • Lesen perniagaan • Deposit premis • Deposit (air, elektrik, telefon) vii. ***Perbelanjaan luar jangka RM1000 RM50 RM1200 RM500 RM700 RM100 RM100 - - RM8000 RM30 RM200 RM2000 RM700 RM850 RM1000 RM50 RM1250 RM500 RM700 RM100 RM100 - - RM1000 RM50 RM1300 RM500 RM700 RM100 RM100 - - RM1000 RM50 RM1350 RM500 RM700 RM100 RM100 - - JUMLAH PERBELANJAAN TUNAI RM15,430 RM3700 RM3750 RM3800 D. LEBIHAN ATAU KURANGAN (Jumlah penerimaan tunai – jumlah perbelanjaan tunai) RM16,570 RM8480 RM8610 RM8740 E. ANGGARAN BAKI AKHIR (A + D jika lebihan) (A - D jika kurangan) RM16,570 RM25,050 RM33,660 RM42,400 *Anggaran kenaikan jualan setiap bulan sebanyak RM180 = 30 botol. **Anggaran kenaikan belian bahan mentah setiap bulan sebanyak RM50. ***Dianggarkan perbelanjaan luar jangka hanya pada bulan Januari sahaja.


362 8 Modul Pertama Kurnia Anggaran Untung Rugi Bagi Tempoh Berakhir 31 Disember 2020 *JUALAN RM155,880 Kos jualan (barang atau perkhidmatan) Stok awal - Tambah: Kos pengeluaran/ Belian (**Kos bahan mentah + kos buruh + kos overhed + pembelian aset tetap) RM40,100 RM40,100 Tolak: Stok akhir RM1500 KOS JUALAN (Stok awal + Kos pengeluaran) – Stok akhir RM38,600 UNTUNG KASAR (Jualan – Kos jualan) RM117,280 TOLAK PERBELANJAAN Perbelanjaan pengurusan Perbelanjaan pemasaran Perbelanjaan kewangan Perbelanjaan lain Perbelanjaan luar jangka RM12,600 RM2400 - RM2930 RM850 JUMLAH PERBELANJAAN (Perbelanjaan pengurusan + perbelanjaan pemasaran + perbelanjaan kewangan + perbelanjaan lain + perbelanjaan luar jangka) RM18,780 KEUNTUNGAN OPERASI (Untung kasar – jumlah perbelanjaan) RM98,500 TAMBAH PENDAPATAN LAIN (Jika ada) - KEUNTUNGAN SEBELUM CUKAI (Keuntungan operasi + pendapatan lain) RM98,500 ***Tolak cukai 10% bagi keuntungan RM9850 KEUNTUNGAN BERSIH SELEPAS CUKAI (Keuntungan sebelum cukai – Cukai bagi keuntungan) RM88,650 *Anggaran kenaikan jualan setiap bulan sebanyak RM180 = 30 botol. **Anggaran kenaikan belian bahan mentah setiap bulan sebanyak RM50. ***Anggaran cukai yang dikenakan bagi keuntungan yang diperoleh.


363 8 Modul Tajuk Rancangan Perniagaan Objektif Menghasilkan jadual kerja penghasilan produk atau perkhidmatan untuk dipasarkan. Arahan Murid dikehendaki menghasilkan jadual penghasilan produk untuk dipasarkan. Aktiviti Borang Perihal Projek Pilihan Nama Projek Keterangan Projek Nama Produk Kuantiti Pengeluaran Sasaran Pasaran Agihan/ Lokasi Pasaran Promosi Jadual Kerja Projek Bil. Aktiviti Minggu 1 2 3 4 5 6 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.


364 8 Modul Rancangan Perniagaan Anda Tajuk Rancangan Perniagaan Objektif Menyediakan satu rancangan perniagaan berdasarkan format yang ditetapkan. Arahan 1. Murid dikehendaki menyediakan rancangan perniagaan berdasarkan format yang ditetapkan. 2. Murid dikehendaki mengira keuntungan operasi berdasarkan format yang disediakan. A. Latar Belakang B. Aspek Pemasaran Nama Perniagaan Alamat Perniagaan Bentuk Perniagaan Projek yang Diusahakan Tarikh Memulakan Perniagaan Tarikh Pendaftaran Nombor Pendaftaran Pelanggan Sasaran Jangkaan Bilangan Pelanggan Strategi Promosi Cara Pengedaran Penentuan Harga Anggaran Belanja Pemasaran


365 8 Modul C. Garis Kasar Aspek Pengeluaran atau Operasi D. Aspek Kewangan Proses Penghasilan Keluaran atau Perkhidmatan Anggaran Kuantiti Keluaran Anggaran Kos Pengeluaran • Kos Bahan • Kos Buruh • Kos Overhed Jumlah Kos Pengeluaran Kos Pelaksanaan Projek • Perbelanjaan Pengurusan • Perbelanjaan Pengeluaran • Perbelanjaan Pemasaran • Perbelanjaan Kewangan • Pembelian Aset Tetap • Perbelanjaan Lain • Perbelanjaan Luar Jangka Jumlah Kos Projek Sumber Pembiayaan Projek • Simpanan Sendiri • Pinjaman (jika ada) Jumlah Pembiayaan Projek


366 8 Modul Anggaran Aliran Wang Tunai Butiran Bulan 1 2 3 4 A. Baki tunai awal B. PENERIMAAN TUNAI i. Modal ii. Pinjaman iii. Anggaran jualan JUMLAH PENERIMAAN TUNAI C. PERBELANJAAN TUNAI i. Perbelanjaan pengurusan • Sewa • Alat tulis ii. Perbelanjaan pengeluaran • Bahan • Buruh • Overhed (bil air, elektrik, telefon) iii. Perbelanjaan pemasaran • Pengiklanan • Tambang iv. Perbelanjaan kewangan • Faedah pinjaman • Bayaran balik pinjaman v. Pembelian aset tetap • Mesin dan peralatan vi. Perbelanjaan lain • Daftar perniagaan • Lesen perniagaan • Deposit premis • Deposit (air, elektrik, telefon) vii. Perbelanjaan luar jangka JUMLAH PERBELANJAAN TUNAI D. LEBIHAN ATAU KURANGAN (Jumlah penerimaan tunai – jumlah perbelanjaan tunai) E. ANGGARAN BAKI AKHIR (A + D jika lebihan) (A - D jika kurangan)


367 8 Modul Anggaran Untung Rugi Bagi Tempoh Berakhir 2 JUALAN Kos jualan (barang atau perkhidmatan) Stok awal Tambah: Kos pengeluaran/ Belian (Kos bahan mentah + kos buruh + kos overhed + pembelian aset tetap) Tolak: Stok akhir KOS JUALAN (Stok awal + Kos pengeluaran) – Stok akhir UNTUNG KASAR (Jualan – Kos jualan) TOLAK PERBELANJAAN Perbelanjaan pengurusan Perbelanjaan pemasaran Perbelanjaan kewangan Perbelanjaan lain Perbelanjaan luar jangka JUMLAH PERBELANJAAN (Perbelanjaan pengurusan + perbelanjaan pemasaran + perbelanjaan kewangan + perbelanjaan lain + perbelanjaan luar jangka) KEUNTUNGAN OPERASI (Untung kasar – jumlah perbelanjaan) TAMBAH PENDAPATAN LAIN (Jika ada) KEUNTUNGAN SEBELUM CUKAI (Keuntungan operasi + pendapatan lain) Tolak cukai 10% bagi keuntungan KEUNTUNGAN BERSIH SELEPAS CUKAI (Keuntungan sebelum cukai – Cukai bagi keuntungan)


368 8 Modul PENILAIAN Senarai Semak Kerja Bil. Tahap Pencapaian Terampil Tidak Terampil Catatan A. Proses Kerja 1. Menyediakan jadual kerja produk untuk dipasarkan. 2. Menyediakan rancangan perniagaan mengikut format. 3. Mengira keuntungan operasi berdasarkan format yang disediakan. B. Hasil Kerja 1. Jadual kerja penghasilan produk disediakan. 2. Rancangan perniagaan disediakan mengikut format yang ditetapkan. 3. Keuntungan operasi dikira mengikut format yang disediakan. C. EMK 1. Bekerjasama ketika melakukan tugasan. 2. Mematuhi arahan yang telah ditetapkan. ( ) Tandatangan & Nama Murid Tarikh: ( ) Tandatangan & Nama Guru Tarikh:


Rumusan 369 8 Modul Peniaga ialah individu yang menjalankan aktitiviti menjual dan membeli barangan atau perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Usahawan ialah individu yang menjalankan kegiatan membeli bahan atau barang daripada pengeluar, mencuba menghasilkan produk baharu yang lebih bernilai dan menjual semula untuk mendapatkan keuntungan serta memberi faedah kepada masyarakat dan negara. Sumbangan usahawan dalam mengembangkan ekonomi negara: • Mewujudkan peluang pekerjaan • Meningkatkan pendapatan negara • Mengurangkan kebergantungan negara pada barangan import • Memenuhi permintaan dan kehendak masyarakat Ciri-ciri usahawan berjaya • Kreatif • Inovatif • Berani menghadapi risiko • Bijak mengambil peluang • Daya usaha berterusan • Berdikari Bentuk bantuan kerajaan kepada usahawan • Bimbingan dan latihan • Kemudahan infrastruktur dan prasarana • Kajian dan penyelidikan • Pemasaran • Bantuan kewangan • Memberi galakan • Program pembangunan dan khidmat nasihat Strategi pemasaran merangkumi: • Produk • Harga • Agihan/ Lokasi • Promosi Rancangan perniagaan merupakan satu pelan yang menggariskan segala aktiviti dan tindakan dalam perniagaan bagi satu tempoh masa tertentu secara terperinci dan menyeluruh meliputi: • Rancangan organisasi • Rancangan pemasaran • Rancangan kewangan • Rancangan operasi Pemasaran adalah satu proses merancang dan melaksanakan penyediaan produk, penentuan harga, saluran agihan atau lokasi penjualan dan promosi idea barang atau perkhidmatan. Kepentingan rancangan perniagaan • Menyediakan garis panduan dalam usaha memulakan perniagaan • Mengurangkan kesilapan komunikasi bagi meyakinkan pihak agensi • Menggalakkan penggunaan sumber yang cekap • Mengoptimumkan penggunaan masa dan sumber • Menyediakan strategi pemasaran Format rancangan perniagaan Setiap pengusaha perlu menyediakan rancangan perniagaan sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Elemen penting yang perlu ada dalam format rancangan perniagaan adalah: • Latar belakang perniagaan • Aspek pemasaran • Garis kasar aspek pengeluaran atau operasi • Aspek kewangan • Anggaran aliran wang tunai • Anggaran untung rugi Keusahawanan Pengenalan Bidang Keusahawanan Perancangan Perniagaan


Jana Minda 370 8 Modul Bahagian A 1. Nyatakan peranan agensi kerajaan di bawah dalam membantu usahawan tani. 2. Nyatakan program yang dianjurkan oleh agensi kerajaan ini dalam membantu usahawan. 3. Berdasarkan gambar di bawah, jana idea produk akhir yang boleh dihasilkan daripada hasil tanaman tersebut.


371 8 Modul Bahagian B 1. Jadual 1 menunjukkan maklumat pemasaran jus mangga. Berdasarkan maklumat di atas, (a) Nyatakan kaedah promosi yang sesuai bagi mempromosikan produk. (b) Nyatakan lokasi pemasaran yang sesuai bagi mempromosikan produk. (c) Lakar dan labelkan reka bentuk pembungkusan produk jus mangga tersebut. Produk Jus mangga Nama produk Baiduri Ayu Harga RM5.00 Berat 300 ml Jadual 1


Refleksi 372 8 Modul Tandakan (✓) pada ruangan yang sesuai. Selepas mempelajari bab ini, saya boleh: Bil. Perkara 1. Menyatakan maksud peniaga dan usahawan. 2. Menerangkan sumbangan usahawan dalam mengembangkan ekonomi negara. 3. Menjana idea ciri usahawan yang berjaya. 4. Membanding beza peniaga dan usahawan. 5. Membanding peranan agensi kerajaan dalam membantu usahawan. 6. Mencadangkan strategi pemasaran dan perkhidmatan dalam bidang tanaman. 7. Menyatakan maksud rancangan perniagaan. 8. Menyatakan maksud pemasaran. 9. Menjelaskan kepentingan rancangan perniagaan. 10. Mengenal pasti agensi yang membantu dalam perniagaan. 11. Menerangkan elemen pemasaran. 12. Menghasilkan jadual kerja penghasilan produk atau perkhidmatan untuk dipasarkan. 13. Menyediakan satu rancangan perniagaan berdasarkan format yang ditetapkan.


Click to View FlipBook Version