300 6 Modul Senarai Semak Kerja Bil. Tahap Pencapaian Terampil Tidak Terampil Catatan A. Proses Kerja 1. Memakai pakaian dan kelengkapan keselamatan dengan betul. 2. Menyediakan peralatan dan bahan dengan betul. 3. Melakar reka bentuk struktur nutripot baharu. 4. Menganalisis lakaran reka bentuk nutripot baharu. 5. Memasang struktur nutripot baharu. 6. Menguji struktur nutripot baharu. 7. Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan di tempat yang ditetapkan. B. Hasil Kerja 1. Pakaian dan kelengkapan keselamatan dipakai dengan betul. 2. Peralatan dan bahan disediakan dengan betul. 3. Reka bentuk struktur nutripot baharu dilakar dengan kreatif. 4. Lakaran reka bentuk nutripot baharu dianalisis. 5. Struktur nutripot baharu dipasang. 6. Struktur nutripot baharu diuji kefungsiannya. 7. Peralatan dan bahan dibersihkan dan disimpan di tempat yang ditetapkan. C. EMK 1. Bekerjasama ketika melakukan tugasan. 2. Mematuhi arahan yang telah ditetapkan. 3. Mengamalkan langkah keselamatan. ( ) Tandatangan & Nama Murid Tarikh: ( ) Tandatangan & Nama Guru Tarikh: PENILAIAN
Rumusan 301 6 Modul Teknologi dalam Pertanian Penanaman Secara Fertigasi Penanaman secara fertigasi merupakan satu kaedah penanaman yang melibatkan pengaliran larutan nutrien yang diperlukan oleh tanaman melalui sistem pengairan dalam sukatan tertentu mengikut tumbesaran tanaman. Terdapat empat jenis sistem penanaman fertigasi, iaitu fertigasi secara sistem terbuka, Struktur Pelindung Hujan, Struktur Penghalang Perosak Tanaman dan fertigasi gantung. Penanaman secara akuaponik merupakan integrasi antara akuakultur dengan hidroponik yang menggunakan sistem kitaran air. Air yang bernutrien digunakan secara serentak untuk tumbesaran ikan dan tanaman. Akuaponik boleh dilaksanakan secara takungan dan kitaran. Penanaman Secara Akuaponik Penanaman secara sistem lapisan nipis nutrien ialah konsep penanaman yang menggunakan pam air bagi menggerakkan larutan air baja atau nutrien dari tangki ke takung dan kembali semula ke tangki. Akar tanaman akan tumbuh dan membesar pada lapisan nutrien yang cetek dan mengalir secara berterusan. Tanaman memperoleh oksigen, air dan nutrien yang mencukupi dan lengkap. Penanaman Secara Sistem Lapisan Nipis Nutrien Nutripot merupakan kaedah penanaman dalam bekas yang mempunyai dua bahagian; bahagian atas adalah untuk medium penanaman, manakala bahagian bawah untuk takungan air nutrien. Air dari takungan bawah akan bergerak ke bahagian atas melalui ruang kapilari yang dipenuhi dengan partikel dengan tindakan kapilari. Penanaman Secara Nutripot
Jana Minda 302 6 Modul Bahagian A 1. Tandakan (✓) bagi tanaman yang boleh ditanam secara sistem fertigasi dalam ruang jawapan yang disediakan. 2. Nyatakan empat komponen sistem fertigasi. (a) (b) (c) (d) 3. Susun langkah menyediakan larutan stok baja bagi sistem fertigasi mengikut urutan yang betul dengan menulis 1, 2, 3, 4 dan 5. 4. Rajah menunjukkan bahan yang digunakan dalam sistem penanaman secara akuaponik. Padankan bahan di atas dengan fungsinya yang sesuai pada ruang jawapan yang disediakan dengan menulis A, B dan C. Tomato Halia Cili Menempatkan bekas tanaman. Tempat menternak ikan. Tempat pertumbuhan pokok. A B C Isi penuh air sehingga memenuhi tong simpanan. Larutkan baja fertigasi set A ke dalam air dan kacau. Ulangi langkah bagi baja set B. Tutup tong simpanan baja A dan B. Masukkan 1 liter air ke dalam bekas A dan bekas B. Masukkan baja fertigasi set A ke dalam tong simpanan baja A. Ulangi langkah bagi baja fertigasi set B.
303 6 Modul 2. Rajah 2 menunjukkan aplikasi sebuah teknologi pertanian. (a) Namakan sistem penanaman ini. (b) Bagaimanakah sistem penanaman di atas boleh berfungsi dengan berkesan? (c) Terangkan langkah-langkah membina sistem penanaman tersebut. Rajah 1 Rajah 2 Bahagian B 1. Rajah 1 menunjukkan sebuah sistem penanaman. (a) Namakan sistem penanaman ini. (b) Nyatakan dua kelebihan sistem penanaman tersebut. (i) (ii) (c) Terangkan langkah-langkah membina sistem penanaman tersebut.
304 6 Modul 3. Rajah 3 menunjukkan sebuah model sistem penanaman secara akuaponik. Berdasarkan rajah di atas, (a) Nyatakan maksud sistem penanaman secara akuaponik. (b) Nyatakan bahan yang diperlukan untuk membina sistem akuaponik di atas. (c) Terangkan langkah-langkah membina sistem akuaponik. 4. Jawab soalan berdasarkan situasi yang diberikan. (a) Cadangkan satu kaedah penanaman yang sesuai untuk menanam tanaman sayuran tersebut. (b) Berdasarkan jawapan di (a), nyatakan dua contoh tanaman yang sesuai ditanam. (i) (ii) (c) Bina lakaran berlabel pelan reka bentuk kaedah penanaman yang dicadangkan di (a). Rajah 3 Subra tinggal di sebuah rumah teres. Beliau bercadang ingin menanam tanaman sayuran di kawasan rumahnya, namun mempunyai ruang yang terhad.
305 6 Modul Refleksi Tandakan (✓) pada ruangan yang sesuai. Selepas mempelajari bab ini, saya boleh: Bil. Perkara 1. Memberi maksud fertigasi. 2. Memberi contoh bahan dan peralatan yang digunakan untuk fertigasi. 3. Menyediakan medium tanaman mengikut spesifikasi. 4. Menyediakan tapak dan sistem fertigasi mengikut spesifikasi. 5. Menyediakan larutan baja fertigasi mengikut spesifikasi. 6. Menentukan bacaan larutan baja menggunakan EC meter dan pH meter mengikut piawaian. 7. Menguji sistem pengairan fertigasi. 8. Melaksanakan satu projek penanaman secara fertigasi yang sistematik, kreatif dan boleh dijadikan contoh. 9. Menyatakan maksud akuaponik. 10. Menyatakan fungsi bahan dan peralatan akuaponik. 11. Melakar reka bentuk sistem akuaponik. 12. Menyediakan peralatan dan bahan akuaponik. 13. Menganalis reka bentuk sistem akuaponik yang telah dilakar. 14. Menghasilkan sistem akuaponik yang berfungsi. 15. Menyatakan maksud sistem lapisan nipis nutrien. 16. Menyatakan fungsi bahan dan peralatan sistem lapisan nipis nutrien. 17. Melakar reka bentuk sistem lapisan nipis nutrien. 18. Menyediakan peralatan dan bahan sistem lapisan nipis nutrien. 19. Menganalisis reka bentuk sistem lapisan nipis nutrien yang telah dilakar. 20. Membina sistem lapisan nipis nutrien yang berfungsi. 21. Menyatakan maksud nutripot. 22. Memberi contoh bahan dan peralatan yang diperlukan untuk penanaman secara nutripot. 23. Menghasilkan tanaman daripada teknologi nutripot. 24. Membanding dan membezakan kelebihan nutripot dengan teknologi penanaman yang lain. 25. Membuat justifikasi mengenai kesesuaian penggunaan bahan dan peralatan nutripot. 26. Mencipta struktur nutripot yang berfungsi dan kukuh.