306 PENGHASILAN KOMPOS DAN PENGGALAK TANAMAN MODUL 7 PENGENALAN Prinsip asas pengurusan sisa ialah mengurangkan penjanaan sisa melalui kaedah 3R (reduce, reuse dan recycle). Bagi menguruskan sisa yang dijana oleh sesebuah komuniti, pengasingan di peringkat punca amat penting untuk dilaksanakan. Sistem pelupusan sisa pepejal organik melalui kaedah kompos dapat mengurangkan pembuangan sisa domestik dan dapat menghasilkan produk kompos yang mesra alam. Bahan kompos yang dihasilkan daripada pereputan sisa organik tidak mengandungi bahan kimia. Hal ini secara langsung tidak mendedahkan tanaman sayur-sayuran kepada bahan kimia berbahaya. Penggalak tanaman atau plant booster pula merupakan satu bahan yang memudahkan tanaman menyerap baja. Penggunaan baja boleh diminimakan apabila digandingkan dengan penggalak tanaman. Bahan ini sesuai digunakan di semua peringkat tanaman.
307 7.1 Penghasilan Kompos Konvensional 7.2 Membuat Vermikompos 7.3 Membuat PenggalakTanaman STANDARD KANDUNGAN TANDARD KANDUNGAN KATA KUNCI • Kompos • Sisa tanaman • Baja urea • Vermikompos • Cacing • Penggalak tanaman
308 7 Modul 7.1 PENGHASILAN KOMPOS KONVENSIONAL Pengenalan Kompos Kompos ialah sejenis baja organik yang terhasil daripada proses penguraian bahan semula jadi seperti sisa tumbuhan, sisa dapur dan najis haiwan yang bertindak balas dengan mikroorganisma. Proses penguraian semula jadi ini dinamakan sebagai pengomposan dan produk akhir proses ini adalah hasil kompos yang sangat sesuai digunakan untuk tumbesaran tumbuh-tumbuhan. EMK Penggunaan hasil kompos akan meningkatkan kemampanan alam sekitar. Rajah 7.1 Aliran proses sisa tanaman kepada baja kompos 7.1.1 Menyatakan maksud kompos. Standard Pembelajaran Sayuran segar Kulit sayur yang dipotong (sisa domestik) Campuran sisa sayur-sayuran dan buah-buahan Baja kompos untuk tanaman baharu Proses penguraian
309 7 Modul Tujuan Penghasilan Kompos Rajah 7.2 Susun atur bahan dalam penghasilan kompos Tujuan Penghasilan Kompos Membaiki tekstur dan struktur tanah. Membaiki kelembapan dan pengudaraan tanah. Membaik pulih tanah yang bermasalah. Menambah dan membekal nutrien ke dalam tanah. 7.1.2 Menjelaskan tujuan penghasilan kompos. Standard Pembelajaran 20 – 30 cm Sisa tumbuhan kering 5 – 10 cm Sisa dapur 5 – 10 cm Sisa tumbuhan hijau 10 – 15 g Kapur Ground Magnesium Limestone (GML) 10 cm Tinja haiwan Air disiram rata
310 7 Modul Penghasilan Kompos Bagi memudahkan penyediaan kompos, murid boleh sediakan dalam tong sebagai tapak kompos. NOTA GURU Kelembapan ditentukan dengan mencucuk keseluruhan bahagian berlogam alat pengukur kelembapan tanah ke dalam bahan yang hendak diuji. Info Langkah Kerja Menghasilkan Kompos Alatan dan bahan: • Cangkul • Sekop • Alat penyiram • Alat pengukur kelembapan tanah • Alat penyukat suhu • Kanvas • Tinja haiwan • Air • Kapur GML • Sisa dapur • Sisa tumbuhan hijau • Sisa tumbuhan kering Sediakan bahan dan alatan untuk membuat kerja-kerja pengomposan. Tabur bahan inokulum (tinja haiwan) di atas lapisan tersebut setebal 10 cm. Air disiram rata sehingga 50% kelembapan. Kelembapan diukur menggunakan alat pengukur kelembapan tanah. Ulangi proses seperti di atas sehingga timbunan menjadi setinggi 1.5 m. Selepas 24 jam dan seterusnya secara berkala, suhu bahan kompos perlu disukat menggunakan alat penyukat suhu. Suhu perlu dipastikan tidak melebihi 70oC. Tapis hasil kompos dan simpan kompos untuk digunakan. Tutup keseluruhan himpunan dengan plastik kanvas. Kaup balik timbunan kompos seminggu sekali. Sediakan tapak kompos di tempat yang tidak ditakungi air. Longgokkan sisa tumbuhan hijau dan sisa dapur setinggi 5 – 10 cm. Tabur kapur GML sebanyak 10 – 15 g. Longgokkan sisa tumbuhan seperti batang jagung setinggi 20 – 30 cm dan lebar 200 cm × 200 cm. 1 3 5 7 9 11 2 4 6 8 10 12 7.1.3 Melaksanakan penghasilan membuat kompos dengan bahan dan peralatan yang betul. Standard Pembelajaran
311 7 Modul Aktiviti Tajuk Pelaksanaan Penghasilan Kompos Objektif • Memilih tapak kitar semula sisa tanaman berdasarkan keperluan. • Membina tapak kompos mengikut spesifikasi panduan penyediaan kompos. • Memilih peralatan membuat kompos mengikut panduan penghasilan kompos. • Menentukan bahan kompos mengikut panduan penghasilan kompos. • Menentukan nisbah campuran bahan kompos seperti kapur, sisa tumbuhan dan bahan organik mengikut sukatan yang ditetapkan. • Menyusun bahan kompos bagi membentuk timbunan kompos mengikut prosedur. • Menutup timbunan kompos mengikut prosedur. • Memeriksa suhu dan kelembapan kompos mengikut prosedur. • Mengaup balik kompos secara sekata mengikut jadual kerja. Arahan 1. Pastikan langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas selesai kerja diutamakan. 2. Murid dikehendaki melakukan kerja memilih dan menyediakan tapak. 3. Murid dikehendaki menyediakan bahan dan alatan untuk membuat kompos. 4. Murid membuat kompos mengikut prosedur yang betul. Bil. Bahan Kuantiti 1. Sisa tumbuhan kering 2. Inokulum (tinja haiwan) 3. Air 4. Kapur GML 5. Sisa dapur dan sisa tumbuhan hijau 6. Kanvas Bil. Peralatan Kuantiti 1. Parang 2. Tukul 3. Pemadat tanah 4. Cangkul 5. Pita ukur 6. Kayu pancang (0.5 m – 1 m) 7. Tali 8. Kereta sorong 9. Pongkes 10. Mesin pencarik 11. Sekop 12. Alat penyukat suhu 13. Alat pengukur kelembapan tanah 14. Alat penyiram Peralatan dan Bahan
312 7 Modul Senarai Semak Kerja Bil. Tahap Pencapaian Terampil Tidak Terampil Catatan A. Proses Kerja 1. Memakai pakaian dan kelengkapan keselamatan dengan betul. 2. Menyediakan bahan dan peralatan dengan betul. 3. Menyediakan bahan-bahan kompos. 4. Menyediakan timbunan bahan kompos. 5. Memeriksa suhu timbunan bahan kompos. 6. Mengaup balik timbunan kompos. 7. Menapis hasil kompos. 8. Menyimpan hasil kompos yang telah dibungkus. 9. Menyusun atur beg kompos di dalam stor. B. Hasil Kerja 1. Pakaian dan kelengkapan keselamatan dipakai dengan betul. 2. Bahan dan peralatan untuk membuat kompos disediakan dengan betul. 3. Bahan-bahan kompos disediakan. 4. Timbunan bahan kompos disediakan. 5. Suhu timbunan bahan kompos diperiksa. 6. Timbunan kompos dikaup balik. 7. Hasil kompos ditapis. 8. Hasil kompos yang telah dibungkus disimpan. 9. Beg kompos disusun atur di dalam stor. C. EMK 1. Bekerjasama ketika melakukan tugasan. 2. Mematuhi arahan yang telah ditetapkan. 3. Mengamalkan langkah keselamatan. ( ) Tandatangan & Nama Murid Tarikh: ( ) Tandatangan & Nama Guru Tarikh: PENILAIAN
313 7 Modul Penganalisisan Kompos Penganalisisan kompos dilakukan dengan mengesan keaktifan proses penguraian kompos seperti di bawah. Penggunaan alat penyukat suhu (a) Selepas beberapa jam, himpunan bahan menjadi panas, menandakan bahan telah aktif dan proses penguraian sedang berlaku. (b) Suhu dikesan supaya dapat mengawal suhu himpunan kompos. Suhu tidak boleh melebihi 70°C. (c) Suhu yang sangat panas dan melebihi had akan membunuh bakteria dan kulat yang berfungsi mereputkan bahan asas kompos. Penggunaan alat pengukur kelembapan tanah (a) Bertujuan mengesan tahap kelembapan himpunan kompos supaya sentiasa kekal di sekitar 50%. (b) Keadaan yang terlalu kering atau terlampau lembap akan menyebabkan bakteria penguraian menjadi kurang aktif. (c) Air perlu disiram untuk menambahkan tahap kelembapan. Mengaup balik timbunan (a) Timbunan kompos perlu dikaup balik seminggu sekali. (b) Tujuan mengaup balik timbunan adalah untuk menjadikan campuran sekata, menurunkan suhu dan mempercepatkan kematangan. (c) Kompos akan matang dalam masa tiga hingga enam bulan bergantung pada jenis bahan asas yang digunakan. 7.1.4 Menganalisis kompos yang dihasilkan daripada sisa tanaman. Standard Pembelajaran
314 7 Modul Penilaian Kualiti Hasil Kompos Kebiasaannya kompos akan matang dalam masa di antara tiga hingga enam bulan. Tempoh matang bergantung kepada dua faktor iaitu jenis bahan yang digunakan untuk membuat kompos dan kuantiti bahan. Tahap kematangan kompos dapat ditentukan apabila mencapai keadaan seperti berikut: 7.1.5 Menilai kualiti hasil kompos yang dihasilkan. Standard Pembelajaran Tahap Kematangan Kompos Suhu akan menurun ke paras suhu persekitaran dan tidak meningkat walaupun bahan dikaup balik. Warna bertukar menjadi coklat kehitaman secara keseluruhannya. Peroi dan tidak melekat di tangan apabila dikepal. Semua bahan yang digunakan hilang rupa asal. Tidak berbau.
315 7 Modul Penambahbaikan Hasil Kompos Pertanian organik memerlukan Effective Microorganism (EM) dalam penghasilan baja organik. EM atau bakteria baik hasil kultur campuran daripada mikroorganisma hidup membantu merencatkan pertumbuhan bakteria patogen atau bakteria jahat yang ada dalam sistem tumbesaran. Campuran mikroorganisma anaerobik dalam EM juga memberi kesan yang baik terhadap proses pembentukan hasil pertanian. Terdapat tiga kumpulan mikroorganisma dalam cecair EM yang bekerjasama membentuk baja yang bagus, iaitu: Effective Microorganism (EM) Bakteria asid laktik Bakteria fotosintetik Yis Kultur campuran di atas digunakan dalam sektor pertanian, penternakan, perikanan, pengomposan, rawatan bau, rawatan air, kegunaan isi rumah, produk kesihatan, rawatan sisa buangan, rawatan tanah, pembersihan dan kegunaan lain. EM bukan saja mampu mempercepatkan penguraian bahan organik malah meningkatkan dan mempercepatkan pelepasan unsur mineral, serta mampu menghapuskan bahan pengaktifan mikroorganisma tidak baik (patogen). Tahukah Anda Air kompos boleh dijadikan baja foliar dan disembur terus pada tanaman. EMK EM memberi kesan yang baik kepada persekitaran alam semula jadi yang stabil (neutral) dan sesuai kepada semua kehidupan. 7.1.6 Menjana idea untuk menambah baik hasil kompos. Standard Pembelajaran
316 7 Modul 7.2 VERMIKOMPOS Pengenalan Vermikompos Vermikompos ialah baja organik yang terhasil daripada penguraian bahan-bahan organik yang dimakan dan dicerna oleh cacing tanah. Vermikultur adalah proses pembiakan cacing untuk penghasilan vermikompos. Tujuan Vermikompos Tahukah Anda Vermes merupakan perkataan Latin yang bermaksud cacing. EMK Penternakan cacing merupakan satu aktiviti yang mampu menjana pendapatan tambahan dan merupakan satu projek Teknologi Hijau. Menghasilkan baja organik yang bermutu dan berkualiti. Mengatasi masalah sisa buangan. Menstabilkan nilai pH tanah. Menghasilkan asid humik. Hasil tanaman selamat digunakan. Mampu menguraikan nitrogen dalam tanah. Tidak merosakkan struktur tanah seperti dalam penggunaan baja kimia. Mampu membekalkan hormon dan enzim kepada tumbuhan untuk tumbesaran. 1 2 3 4 5 6 7 8 7.2.1 Menyatakan maksud vermikompos. 7.2.2 Menerangkan tujuan vermikompos. Standard Pembelajaran
317 7 Modul Perkara yang Perlu Diberi Perhatian dalam Vermikompos Jenis Cacing Vermikompos Kaedah vermikompos menggunakan cacing kompos yang tertentu sahaja. Penggunaan cacing-cacing ini mampu mempercepatkan dan meningkatkan kecekapan dalam penghasilan kompos tersebut. Cacing ini suka tinggal di dalam bahan organik yang mereput. Jenis-jenis cacing kompos yang digunakan adalah seperti berikut: (a) Lumbricus rubellus (cacing merah) (b) Eisenia fetida (cacing harimau) (c) Perionyx excavatus (cacing biru) Tabiat Cacing Suka memakan lapisan atas Cacing akan berkumpul di dalam lapisan atas timbunan kompos setiap kali bahan makanan ditambah. Tabiat ini memudahkan kerja-kerja mengasingkan cacing dan pengutipan vermikompos. Membiak dengan cepat Sepasang cacing kompos boleh bertelur sehingga 50 biji kapsul setahun. Sebiji kapsul mengandungi dua hingga tiga ekor anak cacing. Selera makan yang tinggi Cacing kompos makan mengikut berat badannya. Contohnya purata berat cacing ialah 4 gram seekor, jadi jumlah makanan yang diperlukan ialah lebih kurang 4 gram seekor untuk sehari. 3 2 1
318 7 Modul Bahan Makanan Cacing Berikut merupakan bahan-bahan yang disyorkan dan yang tidak disyorkan untuk cacing. Kualiti Vermikompos Kualiti vermikompos bergantung pada jenis bahan atau media yang digunakan seperti jenis cacing dan umur vermikompos. Vermikompos yang berkualiti berwarna hitam kecoklatan, tidak berbau dan bertekstur halus. Kod QR Layari laman sesawang http://arasmega.com/qrlink/vermikompos/ Dicapai pada 21 Oktober 2019. Bahan-bahan makanan yang disyorkan Bahan-bahan makanan yang tidak disyorkan Sisa-sisa dapur - Reja-reja sayur - Kulit buah-buahan - Surat khabar - Kulit telur Sisa halaman - Rumpai - Keratan rumput halaman - Daun-daun Sisa ladang - Jerami padi - Batang jagung Baja kandang - Tahi lembu - Tahi kuda - Tahi kambing - Tahi haiwan yang makan rumput - Daging - Makanan tenusu - Telur - Makanan berminyak - Garam dan cuka - Bawang - Buah-buahan jenis limau Jadual 7.1 Bahan makanan yang disyorkan dan tidak disyorkan untuk cacing Berwarna hitam kecoklatan Tidak berbau Bertekstur halus Vermikompos yang Berkualiti
319 7 Modul Proses Penyediaan Vermikompos Mengikut Prosedur Langkah-langkah: Alatan dan bahan: • Bekas kompos dan penutup • Alat penyiram • Cocopeat • Kertas surat khabar • Bahan makanan • Air • Cacing • Batang pisang • Bekas tadahan Sediakan bekas cacing untuk menghasilkan vermikompos. Bekas yang digunakan hendaklah cetek dan dilengkapi dengan lubang untuk peredaran udara dan penyaliran air siraman. Aturkan selapisan batang pisang yang telah dipotong kecil. Ulangi langkah 2 hingga 4 sehingga mencapai ¾ daripada ketinggian bekas kompos yang digunakan. Letakkan binca seperti kertas surat khabar yang telah direndam di dalam air yang tiada klorin, dicarikkan dan disusun pada dasar bekas. Masukkan cocopeat dan ratakan. Buatkan beberapa parit kecil. 1 3 5 2 4 6 7.2.3 Melaksanakan penghasilan vermikompos menggunakan bahan dan peralatan yang sesuai. Standard Pembelajaran
320 7 Modul 1. Sisa cocopeat untuk fertigasi juga boleh digunakan. 2. Air yang tiada klorin seperti air hujan. NOTA GURU Cara penggunaan bahan binca adalah seperti berikut: 1. Batang jagung perlu dihancurkan terlebih dahulu dengan menggunakan mesin pencarik supaya mudah lembut apabila proses memeram dilakukan dalam tong drum. 2. Kertas perlu dicarik-carikkan dan dibasahkan supaya lembap sebelum digunakan. 3. Najis haiwan yang separuh reput perlu disiram dengan air secukupnya dan dibiarkan 24 jam untuk air sejat sebelum cacing dilepaskan. Info Tahukah Anda 1. Bahan binca yang sesuai untuk cacing kompos adalah seperti jerami padi, batang jagung, baja kandang, carikan kertas dan peat moss. 2. Musuh-musuh cacing ialah tikus kasturi dan burung. Pastikan kawasan penyediaan kompos sentiasa ditutup bagi menghalang musuh-musuh cacing masuk ke dalam palung. Masukkan cacing ke dalam parit yang telah dibuat. Letakkan bahan makanan yang disyorkan. Tutup semula parit dengan selapisan cocopeat. Lembapkan medium kompos dengan menggunakan semburan kabus. Tutup bekas dengan penutup bekas yang ditebuk lubang-lubang halus. Tujuannya untuk memelihara kelembapan, mengekalkan suasana gelap yang disukai cacing, menghalang musuh serta kumbang tanduk bertelur dan membiak dalam bekas. Periksa kelembapan dari semasa ke semasa. 7 9 8 10
321 7 Modul Tajuk Pelaksanaan Projek Vermikompos Objektif • Melaksanakan penghasilan vermikompos menggunakan bahan dan peralatan yang sesuai. • Menganalisis penghasilan vermikompos yang telah dihasilkan. • Menilai kualiti hasil vermikompos yang telah dihasilkan. • Melaksanakan penghasilan vermikompos dengan kaedah yang betul, sistematik dan boleh dijadikan contoh. Arahan 1. Pastikan langkah-langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas kerja diutamakan. 2. Murid dikehendaki menghasilkan vermikompos mengikut prosedur yang betul. 3. Sediakan peralatan yang sesuai untuk aktiviti di atas. Aktiviti Bil. Bahan Kuantiti 1. Bahan makanan 2. Air 3. Cacing 4. Bekas kompos 5. Rumput kering 6. Jerami padi 7. Batang jagung 8. Jaring plastik 9. Kanvas plastik 10. Pasu besar Bil. Peralatan Kuantiti 1. Sekop 2. Mesin pencarik 3. Alat penyiram 4. Pelepah kelapa Peralatan dan Bahan 7.2.4 Menganalisis penghasilan vermikompos yang telah dihasilkan. 7.2.5 Menilai kualiti hasil vermikompos yang telah dihasilkan. 7.2.6 Melaksanakan penghasilan vermikompos dengan kaedah yang betul, sistematik dan boleh dijadikan contoh. Standard Pembelajaran
322 7 Modul Peralatan Ukuran 1. Menyediakan bahan dan peralatan vermikompos. (a) Sediakan cacing harimau atau cacing merah atau cacing biru tempatan mengikut kuantiti yang diperlukan. (b) Sediakan bahan dan peralatan seperti yang dinyatakan dalam senarai semak. 2. Membina tapak. (a) Bersihkan tapak daripada sebarang sampah. (b) Bina palung atau buat dinding ukuran 1.2 m panjang dan 2.5 m lebar di sekeliling tapak bagi mengelakkan cacing-cacing keluar dari kawasan tapak. 3. Memilih cacing vermikompos. (a) Gunakan cacing kompos yang telah dipilih. 4. Meletak cacing ke dalam sisa tanaman. (a) Rendam bahan binca seperti jerami padi dan letak di atas simen dalam palung selama satu hingga dua minggu. (b) Tutup jerami dengan jaring plastik supaya tidak cepat kering. Pastikan jerami mendap daripada ketebalan asal 6 inci kepada 3 inci. (c) Jika menggunakan najis haiwan yang separuh reput sebagai bahan binca, siram dengan air secukupnya dan biarkan selama 24 jam untuk air tersejat sebelum cacing dilepaskan. (d) Buat parit kecil di sepanjang tengah palung. (e) Masukkan cacing ke dalam parit kecil di sepanjang palung. (f) Tutup dengan jaring plastik dan letakkan pelepah kelapa di atasnya. 5. Menentukan kadar nisbah campuran cacing dengan sisa tanaman. (a) Masukkan 1500 hingga 2000 ekor cacing ke dalam timbunan binca di setiap palung. 6. Memastikan pemangsa cacing tiada di tapak vermikompos. (a) Pastikan kawasan pembiakan cacing dan kawasan vermikompos tidak dimasuki ayam, burung, tikus kasturi dan lain-lain pemangsa. 7. Memeriksa suhu dan kelembapan kompos serta keperluan sisa tanaman. (a) Mengukur suhu kompos. (i) Cucuk termometer kompos ke dalam timbunan kompos untuk mendapatkan suhu. (ii) Cucuk kayu penguji ke dalam timbunan kompos selama 10 hingga 15 minit. (b) Mengenal pasti masa yang sesuai untuk membalikkan dan memeriksa vermikompos. (i) Balik-balikkan kompos selepas 5 hari. Timbunkan semula kompos. (ii) Periksa kelembapan. Sekiranya kering, siram vermikompos satu hingga tiga kali seminggu. (iii) Periksa makanan cacing. Sekiranya berkurangan, tambah sisa tanaman baharu. 8. Menuai vermikompos. (a) Letakkan sisa tanaman baharu di sebelah vermikompos yang telah siap. (b) Hentikan aktiviti memberi makan kepada cacing satu hingga dua minggu. (c) Berhenti menyiram vermikompos. (d) Himpunkan kompos yang telah menjadi di sebelah bahagian palung sahaja. 9. Mengisi vermikompos yang telah siap ke dalam guni. (a) Masukkan binca baharu di bahagian yang kosong dalam palung tersebut. (b) Biarkan proses pemindahan cacing ke binca baharu berjalan selama satu hingga dua minggu. (c) Guna sekop untuk memasukkan vermikompos yang telah siap ke dalam guni muatan 20 kg.
323 7 Modul ( ) Tandatangan & Nama Murid Tarikh: ( ) Tandatangan & Nama Guru Tarikh: Senarai Semak Kerja Bil. Tahap Pencapaian Terampil Tidak Terampil Catatan A. Proses Kerja 1. Memakai pakaian dan kelengkapan keselamatan dengan betul. 2. Menyediakan bahan dan peralatan dengan betul. 3. Menyediakan tapak vermikompos. 4. Menghasilkan vermikompos. 5. Memeriksa suhu vermikompos. 6. Menuai vermikompos. B. Hasil Kerja 1. Pakaian dan kelengkapan keselamatan dipakai dengan betul. 2. Bahan dan peralatan untuk membuat vermikompos disediakan dengan betul. 3. Tapak vermikompos disediakan. 4. Vermikompos dihasilkan. 5. Suhu vermikompos diperiksa. 6. Vermikompos dituai. C. EMK 1. Bekerjasama ketika melakukan tugasan. 2. Mematuhi arahan yang telah ditetapkan. 3. Mengamalkan langkah keselamatan. PENILAIAN
324 7 Modul 7.3 PENGGALAK TANAMAN Pengenalan Penggalak Tanaman Penggalak tanaman dihasilkan melalui proses fermentasi gabungan bahan-bahan semula jadi seperti buah-buahan tempatan, sayur-sayuran, molasses dan susu bersama mikroorganisma berfaedah. Penggalak tanaman 7.3.1 Menerangkan maksud penggalak tanaman. Standard Pembelajaran 1. Fermentasi atau penapaian ialah proses pemecahan molekul glukosa kepada tenaga tanpa kehadiran oksigen dengan hasil sampingan yang lain seperti alkohol dan karbon dioksida. 2. Mikroorganisma berfaedah adalah seperti lactobacillus, yis dan actinomycetes. Info Masih ramai yang keliru antara molasses, gula merah, gula melaka dan gula kabung. Bincangkan. Tip Keselamatan 1. Jangka hayat penggalak tanaman ialah selama enam bulan. 2. Penggalak tanaman hendaklah disimpan di tempat yang gelap atau teduh bagi memastikan kualiti terjaga. mengandungi unsur-unsur seperti nitrogen (N), fosforus (P), kalium (K), magnesium (Mg), kalsium (Ca) dan lain-lain dengan nilai yang rendah. Oleh itu, bahan ini sesuai untuk semua jenis tanaman. Berikut merupakan kebaikan penggalak tanaman. Kebaikan Penggalak Tanaman Mempercepat pertumbuhan pokok. Meningkatkan daya tahan daripada penyakit tanaman. Menjimatkan penggunaan baja. Mempercepat tempoh masa pembungaan. Meningkatkan hasil tanaman. Memanjangkan tempoh hayat tanaman.
325 7 Modul Proses Penghasilan Penggalak Tanaman Alat pengisar, senduk kayu, besen, kain penutup besen, penapis, botol kosong Bahan A: pisang, nanas, betik, kangkung, belacan Bahan B: telur (sekali dengan kulitnya), gula merah, dedak atau beras hancur, susu cair, air Bahan C: labu, ragi Kisar semua bahan A. Masukkan semua bahan B. Susun labu yang telah dipotong nipis di atas permukaan bahan. Tuangkan bahan A yang telah dikisar ke dalam besen. Hancurkan semua bahan B dan dikacau rata. Tabur ragi di atas permukaan labu dan bahan cecair. 1 3 5 2 4 6 7.3.2 Menyediakan bahan dan peralatan yang sesuai bagi menghasilkan penggalak tanaman. 7.3.3 Melaksanakan penghasilan penggalak tanaman menggunakan bahan dan peralatan yang sesuai. Standard Pembelajaran Alatan dan bahan: Langkah-langkah:
326 7 Modul Tutup bekas dengan kain dan peram selama seminggu. Setelah baja sudah matang, kacau dan tapis bahan tersebut. Selepas seminggu, timbul kulapuk putih di permukaan bahan. Baunya masam-masam manis. Hasil penggalak tanaman dimasukkan ke dalam botol. 7 9 8 10 Cara Penggunaan: • Cairkan penggalak tanaman sebanyak 10 ml atau 20 ml bersama-sama dengan 1 liter air tanpa klorin dan sembur atau siram pada keseluruhan pokok dan tanah. • Gunakan sekali atau dua kali seminggu. • Gunakan penggalak tanaman bersama-sama dengan baja. 1. Untuk proses mengacau cecair dan menutup besen, boleh menggunakan alatan selain yang dinyatakan di atas. 2. Bahan dalam besen tidak melebihi 3/4 ketinggian besen supaya wujud ruang udara. NOTA GURU Kod QR Penggalak Tanaman Menggunakan Belacan http://arasmega.com/qr-link/penggalak-tanamanmenggunakan-belacan/ Dicapai pada 21 Oktober 2019. Penggalak Tanaman Organik http://arasmega.com/qr-link/penggalak-tanaman-organik/ Dicapai pada 21 Oktober 2019. Untuk memanjangkan jangka hayat penggalak tanaman, gula merah (Molasses) boleh ditambah ke dalam botol. Info
327 7 Modul Tajuk Pelaksanaan Projek Penggalak Tanaman Objektif • Menyediakan bahan dan peralatan yang sesuai bagi menghasilkan penggalak tanaman. • Melaksanakan penghasilan penggalak tanaman menggunakan bahan dan peralatan yang sesuai. • Menghasilkan penggalak tanaman dengan kaedah yang betul. • Menuai penggalak tanaman mengikut prosedur yang betul. • Menganalisis penghasilan penggalak tanaman yang telah dihasilkan. Arahan 1. Pastikan langkah-langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas kerja diutamakan. 2. Murid dikehendaki menghasilkan penggalak tanaman mengikut prosedur yang betul. 3. Sediakan peralatan yang sesuai untuk aktiviti di atas. Aktiviti Bil. Bahan Kuantiti (Bahan : Calon) 1. Bahan A: Pisang Nanas Betik Kangkung Belacan 0.5 kg:5 0.5 kg:5 0.5 kg:5 0.5 kg:5 0.25 kg:5 2. Bahan B: Telur (sekali dengan kulitnya) Gula merah Dedak atau Beras hancur Susu cair Air 5 biji:5 0.5 kg:5 0.25 kg:5 1 l:5 10 l:5 3. Bahan C: Labu Ragi 0.5 kg:5 3 biji:5 4. Besen 1:5 5. Kain penutup besen 1:5 6. Penapis 1:5 7. Botol kosong 1.5 l 8:5 Peralatan dan Bahan 7.3.4 Menuai penggalak tanaman mengikut prosedur yang betul. 7.3.5 Menganalisis penghasilan penggalak tanaman yang telah dihasilkan. 7.3.6 Menghasilkan penggalak tanaman dengan kaedah yang betul. Standard Pembelajaran Bil. Peralatan Kuantiti (Peralatan : Calon) 1. Alat pengisar 1:5 2. Senduk kayu (untuk mengacau) 1:1 1. Murid boleh menggunakan peralatan dan bahan yang lain selain daripada cadangan di atas mengikut kesesuaian. 2. Murid dikehendaki menyenaraikan peralatan dan bahan yang digunakan dalam bentuk jadual. NOTA GURU
328 7 Modul Senarai Semak Kerja Bil. Tahap Pencapaian Terampil Tidak Terampil Catatan A. Proses Kerja 1. Memakai pakaian dan kelengkapan dengan betul. 2. Menyediakan bahan dan peralatan dengan betul. 3. Menghasilkan penggalak tanaman. 4. Menuai penggalak tanaman. B. Hasil Kerja 1. Pakaian dan kelengkapan keselamatan dipakai dengan betul. 2. Bahan dan peralatan untuk membuat penggalak tanaman disediakan dengan betul. 3. Penggalak tanaman dihasilkan. 4. Penggalak tanaman dituai. C. EMK 1. Bekerjasama ketika melakukan tugasan. 2. Mematuhi arahan yang telah ditetapkan. 3. Mengamalkan langkah keselamatan. ( ) Tandatangan & Nama Murid Tarikh: ( ) Tandatangan & Nama Guru Tarikh: PENILAIAN
Rumusan 329 7 Modul Maksud Kompos Kompos ialah sejenis baja organik yang terhasil daripada proses penguraian bahan semula jadi seperti sisa tumbuhan, sisa dapur dan najis haiwan yang bertindak balas dengan mikroorganisma. Tujuan Penghasilan Kompos • Membaiki tekstur dan struktur tanah. • Menambah dan membekal nutrien ke dalam tanah. • Membaiki kelembapan dan pengudaraan tanah. • Membaik pulih tanah yang bermasalah. Maksud Penggalak Tanaman Penggalak tanaman dihasilkan melalui proses fermentasi gabungan bahan-bahan semula jadi seperti buah-buahan tempatan, sayur-sayuran, molasses dan susu bersama mikroorganisma berfaedah. Kebaikan Penggalak Tanaman • Mempercepat pertumbuhan pokok. • Meningkatkan hasil tanaman. • Menjimatkan penggunaan baja. • Mempercepat tempoh masa pembungaan. • Memanjangkan tempoh hayat tanaman. • Meningkatkan daya tahan daripada penyakit tanaman. Maksud Vermikompos Vermikompos ialah baja organik yang terhasil daripada penguraian bahan-bahan organik yang dimakan dan dicerna oleh cacing tanah. Tujuan Penghasilan Vermikompos • Menghasilkan baja organik yang bermutu dan berkualiti. • Mengatasi masalah sisa buangan. • Menstabilkan nilai pH tanah. • Menghasilkan asid humik. • Tidak merosakkan struktur tanah. • Hasil tanaman selamat digunakan. • Mampu menguraikan nitrogen dalam tanah. • Mampu membekalkan hormon dan enzim kepada tumbuhan untuk tumbesaran.
Jana Minda 330 7 Modul Bahagian A Bahagian B 1. Nyatakan empat tujuan penghasilan kompos. (a) (b) (c) (d) 2. Nyatakan kegunaan alat-alat berikut. (a) Alat penyukat suhu : (b) Alat pengukur kelembapan tanah : 3. Senaraikan ciri-ciri kompos yang telah matang. (a) (b) (c) (d) (e) 1. Senaraikan tiga jenis cacing kompos. (a) (b) (c) 2. Terangkan tiga tabiat cacing vermikompos. (a) (b) (c) 3. Senaraikan kebaikan penggunaan penggalak tanaman. (a) (b) (c) (d) (e) (f)
Refleksi 331 7 Modul Tandakan (✓) pada ruangan yang sesuai. Selepas mempelajari bab ini, saya boleh: Bil. Perkara 1. Menyatakan maksud kompos. 2. Menjelaskan tujuan penghasilan kompos. 3. Melaksanakan penghasilan membuat kompos dengan bahan dan peralatan yang betul. 4. Menganalisis kompos yang dihasilkan daripada sisa tanaman. 5. Menilai kualiti hasil kompos yang dihasilkan. 6. Menjana idea untuk menambah baik hasil kompos. 7. Menyatakan maksud vermikompos. 8. Menerangkan tujuan vermikompos. 9. Melaksanakan penghasilan vermikompos menggunakan bahan dan peralatan yang sesuai. 10. Menganalisis penghasilan vermikompos yang telah dihasilkan. 11. Menilai kualiti hasil vermikompos yang telah dihasilkan. 12. Melaksanakan penghasilan vermikompos dengan kaedah yang betul, sistematik dan boleh dijadikan contoh. 13. Menerangkan maksud penggalak tanaman. 14. Menyediakan bahan dan peralatan yang sesuai bagi menghasilkan penggalak tanaman. 15. Melaksanakan penghasilan penggalak tanaman menggunakan bahan dan peralatan yang sesuai. 16. Menuai penggalak tanaman mengikut prosedur yang betul. 17. Menganalisis penghasilan penggalak tanaman yang telah dihasilkan. 18. Menghasilkan penggalak tanaman dengan kaedah yang betul.