46 PENYEDIAAN KAWASAN TANAMAN MODUL2 PENGENALAN Kawasan tanah terbiar merupakan satu kawasan yang tidak diusahakan oleh pemiliknya untuk satu tempoh yang lama. Sekiranya terdapat usaha untuk membangunkan tanah terbiar, kawasan ini boleh menjadi sebuah kawasan tanaman yang hebat dan berupaya memberikan pulangan yang lumayan kepada pengusahanya. Perkara yang penting adalah untuk memastikan kesesuaian jenis tanaman dalam sesebuah kawasan tanaman. Perkembangan kemajuan teknologi pertanian dari semasa ke semasa memainkan peranan signifikan dalam memacu industri pengeluaran makanan negara. Penggunaan jentera moden dan canggih dapat menyediakan kawasan tanaman yang sesuai mengikut jenis tanaman yang hendak ditanam. Pihak kerajaan menggalakkan kajian dan penyelidikan ke atas jenis tanah, jenis tanaman, kualiti tanaman dan pengeluaran hasil tanaman dalam usaha untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman dan menghasilkan tanaman bermutu tinggi serta berdaya saing dengan produk keluaran antarabangsa.
47 2.1 Penyediaan Kawasan Tanaman 2.2 Penyediaan Tapak Semaian Tanaman dan Pemasangan Sistem Pengairan STANDARD KANDUNGAN TANDARD KANDUNGAN KATA KUNCI • Tapak tanaman • Bahan organik • Batas • Lubang tanaman • Membajak • Pengapuran • Sistem pengairan • Tapak semaian
48 2 Modul 2.1 PENYEDIAAN KAWASAN TANAMAN Tapak tanaman merupakan satu kawasan terpilih yang sesuai untuk menjalankan aktiviti penanaman. Tapak tanaman perlu mampu membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tanaman, mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik bagi membolehkan tanaman hidup subur dan memberikan pulangan hasil yang optimum. Tapak yang dipilih mestilah mempunyai iklim yang sesuai dengan jenis tanaman yang hendak ditanam. Jenis tanah Kawasan bertanah loam paling sesuai dijadikan tapak tanaman kerana mempunyai struktur dan tekstur tanah yang baik untuk tanaman. 2.1.1 Menyenaraikan ciri utama pemilihan tapak tanaman. Standard Pembelajaran Ciri Utama Pemilihan Tapak Tanaman Pemilihan tapak tanaman yang sesuai adalah suatu perkara penting sebelum memulakan penanaman. Antara faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak tanaman ialah: Jenis tanah Pencahayaan Sumber air Kemudahan infrastruktur Ciri Utama Pemilihan Tapak Tanaman
49 2 Modul Kemudahan infrastruktur Mempunyai kemudahan jalan raya sebagai jalan perhubungan bagi memudahkan pengangkutan hasil untuk dipasarkan. Mempunyai bekalan elektrik untuk membekalkan kuasa elektrik. Sumber air Bekalan sumber air termasuklah sungai, perigi dan bekalan air paip. Air akan melarutkan nutrien dalam tanah agar mudah diserap oleh akar. Jika tanaman kekurangan air, tanaman menjadi kurang subur dan memberi kesan ke atas hasil tanaman sama ada dari segi kuantiti dan kualiti hasil tanaman tersebut. Pencahayaan Pencahayaan yang mencukupi amat penting bagi tanaman menjalankan proses fotosintesis. Tapak tanaman yang terlindung oleh bangunan dan pokok besar yang tinggi akan mengurangkan kadar pencahayaan ke atas tapak tanaman. Pada era ini, adakah masyarakat dapat mengusahakan tanaman makanan pada kawasan yang terhad, di dalam bangunan dan tanpa tanah? Pada pendapat anda, bagaimanakah ini boleh berlaku? Info Jenis Tanah • Komponen tanah terdiri daripada mineral, bahan organik, air dan udara. • Tanah terdiri daripada tiga jenis tanah utama iaitu tanah loam (tekstur sederhana), tanah liat (tekstur halus) dan tanah pasir (tekstur kasar). Kepentingan Fotosintesis • Menghasilkan makanan kepada tumbuhan. • Membantu mengekalkan kandungan gas dalam udara secara langsung melalui kitar karbon dan kitar oksigen.
50 2 Modul Setelah memperoleh kawasan yang sesuai untuk dijadikan tapak tanaman, beberapa langkah perlu diambil iaitu membajak, menggembur, menabur kapur dan bahan organik dan membuat sungkupan di tapak tanaman. Langkah-langkah ini perlu dilakukan supaya tanaman yang ditanam dapat hidup subur dan boleh mengeluarkan hasil yang optimum. Tujuan Penyediaan Kawasan Tapak Tanaman Membajak Tapak Tanaman Apabila tapak tanaman telah berjaya dibersihkan, maka tapak tanaman bolehlah dibajak. Aktiviti membajak tanah meliputi kerja memecah dan membalikkan tanah. Menggembur Tanah Menggembur tanah bermaksud menghancurkan butiran-butiran tanah kasar supaya menjadi butiran halus. Bagi tapak tanaman yang kecil, kerja menggembur boleh dilakukan dengan menggunakan cangkul. Bagi tapak yang luas pula jentera diperlukan untuk menggembur tanah. Biasanya, tanah digembur sedalam antara 25 – 30 cm. Selepas tanah digembur, tapak tanaman akan dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari selama dua hingga tiga minggu. 2.1.2 Menjelaskan tujuan membajak, menggembur, menabur kapur dan bahan organik serta membuat sungkupan di tapak tanaman. Standard Pembelajaran Memecah dan membalikkan tanah bagi memudahkan aktiviti menggemburkan tanah. Tujuan Membajak Mengeluarkan akar atau pangkal pokok reput. Membaiki pengudaraan dalam tanah. Memusnahkan haiwan perosak dalam tanah. Memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah. Membebaskan tanah daripada lebihan akar pokok yang boleh menyebabkan penyakit. Menghapuskan rumpai. Memusnahkan organisma berbahaya kepada tanaman. Memudahkan kerja membina batas. Tujuan Menggembur Tanah
51 2 Modul Menabur Kapur dan Bahan Organik Kapur ditabur ke seluruh permukaan tapak tanaman sebelum pembajakan kali kedua dilakukan. Kerja pengapuran dilakukan satu hingga dua minggu sebelum bahan organik ditabur kepada tanah. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan tindak balas kimia. Bahan kapur yang boleh digunakan ialah batu kapur, kapur dolomit dan kapur tohor. Bahan organik terdiri daripada sisa tanaman reput seperti jerami padi, rumput kering dan lain-lain lagi. Tujuan Menabur Kapur Memperbaiki tekstur dan struktur tanah. Meningkatkan pH tanah. Meningkatkan rongga udara dalam tanah dengan kehadiran mikroorganisma tanah. Membekalkan nutrien kepada tumbuhan. Kapur membekalkan kalsium dan magnesium kepada tanah. Membaiki agregat tanah. Kapur meneutralkan cas negatif pada kumin tanah dan menggalakkan kumin tanah bercantum. Tujuan Menabur Bahan Organik Meningkatkan tahap kesuburan tanah. Membaiki tekstur tanah. Membuat Sungkupan Membuat sungkupan ialah satu proses menutup permukaan tanah dengan bahan yang sesuai seperti daun pelepah kelapa sawit, tandan kelapa sawit kosong dan juga kompos. Selain bahan semula jadi, plastik silvershine juga boleh dijadikan sebagai bahan sungkupan. Bertindak sebagai baja organik apabila reput bagi membantu menyuburkan tanah. Memelihara kelembapan tanah dan mengurangkan suhu tanah. Mengurangkan kehilangan nutrien melalui proses larut resap. Menggalakkan pembiakan cacing tanah dan mikroorganisma baik tanah. Mengawal pertumbuhan rumpai. Tujuan Sungkupan
52 2 Modul Fungsi Alatan dan Bahan Bagi Penyediaan Kawasan Tanaman Alatan Membajak Alat membajak terbahagi kepada dua iaitu alat membajak primer dan alat membajak sekunder. Alat membajak primer digunakan ke atas kawasan tanaman yang baru hendak dibuka dan bertekstur keras. Alat membajak primer terdiri daripada bajak piring, bajak sepak dan bajak pahat. Manakala, alat membajak sekunder pula digunakan untuk memperoleh butiran tanah yang lebih halus lagi. Alat membajak sekunder terdiri daripada penggembur berspring, bajak putar dan bajak sisir. Alat Membajak Primer • Terdiri daripada beberapa piring yang cengkung dan berat. • Terdapat dua jenis bajak piring iaitu bajak piring sisi serong rata dan sisi bergigi. • Sesuai digunakan di kawasan berumpai tebal, berbatu dan berakar besar. • Digunakan untuk memotong, memecah, mengangkat dan membalikkan tanah. • Sesuai digunakan di kawasan yang kurang akar dan batu, berpasir, bertanah lembut dan tidak berumpai tebal. • Digunakan untuk melonggarkan tanah. • Digunakan untuk memotong, mengangkat dan membalikkan tanah. • Digunakan untuk memecah, melonggar tanah kering dan keras dan menarik keluar akar daripada tanah. • Mampu memecahkan lapisan tanah mampat tanpa membenamkan sisa tanaman. • Boleh memecahkan lapisan tanah keras melebihi pembajakan biasa. 2.1.3 Menerangkan fungsi alatan dan bahan bagi penyediaan kawasan tanaman. Standard Pembelajaran
53 2 Modul Alat Membajak Sekunder • Membersih dan memecahkan tunggul. • Mengawal rumpai. • Menggembur antara barisan tanaman. • Sesuai digunakan di kawasan yang masih gembur seperti tapak tanaman sayur-sayuran. • Digunakan untuk menghancurkan tanah dengan halus. • Mengawal rumpai. • Digunakan untuk menggembur tanah dengan cepat, menggaul sisa tanaman dan baja di dalam tanah. • Untuk membajak di antara batas. • Digunakan untuk memecah dan menyikat sisa tanaman yang terdapat pada permukaan tanah. • Digunakan untuk memugar tanah yang cetek. • Digunakan untuk mengangkat sisa tanaman yang ditinggalkan.
54 2 Modul Bahan Organik Bahan organik tanah terbentuk daripada proses pereputan sisa tumbuhan dan najis haiwan yang bercampur dengan tanah. Mikroorganisma seperti bakteria dan kulat akan menguraikannya menjadi bahan yang lebih ringkas. Contoh sumber bahan organik yang boleh digunakan seperti sisa haiwan, sisa tumbuhan dan bahan buangan industri pertanian. Bahan Pengapuran Pengapuran dan pembajaan asas perlu dilakukan selepas membajak dan sebelum menanam. Sisa haiwan Najis ayam Rumput kering Tandan kelapa sawit Najis kelawar Daun kering Najis lembu Sisa tumbuhan Bahan buangan industri pertanian Bahan Pengapuran Kapur Dolomit Kapur Tohor • Mempunyai kandungan kalsium yang tinggi. • Mengambil masa yang singkat untuk berubah kepada kalsium karbonat. • Membekalkan nutrien sederhana larut dalam tanah seperti kalsium dan magnesium. • Sesuai untuk tanaman koko. Tahukah Anda • Bahan seperti abu kayu, karangan laut dan cangkerang tiram boleh dijadikan bahan pengapuran. • Bahan daripada hasil sampingan kilang seperti kilang besi, kilang keluli dan kilang gula juga boleh dijadikan sebagai bahan pengapuran.
55 2 Modul Sebelum melakukan pembersihan tapak tanaman, semua peralatan dan bahan yang diperlukan hendaklah disediakan terlebih dahulu. Peralatan dan Bahan Pembersihan Tapak Tanaman Memotong rumput. Tip Keselamatan Utamakan keselamatan semasa menggunakan dan mengendalikan peralatan tajam dan bahan berbahaya. 2.1.4 Menyediakan peralatan/bahan pembersihan tapak tanaman. Standard Pembelajaran Memotong pokok kecil atau renek. Menebang pokok besar. Membunuh rumpai dan menghapuskan habitat perosak. Mengangkut dan memindahkan bahan buangan dalam kuantiti yang banyak. Menggali tanah, membersihkan kawasan daripada rumput dan meratakan tanah. Mengangkut rumpai yang telah dicabut. Alatan Bahan
56 2 Modul Tapak tanaman yang dipilih hendaklah dibersihkan terlebih dahulu. Pembersihan tapak tanaman ini penting bagi memudahkan kerja membina batas tanaman dan kerja-kerja pengurusan tapak. Pembersihan Tapak Tanaman 2.1.5 Melaksanakan kerja pembersihan tapak tanaman. Standard Pembelajaran Pokok-pokok renek dan kecil perlu ditebas dengan menggunakan parang, dikumpulkan dan dimusnahkan. Pokok-pokok besar pula, perlu ditebang dengan menggunakan mesin gergaji berantai. Jika di kawasan tersebut ada tunggul kayu mati dan akar daripada pokok besar, kawasan tersebut perlu dibersihkan menggunakan jentolak.
57 2 Modul Rumput-rumpai hendaklah dipotong dan dikumpulkan dan boleh dijadikan sebagai kompos. Menyembur racun rumpai bagi memusnahkan rumput-rumpai. Kompos Kompos merupakan sejenis baja organik yang terdiri daripada sisa tanaman, sisa dapur dan najis ternakan. Info
58 2 Modul Penyediaan Tapak Tanaman Penyediaan tapak tanaman termasuklah kerja membajak, menggembur, menabur kapur dan bahan organik di tapak tanaman. Kesemua kerja penyediaan tapak tanaman perlu dilakukan secara berperingkat mengikut prosedur. Melaksanakan Kerja Membajak Kaedah membajak menggunakan jentera terbahagi kepada empat iaitu pembajakan sehala, pembajakan terkumpul, pembajakan pusingan dan pembajakan casting. Kaedah pembajakan Keterangan Pembajakan sehala • Dilaksanakan pada tanah yang luas. • Dilakukan secara selari memanjang dari hujung ke hujung tanah, bermula dari luar hujung sempadan tanah dan bergerak ke arah sempadan sebelah hujung tanah yang berlawanan. • Pembajakan yang rata. 2.1.6 Melaksanakan kerja membajak, menggembur, menabur kapur dan bahan organik di tapak tanaman. Standard Pembelajaran Jadual 2.1 Jenis kaedah pembajakan Kaedah Pembajakan Pembajakan pusingan Pembajakan casting Pembajakan sehala Pembajakan terkumpul
59 2 Modul Kaedah pembajakan Keterangan Pembajakan terkumpul • Dilakukan dari bahagian tengah dan berakhir di bahagian tepi. • Menghasilkan pembalikan tanah yang bertentangan arah. • Mampu meratakan semula parit yang terbentuk di tengah tanah. Pembajakan pusingan • Dilakukan dari bahagian tepi atau tengah mengikut arah lawan pusingan jam secara berterusan. • Menghasilkan parit di bahagian tengah tapak tanaman. • Menghasilkan pembalikan tanah yang bertentangan. Pembajakan casting • Dilakukan mengikut arah lawan pusingan jam dari bahagian hujung kawasan tanah. • Membalikkan tanah ke kanan. • Membentuk parit di bahagian tengah tapak tanaman. Sumber: Salmiah Jaba dan Hassan Alli, 2017
60 2 Modul Langkah-langkah Mengendalikan Pembajakan Primer Traktor Bajak Piring Letakkan traktor di tempat permulaan. Tekan brek dan injak cekam. Tekan tuil rotor untuk mengangkat rotor pembajak. Hidupkan enjin. Tolak tuil gear pada kedudukan F atau H atau M. Lepaskan brek dan mula bergerak. 1 3 5 2 4 6
61 2 Modul Laraskan tuil rotor pembajak. Kawal injak cekam dan brek semasa membelok. Tekan brek, pastikan gear dalam kedudukan neutral dan turunkan rotor. Mulakan aktiviti membajak. Selesai membajak, tempatkan traktor di kedudukan permulaan. Matikan enjin. 7 9 11 8 10 12 Kod QR Layari laman sesawang http://arasmega.com/qr-link/ pembajakan-traktor-bajak-piring/ untuk melihat contoh pengendalian pembajakan primer traktor bajak piring. (Dicapai pada 20 Disember 2019)
62 2 Modul Melaksanakan Kerja Menggembur Kerja menggembur di tapak tanaman dapat dilakukan dengan menggunakan beberapa alatan seperti cangkul, serampang tangan, alat membajak sekunder dan jentera. Serampang tangan Jentera Alat membajak sekunder Cangkul
63 2 Modul Melaksanakan Kerja Menabur Kapur dan Bahan Organik Kapur ditabur pada tapak tanaman. Gemburkan tanah menggunakan cultivator. Selepas satu hingga dua minggu, kapur ditabur lagi untuk mengelakkan tindak balas kimia. Ukur, tanda dan bina batas tanaman. Buat alur di bahagian tengah batas. Tabur bahan organik ke dalam tanah secukupnya. 1 2 3 4 5 6 Kuantiti kapur dan bahan organik yang ditabur adalah mengikut keluasan tapak tanaman. Info
64 2 Modul Sebelum batas dibina, kerja-kerja mengukur dan menanda perlu dilakukan terlebih dahulu selepas kerja penyediaan tapak selesai. Batas dibina sebelum kerja penanaman dilakukan. Batas ialah bahagian tanah yang ditinggikan dengan tujuan untuk menanam tanaman. Pengukuran dan Penandaan Batas Tanaman Mengikut Spesifikasi Langkah-langkah Mengukur dan Menanda Menyediakan alatan dan bahan mengukur dan menanda seperti pita ukur, tukul besi, tali rafia dan kayu pancang. Ukur kawasan tanaman yang hendak dijadikan batas tanaman dengan menggunakan pita ukur. Menanda kawasan yang telah diukur dengan kayu pancang. Kayu pancang dibenamkan ke dalam tanah dengan menggunakan tukul besi. Tali rafia diikat dari satu hujung ke satu hujung lagi. 1 2 3 4 5 2.1.7 Mengukur dan menanda batas tanaman mengikut spesifikasi. Standard Pembelajaran
65 2 Modul Pemilihan Jenis, Kuantiti dan Kualiti Bahan Sungkupan Mengikut Keperluan Keperluan meletakkan sungkupan pada permukaan tanah bergantung kepada penerimaan cahaya matahari di kawasan tersebut. Bahan sungkupan setebal 5 – 7 cm diletakkan di kawasan yang menerima pancaran 2.1.8 Memilih jenis, kuantiti dan kualiti bahan sungkupan mengikut keperluan. Standard Pembelajaran EMK Bahan sungkupan semula jadi banyak digunakan di ladang kerana kosnya yang rendah dan mesra alam sekitar. Bahan ini akan mereput dan terurai menjadi bahan organik. matahari sepenuhnya. Bagi kawasan yang redup, bahan sungkupan setebal 3 – 4 cm sudah memadai. Bahan sungkupan yang terlalu tebal akan menghalang penerimaan cahaya matahari kepada tanaman. Pemilihan dan penggunaan bahan sungkupan perlulah sesuai dengan jenis tanah dan keperluan tanaman yang hendak ditanam. Keberkesanan penggunaan bahan sungkupan akan mempengaruhi kualiti tanaman yang ditanam. Jadual 2.2 merupakan contoh keberkesanan penggunaan bahan sungkupan. Bahan sungkupan Jenis tanah Kuantiti (Tan / Ha) Contoh tanaman Keberkesanan Jerami padi Tanah berpasir 64 Kubis (a) Semasa proses pereputan berlaku, nutrien dibebaskan secara perlahanlahan dan menghasilkan humus. (b) Pembentukan bahan organik secara beransur-ansur dapat memperbaiki struktur tanah. Kompos Tanah liat 30 - 50 Kubis (a) Semasa proses pereputan berlaku, bahan organik tanah yang terbentuk secara beransur-ansur akan membantu memperbaiki struktur, sifat fizikal dan kimia tanah. Ini akan membantu pembiakan cacing tanah dan juga mikroorganisma tanah. Tandan kelapa sawit kosong Tanah berpasir Tanah liat 3 Pisang (a) Meningkatkan kelembapan tanah. (b) Mengurangkan suhu tanah. Biojisim sawit Tanah gambut 30 Bayam (a) Digunakan untuk meningkatkan pH tanah. Plastik silvershine Tanah liat Cili (a) Memerangkap wap air daripada panas haba, mengekalkan kelembapan tanah dan menghalang hakisan tanah akibat timpaan hujan. (b) Mengelakkan serangan serangga perosak dan penyakit. Jadual 2.2 Contoh keberkesanan penggunaan bahan sungkupan
66 2 Modul Pengukuran dan Penggalian Lubang Tanaman (Sayuran dan Buah) di Tapak Tanaman Tanaman yang hendak ditanam perlu mengambil kira jarak antara tanaman. Ruang yang mencukupi antara tanaman dapat mengelakkan berlakunya persaingan dari segi air, nutrien dan cahaya matahari. Oleh itu, tanaman dapat tumbuh dengan baik sekali gus meningkatkan hasil pengeluaran. 2.1.9 Mengukur dan menggali lubang tanaman (sayuran dan buah) di tapak tanaman. Standard Pembelajaran Jarak Tanaman Sayur-sayuran Jarak tanaman bagi sayur-sayuran berbeza antara satu dengan yang lain mengikut jenis sayur-sayuran sama ada jenis daun, buah, kekacang atau umbisi. Tanaman perlu ditanam mengikut jarak yang disyorkan. Jadual 2.3 menunjukkan jarak dan kedalaman lubang tanaman sayur-sayuran terpilih. Contoh sayur-sayuran Jarak tanaman (meter) Kedalaman lubang tanaman (meter) Bayam 0.2 × 0.1 0.03 Kailan 0.2 × 0.15 0.03 Sawi 0.15 × 0.15 0.03 Kangkung 0.2 × 0.1 0.03 Bendi 0.9 × 1.5 0.02 Timun 0.6 × 0.6 0.02 Terung 0.9 × 1.5 0.03 Cili 0.9 × 1.2 0.02 Tomato 0.6 × 0.6 0.03 Kacang buncis 0.45 × 0.6 0.02 – 0.03 Kacang panjang 0.6 × 0.45 0.02 – 0.03 Keledek 1.0 × 0.3 0.25 – 0.03 Jadual 2.3 Jarak dan kedalaman lubang sayur-sayuran terpilih Jarak Tanaman Buah-buahan Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi susunan tanaman buah-buahan iaitu cara pengurusan tanaman, keperluan tanaman dan bentuk muka bumi. Antara susunan tanaman yang dicadangkan ialah sistem segi tiga sama, segi empat sama dan segi empat tepat. 1. Segi tiga sama (a) Populasi tanaman per hektar lebih banyak dan penggunaan tanah lebih efektif. (b) Tanaman mendapat cahaya yang sekata kerana tidak terlindung oleh tanaman lain. Tanaman dapat menjalankan proses fotosintesis dengan baik. (c) Peredaran udara baik dan membantu pendebungaan pokok secara optimum. (d) Serangan penyakit ke atas kawasan tanaman dapat dikawal. (e) Contoh tanaman ialah kelapa. Rajah 2.1 Contoh pelan jarak tanaman buah-buahan (segi tiga sama) 9 m 9 m 9 m
67 2 Modul • Jarak di antara batas diperlukan untuk memudahkan kerja penjagaan dan memungut hasil. • Batas yang terlalu panjang akan menyukarkan kerja pengurusan dan penjagaan. Info Aktiviti Anda seorang usahawan tani dan ingin mengusahakan sebuah tapak tanaman sayur-sayuran. Lakarkan lakaran tapak tanaman impian anda. 2. Segi empat (a) Populasi tanaman per hektar kurang berbanding sistem segi tiga sama. (b) Perlu sesuai dengan pancaran matahari untuk memastikan pokok seimbang. (c) Memudahkan kerja memotong rumput, mengawal perosak dan aktiviti menuai. (d) Contoh tanaman ialah pisang. Rajah 2.2 Contoh pelan jarak tanaman buah-buahan (segi empat sama) Rajah 2.3 Contoh pelan jarak tanaman buah-buahan (segi empat tepat) 2.5 m 2.5 m 2.5 m 2.7 m 1.8 m 2.7 m Pola susunan tanaman Contoh buah-buahan Jarak tanaman (meter) Kedalaman lubang tanaman (meter) Segi tiga sama Cempedak Nangka Rambutan 9 × 9 9 × 9 9 × 9 0.6 0.6 0.6 Segi empat sama Belimbing Ciku Pisang 6 × 6 6 × 6 2.5 × 2.5 0.6 0.6 0.3 Segi empat tepat Mangga Betik 7.5 × 7.7 2.7 × 1.8 0.6 0.6 Jadual 2.4 Jarak dan kedalaman tanaman buah-buahan terpilih Saiz lubang tanaman bergantung kepada saiz bebola akar pokok yang hendak ditanam. Semakin besar bebola akar, semakin besar juga lubang tanamannya. Nisbah saiz lubang tanaman kepada saiz bebola akar yang disarankan ialah 3:1 iaitu saiz lubang tanaman tiga kali ganda lebih lebih lebar berbanding saiz bebola akar yang hendak ditanam.
68 2 Modul Menggali Lubang Tanaman bagi Buah di Tapak Tanaman Contoh tanaman: pisang 1. Ukur saiz lubang tanaman yang hendak ditanam iaitu 0.3 m × 0.3 m × 0.3 m. 2. Tandakan jarak dan pacakkan kayu pancang. 3. Gali lubang tanaman dengan menggunakan cangkul. Lubang tanaman digali sebulan sebelum menanam. 4. Dedahkan lubang tanaman yang telah siap digali kepada cahaya matahari selama seminggu. 5. Timbus semula lubang tanaman dengan lapisan tanah loam yang subur. 6. Campurkan baja organik seperti najis ayam yang telah reput bersama tanah pada lubang tanaman jika tanah kurang subur. 7. Baja fosfat seperti Christmas Island Rock Phosphate (CIRP) ditabur di lubang tanaman untuk pertumbuhan akar. 8. Lubang tanaman ditimbus semula dan dibiarkan selama seminggu sebelum menanam anak benih. Menggali Lubang Tanaman bagi Sayuran di Tapak Tanaman Contoh tanaman: bayam 1. Ukur jarak tanaman antara dua lubang tanaman yang hendak ditanam iaitu 0.1 m, manakala jarak antara baris tanaman 0.2 m. 2. Tandakan jarak dan pacakkan kayu pancang sedalam 0.03 m atau mengikut kesesuaian saiz anak pokok. 3. Angkat kayu pancang. Rajah 2.5 Keratan rentas lubang tanaman bagi sayuran Rajah 2.4 Keratan rentas lubang tanaman bagi buah pisang 0.3 m 0.3 m 0.3 m 0.2 m 0.1 m
69 2 Modul Batas dibina bertujuan membaiki saliran dan pengudaraan tanah. Selain itu, dapat memudahkan kerja-kerja penjagaan seperti penyiraman, pembajaan dan juga kawalan perosak. Semasa membina batas, bahan organik boleh dicampurkan terus kepada tanah. Terdapat dua jenis batas, iaitu batas tunggal dan batas rata. Spesifikasi Batas Tunggal 1. Saiz batas tunggal berukuran 0.2 – 0.25 m tinggi dan 0.3 – 0.45 m lebar, panjang mengikut keperluan. 2. Jarak di antara batas 0.3 – 0.6 m. 3. Contoh tanaman ialah keledek. Spesifikasi Batas Rata 1. Saiz batas rata berukuran 0.15 – 0.25 m tinggi, 0.75 – 1.2 m lebar, panjang mengikut keperluan. 2. Jarak di antara batas 0.3 – 0.6 m. 3. Contoh tanaman ialah sawi. Pembinaan Batas Mengikut Spesifikasi Rajah 2.6 Ukuran batas tunggal Rajah 2.7 Ukuran batas rata 0.3 – 0.6 m 0.3 – 0. 45 m 0.2 – 0.25 m 5 – 9 m 0.75 – 1.2 m 0.3 – 0.6 m 0.15 – 0.25 m 5 – 9 m Jenis dan ukuran batas adalah bergantung kepada keluasan ladang dan keperluan tanaman. Info 2.1.10 Membina batas mengikut spesifikasi. Standard Pembelajaran Jenis sayur-sayuran Contoh Saiz batas (Meter) Daun Kailan 1.2 lebar × 7.5 panjang × 0.25 tinggi Bayam 1.2 lebar × 7.5 panjang × 0.25 tinggi Sawi 1.2 lebar × 7.5 panjang × 0.25 tinggi Kangkung 1.2 lebar × 7.5 panjang × 0.25 tinggi Buah Timun 1.2 lebar × 7.5 panjang × 0.25 tinggi Bendi 1.2 lebar × 7.5 panjang × 0.25 tinggi Terung 1.2 lebar × 7.5 panjang × 0.25 tinggi Kekacang Kacang buncis 1.2 lebar × 7.5 panjang × 0.25 tinggi Jadual 2.5 Saiz batas tanaman mengikut jenis sayuran
70 2 Modul Rajah 2.8 Contoh keratan batas tanaman sayuran Rajah 2.9 Contoh keratan batas ubi 1.2 m 0.25 m 0.45 m 1.2 m 0.45 m 0.25 m 0.6 m 0.45 m Batas yang telah siap akan dibiarkan selama seminggu agar baja organik dan baja kompos sebati dengan tanah sebelum pokok ditanam. Pilih kawasan untuk dijadikan tapak penanaman. Tabur baja kompos atau baja organik dan gaul di atas batas. Bersihkan kawasan daripada rumpai, tunggul kayu dan batu. Gembur tanah menggunakan alat membajak primer dan sekunder. Ukur saiz batas (panjang, lebar dan tinggi) menggunakan pita ukur. Tanda ukuran batas menggunakan kayu pancang dan tali. Bina batas mengikut ukuran yang telah dibuat. Langkah-langkah Membina Batas
71 2 Modul PENYEDIAAN TAPAK SEMAIAN TANAMAN DAN PEMASANGAN SISTEM PENGAIRAN 2.2 Tapak Semaian Tanaman Tapak semaian atau nurseri adalah tempat menghasilkan dan menempatkan anak pokok sebelum ditanam di tempat yang kekal atau dipasarkan. Anak pokok atau anak benih tidak terus ditanam di ladang kerana persekitaran ladang yang terdedah kepada hujan, panas, kering, tiupan angin dan sebagainya yang boleh mengakibatkan anak benih mati atau terencat jika tidak dijaga dengan sempurna. Contoh tapak semaian adalah seperti di bawah. Tapak semaian cili Tapak semaian tanaman buah-buahan Tapak semaian padi Tapak semaian tebu
72 2 Modul Ciri-ciri Utama Pemilihan Tapak Semaian Jenis Tapak Semaian Jenis tapak semaian bergantung kepada objektif dan keperluan sesebuah organisasi. Terdapat dua jenis tapak semaian iaitu: Tahukah Anda Pancaran cahaya matahari yang terlalu kuat akan merosakkan daun melalui proses transpirasi yang berlebihan. 1. Tapak Semaian Sementara • Keperluan anak pokok adalah mengikut jangka masa atau musim tanaman. • Tiada keperluan mendesak kepada struktur tertentu seperti pejabat, rumah tumbuhan, rumah teduhan, stor kimia dan sebagainya. 2. Tapak Semaian Tetap • Keperluan anak pokok berterusan mengikut jenis pengeluaran bahan tanaman. • Terdapat keperluan mendesak kepada struktur tertentu seperti pejabat, rumah tumbuhan, rumah teduhan, stor kimia dan sebagainya. Kawasan dan lokasi yang strategik yang mudah dilihat oleh orang ramai bagi memudahkan proses pemasaran. Kawasan tapak semaian hendaklah bebas daripada kemungkinan dilanda banjir ataupun keadaan air bertakung. Berdekatan dengan sumber bekalan elektrik bagi memudahkan pemasangan sistem pengairan dengan teknologi pelaras masa (timer). Kawasan yang luas dan lapang supaya tanaman mendapat cahaya matahari yang secukupnya bagi tujuan fotosintesis dan akar pokok tidak bersaing untuk mendapatkan air dan nutrien. Berhampiran dengan sumber bekalan air tetap dan tidak tercemar seperti kolam, sungai atau perigi untuk kegunaan penyiraman anak benih. Mempunyai kemudahan infrastruktur, laluan pekerja dan jalan untuk membawa keluar anak pokok ke ladang tanaman yang teratur dan sistematik. Berdekatan dengan penempatan bagi memudahkan pengurusan dan mengelakkan kecurian. Kawasan tanah tapak semaian hendaklah mempunyai topografi yang rata. 1 3 5 7 2 4 6 8 2.2.1 Menyenaraikan ciri-ciri utama pemilihan tapak semaian. Standard Pembelajaran
73 2 Modul Pemilihan Tapak Semaian Tapak semaian memerlukan kawasan dan lokasi yang strategik dan sesuai sebelum dimulakan. Tapak semaian perlu berada berdekatan kawasan penanaman bagi memudahkan urusan pemindahan ke kawasan tanaman. Bekas Semaian Bekas semaian yang dipilih bergantung kepada saiz biji benih yang hendak disemai. Saiz bekas semaian mestilah bersesuaian dengan jenis tanaman. Bekas perlu mudah dialihkan dan dibersihkan. Selain itu, bekas semaian juga haruslah mempunyai lubang saliran. 1. Tanaman Buah-buahan • Biji benih halus seperti tembikai dan betik sesuai disemai di dalam dulang semaian. • Biji benih besar seperti durian dan mangga sesuai disemai di dalam polibeg yang diisi medium semaian. Jenis buah-buahan ini dijadikan pokok penanti yang akan dikahwinkan dengan pokok baka bagi menghasilkan kepelbagaian pokok buah yang berkualiti. Contohnya, pokok durian D197, Mon Thong, D24, D168 dan sebagainya. 2. Tanaman Sayur-sayuran • Biji benih sayur-sayuran berbuah seperti cili, tomato, terung, timun, kacang buncis dan sebagainya sesuai disemai di dalam dulang semaian. • Benih sayur-sayuran daripada jenis keratan batang sesuai disemai di dalam kotak semaian. Sayur-sayuran Kotak semaian (semaian keratan batang) Dulang semaian (semaian biji benih) Buah-buahan Polibeg (semaian biji benih besar dan pokok penanti) Dulang semaian (semaian biji benih halus) 2.2.2 Memilih tapak untuk semaian yang sesuai. Standard Pembelajaran Sistem pengairan yang lengkap adalah sangat penting bagi tapak semaian. Tapak semaian mesti mempunyai sumber air yang mencukupi sama ada kolam, sungai, tasik, bekalan air paip atau sumber air bersih yang lain. Kawasan tapak semaian perlulah di kawasan yang terbuka dan tidak terlindung oleh pokok-pokok besar atau bangunan supaya anak pokok semaian menerima cahaya matahari yang mencukupi untuk pertumbuhan. Selain itu, pemilihan lokasi tapak semaian perlulah jauh dari kawasan yang berpotensi untuk pembiakan agen perosak dan penyakit bagi mengurangkan risiko anak pokok diserang perosak dan penyakit. Tapak Semaian Tanaman Tanaman buah-buahan Tanaman sayur-sayuran
74 2 Modul Penyediaan Bahan dan Alatan Tapak Semaian Bahan yang diperlukan untuk menyediakan tapak semaian bagi tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran. Menyimpan air, membekalkan nutrien dan memegang akar tumbuhan. Memberi ruang pengudaraan dan memudahkan pengaliran air dalam tanah. Menutup dulang semaian setelah biji benih disemai dan disiram. Mengisi sisa-sisa rumpai dan sampah untuk dibawa ke tempat pelupusan. Sama ada dalam bentuk biji benih, keratan batang, keratan pucuk dan sebagainya. Kotak semaian Polibeg Dulang semaian berbilang sel 2.2.3 Menyediakan bahan dan alatan tapak semaian. Standard Pembelajaran Menyemai benih. Membantu pertumbuhan dan proses pembiakan bahagian akar, mengalakkan pembelahan sel-sel dan proses percambahan. Bahan Meningkatkan daya pegangan air dan membekalkan nutrien kepada tumbuhan.
75 2 Modul Alatan yang diperlukan dalam penyediaan tapak semaian tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran. Menggaul campuran medium; tanah loam, bahan organik dan pasir sungai. Mengaut dan mengumpul sampah atau sisa tanaman. Menyodok dan menggaul medium semaian. Menggaul medium semaian. Mengangkut media campuran, sisa-sisa tanaman dan sampah lain ke tempat pelupusan. Menggali lubang tanaman dan memindahkan anak pokok ke dalam polibeg. Menggembur medium semaian dan merumput. Mengangkut sisa rumpai, daun, batu dan sampah. Menjaga keselamatan dan kebersihan tangan semasa melaksanakan kerja-kerja di kawasan semaian. Alatan
76 2 Modul Campuran Medium Campuran medium yang dihasilkan hendaklah mengikut nisbah campuran yang bersesuaian dengan jenis tanaman bagi menghasilkan tumbesaran anak benih yang baik. Campuran medium mengikut nisbah yang sesuai dapat menghasilkan medium semaian yang mampu: (a) Menstabilkan struktur medium. (b) Mengekalkan kelembapan dalam medium semaian. (c) Mempunyai saliran yang baik. Selain itu, baja fosfat dan kapur Ground Magnesium Limestone (GML) juga digunakan sebagai bahan tambahan untuk meningkatkan kesuburan dan mengurangkan kemasaman tanah. Nisbah campuran yang sesuai bagi semaian buah-buahan dan sayur-sayuran adalah dua bahagian tanah loam, satu bahagian bahan organik dan satu bahagian pasir sungai. Manakala, 0.5 kg baja fosfat dan 0.5 kg kapur ditambah kepada 1 meter padu medium campuran tersebut untuk menambah tahap kesuburan medium semaian. Pemilihan Medium yang Berkualiti Beberapa perkara perlu dipertimbangkan untuk memastikan medium yang dipilih berkualiti. Antaranya adalah: Jenis Bahan Medium Semaian Bahan medium semaian yang digunakan adalah seperti berikut: Tanah loam Pasir sungai Bahan organik (kompos, peat moss, cocopeat, sekam padi) Saliran yang baik. Memudahkan penembusan akar. Pengudaraan yang baik. Membekalkan nutrien yang seimbang. Tiada benih rumput atau rumpai. Berupaya mengekalkan kelembapan yang baik kepada pokok. 1 5 3 4 2 6
77 2 Modul Ciri-ciri dan Fungsi Medium Tanaman Tanah loam Bahan organik Pasir sungai • Lapisan paling atas permukaan tanah sedalam 2 m. • Berwarna perang. • Gembur. • Memberi sokongan kepada akar pokok. • Menyimpan air dan membekalkan nutrien kepada pokok. • Membekalkan nutrien kepada pokok. • Memegang air. • Memperbaiki pengudaraan dan saliran tanah. • Bertekstur kasar. • Berwarna gelap. • Tidak larut. Ciri-ciri Jenis Medium Fungsi
78 2 Modul 2.2.4 Menilai dan memeriksa keperluan tapak semaian. Standard Pembelajaran Penilaian dan Pemeriksaan Keperluan Tapak Semaian Sebuah tapak semaian yang sistematik perlu mempunyai beberapa kriteria dan terdiri daripada beberapa bahagian seperti berikut: Bil. Tempat Fungsi 1. Pejabat dan kaunter jualan Pejabat perlu ditempatkan di lokasi yang strategik sama ada berhampiran jalan utama atau kawasan yang tinggi supaya dapat mengawal kesemua aktiviti di dalam dan di luar kawasan semaian. Perlu dilengkapi dengan kemudahan perabot asas, peralatan perhubungan untuk memudahkan urusan pentadbiran, surau dan tandas. Kaunter jualan disediakan untuk mengurus aktiviti jualan dan pemasaran anak pokok, benih, pasu, baja dan hasil semaian lain. 2. Stor (a) Stor kimia Tempat simpanan bahan kimia seperti racun kulat, racun serangga, racun rumpai dan bahan lain jenis meruap yang berbahaya kepada kesihatan manusia, justeru perlu dibina jauh sedikit dari tempat orang ramai. Stor ini perlu mempunyai sistem pengudaraan yang baik. (b) Stor baja dan bahan pertanian Tempat simpanan stok baja dan bahan pertanian yang hendak digunakan di kawasan semaian. (c) Stor peralatan dan mesin pertanian Tempat simpanan peralatan, mesin dan jentera kecil pertanian. Stor ini perlu dibina berasingan dengan stor kimia kerana kebocoran bahan kimia boleh merosakkan peralatan dan kelengkapan lain. Pejabat dan kaunter jual Kawasan pengerasan atau penjagaan lanjutan 1 7 4 Bangsal kerja Stor Sumber air Rumah pembiakan 2 8 5 tanaman Garaj Kawasan pameran tanaman 3 9 6 Rumah teduhan Jadual 2.6 Tempat dan fungsi tapak semaian
79 2 Modul Bil. Tempat Fungsi 3. Garaj Dibina khusus untuk menempatkan mesin dan jentera pertanian yang besar seperti traktor dua roda, mesin shredder dan lain-lain. 4. Bangsal kerja Bagi sebuah nurseri yang besar, sebuah struktur berbumbung adalah perlu untuk menyimpan medium campuran. Di bawah struktur berbumbung tersebut sekurang-kurangnya tiga petak dibina untuk mengisi tanah, bahan organik dan pasir. Tempat ini juga perlu mempunyai satu ruang kerja bagi kerja-kerja percampuran dan pengisian medium ke dalam polibeg atau pasu. 5. Rumah pembiakan tanaman Rumah pembiakan tanaman ialah satu bahagian yang dibina untuk membiak tanaman. Kawasan ini perlu mempunyai sistem pengairan untuk penyiraman dan bumbung struktur ini terdiri daripada bahan yang lut cahaya. Peratus teduhan bergantung pada jenis tanaman yang hendak dibiakkan. Rumah pembiakan tanaman juga bergantung pada jenis tanaman dan boleh mempunyai unit-unit seperti berikut: (a) Kotak percambahan (b) Tempat penyusunan polibeg (c) Batas semaian (d) Tempat rawatan atau baik pulih pembiakan 6. Rumah teduhan Rumah tumbuhan disediakan untuk pembesaran anak semaian dan mempunyai teduhan yang sesuai mengikut jenis pokok. Susunan pokok perlulah mengikut jenis, klon dan kod warna. Terdapat juga rak-rak yang dibina untuk menempatkan anak pokok supaya lebih tersusun dan mempunyai pengudaraan yang baik. 7. Kawasan pengerasan atau penjagaan lanjutan Kawasan pengerasan disediakan untuk mematangkan anak pokok sebelum dikeluarkan untuk ditanam di ladang atau dijual. Pengerasan anak pokok ialah aktiviti pendedahan pokok kepada cahaya matahari secara beransur-ansur. Pengerasan tanaman buah-buahan dibuat mengikut peratus teduhan, iaitu 100% naungan selama sebulan, 65% sebulan, 35% sebulan dan 0% naungan. Penjagaan lanjutan pula melibatkan aktiviti seperti penyiraman, pembajaan dan kawalan perosak serta rumpai. 8. Sumber air Sumber air merupakan keperluan bagi sesebuah tapak semaian. Sumber air boleh diperoleh daripada kolam, sungai atau air yang dibekalkan oleh pihak berkuasa. 9. Kawasan pameran tanaman Kawasan pameran tanaman disediakan untuk mempamerkan produk-produk semaian dan bahan semaian seperti pasu, baja, racun dan medium tanaman.
80 2 Modul No. Tempat Fungsi 1. Pejabat dan kaunter jualan Tempat untuk kerja-kerja pengurusan dan jualan. 2. Stor kimia Ruang penyimpanan bahan kimia seperti racun kulat, racun serangga, racun rumpai dan bahan jenis meruap yang berbahaya kepada kesihatan manusia. Stor ini perlu mempunyai sistem pengudaraan yang baik. 3. Stor baja dan bahan pertanian Tempat simpanan stok baja dan bahan pertanian yang hendak digunakan di kawasan semaian. 4. Stor peralatan dan mesin pertanian Tempat simpanan peralatan, mesin dan jentera kecil pertanian. 5. Garaj Dibina khusus untuk menempatkan mesin dan jentera pertanian yang besar seperti traktor dua roda, mesin shredder dan lain-lain. 6. Bangsal kerja Ruang penyediaan medium yang merangkumi kerja-kerja bancuhan medium dan pengisian medium ke dalam polibeg atau bekas semaian. Rajah 2.10 Contoh susun atur tapak semaian Jadual 2.7 Pemeriksaan keperluan tapak semaian 6 3 4 7 5 11 2 10 1 Rajah 2.10 merupakan contoh susun atur tapak semaian mengikut kriteria yang telah dijelaskan.
81 2 Modul No. Tempat Fungsi 7. Rumah pembiakan tanaman Tempat pembiakan anak benih, semaian keratan dan anak pokok penanti. 8. Rumah teduhan Ruang teduhan yang dipasang dengan jaring hitam untuk mengurangkan timpaan hujan dan cahaya matahari. Tempat ini digunakan untuk menyusun bekas semaian atau polibeg yang mengandungi anak benih yang baru disemai. 9. Rumah pengerasan anak pokok Ruang pengerasan anak pokok untuk didedahkan kepada cahaya matahari sebelum dipindahkan ke ladang. 10. Sumber air Sumber air untuk memastikan anak benih disiram mengikut jadual dengan memasang sistem pengairan yang bersesuaian. 11. Kawasan pameran tanaman Ruang untuk mempamerkan hasil tanaman yang disemai, bahan dan medium tanaman. 12. Laluan Memudahkan pergerakan pekerja membawa bahan dan peralatan. 12 8 9
82 2 Modul Sistem Pengairan Pengairan bermaksud satu usaha membekal air kepada tanaman supaya air dalam tanah sentiasa cukup untuk keperluan pertumbuhan tanaman yang sempurna. Pengairan diperlukan apabila tahap kelembapan dalam tanah menurun sehingga paras 50%. Sistem pengairan yang sempurna dapat meningkatkan semula paras kelembapan dalam tanah kepada 100% atau ke tahap had basah tanah. Terdapat dua jenis sistem pengairan yang biasa digunakan di tapak semaian iaitu: (a) Sistem pengairan renjis (sprinkler system) (b) Sistem pengairan titis 2.2.5 Mencadangkan sistem pengairan yang bersesuaian. Standard Pembelajaran
83 2 Modul Sistem Pengairan Renjis Sistem pengairan renjis adalah kaedah pengairan secara renjisan pada tanaman dengan tekanan yang tinggi melalui kepala perenjis yang dipasang pada paip tetingkat. Pam air digunakan bagi menghasilkan tekanan air supaya sistem pengairan renjis dapat berfungsi dengan sempurna. Sistem ini digunakan dalam kawasan penanaman sayur-sayuran dan semaian anak pokok. Kecekapan pengairan adalah di antara 70 – 80%. Kelebihan Sistem Pengairan Renjis Sesuai digunakan pada kebanyakan jenis tanaman. Penyemburan sekata pada seluruh kawasan. Komponen sistem yang dipasang tidak menghalang aktiviti ladang. Komponen sistem boleh diubah ke lokasi lain kerana mudah dibuka dan dipasang semula. Kadar hakisan tanah rendah. Kelemahan Sistem Pengairan Renjis • Kos permulaan untuk membeli dan memasang adalah tinggi. • Kos operasi dan penyelenggaraan tinggi. Sebagai contoh, kos operasi pam untuk jangka waktu yang lama, kos penyelenggaraan pam dan sistem perpaipan. • Tiupan angin yang kuat boleh menjejaskan sebaran air semburan. • Tanah terdedah kepada keadaan terlalu lembap jika tempoh pengairan tidak dikawal dengan sempurna dan boleh mendedahkan kepada bahaya serangan penyakit tanaman. • Operasi siraman tidak boleh dilakukan serta merta selepas meracun makhluk perosak untuk mengelakkan kehilangan kesan racun. • Tidak sesuai digunakan pada tanah yang berstruktur padat kerana kadar penyerapan air adalah rendah. Kecekapan pengairan ialah peratusan air yang dibekalkan yang boleh dimanfaatkan oleh tanaman. Info
84 2 Modul Kelemahan Sistem Pengairan Titis • Lubang keluar air pada alat penitis sangat halus dan mudah tersumbat. • Rangkaian sistem paip polietilena yang dipasang di atas permukaan tanah terdedah kepada kerosakan seperti terputus kerana terpotong oleh mesin rumput atau digigit tikus. • Penggunaan dalam tempoh yang lama akan mengakibatkan berlaku pengumpulan garam galian pada zon akar yang boleh merosakkan tanaman kerana air dititiskan hanya pada kawasan tertentu sahaja pada setiap masa. Kelebihan Sistem Pengairan Titis Memerlukan tekanan air yang rendah. Tidak mengganggu operasi kerja lain seperti merumput, menyembur racun perosak dan sebagainya kerana air hanya dibekalkan terus ke akar pokok. Mengekalkan kelembapan tanah dan membolehkan tanaman mendapat nutrien secara berterusan untuk pertumbuhan tanaman yang sempurna. Air dibekalkan terus ke zon akar pada setiap pokok dan menjimatkan penggunaan air. Tiada kesan larian air atau air bertakung di atas permukaan tanah kerana air dibekalkan secara titisan yang perlahan dan terus meresap ke dalam tanah. Sistem Pengairan Titis Sistem pengairan titis adalah kaedah pengairan yang membekalkan air secara terus ke zon akar pokok pada kadar air yang rendah, perlahan dan kerap. Air dibekalkan kepada setiap pokok menerusi alat penitis air yang dipasang pada paip polietilena (HDPE). Sistem ini sesuai digunakan untuk tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran yang menggunakan sistem penanaman secara fertigasi, di kawasan berbukit, di kawasan jenis berpasir dan di kawasan yang mempunyai kuantiti sumber air yang terhad. Penyelenggaraan sistem pengairan titis adalah sama seperti penyelenggaraan sistem pengairan renjis. Aspek utama yang perlu diberi perhatian ialah kuantiti air kerana saiz lubang penitis adalah halus dan mudah tersumbat.
85 2 Modul Pemasangan Sistem Pengairan yang Sesuai di Tapak Semaian Penyiraman anak pokok menggunakan tong penyiram dan hos getah boleh mengakibatkan pertumbuhan anak pokok yang tidak sekata ekoran kadar air yang diterima oleh setiap pokok adalah berbeza. Penyiraman menggunakan tong penyiram dan hos getah boleh dilakukan jika saiz tapak semaian adalah kecil. Namun, hujung tong penyiram dan hos getah mestilah disambungkan dengan alat pancuran air. Walau bagaimanapun, masalah akan timbul sekiranya tiada tenaga buruh untuk menjalankan kerja-kerja penyiraman. Oleh itu, di tapak semaian perlu mempunyai sistem pengairan yang dipasang bersama pelaras masa bagi memudahkan kerja-kerja penyiraman. Kos buruh penyiraman juga dapat dikurangkan. Sistem pengairan renjisan sesuai dipasang di tapak semaian sayur-sayuran dan buah-buahan. Bahan dan alatan yang diperlukan untuk memasang sistem pengairan jenis renjisan adalah seperti berikut. Bahan dan Alatan Kuantiti Pam air elektrik (500 – 1000 w) 1 unit Tangki 60 gelen 1 unit Paip utama - polypipe 25 mm Mengikut keperluan Paip sisi - polypipe 25 mm Mengikut keperluan Paip tetingkat - polypipe 20 mm Mengikut keperluan Peralatan penyambungan: (i) Tee penyuai 25 mm (ii) Tee 25/20 mm (iii) Soket (iv) Elbow 25 mm Mengikut keperluan Injap kawalan 18 mm Mengikut keperluan Kepala perenjis Mengikut keperluan Kayu atau batang besi 1" × 1" × 6" Mengikut keperluan Alat pelaras masa 1 unit Peralatan kerja paip 1 set 2.2.6 Memasang sistem pengairan yang sesuai di tapak semaian. Standard Pembelajaran Jadual 2.8 Bahan dan alatan sistem pengairan renjisan
86 2 Modul Sambungkan paip utama dengan paip sisi. Pasangkan injap kawalan pada paip sisi. 3 4 Info Terdapat dua jenis sistem pengairan renjis yang biasa digunakan iaitu: • Sistem Kepala Berputar (Makro) - Sesuai dipasang di kawasan tanaman yang luas. • Sistem Kepala Tetap (Mikro) - Sesuai dipasang di kawasan tapak semaian. Kenal pasti kawasan yang perlu dipasang sistem pengairan renjisan. Sediakan pelan reka bentuk sistem. Tempatkan pam air berhampiran dengan sumber air dan elektrik. Pasangkan paip utama dan sambungkan kepada pam. 1 2 Langkah-langkah Memasang Sistem Pengairan di Tapak Semaian
87 2 Modul Sambungkan paip sisi dengan paip tetingkat. Periksa pam, paip sedutan, kepala perenjis dan bahagian-bahagian penyambung. Pasangkan suis elektrik supaya pam boleh beroperasi. Pasangkan alat pelaras masa pada plag pam. 5 7 6 8 Tip Keselamatan Selenggara sistem dari semasa ke semasa dengan memeriksa pam, kepala perenjis dan bahagian penyambungan.
88 2 Modul Sistem pengairan renjis Sistem pengairan titis Sistem Pengairan Buah-buahan Polibeg (semaian biji benih besar dan pokok penanti) Dulang semaian (semaian biji benih halus) Sayur-sayuran Dulang semaian (semaian biji benih) Kotak semaian (semaian keratan batang) Pemilihan Tapak Semaian Pembajakan sehala Pembajakan terkumpul Pembajakan pusingan Pembajakan casting Kaedah Pembajakan Tanah loam Bahan organik (kompos, peat moss, cocopeat, tanah bakar) Pasir sungai Jenis Bahan Medium Semaian Rumusan Ciri-ciri Utama Pemilihan Tapak Tanaman Pencahayaan Sumber air Kemudahan infrastruktur Jenis tanah Langkah-langkah Pembukaan Tapak Tanaman Menggembur tanah Membuat sungkupan Menabur kapur dan bahan organik Membajak Tapak semaian sementara Tapak semaian tetap Jenis Tapak Semaian Penyediaan Tapak Semaian
89 2 Modul Jana Minda 1. Rajah 1 menunjukkan alatan membajak bagi penyediaan kawasan tanaman. Nyatakan nama alatan membajak berikut di ruang jawapan yang disediakan. 2. Rajah 2 menunjukkan alatan yang digunakan untuk membersihkan tapak tanaman. 3. Susun langkah kerja mengukur dan menanda batas tanaman mengikut urutan yang betul dengan menulis, 2, 3 dan 4. Padankan alatan yang digunakan untuk membersihkan tapak tanaman dengan fungsinya di ruang jawapan yang disediakan. Bahagian A Menanda kawasan yang telah diukur dengan kayu pancang. Menyediakan bahan dan alatan mengukur dan menanda. 1 Kayu pancang dibenamkan ke dalam tanah. 5 Ukur kawasan tanaman yang hendak dijadikan batas tanaman. Tali rafia diikat dari satu hujung ke satu hujung lagi. A B C Mengangkut dan memindahkan bahan buangan. Memotong rumput. Menebang pokok besar. Rajah 1 Rajah 2
90 2 Modul 1. Rajah 3 menunjukkan corak kaedah pembajakan. Berdasarkan rajah 3, (a) Nyatakan kaedah pembajakan. (b) Bagaimanakah kaedah pembajakan tersebut dilaksanakan? i. ii. iii. (c) Nyatakan dua jenis alat membajak yang sesuai digunakan bagi pembajakan di atas. i. ii. 2. Topografi tapak semaian di sekolah anda tidak rata, namun anda bercadang menanam tanaman sayuran di kawasan tersebut. (a) Cadangkan sistem pengairan yang sesuai di tapak semaian tersebut. (b) Lakarkan pelan kawasan tapak semaian dan reka bentuk sistem pengairan yang telah dicadangkan oleh anda. Bahagian B Rajah 3
91 2 Modul Refleksi Tandakan (✓) pada ruangan yang sesuai. Selepas mempelajari bab ini, saya boleh: Bil. Perkara 1. Menyenaraikan ciri utama pemilihan tapak tanaman. 2. Menjelaskan tujuan membajak, menggembur, menabur kapur dan bahan organik serta membuat sungkupan di tapak tanaman. 3. Menerangkan fungsi alatan dan bahan bagi penyediaan kawasan tanaman. 4. Menyediakan peralatan atau bahan pembersihan tapak tanaman. 5. Melaksanakan kerja pembersihan tapak tanaman. 6. Melaksanakan kerja membajak, menggembur, menabur kapur dan bahan organik di tapak tanaman. 7. Mengukur dan menanda batas tanaman mengikut spesifikasi. 8. Memilih jenis, kuantiti dan kualiti bahan sungkupan mengikut keperluan. 9. Mengukur dan menggali lubang tanaman (sayuran dan buah) di tapak tanaman. 10. Membina batas mengikut spesifikasi. 11. Menyenaraikan ciri-ciri utama pemilihan tapak semaian. 12. Memilih tapak untuk semaian yang sesuai. 13. Menyediakan bahan dan alatan tapak semaian. 14. Menilai dan memeriksa keperluan tapak semaian. 15. Mencadangkan sistem pengairan yang bersesuaian. 16. Memasang sistem pengairan yang sesuai di tapak semaian.