The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pertandingan Buku Skrap Digital (Tahap 2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asharina.selvarajah, 2023-09-05 08:53:07

Tokoh Kemerdekaan: Dato Onn Jaafar

Pertandingan Buku Skrap Digital (Tahap 2)

Keywords: Pertandingan Buku Skrap

DATO ONN JAAFAR T A N U S H R I S O F E A 5 M A G E N T A S K C O N V E N T ( 1 ) B U K I T N A N A S


Dato Onn Jaafar merupakan salah satu pejuang kemerdekaan kita. Beliau menentang penjajahan pada abad ke-20, iaitu satu bab penting dalam sejarah negara kita. Jasanya telah meniup sedikit semangat nasionalisme yang tidak sesekali luput dan sentiasa diingati di kalangan rakyat Malaysia. Beliau telah bekerja keras untuk membantu negara kita mendapatkan kemerdekaan. Beliau banyak berjasa sebagai seorang ahli politik dan sebagai Menteri Besar Johor. Dato Onn juga merupakan pengasas dan Yang Dipertua pertama untuk UMNO, peneraju utama gerakan utama untuk menentang penubuhan Malayan Union. Walaupun tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti beliau merupakan seseorang yang berfikiran tinggi, pemidato serta pengarang yang terkenal dengan kebolehan Bahasa yang menakjubkan. Beliau telah menubuhkan UMNO, tetapi telah keluar dari UMNO untuk menubuhkan dua parti yang lain. Beliau juga telah berjaya membela hak istimewa orang Melayu and kuasa raja-raja melayu. Pendahuluan


Nama : Dato ' Sir Onn bin Dato ' Jaafar Tarikh lahir : 12 Februari 1895 Tempat tinggal : Bukit Gambir, Jalan Gertak Merah, Muar, Johor Adik-beradik : Mempunyai 13 adik-beradik. Bapa : Datuk Jaafar bin Haji Muhammad. Beketurunan Bugis dan berasal dari Daik. Ibu : Hanim Rogayah (keterunan Scarci, Turki) Ibu Bapa Angkat : Sultan Ibrahim (Beliau telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim sejak berusia 6 tahun) Isteri /Anak: Che ’ Rafiah Binti Abdullah - Hawa , Rukiah dan Cik Salehah Pendidikan: Sekolah Melayu Johor Bahru. Tarikh meninggal dunia : 19 Januari 1962 (66 tahun). Dikebumikan di Makam Mahmoddiah Johor Bahru. Merupakan anak yang ketiga dari tujuh orang anak lelaki dan tujuh orang anak perempuan. Beliau juga menjadi Menteri Besar Johor yang pertama (1886-1919) dan pengasas sistem pentadbiran Kerajaan Johor. Cik Jamilah Binti Othman - Azmir Datin Halimah Binti Husain - Tun Hussein, Gharib, Major Ja ’ afar, Tahir, Nurziah dan Nel. Sekolah Aldeburg Lodge di Suffolk, England (1903) Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) (1910-1911) Datin Halimah bt Husain Latar Belakang


Menubuhkan Persatuan Melayu Semenanjung Johor sebagai Yang Dipertua pada awal tahun 1946. Perwakilan-perwakilan dari semua persatuan Melayu bertemu dalam perjumpaan Kongres Melayu pertama yang diadakan bulan Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur untuk mencapai keputusan akan menubuhkan satu persatuan dan mewakili orang Melayu menentang Malayan Union. Perjumpaan Kongres Melayu ketiga diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada bulan Mei 1946. Kongres inilah yang melahirkan UMNO dan Dato Onn sebagai yang Di Pertuan yang pertama. Penubuhan Persatuan Melayu Semenanjung Johor Sumbangan Dato Onn Jaafar


Menggunakan pengaruhnya di dalam UMNO untuk menggesa Raja-Raja Melayu untuk memulaukan majlis perlantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union pertama. Pembentukan Malayan Union tidak akan menyatukan rakyat dan menghilangkan kuasa pemerintahan Raja-Raja Melayu. Peristiwa ini telah memberikan hak kepada orang-orang Melayu and permulaan proses demokrasi di Tanah Melayu. Datuk Onn merupakan seseorang yang mendahului zamannya. Beliau cuba mengusulkan keahlian UMNO dibuka untuk rakyat Tanah Melayu bangsa lain tetapi usul tersebut ditolak. Dato Onn dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Oktober 1946 dan beliau meletakkan jawatan selepas tiga tahun untuk menumpukan sepenuh masa kepada UMNO. Dato Onn memilih untuk terus berkhidmat sebagai Yang Dipertua UMNO. Dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos 1951, Datuk Onn melepaskan jawatan sebagai Yang DiPertua UMNO dan tempatnya digantikan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Pembentukan UMNO Sumbangan Dato Onn Jaafar


Pada tahun 1946, kepimpinan Dato Onn menentang penjajahan sehingga tumbangnya Malayan Union dan tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memelihara semula kedudukan Raja-Raja Melayu, memperketatkan syarat-syarat kerakyatan bagi orang-orang asing dan memberi beberapa hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu. Semasa Datuk Onn dilantik oleh Kerajaan British sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri bagi melatih rakyat tempatan menerajui hal ehwal pentadbiran kerajaan. Beliau telah memberi pelbagai cadangan dan tindakan untuk menyelesaikan masalah-masalah pentadbiran dan politik negara. Mungkin kerana itu, beliau merasakan pentingnya bekerjasama secara lebih rapat dengan kaum-kaum lain. Beliau juga mempercayai bahawa bimbingan dari British adalah perlu bagi memajukan orang-orang melayu sebelum mencapai kemerdekaan. Namun begitu, cadangan beliau supaya keahlian UMNO dibuka kepada lain-lain bangsa menerima tentangan di kalangan Majlis Mesyuarat Agung UMNO disebabkan oleh suasana Kebangsaan Melayu ketika itu tidak sanggup menerima perubahan radikal seperti itu. Memberi beberapa hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu Sumbangan Dato Onn Jaafar


Semasa beliau mengetuai UMNO, beliau juga menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (RIDA) atau sekarang dikenali sebagai Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah badan yang bertujuan untuk meninggikan kedudukan ekonomi orang-orang Melayu. Selaras itu, nama Datuk Onn terkenal dengan minatnya terhadap kemajuan anak-anak Melayu yang membuahkan antara lain ‘Biasiswa UMNO’ sewaktu beliau bersama UMNO. Menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (Majlis Amanah Rakyat) Sumbangan Dato Onn Jaafar


Menubuhkan pula Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang membuka keahliannya untuk semua rakyat Tanah Melayu pelbagai bangsa, namun partinya itu kurang mendapat sambutan. Pada tahun 1954, beliau menubuhkan sebuah lagi parti politik bernama Parti Negara dan bertanding dalam pilihanraya pertama Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 tetapi kalah. Menubuhkan pula Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) Sumbangan Dato Onn Jaafar


Nilai kepimpinan Dato Onn Jaafar Ikhlas dan penyabar Bertanggungjawab Sentiasa tenang tetapi tegas Rendah diri dan jujur Tidak pernah berputus asa Berdisiplin Berjiwa besar Semangat cintakan negara Mementingkan kepentingan rakyat daripada diri sendiri


Penutup Pada tahun 1959, Dato ’ Onn menang bertanding dalam pilihanraya persekutuan di kawasan Kuala Terengganu Selatan dan berkhidmat sebagai Ahli Parlimen sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhirnya. Pada awal tahun 1962 kerana serangan jantung. Beliau dikebumikan di Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru. Tamat cerita ringkas berkenaan perjalanan hidup dan karier politik beliau.


Rujukan Dato ’ Onn Jaafar: Tokoh Nasionalis Tanah Melayu - The Patriots https://www.thepatriots.asia/dato-onn-jaafar-tokoh-nasionalis-tanah-melayu/ Datuk Onn Jaafar | UMNO https://umno.org.my/en/presiden/datuk-onn-jaafar/ Sumbangan Tokoh Pelbagai Kaum Dari Aspek Ekonomi Dan Sosial Terhadap Masyarakat: Sumbangan Dato 'Onn Ja ' afar (jiaweichui.blogspot.com) https://jiaweichui.blogspot.com/2014/09/sumbangan-datoonn-jaafar.html Onn Jaafar, Perjuangannya dan Sejarah Kita | Institute for Leadership and Development Studies (wordpress.com) https://leadmy.wordpress.com/2016/01/22/onn-jaafar-perjuangannya-dan-sejarah-kita DATO’ ONN BIN JAAFAR, UMNO DAN MALAYAN UNION | AZMAN SHARIF (azman-sharif.blogspot.com) https://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/dato-onn-bin-jaafar-umno-dan-malayan.html Kelahiran Dato ' Onn Jaafar https://pekhabar.com/kelahiran-dato-onn-jaafar/


TERIMA KASIH


APENDIKs


Kronologi Kerjaya Dato Onn Jaafar


Kronologi Kerjaya Dato Onn Jaafar (sambungan)


Kronologi Kerjaya Dato Onn Jaafar (sambungan)


Kronologi Kerjaya Dato Onn Jaafar (sambungan)


Galeri Gambar Dato' Onn


Click to View FlipBook Version