Konsep Hadhanah dalam Isu Penjagaan Anak AIMIE NADIRAH BINTI ABDUL ALIM
1 ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan ...............................................................................................................................2 2.0 Pengertian Hadhanah..............................................................................................................2 2.1 Hukum Hadhanah ................................................................................................................2 3.0 Pihak yang Paling Berhak terhadap Hadhanah ..................................................................3 3.1 Ibu dalam Hadhanah terhadap Anak.................................................................................3 3.2 Pihak Lain yang Berhak Selain Ibu....................................................................................4 4.0 Isu Hadhanah dalam Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia .................................6 5.0 Kesimpulan................................................................................................................................7 Rujukan..................................................................................................................................................9
2 KONSEP HADHANAH DALAM ISU PENJAGAAN ANAK 1.0 Pengenalan Islam amat menitikberatkan hak kanak-kanak sejak mereka lahir lagi. Dalam Islam, Allah SWT menyatakan secara jelas tentang tanggungjawab ibu bapa atau penjaga untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak seperti penyusuan, hadhanah, nafkah, perwarisan, pendidikan dan sebagainya. Isu hadhanah timbul apabila terjadi penceraian, kematian serta pengabaian terhadap kanak-kanak. Masing-masing mempertikaikan kedudukan hak pihak yang lagi satu terhadap anak, sama ada hak hadhanah atau hak perwalian ke atas diri atau harta kanak-kanak. Laporan ini akan membincangkan dengan lebih jelas tentang hak hadhanah terhadap anak ketika menghadapi kes penceraian atau kematian ibu bapa. 2.0 Pengertian Hadhanah Hadhanah yang berasal dari bahasa Arab daripad al- Hadn membawa maksud tulang rusuk yang menggambarkan seorang penjaga yang meletakkan anaknya pada tanggungjawabnya. Dari segi bahasa pula, Hadhanah didefinisikan sebagai penjagaan dan pentarbiyahan kanak-kanak yang tidak boleh berdikari sehingga mereka mumaiyiz. Menurut istilah fiqh Imam Syafie, hadhanah merujuk kepada melindungi dan memberi penjagaan kepada anak yang tidak dapat membezakan perkara yang betul dan salah, tidak mampu untuk bergantung kepada diri sendiri dan memberi pendidikan dan melindungi kanak-kanak daripada kemudaratan (Al-Zuhaili, 2011). 2.1 Hukum Hadhanah Hukum hadhanah adalah wajib bagi menjaga kesejahteraan dan memenuhi keperluan kanak-kanak serta melindungi mereka daripada segala bahaya dan kemudaratan. Ini kerana hadhanah termasuk dalam kategori ‘hifz an-nafs’ (menjaga jiwa) yang diwajibkan Allah SWT. Jiwa anak wajib dijaga agar terhindar daripada kemudaratan. Justeru, hak untuk mengasuh bagi orang yang diwajibkan Allah SWT untuk melaksanakan hadhanah bersifat khusus bagi mereka yang benar-benar berhak dan layak sahaja. Allah SWT berfirman dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud
3 “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” Penentuan penjagaan kanak-kanak tersebut hendaklah berdasarkan keutamaan agar kepentingan mereka tidak terjejas sekiranya berlaku pertikaian atau perselisihan di kalangan penjaga mereka” 3.0 Pihak yang Paling Berhak terhadap Hadhanah Secara umumnya, ciri-ciri orang yang berkelayakan untuk mendapatkan hak hadhanah ialah orang yang beragama Islam, baligh dan sempurna akalnya, umur yang melayakkan dia memberikan kanak-kanak itu kasih sayang dan pendidikan yang sempurna, dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah dan tidak fasik seperti penzina, pencuri, peminum arak, penjudi dan seumpamanya dan orang itu tinggal di dalam persekitaran yang selamat dari segi rohani dan jasmani. Dalam institusi kekeluargaan, wanita dan lelaki berbeza dari segi peranannya, bersesuaian dengan perbezaan kekuatan fizikal dan emosi masing-masing. Wanita dikurniakan dengan perasaan naluri keibuan yang penyayang dan berbelas ihsan dengan anak-anak, berbeza dengan lelaki yang bersifat lebih tegas. Justeru, wanita bertanggungjawab menjaga dan mengurus anak-anak manakala lelaki wajib mencari nafkah kepada keluarga dan menjaga kebajikan dan melindungi mereka daripada kemudaratan. Walaupun bentuk peranan ibu dan bapa terhadap anak-anak berbeza, tetapi matlamatnya adalah untuk menjaga kebajikan kanak-kanak. Ibu bapa mestilah bekerjasama dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing. 3.1 Ibu dalam Hadhanah terhadap Anak Ibu adalah pihak yang paling berhak terhadap hadhanah berbanding pihak-pihak lain kerana sifat dan perasaan semulajadi seorang ibu terhadap anaknya. Si ibu menanggung segala kesusahan dan keperitan sejak mengandungkan sehingga melahirkan anak itu. Kesabaran seorang ibu tiada tandingan dalam menanggung keperitan demi anak-anak yang dikasihinya. Tindakbalas naluri kanak-kanak juga dapat merasai ketenteraman, keselesaan
4 dan kasih ibu. Dalam surah al Baqarah ayat 233 juga menyatakan keutamaan ibu dalam hadhanah, di mana ia bermaksud, “Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya, dan juga seorang bapa kerana anaknya”. Al-Jassas menjelaskan bahawa ayat ini sebagai dalil ibu lebih berhak mengasuh anak yang masih kecil sama ada yang menyusu atau tidak menyusu. Walaupun kanak-kanak sudah tidak perlu lagi menyusu kepada ibu, anak kanak-kanak masih memerlukan pengasuhan ibu yang lebih berlemah lembut dan lebih mengasihani anaknya. Selain daripada itu, apabila berlakunya penceraian, ibu lebih berhak mendapat hak hadhanah terhadap anak. Dalilnya adalah berdasarkan dalil Rasulullah SAW riwayat Abu Daud yang membawa maksud, “Seorang wanita berkata, wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini, perutkulah yang mengandungkannya, susukulah yang diminumnya, dan pangkuankulah yang menjadi tempat sandarannya. Bapanya telah menceraikanku dan ingin mengambil anak ini dari sisiku. Lalu Rasulullah SAW bersabda, engkau lebih berhak ke atas anak itu selagi kamu tidak berkahwin lagi.” Islam telah menetapkan bahawa yang paling layak mendapat hak jagaan anak setelah penceraian adalah ibu kepada anak-anak tersebut, selagi mana si ibu tersebut belum berkahwin dengan suaminya yang baru. Imam AlMuhamili berkata: “Ibu itu lebih utama untuk memelihara, kecuali dalam beberapa perkara iaitu jika ibu bernikah dengan seseorang yang bukan mahram anak tersebut. Kedua, jika ia berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka. Ketiga, jika ia menukar tempat tinggal dengan tujuan untuk mencegah bapa anak tersebut mengawasinya. Keempat, jika ia murtad. Kelima, jika ia tidak mempedulikan atau menganiaya anak tersebut. Faktor gugurnya hak pengasuhan terhadap ibu juga diatur dalam setiap enakmen undang-undang keluarga Islam di Malaysia contohnya, Enakmen UndangUndang Pulau Pinang No. 5 Tahun 2004, seksyen 84. 3.2 Pihak Lain yang Berhak Selain Ibu Dalam Akta 303, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (WilayahWilayah Persekutuan) 1984, Bahagian VII – Jagaan (Hadhanah Atau
5 Jagaan Kanak-Kanak), Seksyen 81 (Orang yang berhak menjaga kanakkanak), sekiranya si ibu kepada kanak-kanak tersebut didapati oleh pihak mahkamah hilang kelayakan untuk menjaga anak tersebut, maka ianya akan berpindah kepada urutan tersebut (a) Nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya (b) Bapa (c) Nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya (d) Kakak atau adik perempuan seibu sebapa (e) Kakak atau adik perempuan seibu (f) Kakak atau adik perempuan sebapa (g) Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa (h) Anak perempuan dari kakak atau adik seibu (i) Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa (j) Ibu saudara sebelah ibu (k) Ibu saudara sebelah bapa (l) Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ‘asabah atau residuari Turutan di atas adalah dengan syarat jagaan pihak tersebut tidak akan menjejaskan kemaslahatan kanak-kanak itu. Merujuk kepada Seksyen 85 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, tempoh hak jagaan bagi seorang kanak-anak itu tamat apabila anak tersebut mencapai umur mumaiyyiz iaitu tujuh tahun bagi lelaki dan umur sembilan tahun bagi anak perempuan. Setelah tamatnya hak penjaga tersebut, penjagaan adalah turun kepada bapa dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada dengan ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya. Enakmen ini adalah berdasarkan Imam Al-Syafi’e yang berkata: “Apabila seorang anak lelaki sampai kepada usia lapan tahun iaitu umur tamyiz (mumayyiz), maka dia diberi pilihan antara kedua ibubapanya. Ini kerana anak tersebut pada ketika itu berada dalam keadaan bersemangat untuk mempelajari Al-Quran, adab, tanggungjawab beribadat, dan hal ini sama keadaannya antara anak lelaki dan juga perempuan.’’
6 Namun berlainan bagi hak jagaan anak bagi anak tidak sah taraf di mana hak jagaan anak tersebut adalah milik mutlak ibu kandung dan saudara mara sebelah ibu menurut Seksyen 86 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Walaupun hak jagaan ini telah diperuntukkan dengan jelas dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, namun pihak-pihak masih perlu membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah dan merekodkan hak tersebut sebagai Perintah Mahkamah. Tujuan Perintah Hak Jagaan ini adalah bagi memastikan hak kedua-dua pihak iaitu ibu dan bapa kandung terhadap anak tersebut terjaga dan tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. 4.0 Isu Hadhanah dalam Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia menekankan secara khusus tentang hak hadhanah dan perwalian. Ibu adalah pihak yang terpenting dalam hak hadhanah terhadap anak berbanding pihak lain termasuk bapa. Dalam seksyen 81 (1), Akta 303 yang memperuntukkan bahawa ibu adalah orang yang paling berhak berbanding orang lain bagi menjaga anak kecilnya sama ada dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan atau selepas perceraian berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang telah dibincangkan. Menurut Zanariah Noor (2019), sebuah kes berlaku di Kedah iaitu kes Rosnah lawan Mohamed Nor, di mana fakta kes menunjukkan selepas kematian bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan, bapa saudaranya telah mengambil kanak-kanak tersebut daripada jagaan ibunya dengan mendakwa bahawa bapa kanak-kanak tersebut telah melantiknya sebagai penjaga dan pemegang amanah kepada kanak-kanak. Lalu si Ibu mengemukakan permohonan hak jagaannya terhadap anak ke mahkamah. Mahkamah kemudiannya memutuskan bahawa si ibu berhak terhadap hadanah kanak-kanak tersebut. Penghakiman merujuk kepada kitab fiqh yang menyatakan, jika terdapat pertikaian di antara pihak lelaki dengan pihak perempuan, keutamaan akan diberikan kepada ibu, kemudian kepada nenek sebelah ibu hingga ke atas. Bapa saudara merayu ke Mahkamah Rayuan tetapi telah ditolak.
7 Selain itu, timbul juga pertikaian yang sering berbangkit dari hak hadhanah di mana sikap bapa enggan menyara nafkah sara hidup anak seperti pendidikan dan keperluan anak. Contohnya, dalam kes Hurbai lawan Usman dalam artikel jurnal Zanariah Noor (2019), si ibu telah diceraikan dan terpaksa bekerja sebagai orang suruhan untuk menyara hidupnya. Si bapa telah mendakwa si ibu tidak layak mendapat hak terhadap jagaan anak kerana si ibu miskin. Hakim telah memutuskan bahawa si ibu lebih layak menjaga anak walaupun kehidupan si ibu kurang mewah daripada si bapa. Hakim menegaskan bahawa si bapa yang bertanggungjawab untuk membayar nafkah dan menanggung bil-bil pendidikan anak walaupun anak melebihi usia lapan belas tahun di atas prinsip syarak yang menekankan kewajipan menuntut ilmu. Pertikaian isu ini telah mengakibatkan si ibu yang mendapat hak hadhanah terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah dan alasan yang dikemukan oleh si bapa yang mengelakkan diri daripada tanggungjawab nafkah tersebut. 5.0 Kesimpulan Undang-undang Keluarga Islam bertujuan untuk menjaga kebajikan dan kemaslahatan kanak-kanak agar mereka dapat dihindari daripada bahaya dan kemudaratan. Kanak-kanak tergolong dalam kumpulan yang tidak berkeupayaan dalam komuniti. Oleh itu, hak-hak mereka perlulah diutamakan. (Hendun et al, 2018). Kedua-dua belah pihak, sama ada ibu atau bapa perlu bekerjasama untuk menjunjung amanah Allah SWT untuk memelihara kebaikan dan kebajikan anak-anak. Ibu bapa wajib melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sepenuhnya bagi mendapat keredhaan Allah SWT. Hadhanah lebih diutamakan kepada pihak wanita, kerana sifat seorang wanita lebih sesuai dalam penjagaan kanak-kanak. Para ulama mazhab Shafie dan mazhab Hanafi telah membincang hak hadhanah, sehingga ia memberi kesan terhadap akta undang-undang Keluarga Islam di Malaysia. Mahkamah syariah mempunya peranan yang penting dalam memutuskan hak hadhanah, sehingga boleh memberi kebajikan kepada kanak-kanak dan demi maslahah semua pihak yang terlibat dalam perkara ini. Hukum hadhanah tidak boleh lari daripada aplikasi Maqasid al-Syariah yang jelas menunjukkan bahawa tujuan
8 syarak adalah untuk menjaga nyawa kanak-kanak daripada terbiar akibat perpisahan yang berlaku antara ibu bapa. Marilah kita renungi firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’ ayat ke-9 yang bermaksud, “Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).”
9 Rujukan Abdullah, A., Ismail, S, N. (2018). Faktor-Faktor Gugurnya Hak Hadhanah Kepada Ibu (Analisis Enakmen Keluarga Islam Pulau Pinang No. 5 Tahun 2004 Ditinjau Menurut Kajian Fiqh). El-Usrah:Jurnal Hukum Keluarga 1(1) http://dx.doi.org/10.22373/ujhk.v1i1.5565 Awaludin, S. (2020, Januari, 13). Kebajikan Anak Maha Penting. Retrieved from https://www.hmetro.com.my/addin/2020/02/544064/kebajikan-anak-maha penting#google_vignette Ayub, N. (n.a). Hak Jagaan Anak. Abdul, Low & Partners https://www.peguamsyarie.com.my/hak-jagaan-anak/ Gunardi, S., Shah, H, A, R. Abdul Mutalib, L, Wan Ismail, W, A, F. Baharuddin, S, A. (2020).Hadhanah Menurut Mazhab Syafie Dan Mazhab Hanafi Serta Undang Undang Keluarga Islam Di Malaysia: Tinjauan Awal. E-Proceeding 3rd International Conference Of The Postgraduate Students And Academics In Syariah And Law 2020 (3rd INPAC 2020). Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia. https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/16353 Hasmuri, S. N., Mat Hussin, N.M. (2022). Penentuan Hak Hadanah Anak Terhadap Pasangan Berlainan Agama: Kajian Terhadap Kes-Kes Dalam Jurnal Hukum.Journal of Shariah Law Research 7(1) 129-146. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JSLR/article/view/37287 Jabatan Bantuan Guaman. (n.a). Hadanah (Hak Penjagaan Anak). Retrieved from: https://www.jbg.gov.my/images/doc/risalah/hadanah.pdf Noor, Z. (2019). Isu-Isu Berbangkit Dari Hak Hadanah Dan Hak Perwalian Anak: The Issues Arising from The Custody and Guardianship Rights of Children. Jurnal Syariah, 20(1), 123–144. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JS/article/view/22630 Roslan, M, M,. Osman Zainuri, A. (2022). Teori Hifz Al-Nafs dalam Islam: Analisis Pendalilan The Theory of Hifz Al-Nafs in Islam: An Argumentative Analysis. E Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2022. Penerbit USIM https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/18409
10 Imam Jalaludin Abdurrahman AS-Suyuti. (2012). Kaedah Ususl Fiqh Imam Syaf’i. Penerbitan Jahabersa. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2021). Gerbang Perkahwinan. Bahagian Penerbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Affandi, M.(2018, July 31). Hadhanah (Hak Pengasuhan Anak). Retrieved from: https://mykhilafah.com/hadhanah-hak-pengasuhan anak/#:~:text=Hukum%20Hadhanah&text=Hadhanah%20termasuk%20dal %20kategori%20hifz,bererti%20membiarkannya%20terdedah%20kepada% 0bahaya. Mohd Noor, U.M (2019, September 26). Solusi Rasulullah SAW dan Para Sahabat Terhadap Pertikaian Hadhanah. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3697-bayan-linnas-siri-ke-214 solusi-rasulullah-saw-dan-para-sahabat-terhadap-pertikaian-hadhanah#_ftn1