V O L . 1 WAYA N G KUL IT I S S U E 2 D E C E M B E R 2 0 2 3 KUMPULAN 2 www.na tionhood_MPU1042. com
WAYANG KULIT AHLI- AHLI KUMPULAN 2 KESENIAN WAYANG KULIT NUR HAZIQAH BINTI MOHAMAD BAKHORI JIM KHOO CHONG SHEN MUHAMMAD AMIRUL AIZAT BIN MD HALIM PUTERI NURULAIN NADHIRAH BT MOHD ZAID NURNAJWA BINTI ABD.RAZAK YEAP BO SHAN MUHAMMAD AMIRUL AIMAN BIN MOHD KAMAL NURJANNAH BINTI MOHD RAZIZ YUSRINA ZULFAH BINTI MOHD YUSAINI BALDERAM MARIAH BT AHMAD SHARIF
1. PENGENALAN KANDUNGAN MAJALAH 2. ASAL USUL WAYANG KULIT 3. JENIS-JENIS DAN BENTUK WAYANG KULIT 4 PERANAN WAYANG KULIT . 5. PROSES PEMBUATAN WAYANG KULIT 6. CARA MAIN DAN ALAT MUZIK YANG DIGUNAKAN 7 KESAN DAN CABARAN . 8 RUMUSAN . 9 RUJUKAN .
PENGENALAN Ilmu yang diperoleh melalui siri tindakan penduduk kampung di sepuluh lokasi berbeza dikenali sebagai kearifan tempatan. Kearifan tempatan dibentuk oleh budaya, agama, aktiviti sosioekonomi, sumber alam dan pengaruh iklim sesuatu tempat. Pengetahuan yang diperoleh daripada kearifan tempatan kadangkala dinyatakan dalam artifak dan senibina yang disesuaikan secara khusus dengan keperluan dan keadaan tempatan. Ciptaan ini mempunyai nilai saintifik yang berharga. Pada zaman penjajah atau penjajah, ilmu tempatan di seluruh dunia terpinggir malah dimusnahkan, dan ilmu Barat yang dibawa oleh penjajah Barat menjadi dominan. Tetapi selepas penjajahan berakhir, kearifan tempatankembali hidup. Tetapi kini, dalam dunia digital di mana orang boleh berinteraksi dengan cepat, dan dalam proses globalisasi unilateral, sains Barat telah berjaya menguasai semula. Itu kerana sains Barat dengan pantas menjadi sains dunia, mengatasi semua sains yang didominasi lain. Disebabkan itu kearifan tempatan sekali lagi terancam. Di dalam majalah ini akan menceritakan salah satu kearifan tempatan yang sangat terkenal pada zaman dahulu, tetapi kurang di zaman sekarang. Konteks majalah ini adalah tentang wayang kulit yang hampir dilupakan oleh orang ramai, yang mana merupakan salah satu persembahan yang membawa gelak-tawa orang pada zaman dahulu. WAYANG KULIT 1
ASAL USUL Sebelum kedatangan pelbagai persembahan dan seni hiburan moden yang kebanyakannya berasaskan media digital, wayang kulit merupakan teater tradisional yang popular dalam masyarakat Asia Tenggara. Ini adalah jenis persembahan teater yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Berdasarkan temu bual kumpulan kami bersama seorang insan yang masih menjaga wayang kulit ini, beliau ada menceritakan bagaimana pada awalnya wayang kulit ini terhasil. Mulalah ceritanya, dengan seorang pemuda yang berada di pantai untuk menikmati masa lapang, tetapi pada satu masa tersebut, ada sehelai daun ini jatuh dari pokok, dan daun tersebut jatuh di belakang layar atau dipanggil langsir. Setelah melihat aksi daun jatuh itu, beliau merasakan sangat seronok dan terhibur dengan apa yang berlaku, tambahan pulak ada bunyi dentungan “dum” iaitu air ombak yang menghempas pada batubatu di pantai. Setelah daripada itu, lahirlah inspirasi beliau untuk mengadakan wayang kulit ini kerana beliau merasakan jika dia berbuat demikian, mungkin beliau dapat menghiburkan ramai orang lebih-lebih lagi kanak-kanak. Selain daripada itu, wayangan kulit biasanya diiringi oleh kumpulan muzik paluan atau gamelan, serta alat tiupan, yang dikenali sebagai serunai, atau alat bertali, yang dikenali sebagai rebab. Wayang kulit adalah satu seni persembahan teater yang paling awal di Asia Tenggara. Persembahan wayang kulit ini akan diiringi oleh muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab). Setiap bayang-bayang atau patung buatan yang dimainkan oleh dalang mempunyai watak methologi dan khalayan berdasarkan peranan patung masing-masing. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap watak bayangan tersebut mempunyai peranan yang berlainan bergantung kepada cerita yang ingin disampaikan kepada penonton. WAYANG KULIT KESENIAN WAYANG KULIT 2
Di samping itu, wayang kulit ini boleh dimainkan untuk pelbagai adat selainkan daripada persembahan biasa sahaja. Wayang kulit juga dimainkan semasa perayaan atau upacara tertentu. Wayang Kulit ini digunakan sebagai alat hiburan dan kadangkala dikaitkan dengan aspek ritual masyarakat tertentu. Seni persembahan menjadi popular dan membina satu identiti masyarakat. Perkataan wayang mengikut Bahasa jawa bermaksud ‘bayangan’ atau ‘bayang-bayang’. Oleh itu, persembahan wayang kulit ini mengaplikasikan prinsip cahaya dan bayang. KESENIAN WAYANG KULIT Terdapat 4 jenis wayang kulit yang berbeza dari segi bentuk dan watak patung di Semenanjung Malaysia, antaranya ialah : i)Wayang Kelantan, Kelantan (pengaruh Thailand) ii)Wayang Melayu, Kelantan dan Terengganu (pengaruh Jawa) iii)Wayang Purwo, Johor (pengaruh Jawa) iv)Wayang Gedek, Kedah dan Perlis (pengaruh Thailand) Sejak tahun 1500-SM, wayang kulit telah mula tersebar luas ke Malaysia dan sekitar negara di Asia Tenggara seperti Thailand, Myanmar, dan Filipina. Pada abad ke-19, wayang kulit yang berkembang di Malaysia ini dibawa oleh orang Jawa iaitu salah satu kaum di Indonesia. Wayang kulit ini berkembang di negeri Johor kerana negeri ini berhampiran dengan negara Indonesia. Wayang kulit ini diberi nama Wayang Purwo. Terdapat 20 hingga 30 lebih watak yang dapat dimainkan oleh tok dalang di dalam 1 persembahan. Tambahan pula, persembahan wayang kulit ini mempunyai 12 buah lagu yang akan dimainkan semasa persembahan wayang kulit ini. Antara contoh tajuk cerita hikayat yang biasa dipersembahkan adalah “Bunga Emas”, “Mencari Jodoh”, “Awang Kudis Buta” dan lain-lain lagi. Namun begitu, demi mengikuti arus pemodenan pada zaman sekarang, tok dalang mula menyelitkan isu-isu semasa apabila membuat persembahan untuk menyampaikan beberapa mesej kepada para penonton. WAYANG KULIT 3
Di Malaysia, masih mempunyai pelbagai jenis wayang kulit yang masih belum pupus, antaranya adalah wayang kulit Gedek dan wayang kulit Kelantan. Di garisan mula ini, kami ingin menceritakan serba sedikit asal usul wayang kulit Gedek dan juga wayang kulit Kelantan. Wayang Kulit Gedek adalah sejenis persembahan istimewa yang hanya boleh dilihat di Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Perkataan Gedek sendiri membawa maksud “kelincahan”. Ia berasal dari seni persembahan tradisional yang dipanggil "Nang Talung" yang popular di Selatan Thailand. Kedua-dua rancangan ini adalah serupa dalam banyak cara, seperti bahasa yang mereka gunakan, cerita yang mereka sampaikan dan muzik yang mereka mainkan. Wayang Kulit Gedek agak berbeza dengan Nang Talung kerana ia mempunyai sedikit perubahan dalam cerita, tetapi secara keseluruhannya masih sangat serupa. Dalam Wayang Kulit Gedek, orang utama yang bertanggungjawab dalam persembahan itu dipanggil 'Tok Dalang'. Dia seperti bos, pengarah, dan pelakon semuanya dalam satu. Dia bukan hanya melakonkan satu watak, tetapi dia melakonkan semua watak dalam cerita itu. Persembahan ini sangat lucu dan menghiburkan. Ia memerlukan lapan orang untuk memainkan alat muzik seperti gendang, gong, loceng dan seruling. Muzik adalah bahagian penting dalam persembahan dan menjadikannya lebih menarik. Semasa persembahan, orang yang mengawal boneka duduk di hadapan cahaya, supaya bayang-bayang boneka dapat dilihat pada skrin. Cerita dalam rancangan itu bercakap tentang perkara yang berlaku dalam masyarakat dan perkara yang diminati orang ramai. WAYANG KULIT GEDEK (ASAL USUL) WAYANG KULIT KESENIAN WAYANG KULIT 4
Wayang kulit Kelantan pula telah mula menapak di Malaysia sejak lebih 400tahun lalu. Persembahan wayang kulit Kelantan ini mengandungi unsur-unsur Hindu yang berasal daripada Jawa, Indonesia. Walau bagaimanapun, mereka menggunakan loghat Kelantan semasa membuat persembahan wayang kulit. Kisah Hikayat Sri Rama merupakan salah satu persembahan yang sering disampaikan kepada para penonton. Ada seorang putera raja Kemboja yang bernama Jaya Verman II dipercayai membawa hikayat Melayu ke Kemboja dari Tanah Jawa. Apabila dia sangat tertarik dengan panduan dan persembahan wayang kulit, dia membawanya ke Kemboja untuk membantu pemulihan negaranya. Beliau cuba mengubah wayang kulit Kemboja. Wayangan kulit Kemboja sangat berbeza daripada wayang kulit Jawa kerana ia telah berubah. Ramayana adalah asas kepada watak-watak dan jalan penceritaan wayang kulit Kemboja. Boleh dikatakan, ini adalah tempat asas wayang kulit Siam dan wayang kulit Melayu pertama kali muncul. Pada zaman era kemodenan ini, setiap persembahan yang akan dipertunjukkan mempunyai nilai-nilai murni dan nasihat kepada para penonton untuk dijadikan ikhtibar. WAYANG KULIT KELANTAN (ASAL USUL) WAYANG KULIT KESENIAN WAYANG KULIT 5
JENIS-JENIS DAN BENTUK WAYANG KULIT DI MALAYSIA Pelbagai “Bentuk” dan “Jenis” wayang kulit boleh didapati di Asia terutamanya di sebelah Asia Tenggara. Setiap jenis mempunyai bentuk dan wataknya yang tersendiri dan agak berbeza dari satu kawasan atau latar belakang masyarakat lain. Terdapat empat jenis wayang kulit di Malaysia iaitu Wayang Kelantan, Wayang Melayu, Wayang Gedek dan Wayang Purwo. WAYANG KULIT 6
WAYANG KULIT KELANTAN Pengenalan Wayang kulit Kelantan dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani, Selatan Thailand. Orang pertama yang mendalang wayang ini adalah seorang perempuan berbangsa Thai yang bernama Mak Eghak. Wayang ini tersebar luas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Isi Cerita Wayang kulit ini dikenali sebagai Wayang Kulit Siam. Cerita yang dimuat dalam wayang ini berdasarkan cerita dalam Hikayat Seri Rama. Ceritanya kebanyakkan disadur dari epik Ramayana tradisi Thai. Patung-Patung Watak utama wayang Kelantan adalah Laksamana dan Seri Rama. Patung tersebut lebih mirip ke arah pakaian tradisional orang selatan Thailand. Patung ini diukir dalam bentuk mengiring dan berdiri. Pergerakan patung hanya tangan kanan sahaja dapat bergerak. Alat Muzik Alat-alat muzik yang digunakan dalam wayang kulit Kelantan ialah teratak, canang, kesi, gendang, geduk, gelombak, serunai, pemetek dang mong. Bahasa Bahasa pengantar dalam teater tradisional ini ialah dialek Melayu Kelantan yang mempamerkan pengaruh Patani. WAYANG KULIT KESENIAN WAYANG KULIT 7
WAYANG KULIT GEDEK Pengenalan Wayang Gedek dipersembahkan di Utara Semenanjung Malaysia seperti di Perlis dan Kedah. Wayang ini dimainkan oleh orang Melayu dan orang Siam tempatan. Ia dipercayai berasal dari sejenis wayang kulit siam yang dikenali sebagai Nong Talung. Isi cerita Cerita-cerita yang selalu dibawa ialah cerita-cerita yang bercampur dari hikayat lama dan cerita yang baru seperti cerita awang kudis buta. Ada juga dimainkan cerita dalam hikayat Ramayana seperti Phra lak. Cerita wayang ini banyak diselitkan cerita popular pada masa kini. Patung-Patung Patung ini berbentuk 2-dimensi yang diperbuat daripada kulit Binatang seperti lembu, kambing dan kerbau. Patung ini diukir halus dan diwarnakan mengikut watak didalam sesebuah cerita yang dipersembahkan oleh seseorang dalang. Terdapat beberapa jenis patung dan beebrapa kategori di dalam wayang ini. Antaranya ialah golongan istana, dewa, hamba dan gergasi. Setiap kategori ini dapat dibezakan berdasarkan susuk badan, perhiasan dan pakaian, warna tubuh badan dan juga senjata yang ada pada watak tertentu. Alat Muzik Peralatan muzik dalam Kumpulan Wayang Sri Asun ini terdiri daripada alat-alat muzik seperti serunai, geduk, gedombok, kerincing, gong dan tamborin Bahasa Wayang ini disampaikan sama ada dalam loghat Siam ataupun dialek Kedah. WAYANG KULIT KESENIAN WAYANG KULIT 8
WAYANG KULIT MELAYU Pengenalan Wayang jenis ini terdapat di Pantai Timur, terutama Kelantan dan Terengganu. Walau bagaimanapun, bilangannya amat terhad. Isi Cerita Persembahan cerita Wayang Kulit Melayu adalah berdasarkan dari epik Mahabrata dan juga Ramayana, terutamanya cerita Pendawa Lima. Wayang ini juga dipengaruhi oleh cerita Panji. Patung-patung Dari segi pergerakan, ia menunjukkan persamaan dengan wayang purwo iaitu boleh digerakkan kedua-dua belah tangan patung. Patung wayang ini senang untuk dikenalpasti mengikut kedudukan kepala. Patung berwatak baik biasanya menundukkan kepala ke bawah dan bentuk tubuhnya adalah kecil seta elok. Patung berwatak kasar dan sombong lazimnya berhidung besar serta mendongak ke arah atas. Bahasa Kisah Maharata iaitu cerita Pendawa Lima ataupun Kisah Ramayana diceritakan sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu, bukannya bahasa Jawa atau Siam dan disebabkan itulah wayang tersebut dipanggil Wayang Kulit Melayu. WAYANG KULIT KESENIAN WAYANG KULIT 9
WAYANG KULIT PURWO Pengenalan Wayang kulit Purwo ini terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat, terutamanya di negeri Johor dan dimainkan oleh penduduk keturunan Jawa. wayang purwa merupakan wayang tertua atau wayang yang paling terdahulu daripada wayang lainnya. Isi Cerita Cerita wayang ini berdasarkan cerita Pendawa Jawa yang disadur epik Mahabharata India. Begitupun, ceritanya tidak memperlihatkan sebarang pengaruh Panji. Patung-patung Patung-patung ini menyerupai patung wayang kulit Kelantan. Perbezaan yang nyata adalah dari segi bentuk mata patung iaitu mata jaitan untuk watak pahlawan, mata pepelangan untuk watak jahat, dan mata prebes untuk watak pertapa. Bahasa Wayang ini disampaikan dalam bahasa Jawa namun dialek Melayu tempatan juga diselitkan dalam dialog cerita. WAYANG KULIT KESENIAN WAYANG KULIT 10
Antara peranan wayang kulit : a) Sumber hiburan bagi memeriahkan sesuatu sambutan atau sebagai pertunjukan di pesta-pesta. b) Pertunjukan wayang kulit juga melambangkan kekayaan khazanah warisan. c) Upacara menyembuhkan sesuatu penyakit yang dialami dan berkaitan dengan unsur roh dan alamsemula jadi. Sebelum ketibaan Islam masyarakat dahulu juga percaya bahawa melalui wayang kulit, seseorang boleh menyatakan kesyukuran kepada makhluk-makhluk alam ghaib, semangat dan unsur-unsur alam yang lain. Ada juga pemahaman anamisme yang percaya dengan persembahan yang bertujuan untuk menolak bala atau mengelakkan penyebaran sesuatu penyakit yang melanda. d) Alat menyebarkan pengajaran atau mendidik masyarakat.Pernah dikatakan wayang kulit digunakan oleh Wali Songo untuk menyebarkan ajaran Islam. PERANAN WAYANG KULIT WAYANG KULIT KESENIAN WAYANG KULIT 11
PROSES PEMBUATAN WAYANG KULIT Proses pembuatan wayang kulit merupakan seni tradisional yang melibatkan keterampilan tangan tingkat tinggi. Berikut adalah langkah-langkah umum dalam proses pembuatan wayang kulit: 1. Proses memilih bahan baku: Kulit: Kulit biasanya diperbuat daripada kulit kerbau atau sapi. Walaupun tipis, kulit ini harus cukup kuat untuk diukir. Kayu: Rangka wayang kulit diperbuat daripada kayu yang ringan dan mudah dibentuk. 2. Menghasilkan rangka Rangka wayang dibuat sebelum segala-galanya. Bentuk asas untuk wayang diperoleh daripada rangka ini. Rangka kayu biasanya mempunyai bahagian yang boleh digerakkan, seperti lengan dan kaki. 3. Pengeringan kulit Untuk menghilangkan kotoran dan lemak, kulit kerbau atau sapi yang sudah dipilih akan dibersihkan dan direndam dalam air. Kulit dikeringkan di tempat yang terlindung atau di bawah cahaya matahari daripada sinar matahari langsung selepas dicuci. 4. Pemotongan kulit Setelah kering, kulit dipotong mengikut reka bentuk wayang. Kemudian potongan kulit ini akan diukir untuk membentuk wajah, pakaian, dan atribut wayang. 5. Pengukiran: Inilah peringkat paling penting dalam proses pembuatan wayang kulit. Reka bentuk dan pola diukir pada kulit wayang menggunakan pahat dan alat ukir lain. Setiap elemen, seperti rambut, mata, hidung, mulut, pakaian, dan atribut lainnya, diukir dengan teliti. WAYANG KULIT KESENIAN WAYANG KULIT 12
PROSES PEMBUATAN WAYANG KULIT 6. Pengecatan: Setelah diukir, wayang kulit akan dicat dengan warna yang sesuai. Warna tradisional yang digunakan melibatkan warna-warna seperti hitam, merah, kuning, dan hijau. Cat yang digunakan biasanya berbahan dasar alami, seperti pewarna organik yang berasal dari tumbuhan. 7. Pemasangan Rangka dan Kulit: Setelah diukir dan dicat, kulit wayang dipasang pada rangka kayu yang telah dibuat sebelumnya. Ini melibatkan pemotongan dan pemasangan kulit pada rangka dengan hati-hati. 8. Penyelesaian Detail: Setelah rangka dan kulit dipasangkan, kemungkinan besar masih ada beberapa detail yang perlu ditambahkan atau disempurnakan. 9. Pelapisan dan Pengkilapan: Beberapa pengrajin wayang kulit mungkin melapisi wayang dengan bahan tertentu untuk memberikan kekuatan tambahan dan melindungi dari kelembaban atau serangga. Pengkilapan dilakukan untuk memberikan efek kilap dan meningkatkan keindahan wayang kulit. 10. Selesai dan Siap Digunakan: Setelah semua langkah selesai, wayang kulit siap digunakan dalam pertunjukan wayang kulit tradisional. (SAMBUNGAN) WAYANG KULIT KESENIAN WAYANG KULIT 13
Setiap pengrajin wayang kulit mungkin mempunyai kaedah dan teknik yang berbeza untuk membuat wayang kulit. Proses ini memerlukan ketelitian dan kebolehan yang sangat tinggi. Rajah 1: Lapisan kulit kerbau untuk dijadikan wayang kulit. 1. Secara amnya, untuk membuat wayang kulit biasanya bahan utama yang akan digunakan ialah kulit kerbau. Hal ini kerana kulit kerbau tidak mengandungi banyak minyak berbanding haiwan-haiwan lain. Biasanya selepas menyembelih kerbau selama 24 jam kulit tersebut akan dibersihkan daripada lemak-lemak yang menempel padanya. Untuk memastikan pori-pori kulit mati biasanya bonggol pisang akan digunakan dengan meletaknya ke dalam air rendaman. 2. Selepas kulit kerbau tersebut direndam di dalam air selama 24 jam, Kulit tersebut akan diangkat dan dijemur di bawah sinaran matahari.Walau bagaimanapun, untuk memastikan kulit tersebut tidak menyusut semasa proses pengeringan yang mengambil masa dua hingga 3 hari, kulit tersebut perlulah diikat pada bingkai kayu. Setelah kulit tersebut telah kering, kulit tersebut akan direndam sekali lagi selama satu malam dan akan dijemur semula sehinnga kering. Selepas kulit telah kering, tukang akan menarik bulu yang terlekat pada kulit tersebut menggunakan pisau. Biasanya, penukang tidak akan menggunakan garam untuk melindungi kulit. Hal ini kerana garam boleh menyebabkan wayang kulit menjadi lembab, luntur dan akan mengakibatkan wayang kulit berubah warna. PRA - PENGELUARAN Rajah 1: Lapisan kulit kerbau untuk dijadikan wayang kulit. WAYANG KULIT KESENIAN WAYANG KULIT 14
Selepas proses pemotongan telah dilakukan penukang akan mengukir wayang kulit tersebut dengan menggunakan alatan seperti pahat, tukul dan alatan-alatan ukiran yang lain yang akan membentuk elemen seperti mata, rambut, mulut, pakaian atau atribut lain. Proses ini merupakan proses yang paling penting dalam proses pembuatan wayang kulit. Hal ini kerana proses ini akan diberikan penekan yang lebih dan lebih terperinci berbanding proses yang lain. PROSES - PENGELUARAN Rajah 2: Menunjukkan proses pemotongan wayang kulit. Setelah kulit tersebut telah kering dan dibersihkan daripada bulu-bulu tersebut penukang akan memotong lembaran kulit yang sudah siap untuk diolah menjadi bentuk-bentuk mengikut saiznya. Penukang akan mengoreskan wayang kulit tersebut dengan pola kasar bagi memudahkan proses pemotongan dilakukan dengan mudah dan cepat Rajah 3: Menunjukkan alatan-alatan yang digunakan semasa proses pengukiran WAYANG KULIT KESENIAN WAYANG KULIT 15
Wayang yang telah diukir akan dihaluskan permukaannya agar permukaan wayang kulit tersebut akan lebih halus apabila dilukis. Hal ini juga akan menyebabkan wayang kulit tersebut akan lebih nampak cantik dan kemas PROSES - PENGELUARAN Rajah 4: Menunjukkan proses pengukiran berlangsung Rajah 5: Menunjukkan wayang kulit yang sudah siap dikukir Setelah proses pengukiran telah selesai, wayang kulit akan dicat dengan warna-warna yang bersesuaian. Wayang kulit akan dicat dengan menggunakan warna tradisional yang melibatkan warna-warna seperti hitam, merah, kuning, dan hijau. Setelah wayang kulit telah dicat dan telah dipasang rangkanya wayang kulit akan mengalami proses penyelesaian detail. Penyelesaian detail ini dilakukan kerana berkemungkinan besar masih ada beberapa detail yang perlu ditambahkan atau disempurnakan. Proses ini dilakukan dengan teliti agar wayang kulit tersebut menjadi sempurna dan istimewa. Rajah 6: Wayang kulit sudah siap dicat WAYANG KULIT KESENIAN WAYANG KULIT 16
Selepas proses penyelesaian detail sudah selesai sesetengah pengrajin wayang kulit akan melakukan proses pelapisan dan pengkilapan. Beberapa pengrajin wayang kulit mungkin akan melapisi wayang dengan bahan tertentu untuk memberikan kekuatan tambahan dan melindungi dari kelembapan atau serangga. Pengkilapan dilakukan untuk memberikan efek kilap dan meningkatkan keindahan wayang kulit PROSES - PENGELUARAN Rajah 7: Menujukkan proses penyelesaian detail berlangsung Rajah 8: Menunjukkan proses pengkilapan sudah selesai 5. Setelah proses pembuatan wayang kulit telah semua dijalankan. Proses pembuatan wayang kulit telah selesai dan sudah boleh digunakan dalam persembahan wayang kulit tradisional. Rajah 9: Proses pembuatan wayang kulit teleh selesai dan siap digunakan WAYANG KULIT KESENIAN WAYANG KULIT 17
CARA BERMAIN DAN ALAT MUZIK YANG DIGUNAKAN Wayang kulit, sesuatu harta pusaka yang lama berpanjangan, merupakan sesuatu kearifan dan simbol untuk kebudayaan negara kita. Cara bermain untuk wayang kulit ini adalah kompleks dan perlukan seorang pemain ataupun “Dalang” banyak menyumbangkan masa dan tenaga untuk menyempurnakan persembahannya. Dalam permainan wayang kulit, terdapat beberapa bahan ataupun kandungan yang terpenting dan amat diperlukan sepanjang persembahan. Kandungan tersebut adalah seperti berikut: ⦁ Dalang ⦁ Kumpulan muzik/ Alat muzik ⦁ Tempat persembahan/ Pentas ⦁ Bentuk patung Sepanjang persembahan ini, pemain ataupun “Dalang” memainkan peranan sebagai narator dialog tokoh-tokoh wayang. Seorang dalang bukan sahaja bertanggungjawab untuk menghidupkan tokoh-tokoh wayang manakala beliau juga perlu menceritakan sebuah kisah dengan menakjubkan. Dalang juga bertanggungjawab untuk semua proses yang melibatkan ritual dalam aspek persembahan sebagai seorang pemimpin atau ketua. Selain itu, dalang juga dianggap sebagai wakil Tuhan bagi memastikan segala falsafah kepercayaan, amalan dan didikan sosial masyarakat. Oleh itu, Dalang dan pemain muziknya (nagaya) perlulah mematuhi semua amalan dan pantang-larang sebelum, semasa dan selepas persembahan. WAYANG KULIT 18
Kumpulan pemain muzik dan alat muzik juga memainkan peranan yang penting dalam seluruh persembahan. Iringan muzik ini adalah penting untuk keseluruhan persembahan kerana ia membantu membina sesuatu suasana yang sesuai dengan pergerakan bentuk patung dan juga sesuai dengan situasi cerita seperti peperangan, perjalanan dan sebagainya. Selain itu, kerjasama antara pemain muzik dan tok dalang amat terpenting juga. Semasa patung-patung yang dikawal oleh dalang “bercakap”, semua iringan akan berhenti supaya tidak menyebabkan gangguan kepada perjalanan kisah cerita. Susunan alat muzik juga terdapat pesanan yang tertentu dan khusus. Setiap jenis wayang kulit menggunakan alat muzik yang berbeza, dan setiap watak mempunyai alunan muzik yang unik. Antara alat muzik wayang kulit adalah seperti berikut. ⦁ Gedombak ⦁ Canang ⦁ Geduk ⦁ Serunai ⦁ Kesi ⦁ Mong ⦁ Gendang ⦁ Gong / Tetawak Gedombak ibu dan anak, gedombak dikategorikan sebagai gendang tetapi hanya sebelah permukaan sahaja tertutup, permukaan yang tertutup lebih besar daripada permukaan yang terbuka. Permukaan yang tertutup itu ditutup dengan belulang kambing. Gedombak berbentuk seperti jambangan bunga dan dimainkan dalam keadaan duduk. Ia dimainkan secara terus dengan memalu menggunakan tangan. Canang adalah alat muzik yang dikategorikan sebagai gong tetapi bersaiz kecil. Canang diperbuat daripada loyang iaitu campuran tembaga dan zink. Canang berbentuk bulat dan melengkung ke kedalam dan ditengah-tengahnya terdapat tombol kecil. Canang dimainkan dengan cara memalu dengan menggunakan pemalu yang diperbuat daripada kayu dan dipalu di bahgian tombolnya. Canang biasanya dimainkan secara berpasangan dan peranannya dalam persembahan wayang kulit adalah sebagai penanda masa. WAYANG KULIT KESENIAN WAYANG KULIT 19
Geduk ibu dan anak dikategorikan sebagai gendang yang berbentuk seperti tong dan mempunyai dua permukaan. Kedua-dua permukaan tersebut ditutup menggunakan belulang lembu atau kerbau. Badan geduk atau dikenali sebagai temalang pula diperbuat daripada kayu nangka dan mempunyai bentuk sedikit cembung. Dua batang buluh dipasang pada satu sisi geduk untuk memudahkan pemain menggunakannya. Serunai merupakan alat tiupan yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu pipit, pemegang pipit dan badan serunai. Serunai mempunyai pipit yang diperbuat daripada daun lontar kering dan mempunyai pipit yang berlapislapis. Selain itu, pemegang pipit terdiri daripada tiub logam yang dipasang antara badan serunai dan pipit. Bahagian badan serunai diperbuat daripada kayu berbentuk kon dengan bahagian bawah yang berbentuk loceng. Pada bahagian badan serunai pula terdapat 7 lubang memetik. Kesi adalah sejenis instrumen diperbuat daripada kepingan tembaga. Permukaannya kesi mempunyai bahagian tengah yang melengkung ke dalam. Dalam ensemble paluan tradisional, ia berfungsi sebagai alat pelengkap irama.Ianya dimainkan secara berpasangan. alat ini dilagakan dengan kaedah hentakan untuk menghasilkan bunyi. Salah satu alat tersebut dipaku pada tapak kayu dan satu lagi disambung menggunakan tali. WAYANG KULIT KESENIAN WAYANG KULIT 20
Gong atau tetawak Ibu berfungsi sebagai alat utama untuk mengiringi Wayang Kulit ia sering digunakan bersama tetawak Anak. dibuat daripada perunggu bulat di tengah-tengah permukaannya dan mempunyai dinding yang tebal. Tetawak ibu mempunyai nada suara yang lebih rendah, manakala tetawak anak mempunyai bunyi yang nyaring. Tetawak ibu bersaiz yang lebih besar berbanding tetawak anak. Gendang, diperbuat daripada bahan bahan seperti kulit lembu atau kulit kerbau dan kulit harimau, rotan dan kayu-kayu penyangah. Di sebelah kanan, ia mempunyai kulit harimau dan di sebelah kiri pula kulit kambing. Permukaan kulit kambing di palu menggunakan tangan, dan paluan kayu Kemuning pada permukaan kulit harimau. Gendang ini mempunyai tali yang membolehkan mereka dibawa ke kawasan permainan dengan mudah. Di sekeliling gendang diikat dengan lingkaran rotan. Kain kuning digunakan untuk membalut alat tersebut. Mong, Perunggu adalah bahan yang digunakan untuk membuat mong. Ia dimainkan dalam kumpulan yang disusun berdasarkan regangan tali-tali pada para khas. Tombol mong dipalu menggunakan pemalu. Mong hanya dimainkan secara individu. WAYANG KULIT KESENIAN WAYANG KULIT 21
Tempat persembahan ataupun pentas yang digunakan untuk persembahan juga terdapat peraturan yang tertentu. Di atas pentas, dalang akan mengawal dan memainkan patung-patung di belakang sekeping layar putih yang diperbuat daripada kain putih. Belakang kain putih juga akan menyuluhkan lampu elektrik ataupun lampu minyak supaya bayangan patung boleh diwujudkan. Patung-patung akan dimainkan oleh dalang di atas pentas dan dikaburkan oleh layar putih. Sepanjang persembahan, penonton tidak dapat mengetahui identiti dalang. Tempoh masa sebuah kisah cerita wayang kulit adalah tidak tertentu kerana ia ditentukan oleh panjangan kisah cerita. Untuk cerita yang panjang mungkin perlu dipersembahkan sepanjang sebulan secara bersambung-sambung manakala yang pendek hanya perlu dipersembahkan sepanjang 2-3 malam (2 jam semala) sahaja. Pada era globalisasi dan modernisasi ini, kearifan traditional ini juga bertambah baik daripada segi penggunaan teknologi.Hal ini membolehkan evolusi wayang kulit ini dengan menggunakan lampu elektrik yang lebih unik dan menarik. Terdapat juga yang menggunakan projektor untuk mewujudkan keadaan pentas yang hebat dan dapat menarik perhatian penonton dan lebih sesuai dengan kisah cerita. Sehingga hari ini, cara bermain wayang kulit juga menjadi diversiti dan berbagai-bagai dengan teknologi animatronik. Teknologi animatronik ini menjadi fenomena baru dan boleh menarik perhatian golongan muda hari ini. WAYANG KULIT KESENIAN WAYANG KULIT 22
CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENGEKALKAN SENI WAYANG KULIT Wayang kulit merupakan seni budaya yang telah lama diamalkan di Malaysia. Wayang kulit di Malaysia terbahagi kepada empat jenis iaitu Wayang Kelantan, Wayang Melayu, Wayang Gedek dan Wayang Purwa (Jawa). Keempat-empat wayang kulit ini terdapat di pelbagai negeri di Malaysia. Wayang kulit telah menjadi salah satu seni atau budaya tradisonal di Malaysia. Namun begitu, seni tradisional ini tidak terlepas daripada menghadapi cabaran dalam usaha umemperkenalkan budaya ini kepada masyarakat di Malaysia. Seni Wayang Kulit menghadapi cabaran politik. Sebagai contoh, pada tahun 1991, kerajaan negeri Kelantan mengharamkan amalan seni wayang kulit dan beberapa kesenian lain, seperti makyong, walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menentang pengharaman itu. Larangan ini disebabkan kesenian ini dipersembahkan mengikut cerita wayang kulit tradisional asli yang diambil daripada kitab Mahabharata dan Ramayana India untuk menyebarkan agama Hindu. Oleh sebab itu, kerajaan negeri Kelantan tidak membenarkan pengamalan seni wayang kulit ini dan menyekat permit kepada tok dalang untuk melakukan persembahan secara umum kerana khuatir masyarakat Islam akan terpedaya dan terpesong akidah. Sejak dari itu, seni wayang kulit ini semakin lama semakin dilupakan oleh masyarakat. WAYANG KULIT KESENIAN WAYANG KULIT 23
Dunia kini yang semakin moden menjadi salah satu punca seni wayang kulit ini semakin dilupakan. Hal ini secara tidak langsung menjadi kekangan kepada dalang atau para seniman wayang kulit untuk terus kekal relavan dalam dunia seni. Dengan adanya, medium modenisasi yang memberi kemudahan untuk mengakses dan tidak memerlukan generasi muda untuk bergerak ke sesuatu tempat tertentu demi mendaptkan hiburan merupakan situasi yang sebaliknya bagi wayang kulit. Kewujudan medium-medium ini memberi kesan kepada warisan kesenian wayang kulit untuk terus berkembang dan menjadi cabaran kepada tokoh-tokoh penggiat untuk menarik minat generasi kini untuk terlibat dalam seni wayang kulit. Kekurangan sokongan merupakan isu yang sering dihadapi oleh para seniman. Kewangan yang terhad dan infrastruktur yang kurang memadai sering menjadi halangan dalam menyelenggara persembahan wayang kulit. Tanpa sokongan yang mencukupi, seniman mungkin terpaksa mengurangkan atau menghentikan aktiviti seni mereka. Oleh itu, adalah penting untuk kita memperjuangkan lebih banyak sokongan dan pengiktirafan bagi seniman agar tradisi dan warisan budaya seperti wayang kulit terus berkembang dan diteruskan kepada generasi seterusnya. Baru-baru ini, penularan virus Covid-19 yang melanda negara pada tahun 2020 telah memberi yang besar kepada negara bukan sahaja dari aspek ekonomi malah aspek sosial turut terjejas. Hal ini dikatakan demikian kerana, kebanyakan muzium-muzium seni, galeri dan pentas-pentas teater terpaksa dihentikan. Rentetan itu, kebanyakan galeri wayang kulit kini semakin hari semakin berkurang ekoran daripada kekurangan pelawat serta pelancong. Perkara ini telah memberi kesan kepada ekonomi pengendali galeri untuk menanggung segala kos penyelenggaraan. Dalam hal ini, bukan sahaja galeri yang terjejas, bahkan tok dalang dan pemuzik juga terpaksa ‘menggantung’ alat muzik mereka kerana tidak dapat melaksanakan persembahan wayang kulit ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mereka terpaksa mencari pekerjaan lain untuk menyara keluarga. WAYANG KULIT KESENIAN WAYANG KULIT 24
Kesan daripada wayang kulit adalah ia dapat menyatupadukan masyarakat. Sebagaimana yang kita sedia maklum, di Malaysia terdapat pelbagai jenis kaum seperti Melayu, Cina, India serta pelbagai lagi jenis kaum di Sabah dan Sarawak. Kesenian wayang kulit ini merupakan faktor masyarakat di Malaysia tertarik dengan wayang kulit ini tidak mengira bangsa dan agama. Oleh hal yang demikian, wayang kulit dapat memberi kesan yang positif terhadap perpaduan masyarakat kita kerana kesenian wayang kulit yang amat menarik minat masyarakat untuk sekadar menonton persembahan wayang kulit ini atau mencebur minat dalam seni wayang kulit. Dengan itu, permainan wayang kulit ini dapat membantu kita dalam mencapai kehidupan perpaduan yang aman harmoni. Selain daripada itu, kesan wayang kulit ini ialah seni ini dapat membantu untuk menyampaikan mesej atau pengajaran kepada masyarakat. Wayang kulit ini juga dijadikan sebagai medium untuk menyampaikan mesej yang baik kepada para penonton. Hal ini dikatakan demikian kerana, selain daripada menjadi saluran hiburan, wayang kulit juga dapat dijadikan medan untuk menyampaikan mesej serta teladan yang baik kepada masyarakat melalui jalan cerita yang disampaikan melalui wayang kulit tersebut. Dengan berbuat demikian, ramai pihak tertentu akan menggunakan wayang kulit sebagai medium untuk mendidik masyarakat. Sebagai contoh, pihak sekolah mengadakan persembahan wayang kulit untuk menyampaikan mesej positif kepada pelajar. KESAN SENI WAYANG KULIT KEPADA MASYARAKAT WAYANG KULIT KESENIAN WAYANG KULIT 25
Wayang kulit ini juga dapat meningkatkan kesenian di dalam diri setiap masyarakat. Hal ini bersangkut paut dengan kesenian yang terdapat di dalam wayang kulit. Masyarakat dapat mempelajari pelbagai seni yang terdapat di dalam wayang kulit ini, walaupun ia berasaskan seni yang sama, tetapi ia tetap mempunyai sentuhan seni yang berlainan dari segi kepelbagaian jenis wayang kulit. Dari segi jenis wayang kulit yang pelbagai juga dapat kita simpulkan bahawa wayang kulit ini mempunyai nilai kesenian yang tinggi. Antara jenisnya adalah, wayang Kelantan, wayang Melayu, wayang Purwo dan juga wayang Gedek. Natijahnya, kita dapat melahirkan generasi yang berseni serta yang akan memartabatkan seni demi mengekalkan kesenian tradisi di dalam negara kita. Wayang kulit ini juga dapat meluaskan sektor pekerjaan di negara kita demi membantu pembangunan ekonomi serta dapat membantu kos sara hidup masyarakat. Bagi memperkukuhkan lagi penyataan ini, dapat kita perhatikan bahawa terdapat pelbagai bidang yang boleh dijadikan pekerjaan di dalam permainan wayang kulit ini. Sebagai contoh, pembuatan patung wayang kulit, alat muzik, tok dalang yang melancarkan permainan wayang kulit ini, dan pelbagai lagi. Perkara ini secara tidak langsung memberi kesan positif kepada masyarakat dengan memberi atau meluaskan peluang pekerjaan kepada mereka. Bukan itu sahaja, dunia seni wayang kulit juga akan berkembang dengan pesat di kalangan masyarakat kita dan berharap ia akan kekal dari generasi ke generasi. Kesimpulannya, seni wayang kulit merupakan seni yang telah menjadi sebahagian daripada budaya Masyarakat di negara kita. Walaupun terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi, tetapi tidak melemahkan semangat para seniman untuk terus berusaha untuk melestarikan seni wayang kulit ini agar terus relavan dalam kalangan Masyarakat. Selain itu, seni wayang kulit juga turut memberi pelbagai impak positif dalam setiap persembahan yang dimainkan yang dapat memberi kesedaran kepada Masyarakat. Oleh itu, sama-samalah kita melaksanakan usaha-usaha tertentu bagi melestarikan seni ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas sebelum ia terus lenyap daripada bualan dan tradisi masyarakat di negara ini WAYANG KULIT KESENIAN WAYANG KULIT 26
RUMUSAN Berdasarkan, jenis wayang kulit yang berada di Malaysia ini bukan hanya sekadar pertunjukkan tradisional malah ia juga merupakan warisan hidup yang terus berkembang dan tidak ditelan zaman. Wayang kulit ini mencerminkan kepelbagaian budaya dengan variasi seperti Wayang Kulit Kelantan, Wayang Kulit Gedek, Wayang kulit Purwo dan Wayang Kulit Melayu. Setiap wayang kulit ini mempunyai pengaruh budaya yang berbeza-beza. Kewujudan Wayang Kulit Purwo dan Wayang Kulit Kelantan merupakan pengaruh budaya luar yang merupakan sebahagian daripada seni persembahan di Malaysia. Wayang kulit ini bukan sahaja sebagai hiburan tetapi wayang ini dapat memelihara kesenian dan warisan kita. Pemilihan watak dan cerita daripada cerita melayu tradisional, epik Mahabharata, dan epik Ramayana adalah cara untuk mengekalkan nilai dan kesenian melayu. Setelah melaksanakan kajian terhadap wayang kulit di Malaysia, terdapat beberapa perkara yang kami dapat simpulkan dari setiap topik yang dicari. Kesimpulannya, wayang kulit di Malaysia merupakan salah satu medium yang digunakan dalam menyampaikan mesej tersirat kepada masyarakat setempat dalam mengikuti arus perkembangan semasa. Wayang kulit ini merupakan hiburan yang sering dipersembahkan pada suatu ketika dahulu yang berasal dari pelbagai negara Asia. Walau bagaimanapun, persembahan wayang kulit ini semakin dilupakan kerana adanya teknologi di kalangan anak muda pada generasi sekarang. oleh hal yang demikian, pihak kerajaan dan pihak agensi swasta perlulah membuat inovasi dalam mengekalkan kelestarian seni wayang kulit ini agar tidak lapuk ditelan arus moden. WAYANG KULIT KESENIAN WAYANG KULIT 27
RUMUSAN Di samping itu, apa yang kami dapat simpul berdasarkan cara main dan alat muzik yang digunakan adalah, wayang kulit merupakan warisan budaya yang kaya dan kompleks. Dalam pertunjukan ini, peranan Dalang sangat penting sebagai narator, pemain patung, dan pemimpin spiritual. Kerjasama antara Dalang dan pemain muzik adalah kunci utama dalam menyampaikan kisah dan membina sesuatu suasana yang sesuai dengan perkembangan cerita. Alat muzik seperti gedombak, canang, geduk, serunai, kesi, mong, gendang, dan gong memiliki peranan tersendiri dalam mencipta atmosfer yang sesuai dengan pergerakan patung dan situasi cerita. Sementara tradisi ini mengalami evolusi dengan teknologi modern seperti lampu elektrik, projektor, hingga animatronik yang mengembangkan tradisi ini secara beransur-ansur. Oleh itu, keunikan dan kekayaan warisan budaya ini tetap memikat minat generasi masa kini. Untuk ringkasan, wayang kulit ini merupakan sesuatu tradisi yang mempunyai banyak gabungan unsur budaya yang kompleks, manakala tradisi ini juga mempunyai keterangkuman dan potensi untuk berubah yang besar. Seterusnya, daripada proses pembuatan wayang kulit ialah proses pembuatan wayang kulit ialah satu seni tradisional yang memerlukan kebolehan , keupayaan dan kemahiran yang tinggi dalam mencipta atau menghasilkan wayang kulit yang berkualiti tinggi.Kreativiti dan tradisi, keterampilan tangan yang hebat, penggunaan sumber alam dan warisan seni yang penting adalah semua faktor yang memainkan peranan penting dalam proses pembuatan wayang kulit. Pembuatan wayang kulit di Malaysia mencerminkan kombinasi dari keterampilan tradisional, inovasi tempatan, dan kekayaan budaya yang telah ada selama berabad-abad. Seperti di banyak negara lain, seni wayang kulit di Malaysia juga menjadi simbol kebanggaan nasional dan warisan budaya yang perlu dilestarikan. (SAMBUNGAN) WAYANG KULIT KESENIAN WAYANG KULIT 28
RUMUSAN Akhir sekali, dari aspek kesan dan cabaran, wayang kulit merupakan salah satu simbolik kepada perpaduan masyarakat di negara kita dan ianya bukanlah sematamata satu persembahan tetapi pernah menjadi satu medium hiburan kepada masyarakat sebelum munculnya medium modenisasi.Namun begitu, generasi kini kurang memberi penekanan tentang persembahan tradisional ini. Konklusinya, untuk memastikan kelangsungan permainan wayang kulit, perlu adanya alternatif seperti pelestarian, inovasi, dan adaptasi agar wayang kulit tetap relevan di kalangan masyarakat modern. (SAMBUNGAN) WAYANG KULIT KESENIAN WAYANG KULIT 29
RUJUKAN WAYANG KULIT 30Ismail, M. (2023, March 31). Merungkai Punca Warisan Wayang Kulit Semakin Dilupakan. Dewan Budaya. Jenis Jenis Wayang Kulit | PDF. (n.d.). Scribd. Retrieved November 23, 2023 Communities - Wayang Kulit — PUSAKA. (2014). PUSAKA. Retrieved December 27, 2023, from PUSAKA website: https://www.pusaka.org/communitieswayang-kulit Wayang Kulit - A Malaysian Shadow Play. (2023). Retrieved December 27, 2023, from Abcmalaysia.com website: https://abcmalaysia.com/tour_malaysia/wayang_kulit .htm WAYANG KULIT. (2022). Retrieved December 27, 2023, from Jkkn.gov.my website: https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/state/subcate gory/culture/280 Vee, C. (2020). CABARAN-CABARAN DALAM PENGURUSAN SENI. Retrieved December 27, 2023, from Academia.edu website: https://www.academia.edu/43840740/CABARAN_CA BARAN_DALAM_PENGURUSAN_SENI WAYANG KULIT. (2022). Retrieved December 27, 2023, from Jkkn.gov.my website: https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/28 0
RUJUKAN WAYANG KULIT 31 Bukti temubual bersama responden
WA Y A N G K U L I T KESENIAN