The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afifaqmar0910, 2022-06-06 22:20:19

E-Folio PI Penyalahgunaan Dadah di IPT

E-Folio PI Penyalahgunaan Dadah di IPT

NAMA AHLI KUMPULAN: MUHAMMAD ALIF HAIKAL BIN NAZARUAN
NAMA AHLI KUMPULAN: MUHAMMAD AFIF AQMAR BIN MOHAMAD ARIF
NAMA AHLI KUMPULAN: MUHAMAD HAZIM BIN MOHD.HARJAZI
NAMA AHLI KUMPULAN:MUHAMAD AIZAN SYAFIEZAT BIN MUHAMAD AZHARI

NO MATRIKS: 16DAT21F1037
NO MATRIKS: 16DAT21F1069
NO MATRIKS: 16DAT21F1073
NO MATRIKS: 16DAT21F1065

SUBJEK: MPU23012 – PENGAJIAN ISLAM
NAMA PENSYARAH: NURHIDAYU BINTI SALLEH

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Syukur ke hadrat Ilahi dengan berkat keizinan dan kemudahan daripadaNya, kami dapat
menyiapkan tugasan E-Folio Pengajian Islam ini dengan jayanya. Disamping berusaha
menyiapkan tugasan ini sepenuhnya, kami juga mendapat pengalaman dan ilmu
pengetahuan baru yang dapat memberi manfaat kepada kami.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah Pengajian Islam ustazah Nurhidayu binti
Salleh, yang telah berusah sehabis baik menyampaikan ilmu dan membantu memberi tunjuk
ajar mengenai tugasan ini bagi memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

Sekalung penghargaan kepada ahli-ahli kumpulan, Muhammad Alif Haikal bin Nazaruan,
Muhammad Afif Agmar bin Mohamad Arif, Muhammad Hazim bin Mohd. Harjazi dan
Muhammad Aizan Syafiezat bin Muhamad Azhari yang telah bertungkus lumus menyiapkan
tugasan ini dan saling membantu antara satu sama lain bagi menyiapkan tugasan ini.
dengan lebih jayanya

Akhir kata, terima kasih kepada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam proses
menyiapkan tugasan ini. Bantuan anda amat dihargai dan tidak akan dilupakan.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi kepada penyalahgunaan bahan terlarang di kalangan pelajar (IPT).
1.Mengenal pasti adakah ibu bapa yang menyebabkan pelajar IPT menyalahgunakan bahan
terlarang.
2.Mengenal pasti adakah rakan sebaya boleh mempengaruhi seseorang pelajar IPT untuk
menyalahgunakan bahan terlarang.
3.Mengenal pasti adakah faktor daripada diri sendiri mempengaruhi penyalahgunaan bahan
terlarang dalam kalangan pelajar IPT.
4.Mengenal pasti adakah masyarakat dan persekitaran dapat mempengaruhi seseorang
pelajar IPT untuk menyalahgunakan bahan yang terlarang.

DEFINISI PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG DALAM KALANGAN IPT
Penyalahgunaan bahan terlarang sering dikaitkan dengan remaja terutamanya
pelajar IPT. Hal ini berlaku oleh kerana beberapa faktor yang menyebabkan golongan
remaja dan pelajar IPT terjerumus dalam penyalahgunaan bahan-bahan terlarang.
Bahan-bahan terlarang ini menyebabkan ketagihan kepada penggunanya dan
sekaligus memudaratkan kesihatan dan keupayaan seseorang. Penyalahgunaan
bahan terlarang akan mempengaruhi fizikal,mental,emosi dan psikologi seseorang.
Jadi tidak hairanlah kenapa ia amat berbahya. Pada era ini, bahan-bahan terlarang
amat mudah didapati oleh kerana banyak sindiket yang dijalankan di serata tempat
termasuklah di dalam IPT. Sesetengah bahan terlarang dijual dengan harga yang
murah dan mampu dibeli oleh pelajar.Selain itu, sesetengah bahan digunakan untuk
tujuan perubatan dan ia disalahgunakan oleh sesetengah pihak dengan
mengambilnya secara berlebihan dan seterusnya menyebabkan mereka menjadi
khayal. Antara contoh-contoh penyalahgunaan bahan terlarang ialah dadah,rokok,
ketum,gam/aerosol,arak dan ubat batuk

ANTARA PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG DALAM KALANGAN PELAJAR IPT

DADAH

➢ Penyalahgunaan dadah berlaku apabila seseorang mengambil bahan kimia
perubatan.bertentangan dengan kepentingan rawatannya.

➢ Dadah boleh diambil dengan pelbagai cara antaranya melalui penyedutan, suntikan,
merokok, penyerapan pada kulit, supositori iaitu memasukkan ke dalam dubur, atau
melarutkan di bawah lidah.

Contoh-contoh dadah yang popular dalam kalangan pelajar

ROKOK

➢ Kajian mendapati bahawa 50% daripada golongan remaja dan pelajar IPT terlibat
dalam kegiatan merokok.

➢ Merokok adalah penggunaan bahan terlarang yang paling senang dipengaruhi dalam
kalangan remaja.

➢ Rokok diperbuat daripada bahan bahan berbahaya dan beracun seperti lilin,
pembersih lantai penghapus cat, bahan bakar, bahan plastic PVC dan sebagainya.

➢ Rokok akan menyebabkan ketagihan dan memudaratkan kesihatan oleh kerana
perokok akan menghidapi penyakit seperti penyakit jantung, kanser, strok dan
tekanan darah tinggi.

FAKTOR PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG DALAM KALANGAN PELAJAR IPT

FAKTOR DARIPADA IBU BAPA

Antara faktor penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pelajar IPT berpunca
daripada kalangan ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam
menjalankan tanggungjawab mereka dengan mendidik anak-anak mereka untuk menjadi
seorang yang berdisiplin tetapi malangnya sebilangan ibu bapa mengabaikan
tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa menyebabkan anak-anak mereka mudah terlibat
dengan pergaulan bebas. Walaubagaimanapun, Majoriti penyalahgunaan bahan terlarang
dalam kalangan pelajar IPT berasal daripada keluarga yang telah berpecah-belah akibat
penceraian, perpisahan, dan kematian ahli keluarga. Namun, terdapat sebilangan pelajar
IPT yang terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang mempunyai corak hubungan
komunikasi yang renggang dengan ibu bapa mereka. Selain itu, ibu bapa kurang
memberikan didikan agama yang sempurna kepada anaka mereka merupakan salah satu
faktor yang menyumbang kepada masalah ini. Apabila anak-anak kurang didikan agama
mereka akan mudah terjerumus dengan perkara-perkara yang berunsurkan negatif.
Kesimpulannya, Ibu bapa merupakan insan yang penting dalam mendidik anak-anak
menjadi seorang yang taat dan berdisiplin. Namun, apabila ibu bapa kurang bergaul dengan
anak-anak mereka ia akan memberi impak yang lebih buruk kepada anak-anak mereka.

FAKTOR RAKAN SEBAYA

Pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu faktor utama berlakunya penagihan pada
zaman remaja. Hal ini kerana, kajian menunjukkan ramai remaja yang terlibat dengan
penyalahgunaan dadah akibat daripada terpengaruh dengan rakan sebaya. Oleh itu,
pemilihan rakan yang bersesuaian harus dilakukan dengan bijaksana oleh setiap remaja.
Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh mereka terlibat dalam pengambilan bahan
terlarang ia secara tidak langsung mereka sendiri akan terikut-ikut dengan sikap rakan
mereka. Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan menyebabkan gejala ini menjadi lebih
serius. Remaja juga inginkan kuasa atau pengaruh yang kuat daripada rakan-rakan yang
lebih berepengaruh, hal ini menjadikan mereka diterima oleh rakan sebaya. Berkawan
dengan rakan-rakan yang tidak sihat menyebabkan remaja mudah terjerumus dengan
kancah penagihan dadah. Pengaruh rakan yang kuat menyebabkan seseorang individu
tidak dapat melarikan diri daripada terlibat dengan dadah. Pergaulan yang bebas antara
lelaki dan perempuan pada zaman sekarang menyebabkan remaja perempuan turut terlibat
dengan dengan dadah.

FAKTOR DARIPADA DIRI SENDIRI

Faktor lain yang membawa kepada berlakunya penyalahgunaan bahan terlarang terhadap
pelajar IPT ialah berpunca daripada sikap diri sendiri yang ingin mencuba sesuatu yang
benda yang baru atau sikap ingin tahu yang sangat tinggi dalam diri mereka terhadap
sesuatu perkara. Kebiasaannya sebagai seorang mahasiswa atau mahasiswi mereka
sangat gemar untuk mencuba sesuatu perkara yang baru bagi diri mereka. Namun pada
zaman yang semakin maju dan moden ini, terdapat sebilangan pelajar yang mudah terikut
dengan gaya atau cara hidup orang lain dengan adanya sikap seperti tersebut mereka akan
mudah terpedaya dan sukar untuk mengawal nafsu mereka. Ini membuktikan sikap pelajar
yang ingin mencuba sesuatu benda yang baru tanpa mengetahui baik dan buruknya serta
kesan yang bakal diterima oleh dirinya. Perkara sedemekian hanya mengundang kepada
keruntuhan akhlaknya sendiri. Masalah jenayah seperti penyalahgunaan dadah juga adalah
sikap yang selalu pelajar terikut-ikut. Pada zaman kini, kebanyakkan penagih dadah terdiri
daripada golongan pelajar IPT dan ini membuktikan bahawa betapa seriusnya masalah
dadah pada era ini. Sebagai seorang pelajar IPT, mereka perlu sentiasa diberikan tugasan
dan kerja daripada pensyarah agar mereka tidak mempunyai masa untuk memikirkan
tentang hal yang tidak sepatutnya. Namun, disebabkan tugasan yang diberikan oleh
pensyarah terlalu banyak ia boleh membawa kepada tekanan kepada pelajar di institusi
pengajian tinggi. Oleh yang demikan, mereka tidak dapat mengawal emosi mereka lantas
mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam pelbagai perkara yang negatif
seperti mengambil dadah.

FAKTOR MASYARAKAT DAN PERSEKITARAN
Faktor masyarakat juga merupakan faktor yang menyumbang kepada penyalahgunaan
dadah dalam kalangan pelajar IPT. Persekitaran yang negatif seperti masyarakat sekitarnya
banyak yang terlibat dengan dadah menjadi penyumbang utama kepada keinginan remaja
untuk mencuba dadah itu sendiri. Remaja yang pada awalnya bebas dengan dadah mula
berjinak-jinak dengan benda tersebut setelah melihat sendiri di depan mat acara bagaimana
dadah itu digunakan. Setelah melihat sendiri di depan mata, perasaan ingin mencuba itu
timbul dalam diri individu. Reaksi daripada penagih yang tenang dan diakatakan dadah itu
sedap dan dapat melegakan tekanan menambahkan lagi perasaan ingin mencuba itu.
Remaja mula terpengaruh dengan persekitaran mereka apabila melihat ada segelintir rakan-
rakan atau Kawasan persekitaran yang mempunyai aura negatif kerana kebanyakkan
penagih dadah.

KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH PADA FIZIKAL REMAJA
Setiap jenis dadah yang diambil mempunyai tindak balas yang berbeza. Sebagai contoh kesan
pengambilan dadah jenis Stimulants (Perangsang) seperti amphetamine menyebabkan seseorang itu
mengalami perubahan tekanan darah, berpeluh, muntah, kehilangan berat badan, sakit dada, koma
dan lain-lain. Malahan, kesan jangka panjang hasil pengambilan dadah tersebut berkemungkinan
diserang sakit jantung yang menyebabkan kematian. Secara rasionalnya, perkembangan fizikal
remaja akan terjejas akibat penyalahgunaan dadah. Menurut teori tugas perkembangan
Havinghurst, di peringkat remaja seseorang manusia mengalami pertumbuhan fizikal yang pesat.
James E. Gardner menyebut fasa remaja sebagai masa turbulence (masa penuh gelojak).

Remaja lelaki pula pada awalnya terlibat dalam aktiviti merokok sehingga segelintir mereka in ingin
cuba mencari sesuatu yang lebih memberi impak kepada mereka. Dadah merupakan jalan
penyelesaian untuk mereka memenuhi keinginan mereka. Kaedah perkongsian jarum suntikan
umpamanya menyebabkan seseorang remaja itu terdedah kepada penyakit berjangkit malahan lebih
teruk lagi mereka ini mungkin menerima risiko penyakit HIV Aids. Secara umumnya, kesan
penyalahgunaan dada di kalangan remaja akan merencatkan proses perkembangan fizikal remaja
yang pesat berlaku.

KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH PADA EMOSI REMAJA

Apabila mengambil dadah, mereka berasa lebih yakin dan gembira, sebaliknya menjadi murung dan
gelisah jika tidak mendapat dadah. Apabila keinginan untuk mendapatkan dadah tidak dapat
dipenuhi, akan berlaku gangguan dan ketidaktenteram jiwa. Remaja yang dalam keadaan ketagihan
dadah yang memuncak mungkin akan bertindak agresif untuk menghilangkan ketagihan dadah yang
sedang dialami. Gabungan emosi primer marah dan benci akan menghasilkan emosi sekunder iaitu
emosi agresif. Emosi agresif akan diterjemah melalui tindakan agresif remaja yang ketagihan dadah.
Untuk mengatasi rasa gian dadah remaja sanggup melakukan apa sahaja sehingga bertindak ganas
malahan sanggup melakukan pembunuhan.

KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH PADA SOSIAL REMAJA

Remaja yang ketagihan dadah tiada kecerdasan interpersonal. Kecerdasan Interpersonal menurut
teori pelbagai kecerdasan Gardner ialah keupayaan untuk memahami niat orang lain dan
mengenalpasti matlamat pendorong orang lain untuk bekerja. Kesan Penyalahgunaan dadah
mendorong remaja melakukan jenayah seperti merompak, mencuri dan jenayah yang boleh
menjejaskan ketenteraman masyarakat. Implikasi dadah juga mengakibatkan remaja hilang kawalan
dalam pergaulan sosial. Mereka cenderung untuk melakukan seks bebas di bawah pengaruh dadah.

CARA MENGATASI PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG DALAM KALANGAN
PELAJAR IPT

MELALUI TANGGUNGJAWAB DIRI SENDIRI

Setiap pelajar IPT perlu bijak mengawal diri dan perlu memantapkan diri mereka dengan
jati diri yang kukuh bagi menghadapi arus rintangan supaya dapat membina identiti dan
personaliti diri mereka. Selain itu, pelajar harus mengawal diri sendiri dan harus memilih
rakan sebaya yang baik kerana rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar dalam
pembentukkan akhlak.

MELALUI MEDIA MASSA

Media massa harus memperbanyakkan penyiaran berita-berita dan cerita-cerita yang
lebib membawa keinsafan dan iktibar kepada masyarakat mengenai kesan-kesan bahan
terlarang terhadap kehidupan seharian. Pihak media massa juga boleh mengajurkan
kempen-kempen kesedaran kepada orang ramai seperti program-program yang dapat
menarik minat para belia untuk mengisi masa terluang bagi mengelakkan mereka terjebak
dengan masalah dadah.

MELALUI PIHAK IPT

-Sentiasa memantau segala aktiviti anak-anak dan mengetahui dengan siapa anak mereka
berkawan dan ibubapa juga perlu sentiasa menanyakan tentang masalah anak yang mereka
hadapi dan sentiasa memberi nasihat supaya mereka tidak membuat perkara yang
negatif.Ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan didikan agama yang secukupnya supaya
tidak mudah terpesong dan terpengaruh dengan segala masalah sosial yang berlaku
kepada pelajar-pelajar. Seterusnya, ibu bapa perlulah mewujudkan satu suasana harmoni
dalam industri kekeluargaan dan mengambil tahu hal-hal peribadi anak-anak walaupun
mereka berjauhan bagi membantu mencegah peningkatan masalah penyalahgunaan bahan
terlarang dalam kalangan pelajar IPT.

KESIMPULAN

Kesimpulanya, Bahan terlarang ini banyak mendatangkan keburukan kepada seseorang
yang mengambilnya terutama kepada pelajar . Ini kerana ia akan merosakkan masa depan
seseorang pelajar itu. Oleh itu , kita sebagai seorang muslim dan sebagai seorang pelajar
yang prihatin terhadap diri sendiri dan saying akan kesihatan perlulah mempunyai kekuatan
diri dan keimaman yang tinggi dan perlulah bijak memilih rakan yang baik ketika berada di
IPT atau dimana sahaja .ini kerana ,jika tersilap memilih kawan maka buruklah padahnya. Ini

juga kerana allah mengharamkan hambanya untuk mengambil barang yang boleh
memudaratkan diri kerana dalam islam kita di ajar supaya tidak memudaratkan diri sendiri.

SUMBER RUJUKAN

https://www.academia.edu/2823344 9/PENY ALAH GUNAAN_D ADAH_DIKALAN GAN_RE MAJ A_D ARI_S
UDUT_PSIKOLOGI
https://www.academia.edu/10360645/2_0_FAKTOR_FAKTOR_PENYALAHGUNAAN_DADAH
https://ipsas.upm.edu.my/ dokume n/IISS_07 0_Si ti_Haja r.pdf
Siti Hajar Razali, Hanina Halimatisaadiah Hamsan. (2010). Penyalahgunaan bahan dalam kalangan
belia di Malaysia. Universiti Putera Malaysia.


Click to View FlipBook Version