(2) Timbalan Ketua
(a) Membantu tugas-tugas Ketua Dewan
Muslimat PAS Negeri.
(b) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat
Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa
Harian Dewan Muslimat PAS Negeri apabila
Ketua Dewan berhalangan atau tidak hadir.
(c) Menggantikan Ketua sebagai Ahli
Perhubungan PAS Negeri dan Ahli
Jawatankuasa Harian PAS Negeri jika Ketua
dilucutkan jawatannya mengikut Fasal
40(16) Perlembagaan ini.
(3) Naib Ketua
(a) Membantu tugas-tugas Ketua dan Timbalan
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri.
(b) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat
Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa
Harian Dewan Muslimat PAS Negeri apabila
Ketua dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat
PAS Negeri berhalangan atau tidak hadir.
(4) Setiausaha
(a) Bertanggungjawab secara langsung kepada
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri dan
mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan
Muslimat PAS Negeri.
151
(b) Bertanggungjawab atas kesempurnaan dan
perlaksanaan pentadbiran Pejabat Dewan
Muslimat PAS Negeri dan pengambilan
kakitangannya dengan persetujuan
mesyuarat Jawatankuasa Harian Dewan
Muslimat PAS Negeri.
(c) Bertanggungjawab atas kesempurnaan
semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan
Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS
Negeri.
(5) Penolong Setiausaha
(a) Bertanggungjawab kepada Setiausaha
Dewan Muslimat PAS Negeri.
(b) Membantu tugas-tugas Setiausaha dalam
urusan pentadbiran Pejabat Dewan
Muslimat PAS Negeri.
(6) Bendahari
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan
kewangan Dewan Muslimat PAS Negeri.
(b) Bertanggungjawab menyediakan penyata
tahunan kewangan untuk diperiksa oleh
Pemeriksa Kira-Kira Dewan Muslimat PAS
Negeri dan membentangkan penyata itu
kepada Muktamar Tahunan Dewan
Muslimat PAS Negeri.
(c) Menyediakan rancangan-rancangan untuk
mengukuhkan kedudukan kewangan Dewan
Muslimat PAS Negeri.
152
(7) Ketua Penerangan
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan
kegiatan dakwah dan penerangan Muslimat
PAS dalam negerinya.
(b) Menyedia, menyusun dan menyelaraskan
program dan kegiatan penerangan Muslimat
PAS Negeri.
(c) Bertanggungjawab melaporkan kepada
Ketua dan Jawatankuasa Kerja Dewan
Muslimat PAS Negeri atas segala tindakan
dan usaha yang dijalankan berhubung
dengan kegiatan dakwah dan penerangan.
(8) Pengarah Pilihan Raya Muslimat
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan
seluruh urusan pilihan raya Dewan Muslimat
PAS Negeri.
(b) Menyedia, menyusun dan menyelaraskan
aktiviti-aktiviti pilihan raya Dewan Muslimat
PAS Negeri.
(c) Bertanggungjawab melaporkan kepada
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri dan
Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS
Negeri atas segala usaha dan tindakan
berhubung dengan kegiatan pilihan raya.
(9) Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja
(a) Menyatukan tenaga dan kegiatan Muslimat
PAS Negeri.
153
(b) Menyelaras gerakan dan pentadbiran
Dewan Muslimat PAS Kawasan-kawasan
dengan kerjasama Badan Perhubungan
PAS Negeri.
(c) Meluaskan pengaruh PAS di kalangan
wanita-wanita Islam melalui kegiatan-
kegiatan kewanitaan sambil membentuk dan
memupuk keperibadian mereka supaya
menjadi muslimat yang bertanggungjawab
kepada agama dan negara serta
meyakinkan mereka kepada cita-cita Islam
yang diperjuangkan oleh PAS.
(d) Menubuhkan Dewan Muslimat PAS
Kawasan dengan kerjasama Dewan
Muslimat PAS Pusat, Badan Perhubungan
PAS Negeri dan PAS Kawasan.
(e) Membentuk lajnah-lajnah yang difikirkan
perlu dan melantik ahli-ahlinya di dalam dan
dengan persetujuan mesyuarat
Jawatankuasa Kerja Dewan itu.
FASAL 71. Dewan Muslimat PAS Kawasan
(1) Sebuah Dewan Muslimat PAS Kawasan
bolehlah ditubuhkan oleh Dewan Muslimat PAS
Negeri dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS
Pusat, Perhubungan PAS Negeri dan PAS
Kawasan dalam sebuah Kawasan PAS atau
Kawasan Parlimen dengan syarat telah sedia
ada tidak kurang daripada lima puluh orang
Muslimat ahli PAS di dalam Kawasan itu.
(2) Pejabat bagi Dewan Muslimat PAS Kawasan itu
ialah sepertimana yang telah disebutkan di
dalam Fasal 39(3) Perlembagaan ini.
154
(3) Sebuah buku daftar ahli bagi Dewan Muslimat
PAS Kawasan yang dicatatkan di dalamnya,
Nama, Nombor Kad Pengenalan, Alamat,
Pekerjaan dan Nombor Sijil Keahliannya dalam
PAS hendaklah disedia dan disimpan oleh
Setiausaha di Pejabat Dewan Muslimat
Kawasan itu.
FASAL 72. Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS
Kawasan
(1) Dewan Muslimat PAS Kawasan hendaklah
mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya
sekali dalam setahun sebelum daripada
berlangsungnya Mesyuarat Agung PAS
Kawasan dan Muktamar Dewan Muslimat PAS
Negeri, atau pada bila-bila masa yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat
Kawasan itu. Satu notis hendaklah dihantar
kepada ahli tidak kurang 14 hari daripada tarikh
mesyuarat agung hendak diadakan.
(2) Mesyuarat Agung Khas Dewan Muslimat PAS
Kawasan bolehlah diadakan beberapa kali
dalam setahun sekiranya dikehendaki oleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan atau
dengan permintaan bersurat daripada sekurang-
kurangnya satu pertiga daripada Ahli
Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS
Kawasan atau satu pertiga daripada
Jawatankuasa Kerja Muslimat PAS Cawangan
dalam Kawasan itu. Maka Mesyuarat Agung
Khas ini tidaklah boleh dibincangkan apa-apa
perkara selain daripada perkara yang kerananya
Mesyuarat Agung Khas itu diadakan.
155
(3) Ahli bagi Mesyuarat Agung Tahunan/Khas
Dewan Muslimat PAS Kawasan itu ialah:
(a) Pengerusi Tetap dan Timbalannya.
(b) Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS
Kawasan.
(c) Ketua dan Setiausaha Jawatankuasa
Muslimat PAS Cawangan-Cawangan.
(d) Tidak lebih dari lima orang Muslimat PAS
Cawangan yang dilantik di dalam dan
dengan persetujuan mesyuarat
Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan-
cawangan.
(4) Cukup bilang bagi menjalankan Mesyuarat
Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan itu ialah
satu perdua daripada ahli-ahlinya yang di atas
hadir.
(5) Pengerusi bagi Mesyuarat Agung Dewan
Muslimat PAS Kawasan itu ialah Pengerusi
Tetap atau Timbalannya yang dipilih pada tiap-
tiap dua tahun sekali atau pada mana-mana
Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat
PAS Kawasan yang ada pemilihan.
(6) Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS
Kawasan berkuasa mengangkat tidak lebih tiga
orang wakil ke Muktamar Tahunan Dewan
Muslimat PAS Pusat dan tidak lebih tujuh wakil
ke Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS
Negeri.
156
FASAL 73. Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS
Kawasan
(1) Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS
Kawasan itu adalah terdiri dari:
(a) Seorang Ketua
(b) Seorang Timbalan Ketua
(c) Seorang Naib Ketua
(d) Seorang Setiausaha
(e) Tidak lebih tiga orang Penolong Setiausaha
(f) Seorang Bendahari
(g) Seorang Ketua Penerangan
(h) Seorang Pengarah Pilihan Raya Muslimat,
dan
(i) Dua belas orang Jawatankuasa Biasa.
(2) Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua dan lapan
orang daripada Ahli Jawatankuasa yang
disebutkan dalam Ceraian (1)(i) Fasal ini
hendaklah dipilih dan dilantik oleh Mesyuarat
Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan
itu daripada Muslimat-Muslimat PAS kawasan itu
pada tiap-tiap dua tahun sekali atau pada mana-
mana Mesyuarat Agung Tahunan yang ada
pemilihan.
157
(3) Setiausaha, Penolong-penolong Setiausaha,
Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihan
Raya Muslimat dan empat orang lagi
Jawatankuasa yang disebutkan dalam Ceraian
(1)(i) Fasal ini hendaklah dilantik oleh Ketua di
dalam dan dengan persetujuan mesyuarat
Jawatankuasa Kerja Dewan itu daripada
Muslimat-Muslimat PAS dalam Kawasan itu, dan
akan memegang jawatan itu selama dua tahun
atau sehingga kepada Mesyuarat Agung
Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan yang
akan datang yang ada pemilihannya, atau
sehingga ia berhenti atau diberhentikan dengan
apa-apa sebab jua pun.
(4) Jika sekiranya Ketua Dewan Muslimat PAS
Kawasan itu berhenti atau diberhentikan dengan
apa-apa jua sebab sekalipun, maka Timbalan
Ketuanya hendaklah memangku jawatan itu
sehingga kepada Mesyuarat Agung yang akan
datang yang ada pemilihannya. Dan jika kedua-
duanya berhenti atau diberhentikan dengan apa-
apa jua sebab pun maka Naib Ketuanya
hendaklah dilantik memangku jawatan ketuanya
dan seorang daripada Jawatankuasa Kerja
Dewan Muslimat PAS Kawasan hendaklah
dilantik memangku Jawatan Timbalan Ketua
Dewan itu dan seorang dilantik memangku
Jawatan Naib Ketua Dewan itu di dalam dan
dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa
Dewan Muslimat PAS Kawasan sehingga
kepada Mesyuarat Agung yang akan datang,
dan jika Naib Ketuanya juga berhenti atau
diberhentikan maka seorang daripada
Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS
Kawasan hendaklah dilantik memangku Jawatan
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan dan
seorang dilantik memangku Jawatan Timbalan
158
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan dan
seorang dilantik memangku Jawatan Naib Ketua
Dewan Muslimat PAS Kawasan di dalam dan
dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa
Kerja Dewan Muslimat PAS Kawasan sehingga
kepada Mesyuarat Agung yang akan datang
yang ada pemilihannya.
(5) Adapun tempat yang dikosongkan oleh tiga
orang Jawatankuasa itu bolehlah dilantik
pengganti daripada mana-mana Muslimat PAS
Kawasan itu oleh Mesyuarat Jawatankuasa
Dewan itu.
(6) Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS
Kawasan hendaklah mengadakan mesyuaratnya
tidak kurang daripada tiga kali dalam setahun,
atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh
Ketua atau dengan permintaan bersurat
daripada tidak kurang dari satu pertiga daripada
jumlah Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Dewan itu.
(7) Cukup bilang bagi menjalankan mesyuarat
Jawatankuasa Kerja Dewan itu ialah satu perdua
daripada ahli-ahlinya hadir dan cukup bilang bagi
mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Harian
itu ialah lima orang daripada ahli-ahlinya hadir.
(8) Adapun seseorang Ahli Jawatankuasa Kerja
Dewan Muslimat PAS Kawasan itu bolehlah
dilucutkan jawatannya dengan persetujuan
mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan jika
gagal hadir mesyuarat sebanyak tiga kali
berturut-turut tanpa sebarang makluman kepada
Setiausaha Dewan itu.
159
(9) Ketua, atau Timbalan Ketua, jika dia
berhalangan hendaklah mempengerusikan
semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan
Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS
Kawasan.
(10) Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan dengan
sendirinya menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Kawasan. Jika Ketua Dewan Muslimat itu
berhalangan atau apa-apa jua sebab yang ia
tidak dapat hadir dalam mana-mana mesyuarat
Kawasan, maka Timbalannya boleh diwakilkan
secara bersurat untuk hadir di dalam mesyuarat-
mesyuarat itu.
(11) Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Setiausaha,
Penolong-penolong Setiausaha, Bendahari,
Ketua Penerangan dan Pengarah Pilihan Raya
Muslimat Dewan itu dengan sendirinya menjadi
Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS
Kawasan.
(12) Adapun Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat
PAS Kawasan mempunyai tugas-tugas berikut:
(a) Bertanggungjawab ke atas kesempurnaan
pentadbiran dan perjalanan Dewan Muslimat
PAS Kawasan dan urusan-urusan biasa
Dewan ini.
(b) Menimbangkan sesuatu perkara yang
mustahak dan terpaksa disegerakan.
(c) Mengadakan hubungan dan diplomasi
dengan pelbagai pihak di peringkat Dewan
ini selagi tidak bertentangan dengan dasar-
dasar parti.
160
(d) Melaksanakan tugas-tugas tertentu yang
diperturunkan kepadanya oleh mesyuarat
Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS
Kawasan.
(e) Semua keputusan dan tindakan yang dibuat
oleh jawatankuasa ini mengikut Pecahan
(a), (b) dan (c) Ceraian ini hendaklah
dimaklum dan disahkan oleh Jawatankuasa
Kerja Dewan Muslimat PAS Kawasan.
FASAL 74. Tugas-tugas Dewan Muslimat PAS Kawasan
(1) Ketua
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan
perjalanan pentadbiran gerakan dan
kegiatan Dewan Muslimat PAS dalam
Kawasannya.
(b) Mengambil segala langkah yang perlu bagi
menjaga dan memelihara perpaduan
persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli
Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS
Kawasan dalam menjalankan tugas masing-
masing.
(c) Melantik Setiausaha, Penolong-penolong
Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan,
Pengarah Pilihan Raya Muslimat dan Ahli-
ahli Jawatankuasa kerja yang dilantik
menurut peruntukan Perlembagaan ini
dengan persetujuan mesyuarat
Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS
Kawasan.
161
(d) Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-
mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan
Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS
Kawasan.
(2) Timbalan Ketua
(a) Membantu tugas-tugas Ketua Dewan
Muslimat PAS Kawasan.
(b) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat
Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa
Harian Dewan Muslimat PAS Kawasan
apabila Ketua Dewan berhalangan atau
tidak hadir.
(3) Naib Ketua
(a) Membantu tugas-tugas Ketua dan Timbalan
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan.
(b) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat
Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa
Harian Dewan Muslimat PAS Kawasan
apabila Ketua atau Timbalan Ketua Dewan
itu berhalangan atau tidak hadir.
(4) Setiausaha
(a) Bertanggungjawab secara langsung kepada
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan dan
mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan
Muslimat PAS Kawasan.
162
(b) Bertanggungjawab atas kesempurnaan dan
perlaksanaan pentadbiran Pejabat Dewan
Muslimat PAS Kawasan dan pengambilan
kakitangan dengan persetujuan mesyuarat
Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS
Kawasan.
(c) Bertanggungjawab atas kesempurnaan
semua mesyuarat Jawatankusa Kerja dan
Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS
Kawasan.
(5) Penolong Setiausaha
(a) Bertanggungjawab kepada Setiausaha
Dewan Muslimat PAS Kawasan.
(b) Membantu tugas-tugas Setiausaha dalam
urusan pentadbiran Pejabat Dewan
Muslimat PAS Kawasan.
(6) Bendahari
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan
kewangan Dewan Muslimat PAS Kawasan.
(b) Bertanggungjawab menyediakan penyata
tahunan kewangan untuk diperiksa oleh
Pemeriksa Kira-Kira Dewan dan
membentangkan penyata itu kepada
Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat
PAS Kawasan.
(c) Menyediakan rancangan-rancangan untuk
mengukuhkan kedudukan kewangan Dewan
Muslimat PAS Kawasan.
163
(7) Ketua Penerangan
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan
kegiatan dakwah dan penerangan Muslimat
PAS dalam kawasannya.
(b) Menyedia, menyusun dan menyelaraskan
program dan kegiatan penerangan Muslimat
PAS Kawasan.
(c) Bertanggungjawab melaporkan kepada
Ketua dan Jawatankuasa Kerja Dewan
Muslimat PAS Kawasan atas segala
tindakan dan usaha yang dijalankan
berhubung dengan kegiatan dakwah dan
penerangan.
(8) Pengarah Pilihan Raya Muslimat
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan
seluruh urusan pilihan raya Dewan Muslimat
PAS Kawasan.
(b) Menyedia, menyusun dan menyelaraskan
aktiviti-aktiviti pilihan raya Dewan Muslimat
PAS Kawasan.
(c) Bertanggungjawab melaporkan kepada
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan dan
Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS
Kawasan atas segala usaha dan tindakan
berhubung dengan kegiatan pilihan raya.
164
(9) Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja
(a) Menyelaraskan pentadbiran dan kegiatan
Jawatankuasa Muslimat cawangan dengan
kerjasama PAS Cawangan dan Kawasan.
(b) Meluaskan pengaruh PAS dalam kawasan
itu melalui kegiatan-kegiatan kewanitaan
sambil berusaha membimbing dan
memimpin wanita-wanita Islam di kawasan
itu ke arah cita-cita Islam yang
diperjuangkan oleh PAS.
(c) Membentuk lajnah-lajnah yang difikirkan
perlu dan melantik ahli-ahlinya di dalam dan
dengan persetujuan mesyuarat
Jawatankuasa Kerja Dewan itu.
(d) Mengangkat wakil ke Muktamar Khas
Dewan Muslimat PAS Pusat dan/atau
Muktamar Khas Dewan Muslimat PAS
Negeri jika wakil yang diangkat oleh
Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat
PAS Kawasan tidak lagi menjadi wakil
mengikut Fasal 19(7) Perlembagaan ini.
BAB YANG KESEBELAS
KEWANGAN DAN PEMEGANG AMANAH
FASAL 75. Sumber-sumber Kewangan
(1) Adapun sumber-sumber kewangan PAS ialah
dari :
165
(a) Bayaran permulaan masuk menjadi ahli.
(b) Yuran tahunan ahli
(c) Derma-derma dan wakaf
(d) Lain-lain pendapatan yang halal pada sisi
undang-undang negara dan tidak
berlawanan dengan hukum-hukum dan
ajaran Islam serta tidak merugikan
perjuangan PAS.
(2) Bayaran permulaan masuk menjadi ahli
(a) Seseorang ahli PAS itu hendaklah
membayar kepada PAS melalui Cawangan
dan/atau Kawasan PAS atau terus ke
Pejabat Agung suatu bayaran masuk
menjadi ahli sebanyak RM 2.00 atau
sebanyak mana yang ditetapkan oleh
mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
dari masa ke semasa, dengan syarat
mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan
terlebih dahulu.
(b) Empat puluh peratus wang bayaran masuk
menjadi ahli itu adalah terserah kepada
penggunaan Pejabat Agung PAS, dua puluh
peratus kepada Badan Perhubungan PAS
Negeri, dua puluh peratus kepada PAS
Kawasan dan dua puluh peratus yang baki
itu adalah kepada PAS Cawangan.
(3) (a) Tiap-tiap ahli PAS hendaklah membayar
yuran tahunannya sebanyak RM3.00 atau
yuran sekaligus untuk seumur hidupnya
sebanyak RM100.00 kepada PAS Kawasan-
kawasan melalui Cawangan-cawangan atau
166
terus kepada PAS Kawasan atau Pejabat
Agung sebanyak mana yang ditetapkan oleh
mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
sebelum Mesyuarat Agung PAS Cawangan
atau Kawasannya atau sebelum Muktamar
Tahunan PAS jika ianya dibayar terus ke
Pejabat Agung PAS.
(b) Tiap-tiap ahli PAS yang membayar yuran
sekaligus untuk seumur hidup tidak lagi
perlu membayar yuran tahunan.
(c) Ahli-ahli yang berdaftar terus hendaklah
membayar terus yuran tahunannya kepada
Pejabat Agung PAS.
(d) PAS Kawasan hendaklah membayar yuran
tetap tahunan (yuran tetap PAS Kawasan)
kepada Pejabat Agung PAS mengikut
jumlah ahli yang ada di dalam kawasannya
bagi tahun itu sebanyak lima puluh peratus
daripada jumlah yuran tahunan yang
ditetapkan bagi tiap-tiap ahli. Badan
Perhubungan PAS Negeri adalah berhak
mendapat peruntukan yuran tetap tahunan
PAS Kawasan yang berbayar kepada
Pejabat Agung itu sebanyak sepuluh
peratus.
(e) Cawangan-cawangan adalah berhak
mendapat peruntukan wang yuran tahunan
ahli-ahli cawangannya daripada kawasan-
kawasan sebanyak dua puluh peratus.
(f) Tiap-tiap seorang yang menjadi ahli PAS
hendaklah menjelaskan segala yuran-
yurannya sebelum penghujung tahun
kewangan PAS.
167
(g) Yuran sekaligus yang dibayar oleh seorang
ahli PAS hendaklah diperuntukan sebanyak
empat puluh peratus kepada Pejabat Agung
PAS, sepuluh peratus kepada Badan
Perhubungan PAS Negeri, tiga puluh
peratus kepada PAS Kawasan dan dua
puluh peratus kepada PAS Cawangan.
FASAL 76. Peraturan Kewangan
(1) Adapun tahun kewangan PAS itu ialah dari 1hb
Januari hingga 31hb Disember pada tiap-tiap
tahun.
(2) Hendaklah diadakan sebuah Jawatankuasa
Kecil yang dinamakan Jawatankuasa Kewangan:
(a) Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari
PAS Pusat hendaklah dengan sendirinya
menjadi ahli Jawatankuasa Kewangan itu
dengan Presiden sebagai Pengerusinya.
(b) Jawatankuasa Kewangan itu hendaklah
bertanggungjawab bagi menyediakan
rancangan-rancangan bagi memperbaiki,
menambah dan meneguhkan kewangan
PAS dari masa ke semasa dan menentukan
langkah-langkah yang perlu diambil bagi
perlaksanaan dan kejayaannya.
(c) Jawatankuasa Kewangan itu hendaklah
bertanggungjawab atas penyediaan
sebarang penyata kewangan untuk
dibentang dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Kerja PAS Pusat bagi disahkan, setelah
diperiksa oleh pemeriksa Kira-kira.
168
(d) Jawatankuasa ini adalah berkuasa
meluluskan tiap-tiap perbelanjaan yang tidak
melebihi daripada RM 30,000.00. Adapun
tiap-tiap perbelanjaan yang melebihi
daripada RM 30,000.00, maka ia hendaklah
diluluskan mengikut kehendak-kehendak
terkandung dalam Fasal 76(6).
(3) Kuasa Menandatangani Cek
(a) Wang Pejabat Agung hendaklah disimpan
dalam mana-mana bank yang ada
mengamalkan sistem perbankan Islam yang
dipersetujui mesyuarat Jawatankuasa
Harian PAS Pusat. Presiden, Setiausaha
Agung dan Bendahari PAS Pusat adalah
berkuasa menandatangani cek-cek Pejabat
Agung. Tandatangan dua orang dari
pegawai ini adalah sah dengan syarat
seorang daripadanya ialah Bendahari PAS
Pusat.
(b) Wang Perhubungan PAS Negeri bolehlah
disimpan di dalam mana-mana bank yang
ada mengamalkan sistem perbankan Islam
yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Harian
PAS Negeri. Pesuruhjaya atau seorang
Timbalannya, mengikut mana yang
dipersetujui oleh Jawatankuasa
Perhubungan, Setiausaha Perhubungan dan
Bendahari Perhubungan adalah berkuasa
menandatangani cek-cek Perhubungan
Negeri, tandatangan dua orang dari pegawai
ini adalah sah dengan syarat seorang
daripadanya ialah Bendahari Perhubungan.
169
(c) Adapun berkenaan dengan wang PAS
Kawasan-kawasan, Cawangan-cawangan,
Dewan-dewan „Ulamak Pemuda dan
Muslimat PAS Pusat, Negeri dan Kawasan
hendaklah disimpan di mana-mana bank
yang ada mengamalkan sistem perbankan
Islam yang dipersetujui oleh Jawatankuasa
Kerja masing-masing, demikian juga
berkenaan dengan kuasa menandatangani
cek-cek masing-masing adalah sama
kaedahnya dengan Ceraian (3)(a) dan (3)(b)
Fasal ini mengikut mana yang sesuai.
(4) Wang Tunai Di Tangan
(a) Bendahari PAS Pusat dibenarkan
menyimpan wang tunai di tangan tidak lebih
dari RM 1,000.00. Bendahari Perhubungan
Negeri, Dewan-dewan „Ulamak, Pemuda
dan Muslimat PAS Pusat dan Negeri
masing-masing dibenarkan menyimpan
wang tunai di tangan tidak lebih dari
RM500.00. Segala perbelanjaan yang lebih
dari itu hendaklah terlebih dahulu mendapat
kelulusan daripada Jawatankusa Harian
masing-masing.
(b) Bendahari PAS Kawasan, bendahari
Dewan-dewan Pemuda dan Muslimat PAS
Kawasan dibenarkan menyimpan wang
tunai di tangan tidak lebih dari RM300.00.
Sebarang perbelanjaan yang lebih dari itu
hendaklah mendapat kelulusan daripada
Jawatankuasa Kerja masing-masing.
(c) Bendahari PAS Cawangan dibenarkan
menyimpan wang tunai di tangan tidak lebih
dari RM200.00 dan segala perbelanjaan
170
yang lebih dari itu hendaklah mendapat
kelulusan daripada Jawatankuasa Kerja
PAS Cawangan itu.
(d) Setiausaha Agung, Setiausaha Badan
Perhubungan PAS Negeri, Setiausaha
Dewan-dewan „Ulamak, Pemuda dan
Muslimat PAS Pusat dan Negeri dibenarkan
menyimpan wang tunai di tangan tidak lebih
dari RM500.00 untuk perbelanjaan yang
tidak ditetapkan.
(e) Setiausaha PAS Kawasan, Setiausaha
Dewan-dewan Pemuda dan Muslimat PAS
Kawasan dibenar menyimpan wang tunai di
tangan tidak lebih dari RM300.00 untuk
perbelanjaan yang tidak ditetapkan.
(f) Setiausaha PAS Cawangan dibenarkan
menyimpan wang tunai di tangannya tidak
lebih dari RM200.00 untuk perbelanjaan
yang tidak ditetapkan.
(5) Bendahari PAS Pusat sahaja yang berhak
menerima sebarang wang PAS yang melalui
Pejabat Agung dan mengeluarkan resit
kerananya, jika ketiadaan Bendahari PAS Pusat,
maka Setiausaha Agung atau mana-mana orang
yang diberi kuasa dengan bersurat olehnya
boleh menggantikannya bagi pihaknya.
Demikianlah juga dengan sebarang wang yang
dibayar kepada Badan Perhubungan PAS
Negeri, PAS Kawasan, PAS Cawangan, Dewan-
dewan „Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS
Pusat, Negeri dan Kawasan yang berhak
menerima dan mengeluarkan resit kerananya
ialah Bendahari-bendahari masing-masing. Dan
jika ketiadaan Bendahari-bendahari itu, maka
171
Setiausaha-setiausaha atau mana-mana orang
yang diberi kuasa dengan bersurat olehnya
bolehlah menggantikan bagi pihaknya.
(6) Selain dari kuasa-kuasa penyimpanan wang
tunai seperti dalam Fasal 76(4)(a),(b),(c),(d),(e)
dan (f), kecuali bagi PAS Cawangan, setiap
perbelanjaan yang lebih RM30,000.00
hendaklah mendapat kelulusan dari
Jawatankuasa Kerja masing-masing. Bagi PAS
Cawangan, setiap perbelanjaan melebihi
RM5,000.00 hendaklah mendapat kelulusan
daripada Jawatankuasa Kerjanya.
FASAL 77. Tuntutan
Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja PAS berhak
memajukan sebarang tuntutan kewangan dan
sebagainya kepada sesiapa juapun yang berhak
dengan PAS dengan apa jua cara yang munasabah.
FASAL 78. Memegang Amanah
(1) PAS bolehlah memiliki harta benda seperti
tanah, rumah, bangunan dan lain-lain harta.
Kecuali wang tunai di tangan atau disimpan di
bank, hendaklah dipegang oleh Pemegang
Amanah yang terdiri daripada tidak lebih dari
lima orang bagi peringkat Pusat dan bagi
peringkat Negeri hendaklah dilantik tidak lebih
dari lima orang sebagai Pemegang Amanah.
Bagi PAS Kawasan, tidak lebih empat orang
boleh dilantik sebagai Pemegang Amanah.
(2) Pemegang Amanah PAS Pusat hendaklah
dilantik daripada ahli-ahli PAS oleh mesyuarat
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pemegang
Amanah PAS Negeri hendaklah dilantik daripada
172
ahli-ahli PAS dalam negeri itu oleh mesyuarat
Badan Perhubungan PAS Negeri itu, Pemegang
Amanah PAS Kawasan hendaklah dilantik oleh
mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan
itu dari kalangan ahli-ahli PAS dalam kawasan
berkenaan.
(3) Seseorang Pemegang Amanah itu hendaklah
memegang jawatannya sehingga ia meminta
berhenti atau diberhentikan oleh Jawatankuasa
Kerja PAS Pusat atau Muktamar Tahunan PAS
atau mesyuarat Perhubungan PAS Negeri bagi
sesebuah negeri, atau mesyuarat Jawatankuasa
Kerja PAS Kawasan bagi sesebuah kawasan
dengan apa-apa sebab sekalipun. Maka
keberhentian orang yang menjadi Pemegang
Amanah itu hendaklah dimaklumkan kepada
mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang
diadakan kemudian daripada keberhentian itu
supaya diangkat gantinya, dan bagi peringkat
negeri hendaklah dimaklumkan kepada
mesyuarat Perhubungan PAS Negeri supaya
diangkat gantinya, dan bagi peringkat kawasan
hendaklah dimaklumkan kepada mesyuarat
Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan supaya
diangkat gantinya.
(4) Semua harta-harta tak alih, yang dimiliki oleh
PAS, Dewan-dewan „Ulamak, Pemuda dan
Muslimat PAS Pusat hendaklah dipegang oleh
Pemegang Amanah PAS Pusat. Adapun harta-
harta tak alih, yang dimiliki oleh Badan
Perhubungan PAS Negeri, Dewan-dewan
„Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS Negeri,
maka hendaklah dipegang di bawah kuasa
pemegang Amanah PAS Negeri, manakala harta
tak alih yang dimiliki oleh PAS Kawasan, Dewan-
dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan
173
dan Cawangan-cawangan PAS dalam Kawasan
itu, maka hendaklah dipegang di bawah kuasa
Pemegang Amanah PAS Kawasan itu.
FASAL 79. Pemeriksa Kira-Kira
(1) Tidak kurang dua orang Pemeriksa Kira-Kira
PAS Pusat itu hendaklah dipilih dan dilantik akan
dia di dalam Muktamar Tahunan PAS Pusat
pada tiap-tiap dua tahun sekali atau mana-mana
Muktamar Tahunannya yang ada pemilihan.
(2) Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bolehlah
memilih dan melantik mana-mana Juruaudit
bertauliah menjadi Pemeriksa Kira-Kira luar bagi
Pejabat Agung.
(3) Tidak kurang daripada dua orang hendaklah
dipilih dan dilantik oleh Mesyuarat Badan
Perhubungan PAS Negeri bagi menjadi
Pemeriksa Kira-Kira Badan Perhubungan PAS
Negeri itu.
(4) Tidak kurang daripada dua orang hendaklah
dipilih dan dilantik oleh Mesyuarat Agung
Tahunan PAS Kawasan bagi menjadi Pemeriksa
Kira-Kira PAS Kawasan itu.
(5) Tidak kurang daripada dua orang hendaklah
dipilih dan dilantik oleh Mesyuarat Agung PAS
Cawangan bagi menjadi Pemeriksa Kira-Kira
PAS Cawangan itu.
(6) Tidak kurang daripada dua orang hendaklah
dipilih dan dilantik oleh Muktamar Dewan-dewan
„Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS Pusat dan
174
Negeri bagi menjadi Pemeriksa Kira-Kira Dewan-
dewan itu di peringkat Pusat dan Negeri.
(7) Tidak kurang daripada dua orang hendaklah
juga dipilih dan dilantik oleh Mesyuarat Agung
Tahunan Dewan Pemuda dan Muslimat PAS
Kawasan bagi menjadi Pemeriksa Kira-Kira
Dewan-Dewan itu.
(8) Semua pemilihan dan perlantikan yang
disebutkan dalam Ceraian (3) hingga (7) di atas
hendaklah dibuat pada tiap-tiap dua tahun
sekali.
(9) Seorang Pemeriksa Kira-Kira tidaklah boleh
menjawat jawatan lain dalam peringkat PAS
yang memilih dan melantiknya. Sekiranya ia
menerima berhenti atau diberhentikan atas apa-
apa jua sebab sekalipun, maka hendaklah
diangkat gantinya oleh mesyuarat Jawatankuasa
Kerja di peringkat PAS yang memilih dan
melantik akan dia.
(10) Adapun bagi Perhubungan PAS Negeri, PAS
Kawasan, Dewan-dewan „Ulamak, Pemuda dan
Muslimat PAS Pusat dan Negeri bolehlah,
dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa
Harian bagi Perhubungan PAS Negeri dan
Jawatankuasa Kerja bagi lain-lain, memilih dan
melantik mana-mana Juruaudit bertauliah
menjadi Pemeriksa Kira-Kira luarnya masing-
masing.
175
BAB YANG KEDUA BELAS
LAIN-LAIN HAL
FASAL 80. Bendera PAS
(1) Adapun Bendera PAS ialah berwarna merah
terletak di atas warna putih yang sama lebarnya
(merah-putih) dan di pangkalnya sebelah atas
terletak bulatan hijau.
(2) Ukuran Bendera PAS itu ialah sebesar 5 X 7
sama ada dengan ukuran inci atau kaki atau
lain-lain.
(3) Bendera PAS bolehlah digunakan dalam setiap
perayaan/perjumpaan yang dianjurkan oleh PAS
atau sebarang perayaan yang disertai oleh PAS.
(4) Bendera PAS bolehlah digunakan sebagai latar
belakang dalam setiap majlis-majlis anjuran
PAS.
(5) Bendera PAS bolehlah digunakan pada pejabat-
pejabat PAS, rumah-rumah ahli PAS dan pada
kenderaan ahli-ahli PAS pada semua peringkat.
(6) Bendera PAS bolehlah digunakan pada masa-
masa pilihan raya.
FASAL 81. Lambang PAS
Adapun Lambang atau Simbol PAS untuk pilihan
raya ialah Bulatan Putih dengan berlatar belakang
warna hijau, dan dalam keadaan tertentu latar
belakang boleh juga digunakan warna hitam dengan
memakai ukuran 3 X 4 iaitu 3 lintang dan 4 bujur atau
segi empat sama dalam apa-apa ukuran, atau apa-
176
apa simbol yang dipersetujui oleh Jawatankuasa
Kerja PAS Pusat dan diluluskan oleh Pendaftaran
Pertubuhan serta Suruhanjaya Pilihan Raya.
FASAL 82. Tatatertib PAS
(1) Semua ahli-ahli PAS hendaklah
(a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan
ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS
(b) Taat dan patuh kepada Perlembagaan Parti
serta Aturan dan Peraturannya.
(c) Taat dan patuh kepada arahan-arahan dan
perintah-perintah Parti.
(d) Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang
ditugaskan oleh Parti sedaya upaya yang
boleh.
(e) Menjaga dengan cermatnya segala rahsia-
rahsia Parti.
(f) Mengamal akhlak Islam.
(g) Mengawal diri supaya tidak melakukan
sebarang tindakan yang menyalahi atau
merugikan kepentingan Parti.
(h) Menerima PAS sebagai satu-satunya wadah
perjuangan Islam bagi dirinya di dalam
negara ini.
(2) Sebuah Jawatankuasa Tatatertib hendaklah
ditubuhkan di peringkat pusat. Adapun
Perhubungan Negeri, Kawasan-kawasan,
Cawangan-cawangan dan Dewan-dewan
bolehlah melaporkan apa-apa tindakan dan
177
perbuatan ahli-ahli yang didapati melanggar
tatatertib parti kepada Setiausaha Agung atau
Pejabat Agung untuk tindakan sewajarnya oleh
Jawatankuasa Tatatertib itu.
(3) Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah terdiri
dari:
(a) Seorang Pengerusi
(b) Seorang Setiausaha, dan
(c) Tiga orang ahli Jawatankuasa
(4) Ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib yang disebut
dalam Ceraian 3(a), (b) dan (c) Fasal ini
hendaklah dari kalangan ahli-ahli PAS yang
berkelayakan pada pandangan Jawatankuasa
Kerja PAS Pusat dan tidak memegang apa-apa
jawatan dalam parti.
(5) Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, menurut kuasa
yang diperuntukan kepadanya dalam Fasal
26(9)(c) Perlembagaan ini adalah diberi kuasa
melantik semua ahli-ahli Jawatankuasa
Tatatertib dari masa ke semasa.
(6) Kuasa Jawatankuasa Tatatertib itu ialah:
(a) Memberi amaran
(b) Melucutkan hak-hak dalam parti
(c) Menggantungkan keahlian
(d) Memecat dari menjadi ahli
178
(7) Jawatankuasa Tatatertib yang mengenakan
tindakan tatatertib mengikut Ceraian (6)(b) dan
(c) Fasal ini hendaklah menetapkan satu tempoh
tertentu mengikut kesesuaian pada pandangan
Jawatankuasa Tatatertib terhadap tindakan
tatatertib yang diambil.
(8) Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan apa-apa
jua cara yang difikirkan munasabah hendaklah
menimbang dan memutuskan rayuan mana-
mana ahli PAS yang telah dikenakan tindakan
tatatertib dan tidak berpuashati dengan
keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa
Tatatertib dengan syarat ahli tersebut hendaklah
mengemukakan rayuannya kepada
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat melalui
Setiausaha Agung dalam tempoh 30 hari
daripada tarikh keputusannya yang dibuat oleh
Jawatankuasa Tatatertib mengikut Ceraian (6)
Fasal ini.
(9) Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam keadaan
tertentu adalah berhak mengambil apa-apa
tindakan tatatertib dengan sendirinya tanpa
menghiraukan Jawatankuasa Tatatertib ke atas
mana-mana ahli PAS yang dianggap melanggar
Ceraian (1) Fasal ini.
FASAL 83. Rayuan Tatatertib
(1) Ahli-ahli PAS yang dikenakan tindakan tatatertib
di bawah Fasal 82 Perlembagaan ini yang tidak
berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa
Tatatertib bolehlah mengemukakan rayuan
bersurat kepada Setiausaha Agung PAS dalam
tempoh 30 hari dari tarikh keputusan
Jawatankuasa Tatatertib untuk dipertimbangkan
oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
179
(2) Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengikut Fasal
26(9)(e) dan 82(8) Perlembagaan ini berkuasa
untuk mendengar semula rayuan tatatertib PAS.
(3) Dengan mengabaikan Ceraian (2) Fasal ini, ahli-
ahli yang dikenakan tindakan mengikut Fasal
82(9) Perlembagaan ini hendaklah
mengemukakan rayuan terus kepada Majlis
Syura „Ulamak dalam tempoh 30 hari.
(4) Ahli-ahli yang tidak berpuas hati dengan
keputusan rayuan yang dibuat oleh
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat boleh membuat
rayuan semula dengan mengemukakan rayuan
secara bertulis kepada Setiausaha Majlis Syura
„Ulamak dalam tempoh 15 hari daripada
keputusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk
dipertimbangkan oleh Majlis Syura „Ulamak.
(5) Majlis Syura „Ulamak adalah berkuasa untuk
mendengar rayuan bagi ahli-ahli yang dikenakan
tindakan mengikut Fasal 82(9) Perlembagaan ini
dan rayuan semula mengikut Ceraian (4) Fasal
ini. Keputusan dan tindakan Majlis Syura
„Ulamak itu adalah muktamad.
FASAL 84. Peraturan Muktamar dan Mesyuarat
(1) Adapun peraturan Muktamar dan Mesyuarat
Agung bagi Muktamar Tahunan dan Mesyuarat
Agung PAS adalah disifatkan seolah-olahnya
menjadi sebahagian daripada Perlembagaan ini
dan mempunyai kekuatan sebagaimana
Perlembagaan juga.
(2) Peraturan Muktamar dan Mesyuarat Agung yang
baru bolehlah diperbuat dan diluluskan oleh
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bila dikehendaki
180
ataupun peraturan-peraturan Muktamar dan
Mesyuarat Agung yang telah ada bolehlah
dipinda atau diubah atau dimansuhkan dengan
satu ketetapan oleh Jawatankuasa Kerja PAS
Pusat.
(3) Sebarang pertikaian atau perselisihan faham
dan pendapat di atas semua Peraturan
Muktamar dan Mesyuarat Agung yang disebut
dalam Fasal ini hendaklah dirujuk kepada Majlis
Syura PAS mengikut Fasal 88(1).
FASAL 85. Aturan dan Peraturan PAS
(1) Adapun sebarang Aturan dan Peraturan bagi
mana-mana organisasi dalam PAS adalah
disifatkan seolah-olah menjadi sebahagian
daripada Perlembagaan ini dan mempunyai
kekuatan sebagaimana Perlembagaan juga.
(2) Apa-apa Aturan dan Peraturan bagi
mengemaskan mana-mana organisasi di semua
peringkat PAS bolehlah diperbuat dan diluluskan
oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan boleh
dipinda atau diubah atau dimansuhkan oleh
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan syarat
ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan ini.
(3) Jawatankuasa Kerja PAS Pusat adalah
berkuasa untuk membuat apa-apa kaedah,
tatacara, prosedur dan lain-lain termasuk
pekeliling yang menjadi arahan amalan, dan ia
hendaklah disifatkan sebagai sebahagian
daripada Aturan dan Peraturan PAS dan boleh
dipinda atau diubah atau dimansuhkan mengikut
kaedah Ceraian (2) Fasal ini.
181
(4) Adapun mana-mana bahagian di dalam mana-
mana Aturan dan Peraturan yang dibuat
mengikut Fasal 84 dan Fasal 85 Perlembagaan
ini yang bertentangan dengan Perlembagaan ini,
maka ia terbatal dengan sendirinya setakat
mana ia bertentangan.
(5) Sebarang pertikaian atau perselisihan faham
dan pendapat di atas semua aturan dan
peraturan yang disebut dalam Fasal ini
hendaklah dirujuk kepada Majlis Syura „Ulamak
mengikut Fasal 88(1).
FASAL 86. Meminda Perlembagaan PAS
(1) Adapun Perlembagaan PAS ini atau sebarang
bahagian daripadanya bolehlah dipinda atau
dibatalkan atau ditambahkan dengan ketetapan
yang dipersetujukan oleh dua pertiga suara yang
hadir dalam Muktamar Tahunan PAS.
(2) Suatu ketetapan yang mengandungi sebarang
syor atau cadangan hendaklah meminda atau
membatalkan atau mengubahkan atau
menambahkan kepada Perlembagaan ini
hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agung
sebagaimana yang disyaratkan di dalam
Peraturan Muktamar PAS.
(3) Sebarang pindaan, perubahan dan sebarang
perkara yang berkait dengan Perlembagaan ini
hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar
Pertubuhan dalam tempoh 60 hari dari tarikh ia
diluluskan oleh Muktamar Tahunan PAS, dan
tidak boleh dijalankan melainkan sesudah
mendapat pengakuan daripada Pejabat
Pendaftar Pertubuhan.
182
FASAL 87. Cara Memansuhkan PAS
(1) PAS ini tidaklah boleh dimansuh atau
dibubarkan melainkan dengan persetujuan tidak
kurang daripada tiga perlima daripada jumlah
bilangan ahli-ahli PAS yang telah menyatakan
persetujuan mereka dengan bersendiri ke dalam
Muktamar yang diadakan kerana maksud
tersebut, atau dengan persetujuan sebulat suara
dari perwakilan yang mewakili tiga perlima
daripada ahli-ahli PAS Kawasan di dalam
Muktamar PAS kerana maksud tersebut.
(2) Jika persetujuan bagi memansuh dan
membubarkan PAS ini dipersetujukan, maka
segala hutang-hutang PAS hendaklah dijelaskan
dan segala wang baki harta-harta dan apa jua
yang berkait dengannya terserahlah kepada
keputusan Muktamar itu.
(3) Kenyataan berkenaan dengan memansuh dan
membubarkan PAS ini hendaklah disampaikan
kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam tempoh
empat belas hari dari tarikh diambil keputusan
itu.
FASAL 88. Lain-lain Perkara
(1) Segala perkara yang berbangkit dan perselisihan
faham dan pendapat di atas tafsiran
Perlembagaan ini, serta Aturan dan Peraturan
yang diperbuat mengikut kuasa-kuasa yang
diperuntukan dalam Perlembagaan ini hendaklah
dirujukkan kepada Majlis Syura „Ulamak dan
sebarang keputusannya adalah muktamad, jika
tidak diubah oleh Muktamar.
183
(2) Majlis Syura „Ulamak adalah berkuasa membuat
sebarang keputusan di atas perkara-perkara
yang tidak diperuntukan dalam Perlembagaan ini
dengan syarat keputusan itu hendaklah tidak
bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS
seperti yang termaktub dalam Perlembagaan ini
dan tertakluk kepada kuasa tertinggi Muktamar.
(3) Sebarang pertikaian dan perselisihan di dalam
PAS, Badan-badan dan organisasi-organisasi
serta Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil/Lajnah-
Lajnah yang dibentuk mengikut peruntukan-
peruntukan Perlembagaan ini tidak boleh dibawa
ke Mahkamah.
(4) PAS boleh mendakwa atau didakwa di atas
nama mana-mana seorang ahlinya yang
diisytiharkan kepada Pendaftar Pertubuhan dan
orang itu didaftarkan oleh PAS sebagai Pegawai
PAS bagi tujuan tersebut, dan, jika sekiranya
tiada orang tersebut didaftarkan, maka ia
menjadi sah bagi mana-mana orang yang
mempunyai tuntutan atau hak ke atas PAS
mengambil tindakan ke atas mana-mana
Jawatankuasa Kerja PAS ketika itu dan
begitulah juga bagi pihak PAS dengan apa jua
cara yang munasabah.
(5) Penasihat, pegawai dan kakitangan yang
menjalankan tugas eksekutif PAS di semua
peringkat hendaklah terdiri dari warganegara
Malaysia.
184
……………………………………………………….
YB DATO’ SERI HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
……………………………………….....................
YB HAJI NASHARUDIN MAT ISA
Timbalan Presiden PAS
……………………………………………………
DATO’ HAJI MUSTAFA ALI
Setiausaha Agung PAS
185