50 yang telah jatuh di kelopak matanya, segera dia menyeka air matanya menggunakan kerudung yang sedang ia kenakan saat itu. 5 bulan sudah berlalu, Laila lulus dengan cemerlang dan tiba saat untuk bergraduasi. Dia sedang berjalan bersama ibunya sambil menyorong kerusi roda ayah. Sahabatnya, Aini menghampirinya. “ ahniah aila, hebat. alau pak ik dan mak ik nak tahu, aila merupakan pela ar emerlang di universiti ini. Ayah Laila tersenyum puas. Dia bersyukur. Anaknya akan membawa kehidupan yang baru dan dapat mencapai apa yang diinginkan. Laila juga bersyukur kerana semua pengorbanan ayahnya terbalas dengan segulung ijazah yang diterimanya. Beliau juga telah ditawarkan kerja dengan gaji yang agak lumayan. Tak sedar air jernih mengalir dari matanya. “Eh, nangis ke? Kata Ain kepada Laila. Laila tersenyum dan ingin rasanya dia berteriak kepada setiap orang bahwa ayahnyalah yang sangat bertanggung awab dan paling hebat.” Kata-kata itu yang selalu menggema di dalam hati Laila sepanjang dia menyaksikan segala pengorbanan ayahnya. Mentari tersenyum riang menyaksikan peristiwa gembira di antara ayah dan anak. Dia menjadi saksi di atas segala pengorbanan yang telah dilakukan. Kini, awan mendung tiada lagi, 2.5 Set Latihan : Menghasilkan Cerpen 1. Hasilkan sebuah cerpen yang mengisahkan tentang taat setia [25] *soalan cerpen adalah berdasarkan tema dan cerita yang terdapat teks KMK 2. Tulis sebuah cerpen yang mengisahkan tentang keagamaan [25] 3. Hasilkan sebuah cerpen yang menarik yang bertemakan sejarah [25] STPM 2013 4. Anda telah dipilih oleh pihak sekolah untuk menyertai pertandingan menulis cerpen di peringkat kebangsaan. Tulis sebuah cerpen yang bertemakan perpaduan kaum [25] STPM 2014 5. Hasilkan sebuah cerpen yang bertemakan pencemaran udara [25] *soalan cerpen adalah berdasarkan cerpen Anak-Anak Yang B “Teks Permata Sastera Melayu” STPM 2016
51 6 Hasilkan sebuah cerpen yang bertemakan budaya setempat [25] STPM 2018 6 Hasilkan sebuah cerpen yang bertemakan kepemimpinan [25] STPM 2021 Penulisan Kreatif - Cerpen Mengikut Tema Yang Ada Pada Sukatan KMK. Tema Mengikut Buku Teks Yang digunakan Keagamaan Patriotisme Taat Setia Kepahlawanan Kepimpinan Cinta Negara Kemanusiaan dan diri Perpaduan Kasih sayang keluarga ayah / ibu / anak / kekasih Sahabat Teks Permata Sastera Melayu Novel Saudagar Basar Dari Kuala Lumpur Sulalatus Salatin
52 3.0 PENYUNTINGAN (Pelajar boleh melihat siri PdPc tentang penyuntingan melalui Channel Youtube saya di Kerja penyuntingan adalah salah satu kerja yang perlu dilakukan oleh para penerbit buku dan syarikat percetakan. Untuk mempelajari proses kerja penyuntingan bahan bertulis, seseorang itu perlu mamahami pelbagai simbol penyuntingan. Markah akan dinilai pada simbol / tanda pruf yang digunakan. Untuk para pelajar STPM 922/3 ini, mereka perlu mengikuti proses pembelajaran tentang tanda pruf Gaya Dewan seperti berikut: Takrif Penyuntingan Manuskrip TAKRIF PENYUNTINGAN MANUSKRIP M Memperhalus Mengolah Semula Me Mengubah Suai M Memperkemas M Menyemak Me Melengkapkan Menyusun Semula Me Membetulkan
53 TUJUAN PENYUNTINGAN Memastikan pengaliran idea Menjaga nilai estetika Menyediakan karya yang sempurna Memastikan isi jelas dan tepat Menepati kehendak Gaya Dewan Tidak bercanggah dengan agama, etika, undangundang dan norma masyarakat PRINSIP PENYUNTINGAN Jelas Mudah Lancar selaras Tepat Sensitiviti Budaya Adil Hak cipta Format Gaya Dewan Berseni dan indah Padat
54 Symbol akan menggunakan huruf yang diganti Simbol Penyuntingan (Bagi memudahkan pelajar menghafal, saya telah menyusun mengikut kategori dan penggunaan penandaan yang sama.) A) SIMBO GUNA “/” DAN PENANDAAN GUNA “/” Bil Simbol Penerangan Penandaan Dalam Teks 1 Buang satu aksara 2 Buang dan rapatkan ruang 3 Gantikan huruf 4 Masukkan jarak; jadikan dua perkataan B) SIMBO GUNA “/” DAN PENANDAAN BEBAS 5 Tukarkan kedudukan perkataan 6 Rapatkan ruang; jadikan satu perkataan
55 Symbol akan menggunakan huruf yang diganti Symbol akan menggunakan perkataan yang diganti C) SIMBO TIDA MENGGUNA AN TANDA “/” DAN PENANDAAN GUNA “/” Bil Simbol Penerangan Penandaan Dalam Teks 7 Huruf kecil D) SIMBOL GUNA TANDA “ ” DAN PENANDAAN GUNA“ ” 8 Masukkan satu aksara atau lebih - sehingga tujuh perkataan 9 Gantikan lebih daripada satu aksara 10 Noktah
56 E) SIMBOL DAN PENANDAAN BEBAS Bil Simbol Penerangan Penandaan Dalam Teks 11 Huruf besar 12 -Huruf Roman -Jika perkataan biasa tetapi digunakan huruf italik, maka ia perlu diromankan. 13 -Italik -Digunakan untuk menulis tajuk seperti novel, cerpen dan sebagainya. Jika ditulis dengan huruf roman perlu diitalikkan 14 Eja penuh (singkatan, no atau simbol) 15 Luruskan barisan menegak 16 Bukan baris baharu
57 CONTOH PENANDAAN SIMBOL DALAM PENYUNTINGAN CARA UNTUK PENANDAAN DAN DAPAT MARKAH 1. Pastikan pelajar menulis simbol di sebelah kiri pada baris yang sama dengan penandaan kesalahan yang dilakukan dalam petikan. Pelajar boleh menggariskan baris2 tersebut menggunakan pensel. Contoh seperti di atas. 2. Jika terdapat dua kesalahan pada baris yang sama, maka pelajar perlu menulis symbol kedua sebelah kiri juga mengikut kesalahan. Pastikan kedudukan simbol mengikut penandaan yang dilakukan. Jika kedudukan penandaan kesalahan kedua, maka simbolnya juga berada pada tempat kedua. Kalau tak cukup juga baru guna sebelah kanan. Contoh Masyarakat dann ini disebabkan oleh beber apa faktor
58 ATAU
59 LATIHAN : Padankan simbol dengan penandaan dalam teks dengan betul. Bil Simbol Penandaan Dalam Teks 1 2 3 4 5 6 7 8
60 LATIHAN : Padankan simbol dengan penandaan dalam teks dengan betul. Bil Simbol Penandaan Dalam Teks 9 10 11 12 13 14 15 16
61 LATIHAN : Lukis simbol penyuntingan dengan betul Bil Simbol Penerangan Penandaan Dalam Teks 1 Buang satu aksara 2 Buang dan rapatkan ruang 3 Masukkan satu aksara atau lebih - sehingga tujuh perkataan 4 Gantikan huruf 5 Gantikan lebih daripada satu aksara 6 Tukarkan kedudukan perkataan 7 Eja penuh (singkatan, no atau simbol) 8 Rapatkan ruang; jadikan satu perkataan
62 Bil Simbol Penerangan Penandaan Dalam Teks 9 Masukkan jarak; jadikan dua perkataan 10 Luruskan barisan menegak 11 Bukan baris baharu 12 Noktah 13 -Italik -Digunakan untuk menulis tajuk seperti novel, cerpen dan sebagainya. Jika ditulis dengan huruf roman perlu diitalikkan 14 Huruf besar 15 Huruf kecil 16 -Huruf Roman -Jika perkataan biasa tetapi digunakan huruf italik, maka ia perlu diromankan.
63 LATIHAN : Berdasarkan simbol penyuntingan yang diberi, sila nyatakan maksud dan contoh penggunaannya Bil Simbol Maksud Contoh 1 Wek Jonggan diceritakankan. 2 Sebuaah kehidupan biasa dan tipikal orang Salako yang tidak menabur berita apatah lagi sengketa dusta. 3 i Sebaliknya, mereka memperaku mutu karya popular dan menganggap kehadiran karya popular sebagai mangkin kepada kelangsungan hidup karya sastera tinggi. 4 h Persoalannya,benarkan Pemburu Mimpi novel popular atau "novel serius yang popular"? 5 Dapatan pada hampir semua kertas kerja yang dibentangkan dalam bengkel tersebut juga membayangkan sesuatu yang positif. 6 Ekoran bengkel itu, ada suara mencadangkan agar dalam Hadiah Perdana Sastera perlu diadakan penilaian kategori, khusus bagi karya popular. 7 Dialah satu-satunya nama lagenda yg mampu mengisahkan dirinya. 8 Dalam masa tiga bulan sahaja, novel ini terpaksa di ulang cetak.
64 Bil Simbol Maksud Contoh 9 Sebuah nama yang besar dipersada budaya 10 Tidak ada satu pun daripada kertas kerja tersebut yang secara terang-terang menolak mentah-mentah kehadiran karya. 11 ...dan mengalirkan kehidupan. Mereka tidak mempunyai sebarang masalah dalam kehidupan seharian. 12 .....dan berternak ayam, babi dan itik Saban hari keluar ke huma di kaki bukit, pulang dengan bangkat berisi kayu api. 13 Apabila Pemburu Mimpi, karya Saleha Hussin, diterbitkan oleh DBP, naskhah ini mendapat sambutan di luar jangkaan. 14 Wek jongan sebuah nama. 15 Pada zaman dahulu ada sebuah keluarga, Bangsa Salako, tiga beranak yang tinggal di sebuah kampung jauh di pedalaman. 16 .....tidak mulut murai apatah lagi mulut tempayan dan perekonomiannya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
65 LATIHAN : Sunting petikan di bawah dengan menggunakan simbol-simbol penyuntingan yang diberi. i Simbol Contoh petikan Simbol “ ita minum dulu,” pelawanya sambil meletakkan tiga botol mineral air di atas meja tamu di sudut sebelah kiri dalam bilik pengetua yang sedikit luas itu. Badan cikgu Micheal Teo yang paling gemuk antara mereka terperosok diatas kerusi empuk. Dia menyusun sampul-sampul surrat yang bertaburan di atas meja. Ada banyak surat yang perlu ditanda tanganinya. Ada banyak laporan yang perlu ditelitinya; termasuk laporan displin asrama. Cikgu Ibau perlu menyediakan laporan itu seminggu sekali; lebihlebih lagi dengan masalah disiplin yang semakin meruwet sekarang ini.”
66 LATIHAN : Sunting petikan yang diberi dengan menggunakan simbol-simbol penyuntingan yang diberi. Simbol Contoh petikan Simbol Sejarah Melayu juga ialah dokumen politik yang mengasaskan dan memaktubkan perjanjian suci antara Raja dengan rakyat (Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba) yang memutlakkan kedudukan raja dalam politik feudal dan mengkonkritkan ideologi kelas monarki; hakikat ini lah yang menunjangi karya Sejarah Melayu – terutamanya dalam epik tunggal Melayu, Hikayat Hang Tuah. Dalam Hikayat Hang Tuah ideologi feudal memberikan hak dan kuasa kepada Raja Melaka untuk bertindak sewenangwenangnya ke atas hambanya – Hang Tuah tanpa ada timbang rasa atau nalurii bersalah. (Dipetik daripada Sejarah Melayu,pautan Kewibawaan Raja-raja Melayu Majalah Dewan Sastera, Mei 2009)
67 LATIHAN : Sunting petikan di bawah dengan menggunakan simbol-simbol penyuntingan yang diberi. . e a Simbol Contoh petikan Simbol Kali inipun, sebagai satu tradisi, saya akan menulis kepadanya melalui poskad juga. Cuma poskad sekarang ada gambar pada sebelah muka, gambar pemandangan alam dan objek budaya untuk promosi pelancongan. Tidak banyak boleh yang ditulis. Sekadar untuk ucapan-ucapan yang ringkas seperti ucap selamat atau berita pendek untuk menyampaikan mesej-mesej yang perlu. Poskad zaman dulu dikeluarkan oleh pejabat Pos sebagai altarnatif surat bersampul, ringkas dan murah. Saya lalu mencari poskad dengan gambar yang sesuai untuk mengucapkan tahniah. Sebelum menulis saya baca sekali lagi berita dalam akhbar itu. Melihat gambarnya, gambar yg paling "baharu" kata wartawan yang menemuramahnya, dalam baju batik dia kelihatan seperti orang berusia 45 atau 50 tahun sahaja, dia seorang yang tinggi dan maskulin pada masa mudanya. Lebih tegap dari saya Kalau berjalan macam tentera, belakangnya selalu tegak. Pada gambar itu tidak nampak tanda-tanda ketuaan seperti kebanyakkan orang yang seusia dengannya. Dalam rencana itu dia mendedahkan rahsia keawetmudannya yang disimpan sejak enam dekad sesudah di desak oleh wartawan yang ditemuramah, demi untuk menjadi teladan kepada generasi muda hari ini yang terlalu banyak menghabiskan masa dengan hiburan, kata wartawan itu.
68 LATIHAN : Sunting petikan di bawah dengan menggunakan simbol-simbol penyuntingan yang betul. Simbol Contoh petikan Simbol Sejak 1990-an, orang Melayu sering bercakap tentang soal perlu nya bahasa melayu diperkasakan dan dimartabatkan Mereka mengadakan banyak seminar dan menubuhkan pelbagai jawatankuasa untuk memperkasakan bahasa Melayu. Anehnya, mereka yang sibuk memperlihatkan keprihatinan terhadap isu ini termasuklah pegawai kerajaan dalam sektor kerajaan yang bertanggungjawab memperkasakan atau memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan resmi kerajaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1968, tidak menjalankan tugas mereka dengan berwibawa. Lebih aneh lagi, orang yang sibuk bercakap tentang soal memperkasakan bahasa Melayu itu terdiri pada mereka yang bertanggung awab “memperkosa” bahasa Melayu. Mereka bukan sahaja menggabaikan mutu penggunaan bahasa Melayu (misalnya, menggunakan bahasa rojak Melayu Inggeris), tetapi tidak yakin dengan Dasar Bahasa Kebangsaan yang digubal. Dasar Pembelajaran dan Pengajaran Mata Pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diputuskan pada 2003 adalah salah satu bukti kegoyahan kepercayaan orang Melayu terhadap bahasa mereka sebagai bahasa ilmu sains dan Teknologi. Padahal bukan mereka tidak tahu ada sudah ribuan orang profesor, pensyarah, guru, dan sarjana yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik disekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi dalam bahasa Melayu. Sejak 1970-an, taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa urusan rasmi kerajaan, dan sebagai bahasa ilmu, mengalami nasib yang tidak menentu. Apabila timbul bantahan, krtikan, dan teguran daripada pelbagai pihak, maka pihak yang berkuasa terhadap Dasar Bahasa Kebangsaan melakukan tindakan segera, tetapii tidak menyelesaikan masalah.
69 LATIHAN : Sunting petikan di bawah dengan menggunakan simbol-simbol penyuntingan yang betul. Simbol Contoh petikan Simbol Nam Teater merupakan sejenis drama pantas yang dapat menyemai bakat lakonan dalam kalangan mereka yang berminat. Kegiatan ini seni bukan sahaja memberikan hiburan kepada sipelakon, malah kepada individu yang menontonnya. Seni ini dapat memenuhi masa lapang, menyemai dan menyuburkan bakat penulisan skrip drama. Kini, seni teater semakin menndapat perhatian masyarakat di negara kita. Hal ini terbukti dengan kekerapan penggiat seni teater mengadakan pementasan teater, terutamanya di sekitar Kuala Lumpur. Walaupun sambutannya agak menggalakkkan, tetapi secara keseluruhannya kegiatan seni teater ini masih kurang menarik perhatian masyarakat dann ini disebabkan oleh beberapa faktor. Dalam zaman moden ini, tedapat banyak alat hiburan yang dicipta seperti hi-fi, televisyen, radio, filem, cakera padat, permainan Komputer, dan lain-lain yang menyediakan sumber hiburan begitu menarik. Sebagai contoh, RTM, TV3, NTV7, TV9, dan televisyen satelit astro menyediakan drama dan filem yang disiarkan melalui tajaan syarikat tertentu yang hendak mengiklankan barangan mereka. Ada sesetengah pusat video pula menyediakan khidmat penghantaran pita video kepada pelanggan. Dengan demikian kita tidak perlu keluar rumah untuk mendapatkan hiburan. Hal ini secara tidak langsung menjejaskan sambutan masyarakat terhadap teater kerana kita memerlukan tiket untuk menonton teater.
70 LATIHAN : Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Simbol Simbol Masaalah disiplin di sekolah masa ini pada tahap yang membimbangkan. Perkembangan disekolah memberi cabaran kepada golongan pendidik dan Kerajaan telah memberi kebenaran menjalankan hukuman merotan di samping cara-cara lain yang sesuai untuk mengatasi masalah disiplin di sekolah. Hukuman merotan amat berkesan dan sesuai untuk mengurangkan amalan tingkah laku pelajar yang ingkar kepada peraturan sekolah. Hukuman bentuk fizikal akan memberi kesedaran kepada pelajar dan di laksanakan bagi menyelesaikan kes disiplin yang berat seperti bergaduh melawan guru, ponteng sekolah dan merokok. Hukuman yang merotan dijalankan mengikut tatacara yang telah ditetapkan mampu mengurangkan kes disiplin di sekolah. Selain hukuman merotan, pendekatan psikologi juga amat berkesan utk mengurangkan masalah disiplin. Cara ini menggunakan kaedah nasihat kepada pelajar berkaitan perasaan dan masalah dalaman pelajar. Kebanyakan pelajar yang ingkar kepada peraturan sekolah adalah pelajar bermasalah, seperti masalah diri, keluarga, pelajaran dan rakan-rakan. Guru-guru Bimbingan Kaunseling menggunakan pendekatan psikology untuk mengetahui punca masalah dan menyelesaikan masalah secara berhemah. Kaedah mentor-Mentee juga antara langkah yang sesuai untuk mengurangkan masalah disiplin. Beberapa orang pelajar yang melakukan kesalahan akan diletakan di bawah seorang guru. Kawalan dan nasihat oleh guru tersebut akan dapat mengurangkan tingkah laku yang bertentangan dengan peraturan sekolahh. Guru akan berinteraksi dengan pelajar yang bermasalah, mendapat maklum balas daripada guru-guru lain perihal pelajar di bawah kawalannya. Di samping itu juga pelajar ini akan diberi dorongan untuk meningkatkan pencapaian dalam akademik kokurikulum. Sunting petikan di atas dengan menggunakan simbol-simbol penyuntingan yang betul. [25 markah]