PAMERAN INHALAN & ALKOHOL (2021)
BAHAGIAN 1
ALKOHOL
TAJUK 1
KENALI ALKOHOL
Tahukah rakan-rakan, apa itu alkohol?
Alkohol adalah sejenis bahan kompoun organik yang terhasil daripada proses
pemeraman kanji atau gula dalam pelbagai buah-buahan serta bijirin. Alkohol juga merupakan
minuman yang mengandungi lebih daripada 2% ethanol serta merangkumi minuman alkohol
yang diambil bagi tujuan perubatan seperti tonik kesihatan. Alkohol sinonim dengan arak atau
minuman keras. Minuman ini boleh memabukkan dan boleh menimbulkan kesan ketagihan dan
pergantungan. Selalunya ia diminum ketika bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan
“moods”.
Minuman alkohol juga dikategorikan sebagai dadah. Ini kerana ia dapat memberi kesan
ke atas sistem saraf pusat atau sistem otak dan ia dapat memberi kesan terhadap badan
peminumnya. Seorang yang ketagih pada alkohol mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk
meninggal dunia 15 tahun lebih awal daripada yang dijangkakan disebabkan oleh penyakit
jantung, kanser, kemalangan, dan bunuh diri.
Di pasaran ada tiga jenis arak yang popular iaitu:
i. Bir - yang dibuat dari biji-bijian dan mengandungi 3-6% alkohol terdiri daripada jenisjenis
seperti shandy dan stout.
ii. Wain - yang diperbuat daripada buah-buahan dan mengandungi 1114% alkohol.
iii. Liquor - dihasilkan dengan memeram ataupun mendidihkan bahan makanan sehingga
menjadi arak dan ia mengandungi 40-50% alkohol, iaitu terdiri dari jenis-jenis seperti
vodka dan whisky.
TAJUK 2
JENIS-JENIS ALKOHOL
Minuman beralkohol adalah minuman yang mengandungi alkohol lebih daripada 5%.
Berikut adalah antara jenis-jenis alkohol :
Anggur / Wine
Adalah pati buah anggur yang diragikan. Kemudian memlalui proses
pemeraman selama beberapa tahun untuk menghasilkan anggur
yang matang. Jumlah kandungan alkohol antara 8% hingga 14%.
Daripada proses pemeraman, wine ini terbahagi kepada empat:
a. Aromatized Wine - berasal dari pemeraman buah anggur putih
ditambah aroma tertentu dan ditinggikan jumlah alkohol dengan
menambahkan minuman spirit seperti red martini rossi.
b. Natural Wine – pemeraman dari pati buah anggur yang baru
dipetik.
c. Sparkling Wine – pemeraman dengan penambahan gula pada
pemeraman kedua sehingga terdapat gelembung udara. Contoh
champagne.
d. Fortified Wine – hasil pemeraman dengan menambahkan gula
dan spirit.
Spirit Merupakan alkohol yang berwarna jernih yang diolah melalui
proses pemeraman yang berulang dan ia memiliki kadar alkohol
yang tinggi iaitu antara 36% hingga 45%. Spirit terbahagi kepada
dua iaitu :
a) Liqours – ia berasal dari padi-padian. Kadar alkoholnya tinggi
dan tidak berasa manis. Contoh liqours seperti brendi,
cognac, tequila, vodka , rum dan wiski. 33
b) Liqueurs – merupakan campuran daripada liquors dan
ditambah perasa seperti Tia Maria atau kah lua.
Merupakan minuman yang diperoleh dari hasil peragian
Bir malt dan hop. Ia memiliki kadar alkohol 3% - 5%.
Arak & Sake Ia berasal dari beras dan mengandungi kadar alkohol
antara 16% - 30%.
Tuak
Sejenis minuman yang dihasilkan daripada proses pemeraman
nira, beras atau bahan minumam atau buah yang mengandungi
gula. Ia merupakan minuman yang mengandungi alkohol. Kadar
alkohol yang terkandung di dalam minuman tuak adalah berbeza.
TAJUK 3
KESAN ALKOHOL KEPADA KESIHATAN TUBUH
Kesan jangka pendek
Pada kuantiti yang rendah, seseorang akan hilang rasa malu. Pada kuantiti
yang lebih tinggi, ia menyebabkan seseorang menjadi mudah marah,
mempunyai pertuturan yang tidak lancar, hilang imbangan semasa berjalan,
kecelaruan fikiran dan tidak sedarkan diri.
Kesan jangka panjang
a. Ketagihan
- Memerlukan jumlah alkohol yang lebih tinggi setiap kali ia minum bagi
mencapai kesan yang sama.
- Sindrom tarikan akan timbul apabila individu berhenti atau kurang
mengambil alkohol setelah menggunanya secara berterusan buat tempoh
yang lama. Antara tanda-tanda sindrom tarikan adalah ketar, keinginan
yang kuat atau gian untuk mendapatkan alkohol, loya, muntah, demam,
gila, sawan dan meracau.
b. Kesan pada sistem saraf
- Kesan-kesan kekal pada otak dan saraf adalah seperti hilang ingatan dan
kebas.
c. Kesan-kesan pada sistem penghadaman
- Penyakit hepar seperti hepatitis, sirosis dan kanser.
- Muntah darah
- Radang kelenjar pankreas
- Anemia
- Kekurangan zat makanan
d. Kesan pada sistem kardiovaskular
- Tekanan darah tinggi
- Strok
- Kerosakan otot jantung
e. Kesan psiko-sosial
- Cemburu buta
- Murung
- Bunuh diri
- Penderaan terhadap keluarga
Pengambilan alkohol oleh para remaja memberi banyak kesan negatif yang
mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan remaja tersebut.
Antara kesan negatif tersebut adalah seperti berikut:
Terhadap Kesihatan
Pengambilan alkohol bermula pada peringkat umur yang muda, sudah
tentu dalam jangka panjang kesan terhadap keadaan kesihatan remaja
akan bertambah teruk. Penggunaan alkohol yang berlebihan boleh
menyebabkan kemandulan dan gangguan haid pada wanita. Alkohol
juga akan meningkatkan risiko terjadinya keguguran atau ‘abortion’ dan
juga kelahiran pra-matang.
Proses Pembelajaran Akan Terganggu
Remaja tidak dapat memberi penumpuan kepada pelajaran.
Ponteng Kelas Atau Sekolah
Remaja tidak menghadirkan diri ke sekolah (ponteng sekolah). Ini akan
memberi kesan terhadap prestasi pelajaran yang akan merosot.
Masalah Kenakalan Remaja
Remaja terlibat dengan masalah kenakalan atau ‘delinquency’.
Berkawan dengan murid yang bermasalah dan terjebak dengan aktiviti
negatif yang lain. Remaja juga cuba memperolehi kewangan untuk
membeli alkohol. Ini mendorong murid terlibat dengan kegiatan
jenayah, seperti mencuri dan lain-lain.
Tajuk 4
Cara Menghindari Daripada Alkohol
I. Mengamalkan gaya hidup sihat dan banyak bersenam.
i. Berkemahiran untuk menangani stres dan masalah yang dihadapi.
ii. Jauhi daripada rakan yang mengambil alkohol.
iii. Isi masa terluang dengan bersukan, membuat hobi yang berfaedah. dan mengikuti
SLAD. iv. Jangan menerima pelawaaan untuk mencuba alkohol walaupun untuk
sekali sahaja.
v. Jauhi dari tempat yang boleh menggalakkan pengambilan alkohol seperti bar,
kelab malam, disko dan sebagainya.
vi. Mempunyai kemahiran kebolehan bagi menangani masalah sama
ada kecil atau besar.
BAHAGIAN 2
INHALAN
TAJUK 1
PENGENALAN INHALAN
Definisi Inhalan
Inhalan atau agen inhalasi termasuk dalam kelas dadah berbentuk gas atau
wap yang disalahguna secara inhalasi. Inhalasi bermaksud menghidu gas
sama ada melalui hidung atau mulut sehingga gas itu sampai ke paru-paru.
Agen ini wujud di dalam pepejal atau cecair meruap (volatile) yang
menghasilkan gas pada suhu bilik. Gas yang dihidu ini boleh menyebabkan
kesan psikoaktif atau mind-altering (merangsang perubahan minda).Ini kerana
gas ini mengandungi bahan kimia yang boleh mempengaruhi neuron di otak.
Kriteria utama agen inhalasi ialah gas ini hanya diambil secara inhalasi untuk
mendapatkan kesannya.Terdapat lebih daripada 30 barangan harian yang
boleh disalahgunakan. Penagihan agen ini tidak memerlukan peralatan khas
seperti jarum, straw, daun, sudu, botol, batang betik dan mentol lampu.
Kebanyakan penagih golongan ini merupakan kanak-kanak dan remaja.
TAJUK 2
BAHAYA MENGHIDU INHALAN
Kesan serta merta menghidu inhalan adalah melalui tanda-tanda seperti berikut :
Bil. Tempat Simpton
1 Deria - Sensitif kepada cahaya
(Sensory System) - gatal mata
- penglihatan berkembar
- telinga berdesing/ berdengung
2 Sistem-sistem pernafasan - sesak nafas
(respiratory dan cerdial
system) - sakit dada dan rasa tidak selesa
- degupan jantung yang tidak
normal
3 Lain-lain - sakit-sakit otot dan sengal sendi
Penyedutan yang panjang atau penghiduan berulang dalam masa yang singkat
mungkin menyebabkan :
1. Ketidakserasian (disorientation)
2. Kehilangan kawalan diri
3. Tidak sedarkan diri/pengsan
4. Sawan (serangan otak dengan tiba-tiba)
5. Kurang penyelarasan pergerakan otot
6. Refleksi/ gerakan yang berkurangan (depressed reflexes)
7. Hidung berdarah, mata merah dan nafas berbau
8. Pening kepala selama beberapa hari.
Kesan Jangka Panjang Menghidu Inhalan
Penggunaan inhalan dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan perkara-perkara
berikut :
1. Kelesuan / pucat
2. Hilang daya ingatan
3. Kehilangan daya untuk berfikir dengan jelas atau waras
4. Cepat dahaga
5. Susut berat badan
6. Kemurungan
7. Panas baran
8. Pemarah
9. Perasaan teraniaya
10. Pengurangan pembentukan sel darah dalam sum-sum tulang.
Kebanyakan kesan jangka panjang ini boleh dipulihkan semula (reversible) jika
penggunaan inhalan dihentikan. Penghiduan wap pekat yang dilakukan
berulang kali dalam tempoh masa yang berlanjutan boleh menyebabkan :
1. Kerosakan sistem saraf pusat yang kekal dan mungkin tidak dapat dipulihkan
kembali;
2. Penurunan keupayaan jasmani dan mental;
3. Kerosakan kepada hati, buah pinggang, darah dan sum-sum tulang;
4. Kematian mengejut yang berpunca daripada degupan jantung yang tidak tetap
dan kesukaran bernafas.
Kesan kepada tubuh badan
Wap yang disedut dari bahan pelarut atau aerosol akan masuk dengan cepat
ke dalam aliran darah melalui paru-paru, kemudian ianya teredar dengan
cepat sekali ke dalam organ yang mempunyai edaran darah yang besar
seperti otak dan hati. Wap yang disedut ini akan cepat terserap ke dalam
sistem saraf pusat menyebabkan banyak kelemahan kepada fungsi badan
termasuk tarikan pernafasan dan degupan jantung.
Kesan Pengambilan Inhalan (Keratan Akhbar)
Berdasarkan keratan akhbar di atas, rumusan yang dapat dibuat ialah
• Perbuatan menghidu gam lebih buruk berbanding penyalahgunaan dadah
kerana ia mampu merosakkan orgam dalam badan dalam tempoh yang singkat.
• Kekurangan ilmu serta maklumat berkaitan inhalan menyebabkan masyarakat
memandang enting gejala tidak sihat ini.
• Gejala pengambilan inhalan ini bertumpu di kawasan pedalaman dan estet.
• Namun, dewasa ini gejala ini juga merebak dan sering membabitkan kanak-
kanak dan remaja yang menetap di flet perumahan kos rendah.
• Kesan hidu gam dalam masa 6 bulan :
o Kesan kepada jantung o Kanser Hati o
Kerosakan organ dalaman termasuklah buah
pinggang, otak dan paru-paru.
TAJUK 3
JENIS-JENIS INHALAN
1. Pelarut/cecair
• Cat, bahan pengilat, minyak tanah, petrol, gam, cecair pemadam dan
dakwat pen
• Meruap pada suhu bilik
• Mudah dan senang didapati
• Thinner, pembersih cat, cecair dobi, gam, cecair pemadam dan cecair
penanda
2. Bahan gas
• Pemetik api, gas peti sejuk, klorofom, haloten dan nitrous oksida
• Pelali perubatan contoh eter, kloroform dan halothane
• Digunakan dalam produk di rumah
3. Aerosol
• Pemetik api, pewangi,penyembur rambut, pelindung fabrik
• Cecair yang mengandungi penyembur dan pelarut
4. Bahan nitric
• Bertindak meransang sistem pusat
• Climax, popers, rush dan locker room
TAJUK 4
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
Menghidu atau menyedut inhalan boleh membunuh walau hanya dengan sekali
sedutan atau hiduan sahaja. Antara yang dapat dilakukan adalah:-
a) Sentiasa sedar, waspada serta ambil tahu tentang masalah ini dengan
cara mendapatkan maklumat lanjut tentang penagihan bahan sedutan,
jenis bahan yang sering disalahgunakan, dan caracara untuk
mengesan masalah ini sekiranya terjadi dalam kalangan anak-anak,
anak murid atau rakan-rakan anda.
b) Pastikan anak-anak, anak murid atau rakan-rakan anda mengetahui
tentang bahaya merokok, minum arak, penyalahgunaan dadah serta
inhalan.
c) Elakkan membeli produk-produk yang mudah disalahgunakan seperti
bahan pelarut dan produk-produk berasaskan bahan pelarut, gas,
minyak petrol dan aerosol. Usahakan untuk mendapatkan
produkproduk alternatif yang berasaskan air sekiranya ada.
d) Sentiasa awasi mengenai kuantiti produk yang telah digunakan oleh
anak sekiranya kuantiti yang digunakan agak banyak, soal dan lakukan
penyiasatan lanjut.
e) Sekiranya anda mengenalpasti sebarang perubahan tingkah laku anak
atau rakan anda, dampingi mereka dan mula berbincang mengenai
perkara yang membimbangkan anda. Jangan melengahkan tindakan
anda.
f) Elakkan sikap ‘tidak apa’. Ingatlah bahawa satu sedutan atau hiduan
mungkin akan membunuh orang tersayang.