11) D = DADAH
PANTUN : KESAN-KESAN DADAH
Jelapang padi diberi nama,
Negeri makmur dalam negara, Hindarilah dadah musuh utama,
Tanpa dadah keluarga sejahtera.
Pergi memancing di Kuala Kedah,
Makan siakap tiga rasa, Jika hidup berabdi dadah,
Diri menderita keluarga terseksa.
Dari Langkawi ke Tanjung Bendahara,
Singgah sebentar di Kampung Sena,
Hilang keluarga hilang saudara, Kerana dadah jiwa merana.
Pohon jati dahannya rendah,
Tempat berteduh si anak dara,
Sekolah dijulang tanpa dadah,
Terbilang bangsa maju negara.
Sayangkan ibu sayangkan ayah,
Hidup selamat sentiasa berkat,
Tanpa dadah sifar jenayah,
Komuniti sihat hidup muafakat.
2 PUISI JAUHI MINUMAN KERAS
Banyak pemuda tidak tahu
Hidup kemana arah dituju
Manusia banyak menipu
Kehidupan menjadi sendu.
Banyak orang tua serakah
Bukan hak milik dijarah
Makna hidup hilang sudah
Dari kalbu tidak diasah.
Agama menjadi topeng penutup muka
Banyak monyet berdandan Arjuna
Srikandi bersandiwara
Srikandi palsu Betari Durga.
Pemuda mencari figur untuk diikuti
Dari orang tua,keluarga, pejabat tinggi
Sialnya tidak mereka temui
Keteladanan hanya dalam mimpi
Mereka lari ke miras dan judi
mabuk teler tak asing lagi
Mereka tidak menyadari
Merusak badan akal melanggar perintah Ilahi.
Kerugian karena miras banyak sekali
Mabuk berat bertengkar dan berkelahi
Ada yang buta banyak yang mati
Merusak dan menurunkan kualitas generasi.
3 R = ROKOK SYAIR SENGSARA ROKOK
Sengsara hidup bangkai bernyawa,
Angkara rokok musuh durjana,
Marilah kita seia sekata,
Bulatkan hati kuatkan jiwa.
Penyakit kronik datang melanda,
Perokok sakit dimamah usia,
Menyedut racun bahan kimia, Sedap di mulut diri merana.
Rokok,
Tanpamu hidup kami lebih cergas,
Jauh dari penyakit berbahaya,
Gigi bersih nafas pun segar,
Contoh yang baik untuk generasi muda.
Rokok
Tanpamu umur kami mungkin lebih panjang,
Kami juga berselera untuk makan,
4 V = VAPE LAGU : BAHAYA VAPE
(Rentak lagu : Lagu Tiga Kupang)
Rokok elektronik Hisap wap nikotin
Kesannya negatif
Diri sendiri
Bila sudah cuba
Mesti mahu lagi
Rosak gigi kamu
Jantung dan hati
c/o:
Rokok elektronik
Vape nama diberi
Asap kepul-kepul Buat sakit hati
Heiā¦
Jangan hampirinya
Nanti kau terseksa
Rokok elektronik Baik buang saja
5
I = INHALAN PANTUN NASIHAT INHALAN
Pagi-pagi menetak dahan,
Dahan pokok banyak duri; Jauhi diri dari inhalan,
Jika diamal merosak diri.
Setiap petang berjalan-jalan,
Sambil berjalan berpimpin tangan;
Banyak kesannya mencuba inhalan, Batuk muntah lemah badan.
Jika selalu mengambil inhalan,
Memberi kesan jangka panjang;
Jika diambil secara berterusan,
Rosak otak dan buah pinggang.
Wahai kawan dengarkan ini,
Pantun nasihat jadi panduan; Pandai-pandailah menjaga diri,
Jangan tersalah memilih kawan.
6 H = HIV&AIDS PANTUN : HIV DAN AIDS
Kayuh rakit di Sungai Ular,
Kayuhan kuat bersama-sama;
Penyakit AIDS mudah menular, Jagalah diri jangan terkena.
Riuh rendah suara teriak,
Kakak merenung sambil bersimpuh;
Andai HIV sudah membiak,
Pertahanan badan menjadi lumpuh.
Tanam petola pokok menular,
Jaga duri terkena sakit; Bila Aids sudah menular,
Badan mudah dijangkiti penyakit.
Jalan-jalan keliling taman,
Sambil menghirup sedapnya susu:
Hidup mesti punyai iman,
Jangan ikut hawa dan nafsu.