Bab 1 Mikroorganisma
CABARAN
MINDA
Apakah superbugs? Bagaimanakah superbugs mungkin dapat dicegah?
Aktiviti 1.6 PAK -21
Membanding beza penggunaan antibiotik, antifungal dan antiviral dalam • KMK
rawatan penyakit berjangkit • Aktiviti perbincangan
Arahan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Cari maklumat. Kemudian, banding beza penggunaan antibiotik, antifungal dan antiviral
dalam rawatan penyakit berjangkit seperti yang berikut:
(a) menggunakan antibiotik untuk rawatan jangkitan peparu dan penyakit yang lain
(b) menggunakan antifungal untuk rawatan athlete’s foot dan penyakit yang lain
(c) menggunakan antiviral untuk rawatan kayap dan penyakit yang lain
3. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda kepada kelas dalam bentuk
persembahan multimedia.
CABARAN
MINDA
Bagaimanakah vaksin dan antiviral bertindak terhadap virus?
Praktis Formatif 1.3
1. Nyatakan lima contoh teknik aseptik untuk mengawal penyebaran patogen.
2. Bagaimanakah teknik aseptik dihubungkaitkan dengan ungkapan ‘mencegah lebih
baik daripada merawat’?
3. (a) Apakah yang dimaksudkan oleh pensterilan?
(b) Bagaimanakah pensterilan dijalankan?
(c) Mengapakah penggunaan autoklaf adalah lebih berkesan untuk mencegah
mikroorganisma berbanding dengan pendidihan air?
4. Nyatakan satu persamaan dan satu perbezaan antara antiseptik dengan disinfektan.
5. Namakan tiga contoh sinaran mengion yang digunakan dalam teknik aseptik.
6. Nyatakan jenis bahan yang digunakan untuk merawat penyakit berjangkit
yang berikut:
(a) athlete’s foot
(b) pneumonia
(c) kayap
1.3.4 41
42 Rumusan
Mikroorganisma
yang dikelaskan
mengikut ciri seperti Mikroorganisma berfaedah Mikroorganisma berbahaya
(patogen)
Saiz, bentuk, cara digunakan dalam pelbagai
pembiakan, nutrisi, bidang seperti lazimnya dicegah atau dikawal
habitat melalui
• Perubatan
kepada • Pertanian Teknik aseptik
• Perindustrian
Fungi, protozoa, • Bioteknologi seperti
alga, bakteria
dan virus Pensterilan, pendidihan, penggunaan
disinfektan dan antiseptik serta sinaran
pertumbuhan dipengaruhi
oleh faktor dan
Nutrisi, kelembapan, Rawatan penyakit berjangkit
cahaya, suhu dan
nilai pH dengan menggunakan
• Antibiotik
• Antifungal
• Antiviral
Bab 1 Mikroorganisma
Refleksi Kendiri
Selepas mempelajari bab ini, anda dapat: 1.3 Pencegahan dan Rawatan
Penyakit yang Disebabkan oleh
1.1 Dunia Mikroorganisma Mikroorganisma
Berkomunikasi mengenai Menjelaskan ungkapan ‘mencegah
mikroorganisma. lebih baik daripada merawat’
Menjalankan eksperimen bagi penyakit yang disebabkan oleh
menunjukkan kewujudan mikroorganisma.
mikroorganisma. Menerangkan teknik aseptik
Menjalankan eksperimen untuk dalam pengawalan penyebaran
mengkaji faktor yang mempengaruhi mikroorganisma.
pertumbuhan mikroorganisma. Menjalankan eksperimen untuk
mengkaji kesan antibiotik terhadap
1.2 Mikroorganisma Berfaedah pertumbuhan bakteria.
Mewajarkan aplikasi mikroorganisma Berkomunikasi tentang kaedah
berfaedah dalam kehidupan. rawatan penyakit berjangkit.
Menjanakan idea potensi kegunaan
mikroorganisma dalam bioteknologi
dan kelestarian alam sekitar.
Praktis Sumatif 1 Kuiz
http://buku-
Jawab soalan yang berikut: teks.com/
sa5016
1. Rajah 1 menunjukkan keputusan suatu eksperimen yang
dijalankan untuk mengkaji kesan kepekatan antibiotik yang Pita selofan
berbeza terhadap pertumbuhan bakteria.
Ceper antibiotik
Agar-agar nutrien steril
dan kultur bakteria
A (kepekatan antibiotik tinggi) B (kepekatan antibiotik rendah)
Rajah 1
(a) Nyatakan satu hipotesis bagi eksperimen ini.
(b) Nyatakan pemboleh ubah yang terlibat dalam eksperimen ini.
(i) Pemboleh ubah dimalarkan
(ii) Pemboleh ubah dimanipulasikan
(c) Apakah kesan antibiotik berdasarkan eksperimen ini?
43
2. Rajah 2 menunjukkan mikroorganisma P, Q, R, S dan T.
PQ R
ST
Rajah 2
(a) Kelaskan P, Q, R, S dan T berdasarkan ciri yang berikut:
(i) mempunyai dinding sel dan membran sel
(ii) tidak mempunyai dinding sel dan membran sel
Mikroorganisma
yang
mempunyai dinding sel tidak mempunyai dinding
dan membran sel sel dan membran sel
(b) Namakan kumpulan mikroorganisma yang tidak mempunyai dinding sel dan
membran sel.
(c) (i) Namakan mikroorganisma P.
(ii) Adakah mikroorganisma P merupakan mikroorganisma berfaedah atau
patogen? Terangkan jawapan anda.
44
Bab 1 Mikroorganisma
3. Rajah 3 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan suhu terhadap
pertumbuhan bakteria, Bacillus sp..
Suhu: 7°C Suhu: 37°C Suhu: 77°C Keadaan bubur nutrien di dalam tabung uji P, Q
P Q R dan R diperhatikan selepas tiga hari. Keputusan
eksperimen ini direkodkan dalam Jadual 1.
Jadual 1
Tabung Suhu Keadaan bubur nutrien
uji (°C) selepas tiga hari
5 cm3 bubur nutrien dan P7 Sedikit keruh
1 cm3 kultur bakteria Q 37 Keruh
R 77 Sedikit keruh
Rajah 3
(a) Nyatakan satu pemerhatian pada bubur nutrien yang telah disimpan pada
suhu 37°C selama tiga hari.
(b) Nyatakan hipotesis untuk eksperimen ini.
(c) Nyatakan pemboleh ubah yang terlibat dalam eksperimen ini.
(i) Pemboleh ubah dimanipulasikan
(ii) Pemboleh ubah bergerak balas
(d) Nyatakan satu inferens yang dapat dibuat berdasarkan pemerhatian dalam
eksperimen ini.
Praktis Pengayaan
4. Dengan menggunakan susunan radas yang ditunjukkan dalam Rajah 4, cadangkan
lima cara yang berlainan untuk mengukur kadar penghasilan gas karbon dioksida
daripada tindakan yis dalam larutan gula pada suhu yang berlainan.
Belon
Picagari
Campuran yis Air Campuran yis dan
dan larutan kapur larutan gula
gula Susunan
Rajah 4 radas Z
Susunan Susunan
radas X radas Y 45