MUKA 50 PENCAPAIAN | ANUGERAH | PROGRAM BERIMPAK TINGGI
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
MUKA 51 PENCAPAIAN | ANUGERAH | PROGRAM BERIMPAK TINGGI
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
Tajuk Program:
Kejohanan Solar Aerial Vehicle Competition 2020 (SAVe2020)
Tarikh Program:
17 - 18 November 2020
Lokasi:
TNB - ILSAS Virtual Platform
Anjuran & Kolaborasi:
TNB ILSAS dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej
Komuniti (JPPKK) dan Kementerian Pengajian Tinggi
Penerangan Program:
Merupakan salah satu usaha untuk menyemai budaya penyelidikan
dan inovasi dalam kalangan ILSAS, pensyarah dan pelajar yang berada
di dalam sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional
(TVET) di Malaysia. Pertandingan ini memberi penekanan kepada
aspek teknologi dan tenaga boleh diperbaharui dalam penghasilan
kenderaan terbang yang mengaplikasikan kegunaan tenaga solar
untuk melaksanakan tugasan yang telah ditetapkan.
Pencapaian Pingat Perak bagi projek Recycling Storage: A Smart
Monitoring System
Ainul Nusrah Binti Mohammad Husni
Pencapaian Pingat Gangsa bagi projek Recycling Storage: Puerta
Inteligente
Muhammad Khairul Ikhwan
Penyelia
Puan Shatini Binti Md Said
MUKA 52 PENCAPAIAN | ANUGERAH | PROGRAM BERIMPAK TINGGI
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
Tajuk Program:
Karnival Sukan Antara Jabatan PSAS (SUPSAS)
Tarikh Program:
03.01.2020 – 01.02.2020
Lokasi:
PSAS
Anjuran & Kolaborasi:
PSAS
Penerangan Program:
Penganjuran SUPSAS bertujuan mencari bakat baru atlet di
kalangan pelajar PSAS di samping membudayakan gaya hidup
sihat warga PSAS.
JKE berjaya menjadi johan keseluruhan dengan pingat
Emas - 3
Perak - 1
Gangsa - 3
MUKA 53 LAIN-LAIN PROGRAM
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
Tajuk Program:
Lawatan Industri (PPI) DET30053- Power System ke Suncrox Solar
Malaysia
Tarikh Program:
12.02.2020
Lokasi:
Suncrox Solar Malaysia
Anjuran & Kolaborasi:
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Penerangan Program:
Lawatan akademik ini melibatkan pelajar semester 3, program
Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET) yang mengambil kursus
DET30053 – Power System. Lawatan sambil belajar ini mendedahkan
pelajar kepada proses penjanaan elektrik mengunakan sistem solar
yang telah mereka pelajari secara teori di dalam topik – Introduction
to Power System. Program ini dapat memberi ruang kepada pelajar
untuk memahami konsep penjanaan elektrik menggunakan solar
dengan lebih mendalam serta pelajar dapat berkomunikasi secara
terus dengan pihak industri.
Tajuk Program:
Hari Terbuka Kelab Robotik PSAS 2020
Tarikh Program:
25.02.2020
Lokasi:
Foyer, Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Anjuran & Kolaborasi:
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Penerangan Program:
Hari Terbuka Robot merupakan program yang dilaksanakan oleh
pelajar-pelajar Kelab Robotik PSAS di dalam usaha untuk
mempromosikan bidang robotik kepada para pelajar di Jabatan
Kejuruteraan Elektrik (JKE) dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
(JKM). Melalui program ini, ahli jawatankuasa Kelab Robotik PSAS
berpeluang untuk melakukan berbagai-bagai aktiviti robotik.
Antaranya ialah membuat demonstrasi Robot Humunoid,
mempamerkan robot-robot yang dimiliki PSAS dan piala-piala yang
telah dimenangi di peringkat kebangsaan dan Antarabangsa serta
membuat beberapa pertandingan. Pertandingan ini telah membuka
peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengendalikan robot tersebut.
Melalui aktiviti ini juga, Kelab robot telah dapat menambah ahli-ahli
baru dari JKE dan JKM.
MUKA 54 LAIN-LAIN PROGRAM
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
Tajuk Program:
Interfacing Wireless Sensor Network (WSN) Using MQTT ESP32
Tarikh Program:
23-25.09.2020
Lokasi:
ECAD, JKE
Anjuran & Kolaborasi:
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Penerangan Program:
Kursus Wireless Sensor Network (WSN) yang akan diadakan dapat
membantu peserta meningkatkan pengetahuan di dalam bidang
Wireless Sensor Network (WSN) dan secara tidak langsung peserta
juga didedahkan dengan aplikasi Wireless Sensor Network (WSN).
Selain itu, peserta akan diajar memahami teknologi asas yang
digunakan di dalam teknologi Wireless Sensor Network (WSN) dan
aplikasi sebenar.
Tajuk Program:
Karnival Sukan JKE
Tarikh Program:
6-11.01.2020
Lokasi:
Pusat Sukan
Anjuran & Kolaborasi:
Unit Sukan PSAS dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Penerangan Program:
Karnival Sukan JKE merupakan salah satu aktiviti anjuran Unit Sukan,
PSAS. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan
persaudaraan di antara pelajar yang terdiri daripada pelbagai program
serta pensyarah JKE. Selain itu, program ini dapat mencungkil bakat
kesukanan dalam diri pelajar, membudayakan hidup secara sihat
dengan bersukan sambal meneruskan akademik di Politeknik.
MUKA 55 LAIN-LAIN PROGRAM
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
Tajuk Program:
Kursus Asas MsOffice Word
Tarikh Program:
29.02.2020
Lokasi:
Sek.Agama Menengah Sg. Selisek
Anjuran & Kolaborasi:
Jabatan Kejuruteraan Elektrik dengan kerjasama Unit IT Sekolah
Agama Menengah Sg Selisik (SAMSES)
Penerangan Program:
Program ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada
sukarelawan yang terlibat tentang peranan aktiviti kesukarelawan
dalam merapatkan hubungan di antara pelajar dan staf PSAS Bersama
komuniti setempat. Selain itu, dapat memupuk kesedaran tentang
kepentingan bidang Aplikasi Komputer kepada pelajar SAMSES
sebagai persediaan menghadapi cabaran masa kini.
Tajuk Program:
Lawatan Akreditasi dari ETAC bagi program Diploma Kejuruteraan
Elektronik (Komputer)
Tarikh Program:
18-20.02.2020
Lokasi:
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Anjuran & Kolaborasi:
-
Penerangan Program:
Lawatan Akreditasi dari ETAC bagi program Diploma Kejuruteraan
Elektrik (Komputer) ke Jabatan Kejuruteraan Elektrik.
MUKA 56 LAIN-LAIN PROGRAM
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
Tajuk Program:
Outreach TVET Politeknik Kasih: Pemasangan Lampu Solar
Tarikh Program:
19.02.2020
Lokasi:
Bandar Behrang 2020
Anjuran & Kolaborasi:
YES PSAS
Penerangan Program:
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat
berkenaan dengan pemanasan global yang dikaitkan dengan kesan
rumah hijau dengan membuat pemasangan lampu tenaga solar di
Pondok SRS dan tiang banner KRT, Behrang 2020. Disamping itu, JKE
menjalankan knowledge transfer kepada ahli KRT Behrang 2020
berkenaan dengan pemasangan dan penyenggaraan sistem solar
panel.
Tajuk Program:
Program JKE Explorace DET-2020
Tarikh Program:
13.03.2020
Lokasi:
Sekitar Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Anjuran & Kolaborasi:
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Penerangan Program:
Program “JKE Explorace – DET 2020” merupakan salah satu program
berunsurkan permainan (games) dimana peserta program dikehendaki
menyelesaikan tugasan yang berbentuk akademik, permainan dan
‘critical thinking’ dalam masa yang telah ditetapkan. Peserta program
ini terdiri daripada sekumpulan pelajar Semester 2 Diploma
Kejuruteraan Elektrik (DET) dan pelajar semester 3 dan 4 DET
bertindak sebagai urusetia program. Program ini merupakan kali ke-7
diadakan dan akan berlangsung pada tarikh 13 Mac 2020 bertempat di
sekitar JKE termasuk makmal, bengkel dan bilik kuliah. Program ini
turut mendapat penglibatan daripada pensyarah DET yang bertindak
sebagai AJK pelaksana program dan turut memantau aktiviti yang
dijalankan sepanjang program berlangsung.
MUKA 57 LAIN-LAIN PROGRAM
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
Tajuk Program:
Program Lawatan Industri ke Swift Energy Sdn Bhd
Tarikh Program:
03.03.2020
Lokasi:
Swift Energy Sdn Bhd
Anjuran & Kolaborasi:
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Penerangan Program:
Program ini dilaksanakan bersesuaian untuk topik 6 yang terkandung
di dalam silibus kursus DEJ40033 Programmable Logic Controller
iaitu Installing, Maintenance and Troubleshooting of PLC System.
Lawatan ini mendedahkan kepada pelajar berkaitan industri yang
menghasilkan kabinet untuk pemasangan PLC. Program ini turut
dilaksanakan untuk membuka peluang kepada para pelajar untuk
berkomunikasi secara terus dengan pihak industri dan mewujudkan
komunikasi dua hala di antara pihak politeknik dan industri. Program
ini dilihat lebih berkesan kerana pelajar dapat melihat sendiri
pemasangan PLC di kabinet yang digunakan di industri-industri
besar.
Tajuk Program:
Ceramah Pelawat Industri Program Pensijilan Kompetensi Fiber Optic
Cable CA1C & CA2C
Tarikh Program:
9-10.10.2020
Lokasi:
Makmal ECOM 1, JKE
Anjuran & Kolaborasi:
Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Tell Comm Management Sdn. Bhd
Penerangan Program:
Program ini sebagai persediaan menceburi bidang komunikasi setelah
tamat pelajar, pelajar DEP perlu mempunyai nilai tambah (added
value) agar mereka dapat menjadi pilihan syarikat komunikasi
berbanding graduan institusi lain. Justeru itu, sekali lagi pada Sesi
Jun 2020, syarikat kolaborasi bersama industri Program DEP iaitu
kerjasama diantara Telekom dan Tell Comm Management Sdn. Bhd
menawarkan tenaga pengajar yang kompeten untuk mengadakan
kursus persediaan bagi peperiksaan CA-1C: Pemasangan,
penyambungan, ujian dan penyenggaraan gentian optik di premis
pelanggan dan CA-2C: Pemasangan, penyambungan, ujian dan
penyenggaraan aerial gentian optik dalam rangkaian. Kursus ini
melibatkan pengetahuan teori dan sesi praktikal melalui bengkel yang
dijalankan.
MUKA 58 LAIN-LAIN PROGRAM
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
Tajuk Program:
Program Peningkatan Kemahiran Pelajar Kursus Asas Aplikasi
Pembuatan Aditif Dalam Elektrik Dan Elektronik (Prototaip 3D)
Tarikh Program:
20-21.10.2020
Lokasi:
Makmal ECOM 3, JKE
Anjuran & Kolaborasi:
Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan RV Solution
Penerangan Program:
Program ini bertujuan untuk memantapkan lagi projek pelajar dengan
menumpukan kepada hasil akhir yang akan dihasilkan oleh pelajar
dalam bentuk Protaip 3D yang lebih kemas yang boleh dibangunkan
khas dengan menggunakan Mesin cetak 3D
Tajuk Program:
ROUTE TO CAREER (Skills, Attitude & Qualities to Get a Job)
Tarikh Program:
18.02.2020
Lokasi:
Dewan Kuliah Elektrik
Anjuran & Kolaborasi:
Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan kolaborasi Bersama pegawai tenaga
Kerja Jobsmalaysia RTC Gopeng Perak
Penerangan Program:
Program ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan kemahiran
dalam menghadapi temuduga pekerjaan sejajar dengan KPI dan
Petunjuk Kejayaan Utama (KSI) dimana 90% kadar graduan berjaya
diambil bekerja (employable). Selain itu menyediakan platform
perkongsian ilmu bagi menyediakan graduan yang berkualiti selaras
dengan kehendak industri.
Tajuk Program:
Simposium Pembentangan Projek Semester Akhir Sesi Disember 2019
Tarikh Program:
10.03.2020
Lokasi:
Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan perpustakaan PSAS
Anjuran & Kolaborasi:
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Penerangan Program:
Program ini dijalankan sebagai platform pelajar membentangkan hasil
pencapaian pembelajaran pelajar sepanjang dua semester mengikuti
kursus DEE40082 – Projek 1 dan DEE50102 – Projek 2.
MUKA 59 JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
PENGENALAN JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) berperanan untuk memberikan pendedahan ilmu kejuruteraan
mekanikal kepada pelajar bagi melahirkan graduan separa professional yang berketrampilan dan
berdaya saing. Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam bentuk teori dan praktikal bagi
mendedahkan pelajar pada alam pekerjaan yang sebenar. Di samping itu, pelajar berpeluang untuk
menjalani Latihan Industri di mana-mana firma awam atau swasta bagi melengkapkan sesi pengajian
mereka di politeknik.
Di bawah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) terdapat 4 program untuk pelajar diploma iaitu
Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif), Diploma Kejuruteraan
Mekanikal (Pembuatan) dan Diploma Kejuruteraan Mekatronik dengan tempoh pengajian selama 3
tahun (6 semester) manakala 1 program untuk pelajar sarjana iaitu Program Sarjana Muda Teknologi
Kejuruteraan Pembuatan (RekabentukAutomotif) dengan Kepujian dengan tempoh pengajian selama 3
tahun di PSAS dan 1 tahun di industri.
Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (RekabentukAutomotif) dengan Kepujian
yang ditawarkan ini telah dibangunkan untuk mengisi keperluan tenaga kerja dalam sebahagian ruang
lingkup bidang kejuruteraan pembuatan yang sangat luas. Program yang berasaskan Workbase Learning
(WBL) ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang khusus dalam bidang rekabentuk automotif
dan kejuruteraan pembuatan yang boleh diaplikasi untuk pelbagai kerjaya dalam industri automotif
masa kini.
Selain itu, pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar daripada program-program lain
yang ditawarkan ini akan membolehkan mereka menyahut cabaran dalam pasaran kerja yang sangat
mencabar pada masa kini lebih-lebih lagi dalam bidang automotif, pembuatan dan mekatronik.
MUKA 60 CARTA ORGANISASI JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
MUKA 61 PENCAPAIAN | ANUGERAH | PROGRAM BERIMPAK TINGGI
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Tajuk Program:
Penerima Geran Dana Penyelidikan TVET Applied Research
Grant Scheme (T-ARGS) Tahun 2020
Tarikh Program:
16 Jun 2020
Lokasi:
Aplikasi Microsoft Teams
Anjuran & Kolaborasi:
Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, JPPKK dan
Politeknik METrO Johor Bahru
Penerangan Program:
Majlis penyerahan bagi dana ini telah dijalankan pada Selasa, 16
Jun 2020 jam 10.00 pagi,bermediumkan Microsof Teams.
Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua pengarah Jabatan
Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) , Pengarah-
Pengarah Politeknik dan juga Ketua Penyelidik bagi politeknik
yang terlibat. Dana penyelidikan yang diterima oleh Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal adalah bagi kumpulan penyelidik yang
diketuai oleh En. Mohammad Al Bukhari Bin Marzuki bagi
kajian beliau yang berfokuskan bidang automotif dan
pengeluaran sesuai dengan bidang tujahan COT PSAS iaitu
POLCAM. Kajian ini bertajuk Development of Impact Cross
Members using a Hybrid Thermochemical Heat Treatment for
Automotive Application. Durasi bagi kajian ini adalah selama 1
tahun iaitu bermula pada 1 Jun 2020 sehingga 31 Mei 2021.
Kajian ini akan melibatkan beberapa industri pengeluaran
dari bidang automotif dan mendapat kerjasama daripada
Universiti Teknologi Mara (UiTM). Ianya akan meliabtkan
seramai dua belas (12) orang pensyarah dari Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Azlan Shah seperti
di bawah:
Shahrolnizam Bin Mohkhtar Anisah Binti Kamarudin
Penasihat Penyelidik
Mohd Nazri Bin Mohd Sabri Emadella Binti Rifai
Penasihat Penyelidik
Mohammad Al Bukhari Bin Marzuki Mohd Nasaei Shahid Bin Othman
Ketua Penyelidik Penyelidik
Mohammad Firdaus Bin Mohammed Azmi Norhasmawi bin Hassan
Penyelidik Penyelidik
Ahmad Syarifuddin Bin Che Abd Aziz Azlan shah katiman
Penyelidik Penyelidik
Rafidah Laili Binti Jaswadi Syed Muhammad Fuad Bin Sayed Abd Rahman
Penyelidik Penyelidik
Dr Juri Bin Saedon
Penyelidik
MUKA 62 PENCAPAIAN | ANUGERAH | PROGRAM BERIMPAK TINGGI
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Tajuk Program:
Penerimaan Sijil Pelantikan Flagship untuk Autonomous Vehicle
Tarikh Program:
21 Januari 2020
Lokasi:
Politeknik Ungku Omar
Anjuran & Kolaborasi:
-
Penerangan Program:
PSAS antara politeknik yang telah terpilih sebagai peneraju utama 4IR
Flagship bagi bidang Autonomous Vehicle mulai dari tarikh 21 Januari
2020.
MUKA 63 PENCAPAIAN | ANUGERAH | PROGRAM BERIMPAK TINGGI
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Tajuk Program:
Penerima Anugerah Emas di dalam
iCompEx 2020
Tarikh Program:
24 – 26 Mac 2020
Lokasi:
Dalam Talian
Anjuran & Kolaborasi:
Politeknik Sultan Abdul Halim
Muad’zam Shah
Penerangan Program:
Seramai 4 orang pensyarah dari
JKM telah menerima anugerah
Emas di dalam Pertandingan
iCompEx 2020 yang melibatkan
produk inovasi yang bertajuk Air
Wheel Generator Simulator for
Energy Harvesting.
MUKA 64 PENCAPAIAN | ANUGERAH | PROGRAM BERIMPAK TINGGI
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Tajuk Program:
Penerima Geran bagi projek inovasi Design & Development of
Automatic Rapid Manufacturing For Layer Cake (ARM-LC)
Tarikh Program:
11 Mac 2019 – 11 Januari 2020
Jumlah Geran:
RM91,000.00
Pertandingan Inovasi yang telah disertai :
National Innovation and Invention Competition Through
Exhibition 2020 (iCompEx 2020)
International Innovation in Technical and Vocational
Education and Training (INNOTVET 2020)
Penerangan Program:
Seramai 4 orang pensyarah dari PSAS telah menerima geran
sebanyak RM 91,000.00 untuk projek inovasi yang bertajuk
Design & Development of Automatic Rapid Manufacturing For
Layer Cake (ARM-LC).
MUKA 65 LAIN-LAIN PROGRAM
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Tajuk Program:
Audit ETAC bagi program DAD,DTP dan DEM
Tarikh Program:
19 – 20 Februari 2020
Lokasi:
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Anjuran & Kolaborasi:
-
Penerangan Program:
Audit ETAC bagi program DAD, DTP dan DEM yang telah berlangsung
selama 2 hari berjalan lancar.
Tajuk Program:
CSR Baikpulih Bengkel & Makmal JKM
Tarikh Program:
5-12 FEBRUARI.2020
Lokasi:
Sekitar bengkel dan makmal di JKM
Anjuran & Kolaborasi:
Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan kolaborasi Bersama pegawai tenaga
Kerja Jobsmalaysia RTC Gopeng Perak
Penerangan Program:
Program ini adalah penganjuran yang mendapat kerjasama daripada
pihak pelajar Kelab Amalan 5S yang dibimbing oleh Puan Alawiyah
binti Abdullah dan Puan Roshila binti Samsudin.
Aktiviti gotong-royong ini bertujuan untuk memenuhi kehendak
kursus DRK3012 dan MP24021 iaitu Kelab Amalan 5S bagi pelajar
Semester 3 dan 2. Aktiviti gotong-royong yang akan diadakan adalah
di sekitar bengkel dan makmal di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
(JKM) bagi persediaan menghadapi audit ETAC yang akan berlangsung
pada pertengahan Februari tahun ini.
Disamping itu juga, para pelajar dapat mengaplikasikan ilmu
pengetahuan Amalan 5S yang mereka pelajari di dalam kelas dan para
pelajar juga dapat merapatkan ukhwah dan membentuk persefahaman
antara pensyarah dan pelajar di dalam menyelesaikan masalah.
MUKA 66 LAIN-LAIN PROGRAM
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Tajuk Program:
Kursus Development Of Autonamous Vehicle & Artificial Intelligence
Tarikh Program:
5 – 22 Oktober 2020
Lokasi:
ULPL dan Makmal Hitech
Anjuran & Kolaborasi:
-
Penerangan Program:
Kursus yang melibatkan semua AJK Teknikal AV yang telah berjalan
selama 17 hari di ULPL dan Makmal Hitech.
Tajuk Program:
Mesyuarat Kurikulum Bersama Panel Industri
Tarikh Program:
21 September 2020
Lokasi:
JKM
Anjuran & Kolaborasi:
-
Penerangan Program:
Mesyuarat bersama panel industri yang dijemput untuk
membincangkan permasalahan dan penambahbaikkan mengenai
kurikulum setiap program DAD,DKM,DTP dan DEM.
MUKA 67 LAIN-LAIN PROGRAM
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Tajuk Program:
Kursus Perlaksanaan Projek Inovasi Pelajar Berkonsepkan CDIO
Tarikh Program:
15 Oktober 2020
Lokasi:
JKM
Anjuran & Kolaborasi:
-
Penerangan Program:
Kursus Perlaksanaan Projek Inovasi Pelajar yang berkonsepkan CDIO
yang telah disampaikan oleh En Mohamed Amran Seeni Sathakadulla
dari Syarikat MOTOROLA kepada para pelajar BMA seramai 6 orang.
Tajuk Program:
Kursus Application Of Tensile Test In Automotive Industry
Tarikh Program:
7 November 2020
Lokasi:
Ms Teams (Online)
Anjuran & Kolaborasi:
-
Penerangan Program:
Kursus Application of Tensile Test in Automotive Industry yang
melibatkan pelajar semester 3 seramai 139 orang yang mengambil
subjek kursus DJJ 30113, penceramah yang dijemput ialah daripada
syarikat Perodua iaitu En Ku Azri bin Che Ku Abdullah.
MUKA 68 LAIN-LAIN PROGRAM
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Tajuk Program:
CSR Pusat Jagaan Anak Yatim Dan Asnaf Zakat Baitul Mahabbah
Tarikh Program:
2 Oktober 2020
Lokasi:
Rumah Anak Yatim Baitul Marhabah Tanjung Malim
Anjuran & Kolaborasi:
-
Penerangan Program:
Program CSR ini bertujuan untuk menyantuni dan memberi
sumbangan kepada anak-anak yatim yang menetap di Rumah Anak
Yatim Baitul Marhabah, Tanjung Malim. Program ini melibatkan
seramai 38 orang anak yatim dan 8 orang guru yang menetap di
rumah tersebut. Seramai 45 orang pensyarah dari Jabatan
kejuruteraan Mekanikal JKM telah memberi sumbangan bagi
menjayakan program ini, walaubagaimanapun untuk menjaga
penjarakan fizikal, hanya 20 orang pensyarah akan hadir ke Rumah
Anak Yatim Baitul Marhabah, Tanjung Malim untuk menyampaikan
sumbangan tersebut. Duit sumbangan yang dikumpul akan dipecahkan
kepada wang tunai, barangan keperluan harian dan sedikit jamuan.
Selain itu, taklimat berkenaan program pengajian di JKM, PSAS turut
diberikan kepada warga Rumah Anak Yatim Baitul Marhabah.
Tajuk Program:
Lawatan Akademik Ke Bengkel Automotif Ciast
Tarikh Program:
15 September 2020
Lokasi:
CIAST, Shah Alam
Anjuran & Kolaborasi:
-
Penerangan Program:
Lawatan akademik yang melibatkan pelajar program DAD ke Bengkel
Automotif CIAST.
MUKA 69 LAIN-LAIN PROGRAM
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Tajuk Program:
Outreach Tvet Politeknik Kasih 2020 (Jkm - Membina Susur Pejalan
Kaki Dan Penutup Longkang Untuk Sekolah Agama Rakyat Behrang
2020)
Tarikh Program:
1 – 20 September 2020
Lokasi:
Sekolah Agama Rakyat Behrang 2020
Anjuran & Kolaborasi:
-
Penerangan Program:
Program CSR yang melibatkan semua pensyarah PSAS dan pensyarah
JKM telah ditetapkan untuk membina susur pejalan kaki dan penutup
longkang untuk sekolah tersebut yang mengambil masa selama 3
minggu.
Tajuk Program:
Kursus Pengendalian Mikroskop
Tarikh Program:
9 September 2020
Lokasi:
Makmal Metallurgy, JKM
Anjuran & Kolaborasi:
-
Penerangan Program:
Kursus Pengendalian Mikroskop yang dihadiri oleh para pensyarah
yang mengajar subjek kursus DJJ 30113 bagi memenuhi keperluan
silibus untuk Practical Task berkaitan topik Microstructure
Observation.
MUKA 70 LAIN-LAIN PROGRAM
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Tajuk Program:
Pembinaan Autonomous Robot Parsel
Tarikh Program:
Bermula Oktober 2020
Lokasi:
Makmal Hitech
Anjuran & Kolaborasi:
-
Penerangan Program:
Aktiviti Pembinaan Autonomous Robot Parsel yang melibatkan semua
AJK Teknikal AV yang telah bermula sejak bulan Oktober 2020.
Tajuk Program:
Pendaftaran Pelajar Semester 1 JKM bagi sesi Jun 2020
Tarikh Program:
5 Ogos 2020
Lokasi:
Dewan Muallim, PSAS
Anjuran & Kolaborasi:
-
Penerangan Program:
Pendaftaran pelajar semester 1 bagi sesi Jun 2020 untuk Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal telah berjalan lancar mengikut SOP yang
ditetapkan.
MUKA 71 PolySkills
PENGENALAN PolySkills
PolySkills telah ditubuhkan sejak tahun 2014 merupakan pertandingan kemahiran yang diadakan setiap
tahun di peringkat Politeknik Malaysia. Tujuan PolySkills diadakan adalah untuk memilih peserta yang
terbaik mewakili ke pertandingan World Skills Malaysia Belia (WSMB), seterusnya mencari calon
Peserta Negara ke World Skills Aseans Competition (WSAC) dan World Skills Competition (WSC).
Bidang yang dipertandingkan di PolySkills merangkumi dua cabang utama iaitu kategori kejuruteraan
dan hospitality. Sebanyak 25 bidang telah dikenalpasti oleh Penyelaras Induk PolySkills untuk
dipertandingkan pada setiap tahun penganjuran. Kecemerlangan PolySkills di peringkat Politeknik
Malaysia telah melahirkan beberapa Peserta Negara ke WSAC dan WSC di dalam bidang Fashion Design,
Restaurant Service, Electronic, IT Network System Administration, Mechatronic dan Mechanical
Engineering Design (CAD).
MUKA 72 CARTA ORGANISASI PolySkills
MUKA 73 PENCAPAIAN | ANUGERAH | PROGRAM BERIMPAK TINGGI
PolySkills
Tajuk Program:
Ujian Saringan Peserta Negara ke World Skills Asean
Competition (WSASEAN) ke 13 tahun 2020, Singapore bidang
Mechanical Engineering Design (CAD)
Tarikh Program:
17 hingga 20 Januari 2020
Lokasi:
Malaysia France Institute (MFI), UniKL, Bangi, Selangor
Anjuran & Kolaborasi:
Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber
Manusia.
Penerangan Program:
Pelajar Kejuruteraan Mekanikal, Muhammad Azan bin
Muhammad Hafiz, telah terpilih untuk mengikuti ujian
saringan Peserta Negara ke World Skills Asean Competition
(WSASEAN) 2020 Singapore bagi bidang Mechanical
Engineering Design (CAD). Seramai 8 peserta terbaik dari
World Skills Malaysia Belia 2019 telah dipilih melalui saringan
selama 4 hari di Malaysia France Institute (MFI), UniKL, Bangi,
Selangor. Walaupun beliau tidak berjaya dicalonkan sebagai
Peserta Negara, tetapi kesungguhan, keberanian dan iltizam
yang ditujukkan oleh beliau amatlah dikagumi dan disanjungi.
Semoga ianya dapat menjadi contoh tauladan kepada pelajar
PSAS yang lain.
MUKA 74 LAIN-LAIN PROGRAM
PolySkills
Tajuk Program:
Bengkel Pertandingan Kemahiran Politeknik Malaysia (PolySkills)
bersama Penyelaras Politeknik (PP) dan Ketua Jurulatih Pusat (KJP)
Tarikh Program:
22 hingga 24 September 2020
Lokasi:
Palm Mall Hotel, Seremban
Anjuran & Kolaborasi:
Bahagian Kurikulum (BK), Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej
Komuniti
Penerangan Program:
Objektif perbengkelan adalah menghasilkan perancangan dan
persediaan jangka pendek dan panjang bidang kemahiran peringkat
politeknik selain pembangunan kerangka kompetensi bidang baru di
dalam pertandingan PolySkills. Pegawai PSAS yang menghadiri
bengkel ini adalah En. Mohd Nazrol bin Md Ali sebagai Penyelaras
PolySkills (PP) dan Ketua Jurulatih Pusat (KJP) bidang Mechanical
Engineering Design (CAD)
Tajuk Program:
Bengkel Persiapan dan Perancangan Kejurulatihan World Skills
Malaysia Belia (WSMB) bidang Mechanical Engineering Design (CAD)
Tarikh Program:
23 hingga 25 Oktober 2020
Lokasi:
Makmal CADCAM, JKM, PSAS (secara online Ms Teams)
Anjuran & Kolaborasi:
Bahagian Kurikulum (BK), Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej
Komuniti dengan penganjuran bersama Politeknik Sultan Azlan Shah
Penerangan Program:
Objektif perbengkelan adalah memastikan aktiviti persiapan dan
perancangan World Skills Malaysia Belia (WSMB) 2021 dapat
dilaksanakan bersama dengan semua jurulatih Mechanical
Engineering Design (CAD) Politeknik Malaysia. Selain itu, bengkel ini
juga memberi pendedahan kemahiran kepada jurulatih CAD Politeknik
Malaysia tentang Module 2 (Mechanical Fabrication) dan Module 3
(Design Challenge) pertandingan WSMB bagi bidang CAD. Seramai 12
jurulatih CAD Politeknik Malaysia telah mengikuti bengkel ini secara
online melalui MicroSoft Teams. Turut berkongsi pengalaman semasa
bengkel berlangsung adalah Juri World Skills Malaysia Belia bidang
CAD iaitu Tuan Haji Zaihan bin Jumani serta Peserta Negara World
Skills Asean Competition (WSAC), Singapore 2021 bidang CAD adalah
saudara Ahmad Amirul Azmi bin Zainal.
MUKA 75 PUSAT ISLAM
PENGENALAN Pusat Islam
Selaras dengan visi PSAS bagi melahirkan pelajar yang holistik, Pusat Islam PSAS dibangunkan di atas
peranan sebagai sebuah badan dakwah yang bertanggungjawab memberikan pengisian rohani kepada
pelajar muslim bagi membentuk sahsiah yang unggul disamping memburu kecemerlangan sebagai
tenaga mahir dalam bidang teknikal.
Selain menjadi pusat ibadah, Pusat Islam turut berperanan merangka dan menjalankan pelbagai aktiviti
kerohanian bukan sahaja untuk para pelajar, bahkan juga untuk semua warga Politeknik Sultan Azlan
Shah
Pelbagai aktiviti turut dirancang dan dijalankan bagi memenuhi agenda membangunkan keperibadian
muslim sejati dalam kalangan pelajar khasnya dan warga PSAS amnya. Antara aktiviti rutin Puast Islam
adalah seperti berikut :
Kuliah Maghrib
Kuliah Fiqh Wanita
Kuliah Perubatan Islam
Let’s Clean Pusat Islam
Berikutan fungsinya yang penting sebagai pusat gerakan program kerohanian, Pusat Islam turut
dilengkapi dengan kemudahan berikut :
Dewan Solat Berhawa Dingin
Bilik Pentadbiran
Bilik Tetamu
Dapur
Selaras dengan fungsi Pusat Islam sebagai pemacu kecemerlangan sahsiah pelajar, diharapkan Pusat
Islam akan terus cemerlang dengan mendapat sokongan dan dokongan pelbagai pihak bagi setiap
agenda yang dirancang.
MUKA 76 CARTA ORGANISASI PUSAT ISLAM
MUKA 77 LAIN-LAIN PROGRAM
PUSAT ISLAM
Tajuk Program:
Seminar Dakwah Masyarakat Majmuk
Tarikh Program:
18.1. 2020
Lokasi:
PSAS
Anjuran & Kolaborasi:
Pusat Islam
Penerangan Program:
Karnival yang telah memberi pendedahan kepada pelajar kaedah
berdakwah dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang
bangsa dan budaya.
Tajuk Program:
Bengkel Asas Pemasangan Interlocking Concrete Pavers
Tarikh Program:
8 dan 9 Februari 2020
Lokasi:
Pusat Islam
Anjuran & Kolaborasi:
Pusat Islam & JKA
Penerangan Program:
Bengkel secara teori dan praktikal berkenaan pemasangan
Interlocking Concrete Pavers di ruangan kosong antara ruang dapur
dan tempat solat muslimah
Tajuk Program:
Bengkel Take Picture, Editing Like A Pro, And Innovation
Photographer Competition
Tarikh Program:
7 Mac 2020
Lokasi:
Makmal CAD JMSK
Anjuran & Kolaborasi:
Pusat Islam
Penerangan Program:
Bengkel yang memberi pendedahan secara ppraktikal kepada para
pelajar PSAS tentang kaedah mengambil dan mengedit gambar.
Manakala hasil kerja tersebut terus dipertandingkan bagi menonjolkan
lagi impak program ini.
MUKA 78 LAIN-LAIN PROGRAM
PUSAT ISLAM
Tajuk Program:
Sumbangan Duit Raya Untuk Para Pelajar Yang Terkandas Akibat PKP
Tarikh Program:
28 April 2020
Lokasi:
KAMSIS PSAS
Anjuran & Kolaborasi:
Pusat Islam
Penerangan Program:
Sumbangan tanda prihatin Pusat Islam terhadap para pelajar yang
terkandas di asrama berikutan pematuhan terhadap PKP
Tajuk Program:
Sumbangan Buah Tamar, Apricot dan Tin Sempena Ramadhan
Tarikh Program:
7 Mei 2020
Lokasi:
Pusat Islam
Anjuran & Kolaborasi:
Pusat Islam & JKA
Penerangan Program:
Sumbangan buah - buahan keringsempena memeriahkan sambutan
Ramadhan kepada penghuni kuarters dan para Pengawal Keselamatan.
MUKA 79 UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN PENGKOMERSILAN (UPIK)
PENGENALAN UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN PENGKOMERSILAN (UPIK)
Unit Penyelidikan dan Inovasi PSAS merupakan satu unit yang ditubuhkan khas untuk menjadi nadi
penggerak dalam usaha untuk membudayakan penyelidikan dan inovasi di kalangan pelajar, pensyarah
dan staf di PSAS.
FUNGSI
Menyelaras aktiviti-aktiviti penyelidikan dan inovasi di peringkat PSAS.
Mengurus serta melaksanakan aktiviti penyelidikan dan inovasi di peringkat PSAS.
Mengurus dan mengendali seminar, kolokium dan pertandingan produk inovasi Pelajar & Staf di
peringkat PSAS
Menyelaras penyertaan PSAS di dalam seminar penyelidikan dan pertandingan inovasi di dalam dan
di luar PSAS.
Menggalakkan dan memantau pembentangan kertas kajian di seminar / bengkel / persidangan di
peringkat politeknik / zon / kebangsaan / antarabangsa.
Menyelaras keperluan sumber dan bajet bagi menjalankan aktiviti penyelidikan dan inovasi di
peringkat PSAS.
MUKA 80 CARTA ORGANISASI
UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN PENGKOMERSILAN (UPIK)
MUKA 81 PENCAPAIAN | ANUGERAH | PROGRAM BERIMPAK TINGGI
UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN PENGKOMERSILAN (UPIK)
Tajuk Program: Penerangan Program:
Memperolehi 2 Geran T-ARGS Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya (Virtual Reality) bagi Kompetensi Sistem
Perlindungan Voltan Tinggi
Tarikh Program:
Tahun 2020 NAMA PENYELIDIK:
Darni Binti Darmin (JKE) - Ketua
Lokasi: Syahrunizam bin Buyamin
- Dr. Syafizwan Nizam Bin Mohd Faroque (PSA)
Anjuran & Kolaborasi: JUMLAH YG DIPEROLEHI:
- RM 52,000
MUKA 82 PENCAPAIAN | ANUGERAH | PROGRAM BERIMPAK TINGGI
UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN PENGKOMERSILAN (UPIK)
Tajuk Program: Penerangan Program:
Memperolehi 2 Geran T-ARGS Development of Impact Cross Members using a Hybrid Thermochemical Heat Treatment
for Automotive Application
Tarikh Program:
Tahun 2020 NAMA PENYELIDIK:
Mohammad Al-Bukhari (JKM)- KETUA
Lokasi: Mohammad Firdaus bin Mohammed Azmi
- Rafidah Laili bt Jaswadi
Ahmad Syarifuddin bin Che Abd Aziz
Anjuran & Kolaborasi: Dr. Juri bin Saedon (UiTM)
-
JUMLAH YG DIPEROLEHI:
RM 97,000
MUKA 83 PENCAPAIAN | ANUGERAH | PROGRAM BERIMPAK TINGGI
UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN PENGKOMERSILAN (UPIK)
Tajuk Program: DAN MAJLIS PENUTUP
FOCUS GROUP DIALOGUE
GREENTECH 2020
Tarikh Program:
16 Oktober 2020
Lokasi:
Online Ms Team, Dewan Kuliah Utama Politeknik Sultan Azlan
Shah
Anjuran & Kolaborasi:
Unit Penyelidikan, Inovasi Dan Pengkomersilan
Penerangan Program:
Selaras dengan dasar kerajaan tersebut, PSAS berusaha untuk
menyokong pencapaian keberhasilan dasar yang diwujudkan
melalui penganjuran GREENTECH 2020 Virtual Conference
peringkat kebangsaan di mana FGD merupakan salah satu
platform yang menggabungkan pemain-pemain utama industri
di dalam bidang ini bagi mengupas isu berkaitan impak dan
cabaran yang wujud dalam merealisasikan dasar teknologi
hijau di era Industrial Revolution 4.0. Memantapkan hubungan
dan jalinan kerjasama aktif di antara PSAS dan pihak industri
dalam bidang TVET.
Ahli Panel:
1. Ir. Roslee Bin Esman,
Director Industry Operation Suruhanjaya Tenaga
Bidang Kepakaran : Energy Regulation and Legislation
2. Dato’ Ir. Guntur Bin Tobeng,
Executive Chairman Gading Kencana Sdn Bhd
Bidang Kepakaran : Renewable Enegy
3. Dr Mazlan Bin Abbas,
Ketua Pegawai Eksekutif Favoriot Sdn. Bhd.
Bidang Kepakaran : Internet of Things
4. En Mohd Isa Bin Ismail,
Executive Chairman Taiace Engineering Sdn Bhd
Bidang Kepakaran : Energy Efficiency
Penyertaan:
60 orang pelajar dan 20 orang pensyarah
MUKA 84 PENCAPAIAN | ANUGERAH | PROGRAM BERIMPAK TINGGI
UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN PENGKOMERSILAN (UPIK)
Tajuk Program:
GREENTECH 2020 Virtual Conference (Peringkat Kebangsaan)
Tarikh Program:
14 -16 Oktober 2020
Lokasi:
Virtual Conference (Ms Team), Politeknik Sultan Azlan Shah
Anjuran & Kolaborasi:
Unit Penyelidikan, Inovasi Dan Pengkomersilan
Penerangan Program:
GREENTECH 2020 Virtual Conference peringkat kebangsaan
telah dilaksanakan pada 14 sehingga 16 Oktober 2020 dengan
anjuran Politeknik Sultan Azlan Shah bersama Pusat
Penyelidikan dan Inovasi JPPKK serta Koperasi Politeknik
Sultan Azlan Shah. Seminar ini bertujuan untuk menggalakan
penyelidikan di dalam bidang teknologi hijau dan kejuruteraan
serta penyelidikan dari bidang kejuruteraan, sains sosial, TVET
dan bidang lain yang berkaitan. Seminar ini juga sebagai
platform pertukaran penemuan dan idea-idea baru dalam
kalangan pensyarah dan staf Politeknik dan Kolej Komuniti
serta Institusi Pendidikan di Malaysia. Walau bagaimana pun,
susulan situasi wabak COVID-19 dan perintah kawalan
pergerakan bersyarat yang sedang berkuatkuasa pada ketika
itu, seminar GREENTECH 2020 telah dijalankan secara dalam
talian menggunakan platform Ms Teams demi mematuhi SOP
yang telah ditetapkan. Semua kertas kajian yang diterima telah
diterbitkan dalam e-prosiding seminar, manakala kertas-
kertas kajian terpilih pula berpeluang untuk diterbitkan dalam
e- jurnal berwasit terbitan JPPKK iaitu Politeknik & Kolej
komuniti Journal of Engineering and Technology, Politeknik &
Kolej komuniti Journal of Social Sciences and Humanities dan
Politeknik & Kolej komuniti Journal of Life Long Learning.
Penyertaan:
144 Peserta
Penerimaan Kertas Kajian Penuh:
106 kertas kajian
Penerimaan Video Pembentangan:
97 pembentang
MUKA 85 LAIN-LAIN PROGRAM
UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN PENGKOMERSILAN (UPIK)
Tajuk Program:
Pemasangan Sistem Akuaponik bagi projek inovasi staf dan pelajar
Tarikh Program:
10 Disember 2020
Lokasi:
JKE
Anjuran & Kolaborasi:
Unit Penyelidikan, Inovasi Dan Pengkomersilan Bersama JKE
Penerangan Program:
Sistem akuaponik ini dibangunkan di mana menrangkumi gabungan
tanaman dan penternakkan ikan. Pendekatan ini di mana air dikitar
semula untuk penggunaan tanaman dan ikan secara harmoni.
Gabungan tanaman dan ikan ke dalam system dilengkapi dengan
pelbagai tugas penyelenggaraan rutin yang berpotensi untuk
automatic menggunakan teknologi yang kita miliki sekarang. Sistem
ini jugadapat mengurangkan kebergantungan pada tenaga manusia
dalam tugas mengawal selia paras air dan kekeruhan air di dalam
system tersebut.
Tajuk Program:
Bengkel peningkatan Kemahiran Projek Pelajar JKA ( Mobile Apps
Development)
Tarikh Program:
13 -14 Oktober 2020
Lokasi:
Makmal Cad 1 JMSK, Politeknik Sultan Azlan Shah
Anjuran & Kolaborasi:
Unit Penyelidikan, Inovasi Dan Pengkomersilan Bersama JKA
Penerangan Program:
Teknologi komunikasi mudahalih ini telah menyediakan
pelbagaialternatif dan kemudahandalam berhubung, sebagai contoh
telefon bimbit tidak lagi terhad bagi tujuan menerima dan membuat
panggilan semata-mata. Inovasi berasaskan teknologi ini amat
diperlukan untuk kegunaan seharian manusia. Hasil inovasi projek
akhir pelajar mengikut perkembangan teknologi memberikan impak
dan potensi komersial yang lebih tinggi pada produk inovasi yang
dibangunkan. Maka dengan itu, bengkel peningkatan kemahiran
projek pelajar (mobile apps development) diadakan bagi meningkatkan
kemahiran teknologi kepada pelajar Kejuruteraan awam.
MUKA 86 LAIN-LAIN PROGRAM
UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN PENGKOMERSILAN (UPIK)
Tajuk Program:
Bengkel Penulisan Kertas Cadangan Kajian Produk/Kajian Yang
Bertemakan Teknologi Hijau Tahun 2020
Tarikh Program:
9 Januari 2020
Lokasi:
Dewan Tetanium, ULPL, Politeknik Sultan Azlan Shah
Anjuran & Kolaborasi:
Unit Penyelidikan, Inovasi Dan Pengkomersilan Bersama JKA
Penerangan Program:
Projek kajian merupakan aktiviti dan tugasan bersiri yang ditetapkan
sebagai latihan pembelajaran kendiri pada pelajar semester 4 dan 5 di
Politeknik Sultan Azlan Shah. Projek kajian ini mengaplikasikan
pengetahuan, konsep dan kemahiran yang diperolehi sepanjang
mengikuti program pengajian. Pelaksanaan projek ini merangkumi
semua proses pengajaran dan pembelajaran iaitu secara teoritikal,
praktikal, penulisan ilmiah, pemantauan,penilaian dan lain-lain.
Tajuk Program:
Kursus Asas Aplikasi Pembuatan Aditif Dalam Elektrik Dan Elektronik
(Prototaip 3D)
Tarikh Program:
20 hingga 21 Oktober 2020
Lokasi:
Makmal Ecad & EPK2, JKE, Politeknik Sultan Azlan Shah
Anjuran & Kolaborasi:
Unit Penyelidikan, Inovasi Dan Pengkomersilan Bersama JKE
Penerangan Program:
Teknologi pembuatan Aditif ( Additive Manucturing) adalah
merupakan satu metodologi terkini dalam penghasilan hasil akhir
(end product) yang lebih cepat (rapid prototyping) bersesuaian
dengan rekabentuk yang telah dibangunkan dengan mengggunakan
pendekatan prototaip 3D.
MUKA 87 LAIN-LAIN PROGRAM
UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN PENGKOMERSILAN (UPIK)
Tajuk Program:
Kursus Convert Innovation Project to Scientific Paper
Tarikh Program:
16 -18 Jun 2020
Lokasi:
Secara Online Microsoft Teams, Politeknik Sultan Azlan Shah
Anjuran & Kolaborasi:
Unit Penyelidikan, Inovasi Dan Pengkomersilan
Penerangan Program:
Kursus atau bengkel Convert Innovation Project to Scientific Paper
adalah merupakan satu kursus atau bengkel yang dianjurkan oleh Unit
Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan, PSAS berdasarkan kepada
keprihatinan pihak pengurusan UPIK, PSAS mengenai kepentingan
pendedahan perlu diberikan kepada para pensyarah yang banyak
menghasilkan projek inovasi mempelajari teknik penulisan kertas
kajian saintifik. Kursus seumpama ini akan dapat membantu para
pensyarah dapat menghasilkan kertas-kertas penyelidikan yang
bermutu.
Tajuk Program:
Pelaksanaan Projek Inovasi Pelajar Berkonsepkan CDIO
Tarikh Program:
15 Oktober 2020
Lokasi:
Bilik ETAC DTP, Politeknik Sultan Azlan Shah
Anjuran & Kolaborasi:
Unit Penyelidikan, Inovasi Dan Pengkomersilan Bersama JKM
Penerangan Program:
Program Kursus Pelaksanaan Projek Inovasi Pelajar Berkonsepkan
CDIO bagi Kursus Production Management, Lean Production System
dan Projek Akhir pelajar adalah salah satu inisiatif bersama Pensyarah
Pelawat Industri (PPI) untuk memberikan pendedahan kepada pelajar
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk
Automotif) mengenai konsep pengetahuan dan applikasinya di
industri pembuatan berteraskan konsep CDIO. Perkara yang akan
disampaikan dalam ceramah tersebut adalah berkaitan amalan lean
dan pengurusan operasi pembuatan, yang merangkumi sub topik
pengajaran kursus BJF7017 – Production Management, BJF7026 – Lean
Production System dan BJI8005 – Projek 2. Sehubungan itu, program
ini amatlah wajar untuk dijalankan bagi memberi peluang kepada
Pensyarah Pelawat Industri berkongsi pengalaman bersama pelajar,
khususnya perkongsian mengenai pengurusan operasi pembuatan dan
amalan lean yang membantu ke arah peningkatan produktiviti di
industri.
MUKA 88 UNIT PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI (UPLI)
PENGENALAN UNIT PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI (UPLI)
Unit Perhubungan & Latihan Industri atau singkatannya UPLI terletak di tingkat bawah bangunan
HAL EHWAL PELAJAR (HEP) Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).
Pengurusan unit ini terdiri daripada:
Ketua Unit (KUPLI)
2 orang Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri(PPLI)
4 Ketua Penyelaras Latihan Industri Jabatan (KPLIJ)
Penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ)
Seorang Pembantu Tadbir (PT)
UPLI adalah salah satu unit dalam organisasi PSAS yang bertanggungjawab untuk menguruskan proses
berkaitan latihan industri pelajar. Secara Keseluruhannya terdapat 3 fungsi utama UPLI iaitu :
Merancang dan menyelaras semua aktiviti latihan industri yang perlu diikuti oleh pelajar meliputi
persediaan sebelum menjalani latihan industri, semasa menjalani latihan industri dan selepas
menjalani latihan industri.
Menyelaraskan lawatan penyeliaan ke tempat pelajar-pelajar menjalani latihan industri
Menyelaras proses penilaian latihan industri setelah pelajar tamat menjalani latihan industri.
Mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak swasta, badan berkanun dan kerajaan bagi
mendapatkan tempat latihan industri pelajar yang bertepatan dengan bidang.
Bekerjasama dengan organisasi latihan bagi membolehkan pelajar mendapat manfaat semaksima
yang mungkin dari latihan industri yang dijalani.
MUKA 89 CARTA ORGANISASI
UNIT PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI (UPLI)
MUKA 90 PENCAPAIAN | ANUGERAH | PROGRAM BERIMPAK TINGGI
UNIT PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI (UPLI)
Tajuk Program:
ExKIP 8.0
Tarikh Program:
22-24 SEPTEMBER 2020
Lokasi:
Dewan Muallim, PSAS
Dewan Kuliah Utama, PSAS
Anjuran & Kolaborasi:
-
Penerangan Program:
Program ini telah diadakan selama 3 hari bermula 22hb hingga 24hb September 2020 dan bilangan pelajar dibahagikan kepada 2
kumpulan di mana kedua-dua kumpulan pelajar ini ditempatkan di Dewan Muallim dan Dewan kuliah Utama bagi menjaga
penjarakkan sosial dan mematuhi SOP. Pelajar mula mendaftar pada jam 8.00 pagi sebagai audience untuk majlis Perasmian
Program ExKIP 8.0. Pada jam 10.00 pagi, pelajar mula melawat booth dan menjalani temuduga. Pada jam 2.00 petang, sesi
temuduga bermula bagi kumpulan kedua pelajar yang berada di Dewan Kuliah Utama.
Program ini juga dihadiri oleh pelajar JKM dari Politeknik Banting pada 23hb September 2020.
MUKA 91 LAIN-LAIN PROGRAM
UNIT PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI (UPLI)
Tajuk Program:
Bengkel Pengurusan Latihan Industri sesi Jun 2020
Tarikh Program:
6 Ogos 2020
Lokasi:
Unit Perhubungan dan Latihan Industri Politeknik Sultan Azlan Shah
Anjuran & Kolaborasi:
-
Penerangan Program:
Bengkel ini adalah untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang hala
tuju dan skop tugas dalam melaksanakan Latihan Industri sesi Jun
2020. Di samping itu, segala isu dan permasalahan dalam
perlaksanaan latihan industri dapat dibincangkan dan diputuskan
dalam bengkel ini.
Tajuk Program:
Bengkel Pemantauan Latihan Industri sesi Disember 2019
Tarikh Program:
7 Februari 2020
Lokasi:
Unit Perhubungan dan Latihan Industri Politeknik Sultan Azlan Shah
Anjuran & Kolaborasi:
-
Penerangan Program:
Bengkel ini adalah untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang
proses pemantauan latihan industri sesi Disember 2019 (sebelum,
semasa dan selepas pemantauan).
MUKA 92 LAIN-LAIN PROGRAM
UNIT PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI (UPLI)
Tajuk Program:
Bengkel Pemantauan Latihan Industri sesi Jun 2020
Tarikh Program:
6 Ogos 2020
Lokasi:
Unit Perhubungan dan Latihan Industri Politeknik Sultan Azlan Shah
Anjuran & Kolaborasi:
-
Penerangan Program:
Bengkel ini adalah untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang
proses pemantauan latihan industri sesi Jun 2020 (sebelum, semasa
dan selepas pemantauan).
MUKA 93 UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI (UPPsi)
PENGENALAN UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI (UPPsi)
Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) merupakan unit sokongan di bawah Timbalan Pengarah Sokongan
Akademik Politeknik Sultan Azlan Shah. Pegawai Psikologi yang ditempatkan di Politeknik adalah
pegawai guna sama dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
UPPsi berperanan membantu ke arah kesejahteraan psikologi warga Politeknik agar dapat berfungsi
dengan baik dan dapat menyumbang kepada kecemerlangan Politeknik.
MATLAMAT
Menyediakan perkhidmatan psikologi, kaunseling/bimbingan dan kerjaya secara sistematik dan
terancang kepada warga PSAS dengan menekankan aspek pembangunan, pencegahan dan pemulihan
dan mengutamakan pembangunan modal insan yang holistik.
4 KPI UTAMA UPPsi:
1.Sesi Bimbingan dan Kaunseling (individu dan kelompok) (sukarela atau dirujuk)
2.Pentadbiran Inventori Psikologi dan Inventori Kerjaya
3. Pelaksanaan Program Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar
4.Pelaksanaan Program Pembangunan Kakitangan
MUKA 94 CARTA ORGANISASI
UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI (UPPsi)
MUKA 95 LAIN-LAIN PROGRAM
UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI (UPPsi)
Tajuk Program:
Bengkel Pelan Strategik PRSP Sesi Dis 2019
Tarikh Program:
13-15 Dis 2019
Lokasi:
Kalumpang Resort, Kalumpang
Anjuran & Kolaborasi:
UPPsi PSAS & SSA Creative Enterprise
Penerangan Program:
Program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan pengurusan
pelan strategik dalam organisasi Pembimbing Rakan Siswa Politeknik
(PRSP) PSAS
Objektif:
Melahirkan pemimpin yang bermatlamat
Memperkasa kemahiran kepimpinan
Meningkatkan keupayaan penyelesaian masalah melalui pemikiran
kritis.
Merapatkan jurang perbezaan personal melalui jalinan hubungan
interpersonal secara efektif
Memberi kefahaman skop tugas secara terperinci
Memberi fokus kepada objektif penubuhan dan memperkasakan
tadbir urus organisasi
Memperkukuhkan kefungsian PRSP PSAS
Tajuk Program:
Slot UPPsi sempena Minggu Transformasi Siswa PSAS
Tarikh Program:
3 Disember 2019
Lokasi:
Dewan Muallim PSAS
Anjuran & Kolaborasi:
PSAS
Penerangan Program:
Program ini dilaksanakan bagi memberi penerangan mengenai UPPsi
dan perkhidmatan yang disediakan oleh unit. Skop penerangan adalah
berkisar kepada pengurusan organisasi, pengurusan program,
pelaksanaan sesi bimbingan dan kaunseling, pentadbiran inventori
psikologi dan kerjaya, dan seumpamanya. Selain daripada itu, tujuan
slot ini juga adalah lebih kepada mempromosi perkhidmatan yang
disediakan oleh unit.
MUKA 96 LAIN-LAIN PROGRAM
UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI (UPPsi)
Tajuk Program:
Teambuilding DKA4B JKA
Tarikh Program:
24 Mac 2021
Lokasi:
Pasir Puteh, Kalumpang
Anjuran & Kolaborasi:
UPPsi & PA DKA4B JKA PSAS
Penerangan Program:
Mengenalpasti isu interpersonal dalam kalangan pelajar
Mengeratkan ukhwah dalam kalangan pelajar dan penasihat
akademik
Memahami secara mendalam personaliti kendiri dan personality
rakan rakan
Mewujudkan suasana harmoni dalam hubungan dan semangat
kekitaan
Tajuk Program:
Farewell Pelajar Praktikal UPPsi
Tarikh Program:
24 Mac 2021
Lokasi:
Restoran Idola, Slim River
Anjuran & Kolaborasi:
UPPsi PSAS
Penerangan Program: kalangan
Mewujudkan konsep penghargaan kendiri dalam mengenai
kakitangan UPPsi
Mengeratkan ukhwah dalam kalangan kakitangan UPPsi
Mewujudkan rasa penghargaan dan kesedaran
kepentingan perhubungan sesame individu.
MUKA 97 LAIN-LAIN PROGRAM
UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI (UPPsi)
Tajuk Program:
Bengkel Komunikasi Kepimpinan Berkesan
Tarikh Program:
24 Mac 2021
Lokasi:
Lumut, Perak
Anjuran & Kolaborasi:
UPPsi & Perpustakaan PSAS
Penerangan Program:
Memberi pendedahan kepimpinan organisasi yang efektif
Memberi pendedahan mengenai kewujudan dasar pemisah dan
pelaksaannya kepada kakitangan yang tegar dan tidak berdisiplin
Memberi pendedahan mengenai ujian ujian psikologi kepada
kakitangan perpustakaan
Memberi deskripsi yang tepat mengenai personaliti kendiri
Tajuk Program:
Kursus Pementoran Coaching & Mentoring
Tarikh Program:
7 Nov 2020
Lokasi:
ULPL PSAS
Anjuran & Kolaborasi:
UPPsi PSAS
Penerangan Program:
Program ini dilaksanakan bagi menyokong pelaksanaan salah satu
aplikasi utama iaitu Aplikasi Psikologi dalam Intervensi. Ia bertujuan
membimbing pegawai dalam peningkatan prestasi kerjaya dan
psikososial, meningkatkan kemahiran dalam aspek professional,
budaya, peribadi dan sosial, membina keperibadian tinggi dalam
kalangan warga PSAS, membudayakan kerja kelas pertama dan
berprestasi tinggi dalam PSAS dan meningkatkan imej dan reputasi
pegawai dan PSAS.
MUKA 98 LAIN-LAIN PROGRAM
UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI (UPPsi)
Tajuk Program:
Kursus Personaliti Unggul
Tarikh Program:
24 Mac 2021
Lokasi:
Bilik Persidangan PSAS
Anjuran & Kolaborasi:
UPPsi & Pentadbiran PSAS
Penerangan Program:
Mendapat deskripsi yang tepat mengenai diri individu
Memahami secara lebih mendalam keadaan semulajadi dan julat
perbezaan
Membantu penasihat akademik mengenali personaliti pelajar
Mewujudkan kesedaran kendiri melalui profail personaliti
Memberi pendedahan mengenai ujian psikometrik
Membantu pelajar mengetahui kekuatan dan kelemahan
MUKA 99 JABATAN PENGAJIAN AM
PENGENALAN JABATAN PENGAJIAN AM
Jabatan Pengajian Am (JPA) adalah salah satu daripada jabatan sokongan yang menyumbang tenaga bagi
merealisasikan visi dan misi Politeknik Sultan Azlan Shah. JPA terbahagi kepada dua unit utama iaitu
Unit Bahasa Inggeris dan Unit Pendidikan Islam dan Moral. Ia dianggotai 28 kakitangan iaitu 15 tenaga
pengajar terdiri daripada pensyarah Bahasa Inggeris, 12 pensyarah Pendidikan Islam dan Moral dan
seorang kakitangan pelaksana.
Unit Bahasa Inggeris memainkan peranan membantu pelajar menguasai penggunaan Bahasa Inggeris
sama ada dalam bentuk penulisan mahupun lisan sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan dan
kehidupan di masa hadapan. Manakala Unit Pendidikan Islam dan Moral berfungsi untuk membentuk
pelajar yang seimbang dari segi rohani dan jasmani sama ada dalam bentuk teori dan praktikal sebagai
kesinambungan dalam penghayatan kehidupan mereka.