MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA MUDA MUSA
TELUK INTAN
Bil. Mesyuarat : 3 Tahun 2019
Tarikh : 13 JULAI 2019 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 12.12 tengah hari
Tempat : Bilik Gerakan
SMK Raja Muda Musa
Hadir :
1. Pengetua - Pengerusi
(Cik Hajah Norizan binti Hussin)
2. Penolong Kanan Petang
(Pn. Hjh Norain binti Husni)
3. PK Hal Ehwal Murid
(En. Zubir bin Abu Hanifah)
4. PK Kokurikulum
(Pn. Shahril Azian binti Ahmad)
5. GK Bahasa/ KP Bahasa Melayu
(Pn. Ummi kalsom Binti Iskandar)
6. GK Votek/ KP RBT
(Pn. Hjh Noreha binti Maseri)
7. GK Sains dan Matematik/ KP Sains
(Pn. Ommi Kalsom binti Abdullah
8. GK Kemanusiaan / KP Geografi
(Pn. Foong Sau Cheng)
9. Kaunselor
(Pn. Suzana binti Abu Bakar)
10. Kaunselor
(Tn.Hj. Mohd Daud bin Hj. Mohd Ramli)
11. Kaunselor
(Pn. Gulbant Kaur a/p Bakhtawar Singh)
12. Guru Media
(Pn. Norsilah binti Azis)
13. SU SPM / KP Biologi
(Pn. Chong Man Sing)
14. SU Peperiksaan
(Pn. Chuah Chooi Leng)
15. SU PT3
(Pn. Siti Rohaya binti Ghazali)
1
16. SU PBS
(Pn. Norazlian binti Ahmad)
17. SU SPBT/BOSS
(Pn. Lee Wai Chung)
18. SU Jadual Waktu/ Guru Data
(En. Syaharudddin bin Yasat)
19. KP Sejarah
(Pn. Mariati binti Mohd Ramli)
20. KP Pendidikan Islam
(Pn. Normaizan binti Jusoh)
21. KP B. Inggeris / SU MBI
(Pn. Rosidah binti Yacob)
22. KP Pend. Moral
(Pn. Siti Rafizah bin Rozali)
23. KP Prinsip Perakaunan dan Ekonomi
(Pn. Naziyan binti Mohd Tarmizi)
24. KP PAV
(Pn. Roslina binti Abdul Hamid)
25. KP Matematik/ Penylrs Makmal/ SU FROG VLE)
(Pn. Azni Haida binti Khairuddin)
26. KP Reka Cipta
(YM. Engku Faris bin Engku Ahmad)
27. KP Matematik Tambahan
(En. Kamal Azwan bin Othman)
28. KP Fizik
En. Wan Muhd Ameri Wan Ab. Rahman)
29. KP PSK
(En. Nor Zainal bin Baharom)
30. KP Bahasa Cina
(Cik Tan Gaek Ling)
31. KP Bahasa Tamil
(Cik Shoveenapriya a/p Thiagu)
32. KP Kesusasteraan Melayu
(Pn. Azizah binti Ahmed)
33. KP Kimia
(Pn. Nadilah binti Mohd. Mokhtar)
34. Penolong Setiausaha Kurikulum
(Pn. Mimi Zarina binti Jarjani)
35. Setiausaha Kurikulum - Setiausaha
(Pn. Sayati binti Mohd Salleh)
2
Tidak Hadir Dengan Maaf :
1. Penolong Kanan Pendidikan Khas
(Pn. Nurlaila binti Abdullah)
2. Setiausaha Kurikulum PPKIBD
(Pn. Santhi a/p Vinayagam)
3. Setiausaha Kurikulum PPKIBP
(Pn. Dr.Nur Aishah binti Abdullah)
4. KP PSV
(En. Wan Yunus bin Wan Isa)
5. KP PJPK
(En. Mohd Zahari bin Kasio)
6. KP Tasawur Islam
(Pn.Hjh. Fadzilah@Fadhilah binti Ibrahim)
Turut Hadir :
1. Cik Nur Syafiqah Akmal binti Shahidan
2 En. Md Hairi bin Khairuddin
3. En. Syaharuddin bin Yasat
4 En. Abdul Hafiz bin Bahari
5 En. Chooi Kim Wai
6 Pn. Nazimah Mohamad Nazeri
7 Pn. Nik Faizathul binti Nik Mat
8 Pn. Rusmida @ Yong Rusmida binti Mahmood
9 Pn. Zainuyah binti Mohamed Zakaria
10 En. Tan Kok Kean
11 Pn. Fatimah Hikmah binti Saipul Anuar
12 Cik Ruday Anak Sekaya(guru praktikal)
Urus Setia :
Unit Kurikulum
SMK Raja Muda Musa Teluk Intan Perak
I. PERUTUSAN PENGERUSI
1. Kata Alu-aluan
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dalam mesyuarat JKKS,
Hem dan Kokurikulum kali ketiga tahun 2019.
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa pada Minggu 2 dan 4, sekolah dibenar
mengadakan aktiviti atau program.
1.3 Perubahan mesyuarat diadakan pada hari Sabtu adalah kerana pada tahun ini
sekolah diminta mengurangkan mesyuarat dan mesyuarat JKKS, HEM dan
Kokurikulum disekalikan mengikut apa yang dilakukan di peringkat PPD.
3
Sekiranya mesyuarat diadakan pada sesi petang, akan mengalami kekangan
waktu kerana ianya melibatkan guru-guru sesi petang juga. Oleh itu
kemungkinan pada tahun hadapan mesyuarat JKKS, HEM dan Kokurikulum
akan diadakan pada hari Sabtu yang boleh melibatkan semua guru. Pada
masa akan datang, mesyuarat JKKS wajib melibatkan semua guru, bukan
hanya Ketua Panitia mata pelajaran sahaja.
1.4 Guru-guru yang ingin mengadakan kelas tambahan pada Minggu 1, 3 dan 5
diminta menyediakan surat kebenaran ibu bapa.
1.5 PK Pentadbiran, Pn Hjh. Norhuda binti Jailani telah dinaikkan pangkat sebagai
pengetua di SMK Sultan Abdullah. Sementara menunggu PK Pentadbiran
yang baru, PK HEM akan menanggung tugas-tugas PK Pentadbiran.
Makluman
II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2. Minit Mesyuarat AJK Kurikulum SMK Raja Muda Musa Bilangan 2 Tahun 2019
pada 11 April 2019 (Khamis) disahkan.
Pencadang: Tn. Hj. Mohd Daud bin Hj Mohd Ramli
Disokong oleh: En. Wan Muhd Ameri Wan Ab. Rahman
Makluman
III. MAKLUM BALAS MESYUARAT KURIKULUM KE- 2
3. Pn. Pengetua memohon kerjasama guru kelas supaya tidak menyerahkan
tanggungjawab ketidakhadiran murid kepada kaunselor semata-mata. Guru
kelas ibarat ibu atau bapa angkat kepada anak murid di kelas masing-masing
kerana ketidakhadiran murid adalah di bawah tanggungjawab guru kelas.
Gunakan kebijaksanaan dan inisiatif guru untuk menarik minat murid supaya
hadir ke sekolah.
4. Susun atur kelas perlu penuhkan ruangan hadapan dan ada ruang untuk
pergerakan guru. Susunan meja dan kerusi adalah mengikut bilangan murid
kelas berkenaan. Guru-guru kelas boleh berbincang bersama untuk
menentukan tema dan sebagainya jika kelas berkongsi sesi pagi dan petang.
Perkara asas yang perlu ada di dalam kelas adalah jadual kelas, carta
organisasi, jadual bertugas dan susun atur murid kelas berkenaan.
Tindakan : Semua guru kelas
5. Laporan Ketua Panitia hendaklah dijadikan sebagai lampiran dalam minit
mesyuarat.
Tindakan : Setiausaha Kurikulum
6. PK dan GK yang mencerap diminta memastikan buku latihan murid daripada
kelas yang dicerap itu dipantau.
Tindakan : PK dan Guru Kanan
4
7. Perkara 1.4 Dari minit 2
GPMP semakin kecil semakin cemerlang. GPMP 0 bermaksud murid
berkenaan dapat A+. Guru-guru Tingkatan 5 mohon peka terhadap perkara ini
kerana pada 18 Julai 2019 (Khamis), KPPD akan hadir ke sekolah untuk Dialog
Prestasi Khas. Semua guru Tingkatan 5 diharap bersedia. Guru Kanan akan
beri penerangan tentang perkara ini.
Tindakan : PK dan Guru Kanan
8. Perkara 1.6 Dari minit 2
Mengikut persetujuan pihak PPD dan sekolah, bilangan calon yang layak
mendapat sijil SPM ialah 69 orang. 2 daripadanya berpindah ke Smk Seri Perak
dan Smk Sg Toh Muda Abdul Aziz, Sg. Siput.
Tindakan : Semua guru mata pelajaran
9. Perkara 6 Dari minit 2
Bagi semua guru yang terlibat dengan KSSM perlu ada DSKP dalam fail yang
telah ditandatangan oleh Pengetua. Mana-mana DSKP yang belum
ditandatangan, diminta hantar kepada pengetua.
Tindakan : Semua guru mata pelajaran
10. Perkara 11 dari minit 2
Murid tidak hadir peperiksaan perlu tanda TH dalam sistem Saps. Jika berlaku
peniruan, mesti ada bukti yang kukuh untuk guru meletakkan markah 0. Guru
jangan ambil mudah sekiranya jawapan murid sama, guru anggap murid
sebagai meniru. Guru ketika mengawas peperiksaan perlu meronda. Pengetua
perlu dimaklumkan sekiranya ada kes murid meniru.
Tindakan : Semua guru mata pelajaran
11. Perkara 17 dari minit 2
Target KP mesti selaras dengan Setiausaha Kurikulum. Guru kelas, KP dan
GK mesti tahu prestasi murid untuk Dialog Prestasi Khas bersama KPPD nanti.
Tindakan : Guru Kanan dan KP
12. PK dan GK yang mencerap guru-guru, perlu memaklumkan kepada guru
sebelum pencerapan. Perbincangan selepas pencerapan juga perlu dilakukan
dengan meminta guru membuat penambahbaikan kerana ini ada kaitan
dengan markah PBPPP sebanyak 60%. Guru-guru perlu membuat persediaan
sebelum dicerap.
Tindakan : PK dan Guru Kanan
IV. DIALOG PRESTASI PPT SPM 2019
13. Kluster 1
13.1 Kehadiran murid – sistem e-kehadiran
a. Semua guru kelas hendaklah mengisi sistem e-kehadiran sebelum
berakhirnya sesi persekolahan setiap hari. Jangan menggunakan
aplikasi daripada telefon bimbit, sebaiknya gunakan komputer
untuk mengisi e-kehadiran.
5
b. Sekiranya guru tidak hadir, sistem e-kehadiran akan diisi oleh
penyelaras tingkatan. Semua penyelaras perlu mempunyai id dan
password guru kelas.
c. Kehadiran murid bergantung kepada guru kelas.
d. Maklumat seperti alamat dan nombor telefon terkini hendaklah
dikemaskini di dalam sistem APDM. Guru kelas perlu menghubungi
ibu bapa murid sekiranya murid tersebut tidak hadir ke sekolah.
e. e-kehadiran perlu dicetak pada hari terakhir setiap bulan mengikut
kelas.
13.2 Keciciran murid
a. Guru kelas perlu menyerahkan senarai nama murid yang berhenti
atau dibuang sekolah kepada PK HEM untuk dihantar ke PPD.
b. Murid yang berhenti atau dibuang sekolah dikategorikan sebagai
tercicir.
c. Murid Tingkatan 1 dan Peralihan yang tidak mendaftar sehingga ke
hari ini juga dikira tercicir.
14. Kluster 2: Kemenjadian murid (SPM)
14.1 Data Calon SPM 2019
a. Calon 84 orang, 2 orang berhenti sekolah manakala 3 orang lagi
berpindah. Jumlah calon terkini ialah seramai 79 orang.
b. Bilangan calon target layak sijil ialah 69 orang termasuk 3 yang
berpindah.
c. Sasaran peratus lulus ialah 82.14 %
Tindakan : Semua guru
V. ANALISIS PPT SPM 2019
Lulus /
Bil Calon A+ A A- B+ B C+ C D E G Gagal Tidak Layak Sijil
Bil Mata Pelajaran Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % GPMP
1 BAHASA MELAYU [MA] 83 81 2 0 0 6 7.41 21 25.93 2 2.47 7 8.64 10 12.35 6 7.41 1 1.23 7 8.64 21 25.93 60 74.07 21 25.93 5.19
2 BAHASA INGGERIS [MA] 83 83 0 0 0 0 0 3 3.61 1 1.2 9 10.84 15 18.07 8 9.64 6 7.23 4 4.82 37 44.58 46 55.42 37 44.58 6.93
3 PENDIDIKAN ISLAM [MA] 61 61 0 0 0 2 3.28 3 4.92 5 8.2 7 11.48 7 11.48 5 8.2 5 8.2 9 14.75 18 29.51 43 70.49 18 29.51 6.31
4 SEJARAH [MA] 83 82 1 1 1.22 7 8.54 4 4.88 4 4.88 7 8.54 5 6.1 8 9.76 5 6.1 6 7.32 35 42.68 47 57.32 35 42.68 6.41
5 MATEMATIK [MA] 83 80 3 0 0 2 2.5 2 2.5 2 2.5 6 7.5 4 5 4 5 6 7.5 4 5 50 62.5 30 37.5 50 62.5 7.55
6 MATEMATIK TAMBAHAN 45 45 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 2.22 1 2.22 0 0 43 95.56 2 4.44 43 95.56 8.89
7 SAINS [MA] 66 63 3 0 0 1 1.59 3 4.76 2 3.17 2 3.17 3 4.76 15 23.81 5 7.94 3 4.76 29 46.03 34 53.97 29 46.03 7.08
8 BIOLOGI 17 17 0 0 0 0 0 1 5.88 2 11.76 1 5.88 3 17.65 1 5.88 5 29.41 1 5.88 3 17.65 14 82.35 3 17.65 6.06
9 FIZIK 17 17 0 0 0 0 0 0 0 2 11.76 0 0 3 17.65 3 17.65 7 41.18 2 11.76 0 0 17 100 0 0 6.12
10 KIMIA 17 17 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 5.88 2 11.76 2 11.76 10 58.82 2 11.76 15 88.24 2 11.76 7.59
11 KESUSATERAAN MELAYU [MA] 19 15 4 0 0 2 13.33 2 13.33 0 0 0 0 1 6.67 0 0 2 13.33 1 6.67 7 46.67 8 53.33 7 46.67 6.4
12 KESUSASTERAAN TAMIL 2 2 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 50 0 0 1 50 1 50 1 50 8
13 BAHASA TAMIL [MA] 5 5 0 0 0 0 0 1 20 1 20 0 0 0 0 0 0 2 40 1 20 0 0 5 100 0 0 5.4
14 PENDIDIKAN SENI VISUAL [MA] 38 35 3 0 0 0 0 0 0 0 0 1 2.86 1 2.86 12 34.29 9 25.71 8 22.86 4 11.43 31 88.57 4 11.43 6.97
PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN
15 KESIHATAN 83 78 5 0 0 4 5.13 13 16.67 10 12.82 10 12.82 9 11.54 14 17.95 8 10.26 6 7.69 4 5.13 74 94.87 4 5.13 4.73
16 SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 83 80 3 3 3.75 29 36.25 21 26.25 4 5 1 1.25 1 1.25 4 5 3 3.75 5 6.25 9 11.25 71 88.75 9 11.25 3.23
17 REKA CIPTA 16 16 0 0 0 0 0 0 0 2 12.5 7 43.75 3 18.75 2 12.5 2 12.5 0 0 0 0 16 100 0 0 4.69
18 PRINSIP AKAUN 14 14 0 0 0 0 0 0 0 1 7.14 0 0 1 7.14 1 7.14 2 14.29 3 21.43 6 42.86 8 57.14 6 42.86 7.57
19 TASAWWUR ISLAM 20 18 2 0 0 1 5.56 2 11.11 1 5.56 0 0 3 16.67 1 5.56 1 5.56 3 16.67 6 33.33 12 66.67 6 33.33 6.33
20 EKONOMI 14 14 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 7.14 0 0 0 0 2 14.29 3 21.43 8 57.14 6 42.86 8 57.14 8.14
PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN
21 KESIHATAN [MA] 83 78 5 0 0 4 5.13 13 16.67 10 12.82 10 12.82 9 11.54 14 17.95 8 10.26 6 7.69 4 5.13 74 94.87 4 5.13 4.73
22 PENDIDIKAN MORAL [MA] 22 20 2 0 0 0 0 0 0 2 10 1 5 1 5 2 10 2 10 1 5 11 55 9 45 11 55 7.4
JUMLAH (mengikut MP dikira GPS Sekolah) 705 685 20 1 0.15 21 3.07 42 6.13 27 3.94 49 7.15 61 8.91 71 10.36 66 9.64 66 9.64 281 41.02 338 49.34 281 41.02 6.76
6
15. DATA ANALISIS BAHASA MELAYU DAN SEJARAH
PERBANDINGAN PENCAPAIAN BM DAN SEJARAH
(SPM 2017, 2018, PPT & SASARAN 2019)
BIL. CALON PERATUS BIL. PERATUS BIL. CALON BIL. CALON BIL. CALON BIL. CALON SASARAN
SPM 2017 SPM CALON SPM (PAT 2018) (PAwT (PPT 2019) (PPT 2018) SPM 2019
2017 SPM 2018 2018 TOV 2019)
LULUS BM 47 46 47/83 49/95 69/84
DAN (96/128) 75.0 (68/95) 71.58
SEJARAH (55.29%) (54.12%) (56.63%) (51.58%) (82.14%)
LULUS BM 7 14 13 7 5
GAGAL 14 11.02% 23 24.21% (8.24%) (16.47%) (15.66%) (7.4%) (5.95%)
SEJARAH
LULUS 2 2 0 4 0
SEJARAH 2 1.57% 0 0% (2.35%) (2.35%) (4.21%)
GAGAL BM
GAGAL BM 29 20 23 30 15
DAN 16 12.60% 4 4.21% (34.12%) (23.53%) (27.71%) (31.58%) (17.86%)
SEJARAH
Makluman
VI. KLUSTER 3 – LAPORAN HEM
16 Kehadiran
16.1 Kehadiran pelajar ke sekolah dipantau oleh pegawai PPD. Semua
guru kelas perlu mengisi kehadiran pelajar dalam system e-
kehadiran.
16.2 Guru kelas yang kehilangan buku kecil kehadiran pelajar perlu
melaporkan segera kepada PK Hem.
16.3 Peratus KPI kehadiran pelajar di peringkat sekolah ialah sebanyak
93.0%, manakala di peringkat PPD ialah sebanyak 90%.
16.4 Surat amaran perlu di keluarkan kepada pelajar yang tidak hadir ke
sekolah mengikut bilangan hari yang telah ditetapkan.
16.5 Program Hari-hari Hadir masih lagi dijalankan pada setiap hari
Selasa, Rabu dan Khamis.
17 SSDM
17.1 Semua guru boleh masukkan amalan baik pelajar ke dalam sistem
SSDM dengan menggunakan ID AEB5166 dan kata laluannya ialah
dispaeb5166.
17.2 Pelajar yang mendapat bilangan amalan baik yang paling tinggi
dalam sistem SSDM akan diberikan penghargaan pada Majlis
Anugerah Kokurikulum dan HEM bulan Oktober ini.
18 Pengurusan Kelas
18.1 Setiap kelas perlu dilengkapkan dengan maklumat yang sepatutnya
seperti Visi dan Misi Sekolah, carta organisasi dan jadual.
7
18.2 Sebarang kerosakan di dalam kelas perlu dilaporkan kepada PK
HEM dengan segera.
18.3 Setiap kelas perlulah berada dalam keadaan ceria walaupun tiada
pertandingan keceriaan diadakan.
19 Kantin
19.1 Kontrak kantin akan berakhir pada hujung tahun ini dan tender
kantin akan dikeluarkan pada hujung bulan september.
19.2 Pengusaha kantin mohon pihak sekolah kurangkan sewa kantin
berikutan dengan kurang bilangan pelajar yang membeli di kantin,
terutamanya pelajar India, dan bil eleltrik yang perlu ditanggung
oleh pihak kantin.
19.3 Pekerja-pekerja kantin perlu dipastikan sudah menerima suntikan
kesihatan.
19.4 Pada sebelah petang persekolahan, banyak makanan yang tidak
berkhasit seperti nudget dan sosej dijual.
20 Kekemasan Pelajar
20.1 Semua guru perlu menegur pelajar yang melanggar peraturan
pemakaian baju sekolah.
20.2 Pelajar yang memakai seluar yang potongannya kecil di hujung kali
perlu dilaporkan kepada PK HEM.
20.3 Rambut pelajar juga perlu dipantau supaya mengikut peraturan
yang ditetapkan.
21 Biasiswa
21.1 Seramai 39 orang pelajar yang terpilih mendapat biasiswa pada
tahun ini. Setakat ini, 39 orang pelajar tersebut bersetuju menerima
biasiswa yang ditawarkan.
22 KWAMP
22.1 Seramai 26 orang pelajar yang ditawarkan untuk mendapat bantuan
KWAMP
22.2 Semua pelajar yang terpilih bersetuju menerima bantuan tersebut
kecuali seorang pelajar petang yang ibunya tidak bersetuju dengan
tawaran tersebut.
22.3 Bantuan KWAMP akan masuk pada bulan Oktober.
23 3K
23.1 Jawatankuasa 3K dan Keceriaan Sekolah telah disatukan dalam
satu unit. Di harapkan Unit 3K ini dapat menceriakan lagi kawasan
sekolah.
23.2 Kos yang diperlukan untuk keceriaan sekolah akan dibincangkan
dengan Pengetua.
24 Pengawas Sekolah
24.1 Semua pengawas tingkatan 5 dan 3 perlu direhatkan untuk
menghadapi peperiksaan SPM dan PT3. Diharapkan semua
pengawas tingkatan 4 boleh memainkan peranan yang sepatutnya
sebagai pengawas.
8
24.2 Jadual bertugas pengawas perlu selalu dikemaskini bagi
memastikan tugas-tugas pengawas dapat dijalankan dengan baik.
24.3 Perjumpaan dengan semua pengawas akan ditetapkan kemudian.
25 PPDa
25.1 Ruangan PPDa telah dikemaskini oleh kaunselor. Semua guru
boleh memberikan idea untuk menambahkan keceriaan ruangan
tersebut.
25.2 Mohon kerjasama semua guru untuk memantau kawasan tersebut
untuk mengelakkan tindakan yang tidak elok daripada pelajar
terhadap ruangan tersebut.
25.3 Pemantauan akan dilakukan dalam minggu hadapan.
26 Asrama
26.1 Semua guru perlu mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan
dalam takwim.
26.2 Program ‘Home Room’ akan dijalankan dan melibatkan semua
guru. Guru-guru perlu memantau bilik yang telah ditetapkan dari
segi keceriaan bilik asrama.
26.3 Jadual program ‘Home Room’ akan ditetapkan dan akan
dimaklumkan kepada semua guru kemudian.
27 Pengurusan Dakwah
27.1 Pengurusan Dakwah berjalan lancar dan program yang telah
ditetapkan dapat berjalan dengan lancar setakat ini.
28 Surat Amaran
28.1 Surat Amaran mempunyai dua format yang melibatkan
penggunaan lencana sekolah. Diharapkan semua guru kelas
memilih surat amaran yang tidak menggunakan lencana sekolah.
29 Majlis Ketua Tingkatan
29.1 Pemantauan setiap kelas dari segi maklumat-maklumat yang
sepatutnya telah ada di dalam setiap akan kelas akan dijalankan.
30 Majalah Sekolah
30.1 Majalah sekolah pada tahun ini akan diteruskan dan akan sesi
bergambar akan mengikut jadual yang akan ditetapkan kemudian.
31 Amanat Pengetua
31.1 Pengetua mengharapkan semua guru memainkan peranan dalam
pengurusan asrama kerana asrama adalah sebahagian
pengurusan sekolah.
31.2 Asrama dari segi luaran nampak ceria, begitu juga sepatutnya dari
segi dalaman asrama.
31.3 Guru-guru boleh merasai makanan di dewan makan asrama dan
membuat laporan mengenainya.
31.4 Guru bertugas mingguan perlu datang awal setiap hari untuk
memantau kehadiran pelajar ke sekolah.
31.5 Homeroom akan dilaksanakan, semua guru akan terlibat
menjayakan program ini.
9
Tindakan : Semua guru
VII. LAPORAN KOKURIKULUM
32. Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan kepada semua guru bahawa
bilangan perjumpaan Ko-Akademik sehingga 3 Julai 2019 adalah sebanyak
8 kali.
33. Perjumpaan Unit Uniform pada 17 Julai 2019 akan diadakan “explorace”
JPJ. Masa 12.50 hingga 2.20 petang. Perjumpaan ini adalah perjumpaan
Unit Uniform kali ke-7 dan ke-8
34. Penolong Kanan Kokurikulum memohon agar semua guru penasihat supaya
patuh dengan masa perjumpaan kokurikulum setiap hari Rabu 12.50-2.20
petang supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
35. Pada 27 Julai 2019 akan diadakan Pertandingan Teknologi Hijau di SMK
Dato’ Sagor.
36. Pada 27 Julai 2019 juga terdapat beberapa orang guru Semaja terlibat
dengan menjadi Ahli Jawatankuasa Pendaftaran Iktifal peringkat negeri
Perak di SMK Sultan Abdullah.
37. Beberapa orang pelajar Semaja telah terpilih mewakili daerah ke peringkat
negeri dalam Pertandingan Bola Sepak dan Silat .
38. Perhimpunan Kokurikulum akan ditunda ke 31 Julai 2019 bagi memberi
ruang untuk majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah .
Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan akan dijalankan pada 18 September
2019
39. Pada 11 Oktober 2019 hingga 13 Oktober 2019 akan dijalankan
perkhemahan perdana peringkat sekolah.
VIII. HAL-HAL LAIN
40. PAJSK
40.1 Segak peringkat pertama sudah dilaksanakan dan sudah selesai.
Segak peringkat ke dua masih berjalan. Guru Pendidikan Jasmani
dipohon supaya melaksanakan segak dengan betul.
40.2 Segala maklumat murid tentang PAJSK serta SEGAK perlu disi oleh
guru.
Tindakan : guru PJPK
41. Analisis PPT 2019 Tingkatan 4, 2 dan 1
41.1 Dialog prestasi bagi tingkatan 2 dan 1 akan diadakan pada satu
tarikh yang akan ditetapkan nanti.
42. Perancangan dan persediaan peperiksaan percubaan
10
42.1 JSI telah diedarkan kepada semua ketua panitia. Jangan
dibocorkan kepada murid. Set soalan percubaan yang dibina tidak
boleh diambil terus daripada satu sumber set soalan sahaja. Soalan
boleh diambil tetapi dengan pengubahsuaian mengikut tahap murid
kita.
43. PBS akan dibincangkan semula dalam suatu masa yang akan ditetapkan
nanti.
44. Koperasi tidak dibenarkan menjual barangan tajam seperti pisau, gunting
dan sebagainya berdasarkan surat siaran yang telah dikeluarkan oleh
JPN. Penggunaan alatan tersebut di dalam kelas adalah dalam kawalan
guru. Sekiranyan berlaku perkara yang tidak diingini adalah menjadi
tanggungjawab kita sebagai seorang guru.
45. Kehadiran guru mesti mematuhi waktu
45.1 sesi pagi sebelum 7.20 pagi
45.2 sesi petang hari jumaat sebelum pukul 2.00 petang.
46. Guru-guru yang keluar atas urusan peribadi diingatkan untuk mengisi
slip/kad keluar yang ada di pejabat walaupun dalam jarak yang dekat
sahaja.
47. Guru-guru perlu mengisi sendiri sistem Hrmis untuk cuti sakit atau CRK.
48. Guru-guru perlu menguruskan sendiri kad cuti dengan berjumpa mana-
mana pentadbir untuk menyokong cuti yang dipohon manakala
Pengetua akan meluluskan cuti selepas ditandatangani.
49. Guru diberi tempoh 3 hari untuk mengisi Hrmis dan sekiranya gagal
berbuat demikian, gaji akan dipotong.
50. Penilaian Bersepadu telah selesai. Semua guru telah ada markah untuk
fasa 1. Guru-guru diminta buat yang terbaik untuk fasa 2. Tunjukkan
komitmen supaya semua markah itu dapat memuaskan hati. Guru-guru
boleh melihat markah di Hrmis.
51. Guru-guru boleh berbincang dengan Penilai 1 dan 2 untuk penetapan
markah masing-masing.
Tindakan : Semua guru
52. Arahan PPD, Peperiksaan Akhir Tahun bermula pada bulan November.
53. Tiada peperiksaan percubaan PT3 kerana pada dasarnya tiada
peperiksaan untuk menengah rendah. Ianya akan diganti dengan latihan
intensif.
Makluman
IX. PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan jam 12.12 tengah hari.
11
Disediakan oleh: Disemak oleh:
Setiausaha CIK HJH. NORIZAN BINTI HUSSIN
Mesyuarat Kurikulum Pengetua
SMK Raja Muda Musa,
17 JULAI 2019 Teluk Intan, Perak.
12