Idea untuk anda Resepi Pesakit Dialisis 2013
Kata-kata aluan Menurut laporan Malaysian Dialysis and Transplant Registry, terdapat hampir 26,000 pesakit menjalani rawatan dialisis secara kekal di Malaysia pada tahun 2011, manakala jumlah unit dialisis di seluruh negara hampir mencecah 700. Peningkatan jumlah pesakit dan kemudahan rawatan dialisis bukan sahaja menunjukan jumlah pesakit yang ramai tetapi juga keupayaan negara kita memberi rawatan yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit yang mengalami kegagalan fungsi ginjal. Walaubagaimanpun, adalah penting untuk semua pihak yang berkaitan dengan pesakit atau yang memberi perkhidmatan dialisis menyedari bahawa keperluan optima penjagaan pesakit kegagalan ginjal bukan hanya melibatkan rawatan dialisis yang mencukupi atau berkualiti tetapi juga melibatkan perkhidmatan sokongan lain termasuk perkhidmatan farmasi, perkhidmatan dietetik, perkhidmatan kebajikan perubatan serta kaunseling dan lain-lain lagi. Pelbagai masalah yang dialami oleh pesakit yang menjalani rawatan dialisis adalah berkaitan dengan pengambilan makanan dan minuman yang berlebihan atau tidak sesuai dengan keadaan penyakit mereka. Disebalik keunikan negara kita yang mempunyai kumpulan etnik yang berbeza dan pelbagai jenis makanan yang menyelerakan, masalah yang sering dihadapi oleh pesakit buah pinggang serta anggota keluarga mereka adalah untuk menentukan apa yang selamat dan boleh dimakan oleh pesakit atau sebaliknya. Pegawai dietetik di Hospital Kuala Lumpur sejak sekian lama , telah memainkan peranan yang aktif untuk memberi kaunseling secara peribadi atau kumpulan kepada pesakit-pesakit ginjal kronik atau yang menjalani rawatan dialisis disamping menganjurkan beberapa sesi demonstrasi memasak untuk di pelajari oleh pesakit dan keluarga mereka. Sebagai kelansungan kepada semangat profesional dan sikap proaktif, Pegawai-Pegawai Dietetik yang terlatih dan berpengalaman di Hospital Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif untuk menyediakan buku ini yang memuatkan resipi-resipi yang sesuai untuk dicuba dan digunakan sebagai panduan oleh pesakit pesakit ginjal kronik atau yang menjalani rawatan dialisis sekaligus membantu pakar buah pinggang untuk memberi perkhidmatan yang lebih berkesan. Buku ini berupaya untuk menambah nilai kepada sesi kauseling pemakanan yang diberikan oleh pegawai dietetik, tetapi tidak akan menggantikan keperluan pesakit untuk mendapat nasihat kaunseling Pengawai Dietetik secara khusus bagi masalah yang akan timbul dari masa ke semasa. Saya mengucapkan syabas kepada usaha dan hasil kerja yang murni serta bermanafaat ini dan berharap ianya akan digunakan oleh pesakit atau keluarga mereka dengan sebaik mungkin. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih diatas sokongan Pengarah Hospital Kuala Lumpur untuk menghasilkan buku resipi ini. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA ADALAH BUDAYA KERJA KITA” Datuk Dr. Ghazali Bin Ahmad Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Nefrologi Jabatan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur
Kata-kata aluan Terlebih dahulu, saya ingin memanjangkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah, Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang merestui penerbitan buku resepi ini untuk kepentingan individu yang menjalani dialisis. Penjagaan pemakanan adalah penting untuk melengkapkan rawatan yang dijalani individu yang mengalami kegagalan ginjal kronik. Melaluinya, pengambilan kalori dan protin boleh disesuaikan dengan keperluan dan pengambilan sodium, potasium dan fosfat boleh dkawal supaya seiring dengan rawatan yang dijalankan. Buku resepi ini disediakan sebagai bahan rujukan untuk individu ini dengan tujuan: a. Menerangkan keperluan dan sekatan makanan yang perlu diikuti. b. Mendedahkan cara pemakanan yang sesuai untuk keadaan kesihatan. c. Membincangkan kaedah modifikasi masakan yang boleh dibuat. d. Memberi maklumat terperinci kandungan nutrien selepas modifikasi menu dilakukan. Penghasilan buku ini melibatkan proses memilih, mengubahsuai, menganalisa, mengujirasa menu, mengambil gambar seterusnya mengadunkannya menjadi sebuah buku. Keseluruhan proses ini mengambil masa sembilan bulan dan melibatkan 12 pegawai Jabatan Dietetik & Sajian, HKL. Proses mengujirasa melibatkan Pegawai Perubatan dari Jabatan Nefrologi, HKL dan individu yang menjalani dialisis di Unit Dialisis, HKL. Diharapkan, dengan adanya buku resepi ini, ianya akan memberi manfaat kepada individu yang menjalani dialisis secara khususnya dan keseluruhan anggota kesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menerbitkan buku resepi ini. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA ADALAH BUDAYA KERJA KITA” Ridzoni Sulaiman Ketua Profesion Pegawai Dietetik Kementerian Kesihatan Malaysia
Apabila buah pinggang gagal berfungsi, ramai yang tertanya-tanya apakah pantang larang dalam penyediaan makanan seharian. Kehidupan sebagai pesakit akan lebih selesa sekiranya anda mematuhi nasihat Pegawai Dietetik (Dietitian). Pesakit yang menjalani dialisis perlulah mengawal kandungan air dan garam untuk mengelakkan bengkak (terutamanya pada bahagian kaki) dan paru-paru berair. Buku resepi ini diterbitkan khas untuk pesakit buah pinggang terutamanya yang menjalani rawatan dialisis. Kami yang terdiri daripada sekumpulan Dietitian dari Hospital Kuala Lumpur, telah bergabung tenaga untuk mengumpulkan resepi-resepi yang lazat dan diubahsuaikan supaya boleh dinikmati oleh semua pesakit dialisis. Resepi yang tersedia di dalam buku ini adalah hasil yang diperolehi setelah diperbaiki berdasarkan komen dari pesakit dan Pengawai Perubatan setelah sesi ujirasa dijalankan. Resepi-resepi ini, telah mematuhi jumlah garam (sodium) yang dibenarkan, selain itu analisis makanan juga akan menunjukkan jumlah sebenar kandungan kalori, protin, potasium dan fosfat di dalam makanan tersebut. Cara penyediaannya mudah dan boleh dimasak sama ada oleh pesakit atau penjaga pesakit. Bagi pesakit dialisis, jumlah protin yang diambil perlulah ditingkatkan untuk menampung jumlah protin yang hilang melalui proses dialisis. Oleh itu, sila pastikan anda menghabiskan seketul lauk (seperti saiz potongan di kedai) untuk makan tengahari dan malam. Keperluan protin harian adalah berbeza mengikut saiz badan seseorang, untuk jumlah yang tepat silalah berhubung dengan Dietitian anda. Jumlah fosfat dapat dikawal dengan mengelakkan pengambilan susu dan hasil tenusu. Sila pastikan (sekiranya ada) ubat kalsium karbonat (CaCO3) diambil bersamasama dengan makanan. Sila minimakan penggunaan santan kerana santan juga mengandungi fosfat dan potasium. Bagi pesakit yang sering mengalami masalah tinggi potasium, silalah teliti tip yang disertakan di dalam buku ini untuk dijadikan panduan semasa penyediaan makanan seharian. Penghasilan buku ini diharapkan dapat memberikan idea kepada anda dan keluarga bahawa pesakit dialisis masih boleh menikmati makanan kegemaran dengan sedikit pengubahsuaian supaya sesuai dengan keadaan penyakit buah pinggang. Diharapkan buku resepi ini memberikan garis panduan tentang cara melakukan ubahsuaian ke atas resepi asal yang lain. Semoga buku ini dapat memberikan inspirasi kepada pesakit dan keluarga untuk terus menyediakan hidangan yang bersesuaian dengan keadaan penyakit buah pinggang. Selamat menjamu selera! Datin Nor Sharita Mohd Saad Dietitian Zon Nefrologi & Urologi Hospital Kuala Lumpur Pengenalan
Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja Pegawai Dietetik yang terlibat dalam penghasilan buku ini: Berdiri (dari kiri): Cik Khalizah Jamli, Datin Nor Sharita Mohd Saad, Puan Kamariah Nawawi dan Cik Low Phei Keow Duduk (dari kiri): Encik Mohd Hairil Muzammil Tokijan dan Encik Mohd Hafiz Mohd Rosli
Dari kiri: Encik Wan Ahmad Fazli Johari dan Encik Muhammad Fakhri Mohd Mat Noor Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja Pembantu penyediaan makanan yang terlibat sama: Dari kiri: Puan Norfadhilah Hassan dan Cik Syafila Suhaini Tiada dalam Gambar: Encik Mohd Safuan Mohd Kamil dan Puan Salina Said Sekalung budi: Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pesakit Unit Dialisis 1, HKL dan anggota HKL yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek buku resepi ini.
6 Isi Kandungan 1 Penerangan Ringkas Tip Masakan Sihat _____________________________________________ 8 Ukuran Rumahtangga __________________________________________ 9 Senarai Kandungan Potasium dalam Makanan/Minuman__________ 10 - 11 Senarai Kandungan Fosfat dalam Makanan/Minuman ____________ 12 - 13 Menu Utama Ikan Berkuah Asam Pedas ___________________________________ 14 - 15 Ikan Bawal Tiga Rasa _______________________________________ 16 - 17 Ikan Tenggiri Masak Kari ____________________________________ 18 - 19 Ikan Cencaru Sumbat Cili ____________________________________ 20 - 21 Ayam Bersos Lemon________________________________________ 22 - 23 Ayam Goreng Kunyit _______________________________________ 24 - 25 Ayam BBQ ________________________________________________ 26 - 27 Ayam Goreng Berempah ____________________________________ 28 - 29 Ayam Masak Merah ________________________________________ 30 - 31 Telur Berinti_______________________________________________ 32 - 33 Telur Sambal ______________________________________________ 34 - 35 Daging Masak Halia ________________________________________ 36 - 37 Jelatah___________________________________________________ 38 - 39 Terung Sambal ____________________________________________ 40 - 41 Sayur Campur _____________________________________________ 42 - 43 Sayur Kobis & Lobak Merah __________________________________ 44 - 45
7 Isi Kandungan 2 Nasi & Aneka Jenis Mee Nasi Goreng Cina __________________________________________ 46 - 47 Nasi Kerabu Ikan___________________________________________ 48 - 49 Mee Goreng ______________________________________________ 50 - 51 Mee Berkuah______________________________________________ 52 - 53 Meehoon Goreng Tomyam __________________________________ 54 - 55 Kueh Teow Goreng Udang ___________________________________ 56 - 57 Spageti Goreng ___________________________________________ 58 - 59 Asam Laksa _______________________________________________ 60 - 61 Kuih-Muih Popiah Goreng Bersos ______________________________________ 62 - 63 Samosa __________________________________________________ 64 - 65 Karipap Ayam _____________________________________________ 66 - 67 Kuih Cara Berlauk __________________________________________ 68 - 69 Pencuci Mulut Agar-agar Cendol __________________________________________ 70 - 71 Agar-agar Mangga _________________________________________ 72 - 73 Jeli Konnyaku ________________________________________________ 74 Smoothie Strawberi ___________________________________________ 75
8 Tip Masakan Sihat Tip Pengawalan Sodium (garam) 1. Untuk mengawal kandungan sodium makanan: a. Hadkan sodium kepada ¼ - ½ sudu teh rata (hidangan untuk empat orang). b. Hadkan kicap kepada ½ sudu besar (hidangan untuk empat orang). c. Gunakan sos tiram dalam jumlah yang sedikit sekadar menaikkan bau masakan. d. Rendamkan ikan bilis dalam air panas, dan buangkan air. Jumlah ikan bilis mestilah juga dihadkan. 2. Tambahkan rempah asli (seperti bawang, sedikit lada hitam, lada sulah, kayu manis, bunga lawang, daun kari, jintan dan ketumbar) dalam jumlah sederhana untuk menyedapkan rasa dan bau makanan sebagai pengganti kepada garam/perencah masakan. 3. Untuk membangkitkan rasa masakan, taburkan dengan sedikit bawang goreng yang digoreng sendiri. Elakkan menggunakan bawang goreng yang dibeli kerana kandungan sodiumnya yang tinggi. Tip Pengawalan Potasium 1. Untuk mengurangkan kandungan potasium makanan: a. Rebus ubi kentang di dalam air yang banyak dan buangkan airnya. b. Pilih sayur dari jenis rendah potasium seperti terung, kacang botor, kacang buncis dan ketola bagi membekalkan keperluan serat harian. c. Penggunaan daun sup dan daun bawang perlu dihadkan. d. Sawi dipotong kecil dan direndam dalam air panas seketika dan buangkan airnya. 2. Untuk meningkatkan kandungan potasium makanan: a. Gunakan sayur-sayuran dari jenis tinggi potasium seperti sawi dan kailan. b. Tingkatkan penggunaan daun sup dan daun bawang. Tip Pengawalan Fosfat 1. Untuk mengurangkan kandungan fosfat: a. Ayam direbus hingga masak dan dibuangkan air rebusannya terlebih dahulu sebelum digoreng. b. Gunakan daging/ayam segar yang dicincang sendiri berbanding dengan daging/ayam cincang yang diproses. c. Elakkan mengambil kuning telur. d. Elakkan mengambil air rebusan ikan.
9 Ukuran Rumah Tangga Untuk mengawal jumlah pengambilan air/cecair, gunakanlah ukuran berikut sebagai panduan. Sudu cina (20ml) Senduk nasi (60ml) Cawan (150ml-200ml) Mug (300ml) Gelas (300ml) Botol air (500-600ml) Senduk (80ml) Mangkuk cina (230ml) Sudu meja (20ml) Sudu sup (10ml) Sudu makan (10ml) Sudu teh (5ml)
Bawang besar Pucuk ubi kayu Pasli Terung Daun bawang Kacang botor Taugeh Kacang panjang Ketola ular Kobis Ketola air Kacang pea, tin Cili padi Timun Daun salad Cili hijau Jew’s ear (mook yi) Daun pudina Kacang buncis Kacang bendi Lobak putih 1 biji ½ cawan 1 sudu makan ½ cawan ¼ cawan ½ cawan ½ cawan ½ cawan ½ cawan ½ cawan ½ cawan ½ cawan 5 biji ½ cawan ½ cawan 5 biji ½ cawan ½ cawan ½ cawan 5 biji ½ cawan 6mg 9mg 23mg 24mg 25mg 28mg 30mg 31mg 33mg 35mg 35mg 36mg 37mg 37mg 37mg 40mg 41mg 42mg 43mg 47mg 47mg Daun kesom Asparagus Sengkuang Murunggai/ kelor Kangkung Lada benggala hijau Cili merah Bawang putih Peria Ulam raja Kundur Cendawan tiram Labu jantung Labu merah Pegaga Karot Rebung Ketola segi ½ cup 5 pucuk ½ cup ½ cawan ½ cawan ½ cawan 2 biji 5 ulas ½ cawan ½ cawan ½ cawan ½ cawan ½ cawan ½ cawan ½ cawan ½ cawan ½ cawan ½ cawan 51mg 55mg 56mg 58mg 61mg 62mg 64mg 70mg 72mg 72mg 76mg 77mg 80mg 81mg 83mg 88mg 94mg 100mg Kandungan POTASIUM Dalam Makanan/Minuman Terpilih Pilihlah makanan/minuman dari senarai di bawah berdasarkan keperluan anda RENDAH (Kurang daripada 50mg/hidangan) SEDERHANA (50mg - 100mg/hidangan) TINGGI (Lebih daripada 100mg/hidangan) SAYUR-SAYURAN 1 keping 1 sudu makan 1 sudu teh 0mg 1mg 4mg 1 sudu makan 1 sudu makan 1 sudu makan 1 pek 1 sudu makan 52mg 54mg 56mg 57mg 84mg Air tebu Air kacang soya Susu UHT Yogurt Isi kelapa muda Tau foo fah Serbuk koko Air kelapa 250ml 1 gelas 1 paket 1 cawan ½ cawan 1 bekas 2 sudu makan 250ml 150mg 158mg 211mg 230mg 241mg 290mg 362mg 496mg MINUMAN/PENCUCI MULUT/BAHAN BANCUHAN Gula merah Susu pekat manis Santan Krimer bukan tenusu Serbuk susu skim Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan 10 Kantan Brokoli Kacang pea, segar Bunga Kobis Timun bulu Tomato Watercress Bawang merah Cekur manis Cendawan kering Daun seladeri Pak choy Akar teratai Petai Kailan Bayam merah Bayam pasir Jantung pisang Pucuk paku Kucai Sawi Sengkuang cina Rumpai laut kering ¼ cawan ½ cawan ½ cawan ½ cawan ½ cawan 2 biji ½ cawan 5 biji ½ cawan 5 keping ½ cawan ½ cawan ½ cawan ½ cawan ½ cawan ½ cawan ½ cawan ½ cawan ½ cawan ½ cawan ½ cawan 5 biji ½ cawan 101mg 107mg 118mg 120mg 121mg 125mg 162mg 172mg 173mg 180mg 190mg 193mg 193mg 224mg 237mg 268mg 300mg 324mg 326mg 364mg 406mg 414mg 536mg Gula melaka Air sirap Serbuk kopi
Betik Limau bali Epal hijau Epal merah Pir hijau Oren Limau cina Mangga Salak Belimbing 1 potong 1 keping 1 biji 1 biji ½ biji 1 biji 1 biji ½ biji 1 biji 1 biji 62mg 65mg 75mg 76mg 79mg 79mg 79mg 81mg 99mg 100mg Kandungan POTASIUM Dalam Makanan/Minuman Terpilih Pilihlah makanan/minuman dari senarai di bawah berdasarkan keperluan anda BUAH-BUAHAN Sago Taucu ¼ cawan 1 sudu makan 3mg 45mg ½ cawan 5 biji ½ cawan 10 biji ½ cawan ½ cawan 1 potong 1 biji ½ cawan ½ cawan ½ cawan ½ cawan ½ cawan 101mg 116mg 247mg 310mg 247mg 160mg 163mg 166mg 184mg 235mg 300mg 644mg 714mg Badam Biji gajus Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan 11 Laici Anggur Tembikai Jambu air Pisang kaki Nenas Pisang mas Buah lai Prun Cempedak Buah kurma Duku Kiwi Buah pic Langsat Durian belanda Buah nona Pisang berangan Jambu batu + asam boi Kismis Kedondong Nangka 5 biji 8 biji 1 potong 5 biji 1 biji 1 potong 1 biji 1 biji 4 biji 4 biji 3 biji 10 biji 1 biji 1 biji 10 biji 1 potong 1 biji 1 biji 1 potong ¼ cawan 6 biji 5 biji 102mg 104mg 104mg 120mg 124mg 126mg 131mg 138mg 142mg 147mg 168mg 170mg 180mg 207mg 209mg 220mg 224mg 228mg 233mg 249mg 382mg 552mg Ciku Strawberi Jambu batu Plum Rambutan Manggis Pulasan 1 biji 5 biji 1 potong 1 biji 5 biji 3 biji 5 biji 17mg 31mg 32mg 38mg 41mg 43mg 45mg RENDAH (Kurang daripada 50mg/hidangan) SEDERHANA (50mg - 100mg/hidangan) TINGGI (Lebih daripada 100mg/hidangan) 60mg 69mg KACANG-KEKACANG, UBI-UBIAN DAN LEGUM 10 biji 10 biji Biji tembikai Buah berangan Kacang tanah Walnut Ubi keledek putih Ubi kayu Sukun Ubi kentang Keladi Kacang panggang, tin Dhal kuning Kacang hijau Kacang merah
Kandungan FOSFAT Dalam Makanan/Minuman Terpilih Pilihlah makanan/minuman rendah fosfat dari senarai di bawah SAYUR-SAYURAN Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan Keledek 1 biji sederhana 218mg RENDAH (Kurang daripada 40mg/hidangan) SEDERHANA (40mg - 80mg/hidangan) TINGGI (Lebih daripada 80mg/hidangan) 2 ceduk SUSU & PRODUK TENUSU Ais krim 70mg 3 biji 1 biji kecil 1 potong 1 potong 1 potong 1 biji kecil 5 ulas ½ biji 5mg 10mg 11mg 13mg 15mg 17mg 21mg 22mg BUAH-BUAHAN *Sayur-sayuran amnya mengandungi fosfat yang rendah Bayam goreng Ubi kentang ½ cawan 1 biji kecil 46mg 60mg Jambu air Epal merah Nenas Betik Tembikai Pisang Nangka Jambu batu Keju Susu pekat manis Yogurt Susu penuh krim Susu tepung skim 1 keping 2 sudu makan ½ cawan 1 gelas 4 sudu makan 83mg 93mg 170mg 207mg 272mg ½ biji 6 keping 2 sudu makan DAGING, IKAN, AYAM DAN KEKACANG Telur rebus dengan kuning telur Bebola ikan Udang kering Sardin dalam tin Ayam panggang Kacang panggang Ikan bilis 45mg 45mg 51mg 54mg 68mg 79mg 79mg 1 biji ½ cawan 6 keping 6 keping kecil 2 sudu makan 5 keping kecil 1 keping 1 ekor sederhana 10 cucuk 90mg 99mg 132mg 138mg 188mg 205mg 281mg 544mg 693mg Telur goreng Dhal Nuget ayam Rendang kambing Sambal ikan bilis Ayam masak kicap Taufu goreng Kari ikan Satay daging lembu ½ biji 5 biji kecil 1 sudu makan 1 ketul 1 ketul ½ cawan 2 sudu makan 45mg 33mg 37mg 12 Kailan goreng Timun Kobis goreng Kacang panjang goreng Taugeh goreng ½ cawan 6 hiris ½ cawan ½ cawan ½ cawan 4mg 5mg 9mg 15mg 16mg *Buah-buahan amnya mengandungi fosfat yang rendah Telur rebus (tanpa kuning telur) Daging khinzir (Char siew) Kacang tanah goreng
Kandungan FOSFAT Dalam Makanan/Minuman Terpilih Pilihlah makanan/minuman rendah fosfat dari senarai di bawah BIJIRIN Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan Mee segera Makaroni Lemang Nasi lemak Roti canai Roti telur Mee wantan Capati Nasi dagang Nasi kerabu Nasi ayam 1 bungkus 1 cawan 1 keping (4inci) 1 pinggan 1 keping 1 keping 1 pinggan 1 keping 1 pinggan 1 pinggan 1 pinggan 118mg 126mg 144mg 150mg 155mg 208mg 222mg 244mg 271mg 348mg 467mg Biskut krim kraker Mee kuning Serbuk kastard Laksa basah Kuih apam Ban kosong Tepung jagung Kuey teow Meehoon Idli Oat 2 keping 1 cawan 2 sudu makan 1 cawan 1 ketul 1 biji 2 sudu makan 1 cawan 1 cawan 1 ketul 2 sudu makan 0mg 2mg 2mg 6mg 8mg 14mg 26mg 29mg 33mg 5mg 38mg RENDAH (Kurang daripada 40mg/hidangan) SEDERHANA (40mg - 80mg/hidangan) TINGGI (Lebih daripada 80mg/hidangan) Nasi putih Roti putih Roti mil penuh Barli Putu mayam Dosai Bubur ikan Sandwic telur 1 cawan 2 keping 2 keping 2 sudu makan 1 keping 1 keping 1 mangkuk (m) 2 keping 43mg 44mg 50mg 58mg 66mg 73mg 73mg 75mg Bertih jagung Mufin Keropok ikan Keledek goreng Biskut coklat Kuih lapis 1 keping 1 mangkuk 2 sudu makan 1 keping 1 keping 1 biji 1 biji 1 keping 1 sederhana 1 keping 2 keping 84mg 89mg 92mg 94mg 103mg 119mg 126mg 145mg 179mg 229mg 236mg Kek buahbuahan Cendol Mentega kacang Kek Mentega Vadai Burger Pau inti daging Cakoi Jagung Papadom Keropok lekor goreng 1 paket 1 biji 6 keping 1 ketul 4 keping 1 keping MINUMAN Air kacang soya Air kola Serbuk koko 41mg 46mg 77mg 1 gelas 1 cawan 98mg 126mg Teh tarik Kopi susu 1 gelas 1 tin (325ml) 2 sudu makan 13 Air sirap Teh cina Air tebu Air kelapa Krimer bukan tenusu 1 gelas 1 gelas 1 gelas 1 gelas 1 paket 0mg 0mg 22mg 30mg 30mg Marjerin Jem buahbuahan Kuih sago Kuih apam Cina Pau kacang merah Popiah goreng Apam balik Karipap Pisang goreng Kuih ang koo Donut 1 sudu makan 1 sudu makan 1 keping 1 keping 1 biji 1 keping 1 keping 1 keping 1 keping 1 keping 1 keping 0mg 2mg 8mg 8mg 10mg 15mg 21mg 23mg 26mg 34mg 39mg 42mg 46mg 54mg 65mg 68mg 78mg SNEK
14 Menu Utama Ikan Berkuah Asam Pedas (4 hidangan) Bahan-bahan • 4 keping ikan merah • 1 cawan minyak - untuk menggoreng • 2 sudu makan minyak - untuk menumis Bahan A: Bahan Tumis • 4 biji cili kering • 2 biji bawang merah • 1 ulas bawang putih • 1 inci halia • 5g belacan Bahan B: Bahan Perasa • 2 cawan air • 4 keping asam keping • ½ batang daun kesom • 1 kuntum bunga kantan, belah dua • 1 batang serai, diketuk • 2 helai daun limau purut • ¼ sudu teh garam Bahan C: Bahan Hiasan • ½ kuntum bunga kantan • 1 biji bawang besar • 1 biji cili merah Cara Penyediaan: 1. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Tos dan ketepikan. 2. Tumbuk bahan tumis sehingga halus. 3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga naik bau. 4. Masukkan air dan diikuti dengan bahan perasa. Masukkan garam setelah kuah mendidih dan padamkan api. 5. Tuangkan kuah di atas ikan dan hias dengan bahan hiasan. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg) 250 6 18 17 185 273 125 hiris nipis dan halus
15
Menu Utama 16 Ikan Bawal Tiga Rasa (4 hidangan) Bahan-bahan • 4 keping ikan bawal • 2 sudu makan serbuk kunyit • 1 cawan minyak - untuk menggoreng • 3 sudu makan minyak masak - untuk menumis • ½ cawan air Bahan A: Bahan Penumis • 4 biji bawang merah • 4 ulas bawang putih • 1 inci halia Bahan B: Bahan Sos • 2 biji cili kering, dipotong kecil • 2 sudu makan sos tiram • 2 sudu teh gula • 1 batang serai • 5 helai daun limau purut Bahan C: Bahan Sayur • ½ biji lada benggala merah • ½ biji lada benggala hijau • 3 biji tomato Bahan D: Bahan Hiasan • Sedikit daun bawang • Sedikit daun sup Cara Penyediaan: 1. Panaskan kuali dan goreng ikan sehingga kuning keemasan. Tos dan ketepikan. 2. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan penumis sehingga naik bau. 3. Masukkan pula bahan sos satu per satu. Tambah ½ cawan air dan biarkan mendidih dan sedikit pekat. 4. Masukkan lada benggala diikuti dengan tomato. Biarkan seketika. 5. Tuangkan ke atas ikan tadi. Tabur dengan daun bawang dan daun sup yang dipotong kecil. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg) 238 86 19 15 316 219 253
17
Menu Utama 18 Ikan Tenggiri Masak Kari (4 hidangan) Bahan A • 4 potong ikan tenggiri • 2 cawan air • 1 biji terung bulat, belah terung kepada 4 bahagian • 4 biji kacang bendi, buangkan tangkai • 1 sudu teh asam jawa • ½ sudu teh rata garam • 1 biji cili hijau • 1 biji limau nipis, saiz kecil Bahan B: Bahan Tumis • ¼ biji bawang besar • 1 ulas bawang putih • 1 sudu teh halba campur • 1 tangkai daun kari • 4 sudu makan rata rempah kari • ¼ biji asam limau Cara Penyediaan: 1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang yang dihiris, halba campur dan daun kari sehingga naik bau. 2. Masukkan pula bawang tumbuk yang telah dicampur dengan rempah kari dan sedikit air. Masak sehingga naik minyak. 3. Buang lebihan minyak yang timbul apabila rempah kari sudah masak. 4. Masukkan ikan. Balik-balikkan sehingga masak. 5. Keluarkan semula ikan dengan menggunakan penyepit. 6. Masukkan 2 cawan air, terung dan bendi. Masak sehingga empuk. 7. Masukkan semula ikan tadi. 8. Masukkan asam jawa, garam dan cili hijau. 9. Padamkan api. Perahkan asam limau. Cara Menghidang: Setiap satu keping ikan: • Tambah satu biji bendi, satu potong terung dan 3 sudu makan kuah sahaja. Tip: • Penggunaan rempah serbuk meningkatkan aras potasium makanan. Oleh itu, pengambilan kuah perlu dihadkan kepada 2-3 sudu makan sahaja. • Untuk pesakit CAPD, masukkan tomato untuk meningkatkan aras potasium makanan disebabkan kandungan potasium yang tinggi dalam tomato. Kandungan Nutrien Setiap Hidangan (1 ketul) Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg) 238 11 19 13 349 287 236 bahagikan kepada 2 bahagian hiris nipis satu bahagian dan tumbuk satu bahagian lagi
19
Menu Utama 20 Ikan Cencaru Sumbat Cili (2 hidangan) Bahan-bahan • 2 ekor ikan cencaru • 2 biji limau kasturi • 2 helai daun kunyit Bahan A • 4 biji cili merah • 3 biji bawang merah • 1 ulas bawang putih • 1 biji buah keras • ¼ sudu teh gula • ¼ inci halia • ¼ sudu teh rata belacan, dibakar Cara Penyediaan: 1. Ikan dibersihkan tetapi jangan dibuang kulit keras. 2. Basuh dan belah belakang ikan. 3. Tumbuk lumat bahan A. 4. Apabila lumat, perahkan air limau kasturi. Gaul rata. 5. Sumbatkan bahan tumbuk ke dalam belahan belakang ikan. 6. Balut ikan dengan daun kunyit. 7. Setelah itu bolehlah dibakar. Tip: • Ikan akan berkalori rendah apabila dibakar. Sekiranya anda memerlukan lebih kalori, gorengkan ikan tersebut. • Jumlah belacan dikurangkan kepada ¼ sudu teh rata untuk mengawal jumlah kandungan sodium. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg) 120 6 19 2 81 309 268
21
Menu Utama 22 Ayam Bersos Lemon (4 hidangan) Bahan-bahan • 4 ketul ayam Bahan A: Bahan Perap • ½ biji lemon, perahkan jusnya • 2 ulas bawang putih, dihiris nipis • ½ sudu teh lada hitam Bahan B: Bahan Sos Lemon • 100 ml air • 1 biji cili merah, potong dadu halus • 2 ulas bawang putih, potong dadu halus • 2 sudu makan madu • 1 sudu teh gula • ¼ sudu teh garam • ½ biji lemon, perahkan jusnya • 2 sudu teh tepung jagung, bancuh dengan 2 sudu makan air Cara Penyediaan: 1. Perapkan ayam dengan bahan perap selama 30 minit. 2. Bakar ayam dalam ketuhar dengan suhu 150°C, selama 30 minit, atau sehingga masak. 3. Untuk sos lemon, masukkan air dalam periuk, diikuti dengan bahan sos lemon yang lain kecuali bancuhan tepung jagung dan panaskan sehingga mendidih. 4. Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sehingga sos menjadi pekat. 5. Tuangkan sos di atas ayam semasa menghidang. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg) 185 14 17 7 135 328 195
23
24 Menu Utama Ayam Goreng Kunyit (4 hidangan) Bahan-bahan • 4 ketul ayam (bahagian dada, dipotong kasar) • 2 sudu makan minyak masak - untuk menumis • 1 batang lobak merah, dipotong memanjang • 1 cawan kacang buncis • 2 biji cili hijau, dihiris Bahan-bahan A: Bahan Penumis • 3 ulas bawang putih • 1 biji bawang besar • 1 inci halia Bahan-bahan B: Bahan Perasa • 2 sudu makan serbuk kunyit • ½ sudu teh jintan manis (biji) • ½ sudu teh jintan putih (biji) • ¼ sudu teh garam Cara Penyediaan: 1. Rebus ayam sehingga masak dan buangkan air rebusannya. 2. Panaskan 2 sudu makan minyak masak dan tumis bahan penumis sehingga naik bau. 3. Masukkan daging ayam yang telah direbus diikuti dengan lobak merah, kacang buncis dan cili hijau. 4. Masukkan bahan perasa dan goreng seketika. 5. Goreng sehingga sayur empuk. Sedia untuk dihidangkan. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg) 221 9 15 14 150 348 166
25
Ayam BBQ (4 hidangan) Bahan-bahan 4 ketul ayam Bahan A: Bahan Kisar • 1 ulas bawang putih • ½ biji bawang besar (kisarkan) • ½ inci halia • 1 batang serai • ½ sudu besar ketumbar Bahan B: Bahan Perasa • ½ sudu makan serbuk cili • 1 sudu teh serbuk kunyit • ½ sudu teh garam • ½ sudu makan serbuk jintan manis • 1 sudu teh serbuk jintan putih • 4 sudu makan gula pasir Cara Penyediaan: 1. Basuh ayam dan perap semalaman dengan bahan kisar dan bahan perasa. 2. Bakar ayam yang telah diperap dalam ketuhar pada suhu 150˚C selama 30 minit atau sehingga masak. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg) 204 11 29 4 372 368 232 Menu Utama 26
27
Ayam Goreng Berempah (4 hidangan) Bahan-bahan • 4 ketul ayam • 2 sudu teh serbuk kari ayam • ½ sudu makan serbuk kunyit • ½ sudu makan cili kering, dikisar kering tanpa biji • ¼ sudu teh garam • 1 biji telur, ambil putih telur sahaja • ½ sudu makan tepung jagung • 1 tangkai daun kari • 1 cawan minyak - untuk menggoreng Bahan Kisar • 2 ulas bawang putih • 1 biji bawang besar, saiz sederhana • ½ inci halia • 1 batang serai • ½ sudu makan ketumbar, disangai Cara Penyediaan: 1. Perap ayam dengan bahan yang dikisar bersama serbuk kari, serbuk kunyit, cili kering dan garam. Perap selama setengah jam. 2. Tuang telur putih di atas ayam, tabur tepung jagung dan gaulkan. 3. Gorengkan bersama daun kari. 4. Setelah masak, angkat dan hidangkan. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg) 324 10 19 23 155 393 224 Menu Utama 28
29
Menu Utama 30 Bahan C: Bahan Tumbuk • ½ sudu teh jintan manis • ½ sudu teh jintan putih • ½ sudu teh ketumbar Bahan D • ½ sudu teh gula • ¼ sudu teh garam • 1sudu teh asam jawa Ayam Masak Merah (4 hidangan) Bahan-bahan • 4 ketul ayam tanpa kulit • ¼ sudu teh serbuk kunyit • 1 cawan minyak untuk menggoreng • 4 sudu teh minyak masak untuk menumis • ¼ cawan air Bahan A: Bahan Penumis • 1 batang kayu manis • 1 kuntum bunga lawang • 1 batang daun kari Bahan B: Bahan Tumis Tumbuk • ½ biji bawang besar • 2 ulas bawang putih • ½ inci panjang halia • 4 tangkai cili kering Cara Penyediaan: 1. Taburkan serbuk kunyit pada ayam. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga garing dan toskan menggunakan tisu bersih. 2. Panaskan 4 sudu teh minyak. Tumiskan bahan A dan bahan B sehingga naik bau. 3. Tambahkan ayam yang telah digoreng. Masukkan bahan C dan diikuti ¼ cawan air. 4. Tambahkan bahan D. Gaul seketika dan angkat apabila kering. Tip: • Untuk pesakit CAPD yang perlu meningkatkan pengambilan potasium, tambahkan 2 biji tomato ke dalam masakan ini. • Untuk mengurangkan kandungan lemak tepu dan minyak dalam masakan ini, potong ayam dalam saiz yang lebih kecil, masukkan ayam yang tidak digoreng selepas bahan tumis naik bau dan tambah ½ cawan air untuk memasakkan ayam tersebut. Kandungan Nutrien Setiap Hidangan (1 ketul) Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg) 350 9 17 27 217 326 211
31
32 Menu Utama Telur Berinti (4 hidangan) Bahan-bahan • 16 biji telur ayam (ambil putih telur sahaja) • 1 sudu kecil serbuk lada hitam • 5 sudu kecil minyak masak - untuk menumis • 1 ketul dada ayam, dipotong kecil • 1 batang lobak merah • 1 biji lada benggala • 1 tangkai kacang panjang • 4 sudu makan air Bahan A: Bahan Tumis • 1 biji bawang merah • 1 ulas bawang putih Bahan B: Bahan Perasa • 1 sudu teh sos tomato • 1 sudu teh sos cili Cara Penyediaan: 1. Bancuh telur dengan serbuk lada hitam dan bahagikan kepada 4 bahagian. Gorengkan telur dan ketepikan. 2. Untuk kuah, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. 3. Masukkan ayam, sayur, air dan bahan perasa. 4. Masak sehingga kuah menjadi pekat sedikit. 5. Tuang kuah di atas telur yang digoreng tadi. 6. Hidangkan. Tip: • Guna kuali tidak melekat (non-stick pan) semasa menggoreng telur untuk mengurangkan penggunaan minyak masak. • Untuk pesakit CAPD, tambahkan daun salad untuk meningkatkan kandungan potassium. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg) 124 8 20 1 323 321 87 dihiris
33
Menu Utama 34 Telur Sambal (4 hidangan) Bahan A • 16 biji telur ayam - rebus dan buang kuning telur dan gorengkan dalam sedikit minyak • 4 sudu teh minyak - untuk menumis • 2 sudu teh rata sos cili Bahan B: Bahan Tumis • ½ biji bawang besar • 2 ulas bawang putih • 4 tangkai cili kering - dikisar Bahan C: Bahan Hiasan • 4 sudu teh bawang merah yang digoreng • 1 sudu teh daun bawang yang dipotong halus • 1 sudu teh daun sup yang dipotong halus Cara Penyediaan: 1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis sehingga naik bau. 2. Masukkan telur. 3. Tambahkan sos cili dan gaul rata. Cara Menghidang: • Taburkan dengan sedikit bawang goreng serta daun sup dan daun bawang. Tip: • Penggunaan daun sup dan daun bawang perlu dihadkan kerana kandungan potasium yang tinggi. • Untuk pesakit CAPD, penggunaan daun sup dan daun bawang boleh ditambahkan untuk meningkatkan aras potasium makanan. Kandungan Nutrien Setiap Hidangan (4 biji putih telur) Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg) 227 8 15 15 281 220 41
35
Menu Utama 36 Daging Masak Halia (2 hidangan) Bahan-bahan • 180g daging, dipotong nipis • 1 sudu makan rempah 5 • ½ sudu makan kicap manis • ½ sudu makan serbuk lada hitam • 2 ulas bawang merah • 1 ulas bawang putih • ½ inci halia • 1 batang serai, diketuk • ½ sudu besar tepung jagung, dilarutkan dalam ¼ cawan air • 1 sudu makan cuka • 1 biji cili merah, sebagai hiasan • 3 sudu makan minyak - untuk menumis Cara Penyediaan: 1. Gaulkan daging dengan rempah 5, kicap dan serbuk lada hitam dan perapkan selama 15 minit. 2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. 3. Masukkan halia dan serai. 4. Masukkan daging yang telah diperap tadi, kacau rata sehingga masak. 5. Tambahkan tepung jagung. 6. Masukkan cuka. 7. Taburkan daun bawang dan cili sebagai hiasan. 8. Hidangkan. Tip: • Jumlah kicap telah dikurangkan kepada hanya ½ sudu besar untuk mengawal jumlah kandungan sodium. • Rempah 5 boleh didapati di pasar raya besar (hypermarket) di bahagian rempah ratus. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg) 247 7 21 14 284 295 91 dimayang halus
37
Menu Utama 38 Jelatah (4 hidangan) Bahan A • ½ biji timun • 1 potong nenas • 60g kobis ungu • ½ biji lobak merah - dipotong halus • 1 biji bawang besar • 3 biji cili merah Bahan B: Bahan Perasa • 1 sudu makan gula • ¼ sudu teh garam • 1 biji limau nipis Cara Penyediaan: 1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar. 2. Masukkan bahan perasa dan gaul sebati. Tip: Limau nipis diguna untuk menggantikan cuka buatan yang biasa digunakan dalam jelatah. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg) 84 18 2 0 160 224 59 dihiris nipis dihiris nipis membulat
39
Terung Sambal (4 hidangan) Bahan A • 1 biji terung panjang, buang separuh kulit dan potong serong • 4 sudu teh minyak • ½ cawan air Bahan B: Bahan Tumbuk • 2 biji cili kering, dikisar • ¼ biji bawang besar • 1 ulas bawang putih • 4 ekor ikan bilis kecil, rendam dalam air panas selama 10 minit dan ditumbuk halus Bahan C: Bahan Hiasan • ½ biji bawang merah, dibuat bawang goreng • 2 sudu teh minyak Cara Penyediaan: 1. Panaskan minyak. 2. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. 3. Masukkan terung. 4. Masukkan air dan masakkan sehingga terung menjadi lembut dan airnya kering. 5. Angkat dan hidangkan. Cara menghidang: • Hiaskan dengan sedikit bawang goreng. Kandungan Nutrien Setiap Hidangan (½ cawan) Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg) 94 5 2 8 10 35 27 Menu Utama 40
41
Menu Utama 42 Sayur Campur (4 hidangan) Bahan-bahan • 1 batang lobak merah • ¼ biji bunga kobis • 20 biji kacang buncis • 1 biji lada benggala • ¼ cawan air • 2 sudu teh sos tiram Bahan A: Bahan Penumis • 2 ulas bawang putih • 2 sudu makan minyak Cara Penyediaan: 1. Potong sayur mengikut citarasa. 2. Tumis bawang putih sehingga naik bau 3. Masukkan sayur satu persatu. Tambahkan air. 4. Perisakan dengan sos tiram dan masak sehingga sayur empuk. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg) 77 7 3 4 289 166 41
43
Menu Utama 44 Sayur Kobis & Lobak Merah (4 hidangan) Bahan-bahan • 1 ulas bawang putih • ½ biji bawang besar • 1 biji cili merah • 1 ketul dada ayam - dihiris nipis • 1 biji lobak merah - dihiris nipis • ½ biji kobis - dipotong kecil • ½ sudu kecil lada sulah • ¼ sudu kecil garam • 2 sudu teh minyak masak Cara Penyediaan: 1. Panaskan minyak. Tumis bawang dan cili merah sehingga naik bau. 2. Masukkan ayam. Goreng selama 1 hingga 2 minit. 3. Masukkan lobak merah dan kobis. Masak sehingga sayur empuk. 4. Perisakan dengan lada sulah dan garam. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg) 96 7 9 3 65 290 98 dimayang
45
Nasi dan Aneka Jenis Mee 46 Nasi Goreng Cina (2 hidangan) Bahan-bahan • 2 cawan nasi sejuk • 100g isi ayam - dipotong kecil • ½ biji lobak merah - dipotong dadu • 2 batang kacang panjang - dipotong pendek • 2 biji telur - ambil putih telur sahaja • ¼ sudu teh garam • ½ sudu teh lada hitam • 2 sudu makan minyak masak - untuk menumis Bahan Tumis • 2 biji bawang merah • 1 ulas bawang putih Bahan Hiasan • ¼ biji timun - dihiris nipis • 2 sudu makan daun sup yang dihiris nipis • 2 sudu makan daun bawang yang dihiris nipis • 1 biji cili merah • 1 biji cili hijau • 2 biji bawang merah - digoreng Cara Penyediaan: 1. Panaskan minyak. Tumis bawang sehingga naik bau. 2. Masukkan isi ayam, lobak merah dan kacang panjang. 3. Masukkan nasi, gaul rata. Ketepikan nasi supaya ada ruang di tengah kuali untuk telur putih. 4. Masukkan putih telur. Kacau sehingga masak. 5. Gaul rata. Perisakan dengan garam dan lada hitam 6. Hiaskan dengan bahan hiasan dan hidangkan. Tip: • Putih teluh boleh juga dibuat telur dadar dan dipotong halus. Taburkan di atas nasi goreng sebagai hiasan. • Untuk pesakit CAPD, makan bersama tomato dan daun salad bagi meningkatkan kandungan potassium. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg) 376 48 18 12 315 404 165
47
Nasi dan Aneka Jenis Mee 48 Nasi Kerabu Ikan (4 hidangan) Bahan-bahan • 2 cawan beras • Pewarna biru secukupnya • 2 ½ cawan air • 4 ekor ikan kembung saiz sederhana • 2 sudu kecil serbuk kunyit Bahan A: Bahan Tumis Kerabu • 6 biji bawang merah • 1 ulas bawang putih • 1 inci halia • 3 biji cili kering • 2 batang serai - dititik • 1 keping asam keping • 5 peket kecil serbuk krimer • 100ml air • ½ sudu kecil garam • 4 sudu besar minyak masak Cara Penyediaan: 1. Masak nasi dengan sedikit pewarna biru dan air. Goreng ikan kembong sehingga garing. 2. Untuk bahan A, panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar halus sehingga naik bau. Kemudian masukkan serai, asam keping, bancuhan serbuk krimer dan garam. Kacau sebati sehingga mendidih dan sedikit pekat. 3. Untuk menyediakan bahan sambal pula, goreng suhun sehingga kembang dan toskan. Ketepikan. 4. Rebus ikan kembung, kemudian ambil isi sahaja. 5. Sangai bawang merah, halia dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan garam, gula dan lada hitam dan kacau seketika. 6. Akhir sekali, gaulkan suhun, isi ikan kembung dan bahan yang disangai di dalam mangkuk besar, ketepikan. 7. Nasi kerabu dimakan bersama dengan ikan goreng, tumis kerabu, sambal dan bahan ulam. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg) 393 46 19 15 196 412 360 Bahan B: Bahan Sambal • 50g suhun • 2 ekor ikan kembong • ½ inci halia • 3 ulas bawang merah • 2 batang serai - dititik • ½ sudu kecil garam • ½ sudu kecil gula • 1 sudu kecil lada hitam • minyak - untuk menggoreng Bahan-bahan C: Bahan ulam • 200g taugeh • 1 kuntum bunga kantan • 1 batang timun • 5 tangkai kacang panjang dihiris halus dihiris nipis
49