ALATAN TANGAN DAN MESIN
Pembaris keluli Diperbuat daripada keluli tahan karat. Terdapat dalam 3 saiz,iaitu 150mm,300mm,1000mm.
Penggarit Diperbuat daripada keluli alat yang keras pada bahagian matanya. Mempunyai 2 hujung mata yang ditajamkan. Untuk kerja menanda dan membuat garisan pada permukaan logam.
Penebuk Terdapat 3 jenis 1. Penebuk cucuk - menanda pada garisan objek sebelum kerja memotong. 2. Penebuk pusat - menanda pusat bulatan sebelum kerja mengerudi 3. Penebuk cemat – menanggalkan atau membuang cemat atau rivet pada benda kerja
Sesiku L Terdapa 2 bahagian iaitu ‘bilah’ dan ‘badan’. Saiz ditentukan berdasarkan panjang bilahnya. Badan dan bilahnya adalah bersudut tepat Saiz biasa digunakan ialah 10cm dan 15cm Digunakan untuk 1. Menguji sudut 90’ 2. Membuat garis tegak dari tepi 3. Menguji keratan permukaan benda kerja
Plat Sudut Diperbuat dari besi tuang yang keras. Berbentuk L dengan sudut tepat 90 darjah dan berpermukaan yang rata. Digunakan untuk :- - Menyokong benda kerja semasa kerja semasa kerja menanda. - Memastikan benda kerja dalam keadaan tetap semasa kerja menanda.
Ragum Digunakan untuk memegang benda kerja dengan kuat dan teguh. Ragum yang selalu digunakan adalah ragum meja. Terdapat juga ragum yang digunakan pada mesin seperti ragum gerudi.
Pemutar Skru Terdapat 2 jenis yang biasa iaitu :- - Pemutar skru mata rata - Pemutar skru mata Philip ▪ Digunakan untuk kerja memasang atau membuka komponen yang melibatkan skru.
Sepana Dibuat daripada keluli campuran kromvanadium. Biasanya terdiri daripada 3 jenis iaitu :- - Sepana hujung terbuka - Sepana bergabung - Sepana gelang ▪ Digunakan untuk mengetat atau melonggarkan bolt atau nat. ▪ Saiz sepana ditentukan melalui jarak bukaan rahang dan garis pusat gelang.
Terdapat juga beberapa jenis sepanar khas yang dibuat untuk kegunaan tertentu iaitu :- - Sepana boleh laras - Sepana paip - Sepana Allen - Sepana soket - Sepana L - Sepana T - Sepana swalaras
Tukul Tukul dibahagikan kepada 2 iaitu :- - Tukul besi - Tukul lembut ▪ Saiz tukul bergantung pada berat kepala ▪ Tukul lembut digunakan untuk membentuk dan memasang benda kerja
Jenis-jenis tukul keras :- - Tukul bongkol bulat - Tukul kuku kambing - Tukul bongkah tirus ▪ Jenis-jenis tukul lembut :- - Tukul kulit - Tukul plastik -Tukul aluminium
Pahat Logam Diperbuat daripada keluli bermutu tinggi yang dikeraskan. Saiz pahat dikira mengikut ukuran lebar mata. Digunakan untuk memotong dan memahat logam.
Terdapat 4 jenis pahat kerja logam :- - Pahat mata rata - Pahat mata melintang - Pahat mata bulat - Pahat bentuk intan
Kikir Diperbuat daripada keluli bermutu tinggi yang dikeraskan. Saiznya dikira daripada mengikut ukuran panjang mata, iaitu daripada bahu hingga ke hujung mata kikir. Digunakan untuk memotong, menipis, dan melicinkan permukaan benda kerja.
SAIZ -Berdsarkan panjang kikir BENTUK -Rata tirus -Rata lurus -Separuh bulat -Bulat -Segiempat sama -Segitiga JENIS PEMOTONGAN GIGI -Gigi selari -Gigi bersilang -Gigi lengkung -Gigi parut GRED GIGI PEMOTONGAN -Kasar -Sederhana -Halus KIKIR
Gergaji Besi Untuk memotong logam atau benda kerja. Mata gergaji diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi, tahan lasak dan keluli aloi.
Gerudi Digunakan untuk menebuk lubang. Mata gerudi diperbuat daripada keluli tahan lasak atau tungsten karbida. Saiz gerudi ditentukan oleh garis pusat batang mata gerudi. Terdapat 3 jenis mata gerudi iaitu :- - Mata gerudi pintal - Mata gerudi pulas - Mata gerudi konkrit
Playar Digunakan untuk memotong, memegang, mengapit, memintal, memusing, menolak dan menarik. Jenis-jenis playar :- - Playar gabung. - Playar momotong sisi/tepi.
Perengkoh Paip Digunakan untuk memegang, memutar, dan memusingkan paip atau lain-lain logam benda kerja yang bulat. Apabila menggunakanya, halakan rahangnya ke arah anda semasa hendak menariknya.
Mesin Gerudi Di gunakan untuk kerja-kerja menyerpih, memotong dan membuat lubang pada bahan logam atau kayu.
Jenis-jenis Mesin Gerudi Mesin Gerudi Tangan Mudah Alih Mesin Gerudi Meja Mesin Gerudi Lantai Mesin Gerudi Jejarian
Mesin Larik Di gunakan untuk memesin secara menyerpih lilitan bahan logam bagi menghasilkan bentuk silinder. Ianya juga digunakan untuk kerja mengerat, menurah, membenang, membunga, dan menirus
Mesin Kisar Di gunakan untuk memotong bahan logam secara menyerpih dengan menggunakan mata pemotong berbilang hujung. Terdapat 2 jenis mesin kisar iaitu :- Mesin kisar turus berlutut Mesin Kisar Pengeluaran
Operasi Mesin Kisar Membuat lubang Membuat tanggam Membuat sudut tepi Mengisar lurah Mengisar rata Membuat lubang sengat atau alur “T”
Mesin Canai Di gunakan untuk menyerpih atau membuang bahan logam secara melelas dengan menggunakan roda canai. Tujuannya adalah untuk menajamkan alat pemotong dan menghasilkan kemasan permukan yang baik.
Jenis-jenis Mesin Canai Mesin canai mudah alih Mesin canai meja Mesin canai kekaki Mesin canai permukaan Mesin canai silinder