Kerja ketukangan yang sesuai menggunakan alatan tangan yang sesuai serta cara dan amalan yang betul dapat mempertingkatkan mutu kerja Sebelum kerja dimulakan,beberapa amalan keselamatan perlu dilakukan: i. Bahan kerja yang kecil harus diapit pada pemegang semasa memotong,memutar skru atau memateri di papan litar ii. Gunakan alatan tangan yang sesuai iii. Gunakan alatan tangan yang berpenebat semasa melakukan kerja yang melibatkan bekalan elektrik
PEMUTAR SKRU: Digunakan untuk mengetat dan melonggarkan skru. Pemutar skru yang biasa digunakan ialah jenis rata dan jenis mata palang atau philips
PEMUTAR NUT/NUT DRIVER Mempunyai pemegang dan batang seperti pemutar skru kecuali bahagian hujungnya. Digunakan untuk menangal atau mengetatkan nut kecil yang sukar dicapai seperti yang terdapat dalam perakam video,radio dan televisyen
PENA UJIAN Digunakan untuk mengesan kehadiran elektrik pada sesuatu benda. Boleh digunakan untuk mengetat dan melonggarkan skru yang kecil yang terdapat dalam alatan elektronik Batang pena ujian berpenebat manakala matanya berbentuk seperti pemutar skru bilah rata Satu mentol neon terdapat dalam pemegang pena ujian,mentol neon akan menyala jika mata pena ujian disentuh pada bahagian yang ada arus elektrik Selamat digunakan untuk mengesan voltan antara julat 50V-500V
PRECISION SCREW DRIVER SET Digunakan untuk menutup dan membuka skru dalam sesuatu bahan di dalam projek elektronik. Mempunyai pelbagai set mengikut kesesuaian skru driver Diperbuat daripada bahan steel dan aluminium.
KUNCI ALLEN Diperbuat daripada batang besi heksagon berbentuk L. Digunakan untuk mengetat dan melonggarkan nut yang berbentuk heksagon Biasanya terdapat dalam set yang berbilang saiz.
PLAYAR Digunakan untuk memotong,membengkok dan memegang dawai,kabel,komponen elektrik dan sebagainya. Playar dibuat daripada besi dan mempunyai pemegang bersalut penebat. Terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk:
i. PLAYAR PEPENJURU(cutter) Digunakan untuk memotong dawai dan penjurupenjuru kepingan logam yang nipis
PLAYAR MUNCUNG TIRUS Digunakan bagi mengapit nat atau skru pada tempat yang sempit. Playar ini juga boleh digunakan untuk memotong dawai.
PLAYAR TUKANG TALIAN: Digunakan dalam kerja-kerja pendawaian elektrik, Bahagian pemegangnya disalut dengan getah sebagai penebat bagi keselamatan.
PELUCUT DAWAI/WIRE STRIPPER • Digunakan untuk melucut/menanggalkan penebat pada kabel elektrik • Boleh juga digunakan untuk memotong dawai mengikut pada keaadan.
Tukul adalah salah satu alatan tangan yang digunakan dalam bengkel kejuruteraan ia biasanya digunakan untuk mengetuk sesuatu kerja bergantung kepada kesesuaiannya. Ia terdiri dari berbagai saiz dan bentuk Tukul yang biasa digunakan bagi bidang kejuruteraan elektronik dan elektrik ialah i. Tukul Pein Bebola ii. Tukul Warrington iii. Tukul Kuku Kambing iv. Mallet
TUKUL PEIN BEBOLA: Digunakan untuk kerja meribet
TUKUL WARRINGTON • Mempunyai kepala melintang. • Digunakan untuk menukul paku kecil • Bahagian kepala melintang tukul warrington digunakan untuk menukul paku di ruang yang sempit dan kecil
TUKUL KUKU KAMBING • Digunakan untuk menukul dan mencabut paku • Kepalanya berbentuk kuku kambing dan digunakan untuk mencabut paku
MALLET • Digunakan untuk meratakan lapisan/kepingan logam • Kepala Mallet dibuat daripada bahan plastik atau getah
PENANDA PUSAT • Digunakan untuk menanda pusat lubang yang hendak digerudi supaya kedudukan akan lebih tepat
PENGGARIT • Digunakan untuk membuat garisan pada kepingan logam sebelum dipotong. • Ianya diperbuat daripada besi