PENGENALAN KEPADA MULTIMETER MASUK
Fungsi dan kegunaan Multimeter Satu alat untuk mengukur dan menguji peralatan elektrik dan elektronik. ◼ mengukur bacaan voltan arus terus (AT), ◼ mengukur voltan arus ulangalik (AU), ◼ mengukur nilai rintangan, ◼ mengukur arus di dalam sesuatu litar
Jenis-jenis Multimeter Ia terbahagi kepada 2 jenis iaitu :- Analog Digital
DIGITAL MULTIMETER ANALOG MULTIMETER
PERBEZAAN ANALOG MULTIMETER DIGITAL MULTIMETER ◼ Mengunakan jarum penunjuk sebagai paparan. ◼ Perlu dilakukan ‘zero Ohm adjustment’ sebelum membuat ukuran kerintangan. ◼ Bacaan yang diperolehi mungkin kurang tepat. ◼ Menggunakan nombor berdigit sebagai paparan. ◼ Tidak perlu melakukan ‘zero Ohm adjustment’. ◼ Bacaan yang diperolehi lebih tepat.
Bahagian utama Multimeter Skala bacaan Jarum penunjuk Pelarasan Sifar Pelaras julat Pelarasan 0 Ohm Terminal Negatif (Probe) Terminal Positif (probe)
JARUM PENUNJUK Bergerak di atas skala bacaan untuk menunjukkan nilai sesuatu unit disukat. PELARAS JULAT Untuk memilih range mengikut unit sukatan yang ingin diukur. PROBE Terdiri daripada wayar berwarna hitam dan merah sebagai punca untuk menyukat/menguji.
Skala bacaan ◼ menunjukkan skala bacaan Pelaras 0 ohm ◼ Merupakan satu tombol yang membolehkan pelarasan dibuat untuk mendapatkan bacaan yang tepat bagi sukatan ohm pada julat pemilih. Pelarasan sifar ◼ Ianya untuk memastikan kedudukan jarum penunujuk berada betul-betul pada kedudukan 0
RUANG PENGUKURAN MULTIMETER
CARA MEMBACA METER SKALA BACAAN MENYUKAT RINTANGAN • Garisan berada di atas sekali iaitu berwarna hitam yang menunjukkan bacaan unit Ohm (Ω). • Di sebelah kanan skala tersebut bertanda angka ‘0’. • Untuk menyukat rintangan atau nilai perintang, dan perlu di darabkan dengan pendarab bagi bahagian pengukuran rintangan (Ω)
SKALA BACAAN MENYUKAT VOLTEJ AC • Garisan kedua yang berwarna merah untuk bacaan menyukat voltej AC sahaja. • Di sebelah kanan dan kiri skala ditanda dengan huruf AC. Untuk menyukat voltej AC, skil bacaan tersebut digunakan.
SKALA BACAAN MENYUKAT VOLTEJ DC • Garisan ketiga yang berwarna hitam untuk bacaan menyukat Voltej DC sahaja. • Di sebelah kanan dan kiri skala tersebut bertanda huruf DC. • Untuk menyukat voltej DC, skil bacaan tersebut digunakan.
Langkah-langkah keselamatan Jaga meter supaya tidak terhempas. Tanggalkan kedua-dua talian meter selepas digunakan. Elakkan tangan daripada terkena bahagian yang tidak bersalut penebat pada punca meter (probe).
SEKIAN