PENGENALAN KEPADA MESIN CANAI DISEDIAKAN OLEH : NOR NABILA BINTI SAID
Pelajar-pelajar mesti boleh: ➢Terangkan apa itu mesin pencanai ➢Nyatakan jenis-jenis mesin pencanai ➢Terangkan jenis-jenis roda pencanai TUJUAN
Mesin Pencanai ❖Mencanai (grinding) merupakan proses pemotongan logam yang mana ianya mengeluarkan logam atau bahan lain dalam bentuk serpihan kecil dengan cara pemusingan roda pencanai yang dibuat daripada bijian-bijian abrasive yang halus dan diikat
Kebaikan Mencanai (Grinding) i. Satu-satunya cara pemotongan bahan yang telah diberi rawatan haba (hardening). Komponen yang dikehendaki dimesin terlebih dahulu dalam keadaan anneal. Sedikit lebihan sahaja ditinggalkan untuk proses mencanai. ii.Menghasilkan kekemasan permukaan yang amat licin yang diperlukan pada permukaan bearing dan permukaan yang menyentuh antara satu sama lain. iii. Benda kerja dapat disiapkan keukuran yang tepat dalam masa yang singkat. Ini adalah disebabkan sedikit lebihan sahaja yang ditinggalkan untuk proses mencanai.
JENIS-JENIS MESIN PENCANAI i. Mesin pencanai meja dan kaki ii.Mesin pencanai elektrik (mudah alih) iii. Mesin canai permukaan (surface grinding) iv. Mesin pencanai silinder (cylindrical grinding) v. Mesin pencanai mata alat pemotong (tool and cutter grinder) vi. Mesin pencanai tanpa tetengah (centerless grinding)
Mesin pencanai meja
Mesin pencanai kaki
Bahagian-bahagian mesin pencanai meja & kaki terdiri daripada: Pelindung mata Pelapik Roda Penahan mata alat Motor (pelapik)
Ia mempunyai dua buah roda, yang satu kasar dan yang satu halus. Kegunaannya ialah untuk mencanai hujung mata pemotong yang sudah tumpul seperti pahat, gerudi, pemutar skru, mata alat mesin pelarik dan mesin pembentuk.
Fungsi mesin pencanai kekaki sama seperti mesin pencanai meja tetapi mesin ini lebih tegap dan digunakan untuk mencanai alat-alat yang besar dan berat.
Mesin pencanai elektrik (mudah alih)
Mesin canai permukaan (surface grinding)
Mesin pencanai permukaan digunakan untuk mencanai permukaan bahan logam bagi menghasilkan permukaan yang licin dengan ketepatan ukuran yang jitu. Mesin jenis ini dilengkapi dengan satu roda canai yang dipasang pada bahagian spindal mesin dan ragum magnet digunakan untuk memegang benda kerja. Meja kerjanya boleh digerakkan secara manual atau secara automatik ( mengufuk ). Roda canai boleh diturunkan dan dinaikkan untuk melaraskan kedalaman pemotongan. Suapan minimum yang boleh diberikan ialah sehingga 0.001 mikron.
Mesin pencanai silinder (cylindrical grinding)
Mesin canai silinder digunakan untuk mencanai silinder selari dan silinder tirus. Mesin canai silinder hanya digunakan untuk pengeluaran kelompok.
Mesin pencanai mata alat pemotong (tool and cutter grinder)
Mesin pencanai tanpa tetengah (centerless grinding)
RODA PENCANAI
bentuk roda pencanai
Komponen Asas Roda Pencanai Roda pencanai mempunyai dua komponen asas iaitu : Pelelas Pengikat
Pelelas Pelelas diperbuat dari bahan yang sangat keras dan dapat memotong atau lelas bahan yang lain. Apabila pelelas digunakan sebagai pencanai, ia dapat meratakan permukaan yang kasar serta melicinkan garis atau calar yang terdapat pada permukaan. Pelelas dibahagikan kepada dua jenis iaitu : Pelelas asli. Pelelas tiruan.
Pengikat Bahan pengikat adalah menentukan kekuatan roda pencanai , samada roda jenis roda tegap atau roda mudah lentur. Pengikat juga menentukan jumlah daya yang dikhendaki untuk mengeluarkan satu zarah pelelas dari roda. Terdapat lima jenis pengikat yang biasa digunakan iaitu : Kekaca Silikat Syelek Getah Damar
Struktur asas roda pencanai
SESI SOAL JAWAB
SOALAN 1 apakah fungsi utama mesin pencanai
JAWAPAN 1 proses pemotongan logam yang mana ianya mengeluarkan logam atau bahan lain dalam bentuk serpihan kecil dengan cara pemusingan roda pencanai yang dibuat daripada bijianbijian abrasive yang halus dan diikat
SOALAN 2 berikan bahagian-bahagian mesin pencanai meja dan kaki
JAWAPAN 2 Pelindung mata Pelapik Roda Penahan mata alat Motor (pelapik)
SEKIAN TERIMA KASIH